BAB 30

Romance Series 50177

_______________________________________________________________

NURNAZLYNA DUDUK termenung menghadap langit di tingkap. Langit yang mendung sungguh dia kesejukkan ketika itu. Sehingga di terasa mahu membuang air kecil.
Dia turun dari katil dengan perlahan. Selepas itu NurNazlyna mengambil air ubat yang tergantung pada tiang besi. NurNazlyna ingin berjalan Namun apabila dia mula berdiri kepalanya sakit kembali.
NurNazlyna menguatkan tenaganya untuk berdiri dengan tegak. Dia berjalan perlahan menuju ke arah tandas yang sudah tersedia di dalam biliknya itu.
Pintu kamar terbuka. Puan Rose melihat NurNazlyna yang sedang berjalan dengan lemah itu.
"ya allah adik nak pergi mana ni" terkejut Puan Rose melihat anaknya hampir terjatuh. Puan Rose mendapatkan NurNazlyna.
"orang nak buang air kecil lepas tu ambik wuduk nak solat"jawab NurNazlyna
"hish kenapa tak panggil nurse" Puan Rose menggeleng kepala. Dia memapah NurNazlyna sehingga ke tandas.
"jangan kunci" pesan Puan Rose..
NurNazlyna menurut.
Selepas beberapa saat NurNazlyna masuk ke dalam. Makanan hospital sampai.
"makanan sampai" kata pemuda itu.
"terima kasih" ucap Encik Mohammad
"sama sama Encik. hmm maaf doktor ada cakap yang pesakit boleh balik bila tekanan darah normal dan demamnya sihat" kata pemuda itu.
"oh baiklah terima kasih" kata Puan Rose.
Pemuda itu hanya mengangguk dan berlalu.
NurNazlyna keluar dari tandas dan berjalan bersama dengan Puan Rose yang memimpinnya.
"ibu terlekung.." pinta NurNazlyna.
"nanti Azri Sampai dia on the way.. dia tak sempat nak bawa apa apa dik..." kata Puan Rose.
NurNazlyna mengeluh dan duduk di katil.
"adik walau apa pon salah yang Azri buat dia tetap suami adik tau.... adik tak kesian ke dekat dia sanggup cuti untuk jaga adik dekat hospital. jangan lama lama sangat merajuk sayang tak baik" tegur Puan Rose.
"ibu baru pesan semalam yang syurga di bawah tapak kaki suami... ingat pesan ibu" kata Puan Rose dan mengusap bahu NurNazlyna.
"dah jom makan... ibu ada bawa makanan lebih ni yang ni nanti adik simpan untuk malam nanti... lepas tu sekarang adik makan yang dekat atas meja ni dulu" kata Puan Rose menarik meja di sehingga di hadapan NurNazlyna.
"ibu nak buka" kata NurNazlyna. dan menunjukkan tangannya yang penuh tiup air ubat itu.
"nope tak boleh adik, adik sikit sikit nak buka wayar tu kali ni adik dengar cakap ayah" Encik Mohammad berkata tegas.
NurNazlyna hanya menurut dan makan apa yang di hidang ki depan mata.
"umi" jerit Najwa dari muka pintu.
NurNazlyna melihat Najwa yang berlari mendapatkannya. Terhenti Suapan NurNazlyna bila melihat anaknya itu.
"erh sayang umi dah sampai" kata NurNazlyna.
Najwa melompat naik ke atas katil NurNazlyna dan memeluk NurNazlyna sambil menangis.
"sayang kenapa ni??" soal NurNazlyna terkejut dengan pelukkan anaknya itu.
"wawa taknak umi sakit.. wawa minta maaf kalau wawa tak suruh umi hantar tentu umi tak jadi macam ni" tersedu sedan Najwa mengucapkan kata katanya.
"hey taklah sayang... Najwa tak salah sayang... umikan memang dah sakit dari semalam" kata NurNazlyna.
"umi nak tahu tak tadi walid kene marah dengan nekny" adu Najwa.
"mandai awak jerw cakap Walid kene marah dengan Nekny ya" sampuk Azri Amsyar yang sedang berjalan dengan Datin Maznah.
Puan Rose dan Datin Maznah berpelukkan. Selepas itu NurNazlyna menyalam tangan Datin Maznah.
"Nur macam mana okey??"soal Datin Maznah dan memegang dahi NurNazlyna.
"okey mak" jawab NurNazlyna dan tersenyum.
"hmm ya lah tu okey akak nak tahu tadi kalau saya lambat sikit jerw dia dah jatuh dah..."kata Puan Rose.
"ya allah sayangkan saya dah cakap panggil Nurse kalau nak apa apa..." kata Azri Amsyar risau.
"umi boleh Najwa duduk dengan umi dekat sini" kata Najwa.
"tak boleh sayang... Najwa kene balik ikut Walid balik boleh??" kata NurNazlyna.
"erh Azri tak payah balik duduk sini jaga adik erh??"soal Puan Rose.
Azri Amsyar terkedu. "hmm habis Mak??" soal azri Amsyar.
"alah satu jalan tak apa nanti ibu dengan ayah hantar... alah dalam shah alam jugakan" sampuk Encik mohammad yang sedang duduk di sofa yang ada di dinding tingkap.
"hmm okey lah kalau gitu" kata Azri Amsyar.
"wawa nak jaga umi juga boleh??" soal Najwa sambil memandang wajah ayahnya.
"hmm tak boleh sayang esok wawa kene sekolah" kata Puan Rose
Najwa mula monyok dan mencebir bibir mahu menangis. Dia memeluk NurNazlyna hampir terbaring NurNazlyna. Nasib Azri Amsyar sempat menahan dari berlakang.
"sayang jangan macam ni" pujuk NurNazlyna.
"okey macam ni.. walid dengan umi janji nanti lepas umi dah sihat walid dengan umi cepat cepat ambik Najwa dekat rumah nekny atau nenek boleh??" Azri Amsyar pujuk.
"promise??" soal Najwa dengan mata yang merah.
"promise sayang" NurNazlyna membelai rambut Najwa.
"adik sambung makan" kata Puan Rose.
"tak nak lah dah kenyang" jawab NurNazlyna
"sikitnya makan Nur" tegur Datin Maznah.
"nur dah kenyang Mak" kata NurNazlyna.
Selepas lama mereka duduk di situ sehingga Azan solat maghrib berkumandang. Mereka semua meminta diri untuk pulang. Azri Amsyar menghantar mereka sehingga ke parking kereta.

"AZRI INGAT PESAN MAK tadi jaga Nur elok elok" pesan Datin Maznah
"jadi apa apa lagi dekat Nur, siap kamu Mak kerjakan" kata Datin Maznah. Puan Rose dan Encik Mohammad hanya tersenyum mendengar percakapan mereka.
"ya mak Azri janji" kata Azri Amsyar dan menyalam tangan Datin Maznah.
Kemudia dia menyalam tangan Puan Rose dan Encik Mohammad.
"ni azri jangan ikutkan sangat lah perangai Adik tu nanti dia okey tu cuma sentap sikit" kata Puan Rose.Azri Amsyar mengangguk dan tersenyum segan.
"Walid jaga umi sampai sihat tau... nanti boleh cepat cepat ambik wawa... tak adalah wawa rindu" kata Najwa.
"ya sayang walid janji" kata Azri Amsyar.
"terima kasih Mak,ibu, ayah sebab tolong gilir gilir jagakan Najwa" kata Azri Amsyar
"tak apa Azri ibu dengan ayah pun bukannya buat apa dekat rumah tu. lagipun rumah dekat bukan jauh... esok ibu suruh Nazuwan hantar makanan" kata Puan Rose.
"baik ibu" Azri Amsyar mengangguk.
Kereta toyota Alfard milik Encik Mohammad berlalu pergi. Alhamdulillah selepas Mereka berdua mengambil Najwa sebagai anak angkat banyak rezeki mereka yang mereka dapat.
Sebagai contoh. Azri Amsyar telah menghadiahkan kereta toyota Alfard kepada Encik Mohammad pada ulang tahun perkahwinan Encik Mohammad dan Puan Rose.
Azri Amsyar berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat fardu Maghrib dan isyak yang tidak lama lagi akan berkumandang.
Dia berdoa agar Allah SWT membuka pintu hati isterinya untuk memaafkannya. Selepas solat di terus berjalan ke arah bilik Nur Nazlyna di aras dua.
Dia membuka pintu dan melihat NurNazlyna yang sedang duduk termenung berpelukkan tubuh.
NurNazlyna tidak perasan dengan ke hadiran Azri Amsyar di situ. Dia hanya mendengar bunyi derapan tapak kaki sahaja. Dia fikirkan jururawat yang datang untuk memberikannya ubat.
"sayang nak solat... husband boleh tolong sayang"kata Azri Amsyar.
Terkejut NurNazlyna dengar suara Azri Amsyar yang tiba tiba berada di sebelahnya. Dia memegang dadanya dan menarik nafas panjang.
"sorry sorry... saya ingat awak perasan saya masuk tadi" kafa Azri Amsyar
"hmm kalau awak nak balik tak apalah balik jerw saya duduk sini esok awak datanglah" kata NurNazlyna.
Tiada panggilan mesra di bicara NurNazlyna. Azri Amsyar terkedu.
"tak apa sayang saya duduk sini dengan awak, awakkan jaga awak" balas Azri Amsyar
"tak apa ke takut nanti awak penat.. semua Nurse dekat sini awak marah nanti" perli NurNazlyna.
Azri Amsyar terdiam,terkelu lidah untuk membalas bicara isterinya itu.
Lama mereka terdiam kaku hanya dengan bunyi guruh dari luar menandakan mahu hujan. Televisyen sudah di pasang oleh jururawat di situ.
"besar sangat ke kesalahan saya sayang, sampai awak sanggup buat saya macam ni. berkali kali saya minta maaf dengan awak. Saya tahu saya salah saya tengking isteri saya sendiri... tapi saya betul betul tak sengaja sayang... sebab saya awak jadi macan ni,sebab saya awak ada dekat sini... kalau saya tak sentuh awak semalam benda ni mesti takkan jadi... saya betul betul menyesal sebab sentuh awak..saya ragut kesucian awak yang awak jaga selama 18 tahun, i'm sorry ni salah saya" Air mata Azri amsyar mengalir dan di mencium tangan Isterinya.
NurNazlyna terdiam mendengar kesalan bicara suaminya sungguh dia tidak pernah menyesal memberi hak suaminya, Air mata NurNazlyna mengalir di pipi.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang tidak memandang ke arahnya langsung. Dia ingin berlalu dan melepaskan pegangan tangan isterinya.
NurNazlyna yang perasan Azri Amsyar mahu melepaskan tangannya dari genggaman pantas memegang tangan Azri Amsyar dengan erat. Dia memusing menghadap suaminya yang tidak memandang ke arahnya langsung.
"Husband..." panggil NurNazlyna perlahan.
Dia memalingkan wajah suaminya untuk menghadap dia. Azri Amsyar tidak membantah.
"sampai hati nak tinggalkan saya" kata NurNazlyna.
Terkedu Azri Amsyar mendengar ucapan mesra isterinya. Dia menangis kegembiraan. memandang wajah pucat Nurnazlyna.
"saya minta maaf juga sebab derhaka dengan awak"kata NurNazlyna dan menyalam tangan Azri Amsyar untuk meminta maaf
Azri Amsyar mencium dahi NurNazlyna, selepas itu dia mengesat air mata NurNazlyna. hatinya sungguh sakit melihat isterinya begini, Dia mencium seluruh wajah NurNazlyna.
sehingga lemas NurNazlyna di buatnya. NurNazlyna mengerutkan dahi memandang ke arah Suaminya.
"saya lemas" rengek Nurnazlyna dan menolak wajah Azri Amsyar perlahan.
"sorry husband rindu sayang, lama sangat sayang merajuk" kata Azri Amsyar manja dan memeluk tubuh NurNazlyna.
Tergelak NurNazlyna. "eleh baru uji sikit dah rindu" kata NurNazlyna.
"amboi pandai dia ya nak uji orang" Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
NurNazlyna tersenyum. Marahnya pada Azri Amsyar semakin lama semakin berkurang.
"sorry" kata NurNazlyna.
"its okey sayang... saya pun minta maaf juga next time jangan buat lagi saya risau tau" kata Azri Amsyar.
"hmm tengoklah kalau orang tu tak marah marah dengan kita lagi.. bukan setakat kita marah dengan dia.. kita boleh lari jauh dari sini biar orang tu cari" NurNazlyna memeluk pinggang Azri Amsyar
"amboi ada niat nak lari... jangan macam macan erh.. sayang kene ingat tak lama lagi Najwa akan dapat adik" usik Azri Amsyar dan menyentuh perut NurNazlyna yang kosong.
"janganlah mantion yang tu hish dia ni..." kata NurNazlyna memukul dada suaminya perlahan.
"okey okey tapi betulkan semalamkan kita dah...." Azri amsyar mahu menyakat lagi. sebelum Azri Amsyar menghabiskan kata katanya dengan pantas NurNazlyna mencubit perut Azri Amsyar
"auch okey okey sorry... garangnya takutlah Husband macam ni" kata Azri Amsyar mengejek.
"hish awak ni saya tarik bamik kata kata saya kang baru tahu" kata NurNazlyna
Azri Amsyar tergelak dan mencium dahi NurNazlyna. Mereka sama sama tergelak bahagia.
"sayang nak makan?? jom kita makan satu hari saya tak makan tau sebab risau dengan keadaan awaj dekat sini" kata Azri Amsyar.
"alah shiannya dia... kenapa tak makan" kata NurNazlyna sambil menyikat rambut suaminya menggunakan jari runcingnya.
"saya risaukan awaklah sayang... hish dia boleh tanya"kata Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
Azri Amsyar mengambil bekalan yang di beri oleh Puan Rose di sebelah katil dan meletakkan di atas meja depan mereka. Dia duduk di sebelah NurNazlyna sambil melayan televisyen drama melayu di siarankan.
"sayang suapkan" kata Azri Amsyar.
"erh siapa yang sakit ni" NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"alah nak sayang suapkan"rengek Azri Amsyar dan menyondol kepalanya di bahu isterinya.
Tergeleng kepala NurNazlyna melihat telatah suaminya.
"okey okey, saya suapkan.. duduk elok elok" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar membuka mulut bila melihat NurNazlyna ingin menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"tersenyum sampai ke telinga awak ya" usik NurNazlyna.
"mestilah isteri suapkan mesti saya senyum sampai telinga lainlah kalau perempuan lain yang suapkan" usik Azri Amsyar.
Dia sengaja mahu mengusik isterinya yang sedang fokus menonton televisyen.
NurNazlyna memandang tajam Azri Amsyar di sebelah. tangannya mencubit lengan Azri Amsyar dengan kuat.
Azri Amsyar mengadu kesakitan dan dia menangkap tangan NurNazlyna.
"padan muka" kata NurNazlyna geram.
"okey tak saya gurau jerw" kata Azri amsyar.
NurNazlyna mengalihkan pandangnya menghadap televisyen kembali.
Almaklumlah kebetulan hero kegemarannya ada di televisyen tu. Memanglah usikkan Azri Amsyar tidak di layan.
"sayang nak lagi"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menyuapkan tanpa memandang suaminya di sebelah.Matanya masih memandang ke kaca tv,tersenyum dia melihat Adi putra berlakon.
"awak nak tahu tak saya suka tengok adi putra berlakon tau" kata NurNazlyna sambil tersenyum memandang wajah Adi putra.
Sungguh dia suka melihat lelaki yang hitam manis dan berlesung pipit tubuhnya yang tegap serta berkarisma.
"saya ni awak tak suka tengok ke" kata Azri Amsyar bernada seperti merajuk.
NurNazlyna yang mendengar rajukkan Azri Amsyar pantas memusingkan badannya menghadap suaminya di sebelah.
"aik bunyi macam terasa hati jerw" kata NurNazlyna.
"sikitlah" jawab Azri Amsyar.
"alah awak ni adi putra jerw pon itu pon nak jelous" kata NurNazlyna menyiku lengan Azri Amsyar.
"awak tahu tak adi putra tu lagi handsome dari saya" kata Azri Amsyar dan memeluk tubuhnya.
"dengar ni adi putra tu memang lagi handsome dari awak tapi..awak tu lagi handsome dari adi putra... sebab awak suami saya dan imam saya..." kata NurNazlyna mengusap pipi Azri Amsyar.
"alah alah sweetnya" kata Azri Amsyar mencium dahi NurNazlyna.
Tiba tiba telefon bimbit milik NurNazlyna berbunyi.Telefon bimbit yang berada di bawah bantal itu di ambil dan mengangkat panggilannya itu.Nama Farah tertera di telefon bimbit.
"Hello Farah" sapa NurNazlyna, Azri Amsyar di sebelah di pandang sekilas.
"wey kau okey tak terkejut aku tadi tau... kau ni buat aku risaulah selamat kau pengsan dekat depan tadika aku...kalau pengsan waktu tengah drive tadi" Kata Farah risau
"ya ya sorry aku menyusahkan kau... aku ada ni dekat hospital... husband aku jaga" kata NurNazlyna
"oh dah okey lah ni?? hmm nampak gayanya Najwa dapat adik barulah" usik Farah.
Bulat Mata NurNazlyna. Dia menjauhkan telefon bimbitnya dari suaminya di sebelah. Takut Azri Amsyar terdengar pula nanti.
"gila arh kau..." kata NurNazlyna dan memandang Azri Amsyar di sebelah.
"dia ada kat sebelah aku lah hawau" bisik NurNazlyna. Nasib Azri Amsyar tidak dengar apa yang di perkatakan oleh Farah itu tadi.
"ouh sorry sorry... esok kalau tak ada apa apa halangan lepas jerw mengajar dekat tadik kita orang datang hospital" kata Farah.
"serius lah wey" NurNazlyna teruja.
Dia menepuk nepuk tangannya dengan teruja,terlupa dengan jarum yang ada di tangan.
"Aduh" kata NurNazlyna bila kesakitan di tangan.
"wey kau kenapa??"soal Farah.
"hmm tak ada apa apa" jawab NurNazlyna.
Azri Amsyar di sebelah menahan tawanya.
"okeylah aku letak dulu jumpa esok" kara Farah
"hah ya lah terima kasih" jawab NurNazlyna.
Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna yang ada jarum itu. Tergelak kecil dia.
"hmm tu lah suka tak ingat dunia. tak sedar yang diri tu tengah sakit" perli Azri Amsyar.
"hish diam lah sakitlah husband" rengek NurNazlyna.
"itulah balasan kalau tak ikut cakap suami tau" kata Azri Amsyar.
Mahu sahaja dia mencubit suaminya itu. Namun apakan daya kesakitan yang mengusai dirinya ketika itu.
"kejap saya panggil doktor" kata Azri Amsyar
Azri Amsyar keluar dari bilik itu untuk memanggil doktor. NurNazlyna menggeleng kepala melihat wajah Azri Amsyar yang penuh dengan kerisauan.
Selepas beberapa minit doktor lelaki itu datang bersama dengan seorang jururawat.
"hello cik macam macam mana okey??" soal Doktor lelaki itu.
"hello boleh tak doktor betulkan jarum ni tangan saya sakit" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar masuk dan duduk di sebelah NurNazlyna. Dia memandang mata Doktor lelaki yang tidak berkelip memandang isterinya.
"maaf Encik ni siapa ya abang kepada pesakit ke??"soal Doktor itu.
"oh saya SUAMI dia" Azri Amsyar menekankan perkataan suami di hadapan Doktor lelaki itu.
NurNazlyna yang perasan dengan sikap cemburu suaminya itu pantas tangan sebelahnya memegang tangan Azri Amsyar.
"ouh suami maaf lah ya Encik" kata Doktor itu menundukkan pandangan. Dia memandang NurNazlyna di sebelah dan tersenyum.
"nurse siap?" soal Doktor itu.
"siap Doktor" kata jururawat yang bernama Wahida.
"ouh kalau begitu jom lah kita keluar" ajak doktor itu.
"hmm maaf doktor bila isteri saya boleh keluar ya??"soal Azri amsyar.
"oh kena tengok pada keadaan isteri Enciklah, kalau tekanan kembali normal dan demamnya semaki kebah. boleh balik esok" kata Doktor itu.
Azri Amsyar hanya mengangguk.
"hmm kalau begitu saya pergi, cik jaga dirilah ya" kata Doktor itu dan tersenyum
NurNazlyna membalas senyuman itu. Doktor itu berlalu dengan jururawat perempuan itu tadi.
"husband okey??" soal NurNazlyna memeluk lengan Azri Amsyar.
"hmm okey dah lah saya nak tidur." kata Azri Amsyar selepas mengemas peralatan makanan di atas meja.
NurNazlyna yang perasan dengan cemburu Azri Amsyar itu menggaru kepalanya. Azri Amsyar membaringkan tubuhnya di sofa yang tersedia di dalam bilik itu.
NurNazlyna terkedu melihat suaminya. Mahu memujuk jauh dari duduknya.
"husband tak sayang wife je??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar hanya mendiamkan diri dan memusingkan badannya memandang dinding.
"husband tak kasihankan saya dah lah sakit, saya nak pujuk jauh" NurNazlyna berkata meleret dan bermain dengan jari.
NurNazlyna mengeluh perlahan. Dia memandang sosok tubuh berlakang Azri Amsyar yang menghadap dinding.
'mungkin dia dah tidur kot' gumam NurNazlyna.
Dia pantas baring dan melelapkan matanya yang semakin layu. Azri Amsyar yang perasa tiada lagi suara isterinya memanggil pantas bangun dan berjalan ke arah NurNazlyna.
Dia duduk di sisi katil. Dia memegang tangan NurNazlyna. Dia tidaklah merajuk sangat sebenarnya dia sengaja mahu menunjuk protes dengan isterinya.
"sayang cepatnya tidur" kata Azri Amsyar perlahan.
NurNazlyna membuka matanya memandang wajah suami di hadapannya ketika itu
"ingat nak tidur dengan sofa tu"kata NurNazlyna. Dia belum tidur lagi hanya menutup mata sahaja.
"hmm okey" Azri Amsyar bangun.
"hah okey okey sorry sayang minta maaf sebab buat husband cemburu" rengek NurNazlyna.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna,wajah yang pucat dan bibir yang selalunya merah menjadi putih.
"husband"panggil NurNaazlyna lagi.
"hah ya" Azri Amsyar jawab acuh tak acuh sahaja bunyinya.
NurNazlyna berdecit,dia memandang wajah cemberut suaminya. Susah juga nak pujuk bapa orang ni.
"sampai hati husband taknak cakap dengan saya...saya dahlah tengah macam ni...kalau di sebabkan doktor tu husband jadi macam ni okey saya nak balik sekarang juga." kata NurNazlyna dan ingin mencabut jarum tiup yang berada di tangan.
Terkejut Azri Amsyar melihat tindakkan drastik isterinya di memeluk tubuh Isterinya. Lain yang diuji lain yang dapat.
"okey okey sorry, husband tak sengaja sayang jangan macam ni please" kata Azri amsyar dan mencium tubuh kecil isterinya.
"tahu takut" kata NurNazlyna.
"sorry husband" sambung NurNazlyna dan mencium pipi Azri Amsyar.
Terkedu Azri Amsyar mendapat ciuman dari sang isteri. Dia mencium seluruh wajah isterinya dari dahi hingga ke mulut.
NurNazlyna menolak wajah suaminya perlahan ingin mengingatkan bahawa mereka berada di hospital.
"husband kita dekat hospital behavelah sikit" NurNazlyna mengingatkan Suaminya ketika itu.
"hmm dengan sayang saya tak boleh nak behave"usik Azri Amsyar
"pergilah tidur dengan sofa tu tadi orang pujuk taknak dengar... baru nak bagi lebih sikit cium tadi tapi dah orang tu merajuk tak jadilah."kata NurNazlyna dan menarik narik selimut.
"apa tadi tak dengar nak bagi lebih" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna menjeling tajam mendengar usikkan suaminya itu.
"hish main mainkan dah kene" kata NurNazlyna mencubit lengan Azri Amsyar dengan kukunya. Geram aku, time time aku tengah sakit ni dia nak ajak bergurau.
"okey okey sayang jom tidur dah lewat ni"kata Azri Amsyar menarik NurNazlyna untuk berbaring.
"awak peluk saya boleh"pinta NurNazlyna dengan manja.
"boleh sayang. anything for you" kata Azri Amsyar.
"husband sayang nak tanya boleh??" NurNazlyna berkata meleret dan membetulkan tudung yang di pakai.
"apa dia?" Azri Amsyar mengusap tubuh NurNazlyna.
"macam mana husband boleh terpikat dengan sayang erk...ya lah sayangkan hanya budak sekolah yang nakal dan kadang kadang tu melawan cakap cikgu" kata NurNazlyna.
"hmm sebenarnya husband pun tak tahu macam mana boleh tersayang dekat sayang husband ni... Cikgu Fatimahlah yang ceritakan tentang sayang dekat husband" cerita Azri Amsyar.
"aik Cikgu Fatimah cerita apa pasal sayang.. patutlah waktu pergi ambik result tu dia ucap tahniah dekat sayang. sayang ingat dia ucap tahniah for keputusan sayang lulus rupanya dia kata saya ucap tahniah sebab awak dah kahwin dengan Azri" kata NurNazlyna.
Mata mereka bertentangan. Masih dia teringat dengan cikgu Fatimah iaitu guru kaunseling. Ya dia akui dahulu dia dan kawan kawannya selalu masuk bilik kaunseling kerana atas kesalahan tingkah laku dan masalah disiplin.
"ya ke waktu majlis kita tu dia datang.. husband jemput Cikgu Daud dengan pengetua pun datang waktu tu.. semua terkejut bila husband bagi kad kahwin kita waktu tu." kata Azri Amsyar.
Masih terngiang ngiang usikkan rakan rakan gurunya ketika menyerahkan kad perkahwinan mereka.
"ouh patutlah sayang nampak ada pengetua waktu tu sayang ingat pengetua kawan Mak" NurNazlyna menjarakkan sedikit wajahnya dari dada Azri Amsyar.
NurNazlyna suka dengan Bau haruman yang semula jadi pada tubuh Azri Amsyar itu.
"husband yang jemput sebab Mak suruh" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya mengangguk sahaja.
"oh, Hah Cikgu Fatimah cerita apa pasal sayang dekat husband... sebab sayang rasa lepas jerw sayang terlanggar husband waktu tu sayang terus tak datang sekolah 2 minggu.. lepas sayang nak pergi sekolah tiba terserempak dengan husband erh kejap baru sayang teringat macam mana husband boleh jumpa sayang erk dekat bawah block??"soal NurNazlyna pelik.
"erh husband tak cerita lagi ke?" soal Azri Amsyar memandang isterinya. NurNazlyna menggeleng kepala.
"hmm husband sebenarnya kebetulan lalu situ. sebab husband lupa jalan untuk ke sekolah.. jadi husband on lah waze tengok tengok jalan tu tiba tiba ada dekat kawasan rumah sayang... lepas tu husband betulkan tiba husband nampak sayang tengah tunggu van erk waktu tu??"soal Azri Amsyat. NurNazlyna hanya mengangguk.
"terteleng teleng kepala cari orang tu yang husband datang tu"usiknya.
"oh... lepas tu balik dari sekolah tiba tiba nak marah marah orang.. dah lah orang hampir kene langgar dengan Kereta" memuncung bibir NurNazlyna.
"alah sorry lah husband tak sengaja sebab ya lah, husband ingat nak ajak balik sama sama.. nak berkenalan.. sekali tengok tengok orang tu selamba naik kereta dengan lelaki lain" Azri Amsyar menjeling.
"hish tu Faruq lah Faruq kan dengan Farah apalah husband ni" kata NurNazlyna dan membetul posisi baringnya.
"okey sayang nak tahu apa yang cikgu Fatimah cerita pasal sayang?"soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk teruja.
"Cikgu Fatimah cakap yang sayang dan kawan kawan sayang ni nak sangat suka cari pasal dengan orang tapi dia ada kata juga yang kerja sekolah tak pernah tak siap selalu siap... kalau tak siap pon mesti ada sebab dan alasan yang kukuh" Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
"lepas tu dia kata lagi sayang ni nampak jerw garang tapi kalau di tegur atau di tengking dengan Cikgu mesti sayang yang nangis dulu... husband gelak jerw lah apa yang cikgu Fatimah cakap... bak kata angah saya ni keras kepala tapi hati tisu lembut jerw" sambungnya lagi.
"then tu jerw takkan lah sebab tu jerw husband boleh jatuh cinta dengan sayang?" soal NurNazlyna menjungkitkan keningnya.
"okey sayang nak tahu tak hari hari husband cerita dekat Mak pasal sayang tau.. one day saya solat istighara malam tu muncul sayang dalam mimpi saya... husband selalu nafikan benda tu. Tapi senyuman sayang selalu terngiang ngiang dekat kepala," Kata Azri Amsyar.
Teringat dia waktu di menceritakan perkenalan dia dan NurNazlyna pada Datin Maznah.
"hmm husband boleh tak sayang nak tanya lagi?" soal NurNazlyna.
"apa lagi sayang dah lewat ni... awak tu sakit kata nak keluar hospital awal" kata Azri Amsyar dan mencubit pipi NurNazlyna.
Tersengih NurNazlyna.
"lain kalilah sayang tanya jom tidur sayang mengantuk lah bila husband peluk sayang macam ni" kata NurNazlyna dan mebalas pelukkan Azri Amsyar.
"night bidadari..." kata Azri Amsyar.
"night doktor" usik NurNazlyna.
Azri Amsyar menjarakkan wajahnya memandang sengihan NurNazlyna.
"okey okey tak sayang gurau jerw night husband" kata NurNazlyna dan mengusap wajah Azri Amsyar dengan penuh kasih sayang.
"nakal erk sayang ni suka goda orang" Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
Selepas itu mata mereka makin lama makin layu.. dan mereka berdua tidur menemanikan dengan malam yang indah dan bunyi air hujan yang jatuh membasahi bumi.


BEBERAPA MINGGU SELEPAS nurNazlyna berada di hospital rutin harian NurNazlyna dan Azri Amsyar menjadi seperti biasa. Mereka akan pergi ke kerja dan menghantar Najwa ke tadika.
Alhamdulillah Sekarang NurNazlyna telah mendapat tawaran sambung berlajar di pahang. Agak jauh dari keluarga. NurNazlyna tidak memberi tahu pada Azri Amsyar tentang tawaranya itu. Mungkin pada malam ini dia akan memberi tahu.
NurNazlyna duduk bersimpul di atas katil sementara menunggu sang suami masuk ke bilik. Dia memandang sampul surat itu tersenyum suka dia.
Pintu kamar terbuka terlihat Azri Amsyar yang memakai seluar track shoot dan bersinglet berjalan ke arahnya.
"husband" panggil NurNazlyna manja.
Tertelan air liur Azri Amsyar mendengar suara manja sang isteri. sungguh dia terkejut dengan panggilan isterinya saat itu.
"ya sayang ada apa?" soal Azri Amsyar dan duduk di sebelah.
"hmm kalau saya minta sesuatu awak bagi tak?" soal NurNazlyna.
"hurm" Azri Amsyar memeluk tubuh duduk di sebelah NurNazlyna.
"kalau husband bagi saya pon ada special gift for you to night" Bisik nurNazlyna.
"sayang jangan nak goda husband erk.. petang tadikan kita dah takkan nak lagi" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna faham dengan bicara suaminya menjeling tajam ke arah sang suami. Teringat dia pada petang tadi selepas dia mandi tiba tiba Azri Amsyar menariknya dan berlakulah aksi pada petang itu.
NurNazlyna menggeleng kepala.
"hish apa husband ni ke situ pula...." rungut NurNazlyna.
"habis tu awak nak apa?" soal Suaminy dan memadang ke arahnya.
"saya dah dapat tawaran sambung belajar" NurNazlyna berkata teruja.
"that's good... dekat mana sini husband tolong daftarkan" kata Azri Amsyar meminta surat di tangan NurNazlyna.
"janji jangan marah" kata NurNazlyna dan menunjukkan jari kelingkingnya.
"take it of limit" Azri Amsyar memeluk tubuh dan memandang wajah sang isteri.
"Pahang" kata NurNazlyna dan menutup matanya.
"what?!" soal Azri Amsyar terkejut.
NurNazlyna mengangguk dan memandang Azri Amsyar.
"alah sayang jauhnya" kata Azri Amsyar masih terkejut dengan jawapan sang isteri.
"kenapa tak boleh ke?" soal NurNazlyna gundah.
"bukan tak boleh sayang, boleh tapi awak haih" Azri Amsyar memegang pelipisnya.
"kenapa? takut saya mengandung?" soal NurNazlyna.
Azri amsyar memandang NurNazlyna dengan pandangan sayu. NurNazlyna seperti faham dengan jawapan suaminya pantas memusingkan badannya menghadap Azri amsyar.
"dengar okey kalau betul saya mengandung.. saya janji dengan awak yang saya akan jaga baby kita elok elok... then awak duduk sini cari rezeki for me and Najwa okey?" NurNazlyna memegang kedua tangan Azri Amsyar.
"kalau saya tak benarkan awak pergi... awak belajar dekat sini jerw... saya risau dengan keselamatan awak sayang" Azri Amsyar memegang pipi NurNazlyna.
NurNazlyna berdecit. Sungguh hatinya pun tidak sanggu mahu berjauhan dengan sang suami tapi dia hendak pergi juga dengan tawaran itu.
"husband juga yang cakap nak saya sambung belajarkan" kata NurNazlyna.
"memang saya nak awak sambung belajar tapi bukannya jauh sampai ke pahang sana tu..." kata Azri amsyar.
"okey macam kalau awak rindu awak boleh datang sana everytime you want husband..." cadang NurNazlyna.
"bila awak kene pergi?"soal Azri Amsyar.
"lusa rasanya saya pergi dengan kawan kawan saya Farah,Kinah dengan Rania. Sebab kebetulan mereka pun dapat kolej yang sama" kata NurNazlyna.
Teruja Mereka semua apabila dapat tahu tawaran yang idam idamkan tepat dengan masanya.
"saya hantar erk?" Soal Azri Amsyar
"bukan ke awak kerja... takkan extend lagi jadual" kata NurNazlyna
"alah awak cancelkan jerw segala temu janji saya dengan dato ke apa ke kalau dia orang tanya cakap jerw saya tak sihat... jadi saya nak rehat dekat rumah dengan awak..." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng kepala.
"hmm kalau macam tu tak jadilah saya nak jadi anak dara sekejap" NurNazlyna sengaja mengusik Suaminya.
"tak payah anak dara sangat awak tu isteri orang, your body is mine jangan mengada erk" kata Azri Amsyar.
"saya gurau jerw... nanti nak bawa Najwa ke?" soal NurNazlyna.
"of course lah saya bawa... tapi mungkin nanti Saya akan tinggalkan Najwa dekat rumah Mak atau ibu rasanya" kata Azri Amsyar
"okey saya tak kesah.. sorry husband sebab kena tinggalkan awak berjauhan macam ni" kata NurNazlyna dan memegang pipi Azri amsyar
"its okey sayang i know you..."kata Azri Amsyar.
"jom tidur" ajak NurNazlyna.
"alah awal lagi.. sayanggg.." panggil Azri Amsyar meleret. Setelah memandang NurNazlyna yang sudah membaringkan tubuhnya.
"saya nak tidurlah" kata NurNazlyna perlahan.
"kenapa awak sexy sangat malam ni tak pernah pun pakai buju satin nipis ni" kata Azri Amsyar.
"kenapa pula tak boleh ke?"soal NurNazlyna.
"awak ni selalu goda saya" kata Azri Amsyar.
"taknak lah" kata NurNazlyna dan menolak tangan Azri Amsyar bila tangan itu mula merayap ke seluruh wajahnya.
"malam ni malam apa ya?" soal Azri Amsyar dengan penuh menggoda. Pakai Isterinya itu pada malam itu sungguh menggoda Nafsu batinnya.
NurNazlyna hanya tersenyum dia hanya membiarkan sahaja apa yang di buat oleh Azri Amsyar terhadapanya. Sekali lagi dia menyerahkan dan melaksanakan haknya sebagai seorang isteri terhadap suaminya.

MEREKA BEREMPAT bertolaka berasingan dan menaiki kereta masing masing. NurNazlyna sudah di maklumkan terlebih dahu pada yang dia akan bergerak bersama suaminya dan anakanya. Rania,Kinah dan Farah tidak membantah malah faham dengan tanggungjawab kawannya itu.
"babe lama tunggu?" soal NurNazlyna. Dia membuka tingkap keretanya.
Mereka berempat akan duduk di rumah sewa atas permintaan masing masing. Hihihihi nak privacy bak kata omputeh.
"baru jerw sampai dekat sini tunggu Rania dengan Kinah tak sampai lagi" kata Farah.
"teacher Farah i miss you" kata Najwa dari berlakang.
"erh dia pon ada i miss you to" kata Farah sambil mencubit pipi Najwa.
Selepas Farah mendapat tawaran sambung belajar, Farah berhenti kerja sebagai Cikgu beberapa minggu lepas. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Anak murid kesayangannya ini.
"macam mana Teacher Murni ajar best tak?" soal farah.
Najwa membuat muka kepada Farah.
"tak best" kata Najwa dan mencebirkan bibirnya.
Tergelak mereka.
Sementara menunggu Rania dan Syakinah sampai Farah meminta izin untuk membawa Najwa pergi membeli makanan ringan di kedai yang berdekatan.
NurNazlyna duduk di dalam kereta bersama dengan Azri Amsyar. Wajah sayu Azri Amsyar di pandang sungguh dia kasihan melihat suaminya.
Baru sahaja mereka mahu mengecapi bahagia tiba NurNazlyna pula mendapat Tawaran sambung belajar di Pahang
"sayang are you serious??" soal Azri Amsyar.
"yes why?" NurNazlyna memandang wajah suaminya yang muram dari mula perjalanan. pegangan tangan mereka tidak terlepas walau sekejap.
"nanti Husband rindu macam mana?" soal Azri Amsyar sebak. Entah kenapa perasaanya menjadi seperti budak budak ketika ini. Dia mahu bermanja dengan sang isteri.
"nanti kalau husband rindu datanglah kolej jumpa sayang tak pun ambik sayang dekat rumah sewa" kata NurNazlyna sambil mengusap wajah suaminya.
Azri Amsyar berdecit.
"husband ni Najwa pun tak macam husband tau.... hish" NurNazlyna mencuit hidung Azri Amsyar dan tersenyum.
"baru nak bawa honeymoon" kata Azri Amsyar.
"hari hari kita honeymoon dekat rumah Husband takkan tak cukup" kata NurNazlyna.
"masa saya dengan awak memang tak akan pernah cukup tau.. kecuali bila saya tak ada nanti" kata Azri Amsyar sayu. Dia memandang di hadapan.
"kenapa husband cakap macam tu... ni yang tak suka ni" NurNazlyna memeluk tubuhnya merajuk dengan kata kata suaminya itu tadi.
"okey sorry sayang husband tak akan cakap macam tu lagi" kata Azri Amsyar setelah perasan dengan sikap amarah si isteri.
NurNazlyna masih memandang di luar.
"tak nak lah merajuk macam ni.... nanti saya rindu dengan awak macam mana" kata Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna
Farah yang memandang kemesraan sahabatnya dari jauh itu tersuing senyuman di bibir. 'alhamdulilla kau bahagia juga Naz'gumam Farah. Dia membawa Najwa masuk ke dalam keretanya bagi memberi ruang kepada pasangan sejoli itu.
NurNazlyna mengucup tangan Azri Amsyar dengan senyuman yang manis.
"ingat tau nanti video call kalau tak... time tu juga saya datang" kata Azri Amsyar.
"ya" Jawab NurNazlyna.
"pihak kolej dah tahu status awak apa?" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"dah kan awak yang isikan borang saya hari tu" kata Nurnazlyna mengerutkan dahinya.
"lupa lah sayang." Azri Amsyar membetulkan koler bajunya.
"dah tua memanglah" usik NurNazlyna.
"amboi sedap mulut ajakan" Tergelak NurNazlyna apabila Azri amsyar mula menggeleteknya. sehingga terduduk menyangkung dia.
"nanti kalau sakit ke apa bagitahu" pesan azri Amsyar risau. Setelah mereka tiba di rumah sewanya beberapa jam yang lalu
NurNazlyna seperti faham dengan maksud di sebalik pesanan suaminya itu pantas mengangguk
"don't worry husband... saya faham kalau ada rezeki adalah okey" kata NurNazlyna.
"umi take care" kata Najwa sambil memakan lebihan Ais krimnya
Sempat di ketiduran di dalam kereta Farah sementara menunggu umi dan walidnya berbincang. kata Farah kepadanya sebentar tadi.
"ya sayang umi take care Najwa jangan nakal nakal okey duduk dengan walid dekat rumah" kata NurNazlyna kemudian menggosok kepala anaknya.
"saya balik dulu erk jangan nakal nakal tau" azri Amsyar mencuit hidung sang isterinya
sungguh sayu hatinya mahu berjauhan dengan isteri buat kali pertama. Air Mata Nur Nazlyna jatuh di pipi dan tersenyum memandang Azri Amsyar di hadapannya.
"erh sayang kenapa sayang pula yang menangis ni?" soal Azri Amsyar.
Tergelak mereka berdua. Najwa yang melihat ibu dan bapanya sedang berbual pantas masuk kembali ke dalam untuk memberitahu wartawan wartawan yang tidak bertauliah siapa lagi kalau bukan, Farah,Rania dan Kinah.
Syakinah sudah siap sedia dengan telefon bimbitnya untuk merakam apa yang di buat oleh sahabatnya itu di luar rumah bersama dengan suami.
"hish susahlah husband nak lepaskan macam ni" usik Azri Amsyar.
"sorry husband" tutur NurNazlyna.
"why??" soal Azri Amsyar dan mengelap air mata NurNazlyna yang mengalir deras.
"sebab sayang seksa husband tanggung rindu" NurNzlyna memeluk Azri Amsyar.
"kita sama sama akan tanggung sayang..its okey tak lama sekejap jerw.. sayang duduk sinikan hanya 7 ke 8 bulan lepas tu nanti praktikal..." pujuk Azri Amsyar.
"kalau Tania datang jangan layan dia erk"Jeling NurNazlyna tajam ke arah suaminya.
"tengoklah siapa suruh yang nak duduk jauh dari suami sendiri" perli Azri Amsyar.
"tengok tu.... husband jangan macam kereta banyak ni... Rania ada kereta Farah ada kereta lesen pon sayang bawa tu... jangan macam macam kang sayang lari jauh dari husband baru tahu" ugut NurNazlyna.
"okey okey tak ya sayang husband akan jaga mata jaga hati sayang dekat sana dan sayang pun sama jaga mata jaga hati untuk husband okey??" Soal azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk setuju.
"kalau macam tu tak mo nangis macam ni" kataAzri Amsyar.
"janji kalau rindu datang sini balik??"soal NurNazlyna.
"insyaallah sayang" Azri Amsyar mencium dahi NurNazlyna.
"dah okey.. Najwa jom kita balik" panggil Azri amsyar.
Najwa menyalam tangan semua sahabat sahabat NurNazlyna dia amat rapat dengan mereka walaupun pada mula sangat tak suka dengan kegarangan mereka tetapi sekejap sahaja.
Najwa menarik NurNazlyna suruh menunduk dan membisikkan sesuati di terlinga NurNazlyna. Tersenyum dengan bisikkan sang anak.
"apa apa sahajalah anak walid ni" Azri Amsyar bermain dengan rambut Najwa.
NurNazlyna membisikkan sesuatu pada telinga Azri amsyar. Azri Amsyar turut tersenyum dan menggeleng kepala melihat Najwa.
"i love you all" kata Azri Amsyar.
Azri Amsyar masuk ke arah pemandu dan NurNazlyna membuka pintu dia arah penumpang untuk mengarah Najwa masuk.
NurNazlyna memakaikan tali pinggang kaledar pada Najwa. Selepas itu mata mereka berdua bertentangan NurNazlyna seperti Faham dengan Maksud Azri Amsyar mengisyaratkan ada Najwa di sebelahnya.
"Najwa tutup mata" Arah Azri Amsyar.
"kenapa?" soal Najwa pelik.
Selepas itu Azri Amsyar tidak menjawab soal Najwa itu tadi dia terus menutup mata Najwa dengan tapak tanganya dan menarik NurNazlyna.
cupp....
Terkelu NurNazlyna melihat pelakuan suaminya itu. Dia tiadaj membantah.
"lamanya" kata Najwa.
Ciuman mereka di jarakkan dan NurNazlyna dengan nakalnya di mencium pipi Azri Amsyar dan berlari masuk kedalam rumah . Berona merah wajahnya ketika itu.
NurNazlyna bersandar di sebalik pintu dan menarik nafas panjang. Dia melihat Rania, Farah dan Kinah sedang pandang ke arahnya sambil tersenyum nakal.
"sempat kau bercium erk" usik Rania.
"mana ada kau ni mandai jerw" NurNazlyna menafikan perbuatannya.
"hmm nampak gayanya kita dapat anak angkat setahun sekali lah"usik Farah pula
Mereka bertiga tergelak suka. NurNazlyna duduk di sofa yang di mana mereka duduk.
"so malam ni kita nak masak apa?" soal syakinah menjungkitkan keningnya.
"makan luar lah kita naik satu kereta jerw" cadang Farah.
"aku okey jerw tak kesah" kata Rania
"kau macam mana Naz okey?" soal Farah.
NurNazlyna yang masih duduk termenung menghadap televisyen itu terkebil kebil memandang ke arah Farah dan yang lain lain.
"takkan husband baru balik kau dah rindu"Rania berkata dengan nada usikkan.
NurNazlyna pantas mengambil bantas di sofanya dan balin ke arah Rania tetapi tidak tepat lain yang di sasarkan, bantal itu terkena tepat pada Wajah Farah.
Mereka bertiga tergelak Farah yang masih geram dengan gelakkannya.
NurNazlyna dan Rania memandang sesama sendiri dan mereka bertiga berlari naik ke atas. Farah mengejar meraka tetapi tidak dapat.
Pada petang itu mereka berlari lari di dalam rumah.

05.02.21
BERSAMBUNG

berjumpa lgi kita hihihihi... happy read guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience