BAB 41

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

MALAM ITU selepas solat maghrib dan isyak berjemaah NurNazlyna dan Azri Amsyar duduk di bilik sambil melayan perasaan. Najwa pula pergi bermain dengan Aulia dan Asfa di bilik sebelah.
Najwa kalau sudah dapat jumpa dengan sepupu di dua orang itu bukan main lagi dia kalau boleh tidur pun dah tak nak. NurNazlyna memandang Azri Amsyar masih diam.
"husband" panggil NurNazlyna.
"ya sayang ada apa??" soal Azri Amsyar di sebelahnya
"kenapa diam jerw dari tadi sayang ada buat salah apa apa ke??" soal NurNazlyna pelik.
Mula dari petang tadi lagi Azri Amsyar mendiamkan diri. Setahunya dia tidak ada berbuat salah apa apa pun.
"sayang kenal zakuan sejak bila??" soal Azri Amsyar dan memandang NurNazlyna dengan wajah yang cemberut mungkin kerana cemburu.
NurNazlyna sudah mengagak bahawa Azri Amsyar cemburu bila melihatnya bersama dengan zakuan petang tadi. Tersenyum dia melihat Azri Amsyar yang sedang memandangnya.
"hish orang tanya ni jawablah"kata Azri Amsyar sambil mencubit pipi NurNazlyna dengan kuat.
"okey okey nak jawablah ni... sakit tahu tak" kata NurNazlyna sambil menggosok pipinya.
"sayang kenal di masa sayang umur 13 tahun waktu tu dia umur 15 tahun"jawab NurNazlyna .
"kenapa cemburu erh" usik NurNazlyna dan sengaja mencucuk pipi Azri Amsyar.
"tak ada. mana ada husband tanya jerw" nafi azri Amsyar.
"halah halah ya lah tu... husband jangan risau sayang dengan Zakuan tak ada apa apa pun sayang cuma anggap di kawan sayang itu sahaja"kata NurNazlyna sambil mengusap wajah Azri Amsyar.
Azri Amsyar meletakkan kepalanya di peha NurNazlyna dan berbaring sambil memandang perut NurNazlyna.
Secara automatik Tangan NurNazlyna mengusap rambut Azri Amsyar dengan lembut sekali.
"hmm sayang nak makan apa apa tak??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng.
"tapi sayang nak pergi jalan jalan lah jom husband kita jalan jalan dekat dataran melaka." ajak NurNazlyna.
"dah malam sayang nanti ibu marah macam mana" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"jom lah husband dapat sayang makan asam pedas melaka sekali"kata NurNazlyna sambil mengusap rambut Azru Amsyar yang lebat. Tangan sebelahnya bermain di dada Azri Amsyar.
"tapi Najwa macam mana??" soal Azri Amsyar.
"kalau Najwa nak ikut bawa lah sekali..."kata NurNazlyna.
Azri Amsyar bangun untuk bersiap sempat dia mencium pipi NurNazlyna sekilas.
"dapat upah tak??" soal Azri Amsyar sambil mengambil bajunya di dalam laguage.
NurNazlyna meletakkan jari di dagu seperti sedang berfikir.
"kene fikir dulu" kata NurNazlyna dan tersenyum sambil memamdang Azri Amsyar yang sedang memakai baju.
Mereka berdua bersiap seketika. NurNazlyna keluar dari bilik selepas siap memakai tudung bewarna baby pink besertakan baju tshirt hitam berlengan panjang dan berkain hitam.
Dia masuk mengetuk pintu bilik Nazrim dan Sufia di sebelah biliknya. sahaja Najwa bermain di situ. Selepas mendengar arahan Nazrim menyuruh buka NurNazlyna buka.
"wey aku nak pergi dataran jalan jalan" kata NurNazlyna. Belum sempat Nazrim membalas.
Aulia,Asfa dan Najwa berlari mendapatkannya.
"Nak ikut" kata mereka serentak.
Nazrim menggeleng kepala.
"tak sempat nak bercakap ada sahaja budak budak ini" geleng sufia.
Tergelak Nurnazlyna mendengar bebelan Sufia.
"sekejap acu nak cakap dengan ayah dulu. Najwa pergi dekat walid pakai baju lengan panjang takut ada nyamuk" kata NurNazlyna.
"kejap erk kakak Aulia. Wawa nak pergi tukar baju." kata Najwa dan berlari berjalan ke arah Azri Amsyar yang sedang bersiap.
"aku nak makan asam pedaslah ngah... "kata NurNazlyna.
Kecur liurnya apabila terbayang lauk Asam pedas ikan yang ada di situ.
"ouh hah ya lah... orang mengandungkan" usik Sufia.
NurNazlyna tergelak.
"aku bawa budak budak sekali okey..." kata NurNazlyna.
"tak apa ke ni??" soal Nazrim.
"tak apalah aku pergi jalan jalan melaka sahaja" kata NurNazlyna sambil memandang wajah kedua anak buahnya yang muram.
"hah ya lah" kata Nazrim.
Terus bersorak keriangan anak anak itu.
"shh orang tidur"tegur NurNazlyna.
NurNazlyna duduk di ruang tamu sambil mengusap perutnya. lenguh pinggangnya.
"erh adik nak pergi mana malam malam ni??" tegur Puan Rose sambil membawa segelas susu.
"hmm nak keluar pergi dataran dengan Azri orang teringin nak makan Asam pedaslah ibu" kata NurNazlyna.
Puan Rose mengambil tempat di sebelah NurNazlyna.
"kenapa tak cakap boleh ibu buatkan"kata Puan Rose.
"tak apalah ibu dapat orang jalan jalan sekali nanti... ni susu tu untuk sapa??" NurNazlyna menunjukkan ke arah segelas susu yang di pegang.
"hmm susu ni untuk kamu lah Ibu ingat adik dah nak tidur" kata Puan Rose.
"tak nak lah ibu tak sedap"tolak NurNazlyna.
"ni perisa mangga lah"kata Puan Rose dan memberikan susu itu kepada NurNazlyna.
NurNazlyna minum sampai habis.
"sedaplah ibu" kata NurNazlyna.
"sayang dah jom"ajak Azri Amsyar.
Serentak itu NurNazlyna dan Puan Rose memandang ke arah Azri amsyar dan Najwa.
"adik bawa budak budak ke?" soal Puan Rose.
Nurnazlyna mengangguk.
"alah tak apalah ibu budak budak ni nak ikut bukan selalu orang pergi" kata Nurnazlyna.
Puan Rose hanya mengangguk sahaja.
Selepas itu NurNazlyna naik kereta bersama dengan budak budak, Azri Amsyar juga masuk ke dalam kereta.

DI DALAM kereta bunyi bising dengan celoteh budak budak. Suka NurNazlyna mendengar cerita dari Asfa dan Aulia itu. Najwa pun apa kurangnya tidak boleh beralah dengan Asfa ada sahaja gaduh mereka.
Mereka sampai di dataran melihat orang orang di situ. ada yang sedang seronok melayan anak anak sama seperti mereka berdua. Ada yang sedang berjalan bersama di dataran.
Mungkin malam minggu jadi mereka akan bersama sama meluangkan masa bersama keluarga dan pasangan.Mereka duduk di kerusi yang tersedia di situ. Sambil melihat Najwa, Aulia dan Asfa bermain kejar kejar.
"husband penat ke??"soal NurNazlyna. Maklumlah mereka dari tengah hari bawa ke malam tidak berehat kerana mengemas rumah untuk majlis.
"mana adalah husband okey jerw sayang... suka husband tengok budak budak tu main lari lari"kata Azri Amsyar sambil melihat kanak kanak itu berlari di dataran.
Di situ ada juga menjual permainan permainan seperti belun air, aktiviti berbasikal dan macam macam lagilah.
Hanya budak budak sahaja yang Azri Amsyar sewakan untuk aktiviti berbasikal. Memandang keadaan NurNazlyna yang tidak berapa nak stabil dan lagipun Nurnazlyna tidak tahu menunggang basikal.
Selepas penat berbasikal, mereka berdua masuk ke dalam mall. Untuk mencari kedai makan,walaupun mereka sudah makan di rumah tetapi Nurnazlyna ingin mencari asam pedas melaka.
Sampai di satu kedai makan NurNazlyna duduk di kerusi dan merek memesan makanan. Sementara Menunggu NurNazlyna NurNazlyna memandang Azri Amsyar sambil tersenyum.
"hmm acu boleh tak nanti kita pergi lagi??" soal Aulia.
NurNazlyna mengusap kepala Aulia dengan lembut. Peluh peluh di buatnya.
"boleh sayang insyaallah" kata NurNazlyna.
Setelah beberapa minit menunggu makanan sampai. NurNazlyna makan dengan penuh berselera sekali. Nafsu makannya sudah datang.
Habis sahaja mereka makan Azri Amsyar membawa mereka berjalan ke dalam mall. Saja cuci mata.
NurNazlyna memandang ke arah kedai kasut yang menjual pelbagai jenis hight hills. Dia berjalan ke arah depan kasut itu. Banyak kasut bertumit tersusun di hadapan kedai itu.
"sayang"tegur Azri Amsyar.
"husband boleh tak kalau sayang nak beli kasut ni" NurNazlyna tunjuk kasut bertumit tinggi yang berukuran 9 inci kepada Azri Amsyar.
Terbeliak Azri Amsyar
"hmm tak boleh tapi kalau yang ni boleh" Azri Amsyar mengambil kasut sandal yang tidak bertumit kepada NurNazlyna.
"alah yang ni macam makcik makcik" kata NurNazlyna.
"okey lah tu tengok sayang pun dah macam makcik makcik" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang tajam ke arah Azri Amsyar.
"okey okey tak husband gurau jerw... taknak lah sayang nanti lepas bersalin sayang cakaplah nak kasut berapa inci husband belikan... promise"Azri Amsyar sambil membuat jari kelinkingnya.
"ingat erk husband dah janji" kata NurNazlyna.
"ya sayang" Azri Amsyar merangkul pinggang NurNazlyna.
Mereka pun berlalu pergi dari kedai kasut itu. Apabila sudah puas berpusing dan membeli beberapa helai tshirt untuk mereka berdua dan Budak budak.

JAM SUDAHmenunjukkan pukul 11 malam.NurNazlyna memandang Azri Amsyar dia berasa Kasihan melihat suaminya kerana melayan karenah dia dari pagi hingga ke malam.
Masuk sahaja di rumah NurNazlyna memandang ke arah ruang tamu. Dia sangakan ibunya atau Puan Saada tetapi bukan. Itu adalah Puan Sarifa sedang menonton televisyen sambil memeluk tubuh.
NurNazlyna sudah menghantar Aulia dan Asfa ke dalam bilik ibu bapa mereka. Najwa mengikut Azri Amsyar masuk ke dalam bilik.
"hmm husband masuk dululah sayang nak pergi ruang tamu depan kejap" kata NurNazlyna.
"nak husband teman ke??" soal Azri Amsyar.
"erh tak apalah sayang pergi kejap jerw" kata NurNazlyna.
NurNazlyna berjalan ke ruang tamu. Dia duduk di sofa yang tersedia di situ.
"Assalammualaikum mama.. tak tidur lagi... layan cerita apa ni ma?" soal Nurnazlyna prihatin.
Puan Sarifah hanya menjeling. Dia menutup televisyen dengan kasar. Selepas itu masuk ke dalam bilik dan meghempaskan pintu. Terhinjut bahu NurNazlyna.
NurNazlyna memandang ke arah bilik yang di tidur oleh erra Nazirah dan Rizal.
"yang kau baik sangat pergi tegur kenapa" kata Erra Nazirah sambil membawa botol susu milik humairah.
"aku tegur jerw mana tahu boleh merapatkan silaturrahim" balas NurNazlyna.
"lain kali tak payah tegur orang macam tu dah pergi masuk tidur esok nak bangun pagi nanti lagi penat kau"kata Erra Nazirah dan berlalu pergi ke dapur.
NurNazlyna menggeleng kepala melihat perangai kakaknya. Nurnazlyna mahu masuk ke dalam bilik. Tiba tiba.
"ARH!!!" jerit Erra Nazirah dari dapur.
"ya allah, kakak kau kenapa??" soal Nurnazlyna apabila sudah tiba di dapur.
"dek jangan datang sini licin ada air sabun."kata Erra Nazirah.
"kenapa bising bising ni??" soal Nazuwan dari berlakang NurNazlyna.
"wey tolong aku wey aku jatuh ada apa ni licin sakit bontot aku" kata Erra Nazirah.
NurNazlyna ingin membantu tetapi di larang oleh Nazuwan takut dia terjatuh.
Siapa yang menuang air sabun di situ. Hanya bilik Puan Saada dan Bilik Puan Sarifah sahaja yang berdekatan di situ. Puan Rose keluar dari bilik melihata anaknya yang sedang jatuh terduduk.
"ibu ada mop ke dekat sini tadi??" soal Erra Nazirah sambil bangun di bantu oleh Nazuwan.
"tak ada Ibu tadi lepas dak dik keluar terus masuk bilik dengan ayah kamu tidur sampailah ibu dengan kamu menjerit ni hah" kata Puan Rose, dia memegang tangan NurNazlyna supaya NurNazlyna tidak jatuh.
"kau okey tak ni??"soal Nazuwan.
"dah macam nangka busuk aku tengok kau kak" gelak NurNazlyna.
"hish kamu ni dik sempat lagi"kata Puan Rose dan tersenyum.
"erh tak apalah dah dah kemas ni dulu mungkin adalah tu benda yang tumpah dekat sini tadi dah jom kita kemas"kata Azri Amsyar.
Erra Nazirah membuat susu anaknya terlebih dahulu. Selepas itu dia masuk ke dalam bilik mengambil Humairah yang sudah bangun itu. Rizal jangan cakap di terlebih dahulu sudah sampai ke bintang.
Lalu dia bawa ke arah NurNazlyna yang sedang berdiri sambil melihat orang mengemas air sabun itu.
"dek dari kau duduk tercegat sini baik kau bagi humairah ni susu"arah Erra Nazirah.
NurNazlyna mengambil Najwa. kemudian duduk di sofa sambil membawa humairah.
NurNazlyna memberj Humairah susu dengan menggunakan botol. apabila mahu membantu di bantah oleh semua orang di situ.
"sayang acu ni minum susu comel" agah NurNazlyna kepa bayi yang berusia 4 bulan.
Apabila dia mengagah bayi itu perutnya pula rasa tidak sedap.
"haih yang ini kenapa pula tiba tiba rasa tak sedap jerw"kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya.
Sehingga habis susu itu di minum. Nurnazlyna menepuk berlakang Humairah dengan lembut. Sehingga tertidur humairah
Nurnazlyna bangun sambil membawa bayi yang sudah tidur itu. Dia berjalan ke dapur
"hish mak buyong ni suruh jaga anak dia boleh pula jalan jalan erk" kata Sufia.
"ni hah Humairah dah tidur kak ambik anak kau ni.. anak aku yang dekat dalam tu tak tahu apa cerita" kata NurNazlyna.
Humairah bertukar tangan dengan sufia. NurNazlyna memandang Azri Amsyar
"Husband jom" panggil NurNazlyna
Azri amsyar berjalan ke arah NurNazlyna
"ibu adik masuk tidur dulu erk penatlah" kata NurNazlyna.
"hah yalah masuklah dah siap dah pun ni hah" kata Puan Rose dan sambil memandang ke arah wajah anak bongsunya.
NurNazlyna berjalan bersama Azru Amsyar masuk ke dalam bilik. Mereka berdua melihat Najwa yang sudah tidur sambil memeluk ipad miliknya
Nurnazlyna mengambil ipad itu dan meletakkan di dalam beg tangannya. Bilik mereja tidaklah kecik tetapi cuma sederhana besarnya.
"nasib muat katil ni" mata Nurnazlyna. Sambil membuka tudungnya dan selesai menukar baju.
"alhamdulillah"ucap Azri Amsyar
Nurnazlyna duduk berbaring seperti biasa sebelum tidur mereka akan menatap mata antara satu sama lain terlebih dahulu.
"husband rasa siapa yang tuangkan air sabun dekat dapur tadi??" soal nurNazlyna perlahan.
"hmm entahlah biarlah siapa yang tuang pun.. nanti esok lusa kita tahulah siapa yang tuang tu"kata Azri Amsyar.
"hari ni baby walid nakal tak??"soal Azri Amsyar sambil mengusap perut isterinya.
"hmm tak ada pun cuma kalau sayang dukung Humairah mesti dia macam rasa tak sedap jerw perut ni" kata NurNazlyna.
"kan husband dah cakap mesti boy ni" kata Azri Amsyar.
Nurnazlyna menggeleng kepalanya.
"Husband jom tidur esok husband mesti penat kene angkat tu angkat ni... lepas tu esok nak kene ikut ayah pergi masjid lagi jemput orang masjid" kata NurNazlyna sambil mengusap kepala Azri Amsyar.
Lalu selepas Azri Amsyar mencium NurNazlyna. Mereka berdua tidur dengan lena sambil memeluk Najwa di tengah.

PUAN SARIFAH mengutuk dirinya di dalam bilik. Dia melihat suaminya yang sedang lena tidur. Haliza dan suaminya pula tidur berlainan bilik. Bilik mereka terletak di sebelah bilik Nazuwan tidur.
Sebelum ini Halizah dan suami akan tidur di bilik Nurnazlyna dan Azri Amsyar sedang tidur itu tetapi mereka membenarkan Azri Amsyar dan nurNazlyna sahaja tidur di bilik itu.
"haih nak kenakan orang lain... orang lain yang terkena cilake betol.... haih geram aku." Puan Sarifah berkata geram.
Tetapi dalam pada masa yang sama dia berasa takut di ketahui oleh abangnya iaitu Encik Mohammad.
Lalu dia malas mahu berfikir. Dia hanya melelapkan mata sahaja dan tidur.

PAGI ITU bunyi Azan subuh kedengaran dari surau berdekatan dengan kawasan rumah. NurNazlyna mengejut Azri Amsyar yang lena tidurnya.
"husband"kejut NurNazlyna perlahan.
Azri Amsyar bangun sambil menisat misat matanya. Dia sedikit mamai saat itu. Dia sambung berbaring.
"erh Husband bangunlah Azan dah tu" kata NurNzlyna.
Azri Amsyar terus bangun berdiri. Tergelak NurNazlyna. Kain pelekat yang di pakai Azri Amsyar terlucut ke bawah. NurNazlyna menutup mata.
Tiba tiba pintu bilik Nurnazlyna di ketuk. NurNazlyna bangun membuka pintu Figura Encik Mohammad kelihatan sambil memakai kain pelekat
"adik Azri dah bangun??" soal Encik Mohammad.
"dah yah tunggu kejap erk dia nak mandi dulu" kata NurNazlyna.
Encik Mohammad mengangguk dan berlalu ke bilik sebelah untuk mengejutkan Nazrim pula. Tergelak NurNazlyna melihat ayahnya yang macam warden Asrama.
Azri Amsyar keluar dari bilik dan berjalan ke arah dapur. NurNazlyna tunggu di luar sahaja.
"sayang"panggil Amsyar perlahan dari dalam kamar mandi.
"ya husband sayang ada dekat luar ni cepatlah mandi ayah tunggu ni" kata NurNazlyna.
"air ni kenapa sejuk sangat??" soal Azri Amsyar.
"hah itulah biasa sangat pakai water heater tu...mandi jerwlah husaband angah nak mandi juga ni hah" kata NurNazlyna memang kebetulan Nazrim datang ke arah NurNazlyna sambil membawa berus gigi bersama dengan Sufia.
Selepas Azri Amsyar siap mandi.
"hah tu ngah pakailah"kata NurNazlyna sambil memimpin tangan Azri Amsyar.
Sedang mereka berjalan mereka terserempak pula dengan Erra Nazirah bersama dengan Rizal. Akhir sekali barulah dia nampak Nazuwan yang sudah bersiap keluar dari bilik. Kalah Nazri macam ni.
Setelah Azri Amsyar siap memakai baju kurta bersama dengan seluar track shuit. Azri Amsyar keluar dari bilik.
"bye sayang duduk rumah diam diam tau... jaga baby ingat jangan buat kerja berat berat" pesan Azri Amsyar.
"ya allah husband, husband pergi masjid nak solat bukan nak pergi mana" kata nurnazlyna.
Azri Amsyar tersenyum dan mencium dahi NurNazlyna. Sampai sahaja di bibir NurNazlyna menahan.
"janganlah sayang tak gosok gigi lagi" kata NurNazlyna dan menolak Azri amsyar perlahan.
Selepas itu Azri Amsyar mencium perut NurNazlyna dengan lembut dan penuh kasih sayang
"baby jaga umi tau... walid pergi dulu dan Assalammualaikum". Sempat di berzikir di perut NurNazlyna dan berlalu pergi. NurNazlyna tersenyum melihat gelagat suaminya.
Sementara itu NurNazlyna mengusap perutnya.

TENGAH HARI ITU selepas makan tengah hari masing masing mengemas rumah dari dapur hingga ke beranda hadapan rumah.NurNazlyna mengambil tangga di bahagian stor berlakang.
"erh Aleen nak buat apa tangga tu??"soal Halizah.
"Aleen nak cuci kipas tu hah" kata NurNazlyna sambil memegang tangga.
"biarlah dia Liza yang kau sebok tu kenapa" sampuk Puan Sarifah.
"hish Mama ni tak ada biarkan si Aleen ni panjat.. bahayalah" kata Halizah.
"dah dia yang nak buat yang kau sibok ii kenapa" kata Puan sarifah.
"erh sudah sudah tak apa mama kak aleen dah biasa lah panjat panjat ni semua" kata NurNazlyna memandang mereka berdua.
"tah kau ni...." Puan Sarifah memandang Halizah.
NurNazlyna berjalan ke arah
Halizah hanya memandang Puan Sarifah. Puan Sarifah tu tidak tahukah yang sebenarnya Nurnazlyna sekarang ni sudav mengandung dan bukan sepertu dahulu lagi.
Nurnazlyna hanya pergi sambil membawa tangga ke ruang tamu hadapan. Secera kebetulan Nazuwan lalu di situ.
"dek nak buat apa dengan tangga tu??" soal Nazuwan.
"tu kau tak nampak kipas berdaki"kata NurNazlyna.
"kau ni jatuh nanti nak akubbn tolong tak??" soal Nazuwan.
"erh tak apalah kau pergi tolong ayah tebas rumput dekat depan tu." kata NurNazlyna
"kau ni buat aku risau jerw lah tak payah lah turun biar aku buat"kata Nazuwan bila melihat NurNazlyna sudah naik tangga.
"apa bising bising ni??" tegur Puan Rose ketika itu dia tidak nampak lagi NurNazlyna.
Apabila dia memandang sahaja ke arah anaknya yang sudah mahu memanjat tangga itu.
"erh Adik turun turun tak boleh biar dak wan jerw yang buat turun turun" kata Puan Rose risau melihat anaknya yang sudah memanjat tangga.
"apa ibu tak apalah sekejap jerw ibu..."kata NurNazlyna.
"ibu cakap turun dik turun"Puan Rose memegang tangga itu.
Akhirnya Nurnazlyna mengalah dia turun dari tangga itu dengan berhati.
"hish budak ini buat orang risau jerw"bebel Puan Rose
"dah Nazuwan sambung. Adik kalau nak tolong juga pergi tolong kakak dengan kak sue buat doorgift" arah Puan Rose.
NurNazlyna memandang ke arah yang di tunjuk oleh Puan Rose itu.
"hish ya lah nak gemok ambik ni"NurNazlyna menyerahkan sabun dan air kepada Nazuwan.
Tergeleng kepala Puan Rose melihat anaknya itu.
Dalam mereka tidak sedar ada seseorang yang memandang gelagat mereka dengan persaan kebencian.
Nurnazlyna duduk di sebelah Erra Nazirah yang sedang memasukkan yassin ke dalam beg.
"haih dek.. kau kenapa muncung sedepa??" soal Erra Nazirah.
"mana tak muncung sedepanya kak... ada ke dia nak cuci kipas atas tu.. panjat pula tu" sampuk Puan Rose sambil duduk di sebelah NurNazlyna.
"ya allah dek kau ni haih... buat orang kecut perut jerw.."kata Erra Nazirah sambil menggeleng kepala.
Sufia hanya menggeleng kepala.
"adik adik... awak tu dari pagi lagi buat kerja tak berhenti... pagi tadi basuh pinggan buat sarapan lepastu kemas ruang tamu...cuba rehat dulu"bebel sufia pula.
NurNazlyna menarik nafas panjang. Dia hanya membuat doorgift sahaja. Di dalamnya beg itu ada sekeping coklat bar cadbury milk, yassin dan air mineral.
"rilex lah kejap lagi penat rehatlah"kata NurNazlyna selamba.
"ya allah kau ni dah lah kandungan tu tak kuat ada hati nak buat kerja berat berat" kata Erra Nazirah.
NurNazlyna hanya tersenyum sahaja. Dia melihat humairah dj sebelah Erra Nazirah yang sudah terbeliak biji matanya.
"kak bagi aku jagalah humairahlah..tengok dia dah bangun tu" kata NurNazlyna dan bangun berjalan ke arah Humairah.
Puan Rose sudah pergi ke dapur untuk menyiapkan minuman petang. Encik Mohammad dan yang lain lain pula sedang mengemas di luar rumah untuk mendirikan khemah.
Budak budak jangan di tanya,nasib di bawa mainan sekali. Mereka bermain di halaman rumah.
NurNazlyna mendukung Humairah dengan perlahan lahan. Pipi gebu itu di cium berkali kali.
"sayang acu ni dah bangun ya" agah NurNazlyna.
Tersenyum Humairah seperti faham sahaja apa yang di katakan oleh NurNazlyna itu.
"aku bawa masuk bilik arh nak solat asar lepas tu nak baring sekejap sakit pinggang dowh" kata Nurnazlyna.
"hah pergilah berehat. Nanti kalau dah nak siap aku panggil kau.. sebab ni sikit jerw lagi ni... ayah jemput tak ramai pun orang kampung dengan orang surau itu jer"kata erra Nazirah.
NurNazlyna menganggukkan kepala.
NurNazlyna mendukung meletakkan humairah di sebelah erra Nazirah dan dia berlalu ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.
Dia memandang ke arah Puan Rose yang sedang membancuh air teh itu.
"hah dik nak ke mana??" soal Puan Rose.
"orang nak ambik air wuduk ibu nak sembahyang ni..."kata NurNazlyna
"ouh hah elok elok masuk bilik air tu... licin"pesan Puan Rose.
"ya ibu."jawab NurNazlyna dan masuk ke dalam bilik mandi dengan berhati hati.
Puan Rose melihat anaknya yang masuk ke bilik mandi itu risau dia melihatnya.
Selepas selesai Nurnazlyna mengambil wuduk dia keluar dengan langkah yang berhati hati.
NurNazlyna berjalan ke arah Erra Nazirah untuk mengambil Humairah. Dia mendukung Humairah dan bawa masuk ke dalam bilik.
Dia meletakkan Humairah di atas katil dengan penuh berhati hati. Sementara itu dia meletakkan bantal di setiap sisi humairah.
NurNazlyna menunaikan solat fardhu Asar dengan penuh tertib dan kusyuk sekali. Dia betul betul bersyukur dengan apa yang di beri oleh Allah SWT kepadanya dan keluarganya.
Selepas NurNazlyna mengaminkan dia pintu di buka dari luar figura suaminya di pandang. Peluh menitis di dahi kasihan suaminya ini rajin sangat buat kerja.
"Assalammualaikum" kata Azri Amsyar sambil menutup pintu.
"waalaikummussalam"jawab NurNazlyna yang membuka terlekung.
Azri Amsyar terus menerpa ke arah NurNazlyna yang sedang duduk itu. Azri Amsyar memabaringkan kepalanya di peha NurNazlyna.
"penat"adu Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum dan membelai rambut Azri Amsyar dengan lembut. Kasihan dia melihat suaminya yang kepenatan itu.
"husband dah solat asar belum??" soal NurNazlyna. Maklumlah satu hari mereka berdua tidak dapat meluangkan masa bersama.
"dah tadi..."jawab Azri Amsyar.
Mata mereka bertentangan. NurNazlyna semakin lama semakin menunduk Azri Amsyar pula seperti menunggu sahaja. Lagi beberapa inci sahaja jarak mereka berdua. Tiba tiba bunyi Humaira merengek.
NurNazlyna terus menegakkan tububnya sambil malu dan pipi yang memerah.
"Husband bangun sayang nak tengok Najwa"arah NurNazlyna.
Azri Amsyar bangun dari pembaringan. NurNazlyna turut sama mereka berdua duduk di atas katil sambil melihat Humairah.
"Humairah ni kacau walid su dengan acu ya"kata Azri Amsyar dan mencucuk pipi tembam itu.
Tergelak NurNazlyna sambil menepuk nepuk Humairah dengan perlahan dan lembut
"sayang tadi ibu cakap sayang buat kerja banyak erk??" soal Azri Amsyar
"cepat betul ibu bagitahu dekat husband" kata NurNazlyna.
"erh mestilah... haih sayang sayang...janganlah buat kerja berat berat..ingat anak tu sayang..."kata Azri Amsyar sambil menggosok perut NurNazlyna yang terdedah kerana kipas angin.
"hish husband ni gelilah"NurNazlyna menepis tangan Azri Amsyar dengan lembut.
Tergelak Azri Amsyar.
"husband pergilah sambung buat kerja tu"arah NurNazlyna.
"sekejap lagi husband buat sabar kejap... husband penat" kata Azri Amsyar manja.
Tersenyum NurNazlyna.
NurNazlyna menepuk Humairah dengan lembut dia suka melihat kecomelan Humairah.
Pintu di ketuk dari luar. NurNazlyna bangun untuk membukanya. wajah Rizal yang berpeluh kelihatan.
"Aleen Azri mana.. ni ayah suruh pergi kedai depan tu beli skru apa tah naik moto" kata Rizal.
"ouh kejap erk... Husband ayah suruh pergi kedai" kata nurNazlyna
"okey siap"kata Azri Amsyar
"erh Humairah duduk dengan adik ke patutlah abang tengok Maknya bukan main lagi buat kerja dekat bawah"kata Rizal.
NurNazlyna hanya mengangguk.
Selepas Rizal berlalu NurNazlyna masuk ke dalam bilik dan duduk di atas katil.
"husband nak ikut" kata NurNazlyna.
"jom" ajak Azri Amsyar sambil menukar pakaian. Selamat semua bajunya dia bawa dengan lebih.
NurNazlyna teruja dia terus bangun dan memakai kadigen dan tudung. Siap sahaja memakai dia duduk sambil mendukung Humairah
Tiba tiba perutnya berasa senak.
"aduh sakit"kata NurNazlyna dan meletakan Humairah kembali di atas katil.
"sayang okey tak??" soal Azri Amsyar.
"okey cuma perut ni senak bila dukung Humairah... tapi bila dukung baby lain okey jerw"kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya dengan lembut.
"okey dah jom kita pergi" kata NurNazlyna teruja.
Dia terus mendukung Humairah dan berdiri. Mereka berjalan ke arah Erra Nazirah dengan beriringan.
"kak nah ambik ni aku nak keluar jap dengan Azri."kata nurnazlyna sambil mencium pipi humairah berkali kali.
"hah ya lah elok elok jalan tu" pesan erra Nazirah.
Humairah bertukar tangan.
NurNazlyna berlalu mengikut Azri Amsyar dari berlakang.
"umi nak pergi mana??" tegur Najwa yang sedang bermain kejar mengejar dengan Aulia,Asfa dan anak anak Halizah.
"umi keluar sekejao dengan walid sayang duduk rumah jangan nakal nakal"pesan Nurnazlyna, Selepas melihat Najwa hanya mengangguk NurNazlyna terus menaiki moto bersama dengan Azri Amsyar.
"elok elok naik tu sayang"kata Azri amsyar.
NurNazlyna tersenyum sahaja.
Moto yang di tunggang oleh Azri amsyar itu bergerak meninggalkan rumah. NurNazlyna tidak memeluk Azri Amsyar dia hanya memegang bahu sahaja.
Apabila Azri Amsyar menekan minya dan moto itu laju.. NurNazlyna terus memeluk azri amsyar dengan erat.
Tersenyum Azri Amsyar dia sengaja mahu NurNazlyna memeluknya.
"husband ni janganlah bawa laju laju"kata NurNazlyna.
"okey okey" Azri Amsyar memperlahankan km ny.
SAMPAI SAHAJA di kedai Azri Amsyar memberhentikan motonya di hadapan kedai dan dia terus masuk ke dalam. NurNazlyna hanya tunggu di atas moto sahaja.
Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit sahaja tetapi NurNazlyna sengaja membawa Azri Amsyar lalu jalan jauh, jadi perjalanan mengambil masa 20 minit.
"erh Aleen kau buat apa dekat sini??" tegur Zakuan sambil meletakkan motornya di sebelah motor Azri Amsyar dan NurNazlyna.
"teman laki aku beli skru"jawab nurNazlyna dan tersenyum.
"ouh ya ke...haah lah kenduri esok aku lupa dowh selamat aku jumpa kau dekat sini" kata Zakuan.
"erh aku rasa Ayah aku dah jemput orang pagi tadi dekat suraukan??" soal NurNazlyna.
Zakuan mengangguk.
"okey lah kalau macam tu nanti aku ajak mak dengan adik aku sekali" kata Zakuan.
"okey boleh no hal lah.. Zana berlajar dekat mana?" NurNazlyna memandang zakuan.
"dia berlajar dekat kolej komuniti bukit beruang"kata Zakuan.
NurNazlyna hanya mengangguk sahaja.
Zakuan mempunyai seorang adik perempuan yang tua setahun darinya. NurNazlyna dan Zana tidaklah berapa rapat cuma di tidak suka dengan perangai Zana yang suka membanding bandingkan dirinya dengan NurNazlyna.
"Sayang"panggil Azri amsyar sambil merangkul pinggang NurNazlyna.
Terkejut NurNazlyna menepis perlahan perlukkan Azri Amsyar kerana kurang selesa di buat begitu.
"husband janganlah tak nampak ada orang dekat depan ni"kata NurNazlyna perlahan.
Azri Amsyar yang sengaja tidak perasan memandang ke arah Zakuan. Dia tersenyum dan mereka bersalaman.
"okey lah zakuan jumpa esok okey ni mesti bapak bising dekat rumah tu sebab lambat sangat balik"kata NurNazlyna dan membetulkan duduknya.
"kau masih tak reti bawa motor erk??" soal Zakuan.
Nurnazlyna tersenyum memandang Zakuan.
"kau fikir aku macam kau" kata NurNazlyna. Zakuan hanya tersenyum.
Azri Amsyar menghidupkan enjin dan motor berlalu laju meninggalkan kawasan kedai.
Dalam perjalanan Mahu balik ke rumah. NurNazlyna mula pelik apabil Azri Amsyar membawa moto dengan kelajuan yang sangat tinggi.
"husband bawa slow sikit" kata Nurnazlyna di terlinga Azri Amsyar.
Wajah Azri Amsyar di pandang dari cermin kananya. Wajah yang masam mencuka.
"husband berhenti berhenti" arah NurNazlyna sambil memukul bahu Azri Amsyar.
Azri Amsyar tidak menghiraukan dia hanya bawa sahaja moto itu tanpa memperlahankan had kelajuan.
"husband sayang cakap berhentikan...tak sayang dekat anak ke" NurNazlyna mula sebak.
Azri Amsyar mendengar perkataan anak sahaja terus dia memberhentikan motornya di sebelah rumah yang kosong.
"awak ni kenapa?? nak bawa laju tak tentu pasal... tak fikir anak ke??" marah Nurnazlyna dan turun dari moto dengan kasar.
"habis yang awak tu... saya baru tinggalkan awak sekejap dah cakap dengan Zakuan tu kenapa.."kata Azri Amsyar kasar.
Bahasa husband and sayang sudah bertukar menjadi awak saya. Hati NurNazlyna menjadi sakit kembali.
"ya allah awak ni... dia tegur saya, saya tegurlah dia balik tak akan itu pun awak nak cemburu... please lah awak dah besar tak lama lagi awak dah nak jadi bapak orang dah awak"kata NurNazlyna sedikit sayu.
Azri Amsyar mendengar kata kata si isteri sedikit sebanyak dia tersedar dengan perlakuannya.
"dah lah awak kalau macam ni lah perangai awak everytime kita gaduh sebab cemburu baik tak payahlah... ya saya tahu kita sebagai suami isteri berhak cemburu antara satu sama lain.. tapi jangan sebab sikap cemburu awak tu sampai butakan mata dan jiwa awak sendiri" sambung NurNazlyna lagi. Dia sudah penat. Dia sendiri tidak sedar dengan apa yang di perkatakan.
Azri Amsyar tersentak dengan kata kata isterinya sebentar tadi.
"sayang saya..."Azri Amsyar menarik tangan NurNazlyna.
NurNazlyna menepis kasar.
"saya nak balik... dari saya naik moto dengan awak lebih baik saya jalan kaki jerw" NurNazlyna berkata dalam sebak.
NurNazlyna berjalan meninggalkan Azri Amsyar dengan jalan kaki. Dalam sekejap sahaja Azri Amsyar menarik tangan NurNazlyna sehingga terhenti perjalanannya.
"jom jom kita balik...i'm sorry okey" kata Azri Amsyar dan memeluk NurNazlyna.
Mata NurNazlyna mula membahang dan akhirnya air matanya jatuh juga ke pipi.
"shh dah dah i'm sorry okey... saya janji saya tak akan cemburu lagi macam tadi... kalau ada apa apa kita slow talk okey..but please don't leave me" kata Azri Amsyar sambil menggosok badan NurNazlyna dengan lembut.
"Awak asyik janji tapi awak tak tunaikan pun"kata NurNazlyna yang meronta ronta mahu melepaskan perlukkan.
Nurnazlyna membalas perlukan Azri Amsyar.
"saya boleh maafkan awak tapi dengan syarat"ujar NurNazlyna.
"apa dia" Azri Amsyar mengusap wajah NurNazlyna.
"saya nak durian awak kene carikan saya durian.. kalau tak malam ni If not tonight you can't see the baby"kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya yang sudah kelihatan menonjol sedikit.
"again sayang... hari tu sayang dah makan durian but ini lagi sekali" kata Azri Amsyar kurang percaya.
"durian or can't see the baby" tangan NurNazlyna melukis di dada Azri Amsyar.
Azri Amsyar menelan air liurnya yang tiba terasa kelat.
"tak boleh fikir dulu??" soal Azri Amsyar.
"nope... sebab hari ni hari sabtu kaunter pertanyaan tak buka sorry"kata NurNazlyna.
"tapi kalau malam ni tak dapat tengok baby malam esok boleh malam lusa boleh and sekarang pun boleh"usik Azri Amsyar.
Pipi NurNazlyna mula membahang.
Nurnazlyna mengutil perut Azri Amsyar dengan geram.
"sakit lah sayang" kata Azri Amsyar sambil menggosok perutnya.
"cakap lagi macam tu sayang tak kira sayang balik jalan kaki" NurNazlyna memandang Azri Amsyar dengan tajam.
"okey okey tak tak mana boleh biarkan sayang husband ni balik jalan kaki nanti ada orang ngorat husband juga yang susah" kata Azri Amsyar.
"hah kalau macam tu pilihlah nak yang mana??" soal NurNazlyna.
"hmm husband lepas maghrib husband bagitahu sekarang ni sayang jam dah pukul 6.00 petang... kita dah ambik masa 1jam untuk beli 3 bungkus skru jerw... khemah pun dah sampai agaknya jom balik" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahinya sambil memuncungkan bibir dengan secara paksa dia duduk di berlakang tetapi tangannya tidak memeluk suaminya langsung.
"peluk kuat nanti jatuh"tegur Azri Amsyar. Seronok dia melihat wajah kelat si isteri.
NurNazlyna berdecit. Apabila Azri Amsyar memulaskan trotel motonya sevara sengaja.
NurNazlyna terkejut terus sahaja dia memeluk Azri Amsyar dengan erat.
"suka main main"Nurnazlyna memukul bahu Azri Amsyar
Mereka sama sama tergelak. NurNazlyna bukanlah suka merajuk tetapi di cuma kurang suka dengan perangai suaminya yang cemburu buta.
Mereka pernah berjanji tak nak cemburu tetapi manusiakan siapa sahaja yang boleh berubah dalam sekelip mata sahaja.
BERSAMBUNG...

happy read guys... insyaallah bulan ni habis okey;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience