EPILOG

Romance Series 50177

________________________________________________

4 TAHUN KEMUDIAN....

Azri Amsyar kini menjadi seorang CEO Zammaz holdings dengan penuh jayanya selama 3 tahun dia memajukan syarikat arwah ayahnya dengan sokongan isteri dan anak anak yang cukup di sayangi.
NurNazlyna pula sekarang sedang menguruskan butik Maz Collection iaitu butik kepunyaan Datin Maznah.
Alhamdulillah syakinah pula sudah selamat melahirkan anak keduanya siapa sangka orang yang dulunya menafikan pernikahan kini dialah mempunyai anak terlebih dahulu.
syakinah sekarang bekerja di butik yang NurNazlyna uruskan sekarang. Dia menjadi rakan perniaggan NurNazlyna. Alhamdullah perniagaan butik Datin Maznah semakin maju dan banyak cawangan.
Farah?? Farah sekarang sudah menjadi cikgu sekolah dia lun sudah mempunyai sepasang anak kembar lelaki dan perempuan. yang sudah berusia 2 tahun.
Rania pula sekarang menjadi suri rumah sepenuh masa. Rania mempunya seorang anak perempuan. Dan insyaallah dia sekarang sedang mengandung 3 bulan.
Semua sahabat sahabat NurNazlyna sudah berjalan dengan maju dan jayanya. ajal maut jodoh pertemuan semua bila dan dimana semua allah yang tentukan.
"oi termenung apa??" soal Farah sambil memetik jarinya di hadapan NurNazlyna.
"tak ada apa cuma aku rasa bahagia sekarang ni.. dah ada suami dah ada anak anak.. semua lengkap alhamdulillah" kata NurNazlyna.
Mereka sekarang berada di taman. Mahu berjoging. Maklumlah dah jadi mak orangkan.
"babe kau macam mana bahagia??" soal Rania kepada syakinah.
"gila tak bahagia... anak dah sorang dah pun Nia.." kata Syakinah.
"kau tanya orang macam mana jadi suri rumah okey??" soal Farah pada Rania.
"anak dah nak masuk dua apa yang tak okeynya" kata Rania bangga.
"dah jomlah balik dah petang ni kejap lagi laki nak aku balik.. aku nak masak" kata NurNazlyna dan bangun dari tempat yang dia duduk.
"ye dowh laki aku pun balik kejap lagi... ni jomlah kang menangis tak berlagu dia jaga syazana dan shazwan dekat rumah tu" kata Syakinah dan bangun dari kerusi itu juga.
Kemudian mereka berjoging sehingga ke kereta.Sekrang masing masing mempunya kereta masing masing balik sendirilah..

NURNAZLYNA memandu keretanya yang di hadiahkan oleh suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 3 tahun pada tahun lepas. Kereta Suzuki swift berwarna merah di pandu oleh NurNazlyna.
Telefon NurNazlyna berbunyi NurNazlyna mengangkatnya.
"hello Husband" panggil NurNazlyna.
"sayang dekat mana ni??" soal Azri Amsyar.
"sayang on the way balik husband kenapa??" soal NurNazlyna.
"ouh ya ke.. kita bawa anak anak makan dinner nak tak??" soal Azri Amsyar.
"lah sayang baru ingat nak masak" kara NurNazlyna.
"erh tak apa kita makan dinner dekat rumah Mak" kata Azri Amsyar.
"okey Husband... balik cepat tau" pesan NurNazlyna.
"ya sayang.. love you" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum. "love you too" balas NurNazlyna.
Sampai sahaja di rumah NurNazlyna melihat Najwa yang sedang berwarna. Kasihan dia melihat Najwa.
Amani sudah pun pergi menghadap ilahi kerana di sahkan sakit kanser payudara beberapa bulan yang lepas. Sejak dari tu Najwa sudah pandai menjadi seorang yang matang dan bijak.
"Najwa siap sayang kejap lagi Walid balik.. kita makan dekat rumah Nekny.. bawa adik sekali" kata NurNazlyna dan mengusap rambut anak perempuannya.
NurNazlyna memandang Nazril juga yang sibuk mewarna. Pandai sungguh dia sekarang.
"baik Umi...Nazril jom" ajak Najwa dan menarik Nazril berlari naik ke atas.
NurNazlyna mengemas meja yang sudah berselerak di atas meja. Beberapa batang pensil warna di masukkan ke dalam bekas pensil.
Sekejap sahaja anak anaknya sudah membesar. Ini baru anak anaknya belum lagi anak anak buahnya yang sudah mahu masuk 4 orang. makin meriah keluarga.
NurNazlyna naik ke atas untuk bersiap. Sudah peluh maklumlah baru balik dari berjoging segala tenaga sudah habis keluar.
Lalu NurNazlyna membuka tudungnya selepas itu, dia mencampakkan tudung itu di dalam bakul yang berasingan.
Setelah itu dia merenggangkan pinggang terlebih dahulu. Pinggang yang mula lenguh saat ini.
NurNazlyna membuka baju dan menyarungkan kain tuala. Rambut yang diikat sanggul di buka. Panjang berurai rambutnya saat ini.
Sudah berapa tahun dia tidak memotongnya kerana suaminya tidak membenarkan.
krek..
Bunyi pintu terbuka dari luar. Kalut NurNazlyna menutup dadanya dengan baju kotor tadi
"oups sorry" ujar Azri Amsyar.
"ketuklah dulu" marah NurNazlyna. Berkerut wajahnya memandang si suami.
"Husband mana tahu sayang tak pakai baju sorry lah" kata Azri Amsyar dan berjalan ke arah katil.
Azri Amsyar duduk dia birai katil. Telefon bimbitnya di charge. Satu hari telefonnya tidak berehat ada sahaja panggilan masuk.
"sayang ni sexy sexy nak goda husband lah tu" usik Azri Amsyar dan memandang isterinya yang hanya berkain tuala sahaja.
Merah pipi NurNazlyna saat diusik oleh sang suami. Dia mana tahu yang hari ini suaminya akan balik awal.
"mana ada sayang mana tahu husband balik awal hari ni.. sayang cuma nak masuk mandi tiba tiba husband buka pintu." kata NurNazlyna dan duduk di hadapan meja solek untuk mencuci make up yang masih bersisa.
"macam mana keja tadi dah okey??" soal NurNazlyna, mahu menukar topik perbualan mereka berdua.
Nanti ada sahaja yang di kenakan oleh suaminya.Lebih baik dia menukar topik sahaja.
"pandai erk sayang tukar topik.." kata Azri Amsyar sambil membuka bajunya dan di campakkan di dalam bakul.
NurNazlyna mengerutkan dahinya.
"memanglah kalau tidak nanti ada sahaja husband nak kenakan sayang.." Kata NurNazlyna dan memandang suaminya dari pantulan cermin.
Tersenyum Azri Amsyar. Dia turut memandang isterinya dari arah cermin.
"hmm ya lah... kerja tadi okey jerw sayang alhamdulillah... Uncle add dah ajarkan husband semua benda... and sekarang shahril dah jadi coo syarikat" jelas Azri Amsyar.
Bulat mata NurNazlyna memandang suaminya apabila mendengar nama shahril di sebut oleh Azri Amsyar.
"Sharil COO syarikat??" soal NurNazlyna seperti tidak percaya. Dia memusingkan tubuhnya memandang suaminya di berlakang.
"yang sayang teruja sangat ni kenapa bila sebut nama shahril" kata Azri Amsyar seakan cemburu.
"hish husband dengan kawan baik sendiri pun nak jelous.." Azri Amsyar duduk di birai katil sambil memandang ke arah isterinya.
"mestilah" Azri Amsyar tidak mahu kalah.
"sayang tanya jerw husband... sayang terkejut dan tidak percaya.. ya lah shahril seorang cikgu tetapi dia boleh jadi COO Syarikat...so amazing" kata NurNazlyna sambil menepuk tangannya.
Dia berasa kagum dengan suami kepada sahabatnya itu iaitu Syakinah. Baharu sebentar tadi dia berjumpa dengan Syakinah.
"Haah Husband yang cadangkan dekat uncle Add... then Uncle add setuju.. do you know Kak Rita sekarang jadi Secretary Shahril..." ujar Azri Amsyar.
"habis siapa yang akan jadi husband punya secretary??" soal NurNazlyna mahu tahu.
"hmm Taufik anak lelaki uncle add" jawab Azri Amsyar.
"erh lelaki pula?" Azri Amsyar memandang isterinya.
"kenapa nak perempuan ke boleh jerw...takut nanti sayang yang jelous tak bertempat" usik Azri Amsyar.
"erh sayang pula kene... handsome tak??" soal NurNazlyna lagi.
"kenapa nak tahu pula" Azri Amsyar memandang pelik.
"alah saja nak tahu manalah tahu kot kot..."
"apa apa" kata kata NurNazlyna belum habis Azri Amsyar sudah memandang tajam ke arahnya.
NurNazlyna tersenyum geli hati.
"hihihihi... sayang tanya jerw itu pun nak marah" kata NurNazlyna dan bangun dari kerusi.
Azri Amsyar memandang isterinya yang sedang mengutip baju kotor miliknya dan di letakkan di bakul yang tersedia.
"hmm ya lhh... kalau nak di bandingkan dengan husband... husband rasa husband handsome lagi banding si Taufik tu" ujar Azri Amsyar bangga.
"eleh puji diri sendiri menyampah" kata NurNazlyna sambil mencucuk perut Azri Amsyar.
"erh tak betul ke apa yang husband cakap... husband kan handsome.. kalau tak, tak adalah sayang ni sayang sangat dekat husband betol tak" Azri Amsyar berjalan ke arah NurNazlyna
"tak ada maknanya handsome ke macam ni dengan rambut panjang lepas tu ada jambang macam bangla jual karpet tau" usik NurNazlyna sambil membelek wajah suaminya.
"amboi bukan main kenekam husband erk.. ya lah husband sedar siapalah kita ni nak di sayang sayangkan... hmm lainlah macam orang tu cantik jerw semua orang sayangkan dia..." Azri Amsyar duduk di sebelah isterinya
"alah alah merajuk pula ni nak pujuk ke tak erk??" ujar NurNazlyna sambil memandang ke arah suaminya di sebelah.
"ikutlah sayanglah" Azri Amsyar bangun dari sofa itu.
NurNazlyna tersenyum geli hati dia mencapai tangan Azri Amsyar yang hendak pergi meninggalkannya.
Kemudian dia menarik Azri Amsyar duduk di sebelahnya kembali.
"orang nak pujuk lari lari pula" usik NurNazlyna..
"mana ada lari"
"ya lah tu habis bangun ni nak pergi mana??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar memandang isterinya sekilas. Dia sudah terpukau dengan pemakaian si isteri yang sungguh seksi di matanya saat ini.
"husband ni janganlah merajuk... sayang mana pandai pujuk... sayangkan ada... sayang,sayangkan husband anak anak pun sama Mak,ibu and ayah... lainlah kalau husband tak sayangkan sayang lagi dah" kata NurNazlyna seakan merajuk.
'aik sekarang siapa yang merajuk ni aku ke dia. Allahhuakbar..' gumam Azri Amsyar.
'hmm sibuk nak kenekan aku an...' gumam NurNazlyna pula
"husband sayangkan sayanglah... apa ni" Azri Amsyar mencubit pipi isterinya yang tembam itu.
"ya lah tu hah buktikan" NurNazlyna mencabar Azri Amsyar
Azri Amsyar tersenyum. Dia mendekatkan wajahnya ke arah isterinya.
"jom mandi sekali" kata Azri Amsyar manja dan mengenyitkan mata.
Tidak berkelip mata NurNazlyna memandang suaminya saat ini.
"hus..husband ni kenapa?" NurNazlyna menjauh hingga ke hujung sofa.
"sejak bila sayang husband ni gagap pula ni"kata Azri Amsyar dan mendekatkan lagi dirinya.
"kita pun dah sama sama macam ni apa lagi jom lah mandi" Azri Amsyar berkata lagi. Dia menggesekkan kepalanya di bahu NurNazlyna yang terdedah.
NurNazlyna menelan air liurnya yang tersekat di kerongkong. Masa masa macam ni lah dia tersekatnya.
Walaupun mereka sudah 4 tahun berkahwin tetapi NurNazlyna masih ada malu dengan suaminya.
"lain kalilah" NurNazlyna menolak kepala suaminya perlahan.
"sekaranglah tak naklah lain kali" Ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna memejamkan matanya.
Tiba tiba dia berasa tubuhnya berada di awang awangan.
"Arh!!" NurNazlyna terjerit kecil. Dia membuka mata dan melihat dia sudah di dukong oleh suaminya
"husband apa ni... turunkan sayanglah" NurNazlyna memukul dada suaminya.
"no tak nak" Kata Azri Amsyar dan membawa NurNazlyna masuk ke kamar mandi.
Lalu mereka berdua mandi bersama sama. NurNazlyna malas mahu bergaduh dengan suami, dia hanya membiarkan sahaja.
Lama juga mereka mandi sehinggakan kedengaran bunyi Azan Maghrib.
"husbandlah ni tengok dah dah maghrib" kata NurNazlyna dan menolak tubuh suaminya yang sedang memakai baju.
"erh husband pula sayang yang goda husband" Azri Amsyar memandang ke arah isterinya yang sedang mengelap rambut.
"bila masa hish dah lah ambik wuduk sekarang nanti lambat pergi rumah Mak" kata NurNazlyna dan berlalu masuk ke kamar mandi untuk mengambil wuduk.
Azri Amsyar tersenyum geli hati melihat isterinya yang membebel.
"sayang tunggu kita jemaah" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk lalu dia membentangkan 2 sejadah di lantai.NurnAlzyna memkai terlekung.
Dalam beberapa minit sahaja mereka sudah selesai mendirikan solat.
NurNazlyna mengucup tangan suaminya.wajah berkerut sahaja. Selepas itu dia melipat terlekung.
Azri Amsyar yang melihat tersenyum. Lalu dia mencucuk dahi NurNazlyna yang berkerut.
"dahi ni jangan kerut sangat" ujar Azri Amsyar.
"hish husband janganlah" Kata NurNazlyna dan menepis tangan suaminya
"alah sayang marah husband ke pasal tadi... sorry okey... husband janji tak buat lagi... kalau sayang tak suka" kata Azri Amsyar dan memandang wajah isterinya.
"tak sayang tak marah husband cuma sayang takut macam mana kalau sayang mengandung hah..." kata NurNazlyna.
"eloklah kita tambah anak lagi" ujar Azri Amsyar dan memegang tangan isterinya
NurNazlyna berdecit.
"husband sukalahkan??...," kata NurNazlyna.
Wajah Azri Amsyar bertukar menjadi muram
"kenapa sayang dah tak nak anak dah ke" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang suaminya. Bukan itu yang di maksudkan oleh NurNazlyna sebenarnya. Mesti Azri Amsyar sudah salah faham dengannya.
"sayang bukan tak nak sayang nak husband... walhal sayang lagi suka kita tambah anak lagi.. tapi husband tengok keadaan kita yang sekarang ni husband busy kerja nanti siapa nak jaga anak" kata NurNazlyna.
NurNazlyna memegang wajah suaminya yang sudah bersih dari jambang.
"hmm tak apalah kalau macam tu" Azri Amsyar bangun dan melepaskan gengaman tangan isterinya. Dia berjalan ke arah balkoni.
"alah merajuk pula laki aku ni" kata NurNazlyna perlahan.
NurNazlyna melipat sejadah dan terlekung dan letakkan di atas katil.
kalau macam ni entah bilalah mereka mahu gerak ke rumah Datin Maznah.
"husband" panggil NurNazlyna dan duduk di sebelah suaminya yang sedang memandang ke luar jendela.
Azri Amsyar meraup wajahnya.
"Husband i'm sorry bukan sayang tak nak anak... but kita kene sama sama ready husband..." NurNazlyna memegang tangan suaminya.
"yes sebab Husband dah ready husband buat sayang...." Azri Amsyar memandang ke tempat lain.
"okey sayang minta maaf... janganlah macam ni muka masam jerw.." NurNazlyna memeluk Azri Amsyar.
Dia tahu Suaminya sedang terasa hati dengannya. Kalau bab anak jangan main main. Azri Amsyarlah yang paling kuat merajuk kalau tentang anak anak ni.
Beberapa kali jugalah mereka bertekak untuk dapatkan anak.
"sayang tahu sayang salah. janganlah macam ni.. kalau ada rezeki tak akan kita nak tolakkan??" soal NurNazlyna dan tersenyum manis.
Azri Amsyar meletakkan tangannya di bahu NurNazlyna.
"cepatlah siap kita pergi rumah Mak" ujar Azri Amsyar dan bangun dari kerusi itu.
NurNazlyna hanya memerhatikan sahaja suaminya berlalu keluar dari bilik mereka.

MEREKA tiba di rumah Datin Maznah pada pukul 7.30 petang. Sampai sahaja Datin Maznah sedang sibuk memasak di dapur bersama dengan Puan Tiara.
Nak di pendekkan cerita Encik Hisyam dan Puan Tiara sudah berpindah ke Malaysia sejak tahun lepas lagi.Dan mereka sekeluarga duduk di sebelah rumah Datin Maznah. Maka dengan itu sekarang Mereka menjadi Jiran pula.
"Assalammualaikum" ujar NurNazlyna dan berjalan ke arah dapur sambil memimpin Nazril.
"waalaikummussalam erh dah sampai dah cucu cucu nekny ni" kata Datin Maznah.
"Nazril sini dekat Tok Mummy" Puan Tiara mengambil Nazril.
Tergelak Nazril apabila Puan Tiara menggeletek perutnya.
"Tok Mummy no..." kata Nazril cuba menepis tangan Puan Tiara.
"Tania mana Mummy??" soal NurNazlyna.
"Tania kejap lagi balik lahh katanya ada some on special yang nak di bawa nanti"sampuk Encik Hisyam
"Nekny Najwa lapar boleh Najwa makan" kata Najwa dengan petah.
"hah duduk duduk alahai cucu Nekny ni... "Datin Maznah menarik kerusi.
"Nur duduk makan" kata Puan Tiara.
NurNazlyna duduk di sebelah Azri Amsyar. Nazril dia biarkan sahaja duduk di pangku Encik Hisyam
"ni ada nugget bagi dekat Nazril" arah Datin Maznah.
Bunyi riuh rendah sahaja di rumah agam itu.
"Assalamualaikum" ucap Tania dan masuk ke dalam.
"waalaikummussalam" jawab mereka serentak.
Alhamdulillah sekarang Tania sudah berhijab dan dia juga sekrang sedang berlaja agama bersama dengan seorang ustazah di masjid yang berdekatan.
"Nur rindunya i dekat you" kata Tania sambil memeluk NurNazlyna dan pipi mereka berlaga.
"Mama Tania" pangil Najwa girang.
"ya sayang.. Najwa sihat??" soal Tania.
"sihat mama.." Tania tersenyum.
"Siapa yang Tania bawa taknak kenalkan dekat kami ke??" Soal NurNazlyna melihat seorang lelaki yang bersongkok dan berkurta sama warna seperti baju yang di pakai oleh Tania.
"ouh ini...sorry.. ni ustaz Bakhri" kata Tania segan.
"hmm ini rupanya yang Tania kata special tetamu tu..nak bawa calon suami rupanya" usik Encik Hisyam dan tersenyum.
"Hisyam... dah lah tu jemput duduk ustaz" tegur Datin Maznah.
Bakhri duduk di sebelah Tania. NurNazlyna tersenyum sahaja apabila melihat bakhri di sebelah Tania. Secocok sahaja pasangan itu macam pinang di belah dua.
"sayang makan... sebelom husband yang makan sayang baik sayang makan jangan tenung bakhri tu lama sangat jelous Husband ni tau" bisik Azri Amsyar di terlinga NurNazlyna.
NurNazlyna tersenyum lalu menyambung makan. Nazril yang berada pangkuan Encik Hisyam itu di pandang sekilas seronok dia orang sekeliling bermain denganya.
Mereka berdua menyambung makan. NurNazlyna tersenyum.
Selepas habis makan NurNazlyna menolong Datin Maznah mengemas meja makan dan dapur
NurNazlyna membasuh pinggan bersama dengan Tania.
"Nur i tengok you ni macam ada masalah jerw dengan abang Ayie tak nak share ke??" soal Tania.
"Tak ada apa yang perlu di sharekan pun lah Tania... i okey jerw you jangan risau okey" NurNazlyna tersenyum memandang Tania di sebelah.
"betul ni... you jangan berani tipu i erh Nur kalau Abang Ayie ada buat apa apa dekat you... tahulah apa yang i nak buat dekat dia..." ujar Tania.
NurNazlyna tersenyum.
"Ya Cik Tania nothing happen to my relationship." kata NurNazlyna
"hmm ya lah... okey i nak pergi depan dulu... ni semua you sambung... siapa suruh tak balik lama sangat" kata Tania dam menunjukkan semua benda di dalam sinki.
NurNazlyna tersenyum sahaja dan menyambung membasuh sinki.
"erh i wonder womenlah you apa tahu" ujar NurNazlyna dan tersenyum ke arah Tania.
Tania hanya gelak sahaja dan berlalu pergi meninggalkan NurNazlyna di dapur.
'haih macam mana aku nak pujuk laki aku ni... tadi pun dia layan aku sebab depan Mak dengan Mummy haih..tu lah kau Lyna selalu sangat tolak apa yang dia nak... kau mengandung jerwlah tu pon susah Nazril pun dah 4 tahun...' gumam NurNazlyna.
PAP PAP...
Bunyi petikkan jari di hadapan NurNazlyna. NurNazlyna tersedar dari lamunan dia memandang Datin Maznah di sebelah.
"erh Mak Sorry" ujar NurNazlyna sambil menutup air paip yang sudah melimpah.
"Nur ada masalah dengan Azri Erk??" soal Datin Maznah.
"hah??" NurNazlyna memandang Datin Maznah di sebelahnya.
'Bila pula Mak datang ni aduh mati aku nak cakap apa malulah nak cerita dekat Mak..' gumam NurNazlyna
"jangan bohong dengan Mak Nur mak tahu.. Nur gaduh dengan Azri kan... sebab tu Nur termenung jerw dari tadi..." Datin Maznah tersenyum memandang menantunya yang seorang ini
"Nur..." NurNazlyna mula rasa bersalah dengan Datin Maznah.
"kita ni Nur sebagai isteri kene pertahankan hubungan kita.. Layan suami tu apa yang di minta Nur kene bagi dan buat... jangan sesekali lawan atau bantah cakap suami dosa hukumnya..." pesan Datin Maznah dan membantu NurNazlyna menyusun pinggan yang tergendala.
"Tapi Mak.." NurNazlyna membasuh tangannya.
"ada apa??" soal Datin Maznah.
"Azri nak hmm dia nak... tambah anak seorang lagi.." NurNazlyna menutup matanya.
Malu juga apabila terlalu jujur dengan mertuanya. Haih..
"hah eloklah tu Nur... kenapa Nur tolak permintaan suami.."kata Datin Maznah dan menarik NurNazlyna untuk duduk di kerusi.
Datin Maznah mengambil tisu dan mengelap tangan NurNazlyna yang basah. NurNazlyna hanya membiarkan sahaja.
"Nur bukan apa Mak cuma adalah salah faham sikit dengan Azri tadi... Nur nak juga anak tu cuma Nur terfikir macam mana dengan kerja Azri pun bukan selalu ada di rumah... Nur takut mak banyak tanggungjawab... takut masuk lobour room pun takut juga sebenarnya" ujar NurNazlyna dan tersenyum.
Datin Maznah tersenyum.
"Nur cuma kene ingat satu jerw... Anak tu penyeri rumah tangga... Nur jangan fikir apa yang orang cakap...itu jerw pesan Mak... lagi satu anak tu juga penguat kasih sayang suami isteri tau... Mak ni dah tua Nur.. Mak nak juga tengok Anak menantu mak bahagia..." kata Datin Maznah dan tersenyum.
NurNazlyna muka rasa sebak apabila Datin Maznah sudah berkata begitu.
"Mak ni jangan cakap macam tu... " NurNazlyna memegang tangan Datin Maznah.
"Nanti bincang elok elok dengan Azri mak tahu Azri tu tak merajuk lama lama Mak kenal Azri tu macam mana orangnya. Dia tu jenis yang cepat lemah bila di pujuk dengan orang yang dia sayang" ujar Datin Maznah dan membalas pegangan tangan Menantunya.
"Jomlah kita pergi depan layan tetamu yang ada..." Ajak Datin Maznah.
NurNazlyna tersenyum dan mengikut langkah kaki Datin Maznah.

MALAM ITU, selepas Bakhri sudah balik ke rumahnya Azri Amsyar dan NurNazlyna bermalam di rumah Datin Maznah kerana Nazril sudah tidur di bilik Datin Maznah.
NurNazlyna duduk di sofa yang menghadap ke pintu balkoni. Tersenyum dia melihat gambar gambar Nazril sewaktu masih bayi.
"haih aku nak juga ada baby... tapi tulah" kata NurNazlyna perlahan dia mengusap perutnya yang kosong.
Ada juga gambar Nazril sewaktu kenduri Nazuwan dan Mariam pada 2 tahun lepas.
NurNazlyna memandang suaminya sedang ligat bermain dengan ipad di atas katil. Merajuk lagikah dia??
NurNazlyna bangun dan menutup pintu balkoni. Dia berjalan ke arah suaminya yang sedang duduk bersandar di kepala katil.
"hmm husband tengok apa tu??" soal NurNazlyna dan menyusur masuk ke dalam selimut dengan perlahan
Azri Amsyar hanya diam sahaja. Dia masih terasa hati dengan isterinya.
NurNazlyna memandang ipad Azri Amsyar. Dia mahu bercakap dengan suaminya tetapi melihat wajah suaminya yang muram sahaja.
"Husband sayang nak cakap ni boleh tak jangan main ipad tu" kata NurNazlyna dan memandang suaminya.
Azri Amsyar tidak mempedulikan kata kata NurNazlyna..
"Husband i'm sorry janganlah diam sahaja.." Azri Amsyar memandang isterinya dari ekor matanya sahaja.
"okey sayang setuju untuk ada anak lagi.. husband janganlah diam macam ni..." kata NurNazlyna membuka kata.
"kalau setuju di sebabkan terpaksa tak payahlah sayang... husband pun boleh cakap macam tu" ujar Azri Amsyar dan menyimpan ipadnya di dalam laci. Dia berbaring.
Azri Amsyar membetulkan selimutnya dia menarik selimut hingga ke paras bahu.
NurNazlyna terdiam apabila dilakukan seperti itu. Dia mula berasa sebak dan rasa bersalah. Sungguh dia rasa berdosa sangat semasa itu.
"No husband, sayang tak terpaksa pun... jujur sayang cakap yang sayang pun nak juga ada anak lagi mana mungkin Nazril dan Najwa sahaja yang adakan..." kata NurNazlyna sebak.
Azri Amsyar hanya diam sahaja..
"sayang tahu sayang berdosa dengan husband sebab tolak permintaan husband.. sayang ego, sayang selfish,sayang selalu abaikan husband dan sayang tak fikirkan perasaan husband sayang tahu semua tu salah sayang...." NurNazlyna mengesat air matanya.
Satu persatu kesalahannya di sebutkan kepada si suami.
"sayang minta maaf sangat sangat dengan husband... sayang dah sedar apa yang sayang banyak dosa dengan husband sebelum ni sayang alpa sangat sangat... sayang busy kerja sayang lupa tanggungjawab sayang sebagai seoarang isteri dan ibu kepada anak anak... macam macamlah lagi..." NurNazlyna mengesati hingus yang sudah meleleh jatuh.
"tak apalah kalau macam tu sayang tidur dulu Assalammualaikum and selamat malam husband" NurNazlyna berbaring mengiring memandang ke arah lain.
Dia memeluk bantal peluk itu dan menyembamkan wajahnya di situ. Dia menangis semahu mahu mahunya. Bagi mengurangkan bunyi dia menekapkan wajahnya pada bantal itu
Tiba tiba sahaja NurNazlyna dapat merasakan perlukkan dari dalam selimut. NurNazlyna hanya membiarkan sahaja.
"Husband pun minta maaf sebab buat sayang menangis" Azri Amsyar berbisik di terlinga si isteri.
Azri Amsyar menari isterinya ke dalam perlukkan. Bantal peluk yang di peluk oleh NurNazlyna di tolak sehingga jatuh.
"janganlah macam ni... sayang buat husband risaulah" ujar Azri Amsyar sambil memusingkan badan si isteri.
Lalu air mata yang deras mengalir di tubir mata NurNazlyna di lap dengan lembut.
Azri Amsyar tersenyum.Perasaannya juga ego sebenarnya untuk memaafkan isterinya tetapi bila sahaja NurNazlyna sudah mengalirkan air mata dan mengaku kesalahannya. Egonya terus hilang entah kemana.
NurNazlynalah orang yang pandai menurunkan sifat egonya sendiri.
"shh sorry sorry" Azri Amsyar menggosok berlakang NurNazlyna dengan lembut.
NurNazlyna membalas perlukkan suaminya yang erat sekali. Sungguh dia suka dengan bau haruman suaminya. Azri Amsyar mencium umbun umbun isterinya. Bau haruman rambut si isteri sungguh menghayalkan dirinya saat ini.
Lama mereka begitu. NurNazlyna menjarakan perlukan mereka. Baju Azri Amsyar yang basah di lihat sekilas. Bulat matanya melihat baju si suami menjadi seperti itu.
"Husband sorry" NurNazlyna mengusap dada Suaminya dengan lembut.
"its' okey sayang... nothing happen to me..." kata Azri Amsyar dan tersenyum.
NurNazlyna berbaring ke arah berlawanan tetapi Azri Amsyar memeluknya dari arah berlakang sungguh romantik sekali malam itu.
"love you" bisik Azri Amsyar di terlinga NurNazlyna.
NurNazlyna tersenyum.
"alah tadi nak tidur sangat" perli NurNazlyna.
"mana boleh tidur bila dengar sayang Husband ni menangis.."Azri Amsyar mengucup pipi NurNazlyna.
"balaslah balik" rengek Azri Amsyar manja.
"tak nak" jawab NurNazlyna selamba. Sengaja jual mahal.
"Alah jual mahal pula.." Azri Amsyar mengusap perut isterinya yang berlapiskan dengan baju yang di pakai itu dengan lembut
"husband jangan geli okey okey sayang cakap stoplah dulu" kata NurNazlyna dan menepis tangan suaminya dengan perlahan.
"I love you too" kata NurNazlyna dan memusingkan tubuhnya menghadap Azri Amsyar.
NurNazlyna memegang wajah suaminya dengan penuh kasih dan sayang.
"Insyallah kalau ada rezeki nanti sayang beranakkan anak banyak banyak untuk Husband okey" kata NurNazlyna.
Bulat Mata Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"fuyoo banyak banyak...Larat ke" Azri Amsyar menjungkitkan keningnya.
"yes, sayang mampu okey sebab sekarang umur sayang 22 tahun and husband pula 29 tahun. Hmm sayang takut nanti husband jer yang tak larat nanti" kata NurNazlyna dan tersenyum sinis
"hish dia ni nakal" Azri Amsyar mencubit hidung NurNazlyna geram.
"janganlah husband..." NurNazlyna menggosok hidungnya.
"alalala.. sini" Suka Azri Amsyar menyakat Isterinya. Lalu dia menarik kepala NurNazlyna rapat sikit denganya.
Mata mereka bertentangan anatara satu sama lain. Jantung NurNazlyna muka berdegup laju. Sama juga seperti Azri Amsyar..
"Sayang cakap dah ready untuk ada baby..." Azri Amsyar tersenyum nakal
NurNazlyna membulatkan matanya.
"taknaklah dekat sini... sini rumah Mak lah lagi pun sayang penat" kata NurNazlyna.
"hmm sayang bolehlah" rengek Azri Amsyar.
"no husband sayang penat please not now" kata NurNazlyna dan menarik selimut hingga ke paras dada.
"alasan" Azri Amsyar menari selimutnya.
"alah husband dekat rumahlah husband... sayang penatlah." NurNazlyna memegang tangan suaminya di sebelah.
"tak nak dengar" Azri Amsyar menutup terlinganya. Dia mahu merajuk juga dengan si isteri.
"husband... okey lah malam ni sayang bagi husband chance..." NurNazlyna terpaksa mengalah.Kasihan juga apabila melihat wajah kecewa suaminya. Sejujurnya memang dia sudah terasa letih hari ini.
Azri Amsyar memandang Isterinya. Dia mula merapati NurNazlyna dahi. setiap inci wajah isterinya di cium dengan kasih sayang.
NurNazlyna menolak wajah suaminya perlahan.
"sebelum tu husband kene tutup lampu bilik air dulu" arah NurNazlyna.
"alah sayang ni ada ada jerwlah" Rungut Azri Amsyar. Namun dia tetap bangun dan menutup suiz lampu bilik air.Selesai sahaja menutup suiz lampu. Dia sudah bersedia mahu melompat ke atas katil, Belum sempat melompat pintu kamar mereka di ketuk.
'siapa pula yang menganggu malam malam ni' Azri Amsyar tetap juga berjalan membuka pintu.
"Erh Najwa, Nazril kenapa tak tidur lagi ni??" soal Azri Amsyar dan mendukung Nazril.
"Walid umi can i sleep with you guys.." kata Nazril.
"hah nak tidur dengan umi and walid.... kenapa tak nak tidur dengan Nekny??" soal Azri Amsyar.
"Nekny tidur ada bunyi bunyi" jawab Najwa.
Tergelak NurNazlyna mendengarnya.
"sini tidur dengan umi sini" NurNazlyna menepuk di sebelahnya
Najwa berjalan ke arah NurNazlyna dan berbaring, NurNazlyna mengusap rambut panjang Najwa.
Nasib katil ini luas. Kalau tidak terpaksalah salah seorang dari mereka kene tidur bawah hihihihihihihi
NurNazlyna tersenyum melihat Nazril yang sekejap sahaja sudah melelapkan matanya
"hmm nampaknya tergendala lagilah kerja walid dengan umi" keluh Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum....
"sukalah sayang erk tak apa sekarang sayang selamat esok and lusa sayang tak selamat lagi ya" ujar Azri Amsyar. Masam sahaja wajahnya.
NurNazlyna bangun dan menegakkan tubuhnya lalu dia mencium dahi Azri Amsyar.
"tu sayang dah bagi semangat" ujar NurNazlyna.
"Alah tak nak dekat situ nak dekat sini" Azri Amsyar menunjukkan bibirnya
"mengada" kata NurNazlyna.
Mereka berdua tergelak bahagia. Beberapa minit selepas itu mereka tidur bersama.

"BABE macam mana dengan stock tudung ni nak tambah tak??" soal Syakinah sambil menunjukkan gambar di dalam telefonnya.
Pada hari itu mereka sedang bekerja di butik. Banyak sangat pakaian baharu yang di tempah untuk butik sampai. Alhamdulillah.
"aku rasa tambah kot sebab customer suka dengan tudung shawl jenama kita..." kata NurNazlyna ketika itu dia sedang duduk di kaunter.
Syakinah mengangguk dan menulis sesuatu di atas kertas. Banyak sungguh kerja mereka pada hari ini.
"Babe Rania bila erk beranak??" soal NurNazlyna memandang Syakinah.
"Aku rasa due dia bulan depan" kata Syakinah sambil membelek beberapa helai kertas.
Bulat mata NurNazlyna memandang Sahabatnya itu
"Babe hari tu baru kita jumpa dia tak akan dah nak beranak kot" Tidak percaya Nurnazlyna mendengarnya.
"Ya lah kita pun dah berapa lama tak jumpa dia..asyik busy jerw memanjang haih" keluh Syakinah
"hmm tu lah nak pergi jumpa dia jauh pula tu dekat ampang sana.." NurNazlyna mengambil tempat di sebelah Syakinah.
"Nak buat macam mana babe dah Fariq kerja dekat situ..."kata Syakinah.
NurNazlyna mencebirkan bibirnya.Mereka menyambung kerja mereka.
"Babe kejap lagi aku lunch dengan laki aku tau" NurNazlyna menyandarkan tubuhnya di sofa.
"Aku pun kejap lagi laki aku datanglah tu ambik ni nak siapkan cepat ni" ujar Syakinah sambil menyusun kertas kertas dan fail yang bersepah di atas meja.
"hmm kalau ada laki kau tu aku rasa kita lunch sekali... sebab laki aku pun ambik aku kejap lagi" Kata NurNazlyna.
Syakinah tersenyum
"ni aku lupa nak tanya anak anak kembar aku tu apa cerita lama tak jumpa dia orang" kata NurNazlyna.
"hmm macam tu lah wey... yang adik nak yang kakak punya yang kakak punya nak adik punya... kadang kadang tu aku rasa penat sangat sangat.... tapi bila dia orang tak ada dekat rumah pergi sekolah aku pula rasa sunyi" Syakinah dan NurNazlyna berhenti membuat kerja sementara menunggu Suami suami mereka datang mengambil.
"nanti senang datang jerw lah rumah aku ni... si Nazril tu nanti boleh kawan kawan dengan anak anak aku" sambung Syakinah
"insyaallah... kita ni nama jerw kawan sekerja tapi tulah jumpa dekat butik lepas tu balik.. jumpa pon sebulan sekali... " kata NurNazlyna.
"erh kau bila lagi nak tambah anak?" Syakinah memukul peha NurNazlyna.
"aku dah ada 2 orang anak dah wey..." NurNazlyna tersenyum.
"tak akan 2 orang jerw kau tengok Rania tup tup dah nak masuk 3... kau tengok Farah hah ambik cikgu disiplin pun sekali hadap kau kembar sepasang..." kata Syakinah...
NurNazlyna tergelak mendengarnya.
"Azri memang nak anak wey...ada juga kami bermasam muka sebabkan hal ni..tapi tu lah aku ni busy dengan butik dia busy dengan kerja pejabat dia tu... kalau dua dua busy nanti siapa nak jaga anak... Nazril tu dah besar dia dah sekolah.." kata NurNazlyna.
"kau ni tak baik buat dekat Azri macam tu tau... anak itu kan pembawa rezeki... haih Lyna lyna... harap berlajar jerw tinggi tapi otak letak dekat lutut" sindir Syakinah.
NurNazlyna memandang tajam ke arah Syakinah.
"ada yang makan kasur saiz 6 ni kang" kata NurNazlyna sambil memegang kasut tumit tingginya
"ui ai.. kau ni mahu bocor kepala aku... dah laki aku cari lain nanti" ujar syakinah tersenyum.
"Tahu pun" NurNazlyna menjeling sahabatnya di sebelah.
Mereka bersembang dan bergelak ketawa di sofa itu. NurNazlyna menutup mulutnya apabila ketawa.
Datanglah Jaja iaitu pekerja mereka.
"Ya Jaja ada apa??" soal NurNazlyna memandang ke arah Jaja yang agak takut
Jaja menelan air liurnya.
"Macam ni Puan ada Datin tu nak baju tapi baju tu tak ada saiz untuk dia...then dia marah saya suruh panggil Puan untuk berjumpa dengannya" kata Jaja takut takut.
NurNazlyna menegakkan badannya memandang ke arah Datin yang di sebutkan itu tadi.
"okey tak apa biar saya uruskan jom" NurNazlyna keluar dari pejabat itu dan jalan ke arah Datin yang di katakan oleh Jaja.
"Assalammualaikum Datin... boleh saya bantu??" soal NurNazlyna dengan peramah.
"Waalaikummussalam... i nak baju ni tapi tak ada saiz betul ke cuba you check tengok.." kata Datin Baty dengan angkuhnya.
NurNazlyna mengambil baju di tangan Datin itu dan membelek untuk melihat saiz yang di mahukan.
"Maafkan saya Datin baju ni memang kami dah tak ada saiz untuk Datin..." NurNazlyna berkata lembut.
"what do you mean tak ada saiz untuk i... you nak cakap i ni gemok ke hah.." Datin Baty memandang NurNazlyna dengan sinis.
"no no tak saya tak bermaksudkan apa yang Datin katakan tadi maksud saya baju ni tak ada saiz untuk Datin hah itu lah maksud saya..." NurNazlyna cuba mahu berlembut.
"you jangan main main dengan i ya... i ni Datin tau bukan calang calang orang. i ni wife kepada Dato Marzuki you ni siapa jerw yang nak kutuk kutuk orang dasar perempuan tak ada adab" kata Datin Baty...
NurNazlyna seperti pernah dengar dengan Nama Dato Marzuki. Dia melupakan sahaja nama itu berlalu.
"Datin bawa mengucap tak apa macam ni nanti kalau barang dah sampai saya akan call Datin" kata NurNazlyna lembut..
NurNazlyna masih lagi rasa hormat terhadap Datin Baty bukan di sebabkan pangkat atau apa tapi dia hormat sebab Datin Baty tu orang tua..
Siapa pun kita ni.. kita kene hormat orang tua termasuk ibu dan ayah kita sendiri..
"you jangan nak ajar i lah i tahu lah mengucap... macam diri tu bagus sangat" marah Datin Baty.
NurNazlyna bersabar lagi. Dia tidak mahu di sebabkan di melawan kata kata Datin Baty nanti butik kepunyaan mertuanya yang menjadi.
NurNazlyna hanyar berdiam sahaja.
"Maaf Datin" NurNazlyna menundukkan pandangan.
"itu jerw lah yang you tahu sorry ouh god.. Apa you ni Mak bapak tak ajar ke erti hormat orang hah" jerkah Datin Baty tidak puas hati.
NurNazlyna menelan air liurnya.
Datin Baty tersenyum sinis ke arah NurNazlyna.
"you jangan ingat i tak boleh nak buat aduan tentang butik you ni erh... i boleh jatuhkan butik you ni bila bila masa sahaja" ugut Datin Baty.
NurNazlyna hanya berdiam sahaja.
Datin Baty berasa dirinya tercabar apabila NurNazlyna tidak sedikit pun balas dengan kata katanya itu tadi. Dia mengangkat tangannya untuk menampar NurNazlyna.
Dia berasa tangannya tiba tiba sahaja di tahan oleh seseorang. Datin Baty memandang ke arah seseorang itu.
"Aku pun pernah lempang dia kau pula nak naik tangan dengan dia..." Kata Azri Amsyar geram dan menghempas tangan Datin Baty dengan kasar.
"Azri??" Datin Baty memandang Azri Amsyar dengan wajah yang takut.
"Husband" NurNazlyna memeluk lengan Azri Amsyar takut jikalau Azri Ansyar akan berkasar dengan Datin Baty pula nanti.
"Sayang okey?" soal Azri Amsyar pada NurNazlyna.
NurNazlyna hanya mengangguk.
"Patutlah Dato Marzuki cari lain rupanya bini tak ada adab" kata Azri Amsyar sinis.
"husband" bisik NurNazlyna.
"Azri saya..." Datin Baty mula rasa bersalah.
"kenapa? terkejut?" kata Azri Amsyar.
"Datin jangan ingat yang Datin boleh terlepas ya.. saya pun boleh juga buat aduan tentang Datin.. Datin ada dua kes yang saya lihat.. pertama Datin ugut isteri saya dan yang kedua Datin cuba nak bertindak berkasar dengan isteri saya..." Azri Amsyar memandang Isterinya di bersebelah.
Nasib baik dia cepat datang ke sini kalau tidak entah apa yang jadi pada isterinya saat ini.
"tapi awak tak ada bukti" kata Datin Baty tidak mahu kalah.
"saya ada bukti" Syakinah datang ke arah Azri Amsyar dan memberikan telefon bimbitnya kepada Azri Amsyar.
Azri Amsyar tersenyum sinis.
"ni buktinya" Azri Amsyar mengulangi ayat itu tadi.
"dan itu" Azri Amsyar menunjukkan ke arah cctv yang ada di hujung penjuru kedai
Datin Baty kelihatan seperti cacing kepanasan dia menelan air liurnya yang berasa pahit... Datin Baty memandang Azri Amsyar dan NurNazlyna silih berganti. Dia terus keluar dari butik NurNazlyna dengan perasaan yang marah dan geram.
Azri Amsyar memberi telefon bimbit pada syakinah kembali. Shahril yang tersenyum ke arah isterinya.
Lalu Azri Amsyar mengeluarkan telefon bimbit kepunyaannya dari kocek seluar.
"Hello Taufik... boleh tak kau buat temu janji aku dengan Dato Marzuki esok??" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna yang berada dalam rangkulan,memandang Azri Amsyar.
"okey thanks" kata Azri Amsyar dan menyimpan telefon bimbitnya kembali.
"semua buat kerja dan saya harap jangan ada sesiapa rakam video tadi" kata syakinah tegas kepada pekerja yang ada di dalam butik.
"then sekarang waktu lunch semua pekerja boleh keluar rehat pintu jangan lupa kunci..."pesan syakinah lagi.
"Babe aku keluar dulu lah makan lapar" kata Syakinah sambil memegang tangan Shahril.
"Bro aku bawa sweet heart aku ni pergi makan dulu...okey..Assalammualaikum... kita jumpa dekat ofis" kata shahril dan menepuk bahu Azri Amsyar.
Azri Amsyar tidak berbalas.
"husband tunggu dalam kereta" kata Azri Amsyar tegas dan berlalu keluar dari butik.
NurNazlyna mengangguk. Dia berjalan ke arah kaunter untuk mengambil beg tangannya.
"hmm Puan" panggil Jaja perlahan..
"ya Jaja" NurNazlyna memandang jaja yang berasa bersalah.
"sorry" kata jaja sepatah.
"don't worry dah beres dah masalah... sekarang pergi lunch and do your work...nanti mungkin saya tak balik butik... kunci serahkan pada yang bertugas" kata NurNazlyna sambil menepuk bahu Jaja.
Jaja Tersenyum.
"saya pergi dulu"NurNazlyna berlalu pergi.
Sudah 3 tahun dia bekerja dengan NurNazlyna dan syakinah. Kedua majikannya sungguh baik sekali. Untung Datin Maznah dapat menantu seperti Itu.

DI DALAM kereta NurNazlyna memandang Azri Amsyar di sebelah sekilas. Suasana sungguh tegang ketika itu.
"Husband okey??" soal NurNazlyna. Dia dapat merasakan Suaminya sedang marah.
"Husband okey sayang, cuma sayang tu kenapa biarkan Datin tu buat macam tu dekat sayang.." ujar Azri Amsyar dan memegang tangan NurNazlyna.
"Dia customer husband.. customer is always right" kata NurNazlyna.
"yes but jangan biarkan customer pijak kepala kita sayang... nasib husband cepat kalau tidak entah apa perempuan tu buat dekat sayang"Azri Amsyar mengusap pipi NurNazlyna.
NurNazlyn tersenyum. Mujur mood suaminya baik.. huhuhuhu kalau tidak mahu kene tempik.
"Alah sayang okeylah Husband janganlah risau." NurNazlyna membelas pegangan tangan Suaminya.
"mana husband tak risau... kalau husband datang depan pintu butik tadi tengok ada orang nak lempang sayang..." kata Azri Amsyar geram
"hish tak ada apalah Husband... erh husband, husband kenal Datin Baty??" soal NurNazlyna.
"kenal...dia tu wife dato Marzuki sayang ingat tak yang dia pernah nak try sayang tu" kata Azri Amsyar...
Bulat mata Nurnazlyna memandang suaminya di sebelah.
"ouh hah ingat...hmm patutlah tadi dia ada sebut pasal dato tu" kata NurNazlyna.
"hah dia sebut pasal dato tu?? kenapa sayang tak cakap" Azri Amsyar memandang isterinya di sebelah sekilas
"dah husband tak tanya mana sayang nak cakap... cuma sayang lupa dengan Dato tu.. entah apa lah kabonya" NurNazlyna menongkat dagu.
"Amboi sayang bukan main lagi erh... ingat pasal dato tu teringin nak jadi wife nombor 2 ke??" perli Azri Amsyar.
"hey ada pula ke situ bunyinya... tapi kalau sayang single lagi boleh jerw sebab dia kaya" kata Nurnazlyna berpura berangan.
"hah pergilah kahwin dengan dia kalau nak tengok gunung Everest ni meletop" Azri Amsyar berkat geram.
NurNazlyna tergelak..
"Tak adalah Husband sayang gurau jerw... mana boleh sayang kahwin dengan Dato gatal tu... sebab Husband dah kunci sayang ketat ketat" usik NurNazlyna dan tersenyum.
"nakallah sayang ni sekarang... ada yang singgah hotel ni kang" Azri Amsyar pula mengusik isterinya.
NurNazlyna memukul peha Azri Amsyar.
"sakitlah sayang..." Azri Amsyar menggosok pehanya.
"padan muka gatal" kata NurNazlyna geram.
Kereta milik Azri Amsyar meluncur laju di atas jalan raya highway damansara.

SELEPAS menindurkan Najwa dan Nazril NurNazlyna masuk ke dalam bilik. Dia duduk di hadapan meja solek untuk memakai lotion.
Sejak berkahwin dengan Azri Amsyar itu ada sebahagian perkara wajib yang dia patut buat apabila mahu tidur
"Sayang pakai wangi wangi ni nak pergi mana??" bisik Azri Amsyar. Dagunya di letakkan di bahu NurNazlyna.
Mereka berpandangan dari pantulan cermin.
"saja jerw kenapa??" soal NurNazlyna bodoh.
"haih tak tidur malam husband dengan wangi sayang ni nanti" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna tergelak.
"mengadalah Husband ni... dah sana sayang nak baring dah mengantuk ni" ujar NurNazlyna dan memusingkan tubuhnya menghadap Azri Amsyar.
"Alah awal lagi sayang" Azri Amsyar mengukuti langkah isterinya ke katil.
"Mana ada awal dah pukul 10 malam ni Husband..." kata NurNazlyna sambil memandang jam dinding biliknya.
"Awallah tu... Alah esokkan cuti sayang" Azri Amsyar tersenyum nakal.
"eeeeuw sayang dah mengantuk ni Husband serius tak tipu sayang penat" ujar NurNazlyna membetulkan comfoternya.
Azri Amsyar mengambil tempat di sebelah NurNazlyna.
"sayang penat buat apa jerw hari ni..." usik Azri Amsyar lagi.
"hish dia ni main mainlah..." NurNazlyna memukul bahu suaminya.
"eleh usik sikit dah merah pipinya" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
'suka sangat main main laki aku ni kang ada yang kene gigit jap lagi... dia yang buat aku penat boleh tanya lagi...'
NurNazlyna membetulkan geba di atas katil. Dia mengambil telefon bimbitnya yang sedang di charge.
Wayar di cabut. NurNazlyna mula membuka aplikasi Instagram. Banyak juga sekarang artis artis yang sudah maju.. NurNazlyna tersenyum melihat Gambar Nazril disiarkan di instagram kepunyaan Azri Amsyar.
Dengan Caption..

'Walid and Umi love you so much'

NurNazlyna menggeleng kepalanya. Gambar ini semasa kenduri akikah Nazril beberapa tahun yang lepas.
"Sayang tengok apa tu tersenyum dari tadi??" soal Azri Amsyar dan memandang isterinya sekilas
"ni tengok gambar Nazril.. comel jerw dia masa baby dulu" NurNazlyna tersenyum dan melentokkan kepalanya di bahu Azri Amsyar.
"husband" panggil NurNazlyna.
"yes" Azri Amsyar yang sedang ligat melihat ipadnya itu memandang ke arah isterinya sekilas
"can i ask you one question??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar meletakkan ipadnya di atas meja.
"about what??" Azri Amsyar memandang isterinya.
"hmmm about me and you.." kata NurNazlyna.
"boleh sayang tahu apa yang ayah cakap dekat husband masa lepas nikah tu sampai ayah menangis??" soal NurNazlyna lagi.
"sayang ingat??" soal Azri Amsyar terkejut.
NurNazlyna mengangguk.
"mestilah sayang ingat... sayang dah lama nak tanya tapi asyik lupa jerw..." kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum
"Ayah pesan jaga anak perempuan dia ni baik baik.. jangan biarkan di terluka sebab selama 17 tahun ayah jaga dia bagai minyak yang penuh kini dalam masa 1 hari sekejap jerw tanggungjawab ayah sudah bertukar..." cerita Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang suaminya di sebelah. Mengalir air matanya.
"hey kenapa ni sayang yang tanya lepas tu menangis pula" kata Azri Amsyar mengusap rambut panjang isterinya.
"lepas tu husband cakap apa??" soal NurNazlyna.
"nak tahu husband cakap apa lap air mata tu dulu" Arah Azri Amsyar lalu dia mengesat air mata isterinya menggunakan ibu jari.
"Husband cakap... husband akan jaga sayang sampai akhir hayat husband...insyaallah" kata Azri Amsyar dan mengusap wajah isterinya.
NurNazlyna tersenyum.
"jiwanglah husband ni" NurNazlyna memukul dada suaminya
"erh betol lah apa jiwang pula... husband tak main main betol..." bersungguh Azri Amsyar berkata.
"bukti??" soal NurNazlyna.
"Nazril bukti cinta kita" kata Azri Amsyar dan tersenyum.
NurNazlyna memeluk kembali lengan suaminya.Azri Amsyar memintal hujung rambut isterinya.
Ya Nazril merupakan bukti cinta pertama dan terakhir mereka.
"so sweet" ujar Nur Nazlyna sambil membelai dagu Azri Amsyar.
NurNazlyna meletakkan kepalanya di dada Azri Amsyar. Dia terdengar bunyi degupan jantung suaminya itu.
"mestilah suami sayangkan" Azri Amsyar berkata bangga.
"Harap haraplah Nazril tak ikut perangai walid dia ni yang suka perasan jerw dari tadi" Perli NurNazlyna.
"erh Husband kiss mulut tu kang... ada yang tak tidur malam ni"ugut Azri Amsyar.
"eleh cakap sikit nak ugut...berani buatlah..."cabar NurNazlyna mencebirkan bibirnya dan menjeling manja.
"jangan cabar husband" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
NurNazlyna memandang telefonya kembali.
cup..
Dengan sekilas sahaja azri Amsyar mencium pipi Nurnazlyna.Nurnazlyna memandang tajam.
"hish husband ni terkejut sayang"NurNazlyna mengesatkan kesam ciuman di pipinya.
"siapa suruh cabar husband" Azri Amsyar tersenyum nakal.
"tak sukalah sayang gini." NurNazlyna memeluk tubuh.
"alah tak akan tu pun nak merajuk" kata Azri Amsyar.
"tak nak cakap dengan husband pergi tidur luar" NurNazlyna menolak Azri Amsyar.
Sengaja mahu bermanja dengan suaminya. Entahlah dia sekarang ini suka sangat dengan pujukkan suaminya.
"alololo.. panjangnya muncung dia" Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
"sayang nak tidur" NurNazlyna berbaring.
Azri Amsyar tersenyum sahaja melihat rajukkan si isteri.
NurNazlyna memeluk patung miliknya dan menutup wajahnya. Dia dapat merasakan ada pergerakkan di atas katil namun di biarkan sahaja.
NurNazlyna membuka mata sebelahnya sedikit dia melihat Azri Amsyar sedang menutup lampu. Apabila suaminya berpusing cepat cepat dia menutup mta.
Azri Amsyar tersenyum dia tahu bahawa isterinya itu tidak tidur lagi.
Bunyi sunyi sahaja di dalam kamar itu, NurNazlyna meninjau lagi dari ekor matanya sahaja. Tetapi suaminya hilang entah kemana.
NurNazlyna mengalihkan bantalnya terkejut dia apabila Azri Amsyar di sebelahnya dan terus menolaknya sehingga jatuh terbaring kembali. Azri Amsyar menindih tubuh isterinya.
"siapa suruh sayang tidur dulu" ujar Azri Amsyar dengan romantis
Mereka terbuai dalam belaian antara satu sama lain yang sungguh menghangat malam malam mereka.

"HUSBAND!!" NurNazlyna mengejut suaminya untuk bangun solat subuh.
Liat sungguh Azri Amsyat ini bangun. NurNazlyna menepuk nepuk wajah suaminya tetapi tidak bangun juga.
"Husband bangun solat subuh dah lambatlah" kejut NurNazlyna lagi
Azri Amsyar mencelik matanya dan tersenyum melihat isterinya yang sudah bertelekung.
"dah kenapa dengan husband ni senyum senyum macam kerang busuk??" soal NurNazlyna pelik.
"husband mengantuklah penat" rengek Azri Amsyar manja dan menarik tangan NurNazlyna.
"erh erh sayang tak bukak terlekung lagilah busuk nanti bau husband"usik NurNazlyna.
"sekejaplah"Azri Amsyar memeluk pinggang NurNazlyna.
NurNazlyna menggeleng kepala sahaja.
"husband dah pukul 7 lah ya allah nanti lambat solat subuh nanti" kata NurNazlyna menepuk wajah suaminya
"ya lah ya lah" Azri Amsyar bangun dari katil dan berlalu masuk ke kamar mandi.
NurNazlyna bangun membuka terlekung dan menyimpannya di dalam almari.
Tiba tiba pintu kamar mandi di buka Azri Amsyar. NurNazlyna pelik 'sekejapnya mandi laki aku ni' gumam NurNazlyna.
"cepatnya??" soal NurNazlyna pelik.
cup..
Pipi NurNazlyna di cium oleh Azri Amsyar. NurNazlyna terpaku seketika.
"lupa nak kiss kesayangan husband ni" ujar Azri Amsyar dan masuk ke dalam kamar mandi semula.
NurNazlyna menggelengkan kepala melihat gelagat Suaminya itu.
Selesai mengemas katil NurNazlyna duduk di balkoni sementara menunggu Azri Amsyar selesai solat.
NurNazlyna duduk melihat matahari yang baharu sahaja mahu terbit. Sungguh menganggumkan ciptaan yang maha esa.
Azri Amsyar yang baharu sahaja selesai menghabiskan bacaan doa. melipat sejadah dan berjalan ke Arah NurNazlyna.
Terus dia memeluk tubuh isterinya dari arah berlakang bahu NurNazlyna yang berlapitkan dengan baju tshirt berlengan panjang di cium dengan lembut.
NurNazlyna terkejut dengan tindakan suaminya itu. Lalu di melayan sahaja tindakan suaminya itu.
"thanks sayang" ujar Azri Amsyar di terlinga.
NurNazlyna mengerutkan dahi
"thanks untuk apa??" soal NurNazlyna.
"thanks untuk segalanya... thanks untuk sebab mengandungkan Nazril and beranakkan Nazril. Thanks sebab sudi terima kekurang Husband... mana tahu nanti Nazril dapat adik lagi hah husband terima kasihlah dengan sayang banyak banyak" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna tergelak.
"husband ni... itukan memang satu tanggungjawab sayang.. lainlah kalau husband yang tak nak sayang mengandungkan anak husband sendiri" kata NurNazlyna... Nada seperti merajuk sahaja.
"hey apa cakap macam tu... sayang husband bukan taknak cuma husband tak sanggup tengok sayang bertarung nyawa dekat dalam labour room tu.. sayang menangis sebab sakit sayang ingat husband suka ke??" soal Azri Amsyar sayu.
NurNazlyna memusingkan tubuhnya menghadap suaminya di berlakang.Tangannya di letakkan di bahu kiri dan kanan Azri Amsyar.
"you know what?? this is one of the responsibilities I have here as a wife.. sayang isteri husband sebab tu sayang sangup buat apa sahaja untuk rumah tangga kita husband..." kata NurNazlyna memandang anak mata suaminya.
"Najwa and Nazril tu sebenarnya itulah yang membuktikan bertapa sayangnya sayang dekat husband tau... Tapi tak tahulah kalau husband sayang ke tak dengan sayang" usik NurNazlyna sengaja mahu menduga suaminya.
Azri Amsyar tersenyum.
"mana boleh tak sayang ni... sayanglah perempuan pertama yang buka hati husband untuk terima perempuan tau... tak ada perempuan lain sayanglah orangnya...lepas sayang hati husband dah tutup dah sebab sayang dah kunci ketat" kata Azri Amsyar dan menarik NurNazlyna ke dalam perlukkan.
NurNazlyna tersenyum.
Mata mereka bertentangan dan wajah mereka semakin lama semakin rapat.
Tok tok..
Bunyi pintu di ketuk dari luar. Terbantut perbuatan mereka. NurNazlyna melepaskan perlukan Azri Amsyar
Dia berjalan ke arah pintu. Terus membukanya terjegul wajah Nazril dan Najwa di hadapannya.
"good morning anak anak umi" ujar NurNazlyna sambil menyangkung dan mencium wajah anak anaknya.
"Morning umi... umi kakak nak pergi sekolah dah ni lambat lagi ke??" soal Najwa.
NurNazlyna hampir terlupa tentang anaknya yang seorang ini
"ya allah kakak sorry... umi lupa..husband" NurNazlyna menepuk kepalanya.
"ya sayang" Azri Amsyar yang sudah siapa berpakaian santai itu memandang isterinya
"hantar Najwa pergi sekolah... husband cutikan hari ni" ujar NurNazlyna
"okey boleh tapi nanti husband balik lewat ada urusan dengan taufik ." kata Azri Amsyar
NurNazlyna hanya mengangguk.
"Najwa ambik kunci kereta then pergi start enjin"Arah Azri Amsyar.
"okey walid"Najwa berlari turun dari tangga.
"Umi boleh Nazril ikut Walid??" soal Nazril..
NurNazlyna tersenyum dia memandang suaminya di sebelah memberi isyarat kepada Azri Amsyar.
Azri Amsyar menyangkung dan mencium wajah anaknya.
"tak boleh sayang... Nazril duduk rumah dengan umi... nanti lepas Walid and kakak Najwa balik kita pergi jalan jalan" kata Azri Amsyar.
Nazril bersorak gembira.
"janji" Azri Amsyar tersenyum dengan kata kata anaknya lalu dia menyuakan jari kelinkingnya.
"janji sayang" Nurnazlyna tersenyum melihat dua beranak itu.
"okey now jom kita turun bawah hantar walid dekat pintu" ajak NurNazlyna sambil mengusap kepala anak bujang mereka
Azri Amsyar mendukung Nazril dan bawa turun ke bawah.Mereka berjalan beriringan.
Sampai sahaja di hadapan muka pintu nurnazlyna menyalam tangan Azri Amsyar.
"balik cepat tau jangan lambat" pesan NurNazlyna sedikit tegas.
"ya sayang i know" kata Azri Amsyar menyeranaikan kepala NurNazlyna berlapitkan kain tuala.
NurNazlyna mengerutkan dahinya.
"Bye Walid, bye kakak" Nazril melambai tangan ke arah ayah dan kakaknya.
Nurnazlyna tersenyum sahaja.
Lalu selepas itu mereka berdua melihat kereta Azri Amsuar berlalu pergi meluncur laju meninggalkan kawasan rumah mereka.

PADA musim cuti persekolahan Azri Amsyar mengajak NurNazlyna untuk balik ke kampung. NurNazlyna menurut sahaja. Kini mereka dalam perjalanan menuju ke kampung.
Nazril dan Najwa sudah lena di bahagian berlakang tersenyum NurNazlyna melihat mereka berdua. Dari awal perjalan lagi tidak habis habis bercerita sehinggakan tertidur.
"tak sabarnya nak sampai kampung" kata NurNazlyna sambil mengeliat. manakan tidak naik putus urutnya duduk sahaja. 2 jam sudaj berlalu.. entah kenapa ramai pula orang balik ke kampung.
"patutlah senyum senyum jerw dari tadi"ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang suaminya di sebelah sekilas .
"ya lah sayang rindu dekat opah dengan atoklah... makcik ilaika anak anak makcik semualah..." NurNazlyna berkata girang.
"hmm tu dekat LALA tak rindu ke?? dia dah beranak dah tu" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahinya.
"Rindu dekat Lala buat apa dia tu asyik beranak jerw" kata NuRnazlyna.
Azri Amsyar tersenyum.
Lala merupakan seekor kambing biri biri yang di nama oleh Najwa dan Nazril pada tahun lepas.Ketika itu Nazril sampai menangis mahu membawa Lala balik ke rumah.tiada binatang lain nak bawa balik kambing juga dia nak.
"amboi Najwa dengan Nazril dengar nanti habislah sayang kene pujuk" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna mencebirkan bibirnya..
Selepas beberapa minit mereka tiba di teratak Tun sri Nizar dan Puan Sri Zawiyah. Azri Amsyar menekan bunyi hon.
"Assalammualaikum opah!!" jerit NurNazlyna girang sambil berlari anak ke arah Puan Sri Zawiyah.
"Waalaikummussalam cucu menantu opah dah sampai" Puan Sri Zawiyah mencium pipi NurNazlyna dengan penuh kasih sayang.
NurNazlyna menyalam tangan Tun sri Nizar.
"kenapa balik tak bagitahu Nur" Kata Tun Sri Nizar
"Azri yang cakap last minute atok... sebab budak budak cuti sekolahkan tu yang bawa dia orang balik kampung tu" kata Azri Amsyar dan menyalam kedua tangan atok dan neneknya
"eeh budak budak mana??" soal Puan sri Zawiyah.
" Ada dalam kereta tu tidur" kata Azri Amsyar sambil berjalan ke arah keretanya.
"ya Allah kenapa tinggalkan mereka dekat kereta tu Azri ni"Puan Sri Zawiyah yang berjalan terlebih dahulu.
Lalu Puan Sri Zawiyah mendukung Nazril. Najwa pula di dukung oleh Azri Amsyar.
"dah masuk jom... haihlah budak budak ni" Puan Sri Zawiyah masuk ke dalam rumah
"boleh ke tu opah" tegur NurNazlyna.
"boleh Nur"
NurNazlyna memandang Azri Amsyar yang mendukung Najwa itu dan tersenyum.
Mereka masuk duduk di ruang tamu. Nazril yang sudah berjaga membuka matanya. Terus sahaja dia menangis di pangkuan Puan Sri Zawiyah.
Terkejut mereka apabila suara Nazril yang sudah kuat menangis itu. Puan Sri Zawiyah cuba untuk menenangkan cicitnya itu
"umi" rengek Nazril dan turun dari pangkuan Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna yang sudah bersandar di sofa terssnyum melihat anaknya yang menangis itu.
"kenapa sayang menangis ni hmm" NurNazlyna mengelap kesam air mata yang mengalir di wajah anaknya
Nazril mendiamkam diri.
"Nak su..su" Tersedu sedan Nazril menghamburkan tangisnya. Nazril yang mahu menyelak baju yang di pakai oleh NurNazlyna. Di tahan oleh Azri Amsyar.
"eeh Nur Nazril susu badan lagi ke??" soal Puan Sri Zawiyah terkejut.
NurNazlyna tidak membalas malah dia hanya tersenyum sahaja memandang ke arah Puan Sri Zawiyah.
Puan Sri Zawiyah menggeleng kepala.
"ikut mood juga opah kadang kadang botol kadang kadang susu badan" kata NurNazlyna segan.
"Ya allah, mana boleh macam tu Nur.. Nazril ni dah umur 4 tahun sepatutnya dah kene putus susu ibu..." kata Puan Sri Zawiyah.
"Tapi Opah susu Nur banyak opah siapa yang nak minum" sampuk Azri Amsyar sambil tersengih.
NurNazlyna mengangkat Nazril duduk di ribanya dan mengesat wajah Nazril.
"tak ada banyaknya Azri,Nur... perempuan lepas bersalin memang macam tu... susu memang ada dan tak boleh berhenti pun susu tu..." kata Puan Sri Zawiyah dan memandang ke arah Azri Amsyar dan NurNazlyna silih berganti.
"dah mulai hari ini Nazril kene minum botol tak boleh susu umi lagi okey sayang" Puan Sri Zawiyah mengusap wajah Nazril.
Nazril hanya mengangguk sahaja.
Mata mereka berdua bertembung memberi isyarat
"Lagi satu Nur. Nanti mesti Nazril nak dapatkan adikkan.. tak akanlah Nur nak dua orang anak jerw" NurNazlyna menelan air liurnya tetapi dia tetap tersenyum memandang Puan Sri Zawiyah.
"insyaallah Opah kalau ada rezeki adalah kami anak lagi" ujar Azri Amsyar bagi memihak isterinya
"betul tu.. erh kamu pergilah berehat bersihkan diri ke apa... opah dengan atok nak jumpa orang masjid sekejap" sampuk Tun Sri Nizar.
"Pakcik Hamdan dengan Makcik Ilaika mana opah??" soal NurNazlyna sambil menegakkan kepalanya memandang ke arah dapur
"Dia pergi uruskan ladang atok suruh sebab hari ni atok ada urusan dengan pengurusi masjid pasal kambing yang nak di korbankan untuk raya Haji bulan depan" ujar Tun Sir Nizar.
Mulut NurNazlyna berbentu 'O' sahaja.
Selepas beberapa minit Tun Sri Nizar dan Puan Sri Zawiyah berlalu pergi ke masjid dengan menaiki vespa berwarna merah.
Tersenyum NurNazlyna melihat kemesraan Datuk dan neneknya.
"sayang senyum senyum ni dah kenapa buang tabiat"kata Azri Amsyar
NurNazlyna memandang Azri Amsyar tajam.
"banyaklah Husband buang tabiat... sayang suka tengok kemesraan Opah dengan atok... sweet sangat" NurNazlyna berkata teruja
Azri Amsyar tersenyum. Memang tidak di nafikan kemesraan Datuk dan Opah memang sama seperti pasangan baru sahaja berkahwin.
walaupun Mereka sudah berkahwin 40 tahun lamanya sehingga dapat cicit sudah.
"Alah nanti kalau kita dah tua pun kita akan jadi macam opah dengan atok juga" NurNazlyna memandang suaminya di sebelah.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja.
"Husband tengokkan Nazril ya, sayang nak pergi dapur buat susu" kata NurNazlyna dan berlalu.
Memang dia sudah fikir tidak mahu memberi Nazril susu badan lagi. Tetapi dia kasihan apabila melihat Nazril menangis meminta susu padanya.
Selesai membuat susu, NurNazlyna memberikan botol susu itu pada Nazril yang sedang duduk elok di pangkuan Azri Amsyar.
Tersenyum mereka berdua melihat mata Anaknya yang semakin lama semakin layu di buai mimpi..
"sebijik perangai ikut bapak pantang letak kepala dah lelap" perli NurNazlyna
Berkerut wajah Azri Amsyar. Mereka sama sama tergelak.

SUDAH 2 HARI meraka berada di halaman rumah kampung kepunyaan Tun sri Nizar dan Puan Sri Zawiyah ini.
Pada tengah hari NurNazlyna sedang sibuk menolong Puan Sri Zawiyah menyiapkan makanan untuk di hantar ke pekerja pekerja ladang dan pembantu meraka yang bersusah payah bekerja.
Makanan makanan itu akan di hantar oleh Encik Hamdan dan seorang lagi pembantunya.
Nasiblah jumlah pekerja mereka hanya ada 50 orang sahaja termasuk pekerja di ladang dan kebun.
"Nur Sudah sudahlah tu buat kerja..." tegur Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja kepada Opahnya itu.
"Alah tak apalah opah Nur okey lagi pun dah nak siap ni... tinggal nak keringkan then simpan" kata NurNazlyna dengan tangan ligat membersihkan pinggan mangkuk di dalam sinki itu.
"hmm Nur ni dah pergi duduk sana biar makcik yang buat semua ni.. lagi pun Nur esok dah nak balik KL... pergilah rest dulu" arah Puan Ilaika dan menyambung kerja NurNazlyna.
NurNazlyna duduk di sebelah Puan Sri Zawiyah. NurNazlyna membantu Puan Sri zawiyah menyusun bekas tupperware yang diisikan nasi dan lauk untuk di berikan kepada pekerja.
NurNazlyna menegakkan tubuhnya mencari Nazril Dan Najwa. Berkerut wajahnya mencari.
"Nur cari siapa Najwa dengan Nazril??" soal Puan Ilaika.
NurNazlyna Memandang Puan Ilaika dan tersenyum. "haah Makcik ada nampak dia orang tak??"
"dia orang ada dekat rumah berlakang... alah jangan risaulah sekali sekala bermain di kampung apa salahnya" ujar Puan Ilaika.
NurNazlyna tersenyum dan menyambung kerjanya.
GANG.
Terkejut mereka apabila pintu rumah terhempas kuat oleh Bidin iaitu salah seorang pekerja di kolam ikan.
"Ya Allah Bidin kau ni buat kami terkejutlah kenapa ni??" soal Puan Sri Zawiyah
Bidin yang sudah lelah itu menarik nafas dengan perlahan.
"Maafkan saya Puan....En...en..encik Azri pengsan di kolam ikan" ujar Bidin tercungap cungap.
NurNazlyna mula panik..
"Ya allah.. okey tak apa kamu datang sini naik apa??" soal Puan Sri Zawiyah cemas.
"naik kereta Puan" ujar Bidin.
"Opah jom opah kita pergi Nur risaulah opah" kata NurNazlyna cemas
"jom..jom kita pergi ika tolong jaga budak budak.." arah Puan sri zawiyah.
Mereka berlalu pergi ke kolam ikan dengan menaiki kereta milik Bidin.

NURNAZLYNA memandang wajah suaminya yang sedang berbaring lesu dan berwajah pucat di atas katil hospital. Tangan suaminya di pegang dengan lembut.

FLASHBACK

"Puan, Encik Azri sihat cuma dia perlukan rehat yang secukupnya... hmm boleh tak kalau saya nak buat check up dekat Puan??" soal Doktor Munirah iaitu doktor peribadi Kepada Tun sri Nizar dan Puan sri Zawiyah.
"ouh boleh..." NurNazlyna mengikuti langkah doktor munirah.

END FLASHBACK

NurNazlyna tersenyum memandang suaminya. Entah kenapa emosinya terganggu saat melihat suaminya terlantar di atas katil hospital.
"Husband bangunlah, sayang nak bagi berita gembira ni dekat husband sorang..." bisik NurNazlyna dan mengusap wajah suaminya.
NurNazlyna mengambil tangan suaminya dan menggenggam dengan erat.
Sudah 5 jam mereka berada di hospital seremban. Sekarang sudah pun malam.Pada hari esok barulah ke semua keluarga NurNazlyna dan Azri Amsyar untuk datang melawat.
Azri Amsyar menggerakkan tangannya yang tiba tiba berasa basah sahaja.
Dia membuka matanya memandang isterinya yang menggengam erat tangannya sambil menangis tersedu sedan
"sayang.." panggil Azri Amsyar.
Terus NurNazlyna mengesat air matanya yang jatuh di wajahnya.
"Husband dah bangun... lamanya husband tidur" kata NurNazlyna sambil bangun duduk di sebelah Azri Amsyar..
"Husband sakir kepala sangat" Azri Amsyar memicit kepalanya dengan perlahan..
NurNazlyna tersenyum..
"yang sayang senyum senyum ni kenapa..." Azri Amsyar memandang tajam.
"lah senyum pun tak boleh" NurNazlyna pelik.
"Husband lapar" ujar Azri Amsyar lemah.
"shian dia lapar okey sekejap.." NurNazlyna mengambil mangkuk tingkat yang terletak di atas meja yang di bawah oleh Puan Ilaika sebentar tadi
"nak suap" kata Azri Amsyar manja.
NurNazlyna tersenyum.
Azri Amsyar bangun duduk dan bersandar di kepala katil.
"Husband buat sayang risaulah..." kata NurNazlyna dan memandang Azri Amsyar.
"sorry sayang..." NurNazlyna duduk di sebelah Suaminya.
"tak apalah... benda nak jadi dah pun" kata NurNazlyna dan mengusap wajah suaminya.
"Husband tadi tiba tiba jerw rasa pening.. mungkin sebab panas kot" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum sahaja..
"are you sure sebab panas??" soal NurNazlyna dan tersenyum.
"yes..kenapa" Azri Amsyar memandang isterinya di sebelah.
NurNazlyna tersenyum.
"sayang kenapa cakaplah" NurNazlyna memandang suaminya di sebelah.
"Husband makan dulu sampai habis then nanti baru sayang cakap" Azri Amsyar hanya menurut sahaja kata kata isterinya
Banyak sungguh Azri Amsyar makan sehingga licin nasi di dalam pinggan. NurNazlyna mengemaskan pinggan dan meletakkan di dalam beg yang berada di dalam almari.
"apa yang sayang rahsiakan dari husband ni cepatlah cakap" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya sekadar tersenyum sahaja. Walaubagaimanapun nanti suaminya akan tahu jugakan..
"tengok tu mengelamun pula" NurNazlyna memandang suaminya.
"hish ya ya nak bagitahulah ni.. tapi janji jangan terkejut..."ujar NurNazlyna.
Sungguh dia rasa gementar saat ini. Sudah lama dia tidak dapat merasakan gembira yang terlebih hihihihihi...
Azri Amsyar masih menunggu jawapan dari si isteri dengan penuh kesabaran. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia mencubit pipi isterinya saat ini.
"Sebelum tu Husband promise dengan sayang yang husband tak akan lari dari sayang macam sebelum ni" ujar NurNazlyna sambil mengambil tempat di sisi suaminya.
Azri Amsyar mengerutkan dahi. Pelik sahaja suara isterinya. "sayang kenapa ni...hmm??" soal Azri Amsyar.
"janji dulu"rengek NurNazlyna manja.
"Husband janji.. walau apa pun yang berlaku Husband akan tetap ada di sisi sayang..." Azri Amsyar mengusap kepala isterinya yang berlapiskan dengan tudung.
NurNazlyna mengambil sesuatu dia dalam beg tangannya dan tersenyum. Sampul berwarnah putih di keluarkan dan di berikan kepada suaminya
"apa ni sayang jangan buat husband takut." ujar Azri Amsyar risau.Dia membuka sampul surat itu sambil matanya memandang si isteri yang sudah mengelendangan air mata.
"tengoklah sampul tu jangan tengok sayang" kata NurNazlyna dan tersenyum geli hati melihat suaminya yang curiga akan sampul surat itu.
Azri Amsyar melihat sampul surat yang sudah di buka olehnya dengan perlahan. Gambar hitam putih di lihatnya.
Setahunya kali terakhir dia melihat gambar ini semasa Isterinya mengandungkan Nazril ketika masa dahulu.
"Siapa punya ni??" soal Azri Amsyar bodoh.
NurNazlyna tergelak mendengar ayat suaminya itu. 'haih laki aku ni...ingat badan jerw rasa sakit rupanya otak pun sakit juga...' NurNazlyna mengutuk suaminya di dalam hati.
"Husband rasa siapa punya??" soal NurNazlyna berteka teki.
Azri Amsyar memandang isterinya apabila otaknya sudah berfungsi. Terus sahaja tubuh si isteri di peluk dengan erat.
"thanks sayang" kata Azri Amsyar sambil mengalirkan air mata gembira.
"welcome.." NurNazlyna tersenyum dan memeluk tubuh suaminya di atas katil.
Lama mereka begitu, sehingga kering air mata mereka berdua.
"are you happy with this??" NurNazlyna memandang suaminya.
Azri Amsyar mengangguk dan tersenyum melihat gambar anak kedua mereka yang masih lagi kecil di dalam perut NurNazlyna.
"Berapa bulan ni??" Azri Amsyar mengusap perut isterinya.
" 3 bulan" kata NurNazlyna.
Sungguh mereka berdua tidak perasan pun dengan kewujudan anak di dalam rahim NurNazlyna. Apabila doktor beritahu tentang usia kandungan baharulah dia sedar bahawa dia sedangan mengandungkan zuriat kedua mereka.
Azri Amsyar bulat mata memandang isterinya tidak percaya dengan kata kata si isteri.
"sayang biar betul 3 bulan" Azri Amsyar berkata tidak percaya
NurNazlyna mengangguk. Dia sendiri tidak percaya bahawa kandungannya sudah berusia 4 bulan. Kerana dia tidak mempunyai apa apa rasa atau alahan sekali pun.
Dia cuma sangkakan bahawa dia hanya gemuk kerana terlebih makan sahaja. Perutnya tidak nampak langsung. Memang hanya Azri Amsyar sahaja yang baharu sahaja mendapat alahan ini.
"sayang ada teringin nak makan apa apa tak ni??" soal Azri Amsyar teruja.
NurNazlyna menggeleng
Mereka berdua berbaring. Nasib sahaja katil ini muat untuk mereka berdua.
"sayang pun tak tahu yang sayang mengandung sebab sayangkan period 3 ke 2 bulan sekali selepas bersalinkan Nazril." ujar NurNazlyna sambil meletakkan tangannya di dada bidang Azri Amsyar
"patutlah makan banyak lately ni" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna tergelak manja.
"Dahlah husband rehat okey.." NurNazlyna bangun dari pembaringan dan membetulkan kain selimut Azri Amsyar
Azri Amsyar mencapai tangan NurNazlyna yang sudah ingin berlalu.
"habis sayang nak tidur mana ni??" soal Azri Amsyar.
"tu sana tu" NurNazlyna menunjukkan sofa panjang yang tersedia di hujung kaki katil.
Mana mungkin Azri Amsyar akan membenarkan isterinya tidur di atas sofa sedangkan dia nyenyak tidur dia atas katil hospital yang empuk dan lembut.
Azri Amsyar menjungkitkan keningnya memandang NurNazlyna.
"no no... tidur sini muat jerw ni" kata Azri Amsyar dan mengalihkan badannya ke kiri sedikit.
"nanti husband tak selesa macam mana??" NurNazlyna duduk kembali di atas katil.
"mana ada husband tak selesa makin selesa adalah... sebab sayang ada dekat sebelah husband" ujar Azri Amsyar
wajah NurNazlyna mula memerah apabila di usik sebegitu dengan suaminya.
"Husband ni main mainlah" NurNazlyna menolak dada Azri Amsyar.
"Aduh sakitlah sayang ni... tak sayang husband ke" Azri Amsyar menggosok dadanya.
"alalalalal sorry sorry" NurNazlyna memeluk tubuh suaminya. kepalanya di letakkan elok di atas dada Azri Amsyar.
Dia dapat mendengarkan setiap degupan jantung suaminya yang sungguh menenangkan jiwanya.

PADA HARI ulang tahun perkahwinan mereka yang ke empat.Mereka meraikan di rumah dan menjemput sahabat sahabat mereka dan semua sedara mara yang turut hadir.Mereka juga menyambut hari jadi Nazril yang ke 4 tahun.
Nasib ulang tahun perkahwinan mereka sama dengan hari jadi anak lelaki mereka ramai juga kanak kanak yang datang ke majlis mereka. Lagi lagi anak anak sahabat mereka.
Alhamdulillah Rania selamat melahirkan anak perempuan. Sekarang usia kandungan NurNazlyna pula sudah mencecah 5 bulan.Jangankan dari rumah nak ke butik,dari bilik nak dapur pun dia dah berasa lelah.
NurNazlyna memandang suaminya yang sedang melayan budak budak tahfiz dan anak anak yatim yang di jemput oleh Datin Maznah sendiri.
Kasihan dia melihat suaminya kerana sudah 1 bulan tidak pergi kerja atas sebab alahan yang dia dapat. NurNazlyna tidak mendapat sedikit pun alahan orang mengandung.
Kata Puan Rose, Ini tandanya suaminya itu sayang sangat dengan isterinya sampai tak terungkap nak kata syang dekat bini. NurNazlyna mengusap perutnya dia dapat merasakan bayi mereka bergerak dengan ligat.
"Nur.." tegur seseorang dari arah berlakang.
NurNazlyna memusingkan badannya menghadap ke berlakang.
"erh Qamalia, Qamalina" NurNazlyna menarik mereka berdua untuk duduk di sebelahnya.
Qamalia dan Qamalina memeluk NurNazlyna sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kali terakhir mereka berjumpa adalah pada tarikh pertunangan Tania pada bulan lepas.
"kau orang apa khabar sihat??" soal NurNazlyna dengan ramah.
"sihat alhamdulillah..." jawab Qamalia.
"erh pergilah makan baru sampaikan tu ambik jerw... makan dekat bufet tu" NurNazlyna menunjukkan ke arah bufet yang terhidang di atas meja.
"nanti i makan.. erh Happy anniversary Yang ke 4" ujar Qamalia sambil memegang tangan NurNazlyna.
"thanks mali.." ucap NurNazlyna.
"ni berapa bulan ni Nur??" Qamalina mengusap perut NurNazlyna dengan perlahan.
"nak masuk six month dah ni... tu yang mengah tu" ujar NurNazlyna dan bersandar.
"hmm bestnya you umur 22 tahun nak masuk 2 orang anak..kami umur 22 tahun jangankan batang hidung bau jodoh pun tak ada lagi" kata Qamalina.
NurNazlyna tergelak.
"erh tengok tu" Qamalia menunjukkan ke arah Tania yang sedang melayan anak anak yatim di halaman rumah.
"tak sangka tania sekarang dah berubahkan... sejak berkahwan dengan you dekat sini.. i ingat sikap dia akan berterusan" ujar Qamalina dan tersenyum.
Mereka berdua bersyukur kerana Allah kurniakan NurNazlyna di dalam keluarga mereka kerana sebabkan NurNazlyna Tania sudah berubah menjadi seorang perempuan yang bertanggungjawab atas semua masalah.
NurNazlyna tersenyum sahaja.
"tak adalah i tak buat apa apa pun dengan Tania... cuma ya lah mungkin time tu dia tengah berdarah mudakan.. " kata NurNazlyna dan tersenyum melihat Tania
Tania yang perasan dengan pandangan saudara saudaranya itu melambai ke arah mereka. Selepas itu mereka bertiga melambai ke arah Tania.
"ehem ehem" Azri Amsyar berdehem ke arah 3 anak gadis yang sedang seronok bergelak ketawa. Tapi bukan 3, 2 jerw sebab seorang lagi tu bini dia bukan anak gadis lagi.
"boleh Abang ambik isteri kesayangan abang??" soal Azri Amsyar kepada Qamalia dan Qamalina.
Mereka berdua tersenyum geli hati. "takut sangat kita culik bini dia" Sindir Qamalina. Qamalina hanya bergurah sahaja.
"entah abang ni kami baru nak borak borak dengan Nur.. dah nak ambik" rungut Qamalia.
"nope, masa abang bagu dah tamat now give me my wife" Azri Amsyar menarik NurNazlyna dengan perlahan.
Mereka berdua mencebir bibir. "erh ni Mali, Lia makanlah jangan malu malu.. makan jerw banyak... i pergi dulu" kata NurNazlyna sebelum berlalu pergi.
"orite" jawab mereka serentak.
Tergelak mereka melihat pasangan bahagia yang menaiki tangga.

AZRI AMSYAR menarik tangan isterinya dan di bawa ke dalam bilik beradu mereka. Dia mahu kembuat kejutan dengan si isteri.
"Husband ni kenapa bawa sayang masuk bilik pula ni tetamu ramailah dekat bawah tu hish??" soal NurNazlyna melihat suaminya.
Macam macam perangai suaminya ini, yang bukan bukan di mintanya. Dia yang mengandung Azri Amsyar yang mengidam lebih.
Teringat pada satu hari tu suaminya mengidam mahu makan itik salai pada malam hari. Yang tida tidak di mintanya. Kalau tidak dapat merajuk dengannya.
"Husband rindu." NurNazlyna memandang ke arah Azri Amsyar yang memandang ke arahnya.
"then lepas tu... husband jangan macam ni... tetamu ramai tu..." NurNazlyna menjungkitkan keningnya.
"sampai hati marah husband" rajuk Azri Amsyar dan berjalan menghentak kaki duduk di birai katil.
kan aku dah kata yang laki aku sorang ni mengalahkan anak anak.. Baru di tegur sedikit sudah merajuk. Haih apalah nasib umi ni sayang.
NurNazlyna berjalan ke arah katil. Dia memandang suaminya yang merajuk dengannya. Time time macam ni nak merajuk.
"betul ni nak merajuk??" soal NurNazlyna hanya sekadar mengusik.
Azri Amsyar tidak membalas. Sikap manjanya dengan si isteri memang sangat lebih daripada Najwa dan Nazril. Pantang mereka duduk anak beranak ada sahaja hal si suami ini.
"alah husband sayang tak marahlah" NurNazlyna mencapai tangan Suaminya.
Azri Amsyar hanya membiarkan tingkah laku si isteri. Matanya masih lagi memandang ke arah lain.
"habistu tadi sayang marah marah husband tu apa" Azri Amsyar menjeling manja ke arah isterinya.
"mana ada sayang marah husband... betulkan sekarang ni ramai tetamu dekat bawah tu.." NurNazlyna memuncungkan bibirnya ke arah balkoni
"hmm" Azri Amsyar memandang ke arah lain.
NurNazlyna menggeleng kepalanya melihat sikap suaminya yang sungguh ketara.. mana tidaknya daripada tegas plus pula dengan garang boleh jadi seperti kanak kanak berumur 7 tahun lagaknya.
"hish husband ni.. hah merajuklah dah tua tua pun nak merajuk sayang turun dulu" NurNazlyna bangun malas mahu melayan perangai suaminya ini.
"Arhhh!!"jerit NurNazlyna kecil
Azri Amsyar sempat menarik tangan NurNazlyna yang ingin berlalu sehingga terbaring di atas katil.
"Apa husband ni main tarik tarik... tak sukalah macam ni" NurNazlyna menolak dada Azri Amsyar perlahan.
"siapa suruh taknak pujuk husband" kata Azri Amsyar dan berbaring di sebelah NurNazlyna.
NurNazlyna menjeling manja. Dia memusingkan badannya menghadap Azri Amsyar.
"Husband yang nak merajuk sangat sayang malaslah nak pujuk asyik merajuk jerw" kata NurNazlyna sambil melukis lukis di atas dada Azri Amsyar menggunakan jarinya.
"malas??" Azri Amsyar menangkap tangan isterinya yang bermain di atas dadanya.
NurNazlyna mencebir bibir.
"ya lah asyik nak merajuk sahaja husband ni... kalah budak budak tu..." NurNazlyna menjeling ke arah Azri Amsyar.
Sungguh pun kadangkala NurNazlyna mahu menidurkan Nazril sahaja mulalah Husband itulah inilah.. pening di buatnya.
"Husband menyusahkan sayang ke??" soal Azri Amsyar. Tiba tiba hatinya berasa sayu pula.
"tak husband.. husband tak menyusahkan sayang" NurNazlyna mengusap wajah suaminya.
"habistu sayang merungut ni"
"sayang tak merungut husband...janganlah macam ni... husband tak pernah menyusahkan sayang dari awal kita kahwin sampailah sayang nak lahirkan zuriat nombor 2 ni hah" NurNazlyna mengusap perutnya yang semakin membesar.
"betul ni??" Azri Amsyar memintak kepastian
"betullah. tak tahulah kalau kalau husband yang rasa sayang ni menyusahkan husband pula ya lah setiap malam asyik ganggu husband tidur jerw padahal sayang boleh jerw buat sendiri semua tu" kata NurNazlyna.
"taklah sayang pun tak menyusahkan husband.. malah husband lagi berbangga sebab dapat isteri macam sayang ni....sebab sanggup melahirkan zuriat untuk husband" Azri Amsyar turut mengusap perut NurNazlyna.
Masing masing tersenyum gembira apabila dapat merasakan tendangan dari si anak.Azri Amsyar memandang wajah isterinya yang berkerut mungkin menahan sakit.
"Cahaya walid buat apa ni hah kasihan umi sakit" kata Azri Amsyar. Selepas itu, dia mengucup perut isterinya.
"dah jomlah husband kita turun nanti apa kata orang nanti.." Kata NurNazlyna dan menutup kembali perutnya yang sudah di selak oleh Azri Amsyar.
"alah husband baru nak manja manja dengan sayang" rengek Azri Amsyar.
"tetamu ramai dekat bawah tu husband... dah lah tu" NurNazlyna bangun dari baring.
"sayang..." panggil Azri Amsyar meleret sahaja bunyinya.
"Malam ni okey" kata NurNazlyna dan mengusap wajah suaminya.
"no i want now... husband tak kira" Azri Amsyar menarik NurNazlyna sehingga terduduk di atas peha.
"Husband kasihan dekat tetamu tu ramai dekat bawah... nanti apa kata orang kita yang buat majlis tapi kita tak ada" ujar NurNazlyna lembut.
"alah mereka fahamlah..." ujar Azri Amsyar.
Bulat mata NurNazlyna memandang ke arah suaminya.
"Hish husband ni kenapa.... malam nilah husband sayang janji" NurNazlyna menyuakan jari kelinkingnya ke arah Azri Amsyar.
"promise" jeling Azri Amsyar.
"ya promise... malam ni okey" NurNazlyna menyikat rambut Azri Amsyar ke berlakang.
Mata mereka berdua bertentangan. Azri Amsyar memeluk tubuh NurNazlyna kepalanya di letakkan di dada perempuan itu. Air mata lelakinya jatuh jua.
"haih kenapa pula husband menangis ni hah??" soal NurNazlyna melihat wajah Azri Amsyar. Air mata yang berjuraian jatuh di kesatkan dengan ibu jari.
'Teruk sangat ni sampai menangis tiba tiba.. bukan pembawakan baby ni dah macam gila pun ada juga... hish nauzubillah...' gumam NurNazlyna.
"Husband tak dapat bayangkan kalau sayang tiada di sisi husband..." kata Azri Amsyar sebak
"dulu husband banyak buat hati sayang sakit sehinggakan husband lari dari sayang" ujar Azri Amsyar lagi
"shh.. dah dah... sayang tak apa apalah... Sayangkan ada dekat sini... kitakan dah sama sama janji yang kita akan besarkan anak anak kita sama sama " kata NurNazlyna dan mengusap kepala Azri Amsyar.
"dahlah husband ni cengeng lah... asyik menangis jerw macam dia yang mengandung" usik NurNazlyna.
"husband sedihlah..." rengek Azri Amsyar Di dada NurNazlyna
"ya ya... dahlah tu tak malu ke... hah tengok baby pun menendang hah..." NurNazlyna mengambil tangan Azri Amsyar dan letakkan dia perutnya.
Tergelak Azri Amsyar.
"Dah okey" NurNazlyna menyentuh wajah Azri Amsyar Air mata dia lap dengan ibu jari.
Azri Amsyar mengangguk.
"Dah jom kita turun tetamu dah ramai dah tu" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahinya memandang Azri Amsyar. Tadi dia yang tidak mahu turun bawah sekarang ni dia yang lebih lebih. APO...
Azri Amsyar bangun dari duduk, Begitu juga dengan NurNazlyna.
"tadi dia yang taknak..." kata NurNazlyna.
"erh sayang yang layan husband siapa suruh" Azri Amsyar berjalan ke arah cermin rambutnya di betulkan.
"erh kita pula dia yang menangis sahaja.. itu lah inilah hmm nak salahkan kita pula" NurNazlyna memeluk tubuhnya memandang Azri Amsyar.
"siapa suruh sayang taknak layan husband... dahlah jom" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng sahaja melihat Azri Amsyar berjalan ke arah pintu untuk keluar. Dia membonti Azri Amsyar..
Azri Amsyar berhenti dari berjalan sehinggkan NurNazlyna terhantuk di berlakang tubuh Azri Amsyar.
"Husband" NurNazlyna mengerutkan dahinya. Kepalanya yang terhantuk tadi dia gosok perlahan.
"sorry sorry husband lupa sesuatu" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
NurNazlyna mengerutkan dahi nemandang Azri Amsyar.
"Apa di..." kata kata NurNazlyna terhenti. Apabila Azri Amsyar mencium bibir munggilnya.
Azri Amsyar melepaskan ciuman dia memandang isterinya di hadapan yang sedang pipi kemerahan.
"Husband lupa nak kiss sayang dah jom" kata Azri Amsyar selamba sahaja dia menarik tangan isterinya keluar dari bilik.Sempat NurNazlyna memekul bahu Azri Amsyar.
Alhamdulillah kini mereka bahagia hingga ke penghujung cerita... Sahabat sahabat NurNazlyna pun kini sudah dapat berjumpa kebahagian mereka sama sama..
Dari bawah sehinggalah mereka naik alhamdulilla mereka kekal sehinggan kini. Banyak cabaran yang mereka kecapi hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya mereka nak menghadap masalah masalah yang ada.
Siapa sangka seorang murid yang nakal tetapi hatinya lembut dan mudah di bentuk menjadi isteri kepada seorang guru praktikal kaunselingkan??
Siapa juga sangka bahawa seorang guru lelaki akan mendidik seorang murid perempuan untuk menjadi seorang wanita yang solehahkan??

TAMAT....
24.6.21

kini Tamatlah kisah NurNazlyna dan Azri Amsyar hihihihi... bukankah saya dah janji bahawa saya akan menceritakan dimanakah saya mendapat nama... yang sebenarnya nama saya Nazlyna mohammad... yes btol org yg dlm novel ni adalah saya TETAPI cerita ini tidak sama dgn cerita saya yg sbnr okey ini hanyalah REKAAN semata mata... NATALIA adalah satu nama yg saya suka dan Aisyah adalah satu nama yang saya ambil novel Aisyah sofea... saya memang suka baca novel aisyah sofea.. sebabtu saya letak nama itu... jadi itulah kisah ringkas dri saya... ~NM~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience