BAB 46

Romance Series 50179

_______________________________________________________________
NURNAZLYNA DUDUK di rumah Puan Khadijah bersama dengan kawan kawannya. Shahril meminta tolong ibunya untuk menjaga NurNazlyna dan yang lain untuk sementara waktu.
Azri Amsyar di temani dengan Fariq dan Faruq pula pulang ke Shah alam untuk menghantar Najwa kepada Puan Rose. Azri Amsyar sudah menceritakan segalanya pada Puan Rose dan Encik Mohammad.
Nasib sahaja mereka faham dengan masalah mereka. Najwa tidak akan ke sekolah kerana mahu menjaga keselamatan Najwa juga turut terjejas.
Di rumah Puan Khadijah Nurnazlyna mengusap perutnya, Jujur dia berasa takut dengan apa yang berlaku.
"hmm Lyna jom makan" pelawa Puan khadijah.
NurNazlyna memandang Puan khadijah yang sedang berjalan ke arahnya.
NurNazlyna bangun dari sofa. Dia bangun mendekati meja makan bersama sama dengan Puan Khadijah. Baharu sebentar sahaja tadi Azri Amsyar sudah sampai ke KL NurNazlyna sudah merasa rindu dengan suaminya.
"hmm shahril Azri dah gerak balik sini??" soal NurNazlyna.
Shahril menggeleng.
"alah babe tak apalah nanti Azri sampailah tu don't worry okey sekarang ni kau makan untuk baby kau yang sekarang ni"kata Farah.
"betul cakap Farah tu Lyna makan... Lyna cakap jerw nak makan apa Mummy buatkan"kata Puan Khadijah.
NurNazlyna tersenyum sahaja. Rania pula berasa kasihan melihat sahabatnya itu bersedih sudah banya perkara yang sahabatnya itu tanggung.
"babe makan ya... semua baik baik aja Fariq dan Faruq dah tolong kitakan" kata Rania memujuk sahabatnya itu.
NurNazlyna memandang Sahabatnya itu. Dia menurut makan apabila sudah di pujuk bergitu.
Mereka semua menarik nafas lega. Sehingga habis NurNazlyna makan.
"Lyna nak apa apa lagi ke mummy buat kan??" soal Puan khadijah.
NurNazlyna menggeleng tanda tidak mahu di berasa segan kerana semua orang melayannya dengan sungguh baik. Mereka semua sangat prihatin dengan dirinya.
Selepas itu, mereka berjalan ke ruang tamu. NurNazlyna sudah mula rasa keletihan menunggu Azri amsyar Malam tadi sahaja dia tidur di dalam bilik tetamu rumah Puan Khadijah atas arahan Shahril.
"babe jom kita naik tidur dulu.... kalau kau tunggu laki kau balik pun lambat lagi jom kita naik"ajak Rania.
NurNazlyna menurut sahaja. Rania memimpin tangan NurNazlyna untuk naik ke bilik dengan berhati hati. setiap langkah di perhatikan.
"babe nanti Azri balik kau kejut aku boleh?? aku risaulah"kata NurNazlyna.
Rania mengangguk sahaja dia mengusap wajah NurNazlyna dengan perlahan.
"tidur okey aku ada untuk kau... kita orang semua boleh tolong kau insyaallah"kata Rania sambil membelai rambut ikal mayang NurNazlyna.
NurNazlyna melelapkan mata, Rania berbaring di sebelah NurNazlyna dia menyelimut NurNazlyna. lama Mereka berdua ketiduran sehinggalah jam menunjukka pukul 4 pagi.
NurNazlyna terjaga, Dia melihat Rania yang sedang tidur itu. Kasihan dia melihat Rania yang sudah letih. Dia melihat Farah dan syakinah yang tidur di sofa dalam bilik itu.
Kasiha mereka membantu NurNazlyna sampai begitu sekali. Nurnazlyna bangun dengan perlahan dia mahu menunggu suaminya di ruang tamu bahagian bawah.
NurNazlyna turun dengan berhati hati. Di kawasan rumah itu dia melihat beberapa anggota polis sedang menjaga kawasan rumahnya.
"Hello Darling"bisik seseorang di terlinga NurNazlyna. Terbeliak biji mata NurNazlyna mendengar panggilan sayang bukan dari suaminya sendiri.
NurNazlyna berdiri kaku di situ. lututnya mula terasa lemah. Mahu sahaja dia menjerit meminta tolong dari anggota polis di luar rumah itu.
"jangan ganggu akulah"kata NurNazlyna selepas memusingkan tubuhnya memandang Alen di berlakang.
"jangan takut baby... i ada untuk you.... sini dekat i sayang"panggil Alen dan mendekati NurNazlyna.
NurNazlyna berundur ke berlakang sehingga. "ARH!!!" terjerit NurNazlyna apabila dia sudah jatuh di atas sofa ruang tamu.
"jangan dekat"kata NurNazlyna dan membalingkan bantal yang tersusun di sofa itu.
"sakitnya, i dah lama tunggu saat ini" Alen mendekati NurNazlyna.
NurNazlyna meronta ronta mahu melepaskan diri tetapi dengan kudratnya dan kekuatan yang dia ada. Dia tidak mampu untuk melawan.
"lepaskan akulah setan"kata NurNazlyna geram.
"ya allah" Puan Khadijah yang turun dari tangga terkejut melihat NurNazlyna yang sedang bergelut dengan Alen.
Dia mahu membantu tetapi dengan sekejap sahaja. Ada orang memegang tangannya.
"Shahril!!!!" jerit Puan Khadijah.
"Mummy tolong Lyna mummy"NurNazlyna merayu kepada Puan Khadijah.
"Lepaskanlah dia kau nak apa hah dari dia..."kata Puan Khadijah.
"aku nak diri dia.. aku nak dia... dia untuk aku"kata Alen dan membuka tudung NurNazlyna dengan kasar.
NurNazlyna menangis teresak esak. Dia cuba menahan bajunya yang sudah mahu terdedah.
"JANGAN BERGERAK LETAKKAN SENJATA"arah Seorang anggota polis bersama dengan shahril.
Alen berdecit kasar.
"babe"Farah mahu berlari mendekati NurNazlyna.
"jangan dekat kau dekat aku tikam perempuan ni"kata Alen sambil mengacukan sebilah pisau pada Farah.
Farah berhenti dari berlari.
Alen mencekak leher jijang NurNazlyna yang sudah terdedah. Dia berundur ke berlakang.
"Saya cakap lepaskan senjata!!!" jerit anggota polis itu lagi.
"kau fikir aku takut ke hah dengan kau..."alen tersenyum sini.
Orang orang Alen sudah di tangkap oleh pihak anggota polis. Nurnazlyna memegang perutnya.
"Lepaslah"NurNazlyna meringis kesakitan..
"Kau diamlah"jerit Alen kasar.
NurNazlyna memejamkan matanya. Dia tidak mampu menahannya lagi.
Alen berundur dan berundur sehingga ke halaman rumah Puan Khadijah yang terbentang luas.
"jangan dekat"kata Alen dan mengheret NurNazlyna untuk masuk ke dalam kereta.
"korang ingat korang kepung aku korang menang..."Alen tersenyum sinis.
Dia menolak NurNazlyna masuk ke dalam kereta dengan kasar di tempat duduk berlakang.
"Alen lepaskan bini aku"jerit Azri Amsyar yang baharu sahaja keluar dari keretanya.
"wow you punya hero dah sampailah"kata Alen dan menarik rambut NurNazlyna
Azri Amsyar mendekati sedikit demi sedikit.
Alen menepuk nepuk tangannya.
"you Azri.. i dah cakap dengan you hari tu jangan ambik saham dato Marzuki tapi you dengan dia sama sama degil kasihan dia dah jatuh ke tangan i... dia sudah mati." Kata Alen dengan sinis.
Terkejut NurNazlyna mendengarnya.
"Buang masa jerw you datang balik shah alam then you datang sini untuk selamatkan your wife... akhirnya jatuh dekat tangan i juga"Alen tergelak jahat
"Kurang ajar kau"Azri Amsyar mula geram.
"jangan Azri"bisik Fariq menahan Azri Amsyar untuk pergi menyerang Alen.
Alen jalan ke arah pemandu untuk masuk ke dalam kereta. Dia tersenyum sinis kepada salah seorang anggota polis yang ada.
"Alen lagi sekali saya cakap letakkan senjata anda."Jerit Anggota polis itu dengan tegas sekali lagi.
Azri Amsyar berlari ke arah pintu kereta berlakang dia menarik NurNazlyna yang berada di berlakang NurNazlyna memeluknya dengan erat.
"tak guna kau..."jerit Alen dan berlari ke arah NurNazlyna.
Azri Amsyar yang sedang memeluk isterinya itu terus sahaja memusingkan perlukkan mereka.
Satu tembakkan dari pihak polis terkena pada tubuh Alen. Alen rebah. NurNazlyna memangku Azri Amsyar yang sudah berlumuran dengan darah itu. Dia rasa takut melihat Suaminya menjadi begitu.
"Sayang jaga baby elok elok ya"Azri Amsyar mengusap wajah NurNazlyna.
NurNazlyna mengangguk dalam tangisan dia tidak mampu berkata kata.
"husband bangun janganlah tutup mata please, sayang takut husband"NurNazlyna memandang Azri Amsyar dia mengucup dahi suaminya yang mula memejamkan mata.
NurNazlyna memegang perut Azri Amsyar yang sudah berlumuran dengah darah.
"tolonglah aku"raung NurNazlyna dan mengusap rambut Azri Amsyar.
Farah datang mendekati NurNazlyna dia memujuk Nurnazlyna. Mata NurNazlyna semakin lama semakin kelam dia mula rebah.
"babe bangun"kata Farah menepuk nepuk pipi NurNazlyna.
Mereka yang lain turut membantu Farah. Lama selepas itu Ambulance pun datang membantu mereka.

BUKA sahaja mata NurNazlyna melihat ibunya sedang duduk di sebelah kerusi sambil memegang tangannya.Kepalanya mula terasa sakit.
"ibu orang dekat mana ni??" soal NurNazlyna melihat Puan Rose.
"adik ada dekat hospital sayang jangan gerak..."kata Puan Rose. Mengusap kepalanya anak perempuannya yang bongsu.
NurNazlyna mengerutkan dahi cuba untuk mengingatkan apa yang terjadi pada dirinya sehinggakan dia berada di sini.
Lama selepas itu baru dia teringat tentang kejadian yang menimpa dirinya dan suaminya.
"ibu adik nak tengok Azri ibu dia mana adik nak tengok dia"Nur Nazlyna mula rasa sebak. sungguh dia rindu dengan suaminya saat ini.
"adik jangan banyak gerak..."Puan Rose menghalang NurNazlyna untuk bergerak.
"ibu orang nak pergi tengok Azri... dia mana? kenapa dengan baby kenapa adik tak boleh banyak gerak?" soal NurNazlyna lagi.
Puan Rose diam, dia menggosok bahu anaknya dengan lembut.
"baby selamat sayang alhamdulillah... adik please jangan macam ni nanti adik dah sihat adik boleh jumpa Azri okey... ibu janji"Puan Rose memeluk tubuh anaknya yang sesang menangis teresak esak.
Lama selepas itu Encik Mohammad masuk ke dalam bersama dengan seoramg doktor yang merawat NurNazlyna.
"Assalammualaikum saya doktor Zalikha"Doktor itu memperkenalkan diri.
"waalaikumussalam.."jawab Puan Rose.
"Puan kene banyak berehat ya Puan... Kandungan Puan akan selamat kalau dengan semangat dari Puan sendiri. "kata Doktor Zalikha. NurNazlyna meengangguk sahaja.
"saya keluar dulu Assalammualaikum"Doktor Zalikha keluar dari bilik wad itu selepas melihat dokumen yang berada di atas meja.
"adik makan dulu boleh??" soal Puan Rose. NurNazlyna menurut.
Dia makan dan di suapkan oleh Puan Rose.
"ibu adik nak balik adik nak jumpa Azri"kata NurNazlyna sayu.
Dia mengusap perutnya yang sudah memboyot itu.
"ya nanti adik dah sihat semua dah sattle ibu dengn ayah bawa pergi jumpa Azri okey..."kata Puan Rose
NurNazlyna mengangguk sahaja.

BEBERAPA BULAN Kemudian, NurNazlyna duduk di rumah bersama dengan Puan Rose. Sudah berbulan dia menunggu suaminya melawatnya dan anak dalam kandungan tetapi kelibat suaminya tidak datang. Apabila di tanya ibunya Azri Amsyar akan datang melawatnya tetapi beri dia masa.
NurNazlyna sudah lali mahu menyoalnya lagi. Dia juga turut bunti dengan masalah yang dia hadap seorang diri tanpa seorang suami di sisi. Kini kandungannya sudah berusia 6 bulan.
NurNazlyna mengusap perutnya, Tersenyum dia apabila terasa ada tendangan dari anaknya itu.NurNazlyna melihat telefon bimbitnya yang berlatar berlakangkan Azri Amsyar dan Dia semasa di majlis kesyukuran di kampung seketika dahulu.
Dia bangun dari katil yang sudah siap di kemas. Najwa pula di jaga oleh Datin Maznah,NurNazlyna ada juga bertanya Datin Maznah jikalau suaminya ada balik ke rumah ibu mertuanya tetapi apabila di tanya Datin Maznah hanya bedkata tidak tahu sahaja
"ibu adik nak drive pergi rumah Mak tau sekejap lagi"kata NurNazlyna dan duduk di sebelah Puan Rose.
"maaflah dek ibu tak dapat nak teman... ibu ada mesyuarat persatuan wanita sekejap lagi dekat puchong ayah hantar"kata Puan Rose.
"minta tolong angah hantar boleh?? ibu risaulah adik pergi sorang sorang"sambung Puan Rose.
"alah tak apalah ibu... adik dah biasa lagi pun dah lama tak drive taknaklah manjakan diri sangat"kata NurNazlyna dan menyapukan sekeping roti bersama dengan mentega.
"ya lah"Puan Rose mangangguk sahaja.
Selepas makan NurNazlyna naik ke atas untuk bersiap, NurNazlyna memakai baju bewarnah meroon dah bertudung shawl hitam berkasut bertumit 3 inci sahaja. sudah lama dia tidak memakai kasut tinggi begini.
"Ayah ibu orang pergi dulu Assalammualaikum"NurNazlyna menyalam tangan Puan Rose dan Encik Mohammad
"waalaikummussalam elok elok jalan tu"kata Puan Rose.
NurNazlyna mengangguk dan berlalu masuk ke dalam kereta. Puan Rose memandang anaknya itu sehinggalah hilang kelibat kereta yang di pandu.
"Rose rasa kasihan dekat adik bang.. patut ke kita rahsiakan benda ni bang.. kasihan dia tanggung rindu seorang diri bersana dengan anak dalam perut"kata Puan Rose sayu.
Encik Mohammad menggosok bahu Puan Rose untuk memberi kekuatan "sabarlah Rose.. demi kebahagiaan anak anak dan semua okey..."kata Encik Mohammad.
Puan Rose menundukkan pandangan dan tersenyum sahaja

SAMPAI SAHAJA di rumah Datin Maznah, NurNazlyna masuk ke dalam. Dia melihat Najwa yang sedang berlajar bersama dengan seorang cikgu.
"umi"Najwa berlari ke arah NurNazlyna. NurNazlyna memeluk tubuh anaknya sudah seminggi dia tidak berjumpa anaknya.
NurNazlyna memberi senyuman padan Cikgu yang mengajar.
"sayang pergi berlajar dulu malu dekat cikgu tengok tu"kata NurNazlyna Najwa mencium pipi NurNazlyna. Kemudian dia berlari ke arah ruang yang cikgu itu mengajar.
Setiap hari Sabtu, Najwa akan berlajar bersama dengan seorang cikgu dikira macam kelas tambahanlah.
"Nur baru sampai ke??" soal Datin Maznah dan berjalan keluar dari dapur.
"Mak"NurNazlyna memeluk Datin Maznah dengan erat. Walaupun mereka sama sama mencari di mana Azri amsyar tetapi NurNazlyna akan melayan Datin Maznah dengan baim sekali.
"Nur dah makan belum ni??" soal Datin Maznah.
"Dah Mak" jawab NurNazlyna sopan.
"Ni Nur pandu seorang diri ke ni??" soal Datin Maznah.
NurNazlyna menganggik kepalanya.
"Ya allah kenapa tak cakap dekat Mak boleh Mak hantarkan pak Daud tu hah ambik Nur dekat rumah sana.."kata Datin Maznah.
"alah tak apalah Mak lagipun Nur dah lama tak drive... Nur ingat Nur nak ambik Najwa bawa dia pergi Mall sekejap"kata NurNazlyna.
Datin Maznah menganggukkan kepala sahaja.
"nak Mak temankan ke??" soal Datin Maznah.
"erh tak apa Mak Nur pergi sendiri jerw Najwa ada..."kata NurNazlyna.
"okeylah kalau macam tu."Datin Maznah tidak membantah.

SELEPAS ITU, NurNazlyna memandu menuju ke Aeon Mall du shah Alam. Masuk sahaja di dalam Mall NurNazlyna memimpin tangan Najwa dengan erat.
"umi kita nak pergi mana??" soal Najwa.
"Hmm hari ini umi akan layan Najwa seperti princes Najwa nak pergi mana dan Najwa nak apa umi bawakan"kata NurNazlyna.
Najwa meletakkan tanggannya di dagu seperti mahu berfikir susuatu.
"Najwa nak ice cream boleh"Najwa menunjukkan ke arah kedai ais krim yanv berdekatan di situ.
"boleh jom"NurNazlyna memimpin Najwa ke kedai Ais krim itu.
"sayang nak ice cream apa??" soal NurNazlyna.
"hmm sayang nak ice cream strawberry"Najwa menunjukkan ke arah ice cream itu.
"hmm Ice cream strawberry dalam mangkuk satu"kata NurNazlyna.
"ni jerw ya Cik??" soal lelaki itu.
NurNazlyna menganggukkan kepala dan memberikan sejumlah wang kepada lelaki itu.
Nurnazlyna memimpin tangan Najwa sehingga ke kedai tempat kerusi kayu.
"makan elok elok"kata NurNazlyna dan mengelap mulut Najwa dengan lembut.
"umi, semalamkan Najwa macam dengar suara Walid dekat rumah nekny"kata Najwa. NurNazlyna tersenyum dan berfikir sejenak.
"erh Mungkin mimpi Najwa jerw kot... dah lah jangan fikir sangat"kata NurNazlyna dan menyelitkan rambut Najwa ke berlakang.
Selepas makan NurNazlyna membawa Najwa ke dalam satu kedai barangan bayi. Dia mahu membelikan pakaian untuk anak dalam kandungan.
"umi nak beli baju untuk Adik ke umi??" soal Najwa.
NurNazlyna menganggik.
"haah sayang umi nak belikan untuk adik. Najwa boleh tolong carikkan sekali"nurNazlyna memimpin tangan Najwa dan membelek sehelai pakaian bayi lelaki.
Tersenyum NurNazlyna melihat gambar itu. Dia sangat gemar dengan panda. Jadi dia memilih untuk membeli baju ini untuk anaknya.
"hmm ni umi warna merah ni"tunjuk Najwa
Nur Nazlyna mengambil dan meletakkan di dalam bakul yang tersedia.
Banyak sudah mereka mengambil pakaian untuk bayi mereka.NurNazlyna pergi ke kaunter untuk membayar. Selepas selesai NurNazlyna keluar dari kedai. Terlalu banyak barang yang di bawa oleh NurNazlyna.
"hmm kita balik boleh tak sayang umi dah penatlah"kata NurNazlyna
Najwa mengangguk. Mereka berjalan sehingga ke arah parking kereta.
Tiba tiba telefon bimbit NurNazlyna berdering. NurNazlyna mengangkat panggilan tersebut.
"ya ibu ada apa??" soal NurNazlyna.
"hmm adik, dekat mana balik sekarang dek ada orang nak jumpa"kata Puan Rose.
"baiklah ibu orang balik sekarang"kata Nurnazlyna selepas membuka pintu untuk Najwa masuk ke dalam.
Kereta NurNazlyna meluncur laju sehingga ke atas jalan raya.
"umi kita balik rumah atok dengan nenek ya?"soal Najwa.
"ya sayang kita jumpa ayahngah dengan ibungah seronok tak??" soal NurNazlyna.
Najwa bersorak kegirangan dia menepuk tangannya tanda teruja.

SESAMPAI SAHAJA di rumah Encik Mohammad dan Puan Rose. NurNazlyna masuk ke dalan rumah melihat semua orang hanya duduk di ruang tamu dan mendiamkan diri.
"Assalammualaikum"ucap NurNazlyna dan masuk ke dalam rumah.
"Waalaikummussalam"kata Puan Rose.
NurNazlyna masuk ke dalam rumah selepas menanggalkan kasutnya.
"Aleen Mama nak minta maaf dekat aleen mama tahy mama salah aleen"Puan Sarifah mememuk kaki NurNazlyna dengan mengejut.
NurNazlyna yang terkejut hampir sahaja terjatuh nasib Erra Nazirah dan Puan Rose ada.
"Mama jangan macam ni mama"kata NurNazlyna mahu melepaskan perlukkan
"sipah jangan buat macam ni dekat anak kak long"Puan Rose turut membantu menjarakkan Perlukkan dari kaki NurNazlyna.
Najwa sudah naik ke atas bersama dengan Sufia.Puan Sarifah bangun di bantu oleh Halizah dan Erra Nazirah.
Mereka duduk kembali di ruang tamu. NurNazlyna duduk di sebelah Erra Nazirah.
"Mama sebenarnya Aleen tak pernah tak maafkan mama... setiap perbuatan mama dengan aleen dan keluarga aleen sudah maafkan.. "kata NurNazlyna dan mengusap perutnya perlahan.
"Aleen pun macam orang lain juga mama"kata NurNazlyna dan tersenyum sahaja.
"mama tahu aleen sebab tu mama dengan kak za dan Ayah Halim datang sini nak minta maaf dekat Along sekeluarga. Aku minta maaf ya long.. aku cakap buruk pasal abang aku... aku betul betul minta maaf"kata Puan Sarifah dan memandang ke arah Encik Mohammad.
Encik Mohammad mengangguk sahaja."aku dah lama maafkan"kata Encik Mohammad.
NurNazlyna dan yang lain hanya tersenyum. Lalu malam itu mereka semua sudah berbaik dan menjadi satu keluarga yang bahagia.
Namun tidak pada NurNazlyna bahinya hidupnya tidak akan lengkap jikalau tiada suami di sisi. sungguh di amat merindui suaminya

KEESOKKAN harinya NurNazlyna bangun untuk solat subuh. Entah kenapa anak dalam perutnya ini bergerak terlalu aktif pagi ini. NurNazlyna bangun untuk mengambil wuduk.
NurNazlyna masuk ke dalam bilik air dengan berhati hati. Selepas dia mengambil wuduk. Dia menunaikan solat sunat 2 rakaat. Selepas itu NurNazlyna terus sahaja menunaikan solat subuh.
Dia solat dengan penuh tertib dah kusyuk. Habis sahaja solat NurNazlyna menadah tangan untuk berdoa.
"Ya allah ya tuhanku, aku bermohon padamu ya allah... kau lindungilah hambamu ini ya allah. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadap segala cabaran yang engkau berikan padaku. Ya allah ku mohon padamu kau berikanlah pertunjuk kepadaku. sesungguhnya aku amat merinduinya ya allah."NurNazlyna mula sebak.
"Ya allah ya tuhan ku kau berikanlah aku semangat untuk menghadap segala ujian yang di berikan oleh mu ya allah.." sambung NurNazlyna lagi.
NurNazlyna mengaminkan di selepas habis membaca doa. NurNazlyna mengambil Al quran untuk di baca olehnya. itu Sahaja yang akan menenangkan bayi dalam kandungannya ini.
selepas habis membaca Al quran NurNazlyna melunjurkan kakinya di atas katil. Dia mula teringat kenangan dia bersama dengan Azri Amsyar.

FLASHBACK..

NurNazlyna duduk di taman permainan bersama dengan Azri Amsyar. Waktu itu dia dan Azri Amsyar berjalan jalan di sekitar taman itu untuk mengambil angin petang.
"sayang nanti kalau husband tak ada sayang kene kuat tau"kata Azri Amsyar setelah NurNazlyna duduk di sebelahnya.
"kenapa cakap macam tu pula??" soal NurNazlyna geram.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna
"tak manalah tahu, kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa yang akan datang... husband bukannya ada dengan sayang sentiasa"kata Azri Amsyar dan memeluk pinggang NurNazlyna.
NurNazlyna membalas perlukkan dari suaminya itu.
"ya lah husband sayang akan jaga diri dan cuba berlajar berdikari sendiri puas"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar memicit hidung NurNazlyna dengan geram. Selepas itu mereka sambung berjoging.

ENDFLASHBACK

NurNazlyna mengusap perutnya yang kian membesar. Itulah bukti cinta dia dan Azri Amsyar.
"baby rindu walid ya sayang nanti kita pergi cari Walid ya"kata NurNazlyna dan mengusap perutnya.
"tapi Walid dah tak sayang umilah baby... kalau walid sayang umi mesti walid akan cari umi tapi sudah berbulan umi tunggu walid tapi walid tak ada pun nak cari umi"Sambung NurNazlyna lagi.
Tiba tiba bayinya menendang lagi,NurNazlyna melihat Anaknya yang menendang itu sungguh seronok dan suka dia melihatnya.
Sedang NurNazlyna asyik melayan perasaan. Pintu Nurnazlyna di ketuk dari luar Nurnazlyna membuka pintu.Figura Puan Rose terlihat.
"ya ibu ada apa??" soal NurNazlyna.
"tak ada apa nak kejut adik bangun subuh"kata Puan Rose.
NurNazlyna membuka pintu.
"Adik dah subuh dah ibu"kata NurNazlyna.
Puan Rose mengangguk sahaja dan berlalu.

PETANG ITU, NurNazlyna duduk bangku kayu di sebuah taman, dia sedang menunggu sahabat sahabatnya sudah lam dia tida berjumpa dengan sahabat sahabatnya itu.
"Babe"sergah Rania di berlakang NurNazlyna.
"kau ni terkejut aku... bagilah salam"NurNazlyna memukul Bahu Rania.
"sorry wey lambat jalan jem dowh"kata Farah dan duduk di sebelah NurNazlyna.
"tak apa aku faham"Nurnazlyna bersalaman dengan mereka. Maklumlah sudah berbulan tidak berjumpa.
"hmm sebenarnya aku nak minta tolong ni..."kata NurNazlyna.
"tolong apa tu babe??" soal Syakinah.
"aku ingat aku nak bercuti dekat Johor Bharu dengan Najwa aku dan nak kehidupan yang sebenar dekat sana dengan anak aku"Nurnazlyna mengusap perutnya.
"babe seriuslah"Farah memegang tangan NurNazlyna.
NurNazlyna mengangguk.
"dah tak ada apa babe aku dekat sini... aku ingat aku nak bercuti dekat sana sampai aku jumpa kehidupan yang sebenar. dan jangan risau pasal ibu dan ayah aku dia orang tahu"kata NurNazlyna dan tersenyum.
"hmm okeylah kalau macam tu kau nak kita orang tolong apa ni??" soal Rania.
"Aku ingat nak minta tolong korang carikan aku nombor baru dan nombor tu hanya untuk kepentingan sahaja."kata NurNazlyna.
"kalau macam tu okey nanti aku carikkan nombor tu"kata Farah.
NurNazlyna tersenyum sahaja.
Mereka bertiga bangun dari duduk nasib sahaja mereka menaiki 1 kereta hari ini.
"hmm Rania kau drive kereta aku... aku drive kereta Naz"kata Farah.
Rania mengangguk sahaja. NurNazlyna memasuki kereta di bahagian penumpang.
Lama selepas itu mereka sampai di one utama. NurNazlyna Masuk ke dalam mall bersama dengan sahabat sahabatnya.
Mereka berjalan di tengah tengan one utama entah apa yang mahu di cari.


27.3.21
BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience