BAB 47

Romance Series 50177

_______________________________________________________________

HARI DEMI HARI minggu demi minggu NurNazlyna kini selamat tiba di segamat johor dengan menaiki kenderaan yang di pandu olehnya sendiri.
Najwa di sebelah di pandang sekilas. kini NurNazlyna sampai di sebuah resort hotel yang sudah di tempahkan oleh Farah untuknya.
"Najwa bangun sayang... kita dah sampai"kejut NurNazlyna.
Najwa yang sedang nyenyak tidur bangun dari duduknya untuk memakai kasut
NurNazlyna Masuk ke dalam resort bersama dengan Najwa. Selepas siap NurNazlyna mengeluarkan begnya di dalam kereta NurNazlyna menarik lagguage dan beg Najwa di sandang.
Selepas siap daftar masuk. NurNazlyna mengambil kunci bilik untuk naik ke atas.
"hmm Excuce me?? you need my help??" soal lelaki bertuxedo hitam itu
NurNazlyna mengerutkan dahinya memandang lelaki itu.
"erh tak apa saya boleh bawa sendiri"kata nurNazlyna dan menekan butang lift.
"minta maaf ya Cik ini atas arah bos kami untuk membantu cik"kata seorang perempuan yang berada di kaunter tadi.
NurNazlyna menurut sahaja. NurNazlyna memberikan beg kepada Lelaki itu.
Sampai sahaja di atas Lelaki itu menghantar beg masuk ke dalam,
"kalau ada apa apa Cik boleh panggil Room servis ya??" kata lelaki itu dan berlalu keluar
NurNazlyna mengunci pintu dengan rapat. Dia berbaring di sebelah Najwa. yang sudah ikut sama berbaring.
"Najwa basuh kaki dulu ya" arah NurNazlyna.
Najwa mengikut sahaja. Dia masuk ke dalam kamar mandi dan membasuh kaki. kemudian dia berbaring kembali.
NurNazlyna menarik nafas lega kerana sudah sampai ke destinasi. Hari pun sudah larut malam.
NurNazlyna masuk ke dalam kamar mandi untuk mencuci kaki juga.Dia juga turut kepenatan memandu dari KL sehingga ke Mersing,johor bahru.
Memandangkan Najwa cuti sekolah ketika ini. Inilah peluangnya untuk bercuti bersama dengan anaknya.
Lama selepas itu mata NurNazlyna turut layu dan layu akhir mereka berdua ketiduran.

PAGI ITU, Selepas solat subuh NurNazlyna kembali tidur. Dia terjaga apabila terdengar bunyi loceng dari luar pintu. NurNazlyna membuka pintu.
"room servis"kata pelayan perempuan itu pada NurNazlyna.
NurNazlyna mengerutkan dahi setahunya dia tidak memesan makanan lagi pada pagi ini.
"tapi saya tak ada orde siapa yang ordekan untuk saya??"soal NurNazlyna pada pelayan itu.
"tapi saya terima pesanan dari nombor bilik cik"kata pelayan itu.
NurNazlyna mengambil sahaja makanan itu.
"terima kasih ya"kata Nurnzyna.
"sama sama have a nice day"kata pelayan itu dan berlalu.
NurNazlyna membawa masuk dulang itu tadi ke dalam bilik. Dia meletakkan dulang itu di atas meja.
NurNazlyna membuka langsir. Najwa yang masih tidur di pandang sekilas.
Sungguh cantik pemandangan di hadapannya ini.Pandai Farah memilihkan tempat untuknya.
Selepas itu dia memandang Najwa sekilas. letih sungguh anaknya ini.
"sayang,bangunlah"NurNazlyna mengacau tidur Najwa.
Tersenyum NurNazlyna melihat Najwa yang mengeliat itu.Lena sungguh Najwa waktu itu.
NurNazlyna mencelik sahaja mata dia terus memeluk tubuh ibunya dengan erat.
"morning umi"ucap Najwa dan mengucup pipi NurNazlyna.
"morning sayang..."kata NurNazlyna dan menyelitkan rambut Najwa di berlakang terlinga.
"busuk lah anak umi ni pergi cuci muka mandi sekarang"arah NurNazlyna. Najwa menurut sahaja dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Selapas itu mereka duduk di ruang makan dalam bilik. Nurnazlyna memandang Najwa yang sedang menikmati makanan yang terhidang.
"sedap??" soal NurNazlyna.
Najwa mengangguk sahaja.Sehingga habis mereka makan. Selesai sahaja siap Najwa mengajak NurNazlyna untuk ke pantai.
NurNazlyna hanya menurut sahaja.
Mereka tiba di pantai kebayankkan ramai kanak kanak yang sedang berlari sambil bermain dengan air. Ada juga kelurga yang sedang bergambar. Pelbagai lagi
NurNazlyna memimpin tangan Najwa ketika itu mereka berjalan di gigi air yang cantik.
Seronok dia melihat Najwa yang sedang berlari lari dia atas permukaam air yang jernih.
"sayang jangan jauh ya" kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya.
Najwa mengangguk sahaja.
NurNazlyna duduk beralaskan pasir. Matanya terpandang pada seorang wanita yang sedang sarat mengandung bersama denga suaminya berjalan di gigi pantai sambil tangan berpimpingan
"adakah suatu hari nanti aku akan jadi seperti dia atau aku akan jadi macam ni bersama dengan Najwa"kata NurNazlyna perlahan. Air mata di kesat perlahan.
Nurnazlyna mnegusap perutnya dengan penuh kasih dan sayang.
"apa pun yang bakal jadi umi ada untuk baby okey"NurNazlyna mengusap perutnya.
Dia duduk termenung sambil memandang Najwa yang sedang bermain.
Lama selepas itu, tanpa NurNazlyna sedar seorang lelaki duduk di sebelah NurNazlyna sambil memakai kaca mata.
NurNazlyna tidak perasan pun. Dia malas mahu mengambil tahu siapa yang berada di sebelahnya
"Assalammualaikum seorang jerw??" soal lelaki itu.
NurNazlyna memusingkan badannya memandang lelaki di sebelahnya. NurNazlyna mula tergamam dan terpaku.
Mahu sahaja dia memeluk lelaki di hadapannya ini.Tetapi entah kenapa dia tidak mampu. NurNazlyna bangun dari duduknya dan mahu berjalan ke arah Najwa.
"sayang"panggil Azri Amsyar.
Terhenti langkah NurNazlyna saat namanya di panggil. NurNazlyna memejamkan matanya dan menyambung langkah berjalan ke arah Najwa.
"Najwa"panggil NurNazlyna.
"ya umi"Najwa berlari ke arah NurNazlyna.
"jom kita balik sayang... umi penat"kata Nurnazlyna dan berjalan dengan laju memimpin tangan Najwa dengan erat.
"Najwa"Azri Amsyar memanggil Najwa.
Najwa memusingkan badannya menghadap Azri Amsyar. Dia begitu teruja. pegangan tangan dari ibunya di lepaskan. Dia terus berlari dan memeluk tubuh ayahnya.
"walid pergi mana... Najwa rindu Walid"kata Najwa dalam tangisan.
Air mata NurNazlyna di kesat dengan tapak tangannya. Jujur memang dia amat rindukan suaminya tetapi kaadang kadang dia berasa marah dengan suaminya yang hilang entah ke mana.
"Najwa jom kita balik sayang..."NurNazlyna mengambil Najwa di dalam dukungan Azri Amsyar.
Tetapi perlukkan Najwa di leher Azri Amsyar sangat erat dan kuat.
"Najwa jangan macam jom kita balik cepat.. Najwa sayang umikan jom"NurNazlyna mendukung Najwa. Hampir sahaja NurNazlya mahu terjatuh dengan rontaan demi rontaan oleh Najwa itu
Panggilan berkali kali dari Azri Amsyar tidak di hiraukan. NurNazlyna berjalan dengan laju dan masuk ke dalam kereta. Najwa yang sedang menangis itu di biarkan sahaja.
NurNazlyna masuk ke sebelah pemandu. Dia menghidupkan enjin keretanya. Kereta NurNazlyna meluncur laju ke jalan raya.
Anaknya yang berada di dalam perut turut bergerak dengan sangat aktif sekali. NurNazlyna menggosok perlahan perutnya.
"ya baby umi tahu, baby rindu Walid..tapi umi tak kuat untuk berjumpa dengan walid sayang"NurNazlyna mengusap perutnya dengan perlahan

PETANG ITU, di sebelah lebuh raya NurNazlyna keluar dari kereta sambil menghadap lautan. Najwa yang sedang tidur di pandang sekilas. NurNazlyna memandang tasik yang luas terbentang di hadapannya ketika ini.
Dia menangis semahu mahunya di situ. Selepas lega NurNazlyna masuk ke dalam kereta kembali. Kereta meluncur laju sehingga di hotel. NurNazlyna mendukung Najwa kemudian dia berjalan ke arah lif untuk naik ke bilik.
Sementara menunggu lif NurNazlyna berdiri sambil menepuk nepuk berlakang tubuh Najwa dengan lembut.
"kenapa lari??" soal Azri Amsyar yang berada di sebelah Nurnazlyna.
Terkejut NurNazlyna mendengar soalan yang mengejut dari suaminya yang entah muncul dari mana."Bagaimana dia tahu aku dekat sini??" gumam NurNazlyna dalam hati.
"kenapa terkejut macam mana husband boleh tahu sayang ada dekat sini??" soal Azri Amsyar dan tersenyum sinis.
Namun di sebabkan orang awam yang ramai di sekitar lobi NurNazlyna terpaksa mendiamkan diri sahaja.
Lama selepas itu Pintu lif terbuka NurNazlyna masuk bersama dengan Azri Amsyar. Dia mahu menekan butang lift tetapi tangannya dan Azri Amsyar serentak mahu menekan butang lift yang sama.
NurNazlyna mengerutkan dahinya.
"husband boleh explain kenapa husband buat sayang macam ni.. please sayang bersuara... i miss you"kata Azri Amsyar bersungguh.
Nurnazlyna mula terasa sebak tetapi dia manahan sahaja dari mahu menangis.
NurNazlyna memusing badannya memandang ke arah suaminya.
"saya tak nak dengar apa yang awak nak explain dari saya... saya betul betul kecewa dengan awak sangat sangat"NurNazlyna keluar dari lift
Azri Amsyar mengejar.
"sayang ingat senang ke untuk husband lupakan semua ni dengan cepat.. sayang ingat husband boleh tanggung seorang diri untuk sayang"kata Azri Amsyar.
Langkah NurNazlyna terhenti. Air mata yang jatuh tidak mampu lagi mahu menahan
Azri Amsyar menghampiri NurNazlyna dan anaknya yang berada di hadapannya.
"please maafkan husband... husband tahu husband salah"kata Azri Amsyar dan memegang bahu NurNazlyna.
NurNazlyna menyambung langkahnya dan berjalan masuk ke dalam bilik.. NurNazlyna menangis teresak esak Najwa yang tidur di baringkan di atas katil.
Dia mengunci pintu biliknya. NurNazlyna keluar balkoni dan mengambil udara yang segar.
Dia maraup wajahnya yang kekusutan pada malam ini. Dia mengusap perutnya yang berboyot itu. NurNazlyna berfikir apabila teringatkan rayuan suaminya tadi.
Patutkan aku menerima Azri Amsyar kembali??" NurNazlyna menarik nafas panjang.
Tanpa dia sedar Azri Amsyar sedang memandang dirinya di sebelah balik pintu balkoni bilik hotel sebelah.
NurNazlyna masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan rapat. Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak NurNazlyna tidur di sebelah Najwa.

PADA PUKUL 5 PAGI, Azri Amsyar bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh. Dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat gambar isterinya di kaca skrin telefon bimbitnya.
"good morning sayang"katanya perlahan
Begitulah setiap hari Azri Amsyar akan mengucapkan selamat pagi pada gambar isterinya sahaja. Jujur dia katakan dia huga turut rindu dengan isterinya kerana sejak kejadian itu dia tidak berjumpa dengan isterinya.
Azri Amsyar turut rasa bersalah dengan apa yang di lakukan oleh dirinya sendiri.Dia juga rasa kecewa dengan dirinya kerana membuatkan air mata isteri dan anaknya jatuh.
Habis sahaja membersihkan diri dan solat Azri Amsyar duduk di birai katil.
"agaknya dia dah bangun belum erk?" Azri Amsyar tertanya tanya.
Dia bangun dan berjalan ke arah balkoni untuk melihat isterinya. Dia menyorok sedikit kerana tidak mahu isterinya itu tahu bahawa bilik mereka bersebelahan.
"arh!!!" Azri Amsyar terdengar jeritan dari bilik sebelah.
Azri Amsyar mula gelabah. Dia keluar dari bilik dan terus sahaja dia mengetuk pintu bilik isterinya di sebelah.
"sayang"panggil Azri Amsyar dan mengetuk pintu berulang kali. Tetapi tiada sahutan.
Azri Amsyar masuk ke dalam biliknya kembali. Terus sahaja dia melihat Balkoni tingkapnya yang tidaklah terlalu rapat dengan balkoni tingkap NurNazlyna.
Jadi dengan itu Azri Amsyar terus sahaja melopat masuk ke dalam bilik NurNazlyna.
NurNazlyna yang sedang duduk itu mengusap perutnya. Kakinya terasa sungguh sakit.
Azri Amsyar mengendong NurNazlyna dan dia membaringkan NurNazlyna di atas katil dan di sebah Najwa.
"ada minyak angin tak??" soal Azri Amsyar kalut.
NurNazlyna menunjukkan pada arah beg tangannya yang berada di atas meja solek.
Azri amsyar dengan segera mengambil minyak itu dan menyapukannya dengab lembut dan penuh kasih sayang.
Lama selepas itu Sakit di kaki NurNazlyna berkurangan. NurNazlyna memandang Azri Amsyar dengan tajam. Terkejut dia melihat Azri Amsyar yang secara tiba tiba sahaja masuk ke dalam biliknya.
"Awak okey tak ni??" soal NurNazlyna sambil membelek tangan Azri Amsyar yang berada di sebelahnya.
"Husband okeylah... sayang ni hah okey ke tak?? sakit lagi??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna menepis kasar tangan Azri Amsyar.
"terima kasih sebab tolong saya... dah lah awak pergi masuk bilik awak sana"kata NurNazlyna dan menolak tubuh Azri Amsyar sehingga ke arah balkoni.
Azri Amsyar mengeraskan tubuhnya dari di tolak oleh isterinya.
"hmm Walid"panggil Najwa dalam tidur.
NurNazlyna terkejut mendengar panggila dari si anak memanggil ayahnya.
Azri Amsyar mendekati Najwa yang sedang berbaring di atas katil itu.
"ya sayang walid ada dekat sini"Azri Amsyar mengusap wajah anaknya dengan lembut.
Najwa mencelikkan mata dan terus sahaja dia memeluk Azri Amsyar dengan erat.
"walid janganlah tinggalkan Najwa dengan umi lagi..."kata Najwa dalam tangisan.
"ya sayang walid janji walid tak akan tinggalkan umi dengan Najwa lagi okey shhh"pujuk Azri Amsyar.
NurNazlyna turut mengalirkan air mata apabila melihat kasih sayang seorang bapa bertemu dengan kasih sayang seorang anak.
"sudah lah tu awak pergi balik bilik awak nanti apa pula orang cakap"kata NurNazlyna menarik Azri Amsyar untuk keluar mengikut balkoni biliknya.
"nanti kita jumpa lagi ya sayang... apa apa call walid okey"bisik Azri Amsyar di terlinga Najwa.
NurNazlyna tidak mendengar kerana dia sibuk melayan perasaannya sendiri.
Azri Amsyar berlalu pergi. Terus sahaja NurNazlyna menutup pintu balkoninya dan menangis teresak esak. Sudah lama dia tidak berasa sakit begini.

NURNAZLYNA membawa Najwa bersiar siar di taman, Sudah lama dia tidak membawa Najwa ke taman ini. Entah kenapa pada petang ini Najwa mengajaknya berjalan ke taman bersama sama.
NurNazlyna melihat setiap orang sekeliling. Sungguh bahagia di mata Nurnazlyna.
"umi jom naik basikal"ajak Najwa.
NurNazlyna membulat mata memandang basikal yang di tunjuk oleh Najwa itu tadi.
"umi tak pandai naik basikallah sayang"kata NurNazlyna mengusap rambut panjang Najwa.
"hmm alah Najwa nak naik basikal tu... kalau ada walid mesti walid bawa Najwa naik basikal macam tu"kata Najwa dan memeluk tubuh.
"hello princes walid... walid dengar ada orang nak naik basikal"tegur Azri Amsyar dari berlakang.
NurNazlyna nelihat Najwa yang teruja sambil menepuk nepuk tangan di hadapannya. Lain sekali dengan NurNazlyna yang wajah seperti orang nampak hantu.
'hish mana aku ada dia mesti ada... tak faham betul aku'rungut NurNazlyna dalam hati.
"umi Najwa naik dengan walid dulu okey... nanti kita jumpa"kata Najwa dan naik di tempat duduk berlakang basikal
"tapi Najwa..."kata kata NurNazlyna terhenti apabila Azri Amsyar menyampuk
"biarlah sayang... husband jaga Najwa... sayang duduk dekat sana tu"kata Azri Amsyar sambil menunjukkan ada sebuah kerusi kayu dan meja kayu.
NurNazlyna malas mahu berbalah. Dia berjalan ke arah tempat yang di tunjuk oleh suaminya itu. NurNazlyna duduk sambil menghadap tasik buatan manusia ini.
Lama selepas itu, NurNazlyna bermain dengan telefon bimbitnya. Dia sudah lama tidak menghidupkan telefon bimbitnya. pelbagai panggilan dan meses yang masuk.
"sorang jerw??" tegur seseorang perempuan dari berlakang. NurNazlyna memusingkan badannya menghadap ke arah orang yang menegurnya.
Tercengang dia melihat perempuan itu.
"terkejut ke sampai tak nak bagi i duduk??" soal Tania dan tersenyum.
NurNazlyna mengerutkan dahi memandang Tania. Dia berasa pelik bagaimanakah Tania berada di sini?? Entah entah Tania dengan suaminya sudah bernikah?? huh??!!
"I datang sini sebab nak jumpa you dan nak cakap sesuatu dekat you"kata Tania dan duduk di hadapan NurNazlyna.
"macam mana you tahu i ada dekat sini??" soal NurNazlyna kepada Tania.
Tania tersenyum di hadapan NurNazlyna.
"you know what kita ni kalau dah sayang dekat seseorang tu sanggup buat apa sahaja untuk tengok orang tu bahagia macam orang lain" Tania membuka kaca mata hitamnya dan meletakkan di atas kepala.
"you datang dengan siapa??"soal NurNazlyna kepada Tania.
"i datang sini dengan Abang Azri.. kita orang fly dari uk hingga ke JB"kata Tania
NurNazlyna tersenyum sahaja.
"i tahu you marah dengan abang Azri sebab tu you kalau boleh tak berjumpa dengan diakan??" soal Tania.
Nurnazlyna memandang Tania dengan pandangan yang tertanya tanya.
"sepanjang i Fly dengan abang Azri ni dia tak pernah tak cerita pasal you tau... sehingga kadang kadang tu i juga naik muak dengan dia... ya lah kalau dah rindu tu kenapa tak nak pergi jumpa terus... tapi dia degil dia yang tak nak jumpa dengan you sebab dia takut yang you akan benci dia"kata Tania lagi.
Air mata NurNazlyna mula bergenang. dia tidak tahu mahu mengatakan apa tentang itu.
"Jujur i rindukan suasana abang Azri yang dulu bukan yang sekarang dia selalu terfikirkan pasal you semasa di uk dahulu"Tania memandang NurNazlyna.
"hmm sorry Tania.. i nak balik"kata NurNazlyna. Tersu sahaja dia bangun dari kerusi kayu itu.
"okey okey look Nur... i tak layak nak masuk campur dalam urusan rumah tangga you... i tahu Abang Azri boleh terangkan dekat you lebih detail kalau you nak tahu kenapa dia tinggalkan you sepanjang tempoh beberapa bulan ni... i cuma nak you kembalikkan abang Azri yang i nak"Rayu Tania. Dia memegang tangan NurNazlyna
"sorry Tania i have to go now"NurNazlyna berjalan ke arah Najwa yang sedang menunggang basikal bersama dengan Azri Amsyar.
"Najwa jom balik sayang"ajak NurNazlyna dan memimpin tangan Najwa.
"sayang kenapa ni??" soal Azri Amsyar. Dia memandang Tania yang tidak jauh dari NurNazlyna.
"Saya balik dulu Assalammualaikum"Kata NurNazlyna dan berlalu sambil memimpin Najwa.
Azri Amsyar mengerutkan dahi memandang NurNazlyna pergi meninggalkan Dia bersama dengan Tania.
"abang sorry Nur salah faham dengan Tania..."kata Tania.
"its okey kita guna plan C"kata Azri Amsyar dan menjungkitkan keningnya.
Tania menganggukkan kepala dan melihat NurNazlyna yang sudah masuk ke dalam kereta bersama dengan Najwa itu.

NURNAZLYNA duduk di dalam bilik bersama dengan Najwa. makanan malam sudah pun di beli. Nurnazlyna sudah penat mahu berjumpa dengan suaminya lagi. pintu Balkoni di tutup dengan perlahan.
Dia tidak mahu Azri Amsyar menceroboh masuk ke dalam biliknya. Ini semua mesti angkara Farah dan kawan kawannya yang lain punya rancangan. NurNazlyna mengambil telefon bimbitnya
Selepas itu dia mendail nombor Farah. Lama selepaa itu Farah mengangkat panggilan NurNazlyna.
"ya Assalammualaikum"sapa Farah di hujung talian.
"Waalaikummusalam babe aku jumpa Azri dekat sini... ni semua mesti plan korangkan"kata Nurnazlyna.
"mana ada kau ni aku tak tahu apa apalah"bohong Farah.
"habis tu kenapa dia ada dekat sini dan kenapa dia boleh duduk satu hotel dengan aku??" soal NurNazlyna geram.
"babe itu yang kau nakkan... kau nak jumpa suami kaukan dia dah ada sekarang kenapa kau perlu lari..."kata Farah.
"okeylah aku letak dulu... cuma aku nak kau ingat yang Azri tu adalah suami kau... dan anak dalam kandungan kau tu juga adalah anak dia Naz..."kata Farah lagi.
Panggilan di matikan NurNazlyna memandang Najwa sekilas. Najwa sudah pun ketiduran selepas makan malam tadi.
NurNazlyna berjalan ke arah balkoni kembali. Dia membuka Pintu. Hampir terjerit dia memandang pada banggunan sebelah ada satu skrin besar menunjukkan video dia bersama dengan suaminya.
NurNazlyna menutup mulutnya. Habis sahaja video itu di skrin terlayar satu bena yang besar dan tertulis sesuatu.

'I'M SORRY... I KNOW I'M WRONG... BUT PLEASE FOR GIVE ME... YOU ARE MY ANGLE SAYANG'

NurNazlyna mengelap air matanya dengan perlahan.

'PANDANG KANAN'

NurNazlyna memusing ke arah kanan dan memandang banggunan di sebelah terdapat beberapa orang yang turut membaca.
Tiba tiba pintu bilik NurNazlyna di ketuk dari luar. NurNazlyna masuk untuk membuka pintu.
"puan this is for you"kata pelayan itu dan memberikan sekeping kad.
"thanks"kata NurNazlyna dan membuka sampul kad itu.

'TENGOK DEPAN NANTI ADA SESUATU'

NurNazlyna memandang hadapan. Dia melihat Azri Amsyar yang sedang ke tingkapnya di bantu oleh beberapa orang anggota bomba.
Azri Amsyar bermain gitar di hadapan NurNazlyna. Lagu 'pulang' di nyanyikan oleh Azri Amsyar.

Kenangan yang telah berlalu
Takkan ku lupa
Hanya engkau yang aku mahu
Sudah tentu

Kisah cintaku bersamamu
Tidak sempurna
Walau apa pun kita
Tetap akan bersama

Hariku
Lebih indah
Pabila
Kau ada

Ku menunggu
Kau pulang pulang sekarang

Ku rindu wajahmu
Senyuman manismu sayang

Hanya kau pemilik hatiku
Tiada yang dapat mengatasi
Cinta kita apa adanya

Hariku
Lebih indah
Pabila
Kau ada

Ku menunggu kau pulang
Pulang sekarang
Ku rindu wajahmu
Senyuman manismu sayang

Pabila
Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba

Where
Where did you go
I've got so much to say
So you can't go go go

Tak bisa ku percaya
Yang kau sudah tiada
Ku takkan menerima
Kenyataan
Kisah kita

Tolong
Tolonglah pulang
Ku rindu wajahmu
Senyummu yang sudah hilang

Pulang pulang sekarang
Ku rindu wajahmu
Senyumanmu sayang

Pabila
Bila kau tiada
Ku renung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba

NurNazlyna terharu mendengar nyanyian dari suaminya itu. Azri Amsyar memberikan sejambang bunga rose merah dan beberapa bunga rose putih.
"dengan bersaksikan orang orang dia sini dan sana tu.. sudi tak awak menjadi suri hati hidup saya sepanjang hayat"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang orang orang awam yang lain sedang ada yang di bawah ada juga yang sedang melihatbya dari balkoni bilik mereka.
NurNazlyna mengangguk dalam tangisan. Mereka yang lain semua bertepuk tangan dengan teruja.
"thanks"kata Azri Amsyar dan menarik NurNazlyna untuk menaiki train itu sekali.
Azri Amsyar memeluk pinggang NurNazlyna dengan erat dan rapat sekali.
"i miss you sayang"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menangis tersedu sedan di dada Azri Amsyar sungguh dia rindu dengan haruman suaminya ini.
Azri Amsyar mencium dahi NurNazlyna dengan lembut. nurnazlyna sangat terharu dengan apa yang berlaku.
"Husband Najwa dekat atas"kata nurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum dan memang NurNazlyna.
"don't worry sayang Tania ada untuk jaga"kara Azri Amsyar
Malam itu bersaksikan bulan dan bintang bersertakan dengan orang orang awam dan pelancong di hotel itu. Ramai mata yang memamdang NurNazlyna dan mengucapkan tahniah.

BEBERAPA HARI selepas itu, NurNazlyna terjaga dari tidur dia memusing badannya memandang Azri Amsyar yang sedang lena tidur. NurNazlyna mengacau tidur Azri Amsyar. Jarinya menari narikan di dada Azri Amsyar yang tanpa berbaju itu.
Sekarang mereka tidur satu bilik dan tiada lagi gaduh dan bertelingkahan yang berlaku antara mereka berdua. Alhamdulillah ini yang NurNazlyna inginkan saat ini.
Sudah 2 malam Najwa tidur bersama dengan Tania di bilik sebelah. Nurnazlyna bermain jarinya sehingga di wajah Azri Amsyar. Azri Amsyar terjaga dari tidur. Dia memandang NurNazlyna di sebelah dan tersenyum.
"Sayang kacau husband tidur"kata Azri amsyar manja.
NurNazlyna tersenyum geli hati.
"alah tadi lepas solat subuh husband kacau sayang tidur boleh pula kesian baby dia pun penat..sebab walid dia buli umi dia tadi."kata NurNazlyna dan memuncung bibirnya.
"tu sebab husband terlampau rindu sangat sangat dekat sayang dengan baby"Azri Amsyaf berkata dengan suara yang romantis.
Dia mendekati wajah NurNazlyna yang sedang memandang ke arahnya. Jujur dikatakan memang mereka sama sama merindui antara satu sama lain. Hanya Allah sahaja yang tahu.
Azri Amsyar mengusap perut Nurnazlyna yang sudah memboyot.
"sorry baby Walid... walid tak sengaja buli umi macam tu.. siapa suruh umi goda walid"kata Azri amsyar dan menjeling manja Nurnazlyna.
NurNazlyna tergelak. "tak baik cakap macam tu dengan baby tau.."kata NurNazlyna sambil mencubit pipi Azri Amsyar dengan geram.
janggut dan misai yang ada pada dagu dan atas bibir sudah di cukurnya. NurNazlyma yang mencukurkan janggut Azri Amsyar.
"sakitlah sayang"kata Azri Amsyar memegang kedua tangan NurNazlyna.
"nak kene denda dengan husband ke hah??" soal Azri Amsyar sambil mendekatkan wajahnya dengan Azri Amsyar
NurNazlyna tergelak apabila dia di geletek oleh suaminya sendiri.
"janganlah husband sayang penat"kata NurNazlyna.
"baby nakal tak sepanjang husband tak ada dengan sayang??" soal Azri Amsyar sambil mengusap perut NurNazlyna.
NurNazlyna menggeleng.
"tak lah Walid baby baiklah tak nakal nakal"NurNazlyna mengecilkan suaranya.
Azri Amsyar tersenyum.
"Cuma sejak dua menjak ni baby kerap sangat aktif bergerak sahaja.."kata NurNazlyna.
Azri Amsyar memandang Isterinya di sebelah. "kenapa??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna membetulkan pembaringannya. Selepas itu dia mengambil tangan Azri Amsyar dan meletakkan di atas perutnya. Azri Amsyar tergamam apabil terasa ada tendangan di perut isterinya.
Sungguh di alpa dengan semua ini. Dia rasa menyesal kerana meninggalkan isterinya seorang diri menanggung sakit dan derita untuk membesarkan anak dalam kandungan.
"hey anak walid ni buat apa dekat dalam tu sayang, marah walid ya sebab dah lama tak cakap dengan sayang"Azri Amsyar Mengusap perut NurNazlyna.
Air mata NurNazlyna mula bergenang di pipi. NurNazlyna mengelap air matanya perlahan. Dia tersenyum melihat azri Amsyar yang tidak henti mengucapkan kata maaf di perut NurNazlyna.
"Husband dah lah tu...sayang maafkan husband"kata NurNazlyna dan mengusap kepala Azri Amsyar dengan perlahan.
"i'm sorry sayang..."Azri Amsyar memeluk tubuh NurNazlyna dengan rapat dan erat.
NurNazlyna mengelap air matanya. Dia tersenyum memandang suaminya saat ini.
"Husband sayang dah cakap, sayang okey... dah tak ada apa nak kita risaukan dah... semua okey Husband sihat sayang sihat.. baby alhamdulillah semakin sihat... tak ada apa apa husband..."kata NurNazlyna lagi.
Azri Amsyar mengangguk kepalanya berkali kali.
"kita tutup buku lama kita buka buku baru okey husband"sambung NurNazlyna lagi.
Dia mengusap rambut Azri Amsyar.
Azri Amsyar mendekati NurNazlyna,lalu dia mencium setiap wajah NurNazlyna dengan lembut.
NurNazlyna mula rasa kegelian. Dia menolak wajah Azri Amsyar perlahan.
"cukup okey sayang lapar jomlah makan"rengek NurNazlyna manja.
Tergelak Azri Amsyar mendengar rengekkan dari isterinya itu. Sudah lama dia tida mendengar suara manja NurNazlyna.

1.4.21
BERSAMBUNG.....

happy birthday to me. ;) hari ni birthday saya yang ke 17... sorry lambat update hihihihihi... happy 1 april..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience