bab 7

Romance Series 50179

________________________________________________________

WAKTU balik telah pun tiba. Kami bertiga berjalan menurun tangga sambil bergelak ketawa.

Tiba sahaja aku sampai di tingkat satu Faruq memanggilku.

"Farah, where are you going next??" kata Faruq.

"Aku nak gi tebar roti canai asal kau nak ikut ke" kata Farah sambil menjeling ke arah Faruq dan menyilangkan tangannya.

" erh tadi korang elok jerw asal gadoh erk"kata ku dengan menyindir mereka.

"takdelah saja jerw" kata Farah.

"hah wey aku rasa balik rumah terus kot asal kau ada port boek ke" kataku kepada Faruq sambil menunjukkan ibu jari kepadanya.

"haah ada kita makan cendol dengan laksa dekat depan sana nak tak?" Kata Fariq.

Aku memandangnya dari atas hingga ke bawah dalam keadaan tidak percaya.

"erh Lyna asal pandang aku macam tu tak percaya ke" kata Fariq.

"bukan tak percaya dowh mana lah tahu tiba tiba tutup ke. korang ya lah naik motor" kataku kepada mereka.
"erh taklah kita orang tak naik moto hari ni kita orang bawak kereta hihihihi sebab tu lahh kita orang ajak korang" kata Faruq.

"aku okey jerw cuma Kinah dengan Farah lah. korang acana oke tak?" soalku sambil membetulkan beg yang ku sandang. "okey!!" kata mereka serentak.

"hah okey jom"kata Fariq.

Kami ingin menurun tangga,sampai sahaja di bawah kami ternampak Rania.

"asal korang lambat jenuh tunggu kat bawah ni tahu tak" kata Rania sambil memuncungkan bibirnya konon tanda protes lah tu.

"kita orang buat masyuarat tingkap tadi dekat atas sorry arh" Kata Farah sambil menunjukkan jarinya di atas.

"ouh okey" Kata Rania

. "wey kita orang nak gi makan cendol nak ikut tak"Fariq kepada Rania sambil berjalan beriringan dengannya.

"why not?" kata Rania.

Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka semua di situ.

Yelah merekakan kawan dengan aku dah lama tiba tiba tahun depan dah tak jumpa masing masing dah buat haluan masing masing.

susah nak jumpa hmm so aku harap yang membaca ni hargailah kawan korang tau jangan siasiakan.

Sampai sahaja kami di tempat parking kereta. "korang gi tunggu dekat pagar sekolah nanti aku bawak kereta gi sana." kata Faruq.

"jom lah korang" kata Fariq pula. "okey k jom jom" kata Rania. Aku,Rania,Kinah dan Fariq berjalan ke pagar sekolah manakala Farah pula naik kereta dengan Faruq minah tu memang gatal sikit.

"aik Fariq asal kau tak bawak kereta"kataku. "pagi tadi aku dah bawah kalau balik giliran dia pulak lah" kata Fariq sambil menyilangkan tangannya. "tu diaorang dah sampai." Kata Rania.

Kami naik kereta Alza Advance yang berwarna hitam itu lalu berjalan meninggalkan sekolah.

Tiba tiba aku teringat sesuatu Cikgu Azri nak jumpa aku aduhai terlupa pulak aku menepuk dahi.

"kau kenapa babe" kata Fara yang berada di hadapan.

"aku lupa yang cikgu Azri nak jumpa aku dowh" kataku. Mereka semua tersenyum.

"aku takut dia tunggu aku" kataku dalam keadaan gelisah.

"rilex lah babe tak ada apa apa lah yang jadi." kata Kinah.

"kau cakap senang lah yang kene tanggungnya aku nanti" kataku sambil menegeluh berat.

Aku duduk memandang keluar tingkap aku tesenyum apabila teringatkan tentang kejadian tadi.

Aku hanya menghiraukan perasaan yang ada di lubuk hati.

Faruq membelok ke kanan dan ingin mencari tempat letak kereta. Tiba sahaja aku ingin membuka pintu tiba tiba Fariq telah membukakan pintu untukku, aku hanya tersenyum ke arahnya.

"thank you wey" kata ku dan menanggalkan beg sandangku lalu meletakkan di tempat duduk yang berada di dalam kereta.

Aku memerhatikan kerusi kerusi yang berada di gerai itu. Aku mengikuti mereka, aku hanya berjalan dan tidak memandang ke kiri ataupun ke kanan.

Tiba tiba, "Lyna!!!" jerit satu suara yang aku tidak tahu dari manakah suara itu.

Aku memandang ke kanan dan tiba sahaja aku ingin bergerak ke sana seseorang telah menolakku ke tepi lalu aku terjatuh bersamanya.

Aku menarik nafas dengan panjang dan tercungap cungap kerana kemalangan yang berlaku sebentar tadi.

Aku menyentuh dadaku dan menutup mata apabila aku buka kembali jantungku kembali berdegup laju, Deruan nafas di hidungku mula terasa.

Dia memandang tepat ke mataku "oi kau nak mati ke. kalau nak mati jangan menyusahkan orang. Lain kali kalau nak jalan tu boleh tak pandang kiri kanan ni tak main jalan jerw!" dia menengking aku.

Dada ku merasa sebak apabila di tengking waktu itu di depan orang ramai. Hati aku berasa sakit sangat ketika itu.

Aku menolak dadanya dan berdiri seperti biasa lalu aku menyembunyikan air mataku yang berjuraian jatuh di pipi.

.. "terima kasih cikgu saya pergi dulu dan maafkan saya sebab menyusahkan cikgu. lagi satu saya mintak maaf jugak sebab tak jumpa cikgu tadi mungkin ni balasan dari ssya"kata ku dan tersentum ke arahnya dalam keadaan sebak di dada.

"saya sedar diri saya ni siapa cikgu terima kasih lagi sekali sebab dah selamatkan saya, saya pergi dulu assalamualaikum" kataku dan mengelap air mataku yang tidak dapat di bendungnya lagi.
"Babe kau okey tak ni"kata Kinah sambil menggosok-gosak belakangku.

Aku melihat tanganku yang berdarah kerana terjatuh tadi di atas jalan tar. Aku hanya tersenyum mereka,

"Faruq boleh hantar aku balik tak?" kataku dengan sayu. Ketika itu kelibat Cikgu Azri kelihatan sedang memandang ke arahku.

"boleh jomlah kau taknak bungkus ke cendol ke laksa ke?" tanya Faruq.

"takpelah aku nak balik lagipun aku tak inform dekat ibu aku lagi"kataku.

"okey jom, korang nanti aku datang balik korang order lah dulu."kata Faruq Dan berlalu pergi meninggalkan mereka. Aku menunduk apabila lalu di hadapanya sambil itu aku berkata.

"i'm sorry assalammualaikum" kataku dan tersenyum kearahnya.


DI DALAM kereta aku duduk di hadapan manakala beg sandangku di belakang.

"kau okey ke??" tanya Faruq sambil membetulkan rambutnya.

"Aku okey jerw jangan risau lah" kataku.

"sorry tau sebab aku tak sempat nak tolong kau" dia memohon maaf.

"it's okey lah bro sikit jerw ni" katanya sambil menggosokkan kedua belah tanganku di kain yang ku pakai.

Faruq membelokkan stereng keretanya ke kanan. Tanpaku sedar di telah meletakkan keretanya di kawasan perumahanku.

"tengok tangan kau tu" katanya aku menghulurkan tanganku kepadanya.

"ouh ni sikit jerw esok lusa elok lah ni" katanya sambil tersenyum ke arahku.

"okey wey tong kayu sebab hantar aku" aku membuat lawak hambar kepadanya.

"no problem. Aku tahu lah kau terasa yang cikgu Azri cakap tadi an?"katanya. Aku tersenyum.

"erh mana adalah kau ni mandai jerw do aku nangis tadi sebab ja..ja..jatuh jerw lepas tu aku kecut perut jugak lah sebab mana lah tahu tetiba aku kene langgar dekat situ jugak." aku senyum palsu.

"kau takpayah nak bohong aku lah Noor Nazlyna Binti Mohammad aku bukan baru kenal kau hri ni tau dah empat tahun aku kawan dengan kau so kau takpayah nak bohong akulah" katanya dan tersenyum sinis. Aku hanya menunduk.

"tak payah fikir lah wey kalau aku pun aku marah do. ye lah kau tu jalan tak pandang kiri kanan main jalan jerw, dah banyak kali aku pesan dekat kau tapi kau taknak dengar. jangan lhh kecil hati sangat mungkin dia tak sengaja sebab buat kau macam so kau kene lah kuat jangan lah cepat terasa hati. ni tak dia baru tengking sikit kau dah nangis dasar hati tisu"katanya menyindirkku.

"bodohlah kau" kata ku sambil mengelap air mata dan tergelak.

Aku memandang kearahnya dan tersenyum. "see kau dh gelak"kata Faruq dengan gembira

Aku menjeling ke arahnya. "dah lah thank you sebab hantar aku balik rumah n sorry sebab tak dapat makan dengan korang" aku memohon maaf.

"its okey lah wey dah lah aku naik dulu assalammualaikum"kataku.

Aku membuka pintu kereta dan menutupnya kembali. "bye wey" kataku.

"take care untuk dua hari cuti" katanya. Aku hanya tersenyum dan melambai ke arahnya dan berlalu pergi.

Aku menaiki tangga denga penuh lemah longlai di ingatanku sekarang hanya ingin tidur sahaja kerana kesedihan yangku alami di saat ini.

Sampai sahaja aku di hadapan pintu rumah aku membika pintu pagar terlebih dahulu lalu aku membuka pintu papan di dalamnya.

"erh adik kau dah balik" sapa kakak yang berada di sofa yang bertentangan dengan televisyen.

"hmm baru jerw ni hah"kataku dan ingin membuka pintu bilik.

"erh erh sabau ler kejap tu aku ada masak lauk favorite kau dekat atas meja"katanya aku melihat lauk yang berada di atas meja.

Sangat mengliurkan ada ayam masak merah dengan nasi goren dan spaggethi bolognes.

"banyak nau kau masak kak" aku perli kakakku

. "kau perli aku" katanya sambil menjeling.

"nanti aku makan aku penat lah nak tidur kejap"kata ku dan masuk ke bilik.

"jangan lupa solat!!" jeritnya.

"yaaa aku solat!!" balasku

Aku mengambil telefon bimbit di atas meja solek dan membukanya,sementara itu aku membuka tudung yang telah kotor kerana terkena pasir tadi.

Aku menarik getah rambut dan menyisir rambut dengan menggunakan tangan supaya kembang dan tidak kusut.

Aku mengambil telefon bimbitku kembali dan membuka apps yang ada.

Tiba sahaja aku ingin bangun dan menggerakkan tangan aku berasa sakit lalu aku melihat di bahagian siku itu terdapat luka yang tidak terlalu teruk dan darah yang mengalir,aku hanya membiarkan sahaja luka itu.

Aku mengambil kain tuala yang tersangkut dia tempat penyidai dan berlalu pergi ke bilik mandi.Aku membuka pili mandi air pancut dan aku duduk seketika di air itu. Sementara itu aku memejamkan mata.

"oi kau nak mati ke. kalau nak mati jangan menyusahkan orang. Lain kali kalau nak jalan tu boleh tak pandang kiri kanan ni tak main jalan jerw!" aku teringat apa yang Cikgu Azri kata waktu kejadian tadi berlaku. Aku memejamkan mataku kembali dan membasuh muka.

Setelah selesai mandi dan membilas diriku. Aku mengambil wuduk.

Lalu aku memaikai baju terlebih dahulu dan membiarkan rambutku terurai. Aku memakai telekung dan membentangkan sejadah tiba sahaja aku mengangkat takbir telefon bimbitku berbunyi.

Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat gerangan itu. Ini nombor yang aku tidak kenal. Aku hanya membiarkan ia dan meletakkannya di atas meja solekku.

Aku mengangkat takbir kembali dan menunaikan solatku seperti biasa. "Allahhuakbar" .

Sesudah siap aku menunai solat Fardu Zohor aku memanjatkan doa.

' Ya allah Ya tuhan ku kau ampunilah dosa dosa ku dan kedua ibubapaku. Kau lembutkanlah hati mereka seperti kau lembutkan beras menjadi nasi ya allah.

Ya allah aku bermohon kepadamu kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya kembali ya allah.

Andai itu jodohku kau satukan lah kami jika ia buka jodoh ku kau jauhilah ia pada kami sekeluarga ya allah. kau berikanlah rezeki kepada kami sekeluarga dan kepadanya. Kau lembutkanlah hati cikgu Azri ya allah.

kau kuatkan lah imanku ya allah dan kau kuatkanlah hatiku untuk memaafkan orang lain ya allah kau ampunilah daku ya allah' aku mengaminkan doa. Aku menanggalkan telekungku kembali.

Aku menyangkut kembali di tempat asal. Aku mencapai sejadah dan menyidaikanya di sebelah telekung Aku mengambil telefon bimbitku yang berjenama A10s di atas meja solekku.

Banyak gila WHATSAPP chat dari mereka. Aku hanya membiarkan perbualan tersebut. Aku duduk di birai katil sambil melihat telefon.

Tiada apa yang menarik di telefon ni, tiba sahaja aku ingin bangun telefon bimbitku memainkan lagu 'the jungle' sebelom tu jangan gelak lagi nak tahu kenapa aku suka lagu sebab dalan cerita the junglekan ada panda yeah aku suka panda hihihihih.

. Aku melihat panggilan itu ini nombor tadi yang telefon aku.

Aku mengankatnya "Hello Nazlyna disini ada apa apa yang boleh saya bantu ya??" tanyaku yalah mana tahu orang jahat ke yang membuat panggilan macam ni. Pemilik yang membuat panggilan itu hanya mendiamkan diri.

"Hello nazlyna here is what i can do to help you?" tanyaku sekali lagi tetapi dengan bahasa yang lain. Haih orang ni bahasa melayu tak faham ni bahasa english pun tak faham kau nak aku cakap bahasa apa. Aku mengeluh pelahan.

"Hel..hel..hello ni.. ni.. cik...cik..cikgu Az..Az..Azri" katanya pemilik itu dengan gagapnya. Hati aku kembali sakit apabila8 terdengar gerangan yang menelefon aku.

"Ya cikgu ada apa call saya ni" kata ku lalu aku menarik nafas dan menghembuskannya.

"ehem ehem saya cuma nak mintak maaf sebab tengking awak tadi" di memohon maaf kepadaku.

'haih dia pikir senang senang aku nak maafkan' aku mengeluh berat.

"hmm okey cikgu tak ada apahal lah setakat cikgu tengking tu jer an no problem lah." kata ku dengan selambanya.

"Lyna pleas saya betol tak sengaja" dia berusaha memohon maaf kepadaku.

"hish tadi kan saya dah kata okey" kataku sambil menepuk dahi. Aku mengangkat kaki ke katil dan bersandar di kepala katil.

"ya ke awak ni. Kalau macam tu saya nak ajak awak pergi breakfast boleh?" katanya.

'haih aku dah lah tengah marah dengan dia lagi lepas tu dia ajak aku breakfast pulak tu aduhai Farah and the geng tahu ni mati aku boleh buat gulai.'

"hello lyna!! awak ni mengelamun ke" katanya dengan nada yang tinggi sikit berbanding tadi.

"erh tak cikgu tak. Bukan apa cikgu, i don't think i can because i'm scared ya lah nanti kang cikgu cikgu lain nampak ke murid murid yang lain nampak ke tak naya saya. mana taknya tak pasal pasal saya yang kene ngumpat" aku memberi alasan.

"it's okey lah dia orang nak kata apa jerw dekat kita saya ni kan cikgu"katanya,

"yang penting saya taknak full stop okey bye" aku mematikan talian. hish siapa yang bagi nombor aku dekat dia ni memandai jerw.

SAMBUNG...

Share this novel

macuzx mas
2020-12-08 01:56:00 

BESTT!!!

Misssyaa
2020-12-08 01:54:40 

Besttt!!!! HHUUHUHUH


NovelPlus Premium

The best ads free experience