BAB 20

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

DI RUMAH Nur Nazlyna duduk di bersimpuh di hadapan televisyen sementara menungguk Fariq dan Faruq datang mengambilnya.
Erra Nazirah yang berada di dapur sibuk membuar makanan tengah hari untuk sang suami.
Nazuwan dan Nazrim pula mereka berdua pergi ke rumah baharu atas arah Encik Mohammad untuk memastikan keadaan rumah baharu yang terletak di shah alam.
Sufia dan anak anaknya berada di rumahnya yang terletak dia bandar sunway.
Telefon bimbit NurNazlyna berbunyi menandakan ada orang menelefonnya.
"wey turun lah sekarang.. aku ada dekat bawah baru lepas ambik Farah dengan Rania" kata Fariq.
"okey bye" NurNazlyna mengambil beg tanganya. Dia berjalan ke arah dapur untuk memberi tahu Erra Nazirah.
"kak aku gi dulu.. member aku dah tunggu dekag bawah" NurNazlyna menyalam tangan Erra Nazirah.
"hmm ya lah hati hati" kata Erra Nazirah.
"ya lah" NurNazlyna memakai kasut tumit tingginya lalu dia berjalan meninggalkan Erra Nazirah dan Rizal.
Tiba sahaja di bawah NurNazlyna mencari kereta Fariq dan Faruq. Bila sudah dapat dia berjalan ke arah kereta itu.
"Sorry lambat" kata NurNazlyna dan masuk.
NurNazlyna menyalam tangan Farah dan Rania.
"jom arh gerak by the way Cikgu dengan shahril pun join sekali tau" kata NurNazlyna.
"okey lagi ramai lagi bagus meriah sikit" kata Farah.
"wey Farah aku nak cakap sikit ni" NurNazlyna memandang Farah.
"hah apa??" soal Farah.
"tadi aku jumpa perempuan senget tu.. Riana dekat dekat tepi jalan.. pagi tadi aku dengan Cikgu pergi joging berdua..." kata NurNazlyna.
"lepas tu dia langgar Cikgu.. then kau nak tahu dia kata kita semua ni perempuan murah" bersungguh NurNazlyna mahu bercerita.
"perempuan tu memang main gila siak... " Farah berkata geram.
Faruq yang sedang memandu turut berasa geram mendengar cerita NurNazlyna.
"dia kata kita semua ni pesan dekat kita yang jangan murah sangat" kata NurNzyna.
"haih geram aku.. fuh" Rania berkata.
"hmm biar lah dia dulu yang penting sekarang kita enjoy dulu jom"Fariq memotong.
"jom pergi ambik Kinah" kata Rania bersorak dengan penuh kegembiraan.

SAMPAI SAHAJA DI ONE UTAMA. Faruq dan Farah berjalan bersama begitu juga dengan Rania dan Fariq.
NurNazlyna berjalan bersama syakinah.
"wey Lyna aku tak tahu lah apa nak buat dengan si shahril tu" Syakinah mengeluh.
"kau terima jerw lah wey lagi pun aku tahu shahril tu baik trust me... kau tengok aku dengan Cikgu lagi 2 minggu jerw lagi kita orang dah nak kahwin... parent kau pun setujuka dengan Shahril tu..."kata Nurnazlyna memberi semangat.
"aku bukan apa wey takut lah kalau dia tu ada sesuatu ke apa ke" Syakinah menafikan.
"okey listen.. kau solat istikhara macam aku... aku waktu mula mula kenal Cikgu aku pun buat solat istikhara percaya lah itu yang terbaik untuk kau.. lagi satu ni kejap lagi dia ada ni dengan Cikgu.... Cikgu ajak dia sebab ada kau" NurNazlyna mengeluarkan telefon bimbitnya.
Dia mencari nombor Azri Amsyar. Sekejap sahaja telefonnya berbunyi.
"hello Cikgu kita orang ada dekat OU dah ni.. "NurNazlyna berkata.
"hah okey on the way ni" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna meletakkan telefon bimbitnya di dalam beg tangannya.
"Cikgu dekat mana??"Soal Farah.
"kejap lagi dia datang erh aku ingat nak cari barang lah untuk weding aku nanti kau orang dah beli baju bridesmaids??" NurNazlyna baru teringat akan bridesmaids itu.
Farah,Syakinah,Rania,Layla dan Qyra akan jadi NurNazlyna punya pengiring semasa majlis.
"belum lagi dowh.. jom lah cari sekarang lepas tu nanti kau cari untuk cousin kau yang tu sekali" kata Rania.
"jom kita pergi depan tu" Syakinah menanrik tangan NurNazlyna dan Rania. Rania pula menarik tangan Farah.
Fariq dan Faruq hanya menggelengkan kepala.
Mereka berempat masuk ke dalam butik Anggun.Pelbagai jenis baju kurung warna yang menarik kain yang cantik dan menawan.
Mereka bercadang untuk memilih baju kurung yang bewarnakan hijau mint.
Fariq dan Faruq duduk di luar. Mereka berdua menunggu kawan kawan perempuan mereka memilih baju.
"wey yang ni lawa lah Naz" kata Farah. NurNazlyna memandang baju yang berwarna minta dan bercorak bunga kecil di bawahnya.
"okey juga yang ni kejap aku call Layla dengan Qira." NurNazlyna mengapai telefon bimbitnya di dalam beg dan mendail nombor.
"wey korang, kita orang pilih baju ni" NurNazlyna menunjukkan baju yang berwarna mint itu kepada Qira dan Layla yang berada di kampung.
Minggu hadapan baru mereka berdua datang ke Kuala Lumpur dengan keluarga mereka.
"hmm aku okey jerw.. kalau yang lain okey" kata Layla.
"korang okey kan?" Nurnazlyna memusingkan badannya menghadap belakang. Rania,Farah dan Syakinah mengangguk setuju.
"wey dia orang setuju so ambik warna ni lah ya??" soal NurNazlyna.
"ya!!!" kata mereka serentak termasuk dengan Layla dan Qira yang bercakap di dalam telefon.
"aku saiz S" kata Layla.
"aku M" Qira pula menjawab.
NurNszlyna menunjukkan ibu jarinya menandakan dia Faham.
"okey lah bye jumpa nanti" NurNazlyna menekan butang merah.
"ya Cik boleh saya bantu??" soal Jurujual itu.
"hmm saya nak baju yang ini 6 psc." kata NurNazlyna.
"hmm saiz yang sama atau berlainan??" soal jurujual itu.
"saiz yang lain.. S 2,M 2,L 2 betul kan korang??" NurNazlyna memandang ke arah mereka yang masih lagi sedang memilih baju.
Mereka hanya mengangguk.
"okey itu jerw"
"itu sahaja ke cik??" soal jurujual.
"haah itu sahaja" kata NurNazlyna.
"okey tunggu sekejap ya Cik" Jurujual itu berlalu pergi.
NurNazlyna mengangguk. Mereka masih lagi tengah memilih pakaian. Sebentar sahaja lagi mereka mahu mencari baju untuk lelaki pula iaitu Fariq dan Faruq.
Fariq dan Faruq akan menjadi bridesmaids untuk belah lelaki pula itu pun setelah Farah dan Rania memaksa mereka berdua untuk menjadi bridesmaids bagi pihak lelaki iaitu Azri Amsyar.
Azri Amsyar hanya menyokong kerana dia juga tengah mencari bridesmaids bagi pihaknya.
"Mana Cikgu ni tak sampai lagi" NurNazlyna berkata perlahan.Tetapi masih di dengari oleh Farah.
"haih dah rindu ke dia baru lambat sikit kau dah macam ni" kata Farah mengusik.
"erh kau dengar erk huhuhuhu sorry" kata NurNazlyna.
"gila tak dengar kau bisik ke kau jerit ke nada suara kau tu still sama, aku bukan baru kenal kau hari ni" Farah menepuk bahu NurNazlyna.
"hihihihihihi" NurNazlyna menutup mulutnya.
"Cik bajunya saya letak di kaunter ya" kata jurujual itu.
"hmm baik lah jom ler bayau"NurNazlyna menarik rambut Farah.
"jom oi jom oi" Farah pula menarik tudung syakinah sedikit.
Mata Syakinah memandang Farah dengan pandang tajam.Farah dengan selambanya hanya berjalan mengikur NurNazlyna di hadapan. Syakinah berasa geram dia menghentakkan kakinya.
Dia mengeluarkan cermin itik yang selalu menjadi peneman setianya di kala di susah mahu pun dia senang. Setelah selesai membetulkan tudungnya dia memasukkan Cermin itik itu tadi ke dalam begnya.
"kau ni bongok hah kan dah kene" Syakina menarik rambut Farah tanpa melepaskan.
"okey okey sorry.. dah dah aku nak bayar ni" kata Farah.
"hmm satu jatuh harga beraba ya??" soal Rania.
"hmm hari ni ada buat promotion 2 pasang baju RM 100 sahaja Cik" kata Jurujual itu.
"Alhamdulillah jimat duit aku" kata Rania dia mengeluarkan Not bernilai Rm 50 kepada NurNazlyna.
"erh korang dah lah tu mana duitnya bak sini haih lah" NurNazlyna memandang Farah dan Kinah yang sedang bergaduh itu.
Syakinah melepaskan pegangan dari rambut Farah dan tersenyum kepada NurNazlyna.
"ni duitnya" kata Farah memberikan not RM 50 kepada Rania.
NurNazlyna mengeluarkan duit RM 50 3 keping dan memberikan kepada Jurujual itu.
Farah membetulkan ikatan rambutnya yang sudah terburai. Syakinah hanya tersenyum sinis.
Farah menjeling.
"erh dah dah jom korang ni" NurNazlyna menarik tangan Farah.. Rania pula menarik tangan syakinah.
Sampai di luar butik mereka memakai kasut mereka.
"banyaknya korang borong" kata Fariq sambil mengerutkan dahinya.
"hmm bridesmaids sorang satu lah bajunya" kata NurNazlyna.
Fariq dan Faruq memandang sesama sendiri.
"jom pergi makan aku lapar... lama sangat tunggu Cikgu tak sampai sampai" kata NurNazlyna.
"jom kita makan dekat depan sana ada kedai makan makanan arab" Kata Fariq dan berjalan.
"boleh gak" semua mengikuti Fariq termasuk NurNazlyna dan yang lain.
"wey mana Cikgu dengan Shahril kau kata dia orang join??" soal Farah
"kejap lagi lah tu.." balas Nurznazlyna.
Mereka berenam tiba di kedai yang di katakan oleh Fariq tadi. Mereka semua memesan makanan. NurNazlyna memesan nasi arab ayam.
"wey kau tahu tak tadi tiba tiba aku teringat pasal Ustazah Wati." kata NurNazlyna.
"kenapa dengan Ustazah wati??" soal Farah.
"hish aku teringat lah waktu Fariq dengan Faruq pancitkan tayar kereta dia" kata NurNazlyna.
Mereka semua gelak terbahak bahak Rania pula menepuk nepuk meja kerana dia gelak begitu fokus sekali.
"hahahahahah ya dowh asal erk kau orang pancitkan tayar ustazah tu??" Farah masih bersisa gelaknya.
"hmm tak ada apa... okey macam ni.. dulu kau ingat tak waktu tu kau orang kene denda??" soal Faruq.
Mereka senua menganggukkan kepala. Air minuman sampai jua.
"masa tu aku kesian lepas tu aku nekad ajak si fariq ni pergi pancetkan kereta ustazah tu" Faruq bercerita.
"fuh bagus lah kau... kau memang lah... tapi nasib kita mengaku waktu salam restu tu kan" Farah menggodak airnya.
"tu lah tapi bila ingat balik kejang perut aku gelak" Rania berkata.
"wey wey kau ingat esoknya tu kita semua jalan memapah antara satu sama lain" syakinah pula berkata.
"haah dowh hahahahah aku tak boleh arh gitu" NurNazlyna ketawa.
Mereka sama sama ketawa geli hati bila teringat kenangan yang lama.
"excuse me guys?? hmm kita pernah jumpa ke??" soal seorang lelaki kepada NurNazlyna yang duduk di sebelah Farah.
"hmm awak yang saya jumpa dekat kedai makan dengan tunang saya hari tu kan??" NurNazlyna hanya tersenyum.
"yes my name is Alen just call me are Alen." Alen menghulurkan tangan kepada NurNazlyna tetapi NurNazlyna tidak menyambutnya.
"yes sir can i help you" kata Faruq. Bila melihat lelaki itu ada sesuatu yang tak baik dengan NurNazlyna.
"i want this girl for be a mine girlfriend can you help me??" soal Alen kapada Faruq dan Fariq yang sudah berdiri.
"Fariq, Faruq tak apa biar aku yang setlekan. Sorry sir i rasa you dah tahu kan yang i dah bersuami so you nak apa lagi dari i??" NurNazlyna menyoal tegas.
"yes i know.. tapi i rasa tu bukan suami you kan tu abang you kan??" Alen tidak mahu mengalah.
"up to you.. tapi itu memang suami saya jadi?" Nurnazlyna sengaja menekan perkataan suami.
"haih sayang kenapa lah awak ni degil sangat hah" Alen menarik tangan NurNazlyna. Ramai yang memandang ke arah mereka semua kerana dengan seorang lelaki.
"lepas lah!!" NurNazlyna menarik tangannya tetapi apakan daya.. kudratnya tidak mampu untuk melawan.
"apa ni bro lepas lah tangan kawan aku tu" kata Fariq sambil mencekakkan leher lelaki itu.
Azri amsyar yang melihat kekecohan di kedai nasi arab itu turut masuk alangkah terkejutnya dia apabila melihat NurNazlyna yang sedang menangis teresak esak di bahu Farah.
Dia memandang ke arah Alen dengan perasaan yang marah.. Lalu dia berlari tanpa menghiraukan shahril yang sedang bercerita tentang Syakinah.
Tanpa mendengar penjelasan Azri Amsyar menumbuk muka Alen dengan penuh geram dan amarahnya. Alen membalas tumbukkan itu. Fariq menahan Alen untuk menumbuk Azri Amsyar. Shahril pula menahan Azri Amsyar.
"bro rilex bro rilex" kata Shahril dia duduk di hadapan Azri Amsyar.
"Lagi sekali aku cakap dekat kau jangan kacau bini aku.. apa masalah kau yang nak kacau bini aku!!!" Azri Amsyar menjerit di dalam kedai itu.
Alen mengelap Darah yang meleleh di bibirnya dengan menggunakan ibu jarinya.
Ramai mata yang memandang ke arah mereka semua. pelayan pelayan itu juga turut memandang mereka. Ada juga yang berbisik.
"Cikgu sudah lah tu jom jom kita keluar dari sini jom" NurNazlyna memegang tangan Azri Amsyar yang berbaju t'shirt lengan pendek.
"kau orang tolong aku satle kan dia ni.." Nurnazlyna menjeling ke arah Alen.
"jom Cikgu.. hmm shahril kalau awak nak makan ambik lah makanan saya tu nanti." kata Nurznazlyna segera menarik tangan Azri amsyar dan keluar dari kedai itu.
"hmm so bro what do you want??" soal Shahril.
"aku cuma nak berkenalan dengan perempuan tu jerw... jantan tu yang melenting" kata Alen.
"For you information yang jantan tadi tu bakal suami perempuan tu.. kalau setakat nak berkenalan tu perempuan dekat sana tu boleh kau kenal lagi lagi tu pelayan tu pon kau boleh berkenalankan??" Faruq menunjukkan kearah seorang pelayan perempuan.
"kita ni lelaki bro jangan sesekali jatuhkan maruah seorang lelaki. kau tak malu ke orang lain tengok perangai kau macam ni.... kalau aku malu bro"Fariq tersenyum sinis.
"for you guys yang ada dalam kedai ni saya minta maaf sangat sangat bagi pihak kawan saya dan saya akan bayar ganti rugi balik dekat kedai ini... then lagi satu saya minta tolong padam jikalau ada sesiapa yang merakan Video tadi... kalau anda ingkar dengan arahan saya, saya sendiri yang tak akan teragam agak untuk bawa kes ini ke tengah sekian." kata Shahril.
Mereka keluar dari kedai itu. Shahril meletakkan cek bernilai RM 5000 dan meletakkan di atas kaunter.
Selepas itu mereka keluar untuk mecari NurNazlyna dan Azri amsyar.

NURNAZLYNA DAN AZRI AMSYAR duduk di hadapan air pancut yang memang sudah tersedia di situ. Sejak dari tadi mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja.
NurNazlyna memandang ke arah Azri amsyar yang sedang menahan amarahnya. Marahnya sama seperti masa mereka berdua di situasi yang sama.
"kenapa Sayang pandang saya macam tu??" soal Azri Amsyat dia memusingkan badannya mengahadap Nurnazlyna di sebelah.
"tak ada apa apa.. saya nak tanya dengan Cikgu kenapa Cikgu perlu marah macam tadi tu? boleh kan cakap elok elok" NurNazlyna mengerutkan dahinya.
"saya cuma tak nak dia apa apa kan awak jerw" kata Azri Amsyar.
"ya allah kan Fariq dan Faruq ada dengan saya tadi... Farah dengan yang lain lain pon ada tadi" NurNazlyna mengerutkan dahinya.
"awak fikir saya tak nampak ke? apa yang dia buat dekat awak tadi saya nampak tau dia pegang pegang tangan awak" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"ya lah tapi kan Fariq Faruq ada. saya dah tarik dah pun tangan saya.. yang Cikgu nak gelabah sangat kenapa... Cikgu tahu tak bahaya.. Cikgu buat macam tu.. nyawa Cikgu tu lagi penting tau" NurNazlyna berkata geram.
"awak kata saya gelabah erh dengar sini erk saya sayang awak tau kalau saya tak sayang tak adanya saya buat macam tadi tu...siapa suruh dia pegang bakal isteri saya... memang dapat lah jawabnya..." Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"erh kot ya pun fikir lah sikit orang lain pandang tau tadi tu tak tahu ke!?? Cikgu boleh tak buang sikap cemburu buta Cikgu tu saya penat lah macam ni..." mata Nur Nazlyna sudah merah kerana menahan mahu menangis. Tangannya juga menggigil teruk dia sudah lama tidak berperasaan sebegini.
Azri Amsyar memandang tangan NurNazlyna yang sedang menggigil. Dia hanya diam tidak berkata apa apa..
"Saya Tak nak lah bila kita dah kawin nanti Cikgu macam ni dengan saya.. Saya tahu Cikgu jadi macam ni sebab Cikgu tak nak kehilangan saya tapi tolong lah berubah.. sebab saya takut bila Cikgu jadi macam tadi tu Cikgu akan marah saya macam mana Cikgu marah lelaki tadi tu..." Kata NurNazlyna sayu. Air mata NurNazlyna jatuh juga.
Hari ini kononnya mereka nak meraikan hari pernikahan mereka bersama kawan kawan dan sahabat mereka tapi lain pula yang jadi.
"okey sorry okey awak jangan menangis macam ni orang pandang tak elok nanti dia orang fikir yang saya buat bende bukan bukan dekat awak..." Azri Amsyar mahu memujuk NurNazlyna yang sedang menangis di hadapannya.
Hati Azri Amsyar berasa sakit apabila melihat NurNazlyna yang sedang menangis di hadpannya.
"Cikgu lah yang buat saya macam ni saya tak nak lah Cikgu jadi macam tadi saya takut.." NurNazlyna berkata sebak.
"saya minta maaf okey...sebab buat awak macam ni... saya tak boleh tengok awak kene macam tadi tu saya takut saya rasa trauma bila tengok awak macam tu sorry okey" Azri Amsyar meraih kedua. tangan NurNazlyna.
NurNazlyna memandang Azri amsyar yang sedang memegang tanganya. NurNazlyna menarik kembali tanganya.
"saya maafkan Cikgu tapi tolonglah jangan buat macam tadi tu.. Cikgu cuba fikir kalau tiba tiba Cikgu tertumbuk saya tadi macam mana" kata Nurnazlyna.
"tapi ingat erk Cikgu kalau Cikgu buat lagi saya akan tangguhkan hari pernikahan kita itu untuk kali pertama kalau Cikgu buat kali kedua saya terpaksa pergi dari Cikgu... Assalammualaikum." NurNazlyna meninggalkan Azri Amsyar bersendirian.
NurNazlyna berasa kecewa dengan sikap Azri Amsyar yang selalu cemburu buta dengannya. Tetapi Apabila NurNazlyna melihat dia dan perempuan lain tidak pula berfikir sedemikian.
Azri Amsyar memamndang berlakang tubuh NurNazlyna yang sudah menjauh pergi dengan pandangan kosong. Dia tidak tahu mengapa dia menjadi sebegitu apabila melihat NurNazlyna dengan lelaki lain. Mungkin dia terlampau sayang akan NurNazlyna ketika ini.
Mungkin juga Allah SWT memberi ujian kepada mereka berdua ketika ini. Azri Amsyar meraup muka kesal dengan tindakkannya yang hanya membiarkan NurNazlyna seorang diri begitu.
Mereka sepatutnya menggembirakan hati ketika ini tetapi lain yang di rancang lain pula yang terjadi. Itulah orang kata Kita ni hanya mampu merancang hanya Allah sahaja yang menentukan rancangan kita itu jadi atau pun tidak.
Azri Amsyar memandang orang sekeliling yang melihat pergaduhan mereka berdua sebentar sahaja tadi.


NUR NAZLYNA MELIHAT biliknya yang sudah siap di kemas oleh Sufia dan Erra Nazirah tadi. Sungguh Cantik banginya katil kelamin bersaiz queen yang di ubah suai kan menjadi seperti pelamin. Kelambu yang di ikat pada hujung dinding.
NurNazlyna tidak mahu kelambu itu sebenarnya kerana baginya itu sangatlah menyusahkan dirinya sendiri tetapi Puan Rose yang memaksa untuk memasang kelambu itu katanya tema kampung mesti kene ada kelambu.
NurNazlyna malas mahu bergaduh dengan Puan Rose dia hanya menurut sahaja kata kata Puan Rose itu. Encik Mohammad pula sedang sibuk dengan rumah baharunya di shah alam.
Tinggal barang barang sahaja yang mahu di letakkan di rumah itu. semua sudah siap.
Sudah seminggu NurNazlyna tidak menghubungi Azri Amsyar kerana marah dengannya. Azri Amsyar ada juga menghantar whatsaap dengannya tetapi itu berkenaan dengan baju apa semua. Bukan berkenaan dengan hubungan mereka.
Di rumah Puan Rose dan Encik Mohammad sedang sebuk mengubah suaikan perabut di rumah itu untuk bagi luas sedara mara masuk pada esok hari. Gembira betul Puan Rose dan Encik Mohammad senyuman tidak lekang di bibir. Sunggug NurNazlyna rindu akan kenangan ini.
"meja makan ni letak dekat luar sebab nanti senang nak letak makanan." kata Encik Mohammad kepada Fariq.
Farah,Rania dan syakinah sedang mengubah suaikan hantaran yang hendak di bawa pada esok hari. NurNazlyna pergi ke dapur.
Dia memandang ke arah Puan Rose dan Puan Farida iaitu Ibu kepada Farah sedang berbual mesra sambil memotong bawang dan cili. Ada juga Puan Ratna dan Puan syamsiah, iaitu ibu kepada Rania dan Syakinah.
"adik nak apa datang ke dapur ni" soal Puan Rose
"orang nak ambik air nak bagi dekat ayah dengan yang lain lain dekat depan tu" Nurnazlyna mengambil jug air dan dia membuat air kopi.
"Pandai Lyna buat air, sedap air makcik tengok meh makcik nak rasa" kata Puan syamsiah.
NurNazlyna menuangkan air di dalam cawan dan memberikan kepada Puan syamsiah.
"sedap lah pandai anak Rose buat air" kata Puan Syamsiah sambil menepuk sedikit peha Puan Rose. NurNazlyna berasa segan kerana di puji sebegitu.
"tak adalah kak air jerw tu" Puan Rose menafikan.
"ibu orang hantar air ni dulu lah ya" kata NurNazlyna.
Puan Rose mengangguk. NurNazlyna membawa air kopi itu di dalam dulang. Dia berjalan dan melatakkan di atas meja di luar rumah.
NurNazlyna menuangkan air itu ke dalam cawan dan dia masuk ke dalam bilik. hantaran biar lah kawan kawanya sahaja yang membuatnya.
Nurnazlyna berasa jantungnya berdegup laju dan gementar kerana lagi beberapa jam sahaja dia akan di hijabkabulkan dengan Azri Amsyar.
Tok..tok..tok
Pintu bilik NurNazlyna berbunyi NurNazlyna bangun dan membuka pintu biliknya. Wajah Sufia di sebalik pintu.sufia masuk ke dalam bilik NurNazlyna.
"Adik okey??" soal Sufia.
"orang okey kak cuma tu lah rasa takut pun ada rasa gementar gugup semua ada kak" NurNazlyna mengeluh.
"kenapa pula rasa macam tu adik dengan Azri okey kan??" soal Sufia.
"hmm orang dah seminggu tak cakap dengan dia kak" kata NurNazlyna.
"kenapa.. apa masalahnya lagi?cuba cerita dekat akak mana tahu akak boleh tolong" Sufia memegang tangan Nurnazlyna.
"hari tu waktu orang keluar dengan kawan kawankan dia join sekali lepas tu kita orang pergi makan dulu tapi Cikgu tak sampai lagi waktu tu jadi kami makan lah dulu. then ada seorang lelaki ni datang dekat orang tiba tiba lelaki tu kata dekat orang yang dia nak orang lah apa lah. Faruq dengan Fariq pun dah cakap elok elok dengan dia. tapi dia berdegil tetap juga nak kan orang. sekali dia pegang tangan orang Kuat sangat. tiba tiba Cikgu datang tumbuk muka dia. orang lah tahan Cikgu waktu tu. orang lain semua pandang jerw dekat orang waktu tu malu lah orang. lepas jerw dari tu orang marahlah Cikgu sampai lah orang pergi dia tak tahan pun orang pergi." panjang lebar NurNazlyna menceritakan masalah yang yang di sedang menghadapi ketika ini.
"jadi itu salah korang berdua, dua ii salah. dengar ni adik Azri tumbuk lelaki tu sebab dia pegang tangan adik waktu th dekat public yes adik malu tapi adik pun sama adik marah Azri dekat Public juga cuba adik fikir sikit dia tu pun malu juga sebab adik marah dia.. mula mula dia dah minta maaf dengan adik tapi kenapa adik perlu panjangkan lagi cerita ni.. adik sepatutnya said sorry dekat dia bukannya adik merajuk dia merajuk last last tak ada siapa yang memujuk. Adik kita ni dalam hubungan mesti kene ada kesefahaman antara satu sama lain. Lepastu kalau pasangan kita tu api kita kene jadi air untuk menyejukkan emosi pasangan kita tu. Adik tak boleh Asyik nak merajuk jerw. okey lah macam ni malam ni adik call dia kata yang adik mintak maaf. minta maaf elok elok dengan dia... esok adik dah jadi isteri dia.." Sufia memberi nasihat kepada NurNazlyna.
"baik lah kak nanti orang call lah dia" kata NurNazlyna sayu.
"hmm okey.. dah lah akak nak keluar nak tidurkan anak anak lepas tu nak gosok baju untuk esok. adiknya baju nikah mana meh akak gosokkan" kata Sufia.
"baju nikah memang dah siap gosok Makcik Maznah dah gosokkan baju tu hari tu" NurNazlyna.
"hmm okey akak keluar dulu lah ya" kata Sufia.
NurNazlyna memikirkan tentang kata kata Sufia itu tadi ada betulnya juga apa yang di cakap oleh Sufia.
NurNazlyna mengambil telefonnya dia dalam kocek seluar. Dia mendail nombor Azri Amsyar. Namun tidak di jawab.
Dia mendail buat kali kedua.
"Hello Assalammualaikum Cikgu tengah buat apa??" soal NurNazlyna kepada Azri Amsyar.
"saya baru lepas solat isyak kenapa??" Azri Amsyar menyoal.
NurNazlyna baring melunjurkan kakinya..
"Cikgu busy ke kalau busy tak apalah kita jumpa esok jerw" NurNazlyna berkata.
"tak saya tak busy.. saya pun ada benda nak cakap dengan awak sebenarnya ni" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menunggu kata kata Azri Amsyar.
"saya nak minta maaf dekat awak sebab saya dah malukan awak then saya banyak buat kesalahan dekat awak, tapi awak banyak sabar dengan saya.. saya tahu tu silap saya.. saya cemburu tak tentu pasal saya ego.. saya buat awak marahkan saya..." kata kata Azri Amsyar terhenti.
"Cikgu jangan cakap macam tu saya pun silap juga sebab marah Cikgu tak tentu pasal.. saya pun nak minta maaf juga" kata NurNazlyna sebak.
"Okey saya maafkan awak.. kita jumpa esok okey sayang, saya nak tolong Mak dekat bawah.. tadi pakcik hisyam dengan makcik Tiara datang mereka baru sampai tadi sebelum maghrib" kata Azri Amsyar.
Tiba tiba hati NurNazlyna menjadi tidak tenteram. Namun dia menolak perasaan wasangkanya.
"awak jangan risau Tania datang lusa dia tak ada dekar sini.. dia ada exam dekat sekolah sana" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menarik nafas lega.
"saya nak tanya Cikgu ni dah ready ke untuk esok.. dah hafal nama penuh saya ke??" Soal NurNazlyna.
"dah nak dengar tak??" Azri Amsyar berkata yakin.
"nak" jawab NurNazlyna sepatah.
"hmm okey dengar erk.. Aku terima nikahnya NurNazlyna binti Mohammad dengan senaskah Al quran dan sejumlah wang yang bernilai RM 5000 ringgit tunai" kata Azri Amsyar.
"wow hebat dah hafal" NurNazlyna menepuk tangan.
"hmm awak dah pack baju??" soal Azri Amsyar.
"for what saya nak pack baju??" soal NurNazlyna kembali.
"hmm untuk kita pergi honeymoon lah" Azri Amsyar.
"hmm boleh honeymoon tu kita tangguh sebab saya nak tolong ibu dengan ayah pindah rumah"kata NurNazlyna.
"erh ibu dengan ayah nak pindah rumah" Azri Amsyar berkata pelik.
"ya lah pindah rumah. lepas semua settle mereka nak pindah rumah dekat shah alam" kata NurNazlyna.
"erh dekat dengan rumah Mak lah nanti ni" ceria nadanya.
"hmm ya lah dekat dengan rumah Mak dekat seksyen 7 shah alam." kata NurNzlyna
"ouh hmm okey boleh sayang anything for you darling" Azri Amsyar berkata
"okey bye assalamualaikum ingat jaga mata jaga hati" kata Nurnazlyna.
"waalaikummussalam you too. i love you sayang kita jumpa esok ya??" kata Azri Amsyarn
"okey" jawab NurNazlyna dan menekan butang merah.
NurNazlyna duduk bersandar sambil mengenangkan apa yang akan jadi pada hari esok. NurNazlyna berdoa agar hari esok akan menjadi hari yang paling sempurna baginya. aminn..

BERSAMBUNG.......

jangan lupa follow acc Nat. ig: nataliaaisyah._ Follow tau huhuhuhuhu nanti Nat followback balik;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience