BAB 48

Romance Series 50177

_______________________________________________________________

PADA JAM 1 tengah hari barulah Mereka berjalan di gerai makan yang berhadapan dengan pantai. Walaupun cuaca yang agak panas,Azri Amsyar bertabah juga membawa isterinya makan di restoran yang berpadangan Pantai.
Azri Amsyar telah menempahkan Khas untuk isterinya makan. Selesai makan tengah hari Azri Amsyar membawa NurNazlyna berjalan di gigi air pantai yang tidak jauh dari kawasan Restoran yang mereka makan sebentar tadi
Tangan mereka saling berpegangan antara satu sama lain. Azri Amsyar memeluk pinggang NurNazlyna.
"cantiknya, air dia jernih"puji NurNazlyna apabila melihat pantai yang terbentang luas di hadapannya
"Haah.. tapi sayang lagi cantik..."Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
NurNazlyna mengerutkan dahinya dan tersenyum.
"ya jerw husband ni"kata NurNazlyna dan memandang suaminya.
Azri Amsyar tergelak.
"sayang balik bila??" soal Azri Amsyar.
"sepatutnya sayang balik esok"jawab NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk kepala sahaja
Mereka berjalan beriringan selepas jauh dari orang ramai Azri Amsyar dan NurNazlyna duduk di atas pasir.
"sayang nak tahu tak... husband sebenarnya dah balik rumah Mak semasa sayang ambik Najwa di rumah Mak hari tu."kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahi mahu mengingat kejadian itu.Apabila sudah mengingat NurNazlyna memandang suaminya di sebelah.
"waktu Najwa ada kelas tambahan ke??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk.NurNazlyna membulatkan matanya memandang suaminya
"ok ingat... Najwa ada cakap dekat sayang yang malam di mana Najwa tidur rumah Mak tu dia ada dengar suara husband..."cerita NurNazlyna dan memaut tangan Suaminya dengan erat.
"Haah sebab waktu tu Mak marah husband sebab tak nak terus terang dengan sayang"Azri Amsyar memandang Isterinya.
Ketika itu, Azri Amsyar pulang ke rumah Datin Maznah kerana mahu memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk berterus terang.
"sorry sayang"Azri Amsyar memeluk tubuh pendek NurNazlyna.
NurNazlyna membalasnya. Selepas itu mereka berjalan menuju ke arah kereta yang di parking oleh Azri Amsyar tidak jauh dari kawasan itu.
Azri Amsyar membawa NurNazlyna berjalan jalan di taman bunga yang ada pelbagai jenis bunga yang terdapat di kawasan taman itu. Azri Amsyar memetik satu bunga rose merah dan memberikan kepada NurNazlyna.
"Tadaaa.. ini untuk sayang cantik tak??" soal Azri Amsyar bunga rose merah itu bertukar tangan.
NurNazlyna menggeleng kepala memandang suami dia. Dia tersenyum geli hati melihat wajah Azri Amsyar yang tersenyum nakal.
"husband ni orang marahlah"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tergelak lalu di merangkul pinggang NurNazlyna.
"mana ada orang tengok"kata Azri Amsyar dan tersenyum.
Nurnazlyna menggeleng kepala melihat senyuman suaminya yang terpesona.
Setelah Puas berjalan jalan di Taman bunga. Mereka mengambil Najwa di hotel di mana Tania berada. Najwa seronok duduk bersama dengan Tania. Sampaikan NurNazlyna mahu mengajak Najwa pulang,najwa tidak mahu.
Sampai sahaja di lobi hotel Najwa berlari mendapatkan NurNazlyna yang berada tidak jauh dari mereka. Lalu NurNazlyna memeluk Najwa dengan begitu erat sekali.
"Najwa dah makan sayang??" soal NurNazlyna.
Najwa mengangguk
"Najwa makan dengan mama Tania... sedap sangat sangat... Mama Tania berlanja Najwa Ais krim, cotton candy macam macam lagi"kata Najwa dengan teruja.
"banyaknya dia makan seronok sangat ni duduk dengan Mama Tania."usik NurNazlyna dan menggosok kepala Najwa dengan perlahan dan lembut.
"mestilah umi...."Najwa menepuk tangan teruja
"hmm kalau macam tu Najwa duduk dengan Mama Tania biar Walid dengan umi pergi legoland"sampuk Azri Amsyar.
Najwa memandang NurNazlyna dan Azri Amsyar silih berganti.
Tania tersenyum melihat gelagat keluarga itu.
"alah Nak ikut"rengek Najwa
Mereka bertiga tergelak melihat rengekan Najwa yang memujuk NurNazlyna itu.
"okey okey jom.. now kita pergi makan dulu dan esok kita pergi lagoland"sorak Azri Amsyar.
Lalu mereka bertiga bergerak menuju ke arah kereta. Azri Amsyar. Sejak berjumpa dengan Azri Amsyar NurNazlyn tidak di benarkan memandu kereta lagi.
Pada malam itu mereka berempat makan di kedai makan yang berdekatan hotel.

KEESOKKAN harinya mereka bergerak dari mersing ke lagoland yang terletak di johor bahru mengambil masa 6 jam dan 21 minit. Mereka menaiki 1 kereta sahaja.
Sampai sahaja di lagoland Azri Amsyar pergi membayar duit, Sementara itu Nurnazlyna dan Tania tunggu di kerusi. Mereka berdua hanya mendiamkan diri sahaja.
Lama selepas itu, Azri Amsyar memanggil NurNazlyna dan Tania. Kemudian mereka masuk beriringan ke dalam pintu masuk.
Di situ ramai kanak kanak sedang bermain air kolam bersama denga pelbagai warna lego yang menarik. Ramai pengunjung yang hadir ke situ bersama dengan kanak kanak.
NurNazlyna duduk di berendam kaki di dalam kolam sambil melihat Najwa sedang bermain dengan Azri Amsyar dia atas permukaan air.
Tania duduk di sebelah NurNazlyna, sudah lama mereka tidak bertegur. Dia pula mula rasa bersalah dengan NurNazlyna.
"Seronokkan kadang kadang pergi bercuti macam ni"Nurnazlyna membuka bicara.
Tania memandang Nurnazlyna dan tersenyum.
"Haah i seronok tengok Najwa and you all bahagia... i tumpang bahagia sekali"Tania tersenyum memandang NurNazlyna yang sudah mahu bercakap dengannya.
"Tania"panggil NurNazlyna perlahan, lalu dia memegang tangan Tania.
"i'm sorry sebab i salah sangka dengan you.... i tak dengar nasihat you... i degil.. i ingkar janji dengan you sorry"kata NurNazlyna dan menggosok tangan Tania.
NurNazlyna merendahkan egonya demi orang sekeliling termasuklah keluarganya yang sudah banyak membantu sepanjang di hidup.
"its okey Nur... i'm sorry too sebab i rahsiakan dekat mana Abang Azri tinggal.sorry Nur..."Tania menarik tangan NurNazlyna lalu mereka berdua berpelukkan.
NurNazlyna tersenyum..
Azri Amsyar yang melihat NurNazlyna dan Tania dari jauh juga turut tersenyum. Alhamdulillah mereka sudah berbaik kembali.
Lama juga mereka bermandi manda di situ sehingga petang. Selepas selesai bermandi manda.
NurNazlyna sudah keletihan. NurNazlyna membawa Najwa menukar baju dan pakaian yang kering.
kemudian NurNazlyna memberikan Azri Amsyar baju tshirt hitam.Selesai mereka menukar pakaian. Mereka berjalan ke arah kereta.
"sayang dah penat ya??" soal Azri amsyar.
NurNazlyna hanya menganggukkan sahaja kepala. Dia sekarang mudah sangat letih. Maklumlah kandungan sudah semester ke tiga.
"kita pergi makan dulu lepas tu kita balik hotel okey" Azri Amsyar memaut pinggang NurNazlyna.
"okey" kata NurNazlyna dan masuk je dalam kereta yang pintu kereta yang sudah di buka oleh Azri Amsyar.
kereta Azri Amsyar meluncur laju meninggalkan tempat letak kereta di lagoland itu.

MEREKA Menunggu pesanan yang di pesan. Sementara itu NurNazlyna duduk bersandar di kerusi sambil mengusap perutnya yang memboyot itu.
Sungguh Aktif anaknya sekarang. Sehinggakan dia lelah membuat kerja atau berjalan.
"Tania you balik bila??" soal NurNazlyna.
"hmm i balik lusa sebab parent's i tak bagi lama lama stay sini.."kata Tania dan tersenyum memandang NurNazkyna di hadapannya.
"yang ini balik bila??" soal NurNazlyna pada Azri Amsyar di sebelah. sengaja mahu mengusik suaminya itu.
"sayang ni sengajakan usik husband..."Azri Amsyar memicit hidung NurNazlyna.
Tergelak Tania melihat gelagat pasangan yang sejoli ini. Sungguh manis sahaja pada pandangannya.
Selepas itu makanan yang di pesan pun sudah sampai. NurNazlyna memesan nasi goreng kampung. Nasi goreng cina untuk Najwa.
Azri Amsyar pula memesan nasi goreng pataya. Hanya kedengaran bunyi pinggan dan sudu bersatu.
"nanti rindulah Najwa dekat mama Tania kalau mama Tania dah balik"kata Najwa sedih.
NurNazlyna dan Azri Amsyar tergelak mendengar ayat Anak mereka yang sudah mahu masuk darjah satu itu.
"Alah nanti mama Tania datang lah lagi sebab nanti mama Tania nak tengok baby baru hah"kata Tania sambil mengusap wajah Najwa.
NurNazlyna tersenyum apabila Tania memandang ke arahnya. Dia melentokkan kepala di bahu Azri Amsyar.
"promise??" Najwa menunjuk jari kelinking ke dada Tania.
"yes, i'm promise sayang... atau Najwa nak ikut mama Tania pergi UK??" soal Tania.
Najwa memandang NurNazlyna dan Azri Amsyar silih berganti.Hatinya mula rasa berbelah bahagi.
"hmm Umi ikut tak??" soal Najwa pada Tania.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna di sebelah.
"umi tak boleh ikut sayang" sampuk Azri Amsyar.
Najwa menundukkan kepala memandang kakinya.
"alah...okey macam ni... Najwa dengan Mama Tania naik airplane Umi and walid naik kereta"kata Najwa dengan bersungguh sungguh.
Mereka sama tergelak mendengar. sungguh geli hati mendengarnya.
"tak boleh sayang... rumah mama Tania tu jauh... sayang sanggup ke tinggalkan umi dengan walid??" soal NurNazlyna pada Najwa.
"lagipun Umi tak boleh naik kapal terbang sebab bahaya untuk baby dalam ni" Azri Amsyar mengusap perut isterinya.
"okey okey tak apa... macam ni lepas baby dah keluar nanti Najwa ajak umi and walid pergi rumah mama Tania naik airplane boleh"Tania memujuk Najwa.
"hmm boleh... nanti mama Tania balik sini tau... Najwa bosan nanti tak ada kawan"Kata Najwa memuncungkan bibirnya.
"okey sayang. now sambung makan"Arah Tania.
Najwa mengikuti arah Tania.
Namun pada malam itu mereka menyambung makan mereka yang tergendala.

SELESAI sahaja makan mereka pulang ke hotel. NurNazlyna masuk ke dalam hotel dia sudah penat dah letih ketika ini. Dia sudah tidak mahu memikirkan apa tika ini. Yang di mahu hanya tidur sahaja.
Perut pun kenyang makan tadi. NurNazlyna terus berbaring tanpa membuka tudung. Azri Amsyar baring di sebelah NurNazlyna. 4 jam perjalanan dari legoland ke tempat penginapan mereka tinggal.
Azri Amsyar memeluk NurNazlyna dari berlakang dalam oada masa yang sama di mengusap perut NurNazlyna yang kian membulat.
"husband sayang penat ni" rengek NurNazlyna dan memusingkan tubuhnya menghadap suaminya di sebelah.
Terus sahaja NurNazlyna membalas perlukan Azri Amsyar ketika ini. Azri Amsyar tersenyum.
"hmm husband pun penat drive tadi, sayang tadi tidur jerw"kata Azri Amsyar
NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"habis tu nak sayang buat apa ni.. hmm"Nurnazlyna meletakkan tangannya di pipi suaminya.
"husbamd nak sayang kiss lepas tu urut husband boleh??" soal Azri Amsyar.
"Boleh tapi dengan syarat... husband kene mandi dulu"kata NurNazlyna.
"husband mandi dulu??"soal Azri Amsyar kembali.
NurNazlyna menganggukkan kepalanya
"yes sebab husband bau busuk"usik NurNazlyna dan menutup hidungnya.
Tergelak Azri Amsyar, Dia mencuit hidung NurNazlyna dan mengusap pipi NurNazlyna dengan perlahan.
"pandai kenekan husband erk..."Azri Amsyar menggelengkan kepalanya.
"mana ada sayang kenekan Husband sayang cakap benda yang betul... husbnd busuk"Kata NurNazlyna dan tersenyum geli hati.
Azri Amsyar memeluk NurNazlyna dengan kuat. Selepas itu dia mencium seluruh wajah NurNazlyna.
"sekarang sayang dah busuk apa kata kita mandi sama sama"kata Azri Amsyar dan bangun berdiri di sisi katil.
Tergelak Nurnazlyna melihat Azri Amsyar yang sudah berdiri di sisi katil.
"tak naklah sayang.. husband pergilah dulu mandi sorang sorang"tolak NurNazlyna segan.
Malu dia apabila Azri Amsyar memandangnya begitu. NurNazlyna menyembunyikan senyuman.
Tanpa banyak berkata dengan sekejap sahaja.NurNazlyna dapat merasakan tubuhnya berada di awang awangan. NurNazlyna memandang suaminya.
"nasib tak jatuh"kata NurNazlyna dan sempat memeluk batang leher Azri Amsyar.
"tak apa husband ada jom kita mandi ya sayang"Azri Amsyar membawa NurNazlyna masuk ke dalam kamar mandi.
Hampir satu jam mereka berada di kamar mandi. NurNazlyna memakai bathing suit towel yang sudah tersedia oleh pihak hotel. Tali di ikatkan dengan ketat sehinggan nampak perutnya yang kian membulat.
Rambut yang basah di keringkan menggunakan pengering rambut. Tiba tiba pengering rambut itu bertukar tangan. NurNazlyna memandang Azri Amsyar dari pantulan cermin.
"kenapa bila husband pegang rambut sayang... sayang rasa nak tidur erk"kta NurNayna.
"sebab husband dah salurkan cinta husband pada sayang... sebab tulah sayang jadi mengantuk. husband nak sayang fikirkan pasal husband sentiasa"Azri Amsyar mengeringkan rambut NurNazlyna yang kian panjang melepasi pinggul.
Tergelak NurNazlyna mendengar ayat suaminya. Dia membiarkan sahaja suaminya yang mengeringkan rambutnya.
"esok kita dah nak balik..."kata Nurnazlyna.
"alah lain kali kita datang lagi... okey husband janji nanti kita bawa baby pula"Azri Amsyar memandang Nurnazlyna dari pantulan cermin.
"promise"NurNazlyna menunjukkan jari kelinking pada Azri Amsyar.
"yes i'm promise sayang..."kata azru Amsyar dan tersenyum.
NurNazlyna memusingkan tubuhnya menghadap Azri Amsyar. kemudian dia membuka butang baju pijama yang di pakai oleh Azri Amsyar sehingga habis. Terus sahaja di memeluk badan Azri Amsyar dengan tanpa berbaju itu.
Dia berasa selesa apabila memeluk Azri Amsyar begitu. Azri Amsyar yang melihat gelagat manja isterinya itu hanya mampu menggeleng kepala sahaja.
"jom tidur sayang dah mengantuk"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengendong tubuh NurNazlyna. Pengering rambut dan sikat di letakkan di atas meja solek.
"tak akan sayang nak pakai macam tidur... tukar baju dulu"kata Azri Amsyar melihat pakaian NurNazlyna yang hanya mengenakan bathing suit towel sahaja.
NurNazlyna hampir terlupa dia bangun dari kerusi. Selepas itu, Dia berjalan ke arah beg pakaiannya dan mengambil baju pijamasnya yang sama warna dengan Azri Amsyar memakainya.
Selesai menukar pakaian. NurNazlyna duduk bersandar di kepala katil sambil melunjurkan kaki.Telefon bimbit di ambil dia melihat segala perbualan dan meses yang masuk.
NurNazlyna membaca setiap perbualan di dalam group whatsap.

THE MEON'S GROUP.
FARAHBEBAL:guys plan kita berjaya..
TANIA: (hantar gambar)
KINAHSENGAL: wow dah bahagialah kawan kita ni... hmm kalau macam tu cepat lah baby yang baru ni dapat adik lagi

NurNazlyna mengerutkan dahinya membaca perbualan mereka. Dia terfikir macam mana Tania boleh ada di dalam group ini. Terkejut dia apabila melihat gambarnya bersama dengan Azri Amsyar di atas train.

RANIABONGOK: HAHAHAHAHA kau ingat Lyna ni kilang.
ME: ouh ni semua plan korang lah ni dasar otak senget... kemain lagi korang kerjakan aku erk...

Balas NurNazlyna. Dia bukan mahu marah sangat pun dia cuma sengaja mahu mengusik kawan kawannya.

TANIA: Ini semua plan Azri

NurNazlyna memandang Azri amsyar di sebelah yang sedang melihat ipadnya itu. mungkin dia membuat kerja officenya lagi.

Me:thanks korang... aku bukan nak marah sangat pun cuma aku tak sangka yang korang sanggup buat aku macam ni...
FARAHBEBAL: alah kau ni... kau dah banyak tolong kami.. kau sendiri yang cakap kita susah senang sama sama...
RANIABONGOK: itulah tu..
KINAHSENGAL: so kalau Lyna dan Azri dah bersatu aku dengan shahril boleh kahwin lah ni??

NurNazlyna tergelak membaca ayat Syakinah itu. Ada ke patut di tanya soalan begitu.

TANIA: so cuma i jerw lah yang masih single ni
ME: alah you cuba cari mat salleh celup dekat UK
TANIA: banyaklah you mat salleh celup i nak cari yang ada ciri ciri melayu.
FARAHBEBAL: Baguslah begitu.. nanti aku tolong kau cari.
TANIA: Boleh i okey jerw.
ME: erh kejap kejap macam mana Tania boleh ada dalam group ni erk??
RANIABONGOK: Sebab azri yang suruh kita orang plan dengan kami... sebelum ni aku dengan farah buat group lain dalam group tu ada Azri dengan semua orang yang terlibat kecuali kau...
FARAHBEBAL: But now aku suruhlah Rania masukkan Tania dalam group ni baru tadi aku masukkan.
KINAHSENGAL: Faruq dengan Fariq aku dah leftkan

NurNazlyna menggeleng kepala dan tersenyum apabila Syakinah mengatakan bahawa Faruq dan Fariq sudah keluar dari group mereka.

TANIA: tak apakan i masuk dalam group ni??
ME: Erh tak apa i okey jerw sebab i lagi suka you berkenalan dengan Kawan kawan i yang senget benget ni
RANIABONGOK: jahat mulut erk.

NurNazlyna tersenyum. Azri Amsyar di sebelah yang melihat isterinya yang asyik tersenyum sahaja memandang dan mengerutkan dahi.
"sayang chat dengan siapa tu??" soal azri Amsyar tetapi matanya masih memandang pada kaca skrin ipadnya.
"pakwe baru"balas NurNazlyna selamba.
Laju sahaja Azri Amsyar merampas telefon bimbit dari tangan NurNazlyna
"amboi tak padan dengan perut memboyot ada hati nak cari pakwe baru erk" Azri Amsyar menjauhkan telefon bimbit NurNazlyna. Apabila Isterinya mahu mencapai.
"biarlah itu pakwe sayang..."kata NurNazlyna dan mahu merampas telefon bimbitnya pada tangan Azri Amsyar.
"werk tak boleh"Azri Amsyar menyelitkan telefon bimbit itu di bawah bantal.
"husband bagilah balik... sayang tak chat dengan sesiapa pun sayang chat dengan Farah jerw"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tidak mengendahkan kata kata isterinya. Dia hanya membiarkan sahaja. Kemudian dia hanya melihat ipadnya sahaja. Dia mahu menyudahkan segala kerja yang di buat.
NurNazlyna berdecit.
Lalu dia merampas pula ipad di tangan Azri Amsyar. Kemudia dengan cepat di bawa lari dan duduk di sofa yang tidak jauh dari katil.
"Sayang husband tengah buat kerjalah"kata Azri Amsyar yang terkejut melihat isterinya itu berlari.
"tak boleh kalau nak bagi fon sayang dulu" kata NurNazlyna dan berlari ke kiri.
Azri Amsyar berjalan ke arah kiri. NurNazlyna berlari ke kanan. Apabila Azri Amsyar mengejar ke arah kanan NurNazlyna berlari ke arah kiri.
"sayang jatuh nanti" tegur Azri Amsyar.
NurNazlyna tidak mempedulikan kata kafa dari suaminya. Dia terus berjalan dengan laju menuju ke arah balkoni bilik mereka.
"aip kalau husbamd dekat sayang campak"ugut NurNazlyna.
Azri Amsyar membulat mata apabila diugut begitu. Mana mungkin dia membiarkan isterinya membuang ipad kasayangannya.
"sayang mana boleh macam ni...."kata kata Azri Amsyar terhenti apabila NurNazlyna memandang ke arahnya dengan pandangan tajam. Dia mendiamkan diri.
"Hish husband ni... husband buat kerja ke apa hah... ni siapa perempuan ni?? Sesuka hati jerw husband follow dia sayng tak sukalah"NurNazlyna mengerutkan dahinya. Selepas itu NurNazlyna melihat segala kerja yang di buat oleh suaminya.
Sungguh dia Kasihan melihat suaminya yang membawa kerja pejabat ke sana ke sini.
"husband kalau nak kerja, kerja jerw lah sayang okey.."kata NurNazlyna dan memandang suaminya.
Azri Amsyar membalas pandangan isterinya di yang sedang membelek segala kerja yang di buat.
"Husband bukan tak nak pergi kerja... tapi sayang okey ke duduk rumah sorang sorang??" soal Azri Amsyar dan mengambil tempat di sebelah NurNazlyna.
"aip siapa suruh dekat"marah NurNazlyna dan bangun dari kerusi.
"sayang sampai bila nak macam ni??"soal Azri Amsyar.
"siapa suruh tak bagi fon sayang..."kata NurNazlyna dan mahu masuk ke dalam.
Dalam sekelip kata sahaja di berada dalam dukungan Azri Amsyar yang mendukungnya.
"lepaslah"NurNazlyna meronta ronta dari suaminya.
Azri Amsyar memeluk NurNazlyna yang sudah berada dalam perlukannya dengan erat. Ipad yang sudah jatuh di biarkan.
"siapa suruh nakal sangat hari ni..."kata Azri Amsyar.
Mata mereka bertentangan antara satu sama lain, sungguh NurNazlyna rindu dengan pandangan seperti itu.
Azri amsyar membaringkan NurNazlyna dengan perlahan di atas katil. Dia menindih tubuh isterinya untuk seketika.
Azri Amsyar mencium setiak wajah NurNazlyna dengan penuh kasih dan sayang sehinggalah ke bibir mungir isterinya.
Selepas itu Azri Amsyar menutup pintu balkoni dan lampu tidur. Mata dari sang isteri tidak di lepaskan lagi.
Lalu pada malam itu. Mereka berdua tidur dengan lena sekali dan tidak ada gangguan yang menganggu.

MEREKA tiba di rumah Encik Mohammad dan Puan Rose pada petang hari. NurNazlyna menaiki kereta Azri Amsyar manakala Najwa menaik kereta NurNazlyna yang di pandu oleh Tania.
"alhamdulillah kamu berdua sudah bersatu... ayah bukan apa Azri tak elok tinggalkan Lyna tu lama lama seorang diri.. maklumlah dia tukan mengandung... emosi orang mengandung ni lain sikit"Kata Encik Mohammad.
Ketika itu mereka sedang bersembang di beranda rumah. NurNazlyna pula duduk ke dapur bersama dengan Puan Rose dan Erra Nazirah.
"Ini pun saya susah nak pujuk yah... hanya allah Encik Mohammad.
"ingat Azri kalau Lyna dah bagi peluang dekat kamu tu dah di kira bersyukur tau sebab kamu tu dah di kira beruntung sebab Lyna bagi peluang.."Encik Mohammad menepuk nepeuk bahu Azri Amsyar.
"insyaallah yah"kata Azri Amsyar lagi.
Kemudian mereka berdua masuk ke dalam rumah untuk menjamu selere makan.
"Adik dah dah lah tu buat kerjanya.. duduk makan"tegur Puan Rose yang melihat NurNazlyna sibuk membawa pinggan dari dapur ke depan.
"kakak tak balik ibu??" soal NurNazlyna.
"balik kejap lagi mungkin lepas maghrib sampailah tu..."kata Puan Rose.
NurNazlyna duduk di sebelah Azri Amsyar dan memberikan pinggan yang berisikan nasi putih.
Selepas itu dia mencedokan lagi nasi ke untuk Puan Rose dan Encik Mohammad tidak lupa juga untuk anaknya Najwa.
Tania sudah pulang ke rumah Datin Maznah. Katanya mahu mengemas barang.
"hmm dik nanti nak ikut ke pergi hantar rombongan dekat rumah kak mariam??" soal Puan Rose.
"boleh juga sebab sekali dengan majlis bertunangkan ibu??" soal NurNazlyna.
Puan Rose mengangguk.
Selepas itu, Mereka menyambung makan. habis sahaja menjamu selera. NurNazlyna naik ke atas untuk membersihkan diri. Sungguh penat hari ini.
Najwa pula sudah masuk ke dalam bilik atok dan neneknya iaitu Puan Rose dan Encik Mohammad.
Selesai sahaja mandi NurNazlyna duduk berkemban di birai katil. nasib sahaja ketika itu Azri Amsyar pergi ikut Encik Mohammad menunaikan solat maghrib di masjid.
NurNazlyna duduk mengusap perutnya yang semakin sihat membesar. Kemudian NurNazlyna bangun untuk memakai pakaian.
Tiba tiba NurNazlyna terasa ada tangan melingkar elok di pinggangnya. Hangat sungguh perlukkan dari sang suami.
"Awalnya balik" kata NurNazlyna.
"sengaja balik awal sebab kepala husband pening lepas solat maghrib..." kata Azri Amsyar dan mengidu haruman rambut dari isterinya yang sungguh wangi.
"hmm ya ke ni macam tipu jerw??"usik NurNazlyna dan tersenyum
"betul husband tak tipu husband pening kepala tadi" Bersungguh Azri Amsyar berkata.
"habis ni elok jerw sayang tengok" kata NurNazlyna sambil memgerutkan dahinya.
"sebab ada sayang tu yang husband elok jerw ni"Azri Amsyar berkata manja.
NurNazlyna tergelak kecil.Lalu dia mencubit pipi Azri Amsyar kerana geram.
"sakitlah sayang" rengek Azri Amsyar.
"padan muka... dahlah pergi depan sana sayang nak pakai baju..." arah NurNazlyna.
Azri Amsyar merangkul pinggang NurNazlyna dengan erat sekali.
"husband sayang nak ambik baju ni... nanti maghrib terlepaslah" kata NurNazlyna apabila Azri Amsyar sudah mencium lehernya.
Azri Amsyar melepaskan perlukkannya. NurNazlyna hanya menggeleng kepala melihat suaminya itu.
"husband husband perangaj mengalahkan Najwa" kata NurNazlyna perlahan.
"husband dengar tu" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
NurNazlyna menutup mulut dengan kedua belah tapak tangannya.

3.4.21
BERSAMBUNG...

happy read okey.. kisah Azri dan Nazlyna dah nak sampai ke penghujung:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience