BAB 38

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

SAMPAI SAHAJA di hospital NurNazlyna sudah di masukkan ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan lanjut Azri Amsyar tunggu di ruang menunggu dia meraup wajahnya. Sungguh dia kesal kerana memarahi Isterinya sebegitu rupa.
"encik ni Suami kepada Puan NurNazlyna??" soal Doktor itu.
Azri Amsyar bangun. "ya saya doktor macam mana dengan isteri saya dia okeykan??" soal Azri Amsyar cemas.
"Alhamdulillah isteri Encik dan kandungannya selamat... mujur Encik cepat sampai"kata doktor itu.
Azri Amsyar terkejut mendengar ayat doktor itu tadi dalam pada masa yang sama dia tersenyum.
"kandungan doc??" soal Azri Amsyar kembali.
"yes kandugan.. usia kandungan 2 month already" kata Doktor itu dan tersenyum manis.
"hmm saya harap jangan bagi isteri Encik Stres dan tertekan takut efect kepada baby pula nanti." pesan doktor itu.
"ister Encik kami sudah hantarkan di wad biasa dan sekarang isteri Encik perlu berehat sementara. jikalau ada sesiapa yang mahu melawat... petang baru boleh sebab Puan NurNazlyna perlu berehat."sambung Doktor itu lagi.
"boleh saya masuk??" soal Azri Amsyar.
Doktor itu mengangguk.
Azri Amsyar masuk ke dalam wad yang menempatkan isternya. Dia memandang keadaan isterinya yang sedang tidur itu dan menangis teresak esak.
"thanks sayang"kata Azri Amsyar perlahan. Dia memegang perut NurNazlyna.
"sit nice nice know baby ... sorry because walid made baby and umi sick" Azri Amsyar mengusap perut NurNazlyna.
"Sorry sayang" Azri Amsyar mencium dahi NurNazlyna dengan lembut.
Azri Amsyar duduk di kerusi sebelah katil NurNazlyna dia tidak sanggup mahu meninggalkan isterinya yang sedang menanggung sakit di sebabkannya.
Lama dia merenung NurNazlyna yang berbaring. Tiba telefonnya berbunyi nyaring di kocek seluarnya.
"hello Assalammualaikum" panggil Azri Amsyar.
"waalaikummussalam Azri macam mana dengan Nur??" soal Datin Maznah.
"Mak datang sini nanti Azri cakap" kata Azri Amsyar lembut dan mematikan panggilan.
Dia mengeluh perlahan dan mengusap wajah NurNazlyna yang pucat itu.
NurNazlyna mula terasa ada tangan kasar memegang wajahnya dia membuka mata. Tiba tiba dia berasa sakit di bahagian ari arinya. Dia baru teringat tentang anaknya yang sedang membesar di rahimnya tika ini.
Lalu dia memandang Azri Amsyar di sebelah yang sedang menangis. "awak" panggil NurNazlyna perlahan.
Azri Amsyar terkejut dia terus bangun dan mencium dahi isterinya.
"sorry sayang husband minta maaf"kata Azri Amsyar tersedu sedan.
Nurnazlyna teringat tentang kejadian di bertekak dengan suaminya saat itu darah mengalir keluar dari kakinya.kemudian dia jatuh pengsan.
"awak buat apa dekat sini.. awak pergi balik saya taknak menyusahkan awak... awak pergi balik"kata NurNazlyna sebak.
"tak sayang tak husband salah okey sorry" Azri Amsyar memeluk NurNazlyna.
Selepas itu. NurNazlyna pegang perutnya.
"anak saya hah anak saya macam mana dia okeykan" soal Nur Nazlyna gelabah
"anak kita sayang...anak kita okey... sorry sayang husband minta maaf sebab buat sayang macam ni... sorry okey" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng kepala. Dia memandang ke arah lain dan menolak Azri Amsyar perlahan.
"sorry" kata NurNazlyna dan mengucup tangan Suaminya dengan lembut.
"sayang tahu sayang pregnant??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk perlahan.
"tapi sayang nak buat surprise malam ni sebab esokkan birthday husband..."NurNazlyna mula berasa sebak di dada kerana rancangannya tidak menjadi.
NurNazlyna menangis di dada Azri Amsyar.
"sayang jangan nangis macam ni... kesian dekat baby nanti" kata Azri Amsyar perlahan.
NurNazlyna memeluk Azri Amsyar.
"tak apalah nanti lain kali birthday husband lain tahun sayang buat surprise okey"kata Azri Amsyar perlahan.
NurNazlyna mengangguk lemah dia mengerutkan dahi sambil memandang Azri Amsyar.
"tak akan saya nak beranak lagi macam tahun depan yang ini pun tak keluar lagi"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum memandang NurNazlyna.
"tak sayang tak... kalau ada rezeki nanti sayang buatlah.. alah ini pun hadiah untuk husband yang paling bermakna buat husband"kata Azri Amsyar.
"ya ya jerw tadi marah marah orang" NurNazlyna menjeling Azri Amsyar.
"kan husband dah minta maaf dengan sayang... sorry okey"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengesat air di tubir matanya.Azri Amsyar mahu menyelak baju yang di pakai isterinya tetapi NurNazlyna menahan dan memberi isyarat takut nanti doktor atau Nurse yang masuk.
"alah tak apa sayang husband dah tutup pintu tadi" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya membiarkan sahaja. tingkah laku suaminya.
"Assalammualaikum anak walid... behave okey lagi 7 bulan kita jumpa"kata Azri Amsyar di perut NurNazlyna yang masih belum nampai bentuk.
Tanpa sedar air mata NurNazlyna jatuh lagi di tubir mata. Terharu melihat Azri Amsyar bercakap dengan janin yang masih belum nampak bentuk dan akan membersar di dalam rahimnya.
Tiba tiba pintu di buka dari luar cepat sahaja NurNazlyna menutup perutnya dengan selimut.
"Assalammualaikum Nur macam mana okey??" soal Datin Maznah. Dia datang bersama dengan Tania.
"Waalaikummussalam Mak.... Nur okey jerw" jawab NurNazlyna lembut.
Datin Maznah mencium dahi menantunya dan kemudian dia membelai lembut rambitnya.
"Azri ni kenapa tak jaga Nur betul betul hish dia ni..... selamat tak ada apa apa yang berlaku" kata Datin Maznah sambil memukul lengan Azri dengan kasar.
"nanti ibu datang tau.... ibu datang lambat sikit sebab diakan kene jaga Kakak dekat sana" sampuk Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk.
perutnya yang terdedah tadi di betulkan. sedkit.
"Doktor cakap apa tadi Azri??" soal Datin Maznah.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang sudah tersenyum.
"doktor cakap nanti Mak akan jadi nekny to be again" kata Azri Amsyar senyum sampai ke terlingalah Datin Maznah.
"Alhamdulillah tahniah" ucap Datin maznah.
"Eleh Abang baru tahu Tania dah tahu lama dah"sampuk Tania yang baru masuk sambil memimpin tangan Najwa.
Azri Amsyar hanya menjeling NurNazlyna manja. kemudian dia mencubit pipi NurNazlyna.
"Anak umi sini dekat umi"panggil NurNazlyna selepas melihat wajah Najwa bersedih di pimpin oleh Tania.
Najwa datang mendekati NurNazlyna dan dia mencuba mahu mengangkat Najwa.
"erh tak boleh Sini husband angkat"tegur Azri Amsyar dan mengangkat Najwa.
"Tengok Mak fikir kuat sangat"perli Azri Amsyar.
Tergeleng kepala Datin Maznah.NurNazlyna hanya menjeling suaminya.
"Mak ada bawa makan tak... Nur lapar lah" kata NurNazlyna dan menggaru kepala.
"Mak beli roti Nur makan roti dulu okey... sebab tadi ibu cakap ibu nak masak untuk Nur jadi Mak tak adalah bawa bekal untuk Nur"kata Datin Maznah dan menggosok lengan NurNazlyna.
NurNazlyna hanya mengangguk.
"yang ni dah kenapa masam saja siapa buat??" soal NurNazlyna.
Najwa memandang NurNazlyna dan memeluk NurNazlyna dengan kuat.
"kenapa sayang??" soal NurNazlyna pelik.
"dari i ambik dia dekat tadika tadi dia nangis.. katanya sebab you tak ambik dia dekat sekolah" kata Tania.
NurNazlyna tersenyum dan menggosok berlakang Najwa dengan perlahan.
"alah umi bukan sengaja tak nak ambik sayang... kan Aunty Tania dah ambik sayang" pujuk NurNazlyna.
"Najwa sini dekat walid meh... walid minta maaf ya sayang...Najwa kata Najwa nak adik.. kasihan umi dengan adik Najwa buat macam ni" pujuk Azri Amsyar perlahan.
Terlerai perlukan Najwa dan mengesat air matanya, tersenyum Datin Maznah dan Tania melihat mereka berdua.
"Najwa dapat adik??" soal Najwa yang masih bersisa air mata.
NurNazlyna mengangguk.
Terus sahaja Najwa melompat lompaf di atas katil NurNazlyna.
"Najwa taknaklah lompat lompat jatuh nanti kene umi nanti" tegur Azri Amsyar.
"oups sorry Umi Sorry adik" kata Najwa dia mencium pipi NurNazlyna dan perut NurNazlyna.
Dia menepuk nepuk tangannya dengan girang. Dalam Diam Datin Maznah mengucapkan syukur kerana anak tunggalnya seorang ini sudah bahagia.
"Mak dah telefon opah dekat kampung tu hah dia kata insyaallah nanti dia datang sini" jelas Datin Maznah.
"opah datang??" soal NurNazlyna.
Datin Maznah mengangguk.
"sayang duduk sini sekejap husband nak pergi solat asar sekejap alang alang Mak ada ni"kata Azri Amsyar.
Nurnazlyna mengangguk, selepas itu Azri Amsyar berlalu keluar.
"erh lupa pula" ucap Azri Amsyar dan berpatah balik. lalu dia mencium dahi NurNazlyna dan tidak lupa juga perut NurNazlyna.
"duduk diam diam ya sayang walid" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum, Datin Maznah dan Tania menggeleng kepalanya.
Azri Amsyar berlalu.

PETANG ITU selepas Datin Maznah dan Tania pulang, Puan Rose pula yang datang bersama dengan Encik Mohammad dan Abang abang NurNazlyna. Mereka mengucapkan syukur yang tak terhingga kerana akan mendapat cucu.
"Adik makan banyak sikit tau" kata Puan Rose.
"alah ibu.. dia makan banyak ke makan sikit ke tetap sama.. stil gemok"usik Nazuwan.
"kau ni ibu tengok Abang"adu NurNazlyna.
"hish kamu ni kerja nak menyakat jerw" Puan Rose memukul Nazuwan.
"hmm bertambah lagi lah anak buah aku..." kata Nazrim.
Tergelak mereka.
"sayang anak buah dah bertambah kita bila lagi yang??" Nazrim Mengusik Sufia yang sedang berdiri di sebelah NurNazlyna.
"banyaklah awak punya tambah" jeling Sufia manja.
"ibu ada gambar baby baru??" soal NurNazlyna.
"ni hah kat aku" Nazuwan memberikan Telefon bimbitnya kepada Nurnazlyna.
"comelnya... pipi tembam putih" kata NurNazlyna geram.
"macam aku kan" kata Nazuwan.
"alah kau muka macam jamban tak siap"perli NurNazlyna dan menjeling.
"adik apa cakap macam tu tak baik tau" tegur Puan Rose
"ehem ehem" Encik Mohammad berdehem.
"berapa bulan cucu ayah ni dek??" soal Encik Mohammad.
NurNazlyna memandang Encik Mohammad.
"2 bulan yah"jawab Azri Amsyar.
"hmmm tak lama lagi lah nii... so belajar macam mana masih nak dekat pahang lagi dah lah jauh dik" kata Encik Mohammad
NurNazlyna memandang Azri Amsyar dan berfikir sejenak.
"tah dik kau tu mengandung tak akan nak berlajar jauh jauh.. berlajar dekat sini jerw lahh... sekurang kurangnya kita orang ada dekat sini.. kalau kau duduk sana siapa nak tengok dah lah jauh" kata Nazrim.
NurnAzlyna memandang azri Amsyar.
"kalau kau nak tukar aku boleh tolong kau tukar dekat sini jerw"kata Nazuwan pula.
"hmm sayanglah aku lagi 1 semester jerw lagi.. kalau nak berlajar dekat kolej baru nanti kene start balik malaslah aku"keluh NurNazlyna.
"tak apa fikir dulu kau cuti 2 bulan..."kata Nazrim.
Asfa datang mendekati NurNazlyna dia naik dan duduk di sebelah NurNazlyna .
"acu.. nanti acu dapat baby macam mamacik ke??" soal Asfa.
Tergelak NurNazlyna dengan telatah Asfa itu.
"ya sayang... kenapa??" soal NurNazlyna.
"hmm nanti asfa nak baby boy tak nak girl kalau girl nanti tak ada geng" adu Asfa di sebelah NurNazlyna.
Tergelak mereka Semua mendengar.
"haah lah mana Aulia kak??" soal NurNazlyna.
"Aulia sekolah agama... nanti pakcik dia ambik dekat sekolah..." kata Sufia.
Lama mereka berbual. Puan Rose pula sudah memberi NurNazlyna dan Azri Amsyar makan. Makan malam juga di tinggalkan.
Mereka sudah berbincang apabila NurNazlyna keluar sahaja dari hospital NurNazlyna akan duduk bersama dengan Puan Rose untuk sementara waktu.
Maghrib tiba. Mereka yang lain sudah meminta diri kerana waktu melawat sudah habis.
"adik ingat pesan ibu makan banyak banyak" pesan Puan Rose.
"ya ibu" NurNazlyna tersenyum.
Asfa datang mendekati NurNazlyna dia memanjat katil NurNazlyna kemudian dia mencium pipi hingga ke mulut NurNazlyna. tergeleng kepala NurNazlyna
"take care acu"kata Asfa. NurNazlyna meencium kepala Asfa.
"sayang dah jom" panggil Sufia. selepas itu Asfa berlari meninggalkan NurNazlyna.
Tinggallah mereka berdua sahaja di bilik itu. Azri Amsyar duduk di kerusi sambil memandang NurNazlyna.
"How do you feel when you know you want to be a walid again??"soal NurNazlyna sambil memegang tangan Azri Amsyar.
"ofcourse i'm happy sayang.."kata Azri Amsyar dan memegang tangan NurNazlyna.
"hmm tapi tu lah sayang tak dapat nak buat surprise dekat husband.. sayang dah beli dah kotak and ada gambar baby kita yang hitam putih tu"keluh NurNazlyna.
"it's okey sayang.. lain kali kita buat anak baru" kata Azri Amsyar selamba.
NurNazlyna memukul tangan Azri Amsyar. "banyaklah husband anak baru... yang ini pun tak keluar lagi husband" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengambil tempat di sebelah NurNazlyna dia memeluk NurNazlyna sambil duduk. NurNazlyna membalas perlukan Azri Amsyar.
"macam mana husband boleh tahu sayang jumpa Alen??" soal NurNazlyna selepas itu NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
" wait a minute" kata Azri Amsyar dan mengambil ipadnya di dalam beg yang di bawa oleh Datin Maznah sebentar tadi.
Lalu dia memberikan kepada NurNazlyna. NurNazlyna menutup mulutnya membaca chat yang di hantar oleh Alen. Gambar mereka berdua sedang berbual sangat mengejutkannya.
"husband sorry sayang tak cakap macam tu pun dekat dia.. sayang dengan Tania singgah situ sebab nak beli kotak untuk husband that all"kata NurNazlyna.
"ya husband tahu.. Tania dah cakap dengan husband tadi..sorry sebab tak tanya sayang elok elok kasihan baby walid terkena tempiasnya" Azri Amsyar memegang perut NurNazlyna.
"esok husband kerja or cuti??" soal NurNazlyna.
"cuti husband cuti sampai sayang habis cuti sepatutnya.. kalau kak Rita kata ada benda yang di minta sign husband pergi kerjalah... tapi nanti sayang kene ikut tak boleh tinggal rumah sorang sorang understand??" azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
"yes, Cikgu"kata NurNazlyna. Lalu mereka berdua tergelak.
NurNazlyna melepaskan perlukan dia mahu turun dari katil tetapi di tahan oleh Azri Amsyar.
"sayang nak pergi mana??" soal Azri Amsyar.
"sayang nak mandi berlengaslah husband"jawab NurNazlyna.
Sungguh di tidak selesa dengan keadaannya yang tidak mandi.
"sayang tak boleh banyak bergerak.. tak ingat pesan doktor tadi" kata Azri Amsyar.
Nurnazlyna menarik nafas panjang.
"jom Husband mandikan"
Tanpa membuang masa Azri Amsyar mengangkat tubuh NurNazlyna masuk ke kamar mandi, nurnazlyna tidak mebantah.
Selesai mandi mereka solat berjemaah di dalam bilik itu juga tetapi NurNazlyna hanya membenarkan solat duduk sahaja di atas katil. kerana takut memudaratkan kepada baby.
Selepas solat NurNazlyna membuka terlekung dan di lipat dengan rapi. Dia menyanggulkan rambutnya dan memakai tudung
Dia melihat Azri Amsyar yang sedang ralit memandang ke arah telefon bimbitnya.
"tengok apa tu??" soal NurNazlyna.
"tak tengok apa sayang.."jawab Azri Amsyar.
"hmm husband bila sayang boleh keluar??" soal NurNazlyna.
Bukan apa dia bosan jika duduk di dalam hospital ini lama lama. Dia tidak suka dengan bau ubat hospital dan makan ubatlah apa lagi.
"doktor cakap kalau baby dan sayang semakin pulih sayang boleh keluar hospital esok" kata Azri Amsyar.
"hmm sayang umi kuat tau nanti kita boleh balik jumpa Humairah" kata Nurnazlyna dan mengusap perutnya yang buncit sedikit.
Ya Humairah adalah nama anak Erra Nazirah bersama dengan Rizal Nur Humairah Nazirah binti Mohd Rizal.
Tersenyum Azri Amsyar mendengar ayat isterinya bercakap dengan Anaknya.
"apa cakap dekat anak macam tu"kata Azri Amsyar.
"erh baby geng umi dialah" jawab NurNazlyna.
"mana ada habis tu kenapa sayang asyik nak melekat dengan husband jerw" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna menjeling Azri Amsyar.
"alah kalau tak boleh tu cakap jerw lah tak payah lah nak perli perli orang"kata NurNazlyna. Dia memeluk tubuh.
"erk merajuk pulak... okey okey.. nanti esok kalau sayang boleh keluar sayang cakap jerw sayang nak apa husband belikan"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"betul ni??" soal NurNazlyna meminta kepastian.
"betul sayang apa sahaja" Azri Amsyar berkata bersungguh sungguh.
"hmm kalau macam tu sayang nak balik kampung jumpa opah dengan mandi sungai macam waktu kita baru baru kahwin dulu."kata NurNazlyna.
"yang itu not sure.. sebab baby sayang masih lagi tak boleh berlasak termasuklah husband... husband pun tak boleh lasak lasak dengan sayang" Azri Amsyar mengambil tempat di sebelah NurNazlyna.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar tanda tidak faham dengan kata kata si suami. Lama NurNazlyna berfikir baru dia faham maksud yang tersirat di sebalik kata kata oleh Azri Amsyar.
Lalu NurNazlyna mencubit perut Azri Amsyar dengan geram.
"sakit lah sayang"Azri Amsyar mengadoi dan memegang tangan NurNazlyna. Kemudian dia mengucup berlakang tapak tangan NurNazlyna.
"tahu pun... padan muka"kata NurNazlyna.
Masing masing terdiam dan melayan perasaan masing masing.Lama mereka berdua duduk begitu NurNazlyna memandang Azri Amsyar yang sedang ligat bermain dengan jari jemarinya.
"hmm Husband sayang mesti banyak menyusahkan husbandkan??" soal NurNazlyna.
"sayangkan Husband dah cakap jangan cakap macam tu lagi husband minta maaf okey husband salah cakap sebab time tukan husband tengah marah campur dengan cemburu... apa semua" Tegur Azri Amsyar.
NurNazlyna membetul kedudukannya. Nasiblah katil itu muat untuk mereka berdua kerana tubuh NurNazlyna yang agak kecil itu.
"Sayang dah maafkan husband tentang tu but... saya kasihan dekat husband yang kene berjaga tiap tiap malam untuk urut kaki sayang... tidurkan sayang selepas tu.. nak attention dari husband sampai husband sendiri tak cukup tidur" kata NurNazlyna sayu.
"its okey sayang apa gunanya husband sebagai suami sayang .. dah lah jangan fikir macam tu lagi.. husband sanggup buat apa sahaja untuk sayang okey... sini husband hug sikit" Azri Amsyar memeluk NurNazlyna.
Pintu di ketuk dari luar perlukan mereka terlerai. NurNazlyna membetulkan kedudukan dan tudungnya.Azri Amsyar bangun membuka pintu.
"Assalammualaikum Encik boleh saya masuk??" soal jururawat itu kepada Azri Amsyar.
"Waalaikummussalam hah masuk masuk" pelawa Azri Amsyar.
Jururawat itu masuk ke dalam bilik mungkin mahu memperiksa kadar nadi NirNazlyna dan Bayi yang di kandungkan. jururawat itu memegang perut NurNazlyna dan membaca rekod NurNazlyna.
"sekejap ya saya panggilkan doktor"kata jururawat itu dan berlalu.
NurNazlyna mengangguk.
"husband baby tak apa apakan?" soal NurNazlyna risau.
"ya sayang baby tak apa apa percaya husband okey baby kita kuat"kata Azri Amsyar
Air mata NurNazlyna mula menitis kerana takut dengan kehilangan bukti cinta mereka berdua.
"jangan nangis okey"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk.
Selepas beberapa minit doktor yang memeriksa NurNazlyna masuk ke dalam bilik itu.
"hye selamat malam younger mom" sapa Doktor ith dengan ramah kepada NurNazlyna.
"kenapa mummy to be menangis.. jangan nangis takut nanti efect pada baby.."jelas Doktor itu.
"My wife is worried about the contents" jelas Azri Amsyar dan mengelap air mata NurNazlyna yang masih bersisa.
"okey i check okey.."kata doktor itu dan berjalan ke arah kiri NurNazlyna.
Doktor itu mengarahkan NurNazlyna berbaring dan dia membuka ultra sound untuk memeriksa bayi. Sedikit jell di sapukan dia perut NurNazlyna.
Selepas beberapa minit menunggu ultra sound menunjukkan bentuk seperti kacang hijau di skrin. Jatuh air mata NurNazlyna melihat anaknya yang tidak lama lagi akan membesar di rahimnya.
"Look baby in a very healthy condition ... only the mother needs to eat a lot for the baby"jelas doktor itu.
"dengar tu sayang"kata Azri Amsyar di sebelah. Dia juga turut gembira mendengar kata kata Doktor itu tadi.
Tergelak NurNazlyna.
"okey kalau macam tu esok awak boleh balik"kata Doktor itu.
NurNazlyna mengangguk.
Azri Amsyar dan NurNazlyna mengucapkan terima kasih kepada doktor itu. Setelah doktor itu berlalu Azri Amsyar memeluk tubuh NurNazlyna dengan erat.
"okey jom tidur" Ajak azri Amsyar. NurNazlyna mengerutkan dahi melihat jam di dinding.
"baru pukul 11 malam" kerut NurNazlyna.
"alah sayang fikir Husband tak tahu yang sayang tak sabar nak balik" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum bijak suaminya meneka. NurNazlyna berganjak sedikit untuk suaminya berbaring.
"kenapa husband tak bawak Encik Pand??" soal NurNazlyna.
"Lupalah sayang nanti husband ambik erk dekat rumah Mak" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk.
"apa dah jadi Mak orang pun still nak dekat Encik pand tu?" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna memukul Azri Amsyar perlahan.
"biarlah"kata NurNazlyna manja.
Azri Amsyar mengambil tempat di sebelah NurNazlyna dan mereka berbaring sambil berpelukkan.
"sayang boleh Husband tanya??" soal Azri Amsyar sambil menepuk tubuh NurNazlyna.
"tanyalah nak tanya apa??" Soal NurNazlyna yang masih memeluk Azri Amsyar.
"sayang akan lari dari husband ke??" soal Azri Amsyar
"kenapa husband cakap macam tu..." NurNazlyna menjarakkan perlukan Azri amsyar.
"saja tanya... manalah tahu nanti kalau husband dah tak ada harta tak ada duit... sayang sanggup tak duduk dengan husband" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
NurNazlyna menarik nafas panjang. Dia mengambil tangan Azri Amsyar dan meletakkan di atas perutnya.
"Ni bukti cinta sayang dekat husband... apa lagi yang tak cukup untuk sayang buktikan dekat husband"kata NurNazlyna perlahan.
Azri Amsyar menyelak dan mengusap perut NurNazlyna dengan lembut dan penuh kasih sayang.
"husband tu jerw sanggup ke duduk dengan sayang bila sayang dah gemuk dah tak cantik macam budak sekolah dulu atau macam perempuan lain hah" kata NurNazlyna.
"Erh ofcourse... husband boleh jerw jaga sayang... tak kisahlah sayang gemuk ke kurus ke tak cantik sebagainya... husband tetap pilih sayang... you are my life and my heart"kata Azri Amsyar dan mengucup mulut NurNazlyna perlahan.
"behave nanti baby marah"tegur NurNazlyna.
tergelak Azri Amsyar.
"so nanti boleh lah sayang pergi wedding Farah and Rania" sorak NurNazlyna.
"boleh tapi jangan lasak lasak sangat" pesan Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk setuju.
"jangan tidur lagi husband"rengek NurNazlyna.
"ya ya husband tak tidur.." kata Azri Amsyar dan membuka matanya. Dia sudah mengantuk tetapi masih mahu melayan isterinya.
NurNazlyna melihat jam di dinding. Dia memandang Azri Amsyar sekilas.
"hmm husband tutup mata please" arah NurNazlyna sambil tangannya membuka laci di sebelah katil dan mengambil kotak yang di beri oleh Tania petang tadi.
Azri Amsyar hanya menurut sahaja. Dia menutup mata.
"Happy birthday husband yang 25" kata NurNazlyna dan mencium pipi Azri Amsyar.
Azri Amsyar membuka matanya dan melihat kotak yang di beri oleh isterinya itu.
"apa ni??" soal Azri Amsyar dan tersenyum.
"sebelum tu sayang tak sempat nak beli hadiah gempak gempak macam yang husband suka... tapi yang ini husband dah tahu tapi sayang tetap nak bagi juga"NurNazlyna menyerahkan kotak berbaldu merah dan memberikan kepada Azri Amsyar.
Azri Amsyar membuka kotak itu dia melihat ada baju yang di beli olehnya tempoh hari dan ada sekeping gambar hitam putih. Ada juga pregnantcy test.
"alah sayang still bagi juga... tapi husband dah tahu"kata Azri Amsyar.
"hmm tu lah dah tak jadi surprise... so okey tak hadiah yang sayang bagi dekat husband... kita sambut dekat hospital jerw lah ya..."kata NurNazlyna.
Tergelak Azri Amsyar. Air mata lelakinya jatuh dan NurnAzlyna mengesat air mata Azri Amsyar dengan lembut. Bibir mereka bertaut buat kali kedua.
"dah baru boleh tidur.. kesian dia dah mengantuk pun still lagi nak teman sayang.. jom tidur" ajak NurNazlyna.
Azri Amsyar meletakkan kotak di tempat asalnya san mereka berdua tidur tanpa gangguan.
Alhamdulillah NurNazlyna tidur dengan lena mungkin di sebabkan oleh ubat yang di telan sebentar tadi. Pada malam itu kakinya juga tidak kebas seperti biasa.

BEBERAPA HARI selepas itu Majlis pernikahan Farah,Faruq,Fariq dan Rania berlangsung.Mereka mengadakan majlis yang cukup meriah dan besar. Majlis bersanding akan di buat pada waktu malam.
NurNazlyna duduk di sebelah Farah dan Syakinah duduk di sebelah Rania. setelah beberapa hari yang lepas syakinah dapat di hubungi dan dia sudah meminta maaf kepada rakan rakannya kerana menyusahkan mereka.
Tok kadi dan para wali ke semua sudah berada di Masjid. Farah dan Rania bernikah serentak.
"wey Naz kau tengok Azri Asyik pandang kau jerw... teringin nak nikah lagi sekali ke" usik Farah di sebelah.
Dalam nak nikah sempat dia mengusik sahabatnya.
Farah cantik dan nampak ayu apabila bertudung putih san berbaju kurung putih berlabuci sedikit di hujung kain. Berbeza dengan Rania yang memakai tudung shawl dan veil yang cantik nampak simple dan elegen.
"sempat kau mengusik aku erk... nak nikah apanya"bisik NurNazlyna dan memukul Farah sedikit.
Kemudian NurNazlyna memandang ke arah Azri Amsyar. Azri Amsyar mengenyit mata kepada NurNazlyna. Tersimpul malu NurNazlyna di buatnya.
"oi aku nak nikah ni wey kau boleh merenyam pula dengan laki dekat sini" kata Farah dan menggeleng kepalanya.
"erh aku dah kahwin tau dah dapat anak nak masuk dua dah kan Najwa" kata NurNazlyna Najwa duduk di atas pangkunya.
"aku kejap lagi"bisik Farah.
Mereka sama sama tergelak.
Selepas sahaja mendengar ucapan ceramah pendek dari tok kadi tentang rukun Nikah. Farah dan Rania sah menjadi suami ister dalam masa setengah jam. NurNazlyna dan Farah berpelukkan.
"tahniah babe" bisik Syakina di terlinga Rania. Mereka berempat berpelukkan sambil menangis kerana kegembiraan bukan kerana hati yang terluka.
Selepas mendengar Fariq dan Faruq membacak taklik. Mereka berempat membantalkan air sembayang. Ramai usikkan dari kawan kawan Fariq dan Faruq.
NurNazlyna dan Najwa bangun untuk memberi ruang kepada keluarga mereka. Syakinah berdiri di sebelah NurNazlyna yang sedang memimpin tangan Najwa.
"dah kahwin dah kawan kita"ucap Syakinah.
"tu lah tu tinggal kau jerw Kinah" kata NurNazlyna.
Syakinah tersenyum dan menarik nafas panjang. Dia memandang NurNazlyna.
"hmm aku lambat lagi kot sebab tak habis berlajar lagi... kerja pun belum lagi wey"kata Syakinah.
"how about shahril??" Soal NurNazlyna sengaja mahu melihat riaksi wajah Syakinah.
"shahril??" Syakinah memandang NurNazlyna.
NurNazlyna mengangguk.
Syakinah tersenyum sinis. "Entah lah wey aku malas lah nak ambik tahu pasal dia lagi penat wey penat sangat... aku duduk sembunyi dekat rumah Mak aku pun dia bukan datang pujuk ke apa" Kata Syakinah.
"Pujuk?? aku rasa kau suka dan sayang dekat dia lagikan tapi kau masih sakit hati sebab dia tak pujuk kau macam tu"NurNazlyna memandang Syakinah.
"aku kenal kau lebih aku kenal Suami aku.. aku tahu lah Kinah kau tu masih sayang dia lagilan??" sambung NurNazlyna lagi.
"ya aku sayang dia sangat sangat..."Syakinah memeluk NurNazlyna dan menangis di bahu sahabatnya itu.
"see aku dah cakap... kalau macam tu kau tak patut lari kau patut selesaikan masalah kau bukan lari macam tu" pujuk NurNazlyna.Dia memandang ke arah Farah yang sedang memandangnya dan menunjukkan thumbs up. Farah mengenyitkan mata.
"sayang" sapa Azri Amsyar.
"walid" Najwa memeluk Azri Amsyar. Dan sekejap sahaja Najwa berada di dukungan Azri Amsyar.
"okey nanti kita chat lagi jumpa malam ni"kata NurNazlyan.
"don't worry you are good girl" bisik NurNazlyna semasa mereka berpelukkan.
NurNazlyna berjalan ke arah Farah dan Rania. Mereka bersalam.
"babe aku balik dulu tau.. sebab nak hantar Najwa dekat rumah Nenek dia... malam ni dia tak dapatlah pergi majlis korang sebab esok di sekolah..."kata NurNazlyna.
"okey babe thanks so malam ni plan still A lah kan??" soal Rania dan NurNazlyna mengangguk.
"bye bro bro sekalian jaga badigul aku dua orang ni elok elok erk kau"kata NurNazlyna.
NurNazlyna membuat penumbuk bersama dengan Fariq dan tangan mereka bersatu tetapi dia bersentuhan. begitu juga dengan Faruq.
"erh malam ni datangkan??" soal Faruq.
"ofcourse ada orang nak melamar aku kene pergi tengok" kata NurNazlyna perlahan takut di dengari oleh orang orang sekeliling.
Tergelak mereka berlima di situ.
"apa apa jumpa malam ni nanti aku send video dekat kau Faruq" pesan NurNazlyna.
Faruq menunjukkan thumbs up kepada NurNazlyna.
"okey Faruq Fariq saya balik dulu" sampuk Azri Amsyar. Mereka bertiga bersalam.
"terima kasih kerana sudi datang Azri." kata Fariq.
Azri Amsyar tersenyum ikhlas.
"dah bye" kemudian Azri Amsyar dan NurNazlyna berlalu sambil Azri Amsyar memimpi tangan NurNazlyna.
Syakinah datang mendekati mereka selepas NurNazlyna pergi. sempat dia memandang gelagat sepasang suami isteri itu.

DI DALAM PERJALANAN mahu ke rumah Datin Maznah Senyuman NurNazlyna tidak lekang di bibir. Azri Amsyar menjadi pelik melihat senyuman NurNazlyna yang sampai ke terlinga.
"sayang kenapa tersenyum senyum??" soal Azri Amsyar.
"senyum lah sebab kawan kawan sayang semua dah bahagia mendirikan rumah tangga" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum.
"husband nak tahu tak... dulukan sebelum sayang kenal husband... kita orang selalu bercerita siapa kahwin dululah siapa tunang dulu... sayang selalu kata dekat dia orang mustahil sayang kahwin dulu tau" cerita NurNazlyna.
"lepas tu tahu tahu umur sayang 17 tahun selepas SPM sayang kahwin dulu semua pakat dok gelak kat sayang waktu sayang bagitahu dia orang.... husbandlah dok gatal sangat pergi pinang sayang awal awal siapa suruh" kata NurNazlyna sengaja mahu mengusik suaminya.
"erh husband pula sayang yang cabar husband... kita pula di kenakan" nafi Azri Amsyar.
"mana sayang tahu yang husband tu nak kahwin dengan sayang betul betul... sayang ingat main main jerw lepastu dah lah rahsiakan pangkat Mak dan opah.masa tu" Kata NurNazlyna
Teringat dia semasa di kampung dulu haih semua itu kenangan. Berlari dengan kambing.
"alah sayang tu tipu husband cakap tak takut dengan ayam itik kambing semua tu apa cerita..."perli Azri Amsyar dan memandang NurNazlyna.
"mana ada sayang tipu husband sayang cuma cakap yang sayang suka kambing tu tapi kambing tu yang tak suka dekat sayang" kata NurNazlyna.
"ya ya lah tu... baby jangan dengar cakap umi tau umi bohong" kata Azri Amsyar di perut NurNazlyna yang sudah mencececah 3 bulan...
"Walid adik boleh dengar apa yang kita cakap ke??" soal Najwa dari berlakang.
"boleh sayang" jawab Azri Amsyar.
"kalau macam tu Najwa nak cakap dengan adik Najwa nak duduk dengan umi" kata Najwa perlahan.
"sini" panggil NurNazlyna.
Najwa berjalan ke hadapan walau di tegah oleh Azri Amsyar tetapi NurNazlyna tetap tidak mengendahkan kata kata Suaminya yang melarang Najwa untuk duduk dengan NurNazlyna.
"sayang are you okey??" soal Azri Amsyar.
"i'm okey nothing happen Najwa bukannya berat mana..."kata NurNazlyna.
Najwa mengusap perut NurNazlyna dengan lembut sekali.
"adik bila nak keluar kakak tunggu adik keluar okey... jangan buat umi sakit tau"kata Najwa.
Tersenyum NurNazlyna.
"erh Husband kita tak bawa Najwa jumpa kak Amani lagi lah bulan ni..." kata NurNazlyna.
Dia hampir terlupa dengan ini mana tidaknya macam macam yang berlaku pada bulan ni.
"hmm kalau macam tu lusa kita bawa Najwa juga kak Amani" kata Azri amsyar.
"sayang nak jumpa mummy tak??" soal NurNazlyna.
Najwa hanya mengangguk setuju.
"Nanti kita jumpa ya sayang" Azri Amsyar menggosok kepala Najwa dengan lembut.
Najwa mengangguk.
Kereta Azri Amsyar meluncur laju sehingga sampai ke rumah Datin Maznah. Tania sekeluarga sudah pula ke europe. Negara dengan penuh bersejarah dengan union states.
Najwa sudah tidur di pangkuan NurNazlyna. Mungkin kerana penat sebab Najwa bangun awal pagi ini untuk melihat Favorite teacher ia bernikah.
"tidur Najwa.. kejap husband keluar" Azri Amsyar keluar dari kereta dia berjalan ke arah penumpang.
NurNazlyna juga turut keluar dengan mendukung Najwa tetapi sekejap sahaja Azri Amsyar sudah menghalang dirinya untuk mendukung Najwa.
"biar husband yang dukung sayang tak payah susah susah kesian baby nanti"tegur Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng kepala dan membuat memek muka. Najwa bertukar tangan.
"hah buat lah memek muka tu siap sayang husband kerjakan nanti"Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"tu ambik ipad dan fon husband dekat kereta" Arah Azri Amsyar.
NurNazlyna mengambil telefon bimbit dan ipad kepunyaan Azri Amsyar. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dengan beriringan.
"lah haih cucu nekny dah tidur penat sangat lah ni"tegur Datin Maznah.
"Mak..buat apa??" soal NurNazlyna.
"Mak masak tadi dekat dapur Nur nak makan ke??" soal Datin Maznah sambil menggosok perut NurNazlyna.
"Nur ingat Nur nak makan durian lah mak" kata NurNazlyna.
"sayang no" tegah Azri Amsyar yang sedang turun dari tangga selepas menghantar Najwa dari bilik.
"alah husband please" rayu NurNazlyna.
"durian tu panas sayang" kata Azri Amsyar sambil merangkul pinggang NurNazlyna.
NurNazlyna memeluk tubuh.
"takper takper Mak buat durian pengat kurang sikit panasnya janji dapat rasa" celah Datin Maznah.
"yeah i win jom Mak kita ke dapur" NurNazlyna memimpin tangan Datin Maznah dan menolak Azri Amsyar perlahan.
Azri Amsyar menggeleng kepala melihat telatah kemanjaan isterinya yang makin menjadi jadi.
Malah dia tidak pernah mengeluh kerana sikap itu lah yang selalu membuatkan dia rindu dengan isterinya. Riak Wajah yang ceria dan selalu mententeramkan jiwa.
"husband cepatlah" panggil NurNazlyna dari dapur.
Azri Amsyar tersentak dengan panggilan si isteri lalu di berjalan ke dapur.

MALAM ITU Nurnazlyna hanya memakai baju kebarung bewarna biru langit dan terang. NurNazlyna melihat perutnya yang sudah kelihatan sedikit. Menarik nafas perlahan dia menarik bajunya ke berlakang sikit.
Azri Amsyar yang melihat NurNazlyna sudah siap menggayakan bajunya itu menggeleng kepala memandang isterinya.
NurNazlyna merasakan ada tangan yang melingkar di perutnya. Geli terasa.
"husband gelilah" rengek NurNazlyna manja. Dia memandang Azri Amsyar dari pantulan cermin.
"kenapa ni??" soal Azri Amsyar dengan suara garaunya.
"sayang rasa sayang tak nak pergi sebab tengok baju ni tak cantiklah... tapi sayang nak tengok shahril melamar syakinah" kata NurNazlyna sambil mengusap mengusap perutnya.
Azri Amsyar mengerutkan dahinya dan memandang NurNazlyna dari pantulan cermin di hadapannya.
"mana ada sayang okeylah ni... pakai macam ni sayang nampak cantik"puji Azri Amsyar.
NurNazlyna memusingkan badannya dan memegang wajah Azri Amsyar dengan kedua tangannya.
"betul ni okey??" soal NurNazlyna meminta kepastian.
Azri Amsyar mengangguk.
Mata mereka bersatu. Degupan jantung NurNazlyna mula berkencang ibarat berlari 100 meter.
Azri Amsyar semakin lama semakin mendekatkan wajahnya dengan NurNazlyna. NurNazlyna tersedar dengan perbuatan Azri Amsyar yang semakin mendekat.
"puasa" tolak NurNazlyna nakal.
Azri Amsyar tersenyum dan dahi mereka bersatu.
"sikit pon tak boleh??" soal Azri Amsyar. NurNazlyna menggeleng kepala.
"sayang dah siap cepatlah husband kita pergi nanti lambat... sayang nak duduk dengan kawan kawan please husband" Kata Nurnazlyna dengan manja.
"boleh tapi jangan lasak lasak okey shian baby" kata Azri Amsyar dan mencuit hidung NurNazlyna.
"ya berapa kali nak ulang..."kata NurNazlyna dan membetulkan tai yang di pakai oleh Azri Amsyar.
"jom kita pergi" Azri Amsyar
Mereka berdua berpimpin tangan keluar dari rumah.
"Walid dengan umi balik cepat tau" kata Najwa dari arah dapur.
"ya sayang Umi dengan walid balik cepat" NurNazlyna mencium Najwa dengan penuh kasih.
"Elok elok bawa kereta tu" pesan Datin Maznah.
Azri Amsyar mengangguk. kemudia Azri amsyar menyalam tangan Datin Maznah diikuti dengan NurNazlyna.
Di dalam perjalanan mahu ke FF resort di sungai congkak. pegangan tangan NurNazlyna dan Azri Amsyar tidak di lepaskan oleh mereka sama sekali.
Azri Amsyar mencuri pandang NurNazlyna dari ekor matanya. Dia suka melihat isterinya yang begitu cantik apabila sudah mengandung ini.
"husband pandang jalan bukan pandang sayang"kata NurNazlyna setelah perasan Azri Amsyar sedang memandangnya.
"habislah nanti sayang ramai yang ngorat"kata Azri Amsyar.
Tersenyum NurNazlyna mendengar ayat si suami.
"siapa yang nak ngorat sayang ni hah... sayang dah jadi mak orang lah" kata NurNazlyna.
"mesti ada punya... ya lah nanti husband mesti duduk dengan shahril di bahagian lelaki" kata Azri Amsyar.
"tapi balik still jumpakan" Nurnazlyna mengusap tangan Azri Amsyar.
"baby nanti kalau umi kene ngorat baby bagitahu walid tau" Azri Amsyar mengusap perut NurNazlyna yang masih berusia 2 bulan. Perutnya sudah bincit sedikit.
"walid ni tak ada maknanya lah sayang duduk dengan Syakinah dengan kawan kawan yang lain" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tergelak.
"husband gurau jerw lah apalah sayang ni... sayang tetap husband punya tak ada sorang pun yang boleh kacau" kata Azri Amsyar dan mencium berlakang tapak tangan NurNazlyna.
Banyak mereka berdua bercerita dan bergelak tawa. Sehinggalah mereka sampai di tempat letak kereta yang cukup eksklusif dan cantik.
Tempat letak kereta mereka berdua adala VVIP ini kerana resort yang sebesar 10 ekar tanah ini adalah kepunyaan Ayah Faruq dan Fariq.
Mereka berdua masuk di dalam sambil menunjukkan kad jemputan Jikalau mahu masuk para tetamu harus menunjukkan kad jemputan terlebih dahulu.
Majlis di adakan sungguh meriah dengan riuh rendah pihak keluarga,kawan kawan dan sanak saudara. Azri Amsyar dan NurNazlyna berdiri di karpet merah yang terbentang panjang.
"Kini di jemput Encik Azri dan Puan Nazlyna untuk berjalan di atas red karpet kita" kata Dj itu.
NurNazlyna memandang ke arah DJ alangkah terkejutnya dia melihat seseorang itu yang berada di tempat DJ. Faris yang menjadi DJ kepada majlis abang abangnya.
Patutlah di mengusik. NurNazlyna menunduk segan. Dia memandang ke arah Faris dan menunjukkan penumbuk. Faris hanya tersenyum.
NurNazlyna duduk di sebelah Syakinah. Azri Amsyar duduk di sebelah Shahril. ketika itu baju Syakinah dan NurNazlyna adalah sama kerana mereka adalah briedes maid kepada Farah dan Rania.
"babe asal kau tak cakap yang Shahril pun datang??" soal Syakinah di sebelah.
"alah shahril tu kan di kira kawan laki aku dan merangkap kepada laki Farah dan Rania sahabat kita juga" bisik NurNazlyna.
"kau tahu tadi aku terpaksa jalan sebelah dia sebabkan Faris" Syakinah menjeling ke Arah Faris.
"rilex okey alah jalan jerw pun" kata NurNazlyna.
"shahril dah minta maaf dengan aku tapi aku tak tahulah nak cakap" Syakinah bermain kukunya.
Bunyi bising di dalam dewan itu. Agak susah untuk mereka berdua berkomunikasi.
"okey dengar sini erk dalam hal ni Shahril tak salah kau tak salah cuma yang salah sekarang ni adalah Harith dia yang canang canang nama kau" jelas NurNazlyna.
Syakinah memandang NurNazlyna. Lalu Nurnazlyna memegang tangan Syakinah.
"you can Kinah... Now Harith dah mengaku salah dia sebab tu shahril minta maaf dengan kau"kata NurNazlyna.
Syakinah tersenyum sahaja. Mereka berdua sama sama tersenyum.

5.3.21
BERSAMBUNG...

done publish jangan lupa baca dan tinggalkan komen ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience