BAB 53 TAMAT

Romance Series 50177

________________________________________________________

TIBA tiba lampu di dalam dewan terpadam. NurNazlyna memegang tangan Farah kerana berasa takut begitu juga dengan Rania.
Tetamu semua mula cuak termasuklah dj. Mereka bertiga naik ke atas pelamin untuk mendekati Syakinah.
"babe kenapa ni kau tak bayar elektrik ke??" soal Farah bodoh.
"Makcik kau jual kerepeklah.. mana aku tahu dewan ni Shahril yang tempah aku tak tahu apa apa" kata Syakinah.
"wey aku takutlah" kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya.
"rilex okey" kata Rania.
"umi" Najwa mula menangis di dalam perlukkan NurNazlyna.
NurNazlyna mahu mendukung Najwa tapi di tegah oleh Rania.
"kau perut boyot macam tu ada hati nak dukung anak.. tak apa biar ibu Nia yang dukung" kata Rania dan mendukung Najwa.
"Ibu??" soal mereka serentak.
"kenapa salah ke aku nak ada anak"Rania menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Mereka mengabaikan sahaja kata kata Rania itu.
Lampu terpasang semula. Tetapi cuma ada di bahagian tengah sahaja itu hanyalah lampu bulat yang terarah kepada figura yang cukup Mereka kenal.
"babe laki kaulah" kata Farah sambil menggoncang bahu NurNazlyna.
Selepas itu ketiga ketiga lampu terarah kepada Fariq,Faruq dan Shahril.
Syakinah, Rania dan Farah tersenyum melihat suami mereka berada di hadapan mereka.
Shahril bermain kam gitar. Fariq dan Fariq pula hanya memegang mic sahaja macam mahu bernyanyj sahaja gayanya.
"hmm Assalammualaikum semua.. saya tahu kami dah buat tetamu yang hadir di sini rasa terkejut. Saya wakil sahabat saya yang lain cuma mahu membuat sedikit kejutan dan persembahan untuk isteri isteri kita orang yang ada di atas pelamin"kata Fariq.
Rania menutup mulutnya seperti kurang percaya. para tetamu menepuk tangan.
Azri Amsyar memberi isyarat kepada shahril untuk memulakan bermain gitar.
NurNazlyna mendengar petikkan gitar. lagu yang cukup di kenali sekali. 'ku rayu bidadari'.

Aku di sini di atas awan
Aku tertawan paras cantik rupawan
Tak jemu-jemu aku memandang
Ingin ku merayu dengarkan aku berlagu- (Fariq)

Baru aku mengerti artinya bidadari
Sejak di hari ini jumpa kamu di sini
Pasti inilah surga, ku di dalam nirwana
Meskipun semetara saat kita berjumpa-(AzriAmsyar)

Sebentar lagi kita segera tiba
Lepas dari mimpi ku jelang realita
Menapak jejak di atas bumi ini
Akan ku kenang selalu memori-(shahril

Baru aku mengerti artinya bidadari
Sejak di hari ini jumpa kamu di sini
Pasti inilah surga, ku di dalam nirwana
Meskipun sementara saat kita berjumpa-(Faruq)

Baru aku mengerti artinya bidadari
Sejak di hari ini jumpa kamu di sini
Pasti inilah surga, ku di dalam nirwana
Meskipun semetara saat kita berjumpa
Aku di sini di atas awan-(serentak)

Mereka bernyanyi dengan sungguh romantis sekali. Azri Amsyar mendekati NurNazlyna yang ada di atas pelamin.
Farah dan Rania sudah mengalirkan air mata. Rania menurunkan Najwa dan memberikan kepada Azri Amsyar.
"love you sayang" bisik Azri Amsyar di terlinga NurNazlyna.
Air mata NurNazlyna mengalir. Lalu dia memeluk Azri Amsyar. Tetamu yang hadir menepuk tangan melihat keempat empat pasangan itu.
"love you too" Ucap NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum bahagia.
Syakinah mula rasa terharu melihat suaminya bermain gitar. Shahril memberhentikan main gitar dan lagu di sambungkan oleh DJ.
Shahril naik ke atas pelamin untuk mendapatkan isterinya.
"thanks" ucap Syakinah segan.
"your welcome sayang" kata shahril sambil mencium tapak tangan Syakinah.
Najwa yang ada di atas pelamin itu di cium oleh NurNazlyna dan Azri Amsyar.
"abang shahril and abang abang sekalian" panggil Sarah dari arah DJ.
"cukup cukuplah tu nak buat surprisenya... tak malu ke tetamu tengok drama korang" usik Sarah.
Tetamu yang hadir semuanya ketawa mendengarnya.
NurNazlyna mengelap air matanya yang kian membasahi pipi.
Kali pertama dia melihat Farah menangis di bahu Faruq.
"Faruq" panggil Rania.
"apa??" soal Faruq.
"kau memang win arh" kata NurNazlyna.
Faruq tersenyum bangga ke arah Syakinah, NurNazlyna dan Rania.
Sebelum ini mereka belum pernah melihat Farah menangis atau bersedih tetapi hari ini sahaja Faruq sudah membuat di sedih.

BEBERAPA hari kemudian, Shahril dan syakinah sudah terbang honeymoon ke sabah selama 2 minggu.
NurNazlyna pula duduk di rumah sahaja selepas majlis kerana sedang sarat mengandung.
Sekarang ini, NurNazlyna sudah malas mahu berjalan atau kemana. jikalau dia mahu turun ke bawah Azri Amsyar yang akan mengangkatnya untuk turun.
Malam ini merupakan malam ulang tahun perkahwinan mereka. NurNazlyna tidak tahu mahu memberi apa kepada Azri Amsyar.
Dia berfikir sejenak mahu membeli hadiah Azri Amsyar tidak membenarkan dia keluar.
"umi nak bagi apa dekat walid ni baby.." NurNazlyna mengusap perutnya dan berkata kepada anaknya.
"aku masak untuk dia agak agak dia suka tak erk" NurNazlyna berfikir sejenak.
Lalu dia mengambil telefon bimbitnya untuk mendail nombor mak mertuanya.
Beberapa saat kemudian Panggilan di sambungkan.
"Hello Assalammualaikum Mak" panggil NurNazlyna.
"waalaikummussalam Nur kenapa call Mak ni?? Azri Buat hal lagi ke" soal Datin Maznah
"erh tak Mak tak... Nur nak tanya Azri suka makan apa ya?? sebab Nur ingat Nur nak bagi dia makan makanan favourite dia.. ya lh esokkan first anniversary kita orang" kata NurNazlyna segan.
"ouh Azri suka makan kek batik itu favourite disert dia kalau makan biasa tu dia suka makan spegethi." terang Datin Maznah.
"okey Mak thanks... Mak jangan bagitahu Azri tau Nur Nak surprise dekat dia." kata NurNazlyna.
NurNazlyna masuk ke dalam dan melihat Azri Amsyar sedang tidur di atas katil. Lalu dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 10 mlm. Mereka memang tidur awal.
Selepas itu, NurNazlyna turun ke bawah dan membawa telefon bimbitnya sekali.
Sampai sahaja di bawah NurNazlyna menelan air liurnya kerana keadaan di bawah sangatlah gelap.
"gelapnya.. aduh Husband ni lain kali bukaklah lampu sikit" kata NurNazlyna perlahan.
Namun di kuatkan dirinya juga untuk turun ke bawah.
NurNazlyna turun bawah dengan berhati hati sehinggalah di tiba di dapur. Selepas itu NurNazlyna mencari bahan bahan untuk membuat kek batik terlebih dahulu.
"selamat bahan ada." NurNazlyna tersenyum.
Dia mengan kuali bersih dan di letakkan di atas dapur Lalu dia membuka api. NurNazlyna meletakkan butter di dalam kuali. Api di kecilkan sedikit sahaja.
kemudian, Dia meletakkan susu and milo dia mengacau bahan bahan itu dengan perlahan dan lembut sahaja. Biskut marry di patah patahkan dengan lembut.
Lalu dia meletakkan biskut marry di dalam kuali dengan perlahan.
Seterusnya NurNazlyna menukarkan kek batik di dalam loyang dan dia masukkan ke dalam peti ais.
"siap juga." kata NurNazlyna perlahan.
"sekarang spegheti pula" kata NurNazlyna.
Di rumah memang selalu ada bahan kerana Azri Amsyar memang akan menyuruh bibik bibik untuk membeli barang dapur dengan lebih.
Mesti pelikkan kenapa bibik bibik. Datin Maznah yang menambahkan lagi bibik di dalam rumah ini.
NurNazlyna membantah tetapi bantahannya di tolak sama sekali oleh orang sekeliling. Hihihihi.. menantu kesayanganlah katakan.
NurNazlyna menghiris bawang putih dengan lembut. Dia mengambil bawang merah dan di potonh dengan perlahan.
Entah mana silapnya tiba tiba tangan NurNazlyna luka di sebabkan hirisan pisau.
"auch!!" jerit NurNazlyna. Darah yang menitis keluar di hisap.
"sayang okey tak??" soal Azri Amsyar risau. Dia sebenarnya sudah lama bangun dari NurNazlyna membuat panggilan dengan ibunya lagi.
"lah kenapa bangun" kata NurNazlyna. Dia mahu sahaja membuat kejutan dengan suaminya.
Azri Amsyar tersenyum lalu dia mengambil tangan NurNazlyna dan menghisap jari NurNazlyna yang luka itu.
"husband tak tidur pun sebenarnya sayang" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tercengang.
"hmm tak jadilah surprise sayang macam ni..." rungut NurNazlyna.
"sayang nak buat surprise apa sayang...." tergelak Azri Amsyar. Dia menarik tangan NurNazlyna untuk duduk di meja makan.
"sayang nak buat surpriselah untuk anniversery kita malam ni.. tapi tak jadi surprise lah" kata NurNazlyna dan memandang tempat lain.
Azri Amsyar tersenyum.
"hmm sampai luka macam ni shian dia" kata Azri Amsyar dan mengucup luka NurNazlyna.
"janganlah" kata NurNazlyna.
"sanggup tu redah gelap malam malam macam ni" usik Azri Amsyar.
Dia dapat melihat isterinya yang jalan dari atas turun ke bawah dalam keadaan gelap walhal NurNazlyna takut dengan gelap. Azri Amsyar menggeleng kepala.
NurNazlyna berdecit.
"sayang, tak payah buat semua ni... husband dah ada ni dah.. ni adalah hadiah yang paling bermakna untuk husband yang sayang bagi tau..." Azri Amsyar mengusap perut NurNazlyna.
Air mata NurNazlyna bergenang. Dia memandang suaminya dan tersenyum.
"thanks husband..." NurNazlyna mengusal wajah suaminya.
"tak payah lah masak masak ni kita tidur okey.."kata Azri Amsyar selepas siap membalut jari NurNazlyna.
"alah tapi sayang lapar" kata NurNazlyna.
"okey okey husband masakkan sayang tunggu sini boleh??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahinya memandang Azrj Amsyar
"husband masak??" soal NurNazlyna kurang percaya.
"ya lah try sayang kene try dulu." kata Azri Amsyar bangga.
NurNazlyna tersenyum.
Azri Amsyar pergj ke arah dapur. NurNazlyna hanya melihat dari jauh sahaja apa yang di buat oleh suaminya di dapur.
Selepas 20 minit akhirnya masakkan Azri Amsyar siap. Haruman yang cukup wangi dan menyelerakan sungguh.
"hmm sedapnya" kata NurNazlyna selepas menyuapkan mee ke dalam mulutnya.
"tengoklah siapa yang masak" kata Azri Amsyar bangga.
"eleh bahan sayang dah siapkan atas tu memanglah husaband boleh masak" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum.
"nak lagi" pinta NurNazlyna dan memberikan pinggan kosong.
"ni lagi" Azri Amsyar meletakkan spegheti di dalam mangkuk NurNazlyna.
NurNazlyna menyuap Azri Amsyar sedikit. Tersenyum Azri Amsyar.
Sesudah makan, NurNazlyna membantu Azri Amsyar mengemas meja dan dapur.
Dia naik ke atas bersama si suami. Mereka berjalan sambil berpelukkan. Sampai sahaja di tangga NurNazlyna berhenti.
"kenapa??" soal Azri Amsyar.
"nak dukung tak larat" kata NurNazlyna manja.
Azri Amsyar tersenyum. Lalu dia mengangkat tubuh NurNazlyna.NurNazlyna memaut tangannya pada leher Azri Amsyar.
Tangan NurNazlyna sengaja meliarkan di tengkuk dan berlalu ke wajah Azri Amsyar.
"nakal" kata Azri Amsyar dan memandang NurNazlyna.
NurNazlyna membisikkan sesuatu di terlinga Azri Amsyar. Azri Amsyar tersenyum. Lalu dia membawa NurNazlyna masuk ke dalam bilik.

AKU sedar dari tidur selepas merasakan mahu buang air kecil. Jam menunjukkan pukul 4 pagi memang seperti ini biasanya aku akan berjaga.
Aku melihat suamiku yang sedang lena tidur di atas katil. Siapa sangka selama setahun aku menjadi isterinya macam macam yang kami lalui.
Dia sahaja yang faham aku. Selepas keluar dari bilik mandi. Aku merasakan ada air keluar dari celah kangkang. Tiba tiba perut ku sakit di bahagi ari ari.
"husband!!" jeritku memanggi suamiku yang sedang lena tidur.
Azri Amsyar bangun dengan terpisat pisat. Dia yang tanpa berbaju hanya memakai seluar bangun dan melihat isterinya yang mejerit memanggilnya.
"sayang kenapa ni??" soal Azri Amsyar dan melihat isterinya yang sedang berdiri.
"sakit" kata NurNazlyna sambil meniup perutnya..
"sakit dekat mana??" soal Azri Amsyar cemas
"baby... babyy... nak kaluar" kata NurNazlyna tercungap cungap.
Terus segar mata Azri Amsyar.
Azrj Amsyar mendukung NurNazlyna sempat dia mengambil tudung yang ada di berlakang pintu
"sayang sabar sayang... " Azri Amsyar mencucuk kunci kereta.
"pakailah baju dulu" kata NurNazlyna memukul baju Azri Amsyar.
Azri Amsyar melihat keadaannya yang tanpa berbaju.
"ouh dame"
Dia naik ke atas dan mengambil beberapa dokumen yang penting dan telefon bimbitnya.
"husband jalan cepat sakit" rintih NurNazlyna.
Azri Amsyar memegang tangan Isterinya di sebelah.
"bawa mengucap sayang..." kereta Azri Amsyar meluncur laju di lebuh raya.
NurNazlyna mencapai tangan suaminya di sebelah.

SAMPAI sahaja di hospital NurNazlyna terus di masukkan ke wad kecemasan.
Azri Amsyar sudah mendail nombor semua orang pada malam itu termasuklah sahabat sahabatnya.
"encik ni suami kepada Puan NurNazlyna??" soal Jururawat itu.
"ya saya.." kata Azri Amsyar.
"isteri Encik panggil di dalam di suruh menemaninya sekarang" kata Jururawat perempuan itu.
Azri Amsyar mengangguk faham. Dia berasa risau saat ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Azri Amsyar memberikan kekuatan pada isterinya yang saat ini sedang bertarung nyawa.
"husband sakit" NurNazlyna menangis dan memegang tangan Azri Amsyar dengan kuat.
"ya sayang sabar.. husband ada untuk sayang okey" kata Azri Amsyar memberi kekuatan pada isterinya.
"sayang tak kuat" kata NurNazlyna lagi.
"shh jangan cakap macam tu sayang.. husband ada.." kata Azri Amsyar
Doktor wanita sampai. "Puan pintu dah buka jadi apabila saya suruh Puan teran puan teran ya.. jangan jerit puan teran" kata doktor itu.
NurNazlyna mengangguk.
"okey Puan teran" arah doktor itu.
"ARH!!!!!" NurNazlyna meneran.
Azri Amsyar berselawat di terlinga NurNazlyna. Jatuh air mata lelakinya melihat isterinya sedang menarungkan nyawa demi anaknya saat ini.
Azri Amsyar mencium dahi isterinya. Peluh Si isteri di lap dengan menggunakan tangannya sendiri.
Lama selepas itu NurNazlyna selamat melahirkan anak lelaki yang seberat 4 kg secara normal.
Azri Amsyar mencium dahi NurNazlyna dan bawa ke mulut.
"thanks sayang thank you so much" ucap Azri Amsyar dan mengusap wajah isterinya.
NurNazlyna menangis semahu mahunya di bahu suaminya.
"selepas kami siap bersihkan anak Encik kami akan hantar.. Nanti kalau kami sudah siapkan isteri dan bayi kami akan panggil Encik dan Encik kene tunggu di luar dahulu" kata Doktor itu.
Azri Amsyar tersenyum. Dan pegangan tangan di lepaskan.
Azri Amsyar keluar dari bilik kecemasan dia melihat keluarganya yang sudah tiba. Sekali lihat macam bawa satu kampung.
"selamat anak lelaki" ucap Azri Amsyar.
Mereka yang lain mengucap syukur terhadap ilahi.
"tahniah bro" Nazrim menepuk bahu Azri Amsyar.
"erh jap Najwa mana?" soal Erra Nazirah.
"Na..Naj.wa hah Najwa mana ??" Azri Amsyar pelik kemana anaknya pergi. Dia memandang ke arah semua orang yang sedang menanti jawapannya
"Najwa dekat rumah aduhai tak sempat tadi anak bawa dia" Azri Amsyar menepuk dahi.
Mereka yang lain pun menepuk dahi.
"tak apa tak apa Najwa nanti biarlah kami yang ambik dia di rumah" kata Sufia.
"thanks sue" kata Azri Amsyar.
Azri Amsyar duduk dan menarik nafas lega kerana semuanya sudah selamat. Haih macam manalah anak sorang pun boleh lupa.

NURNAZLYNA di tempatkan di first class wad selepas bersalin. Itu pon atas permintaan Azri Amsyar kerana pelawat yang mahu melawat isterinya terlalu ramai dia tidak mahu membuat bising atau mengganggu pesakit lain.
NurNazlyna terjaga dari tidur sudah lama rasanya dia tidur. Jam pun sudah menunjukkan pukul 4 petang.
Tangannya berasa berat dia melihat di sebelah lena sungguh suaminya tidur beralaskan lengan. Kasihan di melihatnya baju pun sudah tukar.
"Husband" kejut NurNazlyna.
Azri Amsyar buka matanya melihat isterinya yang sedang baring.
"sayang dah bangun" Azri Amsyar bangun berdiri di mengeliat seketika.
NurNazlyna mengangguk.
"lama ke sayang tidur??"soal NurNazlyna.
Azri Amsyar mengusap rambut isterinya dengan lembut. Dia tersenyum.
"lama sangat sampai baby minta susu 2 kali" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum.
"kasihannya baby mana dia??" soal NurNazlyna lagi.
"Nurse kata nanti dia bawa baby ke sini" jelas Azri Amsyar.
"husband dah tengok baby" NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"dah.. waktu sayang tidur tadi husband dah tengok dah pegang dah pun" kata Azri Amsyar.
"sorry sebab susahkan husband sepatutnya harini kita sambut anniversary tapi sayang ada dekat hospital pula" kata NurNazlyna sayu.
"Alah tak apa semalamkan kita dah sambut" Azri Amsyar mengenyitkan matanya.
"janganlah mantion benda tu" NurNazlyna tersenyum lalu memukul dada Azri Amsyar.
"so nama anak kita apa sekarang??" soal NurNazlyna dan melentokkan kepalanya di dada Azri Amsyar.
"Hmm bukan husband dah bagi ke hari tu??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum.
"Mohammad Nazril Amsyar" kata Azri Amsyar dan tersenyum.
Lalu dia mencium dahi NurNazlyna dan bawa ke mata terus ke pipi dan mulut.
Tok tok..
Bunyi ketukkan pintu terkuak. NurNazlyna menolak Azri Amsyar perlahan. Dia melihat jururawat yang membawa bayi yang sedang menangis dengan perlahan.
"maaf mengganggu sekarang masa untuk menyusukan baby" kata jururawat itu. Lalu dia memberika bayi kepada NurNazlyna.
"terima kasih" kata NurNazlyna dan tersenyum.
Jururawat itu berlalu.
"husband ni... janganlah buat macam tu.. nasib nurse tu tak nampak apa apa.. kalau nampak tadi biru muka masing masing" kata NurNazlyna dan tersenyum.
"hihihi sorry" kata Azri Amsyar dan melihat wajah kecomelan anaknya.
"dah pergi sana" kata NurNazlyna.
"alah nak tolong" Azri Amsyar merengek.
"ya allah husband anak dah menangis ni pergi sana...." NurNazlyna tergelak geli hati.
Azri Amsyar duduk di sofa sambil memuncungkan bibirnya proteslah konon.
NurNazlyna menyusukan baby Nazril dengan perlahan. Tiba tiba NurNazlyna terdengar bunyi bising dari arah luar biliknya.
Dari suara dia sudah mendapat agak dah siapa yang bising tu kalau bukan rombongan cik kiah hihihi.
"Nazril cepat sikit minum tu pelawat nak serbu awak ni sayang" kata NurNazlyna dan menepuk berlakang baby Nazril.
"apa cakap anak macam tu" gelak Azri Amsyar.
Selepas, Siap menyusukan Baby Nazril, Azri Amsyar membuka tirai langsir.
Bulat mata NurNazlyna melihatnya semua orang ada haih Nazril untungnya awal sayang ramai yang datang.
"shh baby baru tidur" kata NurNazlyna menepuk bayinya perlahan.
"erh mana boleh tidur sini dekat mamacik" Erra Nazirah mengambil Baby Nazril dari pangkuan NurNazlyna.
"erra elok elok sikit pegang tu" tegur Puan Rose.
"Adik nak makan??" soal Puan Rose.
NurNazlyna mengangguk memang dari tadi lagi dia tidak masukkan apa pun ke dalam perutnya. sebabtu dia berasa lapar saat ini.
"nah ibu ada bawa makanan makanlah" kata Puan Rose dan meletakkan mangkuk tingkat di atas meja NurNazlyna.
"erh Najwa mana??" soal NurNazlyna.
"Ada kejap lagi naiklah tu dengan kak sue" kata Nazrim.
"baju semua dah ambikkan dekat rumah tadi??" soal Azri Amsyar pada Nazrim.
Nazrim mengangguk.
Datin Maznah tersenyum melihat anaknya tersenyum bahagia di samping isteri tercinta.
"Mak" NurNazlyna menyalam tangan Datin Maznah.
"makan banyak banyak Nur sebab nanti bila baby dah besar lagi banyak tenaga yang Nur kene buat tau" kata Datin Maznah.
"betul tu dik makan banyak banyak.. baby bukannya ringan 4 kg" Kata Puan Rose menggeleng kepala.
"mak oi kau bagi makan apa dek sampai 4 kg" kata Nazuwan.
NurNazlyna tersenyum.
"mana taknya pagi makan malam makan tengah hari makan petang makan. makan pula nasi tapi bertambah tambah makannya" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna yang sedang makan memukul peha Azri Amsyar.Tergelak mereka semua melihatnya.
"Erh ni esok Tania datang dengan mummy tiara and uncle Hisyam.. opah dengan atok pun akan datang tapi dia orang lusa baru datang" kata Datin Maznah.
"aik boleh pula atok dengan opah tu lepaskan binatang perliharaan dia orang dekat kampung tu" kata Azri Amsyar pelik.
"opah macam kamu tak kenal Azri semalam Mak call semalam juga dia ajaknya atok kamu datang sini katanya nak tengok cicit" kata Datin Maznah dan tersenyum ke arah menantunya.
NurNazlyna membalas senyuman.
"kak Mariam peganglah baby tu tak apa" kata NurNazlyna melihat mariam yang hanya melihat sahaja anaknya.
"erh tak apa ke??" soal Mariam
NurNazlyna mengangguk..
"Umi!!" jerit Najwa dan berlari sambil memegang gula gula lolipop ke arah NurNazlyna. Terus dia naik ke atas katil.
"erh Najwa jangan jerit jerit terkejut adik" tegur sufia.
"mana adik??" soal Najwa dan memandang NurNazlyna.
"tu" NurNazlyna tunjuk ke arah Mariam.
"nak kiss adik boleh??"soal Najwa. Najwa mencium pipi ibunya berkali kali.
"pergi basuh mulut dulu baru kiss adik" arah Erra Nazirah.
"okey mama" Najwa jalan ke arah sinki dan di bantu oleh Nazuwan.
"okey dah" kata Najwa. Dia berjalan ke arah Adiknya.
"wah comelnya adik..." kata Najwa girang.
Tergelak mereka semua mendengar kata kata Najwa. Selepas itu, Najwa memandang NurNazlyna.
"alah tapi Najwa nak baby girl bukan baby boy" Najwa memeluk tubuh.
NurNazlyna menepuk dahi. Tergelak mereka semua mendegarnya.
"tapikan Mama dah ada baby girl" kata Rizal yang sedang mendukung Humairah
"alah Najwa nak baby girl macam humairah nanti boleh Najwa main masak masak dengan dia" kata Najwa monyok.
"hmm nampak gayanya kau kene tambah satu lagi lah ni Azri" Usik Nazrim.
"amboi kau ngah kemain lagi kau ngusik tu anak kau takkan dua jerw taknak tambah ke" kata NurNazlyna.
"tengah usaha lah ni" kata Nazrim.
"tak payah nak tambah tambah sangat ingat sikit awak tu jalan pantang... baik isteri baik suami dua pantang" pesan Datin Maznah.
NurNazlyna tersenyum.
"Azri pun kene ke mak??" rungut Azru Amsyar.
"kalau Azri sayang dekat Nur Azri kene dengar cakap Mak" Datin Maznah menjungkitkan keningnya.
Azri Amsyar mengeluh dan memandang isterinya di sebelah.
"erh lupa apa nama baby ni??" soal Encik Mohammad dan mengambil baby Nazril dari pangkuan Puan Rose.
"nama dia mohammad Nazril Amsyar bin Azri Amsyar" jawab Azri Amsyar.
"wah ada mohammadlah cucuk nenek ni"Puan Rose mengusap pipi si kecil
Tergelak mereka semua dengan celoteh si anak..
NurNazlyna memandang Azri Amsyar di sebelah dengan pandangan yang cukup bahagia.
"thanks husband" kata NurNazlyna.
"i love you sayang" Azri Amsyar mengucup dahi NurNazlyna.
"love you too" ucap NurNazlyna dan tersenyum. NurNazlyna mencuri cium pipi Azri Amsyar.
Nasiblah yang lain semua sedang sibuk melayan baby Nazril ketika.
Kini siapa sangka cikgu yang dikatakan senget itu sudah menjadi suaminya saat ini. Cikgu itulah yang mengajar dia erti cinta dan erti bersyukur setiap seseorang itu.
Azri Amsyar juga turut bersyukur kerana mempunyai seorang isteri seperti NurNazlyna yang pandai berdikari dan tidak menyusahkan orang lain termasuk dirinya.

HARI INI, NurNazlyna dan baby Nazril sudah di benarkan pulang ke rumah. Puan Rose dan Datin Maznah bercadang untuk menjaga NurNazlyna di rumah Puan Rose sahaja.
Mereka berdua tidak di benarkan pulang ke rumah mereka sendiri selagi NurNazlyna belum menghabiskan pantang.
"sayang dah siap?" soal Azri Amsyar pada isterinya yang masa itu sedang menyusukan anak mereka.
"dah husband jom kita balik sayang dah tak sabar nak balik ni" ujar NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum.
"seronoknya dia dapat balik... hah perlahan turun tu" Azri Amsyar memapah NurNazlyna untuk turun dari katil.
NurNazlyna tersenyum.
Baju kadigen dan kain batik sahaja dia pakai. tudung shawl hanya di selempangkan di kiri dan kanan sahaja.
Azri Amsyar menolak kerusi roda yang di duduki oleh NurNazlyna itu.
"puan dah boleh keluar ya??" soal seorang Jururawat perempuan itu.
NurNazlyna tersenyum kearah Jururawat wanita itu.
"tak payah nak puan dengan sayalah saya lagi muda dari akak" kata NurNazlyna dan tersenyum.
"ya lah" jururawat itu tersenyum.
"hmm bye baby Nazril... ada rezeki nanti kita jumpa lagi ya" kata Jururawat itu dan mengusap wajah Nazril.
Nazril mengeliat sedikit.
Tergelak mereka.
"saya balik dululah kak terima kasih jagakan Nazril malam malam" kata NurNazlyna dan tersenyum ke arah jururawat itu.
"sama sama Dik lagi pun Nazril ni tak ada lah susah sangat nak jaga" kata Jururawat itu.
NurNazlyna memandang ke arah anak yang berada di dalam dukungan itu. Lena sungguh dia tidur
Azri Amsyar menolak kerusi roda sehingga ke kereta. Azri Amsyar mengangkat Nazril dari pangkuan NurNazlyna
"sayang elok elok jalan tu" kata Azri Amsyar.
"ya husband sabar" Kata NurNazlyna da mengerutkan dahinya.
Beberapa minit kemudia kenderaan yang di pandu oleh Azri Amsyar berada di jalan raya.
"erh husband hari tu sayang ada buat kek batik untuk husband... husband sempat makan??" soal NurNazlyna memandang suaminya di sebelah.
"Sempat... ibu yang potongkan..." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya mengangguk sahaja.

MEREKA tiba di hadapan rumah Puan Rose dengan cuaca yang hujan sahaja sekarang ini. Belum sahaja NurNazlyna membukakan pintu Erra Nazirah sudah sampai ke arahnya untuk mengambil Nazril.
"erh biarlah aku dukung" kata NurNazlyna.
"ibu suruh aku ambik sebab hujan lebat ni licin takut kau jatuh" kata Erra Nazirah.
NurNazlyna hanya membiarkan sahaja. Lalu selepas itu. Erra Nazirah masuk ke dalam rumah.
Azri Amsyar datang ke arah NurNazlyna.Barang sudah pun di bawa masuk ke dalam rumah.
"sini husband dukung" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng.
"hish tak naklah..." kata NurNazlyna.
NurNazlyna berjalan dengan perlahan masuk ke dalam rumah.
Tiba tiba NurNazlyna dapat merasakan tubuhnya berada di awang awangan.
"husband ni terkejut sayang" ujar NurNazlyna dan tersenyum.
"hah elok elok bawa tu adik duduk dekat sofa tu dulu" kata Puan Rose.
Azri Amsyar meletakkan NurNazlyna di sofa. Nazril pula erra Nazirah yang dukung.
"Adik nak makan??" soal Puan Rose
"Nak adik lapar..." kata NurNazlyna.
Puan Rose tersenyum.
"adik pantang tak boleh makan sebarangan tau.."
NurNazlyna hanya mengangguk sahaja.
NurNazlyna bangun untuk menolong Puan Rose di dapur.
"erh kau nak pergi mana??" soal Erra Nazirah.
"nak makanlah lapar ambil dekat dapur tu" kata NurNazlyna
"kau duduk jerw dekat meja makan tu tak payah aku boleh ambikkam untuk kau" kata Erra Nazirah dan berlalu ke dapur.
Nazril di letakkan di sebelah Humairah yang sedanh tidur..
NurNazlyna memandang Azri Amsyar di sebelah. suaminya hanya tersenyum sahaja ke arahnya.
"husband sinilah makan" panggil NurNazlyna.
Azri Amsyar berjalan ke arah isterinya.
Maklumlah tak ada kawan. Nazuwan dan Nazrim bekerja. Rizal pula outstation. Hanya tingga Puan Rose dan Erra Nazirah sahaja di rumah
Najwa pula sedang bersekolah petang baharu balik ke rumah. Nasiblah rumah mereka dekat dekat sahaja.
"ni makan" Erra Nazirah meletakkan pinggan yang sudah diisikan nasi di atas meja.
lauk di dalam mangkuk di pandang sekilas.
"tak akanlah ikan bilis dengan halia jerw" ujar NurNazlyna pada Erra Nazirah.
"erh banyak songgeh lah kau.. aku pantang dulu ni lah yang aku makan" kata Erra Nazirah.
"hmm... ibu tak ada lauk lain ke??" NurNazlyna memandang Puan Rose.
Puan Rose tersenyum sahaja.
"ikan bilis pon bolehlah" kata NurNazlyna.
Selepas sahaja habis makan. NurNazlyna menyandarkan tubuhnya di kerusi. Azri Amsyar di pandang sekilas. lauk Azri Amsyar lagi sedap darinya.
"husband nak sikit" minta NurNazlyna.
"aip ibu dengar tu dik" kata puan Ross dari arah dapur.
NurNazlyna tersengih ke arah Puan rose yang memandangnya dari arah dapur.
Azri Amsyar tersenyum bangga.
NurNazlyna menjeling.
Tergelak Azri Amsyar.

DI WAKTU malam Nurnazlyna sedang menyusukan Nazril. Najwa sudah tidur bersama dengan ibu dan ayahnya di bilik sebelah.
"hero Walid ni hari ni asyik menyusu jerw sayang... kuat sangat menyusu ni nanti gemok macam umi" usik Azri Amsyar dan memandang ke arah isterinya.
"ada orang teringin nak tidur luarlah sayang malam ni" ujar NurNazlyna pada anaknya.
"erh mana ada.. husband tak nak husband nak tidur dengan sayang" kata Azri Amsyar dan mengendeng di bahu NurNazlyna.
NurNazlyna tersenyum.
"Husband cuba duduk elok elok... anak nak tidurlah" kata NurNazlyna memandang ke arah suaminya di sebelah.
Azri Amsyar tersengih.
"alah sayang ni... husband nak manja manja sikit jerw" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng sahaja kepalanya. Anak yang dia rasakan sudah tidur di pangkuan di letakkan di tengah tengah. kain yang membalut tubuh anaknya di betulkan.
"erh dah lah walid pula walid nak susu jugak" kata Azri Amsyar sambil mendekati NurNazlyna
"banyaklah husband punya susu... pergi minum susu yang dekat dapur sana tu... anak nak tidurlah janganlah bising" ujar NurNazlyna.
"alah sayang ni garangnya lepas beranak ni... takutlah husband macam ni" kata Azri Amsyar berpura pura takut.
NurNazlyna menjeling manja.
"husband ni kan suka kacau sayang tau... dah lah sayang nak tidurlah husband dah mengantuk ni..sayang letihlah" kata NurNazlyna dan berbaring.
Mereka berdua berbaring menghadap satu sama lain. Cuma bezanya dulu lagi rapat tapi sekarang ada Nazril di tengah tengah
"husband pun penat juga ni... letih" kata Azri Amsyar dan membuat muka kasihan
NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"husband letih apa??" soal NurNazlyna ingin tahu.
"husband letih kejar cinta sayang..." jawab Azri Amsyar. Lalu dia tergelak sendiri.
NurNazlyna tersenyum.
"alahai nak main pick up line pula malam malam ni...dah biasalah husband sayang dengar pick up line macam ni" kata NurNazlyna dan mengusap wajah suaminya
Azri Amsyar mengerutkan dahinya memandang isterinya di sebelah.
"sayang dengar dekat siapa??" soal Azri Amsyar.
"hmm dekat tiktok dekat ig semua sayang dah pernah dengar ayat ayat pick up line" kata NurNazlyna.
"hmm ya lah" Azri amsyar tersenyum sahaja.
NurNazlyna melihat wajah anaknya yang sudah lena tidur di sebelahnya
"husband tengok muka Nazril ni macam ikut muka husband" kata Azri Amsyar dan tersenyum tengok muka anaknya.
"mana ada... Nazril ikut muka sayanglah" NurNazlyna tidak mahu kalah
"alah ramai jerw yang cakap Nazril ikut muka husband tau... eleh" kata Azri Amsyar lagi
"hmm ya lah semua ikut muka dia" rajuk NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum. Lalu dia mencuit hidung isterinya.
"merajuklah tu..." kata Azri Amsyar.
"mana ada"nafi NurNazlyna. Dia hanya bermain dengan bucu kain yang terletak pada tubuh anaknya sahaja
"erh Husband ingat nak bawa sayang ke suatu tempatlah" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang wajah suaminya
"pergi mana??" soal NurNazlyna teruja
"tapi tak boleh pergi sekarang kene pergi masa sayang dah habis pantang..." kata Azri Amsyar.
"hmm napa" monyok sahaja wajah NurNazlyna memandang suaminya. hilang rajuknya
"sayang, sayangkan tengah pantang mana boleh...husband janji nanti lepas jerw sayang habis pantang husband akan bawa sayang" ujar Azri Amsyar.
"janji" NurNazlyna menyuakan jari kelinkingnya pada suaminya
Azri Amsyar mengangguk.
"okey dah jom tidur" NurNazlyna menarik selimutnya untuk tidur.
"alah awalnya tidur" kata Azri Amsyar sambil bermain dengan rambut NurNazlyna.
"sayang dah mengantuklah husband..." ujar NurNazlyna.
"alah sayang husband nak kiss" pinta Azri Amsyar pada isterinya
NurNazlyna menjeling.
"alolo sini meh" NurNazlyna mendekatkan wajahnya.
Begitu juga dengan Azri Amsyar yang turut mendekatkan wajahnya.
Hampir dekat NurNazlyna membuka matanya dia melihat Azri amsyar menutup matanya sambil tersenyum.
NurNazlyna tersenyum nakal. Lalu dia menepuk pipi Azri Amsyar dengan perlahan kemudian dia menarik selimutnya untuk tidur.
"sakitlah sayang" adu Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum geli hati.
"dah tidur" kata NurNazlyna dan melelapkan matanya. Tangannya di letakkan di atas Anaknya yang berada di tengah.
Tutup sahaja mata NurNazlyna merasaka seperti dahinya basah. Dia membuka matanya melihat suaminya mencium wajahnya.
"jom tidur" kata Azri Amsyar dan turut meletakkan tangannya di atas tangan NurNazlyna.
Lalu pada malam itu mereka berdua tidur dengan lena sakali. Cukup bahagia sekali sekarang ini Walaupun hubungan mereka kadang kala bermasalah tetapi alhamdulillah mereka dapat menyelesaikannya bersama.

HARI INI hari ke 44, NurNazlyna berpantang usia anaknya juga sudah 1 bulan. Dalam masa 1 bulan 14 hari ini mereka sekeluarga berasa bahagia sungguh.
Dengan adanya putera kecil mereka ramai saudra mara yang datang melawat putera mereka. Ramai juga yang memuji NurNazlyna walaupun dia sudah ada anak tetapi wajah kecantikkannya tidak ubah seperti anak dara.
NurNazlyna duduk berlunjur sahaja di atas katil mahu menunggu suaminya pulang ke rumah dan membawa ibu mertuanya datang ke rumah Puan Rose.
Sementara menunggu NurNazlyna memakaikan Nazril baju yang sudah di sediakan oleh Puan Rose sebentar tadi. Dia agak kekok sebenarnya tetapi kata Puan Rose....
"bila lagi adik nak berlajar jaga baby ni... sekaranglah"
NurNazlyna hanya menurut sahaja. Dia memakaikan Nazril barut dan baju kemuadia membedongkan anaknya.
Kata orang tua tua kalau bedungkan baby pada awal usia ni untuk meluruskan tulang tulang baby.. sebab ya lah tulang babykan lembut lagi pada awal awal.
Siap sahaja membedungkan baby Nazril giliran dia pula untuk membersihkan diri. Hari sudah petang, NurNazlyna mengangkat Nazril dari katil.
NurNazlyna meletakkan bantal di keliling Nazril. Agar Nazril tidak jatuh. Selepas itu, Dia mengambil kain tuala di berlakang pintu. kemudian masuk ke kamar mandi.
Lama NurNazlyna berada di dalam kamar mandi sehinggakan suaminya pulang NurNazlyna tidak sedar.
NurNazlyna mempercepatkan mandi takut juga meninggalkan Nazril seorang sahaja di atas katil.
Dia keluar dari bilik dengan hanya berkain batil hingga ke dada dan rambut yang panjang dan basah di biarkan lepas.
Nurnazlyna berjalan melihat Nazril sekilas. Terkejut dia apabila melihat Suaminya sedang merenung ke arahnya dari atas hingga ke bawah.
Azri Amsyar menelan air liurnya yang terasa kelat di tekak. Wajah NurNazlyna mula membahang dia berjalan ke arah almari pakaianya.
Dia hanya membiarkan sahaja pandangan helang si suami yang memandang ke arahnya.
NurNazlyna membuka almari itu, Dia mencari beberapa baju t.shirt yang mahu di pakai.
Tiba tiba NurNazlyna dapat merasakan ada tangan yang sedang memeluk pinggangnya saat ini.
"Husband" panggil NurNazlyna perlahan.
"sayang ni nak goda husband ke hmm??" Azri Amsyar berkata romantis.
Tergugat imannya melihat sahaja isterinya yang keluar dari kamar mandi hanya memakai kain batik hingga paras dada.
NurNazlyna memusingkan tubuhnya menghadap suaminya di berlakang.Leher si suami di paut dengan lembut. Hampir terlucut kain yang di pakai.
"mana ada sayang goda husband" kata NurNazlyna dan memandang ke arah anak mata si suami.
Azri Amsyar membalas pandang isterinya yang cukup sexy di matanya
"habis pakai macam ni" kata Azri Amsyar dan memeluk pinggang sang isteri dengan erat.
NurNazlyna tersenyum nakal sungguh pun dia sudah habis pantang 44 hari tapi Puan Rose dan Makcik Bidan berkata Dia akan berpantang untuk 100 hari lagi.
Berpantang lagi 100 hari ini untuk merehatkan dan menyihatkan rahim agar rahim akan menjadi lebih sihat dan kuat.
Azri Amsyar mendekatkan wajahnya untuk mencium bibir munggir si isteri.
TOK TOK...
Terbantut pergerakkan Azri Amsyar mahu mencium isterinya. Azri Amsyar menepuk almari pintu di berlakang NurNazlyna
NurNazlyna tersenyum. Dia terus memakai baju yang ada di tangan.
"pergi buka pintu tu husband" kata NurNazlyna dan menolak tubuh si suami dengan lembut.
Azri Amsyar berdengus geram.
"haih kacau jerw" keluh Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng kepalanya melihat tingkah laku si suami.
Azri Amsyar membuka pintu bilik. Dia melihat Datin Maznah.
"erh Mak" NurNazlyna menyalam tangan Datin Maznah.
"Nur baru lepas mandi ke nak??" soal Datin Maznah.
NurNazlyna mengangguk sahaja.
"ni hah mak nak ambik Nazril... tidur ke dia??" soal Datin Maznah lagi
"ada tu Mak tengah main main sendiri dekat katil... kejap Nur ambik" NurNazlyna berjalan ke arah Nazril.
Lalu dia mengambil Nazril dan memberikan pada Datin Maznah.
"ni Azri kamu tu jangan lasak lasak sangat dengan isteri kamu ni... hari terakhirlah yang kene jaga betul betul... tadi ibu ada cakap dekat Mak yang Nur kene pantang lagi 100 hari sebab nak sihatkan rahim dia balik...yalah Nur kan beranak waktu muda" pesan Datin Maznah
"erh mana ada Azri kasar kasar dengan Nur mak..." Azri Amsyar merangkul pinggang isterinya di sebelah.
"Mak pun pernah merasa muda Azri...kalau kamu tak lasak dengan Nur yang dekat leher Nur tu apa??" soal Datin Maznah.
Bulat mata mereka berdua mendengar soalan dari Datin Maznah. Bila masa pula suaminya ini tinggalkan kesan padanya.
"dah lah Mak bawa Nazril ke bawah dulu... Azri ingat pesan mak" Datin Maznah memandang tajam ke arah Azri Amsyar.
Mereka memandang Datin Maznah sehingga hilang dari pandangan. NurNazlyna memandang Azri Amsyar tajam.
"Husband ni" terus NurNazlyna memukul dada Azri Amsyar dan berjalan ke arah cermin.
"sorry lah sayang" kata Azri Amsyar mengikuti langkah isterinya
"habis tu macam mana sayang nak sorok ni... selamat hari ni last mak bidan tu jaga sayang kalau tidak habis kene bebel.... mak bidan dengan opah dah lah sama jerw" bebel NurNazlyna sambil mengeluarkan beberapa jenis krim di dalam laci.
Dia memicit krim pelembab dan menyapukan di lehernya yang ada kesan tompokkan merah.
Tetapi tidak hilang juga. Lalu dia mengambil pula krim muka yang di gunakan selalu dan di letakkan di tempat yang sama.
Kesan itu tetap juga masih nampak. NurNazlyna mengeluh. kali ketiga dia mengambil botol foundation yang sudah lama tidak di pakai di sapukan di lehernya dengan perlahan.
"hah Nasib hilang tau" kata NurNazlyna sambil menyapukan krim itu di lehernya.
NurNazlyna bangun dari kerusi itu. Lalu dia mengambil tudung sarungnya di dalam almari.
Azri Amsyar yang melihat isterinya itu tersenyum. Suka dia melihat rajuk si isteri.
"tidur luar" ujar NurNazlyna dan menjeling Azri Amsyar yang duduk berlunjur di atas katil.
NurNazlyna berlalu keluar sambil membawa telefon bimbitnya turun ke bawah untuk melayan tetamu.

BEBERAPA BULAN kemudian. Pada hari majlis cukur jambul dan doa selamat di rumah Datin Maznah. NurNazlyna cantik memakai baju kebaya berwarnah baby blue..
Almaklumlah dah kurus orang kata semua baju lamanya muat balik. Siap sahaja para tetamu mencukur rambut Baby Nazril. NurNazlyna menbawa Nazril ke arah Erra Nazirah yang hanya duduk di bawah kemah
"kak jaga jap aku nak cari laki aku" kata NurNazlyna dan menyerahkan bayinya kepada erra Nazirah.
"erh laki kau bukan ada dekat dalam ke tadi" ujar Erra Nazirah.
"hah aku gi cari sekejap..." NurNazlyna masuk ke dalam semula
Semua tetamu tersenyum ke arah NurNazlyna. Ada yang memuji juga. Kasihan Puan Rose dan Datin Maznah penat menguruskan majlis.
NurNazlyna masuk ke dalam bilik mereka berdua yang berada di atas mencari suaminya
"husband" panggil NurNazlyna sambil mengetuk pintu bilik mereka.
"masuk jerwlah Nur" tegur Puan Sri Zawiyah yang baharu sahaja keluar dari biliknya sambil memakai terlekung. Baru lepas solat barangkali.
"Nur memang nak masuk pun opah" kata NurNazlyna dan tersenyum.
Puan Sri Zawiyah tersenyum.
NurNazlyna memulaskan tombol pintunya dan masuk ke dalam. Lalu dia menutup pintu kembali
Tiba tiba matanya tertutup dari arah berlakang. NurNazlyna terkedu.
"husband"rengek NurNazlyna manja.
Azri Amsyar tersenyum lalu dia melepaskan tangannya dari menutup mata si isteri.
"husband buat apa dekat dalam bilik ni sayang cari tau" kata NurNazlyna sambil memeluk leher Azri Amsyar.
"Husband solat asar sayang..."Azri Amsyar mengusap kepala isterinya.
"mana Nazril??" soal Azri Amsyar
"ada tu hah dekat kakak... sayang suruh jaga sekejap... kasihan dia panas sayang bawa di ke sana ke sini" ujar NurNazlyna
Azri Amsyar memandang wajah isterinya yang semakin cantik di matanya
"Sayang ni makin lama makin cantik lah husband tengok" kata Azri Amsyar sambil merangkul pinggang NurNazlyna.
"husband ni janganlah opah masuk nanti" kata NurNazlyna.
Mereka sudah lama tidak bermanja kerana NurNazlyna wajib berpantang 100 hari untuk menyihatkan rahim.
Kasihan suaminya hihihihi.... NurNazlyna pun apa kurangnya dua kali lima juga selalu sangat menyiksa perasaan si suami.
"alah opah tak akan masuklah... Husband dah lock pintu" NurNazlyna tersenyum nakal.
"hmm kalau opah tak masuk tetamu dekat luar tu siapa nak layan husband. dah lah sayang masuk sini nak cari husband lain pula jadinya" ujar NurNazlyna.
Azri Amsyar tergelak.
"sayang fikir kalau husband dah peluk... sayang boleh terlepas" Azri Amsyar merenung wajah si isteri.
NurNazlyna mahu mengelat sebenarnya ya lah tak akan lah masa tengah majlis mereka nak bersandiwara pula di dalam bilik ni...
"Husband Mak dengan ibu cari nanti dah lah tu" NurNazlyna menolak wajah suaminya yang semakin mendekat.
"alah sayang time ni jerw kita dapat berdua dua..." rengek Azri Amsyar.
Nurnazlyna memandang tajam ke arah suaminya. lain pula yang jadinya sekarang ni
"Husband tak boleh... sekarang kita dah Nazril mana boleh macam dulu lagi" wajah Azri Amsyar mula muram.
Tergelak NurNazlyna melihat wajah suaminya yang comel itu.
"Muka sebiji macam Nazril" ujar NurNazlyna sambil mengusap pipi Azri Amsyar.
"memanglah dah husband walid dia mestilah sama.." NurNazlyna mencubit pipi Azri Amsyar dengan geram.
"hmm ya lah husband dahlah jom kita turun tetamu dah ramai dah tu entah entah Tania dah sampai" kata NurNazlyna..
"Tak nak" jawab Azri Amsyar.
"tak nak sudah... sayang nak keluar tepi sikit" NurNazlyna melepaskan tangan suaminya
"Husband Kasihan dekat kakak jaga Nazril dekat bawah tu" Azri Amsyar memandang wajah isterinya. Entah kali keberapa dia nak pandang
"sayang tengok ni ada bendalah dekat bibi sayang" NurNazlyna memegang bibirnya
Berkerut wajahnya mencari benda yang di katakan itu.
"apa dia husband ni"
Cup..
Azri Amsyar mencium bibir isterinya selepas itu dia berlalu keluar
"jangan lupa betolkan balik bibir tu" pesan Azri Amsyar dan tergelak
Bulat mata NurNazlyna.
"Husband!!!" jerit NurNazlyna geram.
Azri Amsyar tergelak lalu. Dia turun dari tangga.
"ehem ehem" Azri Amsyar terdengan deheman dari seseorang
"kot ya pun dah dapat cium dari isteri lap lah dulu bibir tu" tegur shahril.
ketika itu shahril berada bersama dengan Syakinah. kononnya mahu mencari mereka berdua tetapi silap pula lain yang nampak.
Tergelak Fariq dan Faruq..

"SAYANG tenung apa tu??... husband tengok dari tadi lagi termenung" NurNazlyna yang sedang termenung di balkoni terkejut dengan kehadiran si suami.
Azri Amsyar memeluk pinggang isterinya dari arah berlakang. Pada malam yang hening itu mereka baharu dapat melepaskan lelah kepenatan.
Majlis sudah pun selesai pada awal maghrib. Walaupun berasa penat tapi mereka bersyukur kerana ramai yang sanggup menghadiri majlis cukur jambul dan aqiqah untuk anak lelaki mereka.
"tak ada apa sayang cuma hirup udara segar jerw" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar meletakkan dagunya di bahu NurNazlyna. Dia menghidu bau haruman rambut Isterinya yang sungguh wangi.
"Wanginya rambut sayang" ujar Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum.
"memanglah" NurNazlyna memusingkan tubuhnya menghadap suaminya di berlakang.
Nasib Nazril sudah tidur. Najwa pula mengikut Nazrim pulang katanya dia mahu bermain dengan Aulia dan Asfa di rumah Nazrim..
Maklumlah Nazrim sekarang sudah berpindah ke rumah yang lebih bagus dari yang dulu. Alhamdulillah rezeki mereka sekeluarga.
"thanks husband" kata NurNazlyna sambil mengucup tangan si suami dengan penuh syahdu.
Azri Amsyar mengerutkan dahinya.
"thanks for what??" NurNazlyna mengangkat wajah dan memandang Azri Amsyar yang berwajah pelik melihatnya.
"thanks sebab hadir dalam hidup sayang bagi sayang kemewahan dan kebahagiaan yang cukup sempurna.. Husband juga dah ajar sayang soal agama dan ibadah... husband ajar sayang semuanya sampailah sayang jadi macam ni sekarang..." Mata NurNazlyna mula berkaca. Air mata yang bertakung di tubir di biarkan jatuh berguguran.
Azri Amsyar mengusap kepala isterinya yang berbalutkan kain tuala sahaja.
"husband yang patut cakap terima kasih dekat sayang bukan sayang yang cakap terima kasih... sebab sayanglah orang pertama yang bukakan pintu hati husband untuk terima perempuan dan sayang buatkan husband untuk lupakan kisah hitam yang paling perit sekali..." NurNazlyna tidak melepaskan pegangan tangan dari suaminya malah dia hanya membiarkan sahaja.
"Sayang juga sanggup lahirkan seorang anak untuk husband dengan umur sayang sekarang ni yang masih muda dan sayang sanggup turunkan ego sayang untuk husband walaupun dah berkali kali husband asyik buat hati sayang terluka" sambung Azri Amsyar lagi. Azri Amsyar juga turut mengalirkan air mata bahagia.
"itukan memang tanggungjawab seorang isteri untuk melayan suami dan anak anak betul tak?? husband dah bagi sayang kebahgiaan pun dah cukup" pujuk NurNazlyna dan mengesat air mata suaminya dengan menggunakan ibu jari sahaja.
Azri Amsyar menarik isterinya di dalam perlukan. Dia mengucup kepala NurNazlyna.
"i'm sorry selama ni husband banyak buat salah dengan sayang..." NurNazlyna menangis di dada bidang Suaminya saat itu.
Tersengguk sengguk dia menahan esak tangis di dada. Terlalu banyak cabaran mereka hadap dari sebelum kahwin sehinggakan selepas mereka kahwin.
Walaupun banyak kali ada salah faham antara mereka. alhamdulillah Allah panjangkan jodoh mereka berdua sebagai suami isteri.
"dah lah sayang jangan nangis lagi... sayang nangis muka sayang buruk tahu tak??" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna tergelak. "jahat husband ni" dia memukul suaminya.
Mata mereka bersatu. NurNazlyna mengucup pipi Azri Amsyar.
"apa cium cium ni tak malu ke" NurNazlyna mengerutkan dahinya mendengar Suaminya berkata kata
"alah husband ni... dia curi curi cium orang boleh pula benci arh" NurNazlyna menolak tubuh suaminya dan memusingkan tubuhnya memandang langit.
"alah alah merajuk pula sini meh" Azri Amsyar memeluk isterinya kembali di arah berlakang.
"There goes my heart beatin 'Cause you are the reason I'm losing my sleep Please come back now There goes my mind racing And you are the reason That I'm still breathing I'm hopeless now......I'd climb every mountain And swim every ocean .....Just to be with you ....And fix what I've broken..Oh, 'cause I need you to see..That you are the reason" Azri Amsyar menyanyikan di telinga NurNazlyna dengan penuh syahdu sekali
Mengalir air mata si isteri mendengar nyanyian dari si suami.
"tengok tu nangis lagi... haih mengandung ke tak mengandung asyik menangis jerw... hati tisu" NurNazlyna tergelak mendengar usikkan dari Azri Amsyar.
"alah perempuan yang hati tisu ni lah yang lahirkan anak anak husband tau" kata NurNazlyna bangga.
"erh kejap anak anak??" soal Azrj Amsyar nakal.
"ya lah anak anak" jawab NurNazlyna selamba. Dia tidak sedar pun apa yang di katakan
"ada can lah ni Nazril nak dapat adik" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahinya memandang suaminya. Dia berfikir sejenak. Lalu apabila sedar dia mencubit perut Suaminya dengan geram.
"sakitlah sayang husband gurau jerw" Azri Amsyar menggosok perutnya yang NurNazlyna cubit tadi.
Tangan kecil tapi kalau dah cubit dia punya perit tu huu allah jerw tahu betapa sakitnya dia
"padan muka" ujar NurNazlyna.
"tak sayang husband lah tu" Azri Amsyar memuncungkan bibirnya dan berlalu duduk di kerusi. Penatlah asyik berdiri jerw.
"hish sayanglah... siapa kata tak sayang" NurNazlyna membontoti si suami. Lalu dia duduk di atas riba Azri Amsyar
"habis tu biarkan husband sakit" rajuk Azri Amsyar.
"alololo merajuklah nii" NurNazlyna bermainkan tangannya di rambut suaminya.
Azri Amsyar tidak memandang isterinya dia memeluk tubuh dan memandang ke arah lain
NurNazlyna melihat sahaja rajuk si suami tersenyum nakal.Lalu dia berbisikkan sesuatu di terlinga suaminya.
Azri Amsyar tersenyum nakal dengan kata kata si isteri. Dia memandang isterinya kurang percaya.
"betul ni??" soal Azri Amsyar
"kalau tak nak tak apa kita tidur jerw"NurNazlyna berura mahu bangun dari riba suaminya
Azri Amsyar menahan dan mendukung NurNazlyna.
"arh!!"terjerit NurNazlyna kerana tindakan suaminya yang sangat drastik.
Azri Amsyar mengendong NurNazlyna bawa masuk ke dalam bilik
"mana boleh lepaskan peluang ni" ujar Azri Amsyar.
"close the door please sayang" Arah Azri Amsyar.
NurNazlyna tergelak lalu dia menutup pintu balkoni itu.
Tanpa mereka sedar Datin Maznah melihat mereka dari tingkap biliknya di tingkat atas. Tersenyum dia melihat kebahagiaan pasangan suami isteri itu.
Siapa sangka seorang murid yang baharu sahaja mahu mengambil ujian SPM berkahwin dengan seorang cikgu Praktikal pada masa yang terdekat.
Sungguh cantik Aturan Allah. Allah ambik seseorang dan allah bagi seseorang yang lebih sempurna sekali. Alhamdulillah mereka bahagia saat ini
Alen?? hmm Alen sudah di penjarakan seumur hidup kerana atas kesalahan menyimpan senjata api secara haram,menjadi tokan dadah,menculik dan membunuh orang.
Manakala Sarah pula. Sudah mahu mendirikan rumah tangga beberapa bulan jerw lagi. Atas persetujuan mak dan ayahnya
Aiman?? hmm Aiman sudah bahagia bersama dengan Atiqah mereka juga bakal menimang cahaya mata kedua. Alhamdulilla rezeki mereka sekeluarga.
Kini mereka semua sudah jumpa kebahagiaan masing masing. walaupun perit untuk tempuh Alhamdulillah Allah SWT maha adil dia sudah tentukan dimana letaknya kebahagiaan seseorang itu.

sorry lambat publish... so.. this is a last capter okey... jangan lupa baca and komenlah... hari hari Nat tunggu komen korang tau...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience