BAB 43

Romance Series 50179

_______________________________________________________________
HARI KEEMPAT di kampung sebelah Encik Mohammad selepas kejadian tempoh hari di mana ada pertelingkahan yang berlaku. Mereka sekeluarga balik ke rumah shah alam kecuali Azri Amsyar dan NurNazlyna kerana mereka akan balik ke Nilai negeri sembilan.
Azri Amsyar dan NurNazlyna sudah selamat sampai di kampung negeri sembilan. Memandangkan Puan Sri Zawiyah tidak pernah berjumpa dengan Najwa jadi tidak biasa apabila berjumpa.
"opah buat apa tu??" soal NurNazlyna apabila melihat Puan Sri Zawiyah di dapur seperti sedang mencari sesuatu.
"opah buat nak buat cucur udang sikit sebab tu ada sambal bilis tu hah.. bila cicah sedap tu"kata Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna menghampiri Puan Sri Zawiyah untuk membantu. Dia sudah tidurkan Najwa sebentar tadi. Azri Amsyar pula mengikut Tun sri Nizar ke kandang untuk memberi kambing kambing dan lembu lembunya serta penternakkannya yang lain makan.
Azri Amsyar ada mengajaknya dengan cepat sahaja di mengelat mahu mengikut Azri Amsyar untuk pergi.
"Nur mengandung dah masuk berapa bulan dah... maaflah opah tak dapat nak tengok Nur dekat hospital hari tu... atoklah tiba tiba demam pula dia"kata Puan Sri Zawiyah Sambil meletakkan tepung di dalam mangkuk.
"nak masuk 3 dah opah..."jawab NurNazlyna dan tersenyum Dia pula sedang membasuh pinggan mangkuk di dapur.
"ouh ya ke... tak nampak pun perut tu"Puan Sri Zawiyah mengusap perut NurNazlyna.
NurNazlyna tersenyum memandang Puan Sri Zawiyah.
"mungkin sebab Nur pakai baju besar opah" kata NurNazlyna yang turut mengusap perutnya dengan lembut.
"ouh ya lah ni Opah nak tanya ni Najwa tu asal dari mana??" soal Puan Sri Zawiyah ingin tahu.
NurNazlyna memandang Puan Sri Zawiyah. Puan Sri Zawiyah bukan tidak terima Najwa tetapi di harus tahu siapa Najwa.
"opah Nur kalau boleh bukan nak buka aib keluarga Najwa tapi memandangkan opah nak tahu Nur boleh bagitahu yang Najwa tu cuma anak orang susah sahaja" kata NurNazlyna sambil merenjiskan tangannya di singki.
"ibu dan ayahnya mana??" soal Puan Sru Zawiyah lagi
"dalam jail" selamba sahaja NurNazlyna bercakap.
"astaghfirullah kenapa??" soal Puan Sri terkejut.
"Najwa ni sebenarnya selalu kena pukul kene seksa dengan Mak dia jadi Nur dengan Azri selidik lah latar berlakang Najwa ni... maknya di tahan sebab mendera kanak kanak dan ayahnya pula dah meninggal hukuman gantung" cerita NurNazlyna.
Puan Sri Zawiyah berasa sedih melihat masalah yang di timpa oleh anak kecil sebesar Najwa yang berusia enam tahun.
"kasihannya ya allah"ucap Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja memandang Puan Sri Zawiyah itu.
"erh Nur duduk tak payah berdiri lama lama bengkak kaki tu nanti" kata Puan Sri Zawiyah risau.
"lah tak apalah opah sikit lagi ni" kata NurNazlyna sambil menyambung mwncuci lebihan pinggan.
"hish budak ini" Puan Sri Zawiyah hanya menggeleng kepala sahaja.
Selepas siap mencuci pinggan Nurnazlyna membantu Puan Sri Zawiyah menghidangkan makanan di atas meja makan dan di siapkan dengan air teh'o.
"hmm opah jom kita makan dekat pangkin tu..."cadang NurNazlyna.
"erh jomlah memandangkan angin pun sepoi sepoi bahasa jerw ni"kata Puan Sri zawiyah.
Mereka melatakkan makanan di atas pangkin hadapan rumah sungguh cantik pemandangan bukit bakau di hadapan rumah Puan Sri Zawiyah ini.
Setelah siap menghidang NurNazlyna duduk di pangkin itu bersama dengan Puan Sri zawiyah sambil bersila. NurNazlyna menuangkan air di dalam teko bercorak bunga sakura dengan berhati hati.
"umi!!" jerit Najwa dari dalam.
NurNazlyna melatakkan teko teh itu dengan perlahan dan berlari anak masuk ke dalam rumah untuk melihat anaknya yang memanggilnya tadi.
"ya sayang kenapa??" soal NurNazlyna tercungap cungap.
"Umi pergi mana Najwa takut" kata Najwa.
"umi pergi duduk dekat pangkin dengan nekyang sayang"kata NurNazlyna.
Teresak esak Najwa menangis. NurNazlyna yang risau hanya memandang sayu.
"jom kita makan.. umi tak boleh dukung nanti walid marah umi" kata NurNazlyna. Najwa bangun dari katil dan memimpin tangan NurNazlyna.
NurNazlyna mengelap lebihan air mata Najwa yang berjuraian jatuh.
"dahlah jangan menangis lagi"kata NurNazlyna memujuk.
Mereka berjalan sehingga ke pangkin hadapan rumah. NurNazlyna duduk di hadapan Puan Sri Zawiyah. Najwa naik duduk di sebelah uminya.
"kenapa menangis ni hah?? Apalah Najwa ni dah besar pun menangis lagi"tegur Puan Sri Zawiyah.
"Dia baru baik demam opah tu yang jadi macam ni tu..."kata NurNazlyna sambil membelai rambut lurus Najwa.
"lah ya ke" Puan Sri Zawiyah mengambil satu cekodok dan memberikan kepada Najwa.
Najwa teragak agaj mahu mengambil cekodok itu.
"ambiklah nekyang bagi"kata NurNazlyna
Najwa mengambil
"terima kasih"ucap Najwa lembut.
"welcome darling"kata Puan Sri Zawiyah dan tersenyum manis ke arah cicitnya.
Mereka bertiga makan cekodok di petang hari. Angin yang sedap dan sejuk sahaja.
Bunyi kereta force kedengaran NurNazlyna memandang ke arah kereta yang memasuki kawasan rumah itu.
"hmm tu dah balik dah atok kamu dengan suami kamu" kata Puan Sri Zawiyah.
Nurnazlyna tersenyum.
Azri Amsyar mendekati NurNazlyna yang memandang ke arahnya. Dia memeluk isterinya dengan erat.
NurNazlyna mula berasa loya kerana bau Azri Amsyar yang tidak menyenangkan. Dia menutup hidungnya.
"sayang okey tak??" soal Azri Amsyar apabila perasaan wajah NurNazlyna yang tadi ceria kini mula pucat.
NurNazlyna tidak bercakap malah di terus bangun tanpa memakai selipar dan memuntahkan segala isi perutnya di dalam longkang berlakang pangkin.
"Nur"panggil Puan Sri Zawiyah.
"selalu Nur macam ni Azri??" soal Tun sri Nizar dan memandang ke arah cucunya.
"tak atok dia tak selalu macam ni"jawab Azri Amsyar jujur.
Dia tidak pernah lihat isterinya itu muntah sampai teruk macam ni. habis wajah putih bersih NurNazlyna menjadi merah.
"Bau husband busuk sayang tak suka bau ni"kata NurNazlyna lemah.
Tergelak atok dan opah mereka. Bila mendengar apa yang di perkatakan oleh NurNazlyna itu. Memang patutlah NurNazlyna muntah sebab Azri Amsyar baru balik dari kandang kambing dengan lembu.
"kamu pun satu Azri balik terus cium peluk isteri pergi naik dulu sana tukar baju"kata Tun Sri Nizar.
Puan Sri Zawiyah menggosok berlakang NurNazlyna, kasihan melihat cucunya.
Azri amsyar menggosok tengkuknya... "husband naik dulu okey atas"kata Azri Amsyar dan berlalu.
NurNazlyna mengangguk lemah.
Puan Sri Zawiyah hanya menggeleng kepala melihat cucunya. Cicitnya di pandang sekilas.
"Najwa kalau nak lagi ambik jerw Nekyang tak marah"kata Puan Sri Zawiyah.
Najwa mengambil cekodok itu lagi dan memakannya dengan perlahan.
Tun Sri Nizar duduk di pangkin itu. Puan Sri Zawiyah menggeleng kepala memandangnya gelakkan orang ni pun sama.
"ling you pon sama cakap dekat cucu yang dia tu pon sama jerw balik terus duduk.. pergi masuk mandi sana."marah Puan Sri Zawiyah.
"aik kita pon kene" kata Tun sri Nizar.
Najwa tergelak suka, Tun sri Nizar dan Puan Sri Zawiyah tersenyum melihata tawa Najwa yang sungguh comel sahaja bunyinya.

MALAM ITU, Selepas solat Isyak berjemaah,Mereka sekeluarga duduk di ruang tamu. Najwa sudah pun mula mesra dengan Tun sri Nizar dan Puan sri Zawiyah.
NurNazlyna membancauh air dan di bawa ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Azri Amsyar.
"Opah mana pakcik Hamdan dengan makcik ilaika??" soal Azri Amsyar sambil membantu NurNazlyna menuangkan air di dalam cawan.
" Makcik dengan pakcik kamu esok baru balik dia orang pergi Johor Bahru out station" jawab Puan Sri Zswiyah.
"oh patutlah Nur tak nampak dia orang 1 hari, hari ni" kata NurNazlyna.
"ni Opah nak tanya lama ke kamu berdua duduk sini??" soal Puan Sri Zawiyah.
"erh you ni... bila budak budak ni tak balik you merungut dekat i ajak pergi sana lepas tu bila budak budak ni you tanya pula lama ke duduk sini"Tun Sri Nizar menggeleng kepalanya.
"i tanya jerw you ni ling... "Puan Sri Zawiyah memandang Tun Sru Nizar dan tersenyum.
NurNazlyna dan Azri Amsyar menggeleng kepala memandangnya pasangan yang sudah lebih 40 tahun hidup bersama.
"tak apa lah tok... Azri balik sini sampai lusa jerw lepas tu dah balik KL"kata Azri Amsyar sambil minum air kopi yang di beri oleh isterinya tadi.
"kalau macam tu eloklah esok jom lah kita mandi bawa mandi sungai"cadang Tun Sri Nizar.
"boleh tok dekat mana tu??" soal NurNazlyna teruja.
"eh dia yang teruja dah kenapa macamlah atok nak bawa dia" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"biarlah... atok tetap bawa Nur kan atok"kata NurNazlyna.
"dah dah kamu ni Azri suka sangat ngusik isteri tu nanti turun dekat anak baru tahu"kata Puan Sri Zawiyah.
Azri Amsyar terdiam.
"padan muka"kata NurNazlyna sambil menunjukkan ibu jarinya pada Azri Amsyar.
Puan Sri Zawiyah menggeleng kepala melihat telatah cucu menantunya.

SEPERTI YANG di janjikan keesokkan harinya Mereka sekeluarga pergi ke Sungai ulu bendol di Tanjung Ipoh Negeri sembilan yang terletak jauh sedikit dari Nilai.
Mereka bergerak pada pukul 8 pagi dan telah tiba pada pukul 11 pagi kerana kesesakkan lalu lintas jalan raya yang menyebabkan mereka banya berhenti dalam perjalanan.
NurNazlyna sungguh teruja melihat suasana sungai yang cantik dan berlakannya ada bukit bakau. Dia memerhatikan Azri Amsyar yang sedang bermain air bersama dengan Najwa di situ. NurNazlyna menemani Puan Sri Zawiyah sahaja.
Puan Sri Zawiyah tidak mahu mandi kerana air yang sangat sejuk.
"umi!!" jerit Najwa yang sedang berendam bersama dengan Azri Amsyar.
"ya sayang umi sejuk tak dekat sana??" soal NurNazlyna kembali.
"sinilah mandi dengan Najwa dan Walid... Nek yang pon sekali sinilah"panggil Najwa.
"nanti umi turun umi sejuk lah sayang"kata NurNazlyna sambil membuat gaya sejuknya.
Najwa mengangguk suka. Dia merenjiskan air pada Walidnya di sebelah. Selamat ada pelampung kegemarannya iaitu Frozen Elsa. Azri Amsyar yang membelikan untuknya sebentar tadi.
NurNazlyna duduk di bangku yang sudah tersedia di situ memandang dari jauh sahaja. Rasa sekejap sahaja cuti yang di ambil ini. Bulan depan sudah masuk ke kolej balik.
Sepanjang tempoh di bercuti pelbagai masalah yang di hadap bersama dengan Azri Amsyar. Besar kecil semua ada. Beberapa kali masuk hospital.
Tiba NurNazlyna merasa percikkan air di hadapannya dia tersedar dari lamunan. NurNazlyna memandang gerangan yang memercikkan air di hadapannya.
"Husband!!" jerit NurNazlyna geram.
"sayang termenung apa??" Soal Azri Amsyar sambil duduk di sebelah.
"tak ada apa pun... erh Najwa mana?? siapa tengok di mandi?" soal NurNazlyna risau.
"opah dengan atok ada tu.. ni mesti jauh sangat termenung ni sampai opah pergi sana pun tak perasan"kata Azri Amsyar.
Tergelak NurNazlyna.
"tak adalah sayang rasa sekejap sangat cuti nanti sayang dah start masuk kolej...sekejap jerw nanti kita dah ada anak"NurNazlyna melentokkan kepalanya di bahu Azri Amsyar dengan manja.
Azri Amsyar yang berbaju t shirt dan seluar pendek paras bawa lutut itu memeluk pingang NurNazlyna. Mereka sama sama memandang ke arah bukit bakau di hadapan mereka.
"alah tak apalah sekejap jerw sayang 6 bulan jerw tak lama"kata Azri Amsyar.
"hmm tahu tapi husband okey ke tinggal sorang dengan Najwa..."kata NurNazlyna dan membalas perlukkan suaminya.
"husband okey jerw... mak ada ibu ada boleh jaga bibik... sayang jerw okey ke dengan baby bila berjauhan dengan husband"kata Azri Amsyar sengaja mahu melihat reaksi isterinya.
"sayang ada Farah,Kinah and Rania hah"kata NurNazlyna bangga.
"tapi sayang tak ada sorang lagi" ucap Azri Amsyar.
Mata mereka bertentangan antara satu sama lain dan hidung mereka berlaga.
"apa??" soal NurNazlyna dan tersenyum.
Mereka sama sama tersenyum bahagia. NurNazlyna tahu apa jawapan Suaminya ini.
"sayang tak ada husband and Najwa"kata Azri Amsyar dan mendekatkan dahi mereka.
"erh tapi sayang ada baby"NurNazlyna mengusap perutnya yang nampak kecil sahaja.
Mereka sama sama tersenyum bahagia. Azri Amsyar suka melihat senyuman isterinya kerana baginya senyuman itulah yang paling mahal baginya.
"sayang, Husband nak makan"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna melepaskam rangkulan dan bangun berdiri. Dia mengambil pinggan di atas meja. Azri Amsyar memandang hanya tersenyum sahaja.
"sayang nak buat apa ni??" soal Azri Amsyar Sambil mengambil pinggan di tangan NurNazlyna
"tadi kata nak makan ni Opah ada masak sandwich tadi"kata NurNazlyna.
"Siapa kata Husband nak makan roti ni??" soal Azri Amsyar dan memberi senyuman nakal.
NurNazlyna mula cuak dia menelan air liurnya. Walaupun mereka sudah berkahwin lama tetapi sikap malu dalam diri bagi NurNazlyna masih ada. Dia memandang suaminya di sebelah. Dia mula gugup dengan suaminya.
"tak adalah sayang hauband gurau jerw... husband mana boleh lasak lasak dengan sayang nanti baby marah dekat walid dia."kata Azri Amsyar sambil mengusap perut buncit NurNazlyna.
"jom mandi"ajak Azri amsyar sambil memegang tangan NurNazlyna.
"habis barang ni macam mana??" soal NurNazlyna.
"Barang ni biarlah sebab ni makanan jerw telefon duit semua dalam kereta"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna berfikir sejenak. Dia sebenarnya malas mahu mandi sungai tetapi dia suka akan sungai. Tiba tiba NurNazlyna rasa tubuhnya di awang awangan.
"Husband jatuh nanti"kata NurNazlyna nasib dia sempat memaut batang leher NurNazlyna.
"tak akan jatuh pun jom kita masuk sungai"kata Azri Amsyar sambil mengendong NurNazlyna.
Ramai mata yang memandang ke arah mereka berdua tetapi Azri Amsyar tidak hiraukan padangan itu.
"yeay umi masuk sekali"sorak Najwa girang.
Perlahan lahan NurNazlyna terasa air di tubuhnya Sejuk mula terasa. Azri Amsyar meletakkan NurNazlyna di dalam air.
"umi jom main air"kata Najwa girang.
"kejap sejuk"kata NurNazlyna sambil tangannya menggigil kesejukkan.
Puan Sri Zawiyah dan Tun sri Nizar tergelak memandang mereka gelagat cucu menantu mereka.
"sekejap jerw ni nanti biasalah tu"kata Tun Sri Nizar.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja. Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna yang mula sejuk. Selama 5 minit sahaja tangan NurNazlyna sudah berasa seperti biasa.
"okey jom mandi"sorak NurNazlyna sambil menyimbah air di Najwa. Najwa turut membalas.
Lama juga mereka berendam di dalam sungai Sehingga Tun Sri Nizar sudah naik ke atas mahu menukar pakaian. Puan Sri Zawiyah membawa Najwa yang sudah kecut dan mengikut suaminya menukar pakaian.
"Husband jom naik"kata NurNazlyna bila melihat hanya tingga mereka berdua sahaja di kawasan itu.
Azri Amsyar mendekati NurNazlyna yang duduk di batu besar.
"nanti lah sayang jom husband ajar berenang"kata Azri Amsyar sambil merenjis renjiskan air di Wajah NurNazlyna.
"hish tak naklah"kata NurNazlyna.
"cepatlah sayang tinggal kita berdua jerw ni semua dah naik... orang lain pun jauh dari kawasan kita"Azri Amsyar memujuk.
"taknaklah Husband sayang dah sejuk ni.."kata NurNazlyna.
"husband tak kira bila husband kata sekarang, sekarang"Azri Amsyar berkata tegas.
"sejuklah tak nampak tangan sayang dah menggigil ni"NurNazlyna menunjukkan tangannya.
"tak apa husband boleh bagi kehangatan.."Azri Amsyar sambil memegang kaki NurNazlyna.
NurNazlyna malas mahu berbalah lalu dia melayan sahaja Azri Amsyar menariknya di dalam sungai.
NurNazlyna memeluk leher Azri Amsyar di situ bukan terlalu dalam tetapi paras air cuma 5 kaki ke dalam sahaja dengan tubuh NurNazlyna yang pendek itu membuatkan NurNazlyna berasa takut mahu masuk.
"lepas lah macam mana husband nak ajar sayang berenangnya."kata Azri Amsyar.
NurNazlyna teragak agak mahu melepaskan perlukan.
"trust me husband ada" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengikut sahaja arahan yang di beri oleh cikgu berenang yang tidak bertauliah ni. Sehinggalah dia mula berasa penat sangat namun di layan sahaja kehendak suami.
"Azri naik ya allah dah kecut dah tangan Nur tu kamu ni"Arah Puan Sri Zawiyah.
Azri Amsyar hanya tersenyum sahaja kepada Puan Sri Zawiyah.
"kejap lagi opah sikit jerw lagi!!" kata Azri Amsyar.
Puan Sri Zawiyah menggeleng kepalanya melihat gelagat cucunya yang degi bak kata orang negeri sembilan 'bega bona cucu den sorang ni hah'
"Husband jom naik sayang dah penatlah... tak kasihan dekat sayang ke"rengek NurNazlyna.
"alah sikit lagi sayang cepat"Azri Amsyar memberi sokangan.
NurNazlyna memegang perutnya yang buncit rasa tidak selesa di situ.
"sayang tak selesalah husband jom lah naik.dah tak sa..."belum sempat NurNazlyna menghabiskan kata Azri Amsyar mencium bibir NurNazlyna.
NurNazlyna memukul bahu Azri Amsyar suruh melepaskan ciuman. Azri Amsyar melepaskan apabila terdengar bunyi nafas yang tersekat sekat. Tercungap cungap mereka berdua.
"husband ni kalau ada orang tadi macam mana" NurNazlyna mengerutkan dahinya. Dia tidaklah marah cuma di sini baginya tempat awam.
"Siapa suruh nak cakap bukan bukan"kata Azri Amsyar selamba.
"Bila masa pula sayang cakap yang bukan hish husband ni"NurNazlyna memeluk tubuh.
"werk tak nak pujuk"kata Azri Amsyar dan naik ke atas.
"tidur luar" balas NurNazlyna selamba.
Azri Amsyar berhenti dan melihat isterinya itu naik ke darat bersusah payah dia baik ke darat
"mana boleh husband tidur luar" kata Azri Amsyar dan membantu NurNazlyna untuk berjalan naik ke atas.
Sampai sahaja di darat NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"do i care" kata NurNazlyna dan berlalu.
"sayang"rengek Azri Amsyar sambil menghentak hentakkan kakinya.
NurNazlyna tidak menghiraukan dia mengikut berjalan terus ke arah Puan Sri Zawiyah. Dia duduk di sebelah Najwa. Pandangan tajam dari si suami tidak di pandang.
"yang kamu ni dah kenapa macam bapok" tegur tun sri Nizar.
NurNazlyna tergelak sahaja.
Puan Sri Zawiyah memberi kain tuala kepada NurNazlyna untuk menutup badannya yang kesejukkan.
NurNazlyna memandang Najwa di sebelah yang sedang makan nuget.
"erh mana sayang dapat ni??" soal NurNazlyna.
"Nek yang belikan umi dengan walid mandi lama sangat... sampai Najwa lapar"rungut Najwa.
Puan Sri Zawiyah dan Tun Sri Nizar tersenyum memandang telatah cerdik Najwa
NurNazlyna menggeleng kepalanya.
"umi nak??" soal Najwa.
"nak meh umi gigit sikit" kata NurNazlyna.
Najwa memberikan secucuk bebola ayam kepada NurNazlyna.
"walid nak??" soal Najwa
Azri Amsyar mengangguk.
"beli arh sendiri"kata Najwa selamba.
Tergelak lagi mereka melihat telatah Najwa.
"alah walid boleh beli 10 lah"kata Azri Amsyar.
Entah kenapa Azri Amsyar terasa dengan kata kata Najwa itu tadi di terus membawa kain tuala dan baju ke arah bilik penukaran baju.
NurNazlyna yang melihat turut pelik dengan suaminya itu. Dia memandang Puan Sri Zawiyah dan Najwa.
"lah sentap pula" kata NurNazlyna.
"pembawakkan budak Nur.. biasalah tu.. baik pujuk kalau tidak lagi melarat dia nanti"kata Puan Sri Zawiyah.
"umi Najwa buat walid marah ke??" soal Najwa kepada Nurnazlyna.
"tak sayang tak... tak apa sayang makan jerw"kata NurNazlyna dan mengusap rambut Najwa.
Najwa mula rasa bersalah dengan walidnya.
Nurnazlyna bangun dan mengambil beg pakaian untuk menukar baju di dalam.
Selepas siap menukar baju secara kebetulan mereka keluar serentak dan memakai baju warnah yang sama.
Azri Amsyar menjeling nurNazlyna dan berlalu. 'erh orang tua ni main jeling jeling pula'gumam NurNazlyna.

DI DALAM KERETA dalam perjalanan mahu pulang ke rumah Azri Amsyar memandu kereta toyota Velfire kepunyaan Tun Sri Nizar. sudah 1 jam mereka berada di atas lebuh raya yang sesak.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar yang sejak tadi masih sentap dengannya. Mereka yang lain sudah tidur lena di berlakang. Puan Sri Zawiyah mennasihatkan NurNazlyna untuk memujuk suaminya itu.
"husband"panggil NurNazlyna.
Lengan Azri Amsyar di peluk dengan manja dan memandang ke arah suaminya.
"Lama lagi ke merajuk dengan sayang dengan Najwa?"soal NurNazlyna sambil mencucuk lengan Azri Amsyar.
"Najwa gurau jerwlah dengan husband janganlah ambik hati"kata NurNazlyna lagi.
Diam
"hmm sampai hati husband buat sayang macam ni... kalau dah tak sayang janganlah buat sayang macam ni"sambung NurNazlyna manja. Apabila melihat suaminya masih tidak memberi reaksi padanya.
Azri Amsyar menarik nafas panjang. Dia memandang isterinya sekilas.Kemudian pegangan tangan dari isteri di kemaskan dengan erat.
"sorry... husband tak tahu kenapa mood husband jadi macam ni"kata Azri Amsyar sambil meramas tangan NurNazlyna.
"tak apa... opah cakap pembawakan baby"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengerutkan dahinya. "ada erk macam tu??" soal Azri Amsyar pelik.
"adalah kot tak tahu opah yang cakap macam tu"kata NurNazlyna sambil menjungkitkan bahunya
Azri Amsyar tersenyum.
"hish jangan senyum macam tu"kata Nurnazlyna sambil mencucuk lesung pipit Azri Amsyar.
Azri Amsyar mengelak.
"kenapa??" soal Azri Amsyar.
"buat sayang tergoda" kata NurNazlyna dan menutup mulutnya.
Mereka berdua sama sama tergelak. Azri Amsyar mencium berlakang tapak tangan NurNazlyna.
"sayang lapar"NurNazlyna brrkata manja dan melentokkan kepalanya di bahu Azri Amsyar.
"lapar lagi"kata Azri Amsyar terkejut. Mereka baharu sahaja selesai makan di sungai sebentar tadi.
NurNazlyna mengangguk.
"bukan sayang yang nak makan baby yang nak"kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya.
"okey sayang nak makan apa.??" soal Azri Amsyar
"janji dulu sayang boleh makan benda tu"kata NurNazlyna.
"tengok dulu apa yang sayang nak makan"Azri Amsyar memcebirkan bibirnya.
"durian"jawab NurNazlyna sepatah.
Azri Amsyar memandang isterinya sekilas.
"again sayang no tak boleh asyik durian jerw sayang ni... hari tu sayang dah makan banyak duriankan"kata Azri Amsyar membantah.
"itu durian D24 ni sayang nak musang king"NurNazlyna melukis lukis di lengan Azri Amsyar dengan jarinya.
"tak bolehlah sayang please taknak lah asyik durian jerw"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menjarakkan perlukkan. pegangan tangan di lepaskan dia memeluk tubuhnya dan memuncungkan bibirnya sengaja mahu menunjuk protes.
Azri Amsyar menggosok pangkal tengkuknya. "sayang please tak kasihan dekat baby ke"kata Azri Amsyar sambil mengambil tangan NurNazlyna.
"bukan sayang yang nak makan baby yang nak makan durian"kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya.
"okey nanti husband buat bubur boleh"kata Azri Amsyar.
wajah NurNazlyna kembali terukir senyuman di memeluk lengan Suaminya kembali. Dia mencium pipi suaminya.
"sayang husband"kata NurNazlyna meleret.
"i love both of you to"kata Azri Amsyar sambil tangannya mengusap perut NurNazlyna.
Lama mereka berada di jalan raya akhirnya tiba di rumah pada pukul 6 petang. NurNazlyna keluar dari kereta di bantu oleh Azri Amsyar.
"mana duriannya??" soal NurNazlyna.
"jom naik moto lepas husband angkat barang ni"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk.
Selepas Azri Amsyar habis mengangkat barang, NurNazlyna masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaianya.
"opah Azri Nak keluar sekejap boleh tak jagakan Najwa"kata Azri Amsyar.
"walid nak pergi mana??" soal Najwa.
"walid nak pergi cari durian."kata Azri Amsyar.
"kamu nak pergi dusun ke Azri??" soal Puan Sri Zawiyah.
Azri Amsyar mangangguk.
"dah petang ni nak cari apa dekat dusun tu??" Sampuk Tun Sri Nizar sambil membawa surat khabar.
"nak cari musang king Nur nak makan"kata Azri Amsyar.
"ouh ya ke... kalau macam tu atok suruh jo jerw lah yang bawakan nak berapa biji" Tun Sri Nizar mengambil telefon bimbitnya.
Jo ialah pekerja Tun Sri Nizar yang datang dari lombok indonesia. Dia sidah 10 tahun berkerja dengan Tun Sri Nizar.
"Siapa jo??" soal NurNazlyna.
"pekerja atok"jawab Azri amsyar.
Mulut NurNazlyna berbentuk O.
"tapi tok tak nak banyak sangat untuk makan jerw sebiji cukup kalau atok nak tambah lagi Nur lagi suka" ucap NurNazlyna teruja.
"amboi sayang bukan main lagi seulas jerw"kata Azri Amsyar.
"mana cukup"kata NurNazlyna.
"full stop"Azri Amsyar berkata tegas.
"tak apa... untuk cicit atok ni nanti atok bagi lebih musang king... nanti you buatkan Nur pengat durian okey"arah Tun Sri Nizar pada Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna menjelir lidah pada Azri Amsyar. Azri Amsyar menggeleng kepala.
Tun sri Nizar mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi jo untuk membawa durian untuk cucu menantunya.
NurNazlyna masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil sambil bermain telefon bimbitnya.
krek
Bunyi pintu terbuka dari luar. NurNazlyna tahu siapa yang masuk itu.
"suka erk sayang makan durian kejap lagi"kata Azri Amsyar dan duduk bersandar di kepala katil.
"sukalah.. sebab sayang dapat apa yang sayang nak"kata NurNazlyna. Mata tidak memandang ke arah suaminya malah hanya memandang ke skrin telefon sahaja.
Tersenyum NurNazlyna melihat gambar yang Farah dan Rania post di Instagram mereka berdua. Seronok sahaja senyuman mereka pergi bercuti di negeri orang.
"sayang tengok apa??" soal Azri Amsyar dan menarik NurNazlyna.
"ni tengok ni Farah dengan Rania post gambar dia orang pergi honeymoon dengan Faruq dengan Fariq. Bestnya cantik pemandangan dekat sana"NurNazlyna memberikan telefon bimbitnya kepada Azri Amsyar
"kita bawa Najwa pergi sana nak??" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng kerana di berfikir Keadaanya dan Syakinah yang bakal bertunang dengan Shahril tidak lama lagi.
"Husband lupa yang syakinah nak bertunang dengan husband punya bff"ucap NurNazlyna memandang suaminya perlukkan di balas.
"ouh shahril ada bagitahu dekat husband dia nak husband jadi wakil dia tapi husband tak nak nanti kita berpisah sebab sayang dah tentunya dengan kawan kawan sayang nanti"kata Azri Amsyar dan membetulkan kedudukan.
NurNazlyna mengerutkan dahi memandang suaminya.
"kenapa macam tu husband ni kasihan dekat Shahril... dia banyak tolong kita waktu majlis kita dulu... so sekarang kitalah pula yang kene tolong dia tak baik tau buat macam tu"pujuk NurNazlyna.
"sayang tahu??" Azri Amsyar terkejut.
"tahulah husband ingat sayang tak tahu yang waktu nikah kereta rosakkan.... sebabtu husband lambat 10 minit... husband tahu tak waktu sayang ingat husband tak datang tau..sayang dah nak lari dah"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum apabila di kenang balik waktu hari bahagia mereka berdua. Sungguh kalut pagi itu dengan tetamu yang hadir.
Azri amsyar hanya menaiki kereta bersama dengan Shahril ketika itu. tiba tiba keluar sahaja simpang kereta milik Azri Amsyar berhenti apabila Shahril menghidupkan enjin kereta tidak hidup.
Akhir sekali mereka memilih untuk menelefon Fariq dan Faruq sahaja untuk mengambil mereka di simpang yang tidak jauh dari masjid.
"mana boleh husband tinggalkan majlis rugilah husband masa tu.. nasib waktu sayang nak lari husband dah sampai dekat pintu masjid..."kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar dan memberi senyuman manis kepada suaminya.
"i like this smile"bisik Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum.
"dah jom solat asar"ajak NurNazlyna.
NurNazlyna bangun tetapi sekejap sahaja dia di tarik oleh suaminya kembali terkejut NurNazlyna.
"kenapa cepatlah husband nanti habis waktulah"kata NurNazlyna.
"tak ada saja jerw main tarik tarik"Azri Amsyar melepaskan pegangan.
NurNazlyna memukul dada Azri Amsyar. Mereka sama sama tergelak bahagia.

PAGI KEESOKKAN HARINYA NurNazlyna bangun pagi untuk membersihkan dirinya. Najwa yang tidur di sebelah kirinya di pandang sekilas. Azri Amsyar tidur di sebelah kananya. Tergeleng kepala NurNazlyna melihat kedua dua anak beranak itu. Mana tidaknya mereka berdua bergado semata mata mahu tidur di sebelahnya.
NurNazlyna mengikat rambutnya dan bangun dari katil. Tiba tiba tubuhnya di tarik oleh suaminya. Terjerit kecil NurNazlyna di buatnya.
"nak pergi mana?" soal Azri Amsyar dengan nada serak kerana baru sedar dari tidurkan.
"sayang nak mandilah dah pukul 6.45pagi ni"kata NurNazlyna.
"bangun solat subuh"sambung Nurnazlyna sambil menepuk bahu Azri Amsyar
"nak morning kiss"Azri Amsyar berkata dengan penuh manja.
"husband sayang tak gosok gigi lagilah"kata NurNazlyna sambil menolak wajah suaminya perlahan.
"hish dia ni dah dah subuh dah ni husband"kata NurNazlyna sambil menepuk bahu suaminya.
"jom mandi sekali"kata Azri Amsyar dan bangun dari katil
"no tak nak Najwa bangun nanti lepas tu bukan sayang tak tahu husband ni mulalah nanti bukan setakat mandi jer nanti" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar baring kembali.
"erh bangun bangun mandi husband jemaah sekali jom"ajak NurNazlyna.
Azri Amsyar bangun dan mencium dahi NurNazlyna dengan mamai dia berjalan ke arah pintu sambil mengambil kain tuala dan terus keluar dari bilik.
NurNazlyna berbaring dan memeluk Najwa sekejap seronok betul dia melihat Najwa yang berlari ke sana ke sini bersama dengan anak anak Puan ilaika dan Encik Hamdan.
Malam semalam ketika makan baru dapat mereka bersua muka. Terkejut Nurnazlyna apabila Puan ilaika memberi tahu bahawa dia juga mengandung. usia Kandungannya 3 minggu.
Puan Sri Zawiyah apa lagi membebellah dekat Puan Ilaika dan Encik Hamdan. Mana tidaknya anak mereka yang kembar baharu berusia 9 bulan tetapi kata Puan Sri Zawiyah rezeki jangan di tolak.
Tersenyum NurNazlyna bila mengenangkan apa yang mereka sekeluarga sembangkan semalam. Puan Ilaika ada memesan padanya rahsia rumah tangganya adalah perut suami. Jikalau kita pandai memasak maka suami pun turut bahagia.
Lama Nurnazlyna berfikir dan termenung mengenangkan nasihat Puan ilaika malam semalam. Sepanjang dia berkahwin dia tidak pernah memasakkan untuk suaminya. semua bibik sahaja yang buat.
"jauhnya termenung sayang husband ni"kata Azri Amsyar dan memandang NurNazlyna.
NurNazlyna memandang suaminya di yang sudah selesai mandi. Rambut suaminya yang basah di pandang sekilas.
"terkejut sayang husband ni..tak baik tau"kata Nurnazlyna dan membetulkan kedudukannya.
"sayang menung apa tu??" soal Azri Amsyar sambil mengelap rambutnya.
"tak ada apa apalah"Kata Nurnazlyna dan bangun dari katil. Dia mengambil kain tualanya dan berlalu pergi.
Azri Amsyar yang memandangnya menggeleng kepala melihat isterinya itu.
Selepas 15 minit menunggu Nurnazlyna mandi mereka solat berjemaah bersama sama. Azri Amsyar menjadi imam.
Selesai sahaja solat dan berdoa NurNazlyna menyalam tangan suaminya. Azri Amsyar terus menarik tangan isterinya dan memeluk isterinya. NurNazlyna membalas.
"sayang kenapa husband ada buat salah ke?? hmm" soal Azri Amsyar.
Nurnazlyna menggeleng bau wangiang Suaminya sungguh menghayalkan. NurNazlyna menutup mata dan menghayati aroma dari sang suami.
"habis tu kenapa?? cuba cakap dengan husband janganlah buat husband rasa yang husband ni salah"kata Azri Amsyar.
"nothinglah... sayang cuma teringat apa yang Makcik ilaika dengan Pakcik Hamdan. Dia orang dah 10 tahun kahwin anak dah masuk 6"kata NurNazlyna dan tersenyum.
Dia bukan mahu menipu suaminya tetapi dia mahu membuat kejutan untuk suaminya ketika balik ke rumah nanti.
Azri Amsyar tersenyum apabila mengenangkan pakciknya itu. "itulah sayang kita ni baru masuk sorang"Azri Amsyar mengusap perut isterinya yang terlindung dengan kain terlekung yang di pakai.
Azri Amsyar membukakan terlekung isterinya. Selepas itu Dia melipatkan terlekung itu.
"sayang nak tidur pergilah tidur husband nak baca al guran sekejap"kata Azri Amsyar.
"boleh tak kalau sayang nak tidur sini" NurNazlyna menepuk nepuk peha Azri Amsyar.
"boleh sayang, tapi nanti sakit badan macam mana??" soal Azri Amsyar prihatin.
"sayang cuma nak dengar husband baca itu jerw"kata NurNazlyna sayu.
Azri Amsyar tersenyum dan mengambil al'quran selepas itu dia duduk kembali di atas sejadah menghadap kiblat.
NurNazlyna berbaring beralaskan peha Azri Amsyar.Dia mahu mendengar setiap ayat yang di baca oleh suaminya sehingga tertidur.Sejak dia mengandung cepat sungguh dia berasa letih.
Azri Amsyar mengusap rambut nUrNazlyna dia tahu bahawa isterinya itu sudah tidur.Azri Amsyar mengusap perut Isterinya. Selepas sahaja menghabiskan ayat Azri Amsyar mengangkat isterinya dan berbaringkan di atas katil.

17.03.2021
BERSAMBUNG.....

happy read okey guys... love you all don't forget to share and komen okey... bye Assalamualaikum kita jumoa lagi 3 hari....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience