BAB 50

Romance Series 50179

________________________________________________

"SAYANG"panggil Azri Amsyar sambil duduk di sofa. Tonton apa lagi kalau bukan bola.
NurNazlyna yang sedang termenung itu memandang Suaminya.
"ya husband..." NurNazlyna memandang wajah suaminya.
"esok ikut husband pergi kerja ya??" Azri Amsyar memandang isterinya sekilas.
"kenapa??" soal NurNazlyna.
"esok sarah datang temu duga... husband nak jadikan dia sebagai PA sementara sebab kak Rita kan cuti" kata Azri Amsyar.
Apabila Azri Amsyar menyebut nama Sarah hati NurNazlyna mula rasa tidak sedap. Nurnazlyna mengangguk sahaja.
"kenapa tak bagi sayang jerw... sayang nak kerja juga" kata NurNazlyna. Bukan apa sejak dari Azri Amsyar menghilangkan diri sehingga ke hari ini NurNazlyna tidak di benarkan membuat kerja berat...
"Sayang jadi PA selamanya untuk husband..." ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna memuncungkan bibirnya. Dia mahu bekerja.
"kenapa ni??" Azri Amsyar duduk di sebelah NurNazlyna yang sedang memeluk tubuh.
"Sayang nak kerja juga" kata NurNazlyna.
"okey okey sayang kerja dengan husband ya macam dulu nak??" Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna.
NurNazlyna mengangguk setuju. Dia memeluk tubuh suaminya.
"boleh janji ada gaji" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengerutkan dahinya. Dia memandang isterinya di sebelah.
"gaji?? duit husband bagi tak cukup ke??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja. Dia bukan mahu bekerja sangat cuma dia bosan apabila duduk di rumah sahaja..
"bukan tak cukup, tapi sayang cuma nak pegang duit sendiri jerw... sayang tak nak bergantung dekat husband jerw... apa guna sayang berlajar" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"husband... can i ask you something??" soal nurNazlyna.
"yes about what?" Azri Amsyar memusingkan badannya menghadap isteri di sebelah.
"kalau one day.. husband jumpa perempuan yang lagi cantik lagi muda dari sayang... husband terpikat tak dekat dia??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar menelan air liurnya yang tiba terasa pahit di tekak.
"kenapa sayang tanya macam tu??" Azri Amsyar mencapai tangan NurNazlyna.
"saja tanya... husband jawablah" rengek NurNazlyna manja.
Tergelak Azri Amsyar melihat kemanjaan isterinya.
"okey okey... husband bagitahu... mungkin ya kot sebab husband tengok sekarang ni pun sayang dah gemok so bermakna husband kene tambah lagi satu cawanganlah ni" Azri Amsyar membetulkan duduknya.
NurNazlyna memandang tajam suaminya. Dia menarik tangannya dengan kasar dari genggaman sang suami.
"Sayang gemok sebab husband erh... husband yang buat sayang jadi macam ni bukan sayang yang minta..." kata NurNazlyna mula sebak.
"malaslah layan husband ni... orang serius dia main main pula tidur sorang" sambung NurNazlyna dan bangun dari sofa dengan perlahan.
Azri Amsyar tersenyum melihat rajuk si isteri. Suka dia melihat muncung NurNazlyna.
"sayang husband gurau jerw lah" Azri Amsyar turut bangun dan mengejar langkah NurNazlyma yang sedang menaiki tangga dengan perlahan.
Sempat dia menutup televisyen. Bola yang di tonton tidak di ambil peduli lagi.
"husband semua nak gurau dah lah tepi sayang nak naik"kata NurNazlyna dan menolak tubuh Azri Amsyar yang menghalang perjalannya.
Namun tidak semudah itu. Tubuh azri Amsyar tidak sedikit pun berubah dari tempat dia berdiri.
"okey okey husband minta maaf okey... mestilah husband tak akan terpikat dekat dia... husband akan terpikat dengan sayang jerw " kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memeluk tubuh.
"boleh percaya ke ni.."NurNazlyna menjeling
"bolehlah...sayang tak percaya dekat husband??" soal Azri Amsyar..
"tak, sebab tak ada bukti" kata NurNazlyna dan naik tangga dengan perlahan.
NurNazlyna menaiki tangga dengan perlahan. Tiba tiba dia terasa tubuhnya berada di awang awangan.
"Arh!!" terjerit NurNazlyna.
"Husband ni kalau jatuh tadi macam mana" NurNazlyna memukul dada Azri Amsyar.
Azri Amsyar tergelak.
Azri Amsyar mengendong NurNazlyna sehingga ke dalam bilik.NurNazlyna hanya membiarkan sahaja setiap apa yang di lakukan oleh Azri Amsyar
"ini bukti husband" kata Azri Amsyar sambil mengusap perut NurNazlyna setelah membaringkan tubuh isterinya di atas katil.
Dia menindih tubuh NurNazlyna dan mencium perut NurNazlyna.
"Kalau husband tak terpikat dekat sayang mesti sayang tak mengandung sekarang ni...." kata Azri Amsyar lembut.
NurNazlyna tersenyum mendengarnya. Dia mengusap rambut Azri Amsyar.
"mana boleh husband tidur sorang sorang macam ni" Kata Azri Amsyar dan tersenyum nakal.
NurnAzlyna faham dengan maksud di sebalik senyuman yang di beri oleh sang suami padanya.

MEREKA sampai di pejabat, Macam biasa NurNazlyna dan Azri Amsyar memakai baju sedondon berwarna meroon.
NurNazlyna memakai baju meroon bercorak batik dan Azri Amsyar memakai tuxedo hitam dan baju kemeja meroon.
Semua pekerja menunduk hormat pada Azri Amsyar dan NurNazlyna.
Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna dengan erat. Takut terjatuh.
Mereka masuk di dalam bilik ofis. Tempat di mana yang Rita duduk kosong. Rita sudah mula bercuti untuk beberapa bulan.
"Sarah mana??" soal NurNazlyna dan duduk di hadapan Azri Amsyar.
"dia lambat kot" kata Azri Amsyar.
Mulut NurNazlyna berbentuk 'O' .
NurNazlyna membuka laci untuk mengambil buku catatan. Komputer dia hadapannya di hidupkan untuk membuat kerja.
Dari semalam lagi Rita sudah menghantar whatsaap padanya Jadual Azri Amsyar pada hari ini.
NurNazlyna bangun dari meja dengan perlahan di sebabkan perutnya yang besar dia sangat lambat untuk bangun.
"Hmm okey Encik Azri hari ni cuma ada temu duga dengan Sarah dan Encik tiada tugas di luar" ujar NurNazlyna berdiri tegak di hadapan Azri Amsyar.
NurNazlyna sengaja sahaja menggunakan perkataan Encik pada suaminya itu.
"sayang ni kan banyak sayang punya encik" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tergelak kecil. Selepas itu NurNazlyna duduk di hadapan Azri Amsyar.
"jangan duduk situ duduk sini" Azri Amsyar menepuk pehanya.
NurNazlyna menggeleng.
"sayang beratlah taknak" kata NurNazlyna.
"taklah sayang tak berat sini" panggil Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya menurut sahaja. Dia berjalan ke arah Azri Amsyar. Azri Amsyar menarik NurNazlyna duduk di atas ribanya.
Lalu,NurNazlyna menyandarkan tubuhnya pada badan Azri Amsyar. Tangan Azri Amsyar mengusap perut NurNazlyna.
"baby walid buat apa hari ni??" Azri Amsyar mengusap perutnya dengan lembut.
Tergelak NurNazlyna mendengarnya.
"baby tak ada buat apa apalah walid"NurNazlyna mengecilkan suaranya.
"hish geram" Azri Amsyar mencubit hidung NurNazlyna sehingga merah.
"sakitlah husband..." rengek NurNazlyna manja.
Tergelak Azri Amsyar.
"okey sini" Azri Amsyar mencium hidung NurNazlyna.
NurNazlyna mengerutkan dahi.
"kenapa cium pula hish husband ni suka ambik kesempatan" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum.
"mana ada ambik kesempatan, tu ubatlah.."Kata Azri Amsyar dan tersenyum.
Mata mereka bertaut antara satu sama lain, wajah NurNazlyna semakin lama semain mendekat.
"Assalammualaikum" Sarah membuka pintu pejabat Azri Amsyar tanpa memgetuknya.
Azri Amsyar dan NurNazlyna gelabah. NurNazlyna berdiri.
"Waalaikummussalam"jawab NurNazlyna dan berdiri sambil membetulkan baju dan tudung yang di pakai.
"hah Sarah masuk masuk" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna duduk di tempat kerjanya.
Sarah memandang sekeliling bilik Azri Amsyar. Bulat matanya melihat bilik Azri Amsyar.
Sarah duduk di hadapan Azri Amsyar. NurNazlyna pula duduk di mejanya.
Azri Amsyar memulakan perbualan antara mereka berdua.
"Abang taknak temu duga sarah lama lama cuma... sarah tahukan yang sarah akan bekerja di sini untuk sementara??" soal Azri Amsyar.
Sarah mengangguk.
"okey do your work... bilik sarah betol betol depan bilik abang... ni kerja sarah adalah menganti PA abang sahaja untuk di pejabat... kalau abang ada kerja di luar sarah boleh ikut but naik kereta sendiri.... Lyna pula bekerja sebagai pembantu peribadi abang sahaja... maksudnya kalau abang ada kerja di luar abang akan bawa Lyna...Sarah boleh kerja di pejabat atau di luar pejabat untuk tengok pembangunan kilang yang baharu hendak di bina."kata Azri Amsyar panjang lebar.
Sarah mengangguk faham dia bangun dan berjalan ke arah biliknya. sebelum dia keluar sempat dia menunduk sedikit memandang Nurnazlyna.
NurNazlyna yang perasan azri Amsyar memandang ke arah Sarah sehingga sarah hilang dari pandangan mata.
NurNazlyna memandang tajam ke arah Azrj Amsyar. Geram dia rasakan.
"husband kata dah janji... tak nak tengok sarah lama lama..." NurNazlyna memeluk tubuh.
"okey okey dah jom kita balik... hari ni Husband nak buli sayang cukup cukup" kata Azri Amsyar dan menarik NurNazlyna.
NurNazlyna menjeling tajam, "hah buli lah malam ni tidur luar" kata NurNazlyna dan berjalan ke arah mejanya untuk mengambil beg tangan.
Azri Amsyar hanya tersenyum sahaja melihat perangai isterinya itu.Dia tidak menyesal mengawini isterinya. Walaupun dia berkahwin semasa isterinya baharu sahaja berumur 17 tahun.
Azri Amsyar sangat beruntung kerana memilik NurNazlyna. NurNazlyna pandai berdikari sendiri dan tidak pernah sedikit pun di rasa terbeban dan NurNazlyna ini menyusahkannya.
NurNazlyna mendapatkan tangan suaminya. Azri Amsyar menyambut sempat di mencium kepala Nurnazlyna yang berlapitkan tudung bawal berwarna merah meroon.
Mereka keluar dari pejabat dengan bahagia sekali. semua pekerja tersenyum melihat majikannya itu bahagia.
"so sekarang kita nak pergi mana bidadari??" soal Azri Amsyar.
"sayang teringin nak makan durian" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna apabila mereka sudah tiba di tempat letak kereta.
"lain tak bole?" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna melepaskan pegangan tangan mereka dan masuk ke dalam kereta. Dia memeluk tubuhnya.
Azri Amsyar menarik nafas panjang. Dia duduk di sebelah pemandu.
"okey okey kita pergi makan durian erk" kata Azri Amsyar beralah dengan isterinya.
NurNazlyna ceria kembali terus sahaja dia memeluk suaminya.
"sayang husband"NurNazlyna berkata meleret dia mencium pipi Azri amsyar.
"amboi time macam ni jerw lah sayang husband habis sebelum ni tak sayang" duga Azri Amsyar.
"tak sayang" kata NurNazlyna selamba dan menggosok perutnya.
"kalau macam tu kita balik jerw lah"usik Azri Amsyar.
"alah... okey okey sayang sayang dekat husband" NurNazlyna memeluk Azri Amsyar di sebelah.
Tersenyum Azri Amsyar apabila mendapat pelukkan dari isterinya.
"dah dah lepas jom kita pergi.." kata Azri Amsyar meleraikan perlukkan darj NurNazlyna.
Lama selepas itu, Kereta Azri Amsyar berada di atas jalan raya yang sesak. Bandar metropolitan yang maju.

HAMPIR 1 jam perjalan mereka tiba di gerai yang menjual durian NurNazlyna mahukan itu. sudah lama dia tidak makan durian.
"sayang tunggu dalam kereta husband pergi beli okey??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk dan tersenyum sahaja.
Azri Amsyar keluar dari kereta. NurNazlyna hanya melihatnya sahaja. Telefon bimbit Azri Amsyar berdering tanda Whatsaap masuk.
NurNazlyna membukanya. Dia melihat suaminya yang sedang bersembang dengan jurujual itu.
Lalu terus sahaja dia membuka perbualam yang masuk dari telefom bimbit suaminya.
SARAH.
Abang Azri, Terima kasih sebab terima sarah bekerja di syarikat abang Azri... Insyaallah Sarah akan bekerja dengan baik. Sebagai tanda terima kasih esok sarah bagi makanan kesukaan abang Azri...

Nurnazlyna melihat suaminya yang sudah selesai membeli buah durian itu.
Lalu dia meletakkan telefon bimbit suaminya tanpa membuang perbualam dari Sarah
"sorry lambat... sayang nak apa apa lagi tak??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya menggeleng sahaja. Di dalam hatinya cuma ada persaan syakwasangka sahaja.
"hmm husband kita balik terus okey" kata NurNazlyna.
"hmm sayang lupa ni...kita kene ambik Najwa dekat rumah Ibu... sudah seminggu dia dekat sana kasihan dia" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum kelat.
"ouh hah ya lah kot sayang lupa jom lah kita pergi rumah ibu dulu" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mula pelik dengan sikap isterinya yang hanya acuh tidak acuh sahaja menjawab soalan darinya.Baharu sahaja tadi isterinya itu bermanja dengannya.
Arh persetan itu semua....
Kereta Azri Amsyar meluncur laju ke jalan raya. Dalam perjalan NurNazlyna hanya diam sahaja. Di dalam kereta hanya kedengaran bunyi radio sahaja.
NurNazlyna buang rasa cemburu dan waswas terhadap suaminya. Dia tidak mahu di rumah ibunya nanti akan ada yang bermasam muka sahaja.
"sayang okey??" soal Azri Amsyar yang melihat wajah isterinya yang asyik berkerut sahaja.
"okey jerw husband" kata NurNazlyna.
Tiba tiba lagu pulang yang di nyanyikan oleh kumpulan insomniacks kedengaran di corong radio.
Lagu ini Azri Amsyar pernah menyanyikan untuknya di Mersing johor bahru dahulu.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar dan tersenyum. Azri Amsyar mencapai tangan Nurnazlyna dan menciumnya dengan lembut.
sampai sahaja di rumah kedua ibu bapa NurNazlyna. Mereka masuk ke dalam sambil berpimpingan tangan bersama
"umi" jerit Najwa dan berlari ke arah NurNazlyna.
"ya sayang" kata NurNazlyna dan mencium dahi Najwa.
Tidak di lupakan juga Asfa dan Aulia yang berlari mendapatkan NurNazlyna itu.
Asfa di dukung oleh Azri Amsyar.
"hah dah sampai dah mak buyong sorang ni" kata Erra Nazirah yang datang dari arah dapur dengan memakai apron.
"kau kenapa kak??" soal NurNazlyna geli hati melihat kakaknya yang sudah kusut masai.
"ibu tak ada.. ibu dengan ayah boleh pulak keluar dating.. aku terkangkang dekat rumah jaga budak budak" bebel Erra Nazirah. Dia bukan mahu mengeluh.
"habis angah dengan kak sue mana??" soal NurNazlyna.
"dia orang pergi klinik.. kak sue tak sihat... ni kau jangan cakap banyak.. erh adik ipor sini ambik humairah ni... jaga dekat sana" kata Erra Nazirah sambil menggaru kepala.
Azri Amsyar mengambil humairah.
"apa kau kak" NurNazlyna menggeleng kepala.
" laki kau mana kak??" soal NurNazlyna lagi
"laki aku outstation... hmm mentang mentang laki aku tak ada ibu buli aku macam ni" kata Erra Nazirah berpura pura menangis.
Tergelak NurNazlyna melihat gelagat kakaknya. Dia mengikut langkah kakaknya ke dapur.
"ni alang alang kau ada dekat dapur ni... tolong aku masak...potong ni" Erra Nazirah meletakkan sayur kangkung di hadapannya.
Selesai sahaja Mereka memasak NurNazlyna duduk di ruang tamu dan melihat Azri Amsyar yang sedang bermain bersama dengan Najwa Asfa dan Aulia di halaman rumah.
"oi jauh termenung fikir apa hah"sergah Erra Nazirah.
Terkejut NurNazlyna dengan sergahan itu. Dia memukul bahu Erra Nazirah dengan drastik.
"terkejut aku bebal" kata NurNazlyna geram.
Erra Nazirah tergelak kecil dan mengambil temlat di sebelah NurNazlyna.
"kau fikir apa hah??... Ada apa apa lagi yang tak kene ke... meh share dengan aku" kata Erra Nazirah memandang wajah adiknya di sebelah.
NurNazlyna hanya tersenyum sumbing.
"tak ada apalah kak" bohong NurNazlyna.
"jangan tipu akulah dik... aku bukan kenal kau tadi... 18 tahun kau jadi adik aku...aku kenal sangat kau tu... tengok muka kau pun aku dah tahu yang kau ada masalah share lah dekat aku sementara Azri tak ada ni" kata Erra Nazirah
NurNazlyna tersenyum sahaja. Dia memandang kakaknya di sebelah.
"alah kantoi pula" kata NurNazlyna.
Erra Nazirah tersenyum dan menggeleng kepala. Bukan dia tidak kenal dengan adiknya yang seorang ini.
"okeylah aku cerita" kata NurNazlyna selepas melihat pandangan tajam dari kakaknya.
"hmm adik kepada bekas tunang Azri datang balik.... aku tak tahu lah kak nak kata apa... kadang kadang aku rasa cemburu tapi aku tengok laki aku tak adalah ambik tahu sangat tentang adik arwah ni.." kata NurNazlyna.
"Azri Pernah tunang??" soal Erra Nazirah terkejut.
NurNazlyna mengangguk sahaja.
"jangan cakap dekat sesiapa tau??" pinta NurNazlyna.
"Azri sebenarnya pernah kemurungan sebabkan arwah bekas tunang Azri sendiri." kata NurNazlyna.
Erra Nazirah tergamam.
"sekarang ni... adik kepada bekas tunang Azri datang balik... aku tak tahu lah kak nak kata..." keluh NurNazlyna.
"ouh... di kira ni sebab cemburu lah ni..." duga Erra Nazirah.
NurNazlyna diam.
"dik kau dengar sini...itu masa silam Azri... kau jangan ungkit jangan sebut pun tentang tu past is past... nak bahagia dalam rumah tangga jangan sesekali ungkit tentang itu...dengar cakap aku baik baik... kalau adik kepada arwah bekas tunang Azri tu datang dan bekerja dengan Azri... kau jangan fikir bukan bukan dengan dia okey??" soal Erra Nazirah.
"kau tu isteri dia percaya cakap aku.. Azri mampu bahagiakan kau dengan anak ni... kau cuma kene fikir tentang baby ni sahaja..." kata Erra Nazirah.
NurNazlyna hanya mengangguk dan mengusap perutnya dengan perlahan.
"dah lah jangan fikir bukan bukan tak baik..." kata Erra Nazirah. NurNazlyna melentokkan kepalanya di bahu Erra Nazirah.
Erra Nazirah tersenyum lalu dia mengusap kepala adiknya.. Dia tahu Adiknya mampu mengubah segala maslah yang di hadapi.

PADA HARI minggu NurNazlyna hanya duduk bersama dengan Najwa di rumah. Azri Amsyar pula keluar katanya mahu berjumpa dengan Shahril.
"Najwa" panggil NurNazlyna.
"Sini sayang tak nak main dekat situ.. walid tak ada ni.. sayang jatuh dalam kolam tu nanti siapa nak selamatkan??" soal NurNazlyna risau. melihat anaknya bermain di kawan kolam renang yang kecil tetapi dalam.
Najwa mendapatkan berlari mendapatkan NurNazlyna.
"Umi bila adik nak keluar??" soal Najwa.
NurNazlyna tersenyum memandang Anaknya itu.
"lambat lagi sayang... kenapa sayang dah tak sabar nak tunggu adik keluar ke sayang??" soal NurNazlyna.
Najwa mengangguk sahaja.
"sabar erk... tak lama lagi adik keluarlah.. sabar okey??" NurNazlyna mengusap wajah Najwa yang berpeluh.
Najwa mengangguk sahaja. Dia mengusap perut ibunya.
"boleh Najwa tanya lagi??" soal Najwa..
"boleh sayang apa dia tu??" NurNazlyna memandang anak mata Najwa.
"bila mummy nak balik Najwa dah lama tunggu Mummy.. tapi bila tanya mummy, mummy kata nanti mummy balik tapi bila" kata Najwa sedih.
NurNazlyna tersenyum.
"Kalau Najwa rindu dekat mummy.. Najwa kene doa banyak banyak biar mummy boleh balik dengan cepat" ujar NurnAzlyna.
Najwa menadah tangan.
"ya allah. Kau ampunkanlah dosa mummy.. Najwa rindu mummy.. Najwa nak peluk dan cium mummy..kau bagilah mummy balik dengan cepat ya allah.. kau permudahkanlah urusan mummy" doa Najwa sedih.
NurNazlyna juga turut sedih mendengarnya.Terus dia memeluk tubuh anaknya.
"Najwa sabar ya... nanti mummy akan balik sayang tunggu okey??" NurNazlyna memandang Najwa. Air mata Najwa di kesat.
"atok cakap Najwa seoarang perempuan yang kuat macam Sumayyah... Sumayyah adalah wanita pertama yang mati syahid Najwa nak jadi macam Sumayyah" kata Najwa dan mengesat air mata ibunya pula.
NurNazlyna tersenyum.
Ya, ayahnya memang seorang yang pandai berkata kata dan memujuk.
"okey now jom kita naik atas mandi okey??... nanti walid balik tengok Najwa tak mandi walid marah nanti" kata NurNazlyna.
"hmm umi mandikan boleh??" pinta Najwa.
"boleh sayang jom" NurNazlyna bangun dari kerusi dan memimpin tangan Najwa untuk naik ke atas.
Tiba tiba pintu utama NurNazlyna di ketuk dari arah luar.
"Najwa naik atas dulu nanti umi datang..." arah NurNazlyna.
Najwa mengangguk dan berlari naik ke atas.
NurNazlyna berjalan ke arah pintu utama rumahnya. Lalu dia membuka pintu itu.
"erh Mak" tegur NurNazlyna dan menyalam tangan tua Datin Maznah.
"Nur lama Mak tak jumpa Nur sihat??" soal Datin Maznah.
"sihat Mak alhamdulillah... Masuk mak" pelawa NurNazlyna.
Datin Maznah masuk ke dalam rumah. Dia duduk di ruang tamu.
"Azri mana??" soal Datin Maznah memandang ke arah menantunya.
"Azri keluar sekejap Mak... Jumpa shahril... erh sekejap erh Nur pergi buat air tunggu kejap" NurNazlyna bangun kembali.
Datin Maznah menahan NurNazlyna dari bangun.
"erh tak payah Nur buat susah susah jerw.. biar mak buat sendiri Nur duduk jerw... haih Azri ni tinggalkan Bini sorang sorang dekat rumah" Datin Maznah menggeleng kepala.
"umi kata nak mandikan Najwa" jerit Najwa dari atas.
"Najwa turun dulu sayang Nekny datang ni" kata NurNazlyna dan memandang ke arah Atas.
Najwa turun ke bawah dan menyalam tangan Datin Maznah.
"cucu Nekny ni lama Nekny tak jumpa Najwa sihat??" soal Datin Maznah kepada cucu pertamanya itu.
Walaupun Najwa ini adalah anak angkat Azri Amsyar.. Tetapi dia menganggap Najwa ini adalah sebahagian daripada anaknya sendiri.
"Alhamdulillah sihat" kata Najwa girang.
Datin Maznah tersenyum melihat telatah Najwa yang bijak berkata kata begitu juga dengan NurNazlyna.
"hmm umi jomlah mandikan Najwa" kata Najwa sambil menarik tangan NurNazlyna.
"erh tak boleh sayang Najwa dah besar... umi tak boleh buat kerja berat berat tak apa biar nekny mandikan okey" Datin Maznah memandang Najwa.
"hmm okey sorry umi" Ucap Najwa.
NurNazlyna mengerutkan dahi.
"kenapa nak minta maaf pula ni??" soal NurNazlyna pelik.
"walid ajar kalau kita dah buat salah dengan orang lain... kita kene minta maaf dengan orang tu walaupun itu bukan salah kita" Kata Najwa mengingat pesanan dari ayahnya.
Datin Maznah hanya tersenyum sahaja mendengar celoteh Najwa.
"dah lah naik mandi Nur lepas tu duduk rehat. biar Mak yang uruskan Najwa hari ni... haih Azri Azri kalau dah jumpa si shahril tu.. bini dekat rumah di tinggalkannya" keluh Datin Maznah sambil mengusap lengan NurNazlyna.
NurNazlyna naik ke atas selepas melihat kelibat Datin Maznah dan Najwa hilang masuk ke dalam bilik Najwa.
Dia masuk ke dalam bilik mereka untuk membersihkan diri. NurNazlyna mengambil kain tuala miliknya. Dia mahu mencuci rambutnya juga.
Setelah selesai mandi. Alangkah terkejutnya dia melihat kelibat Azri Amsyar duduk di birai katil sambik bermain dengan ipad miliknya.
"bila husband balik??" soal NurNazlyna.
"baru jerw" Azri Amsyar memandang isterinya.
Terkejut Dia melihat isterinya yang hanya memakai kain tuala sahaja di tubuhnya dan rambut yang basah sehinggakan air menitik nitik jatuh.
Laju sahaja matanya memandang ke arah lain. Takut juga kalau kalau terjadi apa apa nanti.
NurNazlyna berjalan ke arah bilik worde drope untuk mengambil baju basahan.
"husband dah makan??" soal NurNazlyna dengan tangannya ligat menyarungkan t.shirt berwarna dark blue.
"dah sayang... kenapa tak cakap dengan husband yang Mak datang" kata Azri Amsyar dan memeluk tubuh NurNazlyna dari arah berlakang.
"sorry sayang memang nak bagitahu husband..tapi sayang mandi dulu..." kata NurNazlyna.
NurNazlyna memusingkan badanya untuk memandang Azri Amsyar.
"wanginya bau sayang hari ni..." kata Azri Amsyar sambil membantu NurNazlyna mengeringkan rambut.
"Memanglah wangi baru lepas mandi" kata NurNazlyna dan tersenyum memandang suaminya.
"ni yang buat husband makin bertambah sayang ni" Azri Amsyar mencubit pipi isterinya.
"janganlah sakit"rengek NurNazlyna manja.
Tersenyum Azri Amsyar.
"comel sangat" kata Azri Amsyar geram.
"ya ke??" duga NurNazlyna tangannya memaut batang leher Azri Amsyar.
"ya lah... kenapa tak percaya??" Azri Amsyar merangkul pinggang NurNazlyna.
NurNazlyna menggeleng kepala dan tersenyum dengan ikhlas ke arah suaminya.
"nak tahu sebabnya tak??" soal NurNazlyna.
"apa dia" Azri Amsyar mengangkat kening.
"kenapa balik lambat kalau dah tahu sayang yang comel dan cantik ni ada di rumah" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tergelak kecil mendengar ayat isterinya itu.
"husband ada hal lah tadi sayang..." kata Azri Amsyar.
"ouh okey.. tak mengapa dah pergi mandi sana... sayang nak solat maghrib ni nanti lambat pula..." kata NurNazlyna mengusap wajah suaminya.
Azri Amsyar mendekatkam wajahnya dengan wajah isteri di hadapannya.
"husband mandi" tegur NurNazlyna sambil menolak dada Azri Amsyar.
Azri Amsyar semakin mendekat. Cepat sahaja NurNazlyna menolak dada Azri Amsyar.
"jangan nanti lambat turun bawah Mak kata apa pula nanti" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum terus sahaja dia mencium perut NurNazlyna.
"sayang fikir apa hah... husband nak cium baby" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng keplanya memandang gelagat nakal si suami.
"husband ni... tak baik tau buat sayang macam ni hish " Rungut NurNazlyna selepas Azri Amsyar berlalu pergi.
NurNazlyna mengusap perutnya perlahan.
"walid awak ni nakal sungguh" kata NurNazlyna pada bayi di dalam perutnya.
Bayi di dalam perutnya seperti faham sahaja maksud ibunya terus di menendang perut NurNazlyna.
"baby pun suka ya walid usik umi macam ni" Kata NurNazlyna dan tersenyum suka.

MALAM ITU, NurNazlyna dan Datin Maznah menyediakan makan malam di dapur. Mereka hanya masak makanan yang ada di dapur sahaja.
Datin Maznah hanya menggeleng kepala melihat menantunya yang seorang ini lincah membuat kerja dapur walaupun dalam keadaan yang macam ini. Puas dia melarang. lagi melarang lagi di mahu buat.
Siap sahaja memasak. Datin Maznah dan NurNazlyna menghidangkan makanan di atas meja makan.
"husband , Najwa sini makan" panggil NurNazlyna sambil meletakkan semangkuk besar nasi di atas meja.
Najwa berlari duduk di atas kerusi. NurNazlyna tersenyum melihat Najwa yang sudah gembira sahaja.
"Nur duduk biar Mak yang buat.. Nur banyak sangat berjalan hari ni... ke sana ke sini dah dah duduk... ni Yanti sini kamu tolong ambilkan air yang sudah siap di bancuh itu" kata Datin Maznah sambil menarik kerusi di sebelah Azri Amsyar untuk Nurnazlyna duduk.
Setelah Yanti siap menuangkan air di dalam cawan yang tersusun di atas meja. Yanti berlalu.
Yanti merupakan pembantu rumah bekerja di rumah Datin Maznah. Tetapi Datin Maznah menyuruh yanti bekerja di rumah Azri Amsyar dan NurNazlyna suapaya dapat membantu NurNazlyna.
"Azri baca doa" Arah datin Maznah.
Mereka semua menadah tangan. Selepas habis sahaja Azri Amsyar membaca doa. Datin Maznah berbicara
"nanti lepas makan Mak nak cakap dengan Azri sikit..." kata Datin Maznah dengan nada suara yang agak tegas.
NurNazlyna menelan air liurnya. Datin Maznah tidak pernah berkata tegas dengannya mahu pun dengan Najwa.
"baik Mak" jawab Azri Amsyar.
Mereka menyambung makan. Di ruang makan hanya kedengaran tiada kedengaran bunyi suara.
"Ni Nur makan banyak sikiit... Mak tengok sikit sangat nasi yang kamu makan tu" kata Datin Maznah.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja.
Lalu Azri Amsyar mencedok nasi di pinggan NurNazlyna bulat mata NurNazlyna melihat makanan yang sudah banyak di dalam pinggannya.
"banyakknya husband cukup lah tu tak habis nanti" kata NurNazlyna.
"sayang kene makan banyak banyak." Azri Amsyar memberikan seketul ayam di dalam pinggan NurNszlyna.
NurNazlyna tersenyum sahaj dan makan seperti biasa. Datin Maznah juga turut tersenyum melihat pasangan di hadapannya itu.

SELEPAS waktu makan Azri Amsyar duduk di ruang tamu bersama dengan Datin Maznah.
NurNazlyna pula sudan naik ke atas untuk menidurkan Najwa yang katanya sudah mengantuk.
"Azri, Mak tak suka Azri jumpa dengan sarah" kata Datin Maznah sambil memeluk tubuh.
Tegang sahaja wajah perempuan tua ini. Dia tidak mahu berkata di hadapan menantunya kerana keadaan menantunya yang sedang mengandung.
"ma...ma...mak tahu??" soal Azri Amsyar gagap.
Datin Maznah mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan pada Azri Amsyar beberapa jenis gambar Azri Amsyar bersama dengan Sarah ketika di sebuah kafe yang terletak di sunway.
" Azri mak tahu... segalanya.. Mak tahu kamu semua hal hal orang keluar masuk syarikat... Mak tak nak kamu jadi macam dulu.. ingat sikit Nur tu tengah mengandukan Zuriat kamu tau" bebel Datin Maznah.
Memang dia datang ke rumah anaknya ini semata mata untuk mengatakan tentang perihal tersebut.
Dia dapat sahaja gambar di dalam telefon bimbitnya terus sahaja dia datang ke rumah mereka berdua untuk melihat keadaan menantunya ini.
"Mak Azri..."
"Mak betul betul bagi kamu last warning untuk berjumpa dengan sarah... dan Mak nak kamu hantar serah ke department lain. Biar Nur sahaja yang uruskan jadual kamu" kata kata Azri Amsyar terhenti selepas Datin Maznah terus sahaja mencelah.
"kalau kamu kata kamu keluar dengan shahril di mana shahril dalam gambar ini.. Mak hanya jumpa gambar sarah sahaja... kamu jangan Azri..." kata Datin Maznah sambil menunjukkan gambar itu.
"Tapi Nur okey Mak...Nur dah setuju yang sarah akan bekerja di syarikat.." kata Azri Amsyar.
"itu kata dia Azri... kamu ingat Nur taka ada perasaan cemburu ke?? Setiap pagi sarah bagi kamu sarapan. Azri kamu tu beristeri...jangan ingat mak tak tahu erk... Mak tengok setiap pekerja pekerja di syarikat sedang buat apa di syarikat tu..
Mak dah lama perhatikan tapi Mak diam jerw.. walaupun kamu anggap Sarah th sebagai adik tapi Nur tu isteri kamu Azri... Mak nak kamu jujue dengan Nur...
dan mak nak kamu minta maaf dengan nur.. mak tahu walaupun di hadapan kamu dia mampu tersenyum gelak ketawa... tapi mak tahu kata hati dia tu lain" Datin Maznah berkata dengan panjang lebar.
Tanpa mereka sedar NurNazlyna sudah mendengar segalanya di mulut Datin Maznah. Dia sedang duduk di bahagian tangga.
Ada betulnya juga apa yang Datin Maznah katakan itu. Memang dia rasa cemburu terhadap sarah. Tapi sampai hati Azri Amsyar menipu NurNazlyna.
NurNazlyna bangun dan menuruni tangga dengan perlahan.
"erh Nur nak pergi mana??" soal Datin Maznah dan menelan air liurnya.
"Nur nak pergi minum air Mak" NurNazlyna tersenyum dan berjalan ke arah dapur.
NurNazlyna tidak langsung memandang ke arah suaminya
Datin Maznah perasan dengan raut wajah menantunya itu. Seperti baharu sahaja sedang menangis. Dengarkah apa yang di katakan olehnya pada Azri Amsyar tadi.
"ingat pesan mak emosi seorang ibu mengandung ni tak sama dengan sebelum dia mengandung." kata Datin Maznah.
Azri Amsyar hanya menunduk sahaja pandangan. Dia tahu dia sudah buat kesilapan yang besar.
Dia berjumpa dengan Sarah tadi pun hanya secara kebetulan sarah berada di situ. Dia hanya menunggu shahril sahaja.
Azri Amsyar menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan perlahan. Datin Maznah sudah bersalah sangka dengannya.
Tetapi tidak mengapa dia ada hal yang perlu di selesaikan sebelum isterinya bersalin insyaallah sempat.

DATIN Maznah meminta diri untuk pulang kerana hari yang sudah lewat. Dia tidak mahu duduk di rumah anak menantunya kerana dia tidak mahu menyusahkan anak dan menantunya
NurNazlyna naik ke atas selepas kereta milik Datin Maznah hilang dari pandangan. Azri Amsyar sempat memegang tangan NurNazlyna yang mahu berlalu.
Dia perasan yang NurNazlyna tidak memandang ke arahnya langsung. Dia juga tahu bahawa NurNazlyna sudah dengar apa yang di bicarakan olehnya dan Datin Maznah sebentar tadi.
Itu pun atas sebab Datin Maznah yang bagitahu padanya.
"marah husband ke??" soal Azri Amsyar menarik tangan isterinya.
Mereka sekarang berada di luar rumah iaitu di halaman rumah sahaja.
NurNazlyna masih mendiamkan diri dia memandang ke arah lain.
"Saya letih lah saya nak tidur" kata NurNazlyna dan menolak pegangan tangan Azri Amsyar dengan lembut.
NurNazlyna berlalu naik ke atas. Azri Amsyar menghembuskan nafas berat.
Sampai sahaja di bilik NurNazlyna menyangkutkan tudungnya di berlakang pintu supaya senang untuk mencapai kalau ada apa apa kecemasan.
Krek
Azri Amsyar membuka pintu bilik dan masuk ke dalam dia melihat NurNazlyna yang sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin.
"sayang... marah dekat husband ke??' soal Azri Amsyar lagi.. Dia memeluk tubuh NurNazlyna dari arah berlakang.
NurNazlyna berdecit.
"saya penatlah please saya nak tidur.. kalau awak nak tidur nanti jangan lupa tutup lampu bawah" kata NurNazlyna dan berjalan ke arah katil.
NurNazlyna baring dengan perlahan. Begitu juga dengan Azri Amsyar turut baring di sebelah isterinya.
Pada malam itu, Azri Amsyar tidur di berlakangi oleh NurNazlyna sahaja.
NurNazlyna rasa berdosa kerana buat suaminya sedemikian. Dia mengelap air matanya yang mengalir.
Akhir sekali, NurNazlyna tertidur di dalam esak tangisan dan hati yang rasa sedih.

AZRI AMSYAR bangun keesokkan paginya melihat isterinya tiada di sebelah. Azri Amsyar mula cuak.
Mata yang mengantuk terus sahaja menjadi segar. Dia turun dari katil dan masuk ke dalam bilik worde drope.
Dia melihat ke semua pakaian isterinya masih ada tetapi yang tiada hanya bagasi kepunyaan isterinya sahaja yang tiada. Azri Amsyar meraup wajahnya.
"apa kau dah buat ni Azri" Azri Amsyar menumbuk pintu Almari dengan kasar.
Dia bergegas ke bilik Najwa. Dia melihat Najwa yang sedang lena tidur.
"sayang" panggil Azri Amsyar sambil kakinya turun ke tangga dengan pantas.
"sayang!!!" panggil Azri Amsyar lagi. Dia berjalan di halaman rumah pula.
Kereta kepunyaan NurNazlyna masih ada di garaj. Azri Amsyar mula risau kemana isterinya pergi saat ini.
Dia pergi ke arah meja makan. Di atas meja ada sarapan pagi yang sudah terhidang dan ada nota kecil dia atas meja.

'SAYA DAH SIAPKAN SARAPAN... AWAK MAKANLAH... MAAF SAYA KELUAR tak MINTA IZIN AWAK...KALAU HATI SAYA DAH TENANG SAYA AKAN BALIK KE PANGKUAN AWAK... ASSALAMMUALAIKUM'

Azri Amsyar terduduk di kerusi. Dia meraup wajahnya dengan kasar
"buk" Azri Amsyar memanggil bibik di dapur.
"buk tahu Puan di mana??" soal Azri Amsyar.
Yanti hanya menggeleng kepala sahaja tanda tidak tahu.
Azri Amsyar menarik nafas panjang. Dia berlari naik ke atas untuk bersiap dia mahu mencari di mana isterinya berada saat ini.
Selera makan Azri Amsyar sudah hilang. Azri Amsyar mengambil kunci kereta.
"Buk nanti kejutkan Najwa ya mandikan dia apa semua saya nak keluar sekejap" kata Azri Amsyar pada Yanti.
Kereta milik Azri Amsyar meluncur laju meninggalkan perkeranagn rumah. Di dalam fikirNnya hanya memikirkan tentang keselamatan isterinya sahaja.
Dia mendail nombor Nazrim. Lama selepas itu Nazrim mengankat.
"Assalammualaikum bro... sorry ganggu kau pagi ni.. aku nak tanya Lyna ada dekat rumah kau tak" soal Azri Amsyar.
"Waalaikummussalam.. buat apa bini kau ada dekat rumah aku.. Erh dia tak ada pula cakap yang dia nak datang rumah aku... kejap aku tanya bini aku" panggil diam seketika.
Azri Amsyar menunggu dengan sabar.
"tak adalah wey bini aku pun kata dia tak ada call... asal ni gaduh ke??" soal Nazrim.
"Adalah dia salah faham dengan aku dowh... okey lah tak apa thanks... jangan cakap dekat ibu pula takut ibu risau" kata Azri Amsyar.
Selepas itu, panggilam di matikan. Azri Amsyar mendail nombor Farah.
lepas beberapa minit menunggu hanya sia sia sahaja penantian. Azri Amsyar menarik nafas.
"sayang pergi mana... ya allah.. mana aku nak cari ni" kata Azri Amsyar dan menyikat rambutnya ke berlakang.
Salahnya juga kerana tida berterus terang dengan isterinya.

27.4.21
BERSAMBUNG......

sorry sebab lama tak update... Nat bz dengan sekolah skrg ni... next capter insyaallah Nat akn post waktu raya pertama nanti hihihihi... Nat baru sahaja habis exam so baru ada masa utk novel jdi korang jgn lupa baca okey aslm...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience