BAB 35

Romance Series 50177

_______________________________________________________________
"SYAKINAH!!!" panggil shahril dari arah berlakang,terus dia berlari ke arah syakinah dan menolak syakinah ke bahu jalan.
Syakinah berasa seperti dia berada di awang awangan saat itu. Dia membuka mata di melihat shahril sedang memeluknya dan mereka sedan terbaring di tepi jalan raya yang sesak.
"oi nak mati ke!!!" jerit seseorang yang sedang membawa kereta itu.
Syakinah menarik nafasnya yang terasa sesak di dada. Syakinah melihat shahril di hadapannya. Dia menolak shahril dengan kasar dan mengalihkan pandangan ke arah lain.
"awak okey??" soal Shahril dengan nafasnya masih tercungap cungap.
"sa..saya okey" kata Syakinah dia mungkin akan merasa sedikir trauma dengan kejadian yang menimpanya saat ini. Syakinah berdiri.
Syakina membantu Shahril untuk berdiri. Dia melihat tangan Shahril yang berdarah mungkin kerana geseran batu di jalan raya itu. Dia mula rasa simpati dan kasihan dengan Shahril.
"awak okey tak ni??" soal Syakinah.
"saya okey sikit jerw ni nanti elok lah...lain kali jangan melintas jalan time fikiran entah kemana"tegur shahril.
Berderau darahnya melihat syakinah melintas jalan macam tu. Hampir di langgar oleh kereta.
"jom saya hantar awak balik" kata Shahril.
"erh tak apalah saya boleh balik sendiri jerw"balas syakinah
"Awak tak kasihan dekat saya ke" Shahril berkata sayu.
Dengan rasa bersalah melihat shahril sebegitu syakinah menurut sahaja Shahril menaikki kereta.
"tak nak pergi klinik ke luka awak macam teruk jerw" soal Syakinah.
"tak apa sikit jerw ni nanti saya cuci sendiri..." balas shahril.
Lama mereka mendiamkan diri. Sampailah mereka tiba di rumah syakinah.
Syakina membuka seat belt. "hmm terima kasih sebab selamatkan saya..." kata syakinah dan keluar dari kereta.
"sama sama..." shahri juga turut keluar dari kereta. Sharil menyandarkan pinggulnya di pintu pamandu.
"saya masuk dululah Assalammualaikum"kata syakinah berlalu.
"waalaikummussalam" balas shahril.
Syakinab membuka pintu pagar besar rumahnya dan masuk ke dalam.
"ouh hmm malam ni... awak ambik saya"kata syakinah.
"pergi mana?"shahril menyoal bodoh.
"awak cakap tadi Mummy awak ajak dinner kenapa tak jadi ke??" soal Syakinah
"erh jadi jadi nanti saya ambik awak" kata Shahril dan melihat syakinah masuk ke dalam rumah.
"yes" shahril bersorak keriangan.

AZRI AMSYAR DAN NurNazlyna berada di dalam kereta. Azri Amsyar ingin menghantar NurNazlyna pulang ke rumah sewanya. Dalam perjalanan nurNazlyna masih lagi melayan perasaannya sendiri.
Tiba tiba dia baru teringat tentang kejadian semalam. Dia mana ada seseorang sedang mengekori dia. Dia tidak memberi tahu kepada suaminya lagi kerana bimbang akan suaminya.Dia juga harus memberi tahu suaminya saat ini takut nanti jadi apa apa padanya.
"husband kalau sayang cerita ni husband marah tak??" soal NurNazlyna.
"hmm ikutlah kalau cerita sayang tu husband tak suka dan soalan yang mengarut husband marah lah" kata Azri Amsyar sambil fokus pada pemanduan. sudah beberapa jam mereka berada di dalam kereta.
NurNazlyna berdecit. Dia bermain kukunya.
"apa dia sayang??" soal Azri Amsyar lembut.
"semalamkan sebenarnya..." NurNazlyna ingin bercerita tentang dia di ganggu oleh seseorang tetapi dia takut Azri Amsyar memarahinya kerana tidak berhati hati.
"sebenarnya apa sayang cerita jerw lah" kata Azri Amsya. Dia memandang NurNazlyna sekilas.
NurNazlyna memandang suaminya di sebelah. Lalu dia memegang tangan sebelah Azri Amsyar dengan erat dan lembut.
"ada orang ikut sayang" kata NurNazlyna perlahan sambil memejamkan matanya.
"what???!!" soal Azri Amsyat terkejut dengan kata kata si isteri.
"hmm sorry husband.. sayang tak bagitahu sebab taknak husband risau about me" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tiba rasa terganggu dan di memberi signal ke kiri dan memberhentikannya dengan perlahan dan tempat yang selamat.
"sayang awak dalam bahaya awak boleh kata yang awak tak nak saya risaukan awak" kata Azri Amsyar.
"sorry husband" kata NurNazlyna perlahan. Dia mula rasa takut saat melihat wajah Azri Amsyar yang sedang marah.
"sorry sorry... dia ada buat apa apa tak dekat sayang??" soal Azri Amsyar.
"Dia... ikut sayang sampai sayang dekat kereta" jawab NurNazlyna.
"NurNazlyna Mohammad!!!" panggil zri Amsyar dengan agak tegas dan lantang di dalam kereta.
Terhinjut bahu NurNazlyna kerana terkejut dengan serkahan oleh si suami. Mata NurNazlyna mula rasa membahang saat itu.
"kenapa awak tak call saya why?" soal Azri Amsyar dan meraup wajahnya kasar. Panggilan juga sudah bertukar.
NurNazlyna tahu jikalau panggilan sudah di tukar itu bermakna Azri Amsyar sedang marah dengannya.
"hmm sa... saya takut sangat time tu ja.. jadi saya biar jerwlah.. lepas tu dia hilang betul dia dah tak ikut saya lagi husband please i'm sorry" kata NurNazlyna. Dia mula rasa sebak di dada.
Azri amsyar membetulkan rambutnya yang agak serabut. Dia memandang NurNazlyna yang menyembunyika esak tangis. Azri Amsyar menarik nafas panjang.
"sini dekat saya" panggil Azri Amsyar dan menarik tangan NurNazlyna untuk mendekatinya.
NurNazlyna mengeraskan tubuhnya dan mengelap air matanya. Dia memandang tempat lain.Tidak sanggup melihat wajah marah si suami.
"sayang nak husband paksa atau sayang rela" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna berdecit dan memeluk Azri Amsyar dengan erat. Dia menangis di dada Azri Amsyar semahu mahunya.
"shh sorry sorry jangan macam ni.." kata Azri Amsyar sambil menggosok berlakang NurNazlyna.
"nampak sangat husband dah tak sayang dekat sayangkan" kata NurNazlyna seakan merajuk. Dia menolak tubuh Azri Amsyar ke berlakang sedikit.
"husband tipu kalau sayang kenapa perlu marah marah macam ni hah husband sendiri cakap yang husband janji tak akan marah marah lagi." kata NurNazlyna dan mengelap air matanya dengan kasar.
"okey okey husband minta maaf okey" kata Azri Amsyar.
"kalau sayang tak nak maaf kan husband tetap paksa juga" kata NurNazlyna.
"sini meh husband hug" Azri Amsyar menarik kembali isterinya di dalam perlukkan.
"sayang kene hati hati lah lain kali jangan sesekali jalan sorang sorang... sayang tahu tak bahaya. itu nasib dia ikut sayang sampai dekat kereta jerw." kata Azri amsyar.
NurNazlyna mengangguk di dalam perlukkan.
"sayang nak balik rumah terus" NurNazlyna berkata.Perlukkan mereka sudah pun terlerai.
"alah kata nak pergi ladang strawberi" kata Azri Amsyar.
"taknak sayang nak balik... sayang dah tak ada mood nak pergi ladang strawberri" kata NurNazlyna.
"kita pergi tempat lain nak tak" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna tidak menjawab malah dia hanya menggeleng kepala sahaja. Sejujurnya mood dia terus hilang ketika itu. Dia memeluk tubuhnya sambil memandang ke luar tingkap.
Telefon bimbit NurNazlyna berdering. NurNazlyna melihat nama Najwa tertera tersenyum dia melihatnya. Tiba dia ada satu idea nakal yang ingin mengacau Suaminya di sebelah yang ketika itu sedang fokus kepada pemanduan.
"Assalammualaikum sayang" panggil NurNazlyna manja.
Terbeliak Mata Azri Amsyar saat itu. Ya dengannya pun dia tidak pernah memanggil manja kecuali ketika di mahu meminta sesuatu.
"Waalaikummussalam ummi" panggil Najwa.
Azri Amsyar menarik nafas lega apabila mendengar suara si anak yang dia memanggil sayang.
"Umi nak pergi mana tu??" soal Najwa.
"umi nak balik rumah lah nanti minggu depan kita jumpa erk" kata NurNazlyna.
"okey umi" jawab Najwa.
"umi nampak gemuk lah" kata Najwa dan menggelakkan NurNazlyna. Bulat mata Nurnazlyna. Azri Amsyar menyembunyikan tawanya takut isterinya marah pula nanti.
"really??" soal NurNazlyna dan memegang wajahnya.
Najwa mengangguk.
"hmm tak apalah biar lah umi gemuk pun walid tetap sayang umi" sampuk Azri Amsyar di sebelah
"eleh Walid... dah lah tipu Najwa kata nak bawa adik mana adik tak ada pun tipu jerw" kata Najwa.
Tergelak NurNazlyna.
"ouh ya why mata umi merah macam baru lepas menangis... walid buat apa dekat umi hah" soal Najwa garang.
"tak ada apa sayang umi okey sayang..." kata Nurnazlyna.
Azri Amsyar mendiamkan diri. Dia tidak tahy mahu mengata apa pada anak perempuannya itu.
"sayang tidur okey esok schoolkan suruh pakbesau hantar" kata NurNazlyna.
Najwa mengangguk girang.
"Always miss you umi.. take care" kata Najwa.
"miss you too sayang take care Assalammualaikum" balas NurNazlyna.
"Waalaikummussalam umi.. Walid jangan lupa balik ya ambik Najwa dekat rumah ayahngah" kata Najwa.
"alah sayang Walid dengan umi nak honeymoon ni.. sayang duduk lah rumah Ibungah main dengan Asfa And Aulia" usik Azri Amsyar.
"nope taknak... walid kene balik esok kene ambik Najwa" Najwa memeluk tubuh.
Tersenyum NurNazlyna dengan telatah si anak dan si bapak. Azri Amsyar hanya tersenyum melihat senyuman si isteri.
"okey Najwa pergi main dulu bye umi bye Walid" Najwa mematikan panggilan.
Belum sempat NurNazlyna mahu meninggalkan pesan Najwa sudah tutup panggilannya. Tergeleng kepala NurNazlyna melihat perangai si anak.
"Husband sayang nak makan mcd boleh??" soal NurNazlyna di sebelah Azri Amsyar.
Entah kenapa sejak dua menjak ini nafsu makannya makin berluasa pula tidak dapat di kawal.
"sayang tadi baru jerw kita makan dekat hotel tak sampai 1 jam perjalanan pun" tegur Azri Amsyar.
"hmm tak apa lah kita balik terus jerw" kata nurNazlyna malas mahu bergaduh dengan si suami.
Azri Amsyar mula rasa bersalah. Tanpa bertanya di terus membelokkan keretanya ke kiri jalan ke Macdonal's kuantan.
NurNazlyna malas mahu bertanya apabila terkejut dengan jalan yang di tuju oleh suaminya saat ini. Dia hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah tingkap.
"okey jom" kata Azri Amsyar dan membuka seat belt.
NurNazlyna enggan. "tadi kata dah kenyang lah tak sampai 1 jam lagi dah lapar lah.. cakap jerw lah yang awak tak suka sebab saya dah gemuk" NurNazlyna memeluk tubuh.
"tak sayang tak... sayang tak gemuk okey jom sayang nak makan sini ke drive true jerw kita makan dekat taman yang berdekatan.
"ikut lah" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna dengan lembut. Dia pelik dengan perangai isterinya ini yang mudah dan cepat terasa. Sebelum ini pun jikalau di marahi hanya sekejap sahaja rajuknya.
Sejak semalam NurNazlyna bersikap manja dan mudah terasa dengannya. Azri Amsyar mula buntu.
Azri Amsyar mengambil beg duit dan telefon bimbitnya. Selepas itu dia memakai kaca mata hitam. Sungguh bergaya kalau di lihat.
Dia keluar dari kereta dan berjalan ke arah penumpang.Azri Amsyar membuka pintu. Sebelum itu matanya terarah kepada seseorang yang memakan baju serba hitam di dalam kereta.
Azri Amsyar mengecilkan matanya memandang ke arah lelaki itu.Apabila lelaki itu sudah perasan yang Azri Amsyar memandangnya dia menghidupkan enjin kereta dan berlalu. Azri Amsyar sempat melihat nombor plat kereta itu.
"siapa pula yang tengok kereta aku tak habis habis" kata Azri Amsyar perlahan.
Selepas itu dia membuka pintu kereta. Wajah cemberut si isteri di lihat dengan teliti. Tersenyum dia. NurNazlyna memeluk tubuh.
"sayang jom kita makan tadi awak kata lapar" kata Azri amsyar.
NurNazlyna membeku dan mendiamkan diri.
Azri Amsyar mengeluh perlahan.
"sayang please jom kita makan erk...jangan merajuk dengan husband macam ni..." kata Azri amsyar dan mencium pipi NurNazlyna berulang kali.
Dia berhenti bila melihat wajah Isterinya memandang ke arahnya dengan pandangan tajam.
NurNazlyna menjeling Azri Amsyar. Terkejut dia dengan tindakan drastik oleh si suami terhadapnya.
"saja ambik kesempatankan" Azri Amsyar mengangguk apabila NurNazlyna bercakap dengannya.
"jom kita makan" ajak Azri Amsyar dan menarik tangan NurNazlyna dengan lembut.
"kalau saya tak nak juga awak nak buat apa" Saja NurNazlyna mahu memprovok si suami.
"hmm saya dukung awak sampai dekat dalam" kata Azri Amsyar dan menundukkan tubuhnya.
"cepatlah yang dah panas ni" kata Azri Amsyar.
"tak nak" kata NurNazlyna lagi.
"okey"Azri Amsyar membuka seat belt NurNazlyna dan mendukung NurNazlyna.
NurNazlyna membulatkan matanya terkejut dengan tidakkan si suami. Selepas NurNazlyna berada dalam dukungan Azri Amsyar dia memeluk batang leher Azri Amsyar dengan kuat. Takut jatuh.
"lepas lah" kata NurNazlyna perlahan dan memukul Azri Amsyar.
"tak nak now we can eat" kata Azri Amsyar dan menutup pintu dengan kakinya. Secara automatik kereta di kunci.
"saya tahu jalan lah" kata NurNazlyna perlahan di mula malu dengan pandangan orang awam di sekelilingnya.
"awak yang cabar saya" kata Azri Amsyar.
"hish orang tengok lah"bisik NurNazlyna.
"biarlah saya dukung isteri saya buka sesiapa pun"kata Azri Amsyar.
Pintu kedai di buka oleh seorang pelayan dan tersenyum kepada Azri Amsyar.
"terima kasih. hmm boleh tunjukkan saya meja untuk dua orang makan" ucap Azri Amsyar dan tersenyum.
"boleh Encik ikut saya.. saya bawa encik naik ke atas menggunakan lift" kata pelaya lelaki itu.
"ouh terima kasih" kata Azri Amsyar.
Azri Amsyar mengikut langkah pelayan lelaki itu menuju ke arah lift. NurNazlyna memandang ke arah semua pelanggan yang sedang memesan makanan. Ada memandang ke arahnya dan tersenyum ada yang menggeleng kepala.
Ada juga suami isteri yang bergaduh kerana tidak seromantik suaminya.Mereka bertiga menaikki lift dan Azri Amsyar menurunkan NurNazlyna dengan perlahan.
Skirt panjang NurNazlyna terselek sedikit tetapi nasib NurNazlyna memakai seluar di dalam. Azri Amsyar menarik kerusi menyuruh NurNazlyna duduk.
"okey Encik ada apa apa lagi??" soal pelayan itu.
"hmm tak ada terima kasih" kata Azri Amsyar.
Pelayan itu mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan pasangan itu berdua. Tempat mereka berdua agak tersorok sedikit dari orang yang lain.
"sayang tunggu sini husband pergi order makan untuk sayang okey??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk perlahan. Azri Amsyar berlalu selamat lah Mcd dekat situ ada dua kaunter satu di atas dan satu di bawah. tidak lah pelanggan penat mahu turun dan naik untuk membeli atau memesan makanan.
Dia memandang ke arah suaminya yang sedang memesan makanan untuknya. Entah kenapa kadang kadang di mahu bermanja dan suka merajuk senang cerita dia suka dengan sikap Azri Amsyar melayan dia saat ini.
Emosinya juga tidak stabil kadang mahu menangis sebab tak dapat sesuatu benda. Tetapi dia malas mahu mengambil pusing. Bagaimanalah di nak melepaskan Azri Amsyar pergi meninggalkannya hari ini.
Tanpa NurNazlyna perasan ada seseorang lelaki yang sama macam mana Azri Amsyar melihatnya tadi. Lelaki itu memakai baju serba hitam dan memandang ke arah NurNazlyna.
NurNazlyna masih Fokus memandang ke arah si suami. Tiba tiba di melihat seorang perempuan yang seperti dia kenal pemilik wajah itu. Dia mendekati Suaminya agar jauh dari perempuan iti.
"husband lamanya" NurNazlyna memaut lengan Azri Amsyar dengan erat dan manja.
"ouh sorry dah orde tunggu nombor sekejap" kata Azri Amsyar.
"oh erh Riana kau buat apa dekat sini lama tak dengar khabar"NurNazlyna berpura pura tegur. Walhal dia sudah melihatnya dari awal.
"hmm ouh aku sihat...aku datang sini nak bercuti...ya lah aku tak ada mood nak duduk KL jadi aku plan datang sini for fun..." Rania tersenyum sumbing melihat kemanjaan NurNazlyna dengan favorite teacher.
"kau pula buat apa dekat sini dengan Cikgu pegang pegang lagi.. bukan kau ni jaga batas ke?" soal Riana Sinis. Dia memeluk tubuh.
Azri Amsyar hanya melihat dan mendengar sahaja apa yang mereka berdua bercakap.
NurNazlyna tersenyum sumbing pegangan di tangan Azri Amsyar masih tidak di lepaskan.
"hmm kita orang datang sini honeymoon kan husband" kata NurNazlyna sengaja menggedik di depan Riana.
"erh kau dah nikah tak jemput pun" Riana tersenyum.
"ouh tak jemput aku rasa time ambik result SPM tu ramai yang dah tahu aku dah nikah dengan secret admire aku ni..malah pengetua pun tahu" NurNazlyna berkata dengan bangganya. Terlentok lentok kepalanya di lengan Azri Amsyar
Azri Amsyar mula pelik dengan sikap kemanjaan NurNazlyna itu.Nombor giliran Azri Amsyar di panggil oleh pelayan di kaunter untuk mengambil makanan.
"4017.." panggil pelayan itu.
Azri Amsyar mengambil makanan yang di pesan olehnya sebentar tadi.
"sayang sekejap erk" kata Azri Amsyar.
"husband jangan lama lama tau nanti sayang rindu" kata NurNazlyna dengan kegedikkannya. NurNazlyna perasan dengan riak wajah menyampah Riana itu.
'padan muka kau Riana rasakan.. kau fikir dulu kau dapat jatuhkan aku' gumam NurNazlyna.
Azri Amsyar berlalu sempat dia mencium dahi NurNazlyna. Nurnazlyna tergelak kecil. Setelah melihat Azri Amsyar berlalu pergi mengambil makanan. NurNazlyna memandang ke arah Riana yang tidak berkelip memandang suaminya.
"hmm kau dapat tawaran belajar dekat mana sekarang??" soal NurNazlyna.
"ouh aku tak dapat lagi kau pula?"Riana memandang NurNazlyna dari atas hingga ke bawah.
"oh aku dengan kawan kawan aku dah dapat dah alhamdulillah kita orang dapat.." NurNazlyna berkata bangga.
"sayang jom" tegur Azri Amsyar.
"ya sekejap.. okey lah wey aku pergi dulu.. kau tu cepat cepat lah cuba mohon tawaran mana mana. aku pergi dulu" kata NurNazlyna.
NurNazlyna berlalu meninggalkan Riana dengan riak wajah yang menyampah dengan Sikap dirinya. Nurnazlyna mengikutu langkah Azri Amsyar.
Riana menghentak kakinya berkali kali kerana geram dengan sikap angkuh NurNazlyna itu. Dia mengambil makanan yang di pesan dan berlalu pergi meninggalkan kawasan itu.
NurNazlyna yang melihatnya hanya tersenyum sinis. Dia duduk di hadapan Azri Amsyar sambil memeluk tubuh. NurNazlyna memandang Azri Amsyar dengan pandangan tajam.
"kenapa sayang pandang husband macam tu?"soal Azri Amsyar.
"sukalah kan dengan Riana tu" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tergelak kecil. "ya allah sayang... husband tak cakap apa apa pun lah dengan dia tu...sayang ni suka sangat fikir bukan bukan cemburu lah tu" Azri amsyar berkata.
"hish isteri mana yang tak cemburu bila tengok suami dia cakap dengan orang lain"kata NurNazlyna geram.
"sayang buat husband geramlah... dah lah tak elok lah sayang masam masam macam ni... dari semalam lagi sayang ni asyik nak merajuk dengan husband jerw..." Azri Amsyar memandang wajah cemburu Isterinya.Sekali lihat sama seperti Asfa kalau merajuk.
"sayang tahu tak,tak baik buat suami macam tu tau cemburu buta cepat merajuk husband terasa hati tau.."kata Azri Amsyar.
mata NurNazlyna mula membahang dia mula rasa bersalah, nurNazlyna bangun dan duduk di sebelah Azri Amsyar. Dia mengambil tangan Azri Amsyar dan menciumnya dengan penuh hormat.
"sorry husband..sayang tak sengaja"NurNazlyna berkata sebak.
Tangan kiri Azri Amsyar di letakkan di kepala isterinya dan berselawa sedikit.
"okey husband maafkan, tapi dengan syarat." kata Azri Amsyar.
"hish syarat apa pula ni"NurNazlyna merungut.
"aip tak baik merungut. nak dengar ke tak" kata Azri Amsyar.
"okey okey Sayang dengar, apa dia jawab lah" kata NurNazlyna.
Azri amsyar menunjukkan ke arah pipinya, NurNazlyna memandang ke arah sekeliling.
"hish orang tengoklah tak nak" kata NurNazlyna segan.
Azri Amsyar melihat orang sekeliling yang sedang menjamu selera. Dia juga terasa segan dengan pelanggan di situ.
"okey dalam kereta okey" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk sambil tangannya memeluk lengan Azri Amsyar dengan erat.
"let's eat" kata NurNazlyna sambil menepuk nepukkan tangannya.
Tergelak Azri Amsyar melihat Isterinya dengan teruja. Nurnazlyna mengambil burger di atas meja dan membuka bungkusan itu.Azri Amsyar juga membuat perkara yang sama, dia makan kentang goreng terlebih dahulu.
NurNazlyna makan dengan tertibnya, pegangan di tangan Azri Amsyar di lepaskan, Mereka berdua menikamati hidangan yang di pesan.
Entah kenapa NurNazlyna merasakan ade seseorang sedang memandang ke arahanya. Tetapi di hanya membuat seperti biasa sahaja.
"sayang makan pelan sikit"tegur Azri Amsyar di sebelah.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar, Mulutnnya yang sedikit comot di kesat dengan ibu jarinya.
"sayang laparlah"rungut NurNazlyna manja.
Azri amsyar mengusap kepala Isterinya.
"sayang kot ya pun lapar please makan slow slow lah gelojoh" tegur Azri Amsyar. Terkejut dia melihat NurNazlyna makan dengan pelahap.
"oups sorry hihihi" NurNazlyna menutup mulutnya.
"it's okey sayang." Azri Amsyar menyambung makan.
"husband cuba husband rasa ni" kata NurNazlyna dan menyuapkan isi ayam ke dalam mulut Azri Amsyar.
"sedap tak??" soal NurNazlyyna dengan teruja.
"sedap sayang husband nak suap lagi" bisik Azri Amsyar manja.
"tak malu ke orang tengok" pesan NurNazlyna.
"kita suap jerw bukannya apa pun" kata Azri amsyar.
"ouh okey husband habiskan semua ni sayang dah kenyang"kata NurNazlyna sambil menunjukkan ke arah makanan yang berada di atas meja.
"yang tu tak boleh sayang banyak ni husband kene habiskan" Terbeliak mata Azri Amsyar memandang makanan yang banyaj di atas meja itu.
"alah please husband.. hmm husband pernah cakap yang makanan tu tak elok membazir so why not kalau husband habiskan terus jerw" kata NurNazlyna.
"kalau husband gemuk macam mana.. jatuhlah saham husband gini... tak dapat nak tambah cawa.... adoi" kata Azri Amsyar terhenti bila NurNazlyna mencubit perut Azri amsyar
"padan muka... ada hati nak tambah lagi erk.. tak apa Saya tak nak kawan dengan awak"kata NurNazlyna dan memeluk tubuh.
"alah sayang merajuk jerw.. husband gurau jerw... bidadari depan husband ni tak terjaga lagi mana boleh tambah cawangan lain... okeylah husband makan okey" kata Azri Amsyar.
"betul ni?"soal NurNazlyna dengan padangan tajam.
Laju sahaja Azri Amsyar mengangguk mengiakan.
"okey jom makan sayang suap husband" kata NurNazlyna dan menyuap makanan ke mulut Azri Amsyar.
Azri Amsyar melayankan sahaja karenah si isteri. sayang binilah katakan. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kesayangannya ini.
Seronok dia mengusik NurNazlyna dengan gurauannya. Dalam mereka berdua tidak sedar ada sahaja yang sedang memerhati ke arah mereka dengan senyuman yang sinis dan menyampah.

SYAKINAH DUDUK DI kerusi sambil melayan drama korea maklumlah kerja semua sudah settle secara kebetulan Farah dan Rania turut berada di rumah mereka bercadang hanya mahu duduk di rumah sahaja.
"wey babe asal erk kau tak nak terima lamaran Encik Shahril tu??" soal Farah sambil memajan keropok supering.
"hmm aku bukan tak nak dowh aku rasa syubhah. sebab ya lah muda lagi tiba tiba nak kahwin.. bukan macam korang dah gatal nak kahwin"usik syakinah.
"erh kau kita orang nak kahwin bukan sebab gatallah.. kita orang kahwin sebab nak menghalalkan hubungan.. tak ada lah si Fariq dengan Faruq tu bawa kita orang ke hulur ke hilir macam apa jerw"Rania membela dirinya.
"betul tu"sokong Farah..
"aku bukan apa lah an kalau aku kahwin siapa nak jaga adik adik aku nanti" Syakina mula teringatkan tentang Adik adiknya.
Farah mendekati Syakinah dan menepuk nepuk bahu syakinah dengan lembut untuk memberi kekuatan.
"sabar lah dowh... kalau kau orang ada jodoh tak kemana" Kata Rania.
"erh tapi mama dengan ayah kau setujukan???"soal Farah.
Syakinah mengangguk.
"habis tu... wey kau percayalah wey kau bukalah pintu hati kau untuk terima Shahril... Kita ni tak nak.memdekati Zina.. dari kau chat dia tersenyum senyum macam kerang busuk tu.. lebih baik kau terima dia sebagai suami...at least kau dah halal dengan dia" Farah menasihatkan Syakinah.
"hmm okey insyaallah aku cuba....Erh Lyna balik bila erk aku ingat nak ambik assigment dekat dia... kalau dia balik malam ni aku rasa sempatlah kot" kata Syakinah memandang ke arah Farah dan Rania silih berganti.
"ni kawan aku lagi sorang umur 17 tahun dah kahwin kalau kahwin dengan budak sek ke apa ke tu aku faham lah lagi... ni entah macam mana boleh pula terpikat dekat Cikgu sekolah sendiri aduhai...." bebel Rania.
Syakinah dan Farah tergelak dengan bebelan Rania itu tadi. "kau ni Nia nama pun jodoh... lagi pun aku sokonglah Cikgu Azri tu.. itu baru gentle man... ya arh baru kenal tak sampai seminggu dah ajak kahwin... betul juga apa yang Cikgu Azri cakap tu.. dia nak menghalalkan hubungan dia dengan Naz sebab dia tak nak orang lain mengata..." sokong Farah.
"ye dowh aku pun sokong juga dengan Cikgu Azri tu..layan jerw Lyna tu sampai sanggup datang sini dari KL semata mata nak memujuk" Syakinah mengangguk anggukkan kepalanya.
"haah dowh aku pun harap juga yang Fariq dapat jaga aku macam mana Cikgu Azri jaga aku" kata Rania berharap.
"Hmm betul aku pun harap benda yang sama dengan kau dowh...." Farah menyokong.
"erh ni aku nak tanya ni orang yang chat korang ada kacau lagi tak suruh korang jauhkan diri dari Tunang tunang korang tu???" soal syakinah.
"buat masa ni alhamdulillah tak ada dah tapi kita tengok waktu Faruq dengan Fariq balik mesti dia kacau lagi" kata Farah.
"aku rasa mesti orang yang terdekat dowh yang buat" kata Syakinah.
"mungkin kita tak tahu sebab aku dah cakap dengan Fariq dia siap bersumpah lagi yang dia tak ada musuh dowh" kata Rania teringat tentang dia bercerita dengan Fariq pasal kes di mana ada orang sedang mengacau hubungan dia orang.
"aku pun dowh Faruq pon dah cakap benda yang sama dengan aku" Farah memandang Rania.
Mereka bertiga terdiam dan kembali mengfokuskan ke arah televisyen. drama 'birth of beuty' di tonton mereka.
"erh nanti korang jangan masak banyak sangat tau untuk makan malam ni" pesan Syakinah.
"kenapa kau nak pergi mana" soal Farah.
"Makcik Khadijah jemput aku pergi rumah dia untuk makan malam alah rumah dia dekat berlakang ni jerw.." kata Syakinah.
"untunglah orang tu rumah bakal mak mertua dekat"perlia Rania.
Mereka bertiga tergelak mendengar perlikan itu..Syakinah membaling bantal ke arah Rania geram dengan usikkan itu.

"HUSBAND KENAPA DIAM??" soal NurNazlyna apabila mereka sedang berada di dalam kereta. Sudah 1 jam perjalanan Azri Amsyar asyik mendiamkan diri sahaja.
"Sayang lah kata nak kiss tapi mana kissnya 1jam husband tunggu tapi tak ada pun" rungut Azri Amsyar.
Tergelak NurNazlyna mendengar kata kata Azri Amsyar itu.
"alah comelnya dia ni merajuk"NurNazlyna mencubit pipi Azri Amsyar.
"tadi sayang merajuk biar saya pula merajuk"Azri Amsyar memandang jalan raya yang lengang tanpa ada sebuah kereta.
"eleh nak merajuk konon sini pandang sini sayang cium"arah NurNazlyna memegang tangan Azr Amsyar.
"taknak husband tengah bawa kereta" kata Azri Amsyar tidak memandang ke arah NurNazlyna langsung.
"boleh berhentikan"kata NurNazlyna.
"okey husband berhenti sekejap erk" Azri Amsyar memberi signal ke arah bahu jalan. Setelah beberapa minit kereta milik Azri Amsyar berhenti.
Azri Amsyar membuka seat belt dan memandang ke arah NurNazlyna.
Cup..
cepat sahaja NurNazlyna memberikan ciuman kepada Azri Amsyar.
"okey done" kata NurNazlyna.
"siapa cakap belum lagi Sayang tak cium dekat sini" Azri Amsyar menunjukkan ke arah mulutnya.
"lipstick sayang nanti"kata NurNazlyna.
"alah boleh pakai balik"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang suaminya di sebelah. Dengan pantas Azri Amsyar mencium mulut NurNazlyna. Tercungap cungap NurNazlyna di buatnya.
"nakal husband ni" NurNazlyna memukul bahu Azri Amsyar.
"sorry sayang" kata Azri Amsyar.
"okey jomlah balik..." NurNazlyna melentokkan kepalanya dia bahu Azri Amsyar.
"jom". Dalam sekejap Sahaja kereta Azri Amsyar berada di jalan raya.
"hmm husband boleh sayang tanya??" soal NurNazlyna.
"tanya apa sayang" Azri Amsyar memandang NurNazlyna sekilas.
"hmm kalau sayang gemok nanti husband nak cari lain tak??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar menelan air liur.
"kenapa sayang cakap macam tu??" soal Azri Amsyar.
"tak adalah Najwa sendiri cakap yang sayang ni dah gemok...sayang pun asyik makan jerw.. macam husband cakaplah tadi.. hmm Baru makan dekat hotel tadi lepas tu rasa lapar balik" kata NurNazlyna.
Tersenyum Azri Amsyar. "sayang Okey listen sayang gemuk ke kurus ke sayang tetapi nombor tiga dalam hati husband tau" kata Azri Amsyar.
Bulat mata NurNazlyna mendengar ayat Azri Amsyar itu tadi. Dia mula berasa sebak. siapakah yang nombor satu dan dua kalau dia nombor 3.Azri Amsyar memandang NurNazlyna sekilas.
"sayang kenapa ni?? cuba cakap dengan husband."Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna.
NurNazlyna membiarkan sahaja pegangan oleh suaminya itu. walaupun dia terkejut mendengar penyataan suaminya.
"kalau Sayang nombor tiga siapa nombor satu dan dua..tak suka lah macam ni husband." kata NurNazlyna dan menolak tangan Azri Amsyar.
"sayang dengar dulu... nombor satu dalam hati husband adalah Allah SWT dan Nombor dua ialah Mak lah sayang... jangan fikir bukan bukan..."kata Azri Amsyar.
Tiba rasa bersalah dalam diri. NurNazlyna menyalam tangan Azri Amsyar dan mengucupnya dengan lembut. Tersenyum Azri Amsyar.
"Sorry husband" kata NurNazlyna dan mencium pipi Azri Amsyar.
Terkejut Azri Amsyar dengan kelakuan si isteri secara drastik terhadapnya.
"sayang husband tengah drive ni" tegur Azri Amsyar.
"tengok tu nak marah orang... hish husband ni" NurNazlyna memeluk tubuhnya.
"ya allah sayang husband tak marahlah husband cuma tegur jerw"kata Azri Amsyar dan mencium berlakang tangan NurNazlyna.
"dah lah sayang penat sayang nak tidur jangan lupa kejut nanti"kata NurNazlyna dan menyandarkan badannya mengahadap tingkap. Air mata di pipi di seka perlahan.
Entah kenapa dia cepat sangat terasa hati dengan Suaminya sendiri. Dia juga pelik. selalunya jikalau dia merajuk mesti sebab Azri Amsyar memarahinya tapi sekarang ni Azri Amsyar cuma menegurnya sahaja.

BEBERAPA JAM DI DALAM KERETA NurNazlyna dan Azri Amsyar tiba di rumah. sebentar tadi mereka baru sahaja berhenti solat di kawasan perhentian untuk menunaikan solat Fardhu. NurNazlyna masih lagi mendiamkan diri dengan Azri Amsyar.
Azri Amsyar mula buntu mahu memujuk tadi sebelum mereka tiba Azri Amsyar sudah memujuk tetapi NurNazlyna hanya mendiamkan diri sampailah mereka tiba di hadapan rumah sewa NurNazlyna.
"sayang kenapa ni lama sangat merajuk dengan husband??" soal Azri Amsyar setelah menekan break.
NurNazlyna memeluk tubuh. Malas mahu bercakap dengan si suami.Dia juga kasihan melihat Azri Amsyar yang memujuknya tidak henti.
"tak sayang dekat husband ke?? husband nak jalan jauh ni kalau jadi apa apa dekat husband nanti macam mana?? dah tak sempat nak minta ampun"sambung Azri Amsyar. Dia mengambil tangan NurNazlyna memegang dengan erat.
NurNazlyna tersentak dengan kata kata Azri Amsyar. Air mata mula bergenang. Dia tidak suka apabila orang yang dia sayang bercakap macam ini dengannya.
"apa husband cakap ni...jangan lah buat sayang takut.. sayang minta maaf sayang tak nak kehilangan husband" kata NurNazlyna dalam sebak.
Azri Amsyar menarik NurNazlyna dalam pelukkan. Sempat dia mencium dahi si isteri.
"no sayang please kenapa ni asyik menangis jerw hari...husband adakan untuk sayang please... jangan macam ni.. husband dah nak balik ni" pujuk Azri Amsyar lembut.
"husband jangan cakap macam tu lagi sayang tak sukalah..."Kata NurNazlyna dalam pelukkan Azri amsyar.
"okey okey husband tak cakap macam tu lagi... dah lah kita dah sampai ni sayang taknak balik ke" usik Azri Amsyar.
"husband jangan lah balik... nanti sayang rindu macam mana" tersedu sedan NurNazlyna menghamburkan tangis di dada bidang si suami.
Sehingga basah baju kemeja putih Azri Amsyar dengan air mata NurNazlyna.
"erh tadi merajuk dengan husband sekarang ni tak bagi husband balik pula" perli Azri Amsyar.
Nurnazlyna memukul dada Azri Amsyar. Tergelak Azri Amsyar melihat kemanjaan Isterinya.
"siapa suruh Husband marah sayang" kata NurNazlyna.
"husband tak marah sayang... husband cuma tegur.. husband bukan marah... husband tegur sayang ya lah... sayang cium time husband tengah drive.. buatnya husband terberhenti dekat tengah tengah jalan raya tu macam mana" kata Azri Amsyar.
"betul ni husband tak marah sayang"NurNazlyna memandang mata Azri Amsyar untuk meminta kepastian.
"ya sayang buat apa husband nak marah sayang cuma cium husband bukan senang nak dapat sayang cium... cuma time tu tu husband tengah memandu sayang" jelas Azri Amsyar dan meramas kedua tangan NurNazlyna.
"husband jangan balik okey"NurNazlyna memandang wajah suaminya.
"esok husband work sayang mana boleh"pujuk Azri Amsyar.
"alah husbandkan bos.. cutilah please husband"rengek NurNazlyna. Dia memeluk Azri Amsyar.
"habis esokkan sayang ada kelas... sayang please sayang seminggu jerw lagi nanti dah nak cuti sem hah.. nanti husband bawa Najwa sekali" Azri Amsyar mengusap Berlakang NurNazlyna.
"alah husband baliklah esok" kata NurNazlyna selamba.
"hmm esok habis malam ni husband nak tidur mana sayang.. takkan dalam kereta"Azri Amsyar menggeleng kepala.
NurNazlyna memuncungkan bibir.
"sayang macam ni husband balik malam ni nanti hari jumaat husband ambik sayang dan Najwa. boleh??" Soal Azri Amsyar.
"Husband dah malam ni sayang risau balik esoklah husband okey" Pujuk NurNazlyna lagi.
"no lah sayang esok husband kerja please sayang"Azri Amsyar mengelap air mata NurNazlyna.
"husband ni busy sangat nak kerja... husband dah tak sayang sayanglah tu.."kata NurNazlyna. Bernada seperti merajuk.
"alah okey okey husband balik esok okey....nanti husband call kak rita sekejap" Azri Amsyar mula pasrah dia juga tidak tahu mahu memujuk Isterinya ini.
Lama mereka begitu sehingga tangisan NurNazlyna berhenti. Azri Amsyar mencium dahi NurNazlyna.
Tiba tiba pintu kereta di ketuk dari luar. perlukkan mereka terlerai.Azri Amsyar membuka tingkap melihat gerangan yang mengetuk wajah Shahril kelihatan.
"erh Bro long time no see" kata Azri Amsyar dan keluar dari kereta. NurNazlyna turut keluar dari dia melihat Syakinah memakai baju kurung. Dia keluar berjalan ke arah Syakinah.
"biasalah bro aku busy sikit dekat sekolah tu.. aku balik sini pun sebab buah hati aku dekat sini" Shahril tersenyum dan memandang ke arah syakinah.
"baru balik ke??" soal Azri Amsyar.
"tak lah aku baru nak ambik Kinah Mak aku nak jumpa dia..ajak dinner... erh jomlah sekali mesti Mak ayah aku teruja tengok kau.. dia orang pun asyik tanya kau jer ni" ajak Shahril.
"erh tak apalah aku tak naklah kacau daun lagi pun sayang aku tu sekarang sensitif sangat" jawab Azri Amsyar.
"ouh hah tak apalah aku gerak dulu" kafa shahril.
"okey jumpa sanalah.. kau balik bila??" soal Azri Amsyar.
"esok juga.. selasa aku kene masuk kerja balik"balas Shahril.
Azri Amsyar mengangguk.
"kalau macam tu kita balik sekalilah esok jumpa dekat mana mana" kata Azri amsyar.
"okey boleh No hall" Shahril berlalu.. selepas mereka berdua bersalaman dan berpelukkan.
Sementara itu, NurNazlyna memeluk syakinah dan mengucapkan 'good luck' kepada sahabatnya seorang ini.
"good luck babe"bisik NurNazlyna.
Syakinah tersenyum dan mencubit lengan NurNazlyna perlahan. Kereta shahril berlalu pergi.
"macam kitalah sayang waktu saya bawa sayang jumpa Mak dulu pun macam tu juga" usik Azri Amsyar.
"mana ada"nafi NurNazlyna.
"kejap Sayang masuk dalam ambik baju dengan hantar baju kotor lepas tu nanti sayang datang balik husband tunggu tau" pesan NurNazlyna. Azri Amsyar mengangguk.
Selepas NurNazlyna masuk Azri Amsyar bergerak ke arah kereta dan masuk. Anak Mata Azri Amsyar terarah kepada kereta yang sama seperti dia melihat ketika di Macdonal. Orang yang berpakaian serba hitam.
Azri Amsyar mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.

NURNAZLYNA MASUK ke dalam rumah dia memandang ke arah Farah dan Rania yang sedang menonton televisyen.
"Baru balik"tegur Farah.
"haah aku balik sekejap jerw ni sebab aku nak ambik baju.. malam ni aku tak balik.. esok baru aku balik.." kata NurNazlyna.
"aikk esokkan ada kelas tengah hari" kata Rania.
"tahu tapi aku balik esok sebab..." Kata kata NurNazlyna terhenti.
"sebab tak puas lagi nak honeymoon dengan Husband kaukan??..."sampuk Farah.
NurNazlyna tersenyum.
"macam aku tak tahu kau tu.. aku dah tengok lah tadi drama kau dengan Cikgu dalam kereta" perli Farah.
"hish kau ni bongok suka ngusik Aku" kata NurNazlyna.
"nasib aku yang nampak kalau jiran sebelah tak pasal pasal orang sebelah dapat dosa free" kata Farah.
Tergelak NurNazlyna.
"erh kau nak tahu tak selain aku jumpa Aiman dekat sana aku jumpa siapa lagi??" soal NurNazlyna.
NurNazlyna memandang wajah ke dua sahabatnya silih berganti.
"Riana" kata NurNazlyna.
"erh pompuan tu buat apa hah dekat sini menyampah pula aku dengan dia tu" kata Farah geram.
"sabar sabar.. macam mana kau boleh jumpa Dia"Rania memandang ke arah NurNazlyna.
"dia nak ngorat laki aku" jawab NurNazlyna.
"hish dia tu Faruq dia nak Fariq dia nak ni dia nak laki kau pula semua lelaki dia nak" Kata Farah merengus geram.
"jangan risaulah aku dah settle dia tak ngorat laki aku sebab aku dengan Cikgukan dah nikah dah halal"kata NurNazlyna.
Farah dan Rania mengangguk.
"okey lah aku naik dulu nak ambil baju.. laki aku dah tunggu dekat luar tu kesian laki aku kene sidai dekat luar" NurNazlyna menaiki tangga.
Farah dan Rania memandang NurNazlyna yang sedang menaiki tangga.
Tergeleng kepala mereka melihat telatah sahabatnya ketika itu.
"babe aku rasa kita kene mempercepatkan tarikh nikah kita lah kalau tak nanti macam mana... takut aku kalau Riana tu caras laki aku"kata Rania.
"hmm aku pun sama dowh nanti cuti sem kita bincang dengan Faruq dengan Fariq.. dia orang balik awal sebab traning dia orang bagus..." kata Farah.
Akhirnya mereka berdua bersetuju untuk memepercepatkan majlis bahagia mereka.

1.3.2021
BERSAMBUNG...

don forger to read

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience