BAB 40

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

FARAH DUDUK di balkoni sambil menghadap pemandangan laut yabng terbentang luas. Sudah 3 hari dia berada di pulau langkawi ini. Honeymoon lah katakan. Faruq melihat Farah yang duduk berangan di balkoni.
"oi termenung" sergah Faruq.
"kau ni terkejut aku" Farah memukul lengan Faruq.
Tergelak Faruq dengan Telatah Farah.
"bukan semalam dah tukar panggilan ke dari kau aku ke awak saya" usik Faruq.
Farah hanya menjeling Faruq dengan tajam.
"jom lah keluar bosan lah dowh duduk bilik jerw... aku nak jugak pergi pantai tu" ajak Farah
Faruq memandang Pantai yang di tunjuk Farah.
"hmm okey jom" ajak Faruq.
Farah hanya memakai baju berlengan pendek dan singkat serta seluar jins hitam. Memang sesuai untuk ke pantai ketika itu.
Mereka berdua keluar dari hotel dan berjalan ke arah pantai yang berdekatan di hotel.
"Cantiknya"kata Farah sambil menghirup udara segar.
"sayang macam mana kau boleh tahu perangai Riana erk??" soal Faruq.
"come onlah ni Farahlah.. Apa jerw yang aku tak tahu.. latar berlakang kau pun aku tahu tau" Farah berkata bangga.
"Amboi bangganya kau" Faruq menggeleng kepala.
Tergelak Farah.
"erh kau balik kolej bila??" soal Faruq.
"hmm aku balik kolej lagi 1 bulan asal dah tak sabar nak berjauhan dengan aku" perli Farah.
"mulut tu aku selotip kejap lagi baru tahu.... aku pun kene laporkan diri dekat bukit Aman... dekat KL lagi sebulan sebab pihak sana tahu yang aku baru cuti kahwin." kata Faruq.
"habis Fariq dekat mana??" soal Farah.
"Fariq kene lapor diri dekat balai polis bukit bintang.." jawab Faruq.
Farah mengangguk sahaja.
Bunyi deruman ombak di pantai itu amat menyenangkan ramai pengunjung dan pelancong yang hadir di pantai cenang di langkawi.
"esok nak balik dah jom beli oley oley" ajak Farah. Faruq tidak membalas malah dia terus bangun.
"jom"ajak Faruq dan membantu Farah bangun.
Faruq memukul punggung Farah untuk membersihkan pasir yang melekat di punggung Farah.
"apa kau ni hish" tolak Farah.
"aku bersihkan pasir dekat punggung kau jerw pun" kata Faruq.
Farah tergelak.
Lalu mereka berjalan. Farah berhenti dan membiarkan Faruq berjalan ke hadapan. Kemudian dia berlari terus melompat di berlakang badang Faruq.
Nasib Faruq sempat mengimbangi jalannya.
"nasib tak jatuh" kata Faruq.
"sorry" kata Farah sambil memeluk leher Faruq takut jatuh susah hidup.
Mereka berdua berjalan tiba tiba terserempak dengan Fariq dan Rania di pantai itu sambil bermain pasir membina istana
"oi budak ribena" panggil Faruq.
Tergelak Farah
Fariq memandang Faruq.
" you i pun nak macam Farah jugak" kata Rania sambil memukul Fariq.
"kurang ajar kau" kata Fariq dekat Faruq.
"kau buat apa main pasir.... macam budak ribena jerw"perli Faruq.
"katanya nak bina istana cinta kebahagiaan" kata Rania menjeling ke arah Fariq.
Tergelak mereka berdua.
Farah turun dari dukungan Faruq.
"macam macam lah kau..." kata Farah.
"erh kakak ipar ni biasalah orang hangat bercinta." kata Fariq dan merangkul pinggan Rania.
"banyak kau punya kakak ipar tak payah nak kakak sangat tegak bulu ketiak aku kau panggil aku kakak."Farah pun sibuk mengorek pasir pantai dan masuk ke dalam satu cawan untuk membina istana.
"kita orang nak pergi beli oley oley nak.ikut tak??" soal Faruq.
"hmm jom arh aku nak beli baranh untuk baby Lyna dengan untuk Najwa sekali" ajak Rania.
"okey jom" Fariq bangun.
Selepas itu mereka berempat bangun dari duduk pasir yang main tadi di hancurkan oleh mereka.
Sampai sahaja di pasar langkawi mereka berempat jalan beriringan di pasar itu. Banyak barang yang dijual di situ.
kadangkala pasangan mereka bergurau dan bergelak tawa. banyak barang yang di shopping oleh isteri, Faruq dan Fariq.
sampai di kedai pakaian budak Farah mengambil baju berskirt putih untuk Najwa Cantik apabila di lihat.
Rania mengambil baju untuk Baby walaupun dia tidak tahu jantina bayi itu.. Rania mengambil baju tidur sahaja.
"banyaknya you shopping" bisik Fariq di terlingan Rania
"banyak apanya ni untuk orang dekat sana juga"kata Rania sambil membelek baju kanak kanak perempuan.
Fariq malas mahu berbalah dia hanya menggeleng kepala sahaja.Farah Dan Faruq berjalan terlebih dahulu dari Rania dan Fariq.
Farah memandang di satu kedai yang terdapat baju kurung dan kemeja yang sedondon
"yang jom beli baju tu"ajak Farah dan menunjuk ke arah kedai yang di lihat.
Faruq memandang ke arah kedai yang di tunjuk oleh Farah. Dia memandang baju itu sungguh cantik tetapi di tidak suak dengan batik..
"alah taknak lah yang tak batik batik aku ni polis pakai baju batik tak class langsung" kata Faruq macam maknyah.
"banyaklah kau punya kelas... kalau kau sayang aku kau kene beli" ugut Farah
Faruq mengeluh, tersenyum Farah kerana mendapat kemenangan dari Faruq. Dia tahu kalau dia lawan mulut dengan Faruq.. Faruq tetap akan beralah.
Selesai membuat pembayaran Makcik itu tersenyum ke arah pasangan itu.
"anak ni baru kahwin ya??"soal Makcik itu Ramah apabila melihat inai yang masih pekat pada tangan masing masing.
"haah makcik"jawab Farah dan tersenyum.
"ouh selamat pengantin baru" kata Makcik
Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada makcik itu dan berlalu.
Selepas itu mereka bertembung denga. Rania dan Fariq yang sedang bersembang
"wey korang berhenti makan dulu lah" ajak Farah
Mereka semua bersetuju untuk berhenti makan di kedai bihun sup. Orang kata kedai itu sedap.
Tiba telefon bimbit Farah berdering. Farah melihat gerangan yang menelefonnya.
"wey wey kinah call" kata Farah dan menunjukkan panggilan ke arah yang lain
Farah mengangkat dan membuka pembesar suara.
"kau apasal call??" soal Farah
"wey macam mana ni Makcik Khadijah nak datang risik aku minggu depan" kata syakinah kalut
Farah tersenyum.
Mereka berempat tergelak.
"korang ni janganlah gelak aku takutlah" kata syakinah gundah.
"rilex okey dia datang merisik jerw.... nanti kita orang balik kita orang tolong kau sekarang ni kita orang nak honeymoon" kata Farah
"entah kau ni Kinah gelabah sangat masa Mama Fariq datang risik aku dulu tak ada macam ni"usik Rania
"kau jangan nak bohong aku... korang dua paling gelabah bila bertunang waktu tu.."marah syakinah.
"okey okey... macam ni Kinah kau solat istigharah supaya allah bagi petunjuk nanti lepas kita orang balik bercuti kita orang dua datang damansara tolong kau..."kata Farah membantu Syakinah untuk bertenang untuk seketika.
"Aku call Lyna tadi lepas tu dia dah tahu dia pun cakap benda yang sama... tapi Lyna macam ada masalah jerw aku call lah korang" kata syakinah.
"dia penatlah tu" kata Farah
"aku letak dulu nak keluar jap pergi makan malam dengan shahril dengan family aku dekat luar" kata Syakinah.
"amboi bukan main lagi kau..." usik Farah.
Dia dalam panggil terdengar seperti syakinah tergelak.
"bye guys jumpa nanti" kata syakinah dan mematikan panggilan.
"lah letak pula" Farah menggeleng kepala. Lalu menyimpan telefon bimbit di dalam beg tangannya.
"tak sangkakan kita sampai ke tahap ni kita jatuh sama sama kita bangun sama sama" kata Fariq.
Farah mengangguk.
Tiba makanan sampai mereka semua makan di situ. selesai makan mereka semua pulang ke hotel masing masing.

SEMENTARA DI RUMAH Azri Amsyar dan NurNazlyna. Sudah 3 hari mereka duduk di rumah sahaja tidak pergi ke mana mana. Sudah 3 hari juga sikap Azri Amsyar melayan NurNazlyna makin berkurang.
Sejak Nurnazlyna melihat wajah marah Azri Amsyar setelah pulang dari tempar kerja tempoh hari. Dia takut mahu bercakap dengan suaminya sendiri. Bila di tanya Azri Amsyar akan berkata 'tidak ada apa yang perlu di risaukan.'
Kandungan NurNazlyna pula alhamdulillah semakin sihat dan selera makan Nurnazlyna semakin bertambah. Malam itu NurNazlyna sedang mengemas di dapur bersama bibik Yuna.
Ini pun Datin Maznah yang menghantar Bibik yuna di rumah Azri Amsyar. Azri Amsyar tidak mengambil tahu tentang itu. Siap sahaja mengemas Nurnazlyna masuk ke dalam bilik Najwa untuk melihat keadaan Najwa.
"Assalammualaikum Najwa buat apa tu kenapa tak tidur lagi??" soal NurNazlyna.
"waalaikummussalam umi.. Najwa tengah main game" jawab Najwa.
NurNazlyna membulatkan matanya dan mengambil tempat di sebelah Najwa.
"Main game sayang dah pukul berapa ni tidur jom..."ajak NurNazlyna.
Najwa mengikut arahan NurNazlyna.
"Najwa boleh umi tanya... hari yang Najwa ikut walid pergi kerja tu kan ada tak apa apa terjadi dekat pejabat??" soal NurNazlyna.
Dia harus menyelesaikan masalahnya dengan suaminya.. Sampai bila mahu bermasam muka. NurNazlyna sendiri mula buntu dengan sikap acuh tak acuh suaminya melayannya.
"hmm ada walid marah marah lepas cakap dengan seorang uncle ni" cerita Najwa.
NurNazlyna mengerutkan dahi. Berfikir sejenak.
'alen ke yang berjumpa dengan laki aku...'
NurNazlyna mengambil telefon bimbitnya dan mencari gambar Alen. Lalu dia menunjukkan ke arah Najwa.
"yang ni??" soal NurNazlyna.
Najwa mengangguk.
"hmm lagi Walid marah siapa dekat dalam tu??..." soal NurNazlyna lagi.
"walid suruh aunty Rita jangan bagi lelaki ni masuk dalam ofis dia" cerita Najwa lagi.
NurNazlyna terkedu. Mesti ada sesuatu yang terjadi antara Azri Amsyar dan Alen.
"kenapa umi??" soal Najwa.
"tak ada apa sayang tidur okey..." arah NurNazlyna.
Najwa mengangguk,lalu lama selepas itu Najwa tidur sambil berpelukkan pinggang NurNazlyna.
NurNazlyna juga turut berasa penat mungkin mengemas dapur dan duduk berkebun di lamannya petang tadi.
Akhirnya NurNazlyna tertidur juga.

AZRI AMSYAR duduk bersandar di kepala katil, dia menunggu NurNazlyna tetapi tidak masuk lagi. Dia tidak boleh tidur jikalau Nurnazlyna tiada di sisinya saat mahu tidur dia mesti menghidu haruman rambut NurNazlyna dahulu.
Dia kasihan melihat isterinya yang selalu meminta perhatian padanya. Tapi dia juga berasa takut jikalau NurNazlyna akan sama seperti Alisya. Dia sayang dengan isterinya.
Azri Amsyar bangun dari katil dia berjalan keluar mencari kelibat si isteri. Dia melangkah ke arah dapur melihat Bibik Yuna sedang mengelap dapur.
"Bik Nur mana??" soal Azri Amsyar
"lowh tadi Nur naik ke atas Tuan. katanya mahu nidurin Najwa" jawab Bibik Yuna.
"kalau macam tu saya naik atas dululah bik Yuna tidurlah dah lewat ni" kata Azri amsyar
"baik Tuan" bibik Yuna masuk ke dalam biliknya yang berada di dapur.
Azri Amsyar naik ke atas dia berjalan ke arah bilik Najwa. Dia melihat Nurnazlyna yang sedang tidur di sebelah Najwa mungkin terlelap.
Azri Amsyar memandang sayu ke arah anak dan isterinya. Dia tidak sampai hati mahu mengejutkan NurNazlyna. Azri Amsyar mencium dahi Najwa terlebih dahulu selepas itu dia mengendong NurNazlyna dan di bawa ke biliknya.
Azri Amsyar meletakkan Nurnazlyna dengan berhati hati. Selepas menyelimutkan NurNazlyna, Azri Amsyar berbaring di sebelah.
Nurnazlyna seperti merasakan ada benda bergerak dia mencelikan matanya. Terkejut dia melihat di berada di biliknya bukan di bilik Najwa.
"Husband angkat sayang??" soal nurNazlyna.
"hmm"jawab Azri Amsyar.
NurNazlyna memeluk Azri Amsyar.Dia melentokkan kepalanya dada Azri Amsyar.
"i miss you" kata NurNazlyna manja.
"sayang please husband, husband nak tidur ni" tolak Azri Amsyar perlahan.
NurNazlyna mula duduk bersandar dan memandang Azri Amsyar sekilas. selalunya pada setiap malam Azri Amsyar akan mengusap perut NurNazlyna dan berzikir tetapi kini tidak lagi.
Dia berasa mula sebak di dada. Nurnazlyna bangun dari katil dan berjalan ke arah kamar mandi bilik itu dia menguncikan dirinya dan bersandar di dinding mata yang mengantuk kini menjadi segar.
Azri Amsyar menarik nafas panjang. 'ister kau tak salah kenapa kau perlu buat bini kau macam ni... tak ada tanggungjawab langsunglah kau ni...'kata Azri Amsyar di dalam hati.
NurNazlyna menangis semahu mahunya di dalam bilik mandi. "kenapa walid buat umi macam ni" kata NurNazlyna perlahan sambil mengusap perutnya. Nurnazlyna duduk di atas singki sambil mukanya bertemu dengan lutut.
"Walid lupa ke yang umi tengah mengandungkan sayang" tangis NurNazlyna teresak esak. Dia bersandar di dinding sebelah cemin.pintu di ketuk, NurNazlyna mendiamkan diri di dalam.
"Sayang open the door please" kata Azri Amsyar dari luar sambil tangannya mencuba buka pintu itu berulang kali.
Dia mula berasa risau. Azri Amsyar mengetuk beberapa kali tetapi tidak di sahut dari dalam hanya dengar bunyi air sahaja.
NurNazlyna mendiamkan dirinya dengan menutup mulut menggunakan tangan. Sebak di dada semakin terasa.
BANG!!!
Bunyi hentakkan pintu membuat NurNazlyna terkejut. Azri Amsyar menurunkan kaki NurNazlyna dan memeluk NurNazlyna dengan kuat sekali.
NurNazlyna membalas dan dia menghamburkan tangis di dada Azri Amsyar. Tersedu sedan dia menangis walaupun dia berasa marah dengan suaminya namun dia tetap rindu dengan perlukan suaminya.
"are you okey??" soal Azri Amsyar sambil mengelap air mata NurNazlyna. NurNazlyna menganggu.
NurNazlyna mengangguk. Dia memandang ke arah mata NurNazlyna yang merah.
"i'm sorry okey?" kata Azri Amsyar perlahan.
"i'm sorry to..."Lalu NurNazlyna mengelap air mata lelaki suaminya.
"don't do this again."Azri Amsyar menyelitkan lebihan rambut NurNazlyna di berlakang telinga.
Dia menarik isterinya di dalam perlukkan air di tutup. Dia mendukung NurNazlyna bawa ke arah katil mereka. Nampak gayanya dia harus menukar pintu baharulah jawabnya. nak selamatkan bini punya pasal habis tombol pintu tercabut.
"awak jahat, awak dah tak sayang saya lagi"Nurnazlyna memukul dada Azri Amsyar lembut.
"tak sayang tak... husband sayangkan sayang i'm sorry okey... husband janji tak buat macam ni lagi"Kata Azri Amsyar dan menggosok berlakang NurNazlyna dengan lembut.
Esak tangis NurNazlyna semakin lama semakin reda. Azri Amsyar menghidupkan Televisyen bagi mengurangkan suasana sunyi.
"awak"panggil NurNazlyna.
"ya sayang" Azri Amsyar memandang Nurnazlyna.
"najwa said alen did you meet during the day ??"soal NurNazlyna dia tidak mahu menangguh lagi masalah ini. Dia harus menyelesaikan sekarang juga.
Azri Amsyar menarik nafas yang tersekat di dada. Azri Amsyar memegang tangan nurnazlyna di mencium berlakang tapak tangan NurNazlyna dengan lembut.
"i'm sorry... sebabkan dia husband buat sayang macam ni..."ucap Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"Alen cakap dia akan dapatkan sayang macam mana di dapatkan Alisya dulu... Husband takut sebab di dah tahu kelemahan husband... husband banyak kali buat sayang masuk hospital... Husband taknak kehilangan sayang sebab tu husband buat macam ni... husband takut sayang tinggalkan husband lepas tu ikut dia husband taknak semua tu terjadi" cerita Azri Amsyar panjang lebar.
"Astaghafirullah al azim..apa yang awak fikir ni hah??"mengucap Nurnazlyna memandang ke arah suaminya.
Azri Amsyar mula diam.
"Okey, first sekali saya tak pernah terfikir pon nak ikut dia... sebab apa saya nak ikut dia sedangkan saya dah ada suami... awak suami saya waktu awak dengan alisya, alisya cuma tunang awak... Alen boleh dapatkan alisya dengan petik jari sahaja. Tapi sekarang saya isteri awak..."NurNazlyna memegang wajah Suaminya.
"saya tak akan tinggalkan awak percayalah dan Alen pun tak akan dapat saya sebab saya isteri awak. Awak jerw yang ada hak dekat atas saya.... Sebab kita ada ni, ini bukti cinta kita tiada siapa yang boleh rampas saya dari awak sebab kita ada ni"sambung NurNazlyna sambil mengambil tangan Azri Amsyar dan meletakkan di perut NurNazlyna.
Air mata mereka berdua bergenang dan akhirnya jatuh ke pipi juga. Azri Amsyar menarik NurNazlyna di dalam perlukkan.
"sorry sayang"bisik Azri Amsyar di telinga NurNazlyna.
Azri Amsyar membaringkan NurNazlyna. Selepas itu dia menyelak baju NurNazlyna perut NurNazlyna yang sudah terlihat di usap dan di cium.
"Walid minta maaf dekat baby sebab tak layan baby dengan umi dua tiga hari..."kata Azri Amsyar dan mencium.
NurNazlyna tersenyum air matanya di kesat. Selepas itu NurNazlyna menarik Azri Amsyar untuk berbaring di sebelahnya.
"i miss you" ucap NurNazlyna.
"i miss you too sayang... jom tidur kasihan baby penat teman umi dia menangis"kata Azri Amsyar dan baring di sebelah NurNazlyna.
Mereka berdua memandang sesama sendiri.
"husband jom balik kampung"ajak Nurnazlyna.
"balik kampung opah atau balik kampung sayang??" soal Azri Amsyar.
"hmm balik kampung sayang kita balik sekali dengan baby baru sebab ibu cakap ibu nak buat kenduri sekali dekat sana.. kenduri cukur jambul untuk baby" kata NurNazlyna.
"balik bila tu??" soal Azri Amsyar.
"ibu cakap minggu ni ibu balik seminggu.... kita kene cutikan Najwalah nanti husband uruskan okey" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk.
"balik melaka ke negeri sembilan??" soal azri Amsyar.
"hmm melaka kot sebab ayah cakap nak buat kenduri Arwah opah dengan atok" jawab NurNazlyna.
"ouh okey... dah lah tidur... dah lewat ni sayang" kata Azri Amsyar.
"erh kejap kenapa husband angkat sayang... sayang tidur dengan Najwa tadi." kata NurNazlyna.
"habistu takkan nak biarkan husband tidur sorang sorang" kata Azri Amsyar.
"alah sebelum sayang panggil pun buat bodoh jerw..." kata NurNazlyna selamba.
Azri Amsyar menjeling tajam.
"jangan marah kata sayang"NurNazlyna memeluk Azri Amsyar.
Azri amsyar membisik sesuatu di telinga Nurnazlyna tersenyum NurNazlyna. Selepas itu Azri Amsyar bangun dan berjalan ke arah suis lampu dan mereka berdua tidur.

HARI INI merupakan hari dimana NurNazlyna dan Azri Amsyar akan membawa Najwa pergi Berjumpa dengan Amani di lokap. Bazli tidak dapat berjumpa kerana kata pihak polis Bazli di kenakan hukuman gantung sampai mati di sebabkan menyimpan beberapa jenis dadah.
Siapa sahaja yang tidak terkejur mendengarnya.Sampai di penjara kajang Najwa bercakap dengan Amani. Alhamdulillah Amani sudah memakai tudung dan dia juga tidak marah marah lagi.
"mummy sihat??" soal Najwa ketika itu duduk di atas riba NurNazlyna.
"mummy sihat sayang... anak mummy sihat tak??" soal Amani kembali.
"Wawa sihat... mummy nak tahu tak nanti wawa nak dapat adik baru" cerita Najwa teruja.
Amalina tersenyum ke arah NurNazlyna.
"alhamdulillah tahniah Lyna"ucap Amani.
"terima kasih kak... ni nanti Lyna tak ada dekat sini tau,lyna bawa Najwa balik kampung dekat melaka" kata NurNazlyna.
Ketika itu Azri Amsyar hanya menunggu di luar sahaja. pelawat tidak di benarkan masuk beramai ramai.
"ouh hah ya lah.. Najwa jangan nakal nakal tau dekat sana... ingat pesan mummy dengar cakap umi elok elok" pesan Amani pada Najwa.
"baik mummy" Najwa tersenyum. Amani memegan cermin yang menghadang mereka untuk berbual
"hmm Lyna akak nak cakap terima kasih banyak banyak sebab sudi tolong akak dengan Najwa... Sudi jaga Najwa sebagai anak akak tak tahu nak balas apa dah dengan Lyna" kata Amani sebak.
"erh kak, Lyna okey jerw lah Lyna yang patut cakap terima kasih dekat akak sebab bagi Lyna jaga Najwa..."kata NurNazlyna.
"sama sama.. ni Bazli macam mana ya boleh akak tahu dia ada dekat penjara mana??" soal Amani
Dia memang benci dengan Bazli tetapi jauh di sudut hatinya Dia amat sayang dengan Bazli. Dia juga sangat cintakan Bazli.
"hmm kak Lyna harap akak bersabarlah ya... Abang Bazli dah hmm dah tak ada kak" kata NurNazlyna.
"Lyna jangan main main soal kematian Lyna,Lyna tipu akak kan??" soal Amalina tidak percaya
"tak kak Lyna tak tipu betul Abang Bazli dah tak ada.. Dia mati di tali gantung sebab dia juga bersubahat dengan kes penyimpanan dadah"kata NurNazlyna.
Amani mula tidak tenteram sungguh dia berasa sedih dengan ke tiadaan suami di sisi. tetapi Amani redo dengan semua ini..
"ya allah" nangis Amani
NurNazlyna mula sayu.
"Najwa pergi dekat walid" kata NurNazlyna.
"bye Mummy nanti najwa datang lagi love you" kata Najwa dan berlari ke arah Azri Amsyar yang tidak jauh dari mereka.
"kak dengar cakap Lyna ni... Allah tak akan uji hambanya di luar kemampuannya percayalah... akak mesti kuat untuk Najwa.. akak jangan bersedih atas kematian abang Bazli akak kene sedekahkan al fatihah dekat arwah kak" kata Nurnazlyna.
Amani menangis seorang warden perempuan di dalam itu menggosok berlakang Amalina. Nurnazlyna menunduk sedikit sebagaj tanda terima kasih.
"terima kasih Lyna jagakan Najwa baik baik"kata Amani.
"sama sama kak ingat pesan Lyna demi Najwa"kata Nurnazlyna.
Amani mengangguk.
"hmm maaf cik waktu melawat sudah habis"kata seorang anggota polis.
NurNazlyna melihat Amani yang sudah di gari dan di bawa pergi.
"terima kasih Puan"ucap NurNazlyna menunduk je arah anggota polis itu.
Nurnazlyna keluar dari balai polis dia berjalan ke arah kereta Azri Amsyar. Najwa sudah berada di tempat duduk berlakang sambil bermain ipadnya.
"sayang okey??" soal Azri Amsyar
NurNazlyna mengangguk dan tersenyum kelat.
"cuba cerita dekat husband apa jadi..."kata Azri Amsyar.
"kak amani kehilangan Abang Bazli teruk dia menangis, sayang nak peluk dia tapi tak boleh polis tu tak bagi...Husband jangan tinggalkan sayang, sayang tak dapat bayangkan kalau husbund tinggalkan sayang" kata Nurnazlyna sayu. Dia memeluk lengan Azri Amsyar.
"insyaallah sayang kita baik baik jerw jom balik kita pack baju...lepaatu kita terus balik kampung..."kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk. Dia mengelao air matanya yang bersisa dia pipi.
Mereka akan bergerak balik ke kampung pada esok hari Kerana Encik Mohammad mahu balik dengan lebih awal.

MEREKA TIBA DI rumah Puan Rose dan Encik mohammad di Shah alam. NurNazlyna masuk ke dalam dan meninggalkan Azri Amsyar di berlakang. sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan Humairah. Mereka sekeluarga akan berkumpul di rumah Encik Mohammad dan Puan Rose terlebih dahulu dan akan bergerak bersama sama.
NurNazlyna terus naik ke atas pintu di ketuk dari luar. selepas di buka dia melihat Erra Nazirah yang sedang bersiap. Erra Nazirah sudah habis tempoh jalan pantangnya hari ini merupakan hari yang ke seratus.
Humairah pula sudah usia 4 bulan.
"comelnya anak buah acu ni" kata NurNazlyna dan menggomol pipi Humairah dengan geram
"amboi mak buyong ni masuk masuk terus terjah anak aku sini salam aku dulu" Erra Nazirah menghulurkan tangan.
NurNazlyna menyambut dengan senyuman.
"rilex lah aku dah lama tak jumpa humairah ni hah...kan sayang acu"NurNazlyna menggomol Humairah.
"kau berapa bulan dah tu??" soal Erra Nazirah.
"2 bulan nak masuk 3" jawab NurNazlyna.
"hmm makin kerap lah kau sakit berlakang"usik Erra Nazirah.
"itu lah tu tapi tak adalah sakit sangat..."kata NurNazlyna.
"ni abang Rizal mana??" soal NurNazlyna.
"dia pergi hantar barang sekejap" jawab Erra Nazirah.
"erh aku bawa humairah masuk bilik aku kejaplah nak merasa okey kau siap bye" kata NurNazlyna dan berlalu.
Erra Nazirah hanya menggeleng kepala.
NurNazlyna masuk ke kamar beradu mereka berdua.
"husband" panggil NurNazlyna melihat Azri Amsyar yang sedang duduk di birai katil.
"erh humairah" Azri Amsyar mengagah Humairah.
Suka dia melihat bayi itu mengekek ketawa.
"comelkan husband... "kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk .
Wajah putih bersih si kecik itu sungguh comel memang sesuai dengan maksud namanya Humairah nazirah.
"tak sabarnya nak tunggu yang ni keluar" kata NurNazlyna dan menggosok perutnya
"7 bulan jerw lagi sayang kita tunggu ya" kata Azri Amsyar dan mendakap NurNazlyna dengan erat.
NurNazlyna meletakkan Humairah di atas katil.Entah kenapa apabila dia mendukung Humairah perutnya kurang selesa dengan itu.
Pintu di ketuk dari luar, Azri Amsyar bangun dan membukanya.
"jom semua dah sampai tu" ajak Rizal.
Mereka berdua keluar dari bilik. NurNazlyna menuruni tangga dengan berhati hati. Sampai di bawah NurNazlyna membawa Humairah.
"habislah Asfa acu dah tak sayang dekat Asfa lagi" usik Nazuwan kepada Asfa.
Asfa memandang ke arah NurNazlyna yang sedang mendukung Humairah.
Sufia hanya tersenyum melihat anaknya di usik oleh adik iparnya.
Lalu Asfa berlari mendapatkan NurNazlyna di sofa. Azri Amsyar mendukung Humairah takut jatuh.
"acu tengok pak besau tu" Adu Asfa kepada NurNazlyna.
NurNazlyna memandang ke arah Nazuwan yang sedang membetulkan motor berkuasa tingginya. Nazuwan akan naik kereta bersama dengan Encik Mohammad.
"tak lah pak besau sengaja jerw usik Asfa... " pujuk NurNazlyna.
Asfa memelukku dengan erat.
"adik jangan buat acu macam tu" tegur Nazrim.
Takut juga anaknya berlasak dengan NurNazlyna. Dulu tidak mengapa kalau nak melasak satu hari tapi sekarang jangan buat main NurNazlyna sedang menjaga nyawa.
"kan dalam perut acu tu ada baby" kata Nazrim.
"ouh lupa" Asfa menggaru kepalanya
"sorry baby" Asfa mengusap perut NurNazlyna tergelak mereka semua.
Selepas itu, Mereka membaca doa sebelum bergerak ke melaka. Bacaan doa di baca oleh Nazrim untuk selamat sampai di destinasi yang hendak di tuju.
selepas 1 jam perjalan ke Melaka.Najwa awal awal lagi sudah tidur di berlakang bersama dengan Aulia. Berebut mahu naik bersama dengan NurNazlyna. lagi Lagi Asfa dia sudah tidur di pangkuan NurNazlyna.
"husband okey tak??" soal NurNazlyna melihat suaminya di sebelah.
"okey sayang... "jawab Azri Amsyar dan tersenyum.
NurNazlyna mengambil bantal yang memang ada di dalam kereta dan mengalaskan lengannya yang lenguh memangku Asfa.
"tidur dah dia orang kalau tidak penuh dengan berceloteh jerw" kata Azri Amsyar sambil melihat Najwa dan Aulia dari tingkap.
"haah itu lah tuu.. husband nak tahu tak tadikan sayang dukung humairah perut sayang rasa tak sedap tapi sayang pelik bila sayang pangku Asfa dia okey pulak" kata Nurnazlyna.
"entah entah baby boy tak sayang" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"boy??" Nurnazlyna memandang Azri Amsyar.
Azri Amsyar mengangguk.
"hmm kalau boy nampak gayanya geng walid dia lah" kata NurNazlyna.
Tergelak Azri Amsyar.

SAMPAI SAHAJA di kampung melaka pindah terletak di melaka Alor gajah. Kereta berhenti di lampu trafik. NurNazlyna memandang ke arah kereta sebelah.
Dia melihat kereta Rizal dan Erra Nazirah. Nurnazlyna membuka tingkap begitu juga dengan Rizal.
"humaira"panggil NurNazlyna.
Tergelak bayi perempuan itu apabila di agah begitu. Kereta meluncur laju sehingga ke rumah yang hendak di tuju. Masuk sahaja di kawasan rumah. Masing masing mula kecoh.
NurNazlyna dan adik beradik yang lain tidak berapa rapat dengan keluarga belah Encik Mohammad. Lagi lagi apabila bertemu dengan Mama sipah mereka.Asfa yang tidur di pangku sudah di ambil oleh Nazrim.
"kau pangku Asfa dari KL hingga ke melaka dek??" soal Nazrim.
NurNazlyna mengangguk.
"ya allah budak ni... haih kenapa tak bagi dekat akak jerw" kata Sufia.
Nurnazlyna keluar dari kereta sambil membawa beg tangannya. Najwa sudah di dukung oleh Azri Amsyar. Aulia pula di dukung oleh Nazuwan.
NurNazlyna memandang ke arah Puan Sarifah. Pandangan yang sungguh mencurigakan.
"wey kau tengok tu"NurNazlyna menyiku Erra Nazirah di sebelah.
"tahu biarlah dia... aku ikut ayah jerw.."kata Erra Nazirah.
Mereka masuk ke dalam rumah dan menyalam semua orang tua yang ada. Sehinggalah NurNazlyna menyalam Puan Sarifah sekejap sahaja Puan Sarifah menariknya.
"jom aleen masuk biarlah mama sipah tu mak mo ada" kata Mak mo iaitu adik kepada Encik Mohammad
"jom jom masuk" kata Mak mo atau namanya adalah Puan Saadah.
Nurnazlyna memang dari kecil memanggilnya mak mok sebab tubuhnya yang agak gempal sedikit.
Masuk sahaja di rumah besar itu Azri Amsyar terpegun melihat ke seluruh sudut rumah batu itu. Banyak bilik yang ada.
Rizal dan Erra Nazirah sudah masuk di dalam biliknya. NurNazlyna berdiri di ruang tamu seketika.
"ayah orang masuk bilik sana erk" kata nurNazlyna dan menunjukkan ke arah bilik itu.
"hah masuk masuk tak apa..bilik banyak" kata Encik Mohammad
Ini adalah kali pertama sebenarnya keluarga mereka tidur di sini. Selalunya mereka tidak akan tidur merekan akan singgah selepas itu balik itu sahaja.
Azri Amsyar meletakkan Najwa di atas katil. Bilik yang luas itu sangat menganggumkan kedua pasangan.
"husband nak tahu tak ini kali pertama kita orang satu family tidur sini tau" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna seperti tidak percaya dengan cerita isterinya.
"habis kalau balik sini macam mana??" soal Azri Amsyar
"kita orang akan balik hari raya atau ada kenduri kendara sahaja.. selepas itu kita orang balik terus ke KL"Nurnazlyna menyandarkan berlakangnya di kepala katil.
"kenapa pula macam tu??" soal Azri Amsyar.
"hmm sebab kita orang tak berapa rapat sangat dengan family ni..kalau balik pun kadang kadang tak lengkap contoh kadang kadang kakak tak ada lepas tu kadang tu angah tak balik hah macam tu lah" kata NurNazlyna.
"puncanya kenapa??" soal Azri Amsyar ingin tahu.
"mama sipah, tak suka dengan sayang sebab you know me right?? sejak sayang sakit depress tu mama sipah terus macam api apikan ayah dengan yang lain... mama tak suka tengok kita orang bahagia ya lah.. walaupun mama tu berada tapi dia tak bahagia macam kami,lepas sayang dah sihat macam sekarang ni kita orang lagi bahagia di kira macam mama iri hati dengan kami semua..."cerita NurNazlyna selamba.
"tapi kami sekeluarga okey jerw dengan kak Halizah dan Ayah halim. macam yang sayang cakapkan mama iri hati dengan kami semua.. ibu ada cakap waktu sayang pergi berubat dulu semua datang tolong ayah tapi bila macam mama sipah minta tolong pinjam duit ke apa ke semua tak nak tolong... hmm lagi satu mama sipah ni ada masalah juga dengan kak Halizah tu sebab kak halizah tak kahwin dengan orang yang berada macam husband sebab tu waktu kita kahwin hari tu mama layan kita macam tu" sambung NurNazlyna lagi.
Azri Amsyar memandang wajah isterinya yang bercerita. Ada juga ya orang yang macam Puan Sarifah ni. Dia tak rasa bersyukur dengan apa yang dia ada.
"Husband nak mandi ke apa sebab kalau nak mandi bilik air ada dekat dapur maaflah sini tak macam rumah kita yang lain bilik air dekat dalam bilik sendiri. sini kalau nak mandi bilik air ada dekat dapur" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk.
"jom sayang tolong husband angkat barang dekat kereta" kata NurNazlyna ingin Bangun dari katil tetapi di halang oleh Azri Amsyar
"tak payah sayang, sayang rest okey husband pergi ambik barang dekat kereta" kata Azri Amsyar dan berlalu keluar.
NurNazlyna hanya tersenyum dan membuka tudungnya. Dia memakai hanya memakai tudung sarung berwarna hitam. Najwa yang tidur di biarkan tidur di atas katil.
NurNazlyna keluar dari bilik tiba tiba di bertembung dengan Puan Sarifah yang masuk. Wajahnya masam mencuka sahaja.
"mama" tegur NurNazlyna prihatin.
Puan Sarifah hanya memandang NurNazlyna dari atas ke bawah dan menjeling.
"haih mama sipah kenapa pandang ada erra macam tu" kata Erra Nazirah sambil menarik beg beroda dan menyandang beg kepunyaannya.
"kakak"tegur NurNazlyna memandang Erra Nazirah.
Puan Sarifah berlalu masuk dengan hati yang membara. NurNazlyna mengerutkan dahi memandang ke arah Puan Sarifah.
Nurnazlyna keluar dan berjalan ke arah Erra Nazirah.
"mana Humairah??"soal NurNazlyna.
"dekat ayah."jawab Erra Nazirah.
"kenapa mama macam tu kau cakap apa dekat dila??" soal NurNazlyna kepada Erra Nazirah.
"kau tahu dia cakap apa dekat laki kau...dia kata buruk pasal kau pasal anak kau lepas tu dia kata yang kau ni mandul. aku sembur lah dia balik" kata Erra Nazirah.
NurNazlyna memandang ke arah Azri Amsyar yang sedang bersembang dengan Rizal sambil mengangkat beg.
"hmm biarlah dia kak. kau ni "kata NurNazlyna memandang Erra Nazirah.
Erra Nazirah menggeleng kepala sahaja.
"kau ni bagi muka sangat dekat mama tu... dah lah aku masuk dulu... kau tu masuk jangan mengada ngada nak angkat barang berat" pesan Erra Nazrirah dan masuk ke dalam rumah.
"ya lah kak" NurNazlyna duduk di bangku sambil menunggu Azri Amsyar.
"Aleen, buat apa dekat sini??" tegur Halizah dari muka Pintu.
"erh kak. Aleen tunggu tu hah Azri angkat barang" kata NurNazlyna dan tersenyum ke arah Halizah.
"ouh ya ke Aleen apa khabar sekarang sihat??" soal Halizah sambil memandang ke arah perut NurNazlyna.
"berapa bulan ni Lyna??" soal Halizah sambil menggosok perut NurNazlyna yang kelihatan buncut sedikit.
" 2 bulan nak masuk 3 dah" jawab NurNazlyna dan tersenyum ke arah Halizah.
"alhamdulillah syukur... tahniah"kata Halizah.
"Terima kasih" NurNazlyna memegang tangan Halizah.
"Damia mana tak nampak pun??" soal NurNazlyna.
"ouh Damia dengan adik dia keluar ikut ayahnya ronda ronda kampung maklumlah dah lama tak balik"kata Halizah.
"erh nanti kalau Aleen nak bawa Azri jalan jalan pun boleh tungguh Daniel balik"sambung Halizah.
"ouh tengoklah nanti kak lagi pun tengok Azri macam penat jerw lepas tu Najwa pula tidur lagi" kata NurNazlyna.
"Najwa??" soal Halizah pelik.
NurNazlyna mengangguk.
"Najwa tu anak angkat Aleen dah lama dah aleen jaga dia... dia ada masalah keluarga" kata NurNazlyna.
Kalau boleh di tidak mahu membuka aib keluarga Najwa kepada semua orang biarlah seeloknya keluarganya sahaja yang tahu.
Halizah mengangguk dan tersenyum.
"akak bila sampai?? Maaflah Aleen tak sempat nak tolong apa apa pun dekat rumah ni tahu tahu ayah ajak balik sini" jelas NurNazlyna.
"erh tak apalah Aleen...akak faham.. akak sampai malam semalam naik dua kereta dengan mama... ni pun tak start apa apa lagi leen mungkin kejap lagi atau esok... ya lah kenduri lusa " jawab Halizah.
NurNazlyna memandang Halizah yang sedang merenung ke arahnya.
"hmm akak harap aleen sabarlah dengan mama tu dia memang macam tu kalau datang angin dia" kata Halizah.
Halizah mula rasa bersalah dengan NurNazlyna. NurNazlyna sebenarnya tiada salah salah apa apa pun dengan keluarganya cuma mamanya sahaja yang suka memanjangkan cerita.
"erh tak adalah kak aleen tak terasa hati pun" kata NurNazlyna.
Puan Rose datang ke arah NurNazlyna yang sedang duduk bersembang bersama dengan Halizah itu.
"adik jom makan..."ajak Puan Rose.
"erh Mak long"tegur Halizah.
"Liza apa khabar sihat??" soal Puan Rose prihatin.
"sihat alhamdulillah Mak long... Liza teruja sangat sebab mak long buat kenduri dekat sini" kata Halizah sambil memeluk lengan Puan Rose.
"Pak long yang cadanglah bukan mak long... mak long ikut jerw cadangan Pak long tu hah" kata Puan Rose.
"lama kita tak macam ni Maklong Liza rindu suasana macam ni.. dulu Liza ingat lagi ramai berderet budak lelaki datang beraya sebab nak tengok dak aleen" kata Halizah kepada Puan Rose.
Tergelak mereka bertiga.
"ni Liza jomlah makan dekat dapur tu hah... Mak mok cakap Liza yang masak sedap maklong rasa tadi" puji Puan Rose dan memandang ke arah anak buahnya.
"ouh haah Liza masak tadi Mak long... tolonglah mak mok sikit sikit kesian tengok dia kemas rumah yang besar ni sorang sorang" kata Halizah.
"ouh hah jom lah Liza makan dekat dapur... Adik jom" ajak Puan Rose sambil memimpin tangan NurNazlyna.
"tak apa tak apa Maklong Liza tunggu daniel dengan anak anak balik dia orang keluar tadi" kata Halizah.
"hmm baik lah Adik jom hah bangun elok elok" kata Puan Rose
"erh kejap adik panggil Azri tengah bersembang dengan abang Rizal tadi" kata NurNazlyna.
"hah ibu pergi dapur dulu" kata Puan Rose dan berlalu ke arah dapur.
"Husband" panggil NurNazlyna sambil berjalan ke arah Azri Amsyar dan Rizal.
"ya sayang nape??" soal azri Amsyar.
"ibu panggil makan bang jom lah bersembang jerw" NurNazlyna memanggil Azri Amsyar dan Rizal makan.
"hah jom jom... kita makan" ajak Rizal sambil mengangkat barang dari keretanya.
"haih bang banyak barang tadi kakak dah bawa ni apa benda pula yang di bawanya tu" usik NurNazlyna.
"haih orang dah ada anak biasa ler tu... "kata Rizal dengan loghat peraknya.
"amboi kemain lagi kau cakap bahasa orang perak ni melaka lah bukan perak" kata NurNazlyna dengan loghat melakanya pula.
"haih udah udah lah tu korang borak den masuk dulu nak makan sampai konyang" Azri Amsyar pula membalas dengan loghat negeri sembilan.
Tergelak mereka bertiga di situ. Tiba tiba bunyi hon motor kedengaran. Azri Amsyar ,Rizal dan NurNazlyna memandang serentak ke arah motor itu.
"erh Zakuan" kata NurNazlyna.
"kau bila balik sini??" soal Zakuan kepada NurNazlyna.
Zakuan merupakan kawan sekampung NurNazlyna.Pada masa ketika dahulu Zakuan pernah menaruh harapan untuk mendapatkan cinta NurNazlyna tetapi hajatnya tudak kesampaian kerana Ibunya sendiri mengatakan bahawa NurNazlyna sudah berkahwin dan sudah di jemput di majlis perkahwinannya.
Zakuan reda atas ketentuan Allah SWT baginya dia dan NurNazlyna tiada jodoh untuk bersatu. lagi pun NurNazlyna pernah menyatakan bahawa dia menganggap Zakuan seperti abangnya sahaja.
"Aku baru jerw sampai ni hah..." kata NurNazlyna.
"ni sape pulak ni??" soal Zakuan.
"ouh ni laki ler.. yang ni abang ipar aku hah" jawab NurNazlyna dan tersenyum.
"ouh... sorry arh Assalammualaikum bang" Zakuan menyalam tangan Azri Amsyar dan Rizal.
"dek abang masuk dulu lah kang ada yang kakak awak tu marah karang" kata Rizal dan berlalu sambil menjijit beg.
"erh ni husband ni Zakuan kawan sayang dekat sini... kalau dalam banyak kawan yang sayang ada yang paling cilaka dia ni lah"kata NurNazlyna.
"hawau jerw kau an" Zakuan memandang NurNazlyna.
Tergelak NurNazlyna.
"okey lah wey aku masuk dulu erh ni nanti jemputlah datang kenduri cukur jambul anak buah aku" kata NurNazlyna.
"anak buah kau siapa Erra??" soal Zakuan.
"haah lah kakak aku.."kata NurNazlyna.
"aku ingatkan kau tadi lama bebeno tak balik melaka mana lah tahu kau tiba tiba balik bawa anak" kata Zakuan.
"Insyaallah come in soon" sampuk Azri Amsyar dan memaut pinggang Nurnazlyna di hadapan Zakuan.
"erh maksudnya kau tengah"Zakuan memandang NurNazlyna seperti tidak percaya.
"dah 11 bulan kita orang kahwin Zakuan" kata NurNazlyna.
"alhamdulillah"ucap Zakuan syukur.
"okey lah aku masuk dulu" kata NurNazlyna.
Zakuan mengangguk. NurNazlyna mengambil beg laguage milik mereka dan Aulia.
"erh ni Aleen aku gerak dulu lah"kata Zakuan sambil menghidupkan enjin motornya.
"hah ya kirim salam dekat mak kau" pesan NurNazlyna.
"insyaallah bye assalammualaikum" kata Zakuan dan berlalu.
Setelah melihat motor itu berlalu pergi Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang sedang mengangkat beg.
"biar husband angkat.."kata Azri Amsyar tegas
Azri Amsyar mengangkat beg itu dan masuk ke dalam rumah. NurNazlyna hanya mengikut sahaja.
Selepas meletakkan Beg di dalam bilik. NurNazlyna memandang ke arah Najwa yang masih tidur.
Mereka berdua berjalan ke arah dapur yang riuh rendah dengan suara abang abang dan kakak kakaknya.
"dek Najwa mana tidur lagi??" soal Sufia
"haah penatlah tu"kata NurNazlyna dan melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Saadah.
"najwa tu siapa??" soal Puan Saadah.
"Najwa tu cucu aku dah"sampuk Encik Mohammad.
Puan Saadah hanya mengangguk sahaja. suka dia melihat anak anak buahnya balik. Puan Saadah mempunyai seorang anak tetapi esok baru balik.
Puan Saada juga tiada suami kerana suaminya meninggal ketika ingin ke kebun pada 6 tahun yang lepas. Dia hanya duduk di rumah pusaka ini sahaja.
Mereka semua makan dengan selera dan tenang tiada gangguan. Puan Sarifah tiada di dapur dia hanya duduk di dalam bilik sahaja dengan suaminya.

9.3.21
BERSAMBUNG...

SELAMAT HARI WANITA SEMUA....JANGAN LUPA BACA... DAN TINGGALKAN KOMEN OKEY;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience