BAB 31

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

PADA MALAM ITU Azri Amsyar tidur di rumah ibu mertuanya kerana ayahnya yang mengajak mereka bermalam di situ untuk beberapa hari.
Azri Amsyar duduk di dalam bilik NurNazlyna yang sudah di siapkan oleh mereka berdua. Gambar kahwin mereka berada di sisi katil di ambil dan dia melihat setiap gambar yang di lihat.
Sungguh Cantik isterinya berpakai baju kebaya songket, Dia teringat tentang dia merancang untuk memanggil NurNazlyna memberikan selengkap set barang kemas kepada isterinya.
Najwa sudah di tidurkan di bilik sebelah.Najwa adalah anak angkatnya baginya Najwa perlu diajar tentang perkara asas aurat.
Azri Amsyar menggeleng kepala apabila teringatkan tentang kenakalan isterinya pada malam semalam. Ada ke patut di samakan dia dan lembu.
"haih sekejap jerw sayang saya dah rindukan awak" kata Azri Amsyar sambil mengusap gambar NurNazlyna di telefon bimbitnya.
Telefon bimbitnya berbunyi. Azri Amsyar tersenyum melihat gerangan yang di telefonnya. Panjang umur bini aku ni baru jerw cakap dah call.
"hello dah rindu ke?" soal Azri Amsyar.
"Assalammualaikum awak mana?" soal NurNazlyna.
"waalaikummussalam bidadari" kata Azri Amsyar.
Azri Amsyar meletakkan frame gambar itu di tempat asalnya kembali.
"jom video call" kata Azri Amsyar.
Tanpa menunggu jawapan NurNazlyna dia meletakkan telefon bimbitnya dan telefon NurNazlyna kembali dengan bervideo call.
"nak apa Encik Suami?" soal NurNazlyna dengan senyuman.
"hmm Puan Ada nampak isteri saya tak?" soal Azri Amsyar
Tersenyum NurNazlyna mendengar soalan usikkan suaminya itu.
"hish main main pula dia.. Husband dah makan??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk kepalanya "tapi lapar lagi" kata Azri Amsyar lagi.
NurNazlyna mengerutkan dahinya memandang suaminya yang sedang tersenyum nakal.
"jauh tak boleh nak hug" kata NurNazlyna dan tersenyum bahagia. Azri Amsyar tergelak kecil. NurNazlyna bahagia mendengar suara garau suaminya itu.
"dah solat" soal Azri Amsyar
"dah baru lepas, Najwa mana?" soal NurNazlyna.
"tidur... dekat bilik sebelah" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya mengangguk.
"kirim salam dekat ibu okey" pesan NurNazlyna.
Azri Amsyar menganggukkan kepalanya.
"sayang take care okey... esok nak pergi mana?" soal azri Amsyar
"hmm esok saya dengan kawan kawan saya nak pergi cari baju untuk kelas isnin ni"kata NurNazlyna
Azri Amsyar mengangguk setuju.
"sayang makan apa tadi?"
"saya makan burger dekat luar tadi dengan yang lain" kata NurNazlyna.
Dia tahu bahawa NurNazlyna keluar bersama dengan kawan kawannya untuk mencari makanan.
"jom tidur saya dah mengantuk mungkin penat kemas rumah kot" kata NurNazlyna dengan menguap.
"jangan tutup call." kata Azri Amsyar dan mata mereka bertatapan sehingga masing lena di buai mimpi yang indah pada malam itu.

KEESOKKAN HARINYA. NurNazlyna bangun menunaikan solat subuh. Dia memandang telefon bimbitnya dan tersenyum sendiri. Entah pukul berapa mereka menutup telefon bimbit.
"tiba tiba rindu pula" kata NurNazlyna perlahan.
Pintu bilik di ketuk. NurNazlyna bangun dari duduk dan berjalan ke arah pintu dia membuka. Figura Rania terserlah.
"hah bangun pun jom kita jemaah dekat masjid" ajak Rania.
"ouh kejap aku ambil kain dengan telefon" kata NurNazlyna.
"kita orang tunggu dekaf bawah tau" kata Rania.
NurNazlyna mengangguk. Dia mengambil telefon bimbitnya dan kain terlekung di penyidai. Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Dia tidak sempat untuk mengangkat kerana Kasihan dekat kawan kawannya yang sudah lama tunggu di bawah. Pada malam tadi mereka merancang untuk solat subuh berjemaah di masjid yang berdekatan dengan kawasan rumah mereka.
"wey Lyna fon kau bunyi angkat lah" kata Kinah.
"nanti dalam kereta aku call lah orang ni balik" jawab NurNazlyna.
Dia menutup pintu pagar dan masuk ke dalam kereta Farah. Memandangkan mereka berempat jadi mereka bercadang untuk menaiki satu kereta sahaja. Bukan apa minyak petrol sekarang mahal.
"ready semua?" soal Farah.
"ready!!"sorak mereka semua.
Kereta meluncur laju ke arah masjid. Tidak ramai jemaah perempuan hanya ada 3 orang makcik yang sangat sporting semasa mendengar ceramah agama pada waktu pagi.
"kamu berempat ni baru pindah ke?"soal Salah seorang dari mak cik mak cik itu.
"ya kita orang baru pindah dekat rumah jalan simpang sana"jawab Rania sebagai wakil.
"ouh.. nama makcik khadijah" Puan Khadijah menghulurkan tangan kepada mereka berempat.
"saya Kinah" kinah menyalam tangan makcik yang lain
Mereka berempat memperkenalkan diri kepada makcik tiga orang.
"sekejap makcik rasa macam pernah nampak awak ni" kata Puan Khadijah kepada Syakinah
Syakinah berasa pelik setahunya dia tiada siapa sedara mara yang tinggal di pahang.
"mungkin pelanduk dua serupa kot makcik" potong NurNazlyna.
"ouh haah mungkin" Puan khadijah tergelak.
Di turut dengan yang lain. Selepas mereka semua bersembang kosong. Mereka meminta diri untuk pulang ke rumah.Masuk sahaja di dalam kereta Farah menghidupkan enjin keretanya.
Di dalam kereta Syakinah memandang wajah Puan Khadijah dari jauh dia juga seperti pernah tengok perempuan itu tetapi tidak tahu di mana.
"kinah kau asal pandang makcik tu... kau kenal ke tak?" soal NurNazlyna yang berada di sebelahnya.
"hmm aku macam pernah tengok lah mak cik Khadijah tu tapi aku tak ingat dekat mana" jawab kinah.
"aikk tadi kata tak kenal" Rania memusingkan badannya sedikit untuk melihat Syakinah.
"aku kata macam pernah tengok tapi tak apalah biar jerw lah makcik tu.. jom lah balik kita nak kemas rumah lagi ni..." kata Syakinah.
NurNazlyna memandang wajah sahabatnya di sebelahnya yang kelat berkerut seperti sedang berfikir sesuatu.
Kereta Farah meluncur laju meninggalkan masjid. Mereka tiba di rumah. NurNazlynq duduk seketika di atas katil,dia memandang telefon bimbitnya.
10 MISEDCALL
Terpana NurNazlyna melihat nombor yanh tertera. Dia membuka aplikasi whatsapp. Bulat matanya memandang.
HUSBAND: SAYANG
HUSBAND:SAYANG
HUSBAND:SAYANG
HUSBAND:SAYANG
HUSBAND: SAMPAI HATI AWAK BUAT SAYA MACAM NI:(
HUSBAND: MISS YOU SAYANG:(
Tergeleng kepalanya dia menarik nafas panjang. "miss you too" katanya perlahan.
Pintu terbuka dari luar NurNazlyna memandang gerangan yang membuka wajah kawan kawannya terserlah.
"baru satu malam tak dapat tidur dengan laki takkan dah rindu kot" usik Rania.
"banyaklah kau.. hah nak apa korang datang bilik aku ni?" soal NurNazlyna.
"wey kita orang plan nak keluar jalan jalan beli baju untuk pergi kolej isnin nanti nak ikut tak?" kata syakinah
"aku bosan siot dok umah jom arh Naz bontot dah kematu ni asyik duduk dekat rumah tak ada buat apa apa" sampuk Farah.
Tergelak NurNazlyna memandang mereka bertiga yang ada di hadapan pintu.
"hmm kita pergi petanglah wey baru best. kita kemas rumah dulu" kata NurNazlyna.
"okey" jawab Farah.
Mereka semua berlalu pergi dan menutup pintu. NurNazlyna melihat jam di dinding menandakan pukul 12 tengah hari.
"time macam ni mesti dia tengah makan.. call lah kejap" katanya sendiri.
NurNazlyna mendail nombor pejabat Azri Amsyar. Beberapa saat kemudian seorang suara seorang perempuan kedengaran.
"Hello ni kak Rita ke?"soal NurNazlyna.
"ni Nur ya?" soal Rita.
"haah ni Nur kak.. Azri busy tak?" soal NurNazlyna.
"hmm Azri tak busy dia hari ni free tapi tadi dia keluar mungkin pergi ambik Najwa rasanya" Balas Rita.
"hmm terima kasih" NurNazlyna mematikan telefon bimbitnya.
Dia mendail nombor Azri Amsyar. Tersenyum dia apabila mendengar suara garau itu.
"hello Husband sorry"kata NurNazlyna laju.
"awak ni buat saya risaulah orang call tak nak angkat..." kata Azri Amsyar gundah.
"saya terlupa nak call sorry husband" kata NurNazlyna kesal.
Azri Amsyar mendiamkan diri.
"hmm awak ambik Najwa ya?? saya nak cakap dengan Najwa" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar masih mendiamkan dirinya. Mungkin dia terasa hati dengan NurNazlyna.
"hello Umi" sapa suara Najwa.
"Assalammualaikum anak umi... rindu umi tak?" soal NurNazlyna.
"waalaikummusalam umi.. Najwa rindu umi kenapa umi kene belajar jauh jauh" kata Najwa monyok mukanya.
"umi nak jadi pandai sayang..." jawab NurNazlyna. Sungguh dia rindu dengan anak perempuannya itu.
"ouh bila umi balik?" soal Najwa ingin tahu.
"hmm tanya walid kalau walid kata walid rindu umi ajak lah walid datang sini"kata NurNazlyna dan tersenyum.
"Walid rindu umilah.. umi nak tahu semalam walid tidur peluk gambar umi" kata Najwa jujur.
Tergelak NurNazlyna mendengar celoteh anak perempuanya ini.
Tiba tiba Suara Azri Amsyar kedengaran.
"hello wife" panggil Azri Amsyar.
"hah ya"jawab NueNazlyna.
"jangan hiraukan Najwa cakap tu" kata Azri Amsyar.
"kenapa pula tak boleh"usik NurNazlyna.
"hish dia ni" tergelak Azri Amsyar.
"nak pergi mana??" soal NurNazlyna.
"otw pergi rumah Mak.. nak makan lapar" kata Azri Amsyar.
"ouh shian dia" kata NurNazlyna.
"awak lapor diri isninkan?" soal Azri Amsyar.
"haah"
"ouh okey bye sayang love you" kata Azri Amsyar.
"love you too" balas NurNazlyna.
NurNazlyna mematikan telefon bimbitnya dan terbaring menghadap shiling. Tersenyum dia membayangkan wajah Azri Amsyar yang tidur bersama dengan Gambarnya.
"walid rindu umilah..umi nak tahu semalam walid tidur peluk gambar umi" masih terngiang kata kata anaknya itu tadi.
Dia menggelengkan kepalanya terasa bahagia sekejap. Dia memegang perutnya yang kosong.
"adakah peluang untuk aku beranak anak dia" katanya perlahan.

AZRI AMSYAR YANG sedang memandu menuju ke rumah Datin Maznah itu memandang Najwa sekilas.
"kenapa Najwa cakap dekat umi" kata Azri Amsyar.
"oups sorry" Najwa menutup mulutnya
Azri Amsyar menggeleng kepala melihat ke comelan anaknya. Tersenyum dia.
"Walid bila nak pergi jumpa umi wawa nak ikut" Kata Najwa.
"hmm tak tahu lagi lah tengok dulu nanti kalau nak jumpa umi walid bagitahu" kata Azri Amsyar
"hmm okey" kata Najwa.
Lama mereka berada di dalam kereta setelah beberapa minit sampai juga mereka di rumah Datin Maznah.Najwa sudah keluar dari kereta berlari masuk ke dalam bilik.
"jangan lari jatuh nanti" tegur Azri Amsyar.
"Nekny wawa dah sampai"jerit Najwa girang.
"nekny dekat dapur sayang"Kata Datin Maznah yang sedang memotong bawang itu.
Najwa berjalam ke arah dapur sambil menggalas beg sekolahnya.
"cucu nekny ni masamnya bau" kata Datin Maznah kepada cucu angkatnya itu.
"hihihihi wawa baru balik dari sekolah memanglah busuk" kata Najwa segan.
"Najwa pergi naik mandi then do your work now" sampuk Azri Amsyar,Najwa memandang Azri Amsyar itu mengangguk laju.
"okey bye nekny" kata Najwa sambil mencium pipi tua Neneknya itu.
"ni santi tolong tengokkan cucu saya dekat bilik tu entah apa dia buat nanti... yuna kamu kemari hantar ini ke sinki" Arah Datin Maznah kepada dua pembantunya.
"Azri kamu kenapa muka monyok jerw" tegur Datin Maznah selepas melihat wajah anak lelakinya itu yang cemberut sahaja.
"hmm tak ada apalah Mak mungkin kerja banyak dekat pejabat tu.." kata Azri Amsyar.
"ya ke kerja banyak... Mak tahulah Azri selok belok pejabat tu tak ada apa yang kerja banyaknya..." Datin Maznah tersenyum.
Azri Amsyar memandang wajah Datin Maznah. Dia tersenyum ya dia memang tak boleh berahsia dengan ibunya.
"kamu rindu Nur kan?" soal Datin Maznah.
Azri Amsyar terkejut dengan serkap Datin Maznah. Dia tersenyum suka. Datin Maznah menggeleng kepalanya.
"siapa yang tak rindu bini mak bila dah berjauhan begini" keluh Azri Amsyar.
Tergelak kecil Datin Maznah.
"Azri dengan apa Mak nak cakap ni.... Nur tu seorang yang baik dan tak pandai nak marah orang betul tak?" Datin Maznah memandang Azri Amsyar untuk memberi jawapan
Azri Amsyar mengangguk.
"tak sampai 24 jam dia pergi dah rindu haih. Azri Azri." Datin Maznah menggelengkan kepalanya perlahan.
"Azri bukan apa Mak risaulah dia duduk berjauhan dekat sana" Azri Amsyar bersandarkan tubuh berlakangnya di kerusi.
"jangan risaulah Azri setahun jerw dia belajar dekat sana tapi itu pon kalau Nur tak mengandunglah" kata Datin Maznah dan tersenyum.
"hish Mak ni ke situ pula" Nafi Azri Amsyar. Dia menyembunyikan senyumannya.
"apa betul apa Mak cakap... " Datin Maznah tersenyum kepada Azri Amsyar. Dia kenal dengan anak tunggal dia yang seorang ini.
"ya lah Mak... betul betul ni Mak masak apa ni Azri lapar ni tak makan.. Malam ni Azri tidur sini tau boleh tak esok Mak jagakan Najwa" pinta Azri Amsyar dan tersengih.
"Mak ingat nak masak ayam masak lemak cili api jerw..." kata Datin Maznah.
"ouh sedapnya" Kata Azri Amsyar sambil membuka baju kotnya dan melonggarkan tai yang di pakai.
"kamu kata tadi kamu tidur sini?" soal Datin Maznah.
"haahlah Mak.. dekat Rumah tu selalu Nur yang akan kejutkan bangun... lagipun Najwa tak ada siapa nak jaga.. tadi ingat nak hantar rumah ibu dengan ayah tapi fikir fikir balik dia orang nak jaga anak abang Nur lagi kesian pula" Kata Azri Amsyar.
"ouh hah ya lah.. tak pun macam nilah kamu duduk sini sementara Nur duduk sana... kalau kamu rasa nak balik rumah mertua kamu tu Mak tak kisah boleh jerw lagipun Mak dah lama tak jumpa ibu rose kamu tu hah" cerita Datin Maznah.
"baiklah Mak" Azri Amsyar berlalu pergi naik ke kamarnya untuk membersihkan diri.

HARI YANG di nanti nantikan menjelma juga. Hari ini merupakan hari pemulaan pembelajaran di maktab kolej Pahang.
Mereka pada pagi itu masuk ke kelas untuk permulaan berlajar. NurNazlyna dan Syakinah berada di satu kelas yang sama iaitu bidang seni pembangunan. Manakala Farah dan Rania satu kelas memgambil bahagian Account.
Satu demi satu pelajar memperkenalkan diri kepada pensyarah.
Tiba giliran NurNazlyna, "Assalammualaikum and hye nama saya NurNazlyna mohammad saya berasal dari selangor." NurNazlyna memperkenalkan diri kepada semua orang pelajar dan pensyarah di dalam kelas.
"okey awak boleh duduk" Madam Haslina.
"terima kasih madam" NurNazlyna tunduk sedikit.
Madam Haslina menganggukkan sedikit kepalanya.
"okey di sebelah awak ni pula siapa nama?" soal Madam Haslinah.
NurNazlyna memandang syakinah di sebelah yang sedang tersenyum senyum sambil memandang telefon bimbitnya.
"wey madam tanya kau lah" bisik NurNazlyna dan menyiku lengan Syakinah di sebelahnya.
"erh hah hmm sorry madam..." kata syakinah gagap.
"Na...na..nama saya Syakinah binti Jamaludin saya berasal dari selangor" kata Syakinah san menundukkan kepalanya sedikit.
"terima kasih syakinah boleh duduk" arah Madam Haslina.
NurNazlyna tersenyum sahaja melihat sahabatnya di sebelah yang menggigil apabila memperkenalkan diri.
"sama sama... dan awak kenapa awak tersenyum senyum pandang Syakinah tu dah kenapa" Madam Haslina menegur seorang lelaki.
"hmm tak ada apa Madam" Harith menundukkan kepalanya.
NurNazlyna memandang Harith yang berada tidak jauh dengan mereka berdua.
"wey Kinah aku rasa lelaki tu suka dekat kau lah"bisik NurNazlyna.
Syakinah yang memandang telefon bimbitnya itu, memandang ke arah NurNazlyna yang sedang memberi isyarat kepada Harith.
"hish kau ni mandai jerw tak adalah" Syakinah memandang Harith yang sedang memandang ke arahnya dan tersenyum manis.
"kau ni asyik pandang telefon jerw chat dengan siapa lepas tu tersenyum senyum" kata NurNazlyna.
"erh tak adalah kau ni mana ada mandai kau jerw" nafi Syakinah.
"aku kenal kau Kinah bukan baru tadi dari aku tingkatan 1 lagi aku kenal kau.. kau chat shahri kan?" soal perli NurNazlyna.
Syakinah tersenyum dan tergelak kecil. Harith yang dari jauh memandang ke arah Syakinah itu tersenyum. Dia suka melihat wajah Syakinah ketika tersenyum.
Lama mereka berada di dalam kelas untuk permulaan. Hari pertama mereka sungguh seronok dan menggembirakan.
"Wey Kinah jom arh Farah dengan Rania dah tunggu dekar cafe" kata NurNazlyna.
"hmm jom" ajak Syakinah.
Semasa mereka sedang mengemas barang untuk bergeraknke cafe. Harith menunggu kawan kawannya yang lain keluar dari kelas itu.Selepas itu Harith mendekati Syakinah dan NurNazlyna.
"hmm Assalammualaikum and hye korang?" soal Harith kepada Syakinah dan NurNazlyna.
NurNazlyna memandang Harith.
"Waalaikummussalam ada apa ya?" soal NurNazlyna.
"boleh kita berkawan??"soal Harith kepada syakinah.
Syakinah dan NurNazlyna memandang sesama sendiri.
"boleh tapi berkawan sebagai classmate okey" kata Syakinah dan menarik tangan NurNazlyna untuk keluar dari kelas itu.
Harith mengerutkan dahi memandang mereka berdua yang berlari. Dia menggosok tengkuknya dab tersenyum.

"WEY BABE asal kau lari?"soal nurNazlyna sambil mereka berjalan menujuk je arah Cafe.
"hmm habis tu takkan kau nak biar mamat tu berkenalan dengan kita.. kau ingat sikit erk yang kau tu bini orang ingat"Syakinah mengingatkan NurNazlyna.
"ya aku tahu aku bini orang tapi dia cuma nak berkawan jerw wey kau tak kasihan ke dekat dia" kata NurNazlyna.
"Wey Lyna hari hari kita jumpa dia Lyna.. nak berkawan untuk apa" Syakinah menggelengkan kepala.
"tak salah kot kalau kita berkawan.. ke sebenarnya kau takut Shahril salah faham" NurNazlyna mengecilkan matanya.
"erh kau ni mana ada tak adalah.."nafi Syakinah.
Tersenyum sinis NurNazlyna mendengar jawapan sahabatnya itu. "Aku kenal kau lah Kinah" NurNazlyna duduk dia kerusi batu yang tersedia dia situ.
"aku bukan apa... dari tak suka tiba jadi sayang pula dengan Shahril" kata Syakinah dan duduk di sebelah NurNazlyna.
"aku dah agak dah habis asal tak kahwin jer" NurNazlyna menepuk meja di depannya.
"aku bukan tak nak kahwin tapi tulah aku rasa nak tunggu dulu lah nak kerja baru aku kahwin" Cadang Syakinah sambil mengetuk meja di hadapannya.
"hmm ikut lah kau Kinah.. Tapi Shahril okey?" soal NurNazlyna.
Syakinah memandang NurNazlyna dan tersenyum. NurNazlyna. Dia mengangguk kepalanya.
"hello guys sorry lambat pensyarah kita orang tu banyak betul dia bercerita haih nak berkenalan pun macam apa jer" sergah Rania.
"erh korang cerita pasal apa boleh kami tahu?"soal Farah.
"tak ada ni hah syakinah ada orang minat" kata NurNazlyna.
"serius lah hish baru one day siot kita belajar" kara Rania teruja.
"entah kau... ape citer ni" Farah memandang NurNazlyna dan Syakinah silih berganti.
"tapi dia rejact sebabnya dia dah hati yang perlu di jaga" usik NurNazlyna.
Memerah wajah syakinah ketika itu. shawl yang di pakai di betulkan sedikit.
"alah malu malu pula kau kinah geli geli jerw aku" kata Farah dan menolak bahu Syakinah perlahan.
"dah pandai erk rahsia dengan kita orang sekarang... dah ada hati yang nak kene jaga konon.. patutlah lately ni aku tengok bila tengok telefon tersengih sengih macam kerang busuk..." kata Rania dan tergelak kecil.
"tadi dia dah kantoi dengan madam Haslina" kata NurNazlyna.
"haih hari first dah nak kantoi aduhai" Kata Farah.
Selapas itu mereka sama ketawa ceria sambil minum air yang di pesan sampai ke atas meja.
"kita orang dah tak ada kelas jom balik" ajak NurNazlyna
"kita orang pun" Farah mengacau air di dalam cawan.
"awallah nak balik jom kita gi joging balik rumah lepas tu joging" Cadang Rania.
"boleh juga tu aku pun dah berlemak lemak ni" NurNazlyna memegang lengannya dan mecubit cubit pipinya.
"aku okey jerw tak ada masalah" kata Syakinah
"kalau gitu jom cau lu nanti cerita balik" kata Farah.
Mereka berempat bangun dari meja dan berjalan menuju ke arah kereta. Mereka bercadang bahawa kalau pergi ke kelas hanya satu kereta sahaja. itupun kalau jadual kelas mereka sama.
Mereka sampai di kereta dan masuk.. Selepas beberapa minit menunggu enjin kereta panas kereta meluncur laju meninggalkan kolej.
NurNazlyna memandang telefon bimbitnya yang hanya sunyi nan sepi. Satu panggilan masuk ke dalam nofikasinya.
LOVELY HUSBAND:)
Tersenyum NurNazlyna melihat nofikasi itu. Dia mendail Nombor suaminya.
"Assalammualaikum husband." sapa NurNazlyna teruja.
"waalaikummussalam Nur ni i sorry abang Azri tengah tidur" Kata geranganb itu.
NurNazlyna tahu siapa yang bercakap itu. Tangannya menggigil air matanya bertakung seperti sedang menahan derita dan perit yang di rasa.
"babe okey tak?"soal Farah di sebelah. NurNazlyna tidak memandang Farah dia meletakkam telefon bimbitnya dan memandang ke luar tingkap.
Farah memandang Rania dan Syakinah dari cermin tengah. Mereka memberi isyarat bertanyakan kenapa. Farah mengangkat bahunya tanda tidak tahu.selepas itu Farah mengfokuskan perjalanan.

TANIA BERSORAK GIRANG. suka dia apabila dapat mengenakan NurNazlyna seketika tadi. Dia baharu sahaja sampai di rumah Datin Maznah. Dia Datang ke malaysia tanpa pengetahuan ibu dan bapanya.
Tania dapat mengambil telefon bimbit Azri Amsyar ketika telefon bimbit itu berada di ruang tamu.
"Tania buat apa dengan telefon abang?" soal Azri Amsyar.
"hah tak ada apa Tania nak alihkan sebab tadi telefon abang bunyi.." jawab Tania.
"oh hah okey thanks" kata Azri Amsyar dan merampas telefon bimbitnya dari tangan Tania.
"abang naik dulu Tania pergi lah berehat kalau taknak berehat tu suruh Pak said hantar pergi mana yang Tania nak" kata Azri Amsyar dan berlalu naik ke atas.
Tania tersenyum sinis melihat Azri Amsyar dari jauh. Dia berjalan ke arah gambar gambar yang tergantung. Dia melihat gambar NurNazlyna dan Azri Amsyar semasa mereka kahwin.
Dia menarik nafas kasar dan masuk ke dalam bilik. Dia menghempaskam tubuhnya di atas katil dengan berfikirang serabut.
Dia datang ke sini bertujuan untuk menggoda Azri Amsyar dan mahu membuat NurNazlyna cemburu dengannya.
Azri Amsyar masuk ke dalam bilik dan melihat Najwa sedang ketiduran mungkin penat dengan sekolah. Dia memandang telefonny tiada panggilan masuk dari orang yang tersanyang.
Dia mendail nombor isterinya tetapi telefon di matikan dia mula rasa risau dengan keadaan isterinya.
"sayang please jangan buat husband risau" katanya perlahan dan risau.
Beberapa kali dia mendail nombor isterinya tetapi tidak dia angakat.
selepas itu dia mendail nombor Shahril untuk mendapatkan nombor telefon Syakinah iaitu sahabat baiknya.
"hello bro give a fon number Kinah now" kata Azri Amsyar tanpa memberi salam.
"rilex bro.. kau nak buat apa dengan nombor awek aku dengan salam tak bagi"soal Shahril.
"aku call bini aku tak angkat bagi jerw lah nombor awek kau tu" Arah Azri Amsyar.
"hah ya nanti aku send dekat kau." kata Shahril.
Azri Amsyar meletakkan telefon bimbitnya.
Beberapa minit kemudian telefon bimbitnya bergetar tandang ada whatsapp masuk.
Dia mendail nombor itu. Selepas beberapa minit menunggu panggilan.
"hello Assalammualaikum siapa yang bercakap?" soal syakinah.
"waalaikummussalam ni saya Cikgu Azri"jawab Azri Amsyar.
"ouh cikgu ada apa ya cikgu call saya?"soal Syakinah.
"hmm Lyna ada dengan awak tak?" soal azri Amsyar.
"dia ada dekat dalam bilik dia" jawab Syakinah sambil memandang NurNazlyna yang berada di hadapannya.
"boleh panggil dia tak saya call dia tak angkatlah"kata NurNazlyna.
"oh maaflah cikgu Lyna kunci pintu lah saya ketuk dia tak nak buka" tipu syakinah.
"ouh kalau dia keluar nanti suruh dia call saya balik erk"kata Azri Amsyar.
"baik Cikgu" syakinah meletakkan telefonnya.
Azri Amsyar bangun dari pembaringan dan berjalan menuju ke arah bilik yang di duduki Tania.
Azri Amsyar mengetuk pintu beberapa saat kemudian. Pintu di buka oleh Tania.
"abang nak tanya Tania.. Tania cakap apa dengan Nur?" soal Azri Amsyar kasar.
"mana ada Tania cakap apa apa" Tania menafikan.
"Lagi sekali Tania kacau abang dan Nur.. abang tak akan teragak agak untuk halau Tania dari rumah ni"Azri Amsyar berkata kasar dan berlalu.
Tania menghempaskan pintunya dia mengambil bantalnya dan menjerit sepuas puasnya
"tak guna punya perempuam"bentak Tania.

SYAKINAH MEMANDANG Nurnazlyna di hadapannya yang sedang mendiamkan diri. Syakinah memberi isyarat kepada Farah suruh bertanyakan keadaan NurNazlyna ketika itu.
"Naz kau okey? Kenapa perlu tipu suami kau sendiri" Farah memandang NurNazlyna.
"biar lah dia aku naik dulu kalau ada apa apa pasal dia jangan angkat dan jangan sesekali cerita pasal keadaan aku"kata NurNazlyna dan berlalu.
Mereka memadang silih berganti.
"nanti aku selesaikan" kata Farah dan naik ke atas.
Farah mengetuk pintu bilik NurNazlyna. Beberapa kali dia ketuk tetapi NurNazlyna tidak membuka pintu. Farah mencuba untuk membuka pintu bilik itu. Tetapi di kunci dari dalam.
"Naz kau okey tak ni?" soal Farah sambil mengetuk pintu bilik sahabatnya.
NurNazlyna tidak menjawab sahutan Farah dia masih duduk di atas katil dan menangis semahu mahunya.
NurNazlyna mengesat air matanya dan berjalan ke arah pintu.Dia membuka Pintu biliknya wajah Farah kelihatan.
"kau okey?"soal Farah sambil mencapai tangan NurNazlyna.
NurNazlyna memeluk Farah dan menghamburkan tangisnya di bahu Farah. Kemudian Farah membawa NurNazlyna masuk ke dalam.
"cerita dekat aku apa yang cikgu buat dekat kau sampai kau jadi macam ni" Farah menggosok tubuh Nurznazlyna.
"jangan nangis macam ni tak canti nanti"kata Farah.
Tangisan NurNazlyna masih bersisa. Dia menggosok bahu NurNazlyna.
"kau tahu ada perempuan lain yang angkat call aku tadi" NurNazlyna menangis.
"shh dah dah okey... siapa dia tu bagi tahu aku. biar kita sattlekan dia" kata Farah
"Tania.. dia cousin Cikgu lepas tu Tani ni dah lama suka dekat cikgu" cerita NurNazlyna.
"shh dah dah jangan menangis." kata Farah.
NurNazlyna mengangguk. Lama mereka berkeadaan begitu, NurNazlyna tertidur dengan tangisan yang masih bersisa.
Farah keluar dari bilik dan masuk ke biliknya. Kemuadian pada petang itu mereka tidak jadi untuk pergi berjoging kerana kepenatan berlajar.Masing masing tidur di bilik.

08.02.2021
BERSAMBUNG...

hmm agak agak apa jadi selepas Tania dah muncul ya.. kalau nak tahu jangan lupa follow okey....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience