BAB 29

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

HARI INI MERUPAKAN minggu Farah dan Rania bertunang bersama dengan Faruq dan Fariq. NurNazlyna sedang bersiap memakai baju yang sedondon dengan Syakinah. Azri Amsyar memakai warna baju sama dengan NurNazlyna. NurNazlyna sedang memakai shwal berwarna dark grey.
Azri Amsyar pula entah kemana hilangnya. Selepas menyiapkan dirinya Azri Amsyar terus keluar dari kamar mereka berdua. Siap NurNazlyna memakai tudung, dia mengambil botol minyak wangi kegemaranya victoria secret.
Selepas itu dia mengambil Handbagnya berjalan ke arah bilik Najwa yang terletak di sebelah biliknya. Dia melihat Najwa yang sedang bersiap memakai cekak di rambut.
Rambut Najwa sama seperti rambut Amalina panjang dan cantik bila di dandankan.
"sayang dah siap??"soal NurNzlyna kepada Najwa yang duduk di birai katil sambil bermain ipad yang di hadiahkan oleh Azri amsyar tempoh hari.
"dah umi.. umi kita nak pergi tengok teacher Farah dan aunty Rania kahwin ke??" soal Najwa.
"hari ni teacher Farah dan Aunty Rania baru tunang sayang belum kahwin lagi"ucap NurNazlyna sambil mengusap kepala Najwa.
"ouh okey" Najwa bangun dari duduknya.
"jom sayang kita dah lambat ni nanti aunty kinah tunggu" ajak Nurnazlyna.
Najwa mengikut NurNazlyna. Selepas itu NurNazlyna memimpin tangan Najwa dengan erat.
Mereka berjalan menuruni tangga. Azri Amsyar yang sedang fokus memandang telefon dia tidak sedar dengan bunyi derapan kaki NurNazlyna dan Najwa.
"awak jom" ajak NurNazlyna.
Azri Amsyar yang leka bermain telefon bimbit itu, memandang NurNazlyma sekilas. Selepas itu dia memandang NurNazlyna dari atas sehingga ke bawah tanpa berkelip.
'huish cantiknya bini aku ni... selamat aku cop dia dulu haih orang lain tengok pun rasa tergugar iman' gumam Azri Amsyar.
"awak dah kenapa pandang saya macam nak telan" kata NurNazlyna dan melambai lambai tangannya di hadapan Azri Amsyar.
"ah..ah.. sa...sa...saya tak ada apa jom kita pergi" kata Azri Amsyar gagap.
"erh Anak walid comelnya dia jom kita pergi ya" sambungnya lagi
Mereka berjalan ke arah rak kasut. NurNazlyna membuka rak kasut miliknya. Sekarang setelah dia bekerja dengan Azri Amsyar sebagai setiausaha atau personal Asistant. Dia telah membuat banyak kasut bertumitnya dari 1 inci sehingga 9 inci.
Azri Amsyar sudah menegur NurNazlyna bahawa tidak perlu membeli kasut bertumit tinggi tetapi setelah NurNazlyna memujuk Azri Amsyar. Akhirnya dia membenarkan sahaja.
"jom" kata NurNazlyna setelah mendapat kasut tumit tingginya yang 4 inci itu.
Bulat mata Azri Amsyar memandang dengan isterinya.
"sayang why awak pakai tinggi ni ambik yanh rendah dah lah" ujar Azri Amsyar sehingga berkerut wajahnya memandang NurNazlyna.
"hish biarlah yang ni saya belum pernah pakai lagi" ujar NurNazlyna.
Azri Amsyar hanya menggeleng kepala mendengar jawapan isterinya itu.
NurNazlyna masuk ke dalam kereta setelah pintu pagar rumahnya sudah di kunci. Akhirnya kereta milik Azri Amsyar bergerak juga.

SAMPAI SAHAJA di Majlis Najwa mengikuti NurNazlyna manakala Azri Amsyar pula berjalan menuju ke arah Shahril yang sedang bersembang dengan seorang lelaki.
NurNazlyna hanya membiarkan sahaja Azri Amsyar pergi berjumpa dengan sahabat baiknya Shahril. NurNazlyna menyalam tangan Puan Farida.
"erh Lyna datang kamu ya.. ni masuklah Farah dengan Rania ada dekat dalam tengah bersiap... maaflah biliknya kecik sikit" kata Puan Farida.
"erh tak apalah makcik saya okey...saya masuk dulu lah ya.." ucap NurNazlyna.
Puan Faridah hanya mengangguk. NurNazlyna masuk dan memandang Farah dan Rania yang sedang di solek dengan mak andam yang berbeza.
"cantiknya kau orang" kata NurNazlyna.
"banyak lah kau cantik kau tahu tak aku rimas pakai bunga jadah apa yang dekat kepala ni" kata Farah.
"kau ni Farah cuba bersyukur sikit cantik apa" kata Syakinah
"tah kau.... brutal" ujar NurNazlyna.
"erh lupa Najwa salam semua MAKCIK MAKCIK ni" NurNazlyna sengaja menekankan perkataan 'makcik' kepada mereka berdua.
"sorry okey aunty... lambatlah lagi aku jadi makcik" kata Rania.
"aku teacher Farah okey... erh Najwa home work dah siap??" soal Farah.
"belum...umi cakap nanti bagi tahu dekat teacher yang tak siap sebab pergi tengok teacher kahwin" kata Najwa.
Bulat mata Farah memandang NurNazlyna yang tersengih itu. "umi cakap macam tu Najwa" kata Farah sambil menjeling tajam ke arah NurNazlyna.
"Naz budak budak tak pandai menipu" kata Farah.
"ooops"NurNazlyna menutup mulutnya..
Farah menggeleng kepalanya dan mengambil bantal di sebelah,lalu di baling ke arah NurNazlyna.
"babe kau ni tak baik ajar anak kau macam tu tau..." ujar Farah.
"tak adalah nanti balik aku suruh dia buat"kata NurNazlyna.
Farah menggeleng kepala.
"betul tu teacher.. nanti balik wawa buat sama sama dengan umi and walid" kata Najwa gembira.
Tersenyum mereka semua mendengar kata kata Najwa itu.
"promise??"soal Farah sambil menyuakan jari kelinkingnya.
Najwa mengangguk laju. Tersenyum Farah dia mencium dahi Najwa.
"wey Naz aku nak cerita ni dengan kau orang" sampuk Riana.
NurNazlyna mengerutkan dahi. Dia melihat Farah dan Rania yang saling berpandangan.
"nak citer ke??" soal Rania
"cerita jerw lah asaL dowh?" soal syakinah.
"kau tahu tak kita orang kene kacau lagi"kata Farah.
"hah kene kacau tak faham? kenapa macam mana boleh kene kacau kau ni meremang bulu roma aku" NurNazlyna berkata bodoh.
"bukan kene kacau yang tu bodoh... maksud aku kita orang kene kacau dengan orang... kita orang tak kenal pon siapa perempuan tu" jelas Rania.
"orang yang sama ke?" soal Syakinah.
"mungkinlah sebab nombor orang yang send chat dekat Rania sama dengan aku.. tak percaya tengok ni" Farah menunjukkan Telefon bimbitnya kepada NurNazlyna dan Syakina.
"wey sampai macam tu sekali.. korang tak nak pergi buat report ke?" soal NurNazlyna.
"aku kalau boleh taknak libatkan polis... aku nak benda ni settle sendiri... tapi kalau dia kacau kita orang lagi tahu kita orang nak buat apa" kata Farah sambil menunjukkan penumbuknya.
"tak apa lah macam ni korang Fokus dulu dekat majlis korang ni nanti kita orang tolong apa yang patut okey?" kata NurNazlyna.
Gerun juga muka Nurnazlyna melihat penumbuk yang di beri oleh Farah itu.
"hmm okey." Kata Rania
"jom keluar" ajak Syakinah.
"erh takkan nak keluar dah ni duduk lah teman kita orang kejap lagi pihak lelaki sampai" kata Rania gundah.
"boleh ke ni?" soal NurNazlyna.
"erh bebal.. kau ni dah kahwin berbulan tapi tetap bebal... boleh lah hawau" maki Farah.
NurNazlyna hanya tersengih.
"wey depan budak kau carutkan" kata NurNazlyna.
"ouh hihihi sorry" kata Farah.
Mereka berborak dengan Najwa sementara menunggu ibu ibu memanggil mereka. setelah beberapa minit berlalu pintu bilik itu di ketuk. Terhenti gelak tawa mereka berempat.
"Farah Rania dah boleh keluar" kata Puan Ratna.
"ouh okey kejap" balas Rania.
"wey Naz tolong betulkan kain aku" arah Farah. NurNazlyna bangun dari kerusi dan membetulkan kain Farah.
Selepas itu Farah keluat terlebih dahulu dan duduk di atas pelamin yang sungguh cantik dengan hiasan batu permata.
"nervous siot" bisik Farah kepada NurNazlyna.
NurNazlyna hanya tersenyum. selepas menghantar Farah dan Rania di atas pelamin. Syakinah dan NurNazlyna turun dari pelamin dan berjalan ke arah Shahril dan Azri Amsyar.
"umi dukung Najwa nak tengok" Najwa menggoyang goyangkan tangan NurNszlyna.
NurNazlyna mengangkat Najwa. Azri Amsyar mendekati NurNazlyna.
"najwa sini lah walid dukung." Azri Amsyar mengambil Najwa dari dukungan NurNazlyna.
"cantiknya teacher" kata Najwa.
NurNazlyna tersenyum mendengar ucapan Najwa. Farah sudah memakai cincin yang dipakaikan okeh Puan Baizura iaitu ibu kepada Faruq dan Fariq.
NurNazlyna berbisik di telinga syakinah yang berada di sebelah kirinya.
"wey itu mak Fariq dengan Faruq ke??" bisik NurNazlyna.
"haah cantikkan" kata Syakinah.
"ya dowh patutlah Anaknya pon handsem" bisik NurNazlyna.
Azri Amsyar dan shahril yang mendengar bisikkan mereka berdua serentak berdehem.
NurNazlyna dan syakin menegakkan tubuh mereka kembali.
"amboi bukan main puji tunang orang erk" bisik shahril.
Terkelu Syakinah.Dia menelan air liur yang terasa pahit.
"apa bukan saya lah" nafi syakinah. sambil memeluk tubuhnya.
"yang awak ni pun sama gatal" kata Azri Amsyar di sebelah.
NurNazlyna hanya tersengih sahaja.
"bukan selalu saya puji orang tau" NurNazlyna berkata bangga.
"tak payah nak puji sangat ni kita dah ada anak dah ni ke nak tambah" Azri Amsyar menyoal nakal.
"okey okey tak nanti okey" NurNazlyna menjauhkan dirinya apabila suaminya mendekat.
"oi hormat lhh orang yang belum kahwin ni bro" kata Shahril.
"oops sorry hihihihi" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mula segan. Dia memandang Najwa yang hanya tersengih memandang mereka berdua.
Shahril dan Syakinah ketawa memandang mereka berdua.
"kita bila lagi?"bisik shahril.
Syakinah mendiamkan dirinya tanpa menjawap. Shahril faham dengan keadaan Syakinah itu pantas memalingkan wajahnta ke arah lain.
NurNazlyna yang perasan riak Wajab sahabatnya itu hanya menyiku lengan Syakinah dengan perlahan.

SEPANJANG PERJALANAN balik ke rumah NurNazlyna banyak mendiamkam diri. Dia memangku Najwabyang sudah tidur itu. NurNazlyna memandang keluar tingkap, fikirannya ligat berfikirkan tentang masalah yang kawan kawannya alami ketika ini.
Azri Amsyar memandang wajah keruh isterinya. Sejak dari tadi isterinya mendiamkan diri. Setahunya dia tidak pula berbuat salah dengan isteri.
"sayang are you okey??" soal Azri Amsyar sambil memegang tangan NurNazlyna yang berada di perut Najwa.
"ya saya okey..." jawab NurNazlyna perlahan.
"kalau okey kenapa muram jerw ni" kata Azri Amsyar.
"hmm awak nak tahu tak tadikan Farah dengan Rania ada cerita dekat saya yang dia orang kene kacau dengan nombor yang sama..." jelas NurNazlyna.
"habis yang waktu kita kahwin hari tu bukan ke Farah kene?" soal Azri Amsyar.
"haah tpi sekarang ni kacau Rania pula... saya risau lah dengan dia orang" NurNazlyna berkata gundah.
"tak apalah nanti kita siasat sama sama okey?" Azri Amsyar berkata.
NurNazlyna mengangguk Azri Amsyar mengucup berlakang tapak tangan NurNazlyna.
Setelah tiba di rumah, Azri Amsyar mengambil Najwa dari pangkuan NurNazlyna.
Selepas itu Dia menghantar Najwa ke biliknya. NurNazlyna masuk ke dalam bilik. Lalu dia merebahkan badannya tanpa membuka tudung.
"sayang mandi dulu" tegur AzribAmsyar.
"nanti saya mandi awak pergilah mandi dulu" kata NurNazlyna lemah.
Azri Amsyar menggeleg kepala dan masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
Tiba tiba kepalanya terasa pening ketika itu. NurNazlyna membuka tudung dengan malas dan mencampakkan di dalam bakul yang mengisi baju kotor. NurNazlyna kembali baring di atas katil.
Badannya menggeletar kesejukkan. Dia tidak larat mahu membuang make up di muka. Pintu bilik di ketuk dari luar.
"masuk pintu tak kunci" ujar NurNazlyna.
Pintu di buka. Najwa masuk ke dalam sambil membawa anak patung miliknya.
"sayang dah bangun sini dekat umi" panggil NurNazlyna.
"mana walid?" soal Najwa.
"walid mandi sayang. why??" jawab NurNazlyna sambil mengusap kepala Najwa.
"can i sleep here?" kata Najwa manja.
"nope... nanti walid nak tidur mana??" sampuk Azri Amsyar.
Azri Amsyar memakai kain tuala yang dililitkn di pinggang sahaja saat itu. Dia duduk di birai katil sambil memandang wajah pucat NurNazlyna.
"sayang are you okey??" soal Azri Amsyar.
"saya sejuk" kata NurNazlyna lemah.
Azri Amsyar meletakkan berlakang tapak tangannya di dagi NurNazlyna. Di memandang NurNazlyna.
"sayang awak demam ni" kata Azri Amsyar.
"hah umi demam... kesian umi demam" Najwa memeluk NurNazlyna.
"umi tak ada apa apa lah sayang...umi okey jerw" kata NurNazlyna.
"sayang jom bangun kita pergi klinik nak?" soal Azri Amsyar. Dia membetulakan kedudukannya
NurNazlyna menggeleng lemah. "tak nak... hmm esok baik lah ni.. mungkin sebab cuaca tadi. lepas tukan tadi saya makan daging kambing banyak tu yang sakit kepala ni...jangan risau okey" NurNazlyna mengusap pipi Azri Amsyar.
"betul ni??" Azri Amsyar meminta kepastian.
"ya betul... lagi pun esokkan kita kerja dah malam dah ni.." kata nurnazlyna.
"sayang kerja lusa pon kita boleh pergi... esok awak cuti okey duduk rumah..." cadang Azri Amsyar.
"tak nak lah bosan duduk rumah.. nanti siapa nak handle jadual awak esok" kata NurNazlyna sayu.
"please sayang.... esok kak Ritakan ada boleh ganti awak" kata azri Amsyar
NurNazlyna berdecit dan memandang ke arah lain.
"kalau awak sayang saya... awak dengar cakap saya okey" kata azri Amsyar dan mencium dahi NurNazlyna.
"Then you Najwa pergi mandi dan solat lepas tu buat kerja sekolah nanti walid datang check okey?" arah Azri Amsyar
"tapi walid...." kat kata Najwa terhenti apabila memandang wajah ibunya yang suruhnya pergi untuk buat apa yang di arah oleh ayahnya.
Azri Amsyar memang tegas dalam mendidik anak anak. Tapi kadang kadang dia manjakan juga Najwa.
Najwa mencium pipi NurNazlyna sekilas. Dia keluar dari bilik ibu dan ayahnya.
Azri Amsyar masuk ke dalam wardrobe untuk memakai baju. Selepas siap memakai baju dia keluar dari wardrobe dan berjalan ke arah NurNazlyna yang tengah baring di atas katil.
"sayang pergi mandi erh" ujar Azri Amsyar sambil mengusap pipi NurNazlyna.
"saya tak larat" rengek NurNazlyna.Dia memeluk tubuh Azri Amsyar di dan baring di riba Azri Amsyar.
"hey mandilah sayang kata nak sihat cepat... awak mandi lepas tu solat. saya pergi masak bubur kejap." kata Azri Amsyar sambil memicit kepala Nurnazlyna.
NurNazlyna mengangguk lemah dan bangun dari riba Azri Amsyar. Dia masuk ke kamar mandi. Sebelum Azri Amsyar turun ke bawah dia sempat menyinggah ke bilik Najwa. Melihat Najwa sedang membuat kerja sekolahnya. Azri Amsyar turun ke bawah untuk membuat makan malam.

SELEPA SELESAI solat NurNazlyna duduk di birai katil sambil memandang telefon bimbitnya di atas meja.Dia mendail Nombor seseorang iaitu Puan Rose.
Setelah Menunggu beberapa detik. Akhir panggilan du sambungkan. NurNazlyna teruja menjawab salam.
"ibu sihat??"soal NurNazlyna.
"sihat sayang.... adik tengah buat apa tu Najwa mana rindu pula ibu dengan celoteh dia" kata Puan Rose.
"Najwa ada dekat bilik dia ibu tengah siapkan home work..." kata NurNazlyna dan bangun dari katil dia berjalan ke arah balkoni biliknya.
"ouh ya ke.. dah solat belum ni??" soal Puan Rose.
"dah ibu tadi.." jawab NurNazlyna.
"adik tak sihat ke?? suara lain jerw ni" puan Rose berkata gundah.
"haah ibu orang pening kepala demam.. lepas balik dari kenduri Farah dengan Rania tadi tiba tiba demam" jawab NurNazlyna.
"ouh ya ke habis siapa ada dekat rumah tu.. nak suruh ayah hantar ibu ke sana tak??" soal Puan Rose.
"erh tak apa lah ibu Azri Ada boleh temankan... lagu esok orang tak kerja dia jerw pergi kerja ibu tak payah risau lah ya" kata NurNazlyna dan duduk di kerusi buloh.
"ibu risau lah... esok Azri kerja habis takkan kamu duduk sorang sorang dekat rumah Najwa nanti macam mana... nanti esok ibu datang ya" kata Puan Rose.
"ibu tak apa... ibu tu patut duduk rumah rehat... orang dekat sini okey... ibu patut risaukan kakak... perut dia tu dah besar.." kata Nurnazlyna.
"hish kakak tak ada dia duduk rumah mertua dia... bulan depan baru balik" kata Puan Rose.
"ouh ya ke hah ya lah... ni orang nak tanya duit sewa rumah dah dapat ke??"soal NurNazlyna.
"dah hari tu dak bang pergi minta nombor acount dekat orang tu" kata Puan Rose.
"ouh.." NurNazlyna bersimpul di atas kerusi.
"ni ibu nak tanya sikit boleh??" soal Puan Rose.
"ibu nak tanya apa tu... tanyalah Insyaallah orang boleh jawab" kata NurNazlyna.
"ibu bukan nak menyebok dalam hal rumah tangga adik... tapi ibu nak nasihat nafkah Zahir dan batin adik tu jangan lupa tau.. ibu tahu adik ni tak di sentuh lagikan??" soal Puan Rose.
Terbeliak biji mata NurNazlyna mendengar soalan Puan Rose itu. NurNazlyna terasa debaran di dada.
"ma...ma..macam mana ibu tahu?" soal NurNazlyna gagap.
"ibu tahu dik.. ibu lebih makan garam dari kamu... ibu pernah lahirkan 5 orang anak..." kata Puan Rose.
Sebenarnya Puan Rose terdengar perbualan NurNazlyna dan Azri Amsyar tempoh Hari masa mereka sedang saling bergaduh antara satu sama lain.
Puan Rose ingin masuk ke kamarnya tiba tiba sahaja terdengar suara NurNazlyna dan Azri Amsyar berbicarakan tentang Zuriat.
"kenapa adik buat macam tu sayang tak baik tau..." kata Puan Rose.
"adik sebenarnya..." kata kata NurNazlyna terhenti.
"taknak dapatkan zuriat awal sebab masih muda.. masih kejar cita cita adik untuk jadi modeling macam tu?? atau sebab adik tak nak jadi younger mom??" potong Puan Rose.
"hmm adik" NurNazlyna mula rasa sebersalah
"adik dengar cakap ibu ni.. anak tu penguat kasih sayang tau... kalau adik tak buat apa yang suami nak boleh jatuh dosa tau" kata Puan Rose.
"tapi ibu...orang tak ready lagi lah" kata NurNazlyna sayu.
"adik sampai bila bila pon adik akan rasa tak bersedia tau.... adik tak kesian ke dekat Azri sayang.. ibu bukan apa mestilah Azri tu nak Anak kandungnya sendiri betul tak?" kata Puan Rose.
"tapi Azri cakap dia boleh tunggu sampai orang bersedia ibu" kata NurNazlyna.
"itu kata dia.. kata hati dia.. kita tak tahu sayang... pegang kata kata ibu tu.. anak penguat kasih sayang suami isteri tau... tentang Najwa sampai bila nak bagi kasih sayang dekat dia... nanti lambat laun Najwa dah besar dia akan pergi juga dekat keluarga kandung dia...adik tak boleh pisahkan Amani dengan Najwa tau" jelas Puan Rose.
NurNazlyna bermain kukunya sendiri.
"baik ibu adik faham.." kata NurNazlyna sayu.
"ingat pesan ibu tadi... jangan sesekali melawan cakap suami tau... apa yang suami nak kene bagi kene turut termasuk Nafkah zahir dan Batin tu.."pesan Puan Rose.
"okey ibu terima kasih" kata NurNazlyna.
Namun NurNazlyna meletakkan telefonnya dan memandang langit yang gelap pada malam itu. Dia memeluk tubuh sungguh sejuk pada malam itu. NurNazlyna memakai hoody yang tebal dan besar yang dibelikan oleh suaminya.
Tiba tiba di berasa sedih kerana melayan suaminya seperti itu. NurNazlyna berasa sebak di dada. Dia tidak menghiraukan kepalanya yang sakit...
Azri Amsyar masuk ke dalam bilik melihat isterinya yang sedang duduk termenung di balkoni.Dia meletakkan dulang yang berisikan bubur dan air serta beberapa biji ubat di atas meja sebelah katil.
Kemudian Azri Amsyar berjalan ke arah NurNazlyna yang sedang duduk bersimpul di kerusi.
"sayang kenapa duduk luar ni" tegur Azri Amsyar mengusap tubuh NurNazlyna.
NurNazlyna tersentas lantas dia memusingkan badannya menghadap suaminya di berlakangnya. Terkejut Azri Amsyar memandang mata NurNazlyna yang merah seperti baru lepas menangis.
"hey sayang kenapa ni okey tak?? sakit ke dekat mana hmmm?" bertubi tubi soalan diberika.
"saya okey" jawab NurNazlyna dan menepis tangan Azri Amsyar dengan lembut
"kalau okey kenapa sayang nangis ni hmm?" soal Azri Amsyar.Dia mengambil tempat di sebelah NurNazlyna.
NurNazlyna mengelap air matanya. "saya ni memang isteri yang tak bergunakan saya abaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri... saya abaikan hak awak.. saya ingkar arahan awak malah saya pernah melawan cakap awak lagi" kata NurNazlyna sayu.
"hey kenapa cakap macam ni... saya tak pernah rasa yang awak ni tak berguna sayang...tapi saya bersyukur sebab dapat bidadari yang boleh terima saya boleh terima kekurangan saya sayang..." kata Azri Amsyar sambil mengelap wajah NurNazlyna.
"Tapi awak mesti nak anak sendirikan... takkan lah Najwa jerw..." kata NurNazlyna sebak. Dia memandang wajah suaminya yang sedang merenungnya.
"sayang listen okey... saya tahu awak tak bersedia lagi... awal awal lagi sebelum saya kahwin dengan awak saya dah boleh terima kekurangan awak sayang. Bagi saya awak pelengkap saya tau... jangan cakap macam tu... memang saya nak anak tapi saya Faham awak, awak muda lagi mesti awak nak enjoy dengan kawan kawan awak... awak nak belajar semua tu.. saya tahu walaupun Najwa dah sekolah menengah sekalipun saya sanggup tunggu awak" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tergelak dengan usikkan Suaminya dia menyembamkan wajahnya ke dada Azri Amsyar.
"jom makan lepas tu boleh tidur..." ajak Azri Amsyar dan menjarakkan pelukkan mereka.
Azri Amsyar bangun dari duduknya.
"tapi kalau saya cakap saya dah sedia" kata NurNazlyna memegang tangan Azri Amsyar.
"sayang not now okey.... saya tahu awak tak sedia lagikan??" soal Azri Amsyar
"no tak saya betul betul dah bersedia untuk jadi young mom" kata NurNazlyna bersungguh-sungguh.
Terkejut Azri Amsyar mendengar pengakuan Isterinya. Dia memandang mata bundar NurNazlyna. Wajah yang pucat membuatkan hatinya sakit saat itu.
"sayang listen okey... kalau awak dah bersedia untuk itu why tangan awak menggeletar... itu bukan dari hati awak okey...awak sakit ni sebab tu awak fikir yang bukan bukan kan?" nafi Azri Amsyar.
Mata mereka bertentangan.
"tapi....saya betul betul dah bersedia untuk serahkan hak awak Azri Amsyar bin Nizam" NurNazlyna memandang mata Azri Amsyar.
Azri Amsyar menarik NurNazlyna ke dakapan.wajah mereka semakin lama semakin mendekat. Azri Amsyar melagakan dahi mereka berdua.
Pada wajah Azri Amsyar terlakar satu senyuman nakal,tetapi niatnya bersungguh sungguh. NurNazlyna seperti memahami maksud suaminya. Dia tidak mahu membantah dengan perlakuan suaminya.
Tubuh isterinya di bawa masuk pintu balkoni di tutup. NurNazlyna tidak membantah.Dia yakin sudah tiba masanya untuk menyerahkan semua hak yang telah menjadi milik Azri Amsyar lama dulu.
Dialah yang dahulunya menafikan semua yang hakikatnya telah lama sah di sisi agama. Dan kini,dia telah bersedia untuk apa sahaja yang bakal di tempuhi oleh bersama suaminya. NurNazlyna memejamkan mata.


AZAN SUBUH berkumandang. NurNazlyna membuka matanya dengan lambat.Selepas beberapa detik baru dia perasaan yang suaminya tiada di sebelah. NurNazlyna terdengar bunyi jirusan air. Dari kamar mandi.
Matanya terara pada pakaian yang berselerak di dalam bilik itu. Selepas itu NurNazlyna tersenyum sendiri. Dia mengambil baju Azri Amsyar yang berada di sebelahnya dan memakai.
Tubuh terasa sejuk ketika itu. Suhu penghawa dingin di tinggikan. Bunyi buka pintu kedengaran NurNazlyna memandang Azri Amsyar yang hanya memakai kain tuala di pinggannya.
NurNazlyna menutup matanya dengan tapak tangan. Azri Amsyar yang sedar bahawa isterinya itu sudah bangun. Dia pantas tersenyum ke arah NurNazlyna.
"Good Morning sayang" bisik Azri Amsyar.
"Morning"ucap NurNazlyna masih di dalam selimutnya.
"hey bangun solat" kata Azri Amsyar dan menarik selimut yang menutup tubuh badan isterinya itu.
"husband pergilah pakai baju dulu" rengek NurNazlyna di dalam selimut.
Yup. selepas kejadian malam tadi berlaku panggilan mereka telah bertukar, itupun atas kehendar Azri Amsyar.
"sayang pergi mandi dulu... kalau tak husband dukung sayang sekarang." usik Azri Amsyar.
"ya lah" dengan Perlahan NurNazlyna keluar dari selimut itu.
Selamat baju milik Azri Amsyar ini besar dan labuh kalau di pakai olehnya.
"sayang why are you wearing my shirt??" soal Azri Amsyar terkejut dia melihat NurNazlyna yang memakai bajunya.
"saya tak larat nak ambik baju saya jadi saya ambik jerw lah yang mana dapat" jawab NurNazlyna selamba.
Azri Amsyar menggeleng kepalanya. NurNazlyna ingin bangun tetapi sekejap sahaja di jatuh kembali. Azri Amsyar yang melihat menyambut NurNazlyna dari jatuh ke lantai.
"sayang are okey??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk lemah. Dia menolak tangan Azri Amsyar dengan lembut. Selepas itu dia berjalan ke arah kamar mandi untuk membersihkan diri.
"sayang jangan lock pintu" pinta Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahinya memandang Azri Amsyar yang sedang memakai baju.
" what i mean nanti kalau sayang jatuh senang saya nak buka pintu" jawab Azri Amsyar.
NurNazlyna tidak mengindahkan apa yang di perkatakan oleh suaminya.Malah di terus masuk kamar mandi untuk membersihkan diri.
NurNazlyna memandang cermin terbeliak biji matanya memandang lehernya yang ada kesan biru kemerahan.
"husband!!!" jeritnya.
Tergopoh gapah Azri Amsyar membuka pintu bilik air itu.
"ya sayang kenapa sakit dekat mana" kata Azri Amsyar gelabah.
NurNazlyna memandang tajam ke arah Azri Amsyar yang sedang kelam kabut menyoalkannya.
"apa husband buat ni... tengok habis merah merah leher sayang..husband ni" keluh NurNazlyna.
"lah sayang itu sahaja... hey yang tu nanti hilang lah jangan risau.. takut sangat." kata Azri amsyar.
"hish husband tak ada pon." rungut NurNazlyna dan memeluk tubuhnya.
"siapa suruh sayang tak buat" kata Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
"hish dah lah keluar saya nak mandi..." kata NurNazlyna geram. Dia menolak Azri Amsyar terdorong ke berlakang sedikit.
Selepa itu NurNazlyna menutup pintu dan menguncinya.
"nasib tak sakit... hmm sekejap jerw Lyna kau dah jadi hak dia" kata NurNazlyna perlahan dan tersenyum sendiri.
NurNazlyna sambung membersihkan diri dia sengaja mahu memprotes dengan Suaminya sebenarnya tadi.

SELEPAS SOLAT NURNAZLYNA menyambung tidurnya kerana dek keletihan dan demam yang masih belum kebah. NurNazlyna terjaga dari tidur melihat jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dia harus bangun dan menyiapkan Najwa untuk ke sekolah.
Dia melihat Azri Amsyar yang masih pulas tidur di sebelahnya. Tergeleng kepalanya apabila teringat pujukkan suaminya selepas solat tadi.
"husband bangun pergi kerja" kejut NurNazlyna perlahan.
Azri Amsyar dia tidak terjawab. Selepas itu NurNazlyna bangun dan berjalan ke arah bilik Najwa yang berada di sebelah.
"sayang bangun sayang pergi sekolah erk... nanti teacher Farah marah nanti" kata NurNazlyna
Najwa bangun dan mengesat air liurnya. satu Perangai yang NurNazlyna suka dengan Najwa ini, dia pandai hidup berdikari sendiri.
Tersenyum NurNazlyna melihat Najwa yang masih mamai. NurNazlyna mengusap kepala anaknya dengan lembut.
"jom sayang umi hantar pergi sekolah nak??" soal NurNazlyna.
Tanpa pamitan Najwa bangun dari pembaringan dan duduk.
"umi hantar Najwa??" soal Najwa teruja.
NurNazlyna mengangguk.
Najwa dengan pantas mengambil kain tuala dan masuk ke kamar mandi sempat dia mencium pipi NurNazlyna seketika tergeleng kepalanya.
Sekarang dia kene pergi tengok bapa budak ni pula haih susah sangat nak bangun laki aku ni..NurNazlyna masuk ke dalam bilik mereka berdua beradu.
"husband bangun kerja" kejut NurNazlyna.
Namun tiada sahutan.
"husband susah sangat lah awak ni bangun hey" NurNazlyna menggoyangkan tubuh badan Azri Amsyar berkali kali.
"erh jangan kacau lah orang nak tidur tak faham ke"tengking Azri Amsyar berkata kasar.
Tersentak NurNazlyna dengan kata kata Azri Amsyar itu. Azri Amsyar yang perasan dengan keterlanjuran kata katanya itu tersedar.
"sayang.. saya.." Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang seperti mahu menangis.
"ikut awak lah saya kejut pergi kerja pon awak nak marah saya macam saya buat kesalahan besar.." kata NurNazlyna dan bangun dari duduknya.
"Sayang...i'm sorry" pujuk Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna. Tetapi NurNazlyna menepisnya dengan kasar. Kepala yang sakit tidak di hiraukan.
NurNazlyna bangun dengan kasar. Dia mencapai tudung di berlakang pintu. Masuk kebilik Najwa. Dia sempat mengambil telefon bimbit miliknya di atas meja solek.
"sayang cepat jom umi hantar cepat sayang" kata NurNazlyna dengan kelam kabut.
Najwa yang sudah siap memakai pakaian sekolah itu terkejut dengan wajah Ibunya yang merah.
"kenapa umi menangis??" soal Najwa.
"nothing sayang come jom.." kata NurNazlyna dan memimpin tangan Najwa turun ke tangga
"sayang nak pergi mana??" tegur Azri Amsyar. Apabila melintas di depan bilik mereka.
"nak hantar Najwa lah" jawab NurNazlyna acuh tak acuh.
"tapi sayangkan demam biarlah saya hantar" kata Azri amsyar
"awak pergi lah tidur tak apa biar saya buat semua ni... ya lah awak jerw yang penat saya mana reti penat malah saya ni menyusahkan awak kan..." perli NurNazlyna dan berlalu.
"Umi why??" soal Najwa.
"sayang pergi tunggu dekat kereta okey nanti umi datang" Arah NurNazlyna. Najwa menurut
"sayang i'm sorry husband lupa nak bagitahu yang husband tak kerja hari ni nak temankan sayang dekat rumah" kata Azri Amsyar mula rasa bersalah dengan isterinya
"its okey, tak payah teman... saya pergi dulu.. lagi satu jangan tunggu saya balik Assalammualaikum" kata NurNazlyna dan berlalu.
NurNazlyna rasa marah dengan dirinya sendiri kerana mudah percayakan orang. Malah suaminya sendiri sanggup menengkingnya tanpa usul periksa.. silapnya cuma kecil sahaja. Sudahlah dia sakit, Dia melayan suaminya sehingga lewat malam. Tiba kejut suaminya untuk pergi ke kerja sudah di tengking.
"sayang tunggulah" Azri Amsyar mencapai tangan NurNazlyna.
keberlakang NurNazlyna. "i'm sorry saya tak sengaja okey.. husband betul betul minta maaf dengan sayang... please dengar cakap saya"kata Azri amsyar sayu.
"lepaslah nanti Najwa lambat pergi school lah" rungut NurNazlyna.
"sayang please" Azri Amsyar menarik NurNazlyna sehingga dekat dengannya.
Air mata NurNazlyna di tahan di kelopak mata.
"i'm sorry okey..." bisik Azri Amsyar di terlinga NurNazlyna
Dahi mereka berlaga. Air mata NurNazlyna jatuh mengalir di pipi gebunya.
"saya pergi nanti Najwa lambat" kata NurNazlyna dan mengelap air matanya dengan tapak tangannya.
"sayang tak payah pergilah sayang tak sihat" kata Azri Amsyar lembut.
"esok lusa elok lah awak tu pergilah sambung tidur" kata NurNazlyna kasar. Dia berlalu dan masuknke dalam kereta.
Najwa masuk duduk di sebelah penumpang.
"Najwa dah salam walid??" soal NurNazlyna
"ouh sorry umi Najwa lupa sekejap ya" kata Najwa dan membuka pintu berlari ke arah Azri Amsyar dan menyalam tangan Azri Amsyar.
"Walid. you can do it walid" bisik Najwa.
Tersenyum Azri Amsyar mendengar kata Anak perempuanya itu. Dia mencuit hidung Najwa. "pandailah awak dah pergi school jangan nakal nakal dengar cakap teacher tu" pesan Azri Amsyar
"baik Walid bye" Najwa melayangkan flying kiss kepada Azri Amsyar
NurNazlyna tidak menoleh seinci pon memandang Azri Amsyar yang sedang melambai ke arahnya.
Azri Amsyar masuk setelah melihat kereta yang di pandu oleh NurNazlyna berlalu pergi meninggal perkerangan rumah. Dia mengeluh kasar dan maraup wajahnya.
"kenapalah kau marah bini kau tadi... dia dalah tengah demam risau pula aku" kutuknya sendiri

DI DALAM KERETA NAJWA memandang NurNazlyna yang sedang fokus memandu itu.
"umi okey" soal Najwa dan memamdang wajah ibunya sekilas.
"umi okey sayang don't worry okey..." Jawab NurNazlyna dan mengusap kepala anaknya itu.
Setelah beberapa minit di dalam kereta NurNazlyna tiba di tadika yang Najwa belajar.
"wey babe tak pernah pernah kau drive. selalu laki kau yang drive" tegur Farah.
NurNazlyna yang memakai kaca mata hitam itu tersentak. Dia mendiamkan diri.
"Najwa masuk dalam sayang tu cikgu murni dah tunggu"Arah Farah.
Najwa tidak membantah selepas dia mencium pipi NurNazlyna dan membisik di masuk ke dalam.. NurNazlyna tersenyum mendengar bisikkan itu.
"umi jangan marah walid kesian dekat walid" bisik Najwa.
Farah menggeleng melihat dua beranak itu. Dia memandang NurNazlyna. Dia tahu bahawa NurNazlyna menyembunyikan sesuatu dengan dia.
"wey Naz sini kau" panggil Farah. Tanpa pamitan Farah menarik kaca mata hitam milik NurNazlyna dan melihat Mata NurNazlyna yang merah dan sembab.
"see aku dah agak dah kau ada masalah... jangan pendam please apa guna aku ni sebagai kawan kau" kata Farah.
NurNazlyna terkejut juga dengan tindakkan sahabat baiknya itu. Dia memandang sekeliling selapas itu dia memeluk Farah sambil menghamburkan tangisnya di bahu.
selepas lega Dia menceritakan apa yang jadi pada malam tadi sehingga tadi wakty mereka hendak keluar rumah.
"mean sekarang ni kau dh...." Farah teragak agak mahu menyoal.
NurNazlyna seperti fahan hanya mengangguk. Mereka sekarang berada di dalam kereta milik NurNazlyna.
"sebab tu lah aku taknak bagi hak aku dekat orang kau tahu... bila dah bagi dia pijak pijaknya maruah aku"kata NurNazlyna sebak
"kau ni babe... janganlah nangis" Farah memujuk sahabatnya di sebelah.
Dia mengosok tubuh NurNazlyna untuk memberi kekuatan.
"okey dengar sekarang kau balik rumah okey... jangan macam ni.. mesti husband kau risau sebab kau tak ada dekat rumah dengan keadaan kau sakit macam ni.. please dengar cakap aku" kata Farah.
NurNazlyna melentokkan kepalanya di bahu kanan Farah.
"jaga anak aku tau... apa apa nanti aku ambik dia..." kata NurNazlyna.
"ya wey Najwa tu anak murid aku sudah semestinya aku jaga dia... dah kau balik okey, Drive elok elok..." kata Farah. NurNazlyna mengangguk lemah.
Namun selepas sahaja Farah keluar dari kereta NurNazlyna pengsan dan matanya makin lama makin kelam. Bunyi hon kedengaran semua mata terara pada kereta yang di naik oleh NurNazlyna.
"babe ya allah Naz bangun" kejut Farah.
Dia memanggil Murni yang berada di dalam. Selepas itu Farah mematikan enjen kereta NurNazlyna dan mengambil telefon bimbit NurNazlyna untuk menelefon suaminya. Farah memandang muka NurNazlyna yang pucat.
"hello Cikgu" Farah mula gelabah.

Di HOSPITAL Azri Amsyar menunggu doktor yang sedang merawat NurNazlyna di dalam. Terkejut Azri Amsyar apabila Farah menelefonnya agar datang segera ke tadika kerana isterinya pengsan di dalam kereta.
Azri Amsyar telah meminta Farah untuk menghantar Najwa ke rumah ibunya iaitu Datin Maznah sementara menunggu kedatangan Puan Rose.
Lama Azri Amsyar menunggu keputusan doktor. Azri Amsyar duduk membongkok dan meraup wajahnya. Jam di tangan di pandang sekilas. sempat dia menunaikan solat Fardhu zuhur sebentar tadi.
Bunyi pintu terkuak. Beberapa orang jururawa keluar dari bilik rawatan.Azri Amsyar pantas bangkit dari duduknya dan memandang ke arah doktor yang merawat.
"Encik ini siapa ya??" soal Doktor itu.
"hmm saya husband dia" jawab Azri Amsyar.
"ouh macam ni Encik. Puan NurNazlyna sedang ada tekanan sikit dan di perlu rehat kerana Puan NurNazlyna kekurangan air dalam badan dan tekanan darah yang rendah." kata Doktor itu.
"tapi di okeykan doktor?"soal Azri Amsyar.
"hmm she is fine Alhamdulillah... cuma nanti selepas dia sedar suruh dia makan sebab takut nanti boleh jadi gastrik..." arah doktor itu.
Azri Amsyar mengangguk dan menarik nafas lega.
"alhamdulillah. thanks doktor" kata Azri Amsyar.
"sama sama" doktor itu berlalu pergi.
Selepas beberapa minit Azri Amsyar duduk di situ. Encik Mohammad dan Puan Rose datang
"Azri macam mana dengan adik??" soal Encik Mohammad tergesa gesa.
"alhamdulillah.Lyna okey dia ada dekat dalam" jawab Azri Amsyar.
"ibu dengan ayah nak pergi tengok pergilah Azri duduk luar dulu" kata Azri Amsyar.
"erh jom kita pergi sama sama" ajak Encik Mohammad.
Dia memandang mata menantunya itu.Dia dapat merasakan yang anaknya dan menantunya ada masalah.
"Rose awak pergi biarlah saya duduk dengan Azri sekejap" Arah Encik Mohammad
Puan Rose mengangguk dan masuk ke dalam ward persendirian itu.
Encik Mohammad mengambil tempat di sebelah Azri Amsyar.
"Azri ada masalah dengan Lyna ke??" soal Encik Mohammad
Azri Amsyar terpana.
Encik Mohammad tersenyum ke arahnya.
"ayah tahulah... tengok muka pon dah tahu tau" kata Encik Mohammad.
Azri Amsyar mengusap tengkuknya dan tersenyum ke arah Encik Mohammad .
"Ayah ni sama macam arwah ayah Azri..... Kalau dengab dia Azri tak dapat nak simpan rahsia walau sikit pon" kata Azri Amsyar sayu.
Encik Mohammad tergelak kecil dan meneluk bahu Azri Amsyar.
"nama pun bapa Azri nanti akan datang azri pon akan jadi bapa juga..." kata Encik Mohammad
"story dekat ayah mana tahu ayah boleh tolong atau bagi nasihat" kata Encik Mohammad
"tak apa ke yah??" soal azri Amsyar
Encik Mohammad bersandar dan membetulkan kopianya.
"tak apa cerita jerw" kata Encik Mohammad
"sebenarnya....." Azri Amsyar menceritakan apa yang berlaku dia dan NurNazlyna.
Encik Mohammad mendengar dengan teliti. Dia tersenyum sahaja dan menggeleng dengan sikap anaknya yang mudah dan cepat terasa.
Di dalam bilik wad Puan Rose duduk di sebelah katil NurNazlyna. Dia mengusap kepala anaknya yang tanpa bertudung itu.
NurNazlyna terasa ada sentuhan di dahi. Dia mengerutkan dahinya.
"Adik bangun dek" kejut Puan Rose.
NurNazlyna membuka kelopak matanya Wajah Puan Rose kelihatan.
"orang dekat mana ni??" soal NurNazlyna lemah. Dia terasa sakit di tangan kirinya dan memandang tiup air yang panjang.
"Adik dekat hospital sayang.." jawab Puan Rose.
"Najwa mana ibu?" soal NurNazlyna
"Najwa ada dekat rumah Mak mertua kamu... kejap lagi dia datang dengan neknt dia" kata Puan Rose
NurNazlyna mengangguk
"kejap ibu panggil Azri dengan ayah dekat luar" kata Puan Rose.
Puan Rose keluar dan meninggalkan NurNazlyna buat seketika. Dia melihat suaminya yang sedang menepuk bahu menantunya itu
"Azri abang adik dah sedar." kata Puan Rose.
Azri Amsyar dan Encik Mohammad bangun dari kerusi dan masuk ke dalam bilik yang NurNazlyna duduk.
NurNazlyna yang tersedar dengan bunyi derapan kaki itu pantas memandang ke arah pintu yabg terkuak.Matanya terpandang ke arah Suaminya.
"ibu adik nak makan" kata NurNazlyna dan memegang tangan Puan Rose.
"adik nak makan apa sayang??"soal Puan Rose.
NurNazlyna berusaha untuk bangun di bantu oleh Azri Amsyar . Tangannya menepis tangan Azri Amsyar perlahan. Azri Amsyar tidak menolak dan berundur ke berlakang.
"tak kisah apa apa pun ibu" jawab NurNazlyna.
"okey macam ni kita balik dulu.. awak masak dekat rumah lepas tu kita datang balik dekat sini" cadang Encik Mohammad yang perasan dengan tindakkan Anaknya.
"boleh bang saya tak kisah" kata Puan rose.
"okey jom" kata Encik Mohammad dan memeluk Azri amsyar.
"ingat pesan ayah apa pun yang jadi jangan sesekali putus asa" bisik Encik Mohammad.
Azri Amsyar hanya mengangguk.
"adik tunggu ya nanti ibu datang" kata Puan Rose.
NurNazlyna hanya mengangguk dan tersenyum.
Selepas sahaja kelibat Puan Rose dan Encik Mohammad hilang. Azri Amsyar mengambil tempat di sebelah NurNazlyna
"sayang okey?" Azri Amsyar memulakan berbicara.
"awak tolong saya...penat saya nak tidur.." kata NurNazlyna dan berbaring menghadap ke tingkap.
"Sayang saya nak minta maaf... sebabkan saya awak jadi macam ni i'm sorry" kata Azri Amsyar memegang bahu NurNazlyna.
NurNazlyna tidak menjawab malah air mata yang di tahan dan memandang ke luar tingkap.
"sayang, husband tahu husband salah.. but i'm sorry, saya betul betul tak sengaja buat awak macam tu.... sebab saya awak ada dekat sini," ucap Azri Amsyar.
Air mata NurNazlyna mengalir di hidung sehingga terkena bantal. sebak di dada di tahan olehnya.
"tak apalah saya nak pergi ambik mak dengan Najwa... awak tunggu dekat sini okey. kalau ada apa apa jangan lupa call saya.. duduk sini sampai saya datang" pesan Azri Amsyar.
NurNazlyna tidak menoleh. Azri Amsyar mencium kepala NurNazlyna dan berlalu. Selepas mendengar bunyi pintu tertutup. NurNazlyna memusingkan badannya dan menangis semahu mahunya. Dia menahan bunyi tangisan agar jururawat di luar tidak dengar.
Dia tidak mampu menahan peritnya di dada. Egonya mengusai dirinya ketika itu. Sungguh dia rasa kasihan dengan suaminya itu ada di sisi ketika dia sedang sakit.

03.02.2021
BERSAMBUNG....

Hye hah mesti korang tunggukan?? apa jadi okey ni dia Farah dengan Rania dan bertunang dengan Faruq dan Fariq... jangan lupa komen okey... nanti kalau korang komen lagi bersemangat lah sis nak buat part yang seterusnya hihihihihi... follow ig:Nataliaaisyah._

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience