BAB 52

Romance Series 50179

_______________________________________________

BEBERAPA hari selepas itu, Azri Amsyar dan NurNazlyna membawa Najwa pergi ke penjara kajang. Selepas membuat keizinan untuk berjumpa daripada pihak polis.
NurNazlyna memimpin tangan Najwa dan masuk ke dalam. Kali ini mereka dapat berjumpa secara berhadapan.
"Maaf Puan, Puan di benarkan berjumpa hanya 15 minit sahaja ya" kata pegawai polis yang bertugas di situ.
NurNazlyna mengangguk dan tersenyum "terima kasih cik" kata NurNazlyna.
Pegawai polis itu hanya tersenyum sahaja dan berlalu pergi.
"mummy" Najwa berlari ke arah Amani.
"mummy Najwa rindu mummy" Najwa menangis teresak esak di dalam perlukkan Amani.
"Mummy pun rindu Najwa sangat sangat" kata Amani dan menggosok berlakang tubuh anaknya itu.
"Maaf ya kak sebab Lyna dah lama tak bawa amani jumpa dengan akak" kata NurNazlyna meminta maaf.
"erh tak mengapalah Lyna... akak faham Lyna tengah sarat sekarang ni" Amani tersenyum.
NurNazlyna memandang pada wajah amani yang kelihatan lesu dan pucat sahaja.
"akak sihat?" soal NurNazlyna risau.
"akak sihat alhamdulillah...cuma biasalah penat sikit" kata Amani dan tersenyum sumbing.
NurNazlyna tersenyum sahaja.
"Lyna nanti andaikata umur akak tak panjang... akak nak Lyna jaga Najwa baik baik ya" kata Amani dan memegang tangan NurNazlyna.
"apa akak cakap macam ni... kak walaupun Lyna ni tak kenal akak.. tapi Lyna dah anggap yang akak ni sebahagian dari keluarga Lyna sendiri." ujar NurNazlyna.
"akak bukan apa Lyna... manalah tahu akak ni di takdirkan umur akak tak panjangkan..." Amani tersenyum lemah.
Tiba tiba amani batuk di hadapan NurNazlyna.
"kak" tegur NurNazlyna.
"tak apa akak okey..." Amani tersenyum.
"mummy okey??" soal si anak. Najwa juga berasa risau bila melihat ibunya yang kelihatan lemah sahaja wajahnya.
"umi okey sayang..." Amani mengusap wajah Najwa dan mencium Najwa dengan lembut.
"hmm Najwa nanti duduk dengan umi jangan lasak lasak tau... jangan nakal nakal ingat pesan mummy ni... Najwa kene jadi anak yang solehah dekat umi and walid... tak lama lagi dah nak jadi kakak" pesan Amani dan memandang Najwa.
NurNazlyna tersenyum sahaja melihat amani. Entah kenapa di tiba tiba terasa sayu sahaja melihat amani yang kelihatan seperti sedang menahan sakit.
"Maaf Puan masa dah tamat"sampuk pegawai polis itu.
NurNazlyna memandang dan tersenyum sahaja. Sungguh dia merasakan tidak sedap hati dengan kata kata Amanj itu tadi.
"hmm baiklah cik terima kasih" kata NurNazlyna dan tersenyum pada pegawai wanita itu.
"Lyna balik dulu ya kak Assalammualaikum... jaga diri ya" NurNazlyna memeluk tubuh amani.
"baiklah.. Najwa ingat pesan Mummy tau jangan nakal nakal" kata Amani.
Najwa mengangguk.
NurNazlyna hanya melihat sahaja kedua beranak itu berpelukkan.
Tangan amani di gari sekali lagi. Terus Amanj di bawa masuk ke dalam lokap.
Selepas itu, NurNazlyna memimpin tangan Najwa untuk keluar dari situ. Dia melihat Najwa yang sentiasa tersenyum memandang Ibunya.
"Najwa jom kita balik" ajak NurNazlyna.
Najwa mengangguk. Lalu NurNazlyna memimpin tangan Najwa berjalan menuju ke kereta.

DI DALAM kereta. NurNazlyna hanya diam sahaja. Sudah 1 jam mereka berada di atas jalan raya selepas melawat Amani tadi.
Azri Amsyar pelik dia memandang wajah isterinya yang kelihat muran sahaja.
"sayang??" panggil Azri Amsyar sambil memegang tangan isterinya.
"ya husband" NurNazlyna memandang Azri Amsyar di sebelah. Najwa di berlakang sudah tidur
"okey tak??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk perlahan.
"Kenapa nampak sayang tak okey ke??" soal NurNazlyna.
"haah sikit husband nampak sayang ni tak okey sejak dari tadi" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum memandang Suaminya.
"Ada apa apa yang husband tak tahu?? tak nak share ke??" soal Azri Amsyar.
Najwa di berlakang di pandang sekilas.
"hmm tadi kak Amani asyik cakap pasal mati jerw.. sayang risaulah" kata NurNazlyna.
"Alah sayang janganlah risau sangat.. kita husnozon sahaja.." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menarik nafas panjang dan di lepaskan dengan perlahan.
"husband jom pergi cari baju untuk kenduri Kinah... tema dah ada dah... Farah bagi tapi tu untuk sayanglah untuk husband tak tahu warna apa" kata NurNazlyna.
"aikk mak buyong ni sempat lagi ya..nak beranak pun sempat fikir pasal weding orang"kata Azri Amsyar.
"hish tak lah... sayang nak beli baju warna yang Farah cakap tu..."kata NurNazlyna sambil memuncungkan bibirnya.
"alah alah... kiss kang" Azri Amsyar mencuit bibir isterinya.
"janganlah" ujar NurNazlyna menepis tangan Azri Amsyar perlahan.
"huish garangnya" usik Azri Amsyar lagi.
NurNazlyna memeluk tubuh dan menjeling Azri Amsyar
"alah alah okey okey jom kita pergi" Azri Amsyar membelokkan keretanya ke dalam satu mall yang berdekatan di kawasan situ.
"ni butik pengantin nak buat apa??" soal NurNazlyna selepas Azri Amsyar memberhentikan kenderaannya di hadapan butik pengantin.
"kahwin" Azri Amsyar memandang NurNazlyna dan tersenyum.
"Siapa yang nak kahwin??" soal NurNazlyna.
"Husbandlah" jawab Azri Amsyar selamba. Lalu dia keluar dari kereta.
NurNazlyna mengerutkan dahi. Dia mula rasa keliru dengan kata kata Azri Amsyar.
Azri Amsyar membuka pintu kereta di bahagian berlakang dia mendukung Najwa yang sudah lena dari tidur.
Selepas itu, Azri Amsyar membuka pintu dia bahagian NurNazlyna.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar yang sedang mendukung Najwa itu dengan pandangan yang tajam.
"Siapa yang nak kahwin??" soal NurNazlyna sekali lagi.
"ya allah berapa kali Husband nak ulang... husbandlah" kata Azri Amsyar.
"Dengan siapa??" NurNazlyna memeluk tubuh tiba tiba di berasa sedih,marah, kecewa bercampur.
"jom jerwlah" kata Azri Amsyar dan memimpin tangan isterinya.
NurNazlyna hanya mengikut sahaja arahan dari suaminya.
Sampai sahaja di kedai butik itu NurNazlyna duduk di sofa yang tersedia. Perutnya di usap perlahan.
"jadi betullah apa yang saya fikir selama ni??"NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
Azri Amsyar hanya membiarkan sahaja kata kata isterinya lalu di masuk ke dalam untuk mengambil baju yang bersesuaian.
"Ya Encik boleh saya bantu??" soal Wanita yang lingkungan 30 an itu.
"hmm Saya nak cari baju yang simple untuk perempuan yang mengandung warna ni" Azri Amsyar menunjukkan gambar yang ada pada telefon bimbitnya.
"ouh baju ni boleh.. mari ikut saya" arah wanita itu.
Azri Amsyar mengikut sahaja. Terdapat pelbagai jenis baju yang ada pada butik itu. Tetapi Azri Amsyar berkenan dengan satu skirt kembang yang cantik dan elegen.
Azri Amsyar mengambik skirt itu dan di bawakan kepada NurNazlyna. Dia melihat NurNazlyna yang memeluk tubuh dan wajahnya masam mencuka.
"ni cuba sayang try ni dekat feeting room" Azri Amsyar menunjukkan feeting room yang besar di hujung sudut butik.
"tak nak NurNazlyna memeluk tubuh" di hadapan Azri Amsyar.
"now sayang cepat... nanti saya bagitahu awak" Azri Amsyar tersenyum melihat wajah si isteri.
NurNazlyna berdecit, lalu dia mengambil baju yang di beri oleh Azri Amsyar masuk ke dalam feeting room.
"mak ai ni baju untuk apa ni... aku nak pergi kenduri Kinah jerw bukan nak pergi mana pun" Ujar NurNazlyna perlahan.
"Walid awak ni macam macamlah baby...dah lah selalu buat umi terasa hati dengan dia" NurNazlyna menarik nafas panjang dan di lepaskan dengan perlahan.
"sayang lamanya" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menukar pakaian yang di pakai dari rumah kepada pakaian yang cantik kainnya yang kembang.
NurNazlyna membuka langsir dan menunjukkan pada Azri Amsyar.
Tidak berkelip Azri Amsyar melihatnya. Sungguh cantik sekali.
"dah puaskan.. hish dah lah" NurNazlyna menutup langsir itu.
"erh sekejaplah sayang" Azri Amsyar menahan NurNazlyna untuk menutup tirai itu.
"apa lagi yang husband nak??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar memusingkan NurNazlyna di hadapannya.
"okey dah" Azri Amsyar menutup tirai itu.
Azri Amsyar tersenyum melihat kecantikkan si isteri yang penuh bergaya.
Selesai NurNazlyna mencuba baju. NurNazlyna menyerahkan baju itu pada Azri Amsyar. Terus dia keluar dari butik pengantin itu. Dia berjalan melepasi Azri Amsyar.
"hmm nanti apa apa saya call nama butik ni ya" kata Azri Amsyar.
Najwa yang lena tidur di sofa, Azri Amsyar angkat.
"sayang tunggu" panggil Azri Amsyar dan mengejar langkah isterinya yang sudah jauh di hadapan.
Azri Amsyar mencapai tangan NurNazlyna yang sudah hampir.
"hish nak apa" kata NurNazlyna sambil mengelap air matanya perlahan.
"janganlah marah... nanti sayang tahu juga husband akan kahwin dengan siapa" kata Azri Amsyar.
"sampai hati awakkan... awak sedar tak apa yang buat ni... jadi selama ni awak cari saya sampai ke negeri orang lepas tu bawa saya balik sini semata mata untuk ni semua benda ni... jadi betullah sangkaan saya yang awak nak kahwin dengan sarah..."NurNazlyna melepaskan semua apa yang sudah terpendam di hati.
"sayang bukan macam tu dengar dulu..." Azri Amsyar menahan.
Terus nurNazlyna menahan teksi yang kebetulan lalu di situ.
"sayang apa ni... hah jom kita balik" ajak Azri Amsyar.
NurNazlyna menepis.
"saya cuma nak awak ingat satu jerw...sekarang ni saya tengah mengandungkan anak awak bukan anak orang lain" NurNazlyna masuk ke dalam teksi itu.
"pakcik jalan" arah NurNazlyna.
Azri Amsyar meraup wajahnya. Lain yang di rancang lain yang jadi..batul kata ibunya bahawa wanita mengandung ini emosinya sungguh sensitif.

NURNAZLYNA menangis semahu mahunya di dalam tempat duduk berlakang. pemandu teksi itu hanya melihat sahaja dari cermin pandang berlakang.
"Pakcik hantar saya ke seksyen 7 shah alam ya" ujar NurNazlyna.
Pemandu itu mengangguk faham. NurNazlyna mengusap perutnya.
"maafkan umi sayang" kata NurNazlyna perlahan.
"maaf cik hmm tadi tu siapa suami??" soal pemandu teksi itu..
"ya saya tadi itu suami saya dengan anak saya" jawab NurNazlyna.
Pemandu teksi itu tersenyum sahaja.
"pakcik dari mana??" soal NurNazlyna.
"ouh pakcik dari hantar penumpang di area area sini..." jawab Pakcik itu
"cik maafkan pakcik bukan niat nak masuk campur urusan rumah tangga cik cuma... pakcik tengok adik sedang mengandung tak elok selalu bersedih" kata pakcik itu.
NurNazlyna tersenyum.
Selama 1 jam perjalanan NurNazlyna sampai juga di rumah ibu dan ayahnya.
"terima kasih pakcik ini wangnya" NurNazlyna memberikan wang kertas sejumlah RM 100 pada pakcik itu.
"tak apa pakcik ambi sahaja" kata NurNazlyna.
"terima kasih" kata pemandu teksi.
"sama sama" NurNazlyna membuka pintu kereta itu dan berjalan masuk ke dalam rumah.
"Erh adik sorang jerw mana Azri??" soal Puan Rose tidak di hiraukan NurNazlyna naik ke atas.
Puan Rose memandang Encik Mohammad, Encik Mohammad hanya mengangkat bahu sahaja.
Lama selepas itu, Azri Amsyar pula sampai bersama dengan Najwa yang sudah bangun.
"Azri gaduh dengan Lyna ke??" soal Encik Mohammad.
Azri Amsyar hanya mengangguk sahaja.
"sattle kan baik baik.." pesan Encik Mohammad sambil membaca surat khabar.
"insyaallah yah" kata Azri Amsyar dan naik ke atas. Najwa duduk di sebelah atuknya.

NURNAZLYNA yang duduk di atas katil sambil melunjurkan kaki itu di urut kakinya perlahan. Sejak beberapa harini kakinya kerap berasa sakit dan tidak selesa sahaja keadaan perutnya.
Pintu di ketuk dari luar. NurNazlyna menarik nafas panjang.
"masuk jerw pintu tak kunci" kata NurNazlyna yang di sangkakan adalah ibunya yang masuk ke dalam.
Azri Amsyar membuka pintu. Dia melihat isterinya yang sedamg mengurut kaki.
"sayang" panggil Azri Amsyar dan duduk di sebelah NurNazlyna.
NurNazlyna berdecit dan bersandar di kepala katil.
"sayang jangalah macam ni" kata Azri Amsyar dan memegang tangan isterinya dengan lembut.
"macam ni macam mana" NurNazlyna memandang tajam Azri Amsyar.
Azri Amsyar yang melihat wajah sembab si isteri mula rasa bersalah.
Dia rasa sudah tiba masanya untuk dia beritahu perkara yang sebenar kerana tidak mahu isteri menyalah anggap lagi dengannya.
"hmm sayang... okey husband explain"kata Azri Amsyar.
"Explain jerw lah tangan tak payahlah nak jalan jalan" kata NurNazlyna.
"Sayang nak tahu kenapa husband bawa sayang ke butik pengantin tu??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna diam.
"sebab husband nak sayang cuba baju untuk majlis Anneversery kita yang pertama sayang... husband ingat nak suruh sayang pakai baju lama tapi confirm confirm dah tak muat.." kata Azri Amsyar dan memandang wajah isterinya.
"husband ingat nak rahsiakan dengan sayang sebab tu husband bawa sayang ke butik pengantin tu... sayang tak perasan ke majlis Shahril and Kinah beza sehari jerw dengan Anneversery kita..." sambung Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar. Sungguh dia tidak teringat dengan majlis ulang tahun perkahwinan mereka.
"Habis yang husbamd jumpa sarah tu kenapa??" soal NurNazlyna.
"sebab Husband nak buat surprise dekat sayang waktu majlis Kinah and Shahril nanti tapi dah tak jadi" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mula terasa sebak. Kasihan suaminya. NurNazlyna memeluk Azri Amsyar.
"sorry" ucap NurNazlyna di dada bidang Azri Amsyar.
"its okey sayang... husband patutnya bagitahu sayang tentang perjumpaan Sarah tu tapi hmm Mak dah tahu then sayang pula dah tahu..." kata Azri Amsyar dan mengusap kepala NurNazlyna.
"erh Mak tahu??" soal NurNazlyna .
Azri Amsyar mengangguk.
"terpaksa bagitahu sebab kalau tidak Mak pun salah anggap dengan husband tau" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum.
Selepas terus dia memeluk tubuh Azri Amsyar.
"tapi sayang taknaklah bersanding lagi sekali..dengan perutnya taknaklah.." kata NurNazlyna perlahan.
"alah husband dah buat dah semuanya" kata Azri Amsyar
NurNazlyna memuncungkan bibirnya..
"sayang tak nak kita sambut dekat rumah jerw k??" kata NurNazlyna sambil mengusap wajah suaminya dengan perlahan.
"tapi..." Azri Amsyar mengeluh.
"nope husband... sayang tak nak boleh buat tapi bukan dekat majlis orang" kata NurNazlyna.
"siapa kata kita buat dekat majlis orang... kita buat dekat majlis kitalah.. kita jemput orang orang yang kita kenal sahaja" ujar Azri Amsyar
"habis tadi husband cakap buat dekat majlis Kinah and shahril.." kata NurNazlyna.
"tak jadilah sebab dah kantoi..." Azri Amsyar tersengih punah harapannya mahu membuat kejutan untuk Isterinya.
NurNazlyna hanya menggeleng kepala sahaja melihat wajah suaminya.
"sayang nak tahu tak yang sebenarnya sarah tu dah bertunang" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memusingkan tubuhnya menghadap Azri Amsyar di hadapannya.
"husband seriuslah" NurNazlyna seperti tidak percaya sahaja.
Azri Amsyar mengangguk.
"hish kenapa tak cakap" NuNazlyna mencubit perut Azri Amsyar dengan geram.
"sayang tak tanya..." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tergelak. Syukur alhamdulillah suaminya masih lagi berada di sampingnya saat ini.

"SAYANG, Najwa cepatlah sikit buat apa lama lama dekat atas tu??" soal Azri Amsyar memanggil isteri dan anaknya dari atas.
"ya nak turun ni.. Najwa jom" NurNazlyna memimpin tangan Najwa.
"lambat sangat sayang ni" kata Azri Amsyar yang melihat isterinya memakai baju kurung moden berwarna baby pink itu.
"amboi dah macam sayang yang nak kahwin ni" kata Azri Amsyar.
"biarlah.." kata NurNazlyna.
Azri Amsyar hanya membiarkan sahaja.
NurNazlyna berjalan ke arah rak kasut. Terus dia mengambil kasut tumit tinggi. Bulat mata Azri Amsyar yang melihat
"ehem ehem" Azri Amsyar berdehem dan berjalan ke arah NurNazlyna.
"sayang lupa yang sayang mengandung" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahi.
"ya tapi nanti sayang akan hati hati lah jalan dia" kata NurNazlyna dan tersengih.
"letak pakai kasut biasa dah lah sayang" kata Azrj Amsyar.
NurNazlyna meletakkan kembali kasut itu. Dia mengambil kasut yang bertumit tetapi rendah sahaja.
"sandle" kata Azri Amsyar sepatah.
NurNazlyna meletakan kasut di tempat asal dan mengambil kasut sandle sahaja.
Dia sudah lama tidak memakai kasut bertumit tinggi ni. Kasut yang di beli dan hanya membuat koleksi sahaja di rumah.
NurNazlyna memakai kasut sandle dan masuk ke dalam kereta.
Najwa yang mengikat rambut kuda dan beriben itu tersengeh sahaja melihat ibunya.
"umi nak tahu tak.. kawan kawan Najwa yang dekat sekolah tu semua ingatkan yang umi ni kakak Najwa" cerita Najwa dengan petah.
NurNazlyna tersenyum bangga di hadapan Azri Amsyar. Dia terasa yang dirinya muda pula. Memang masa hari pertama persekolahan Najwa pada darjah 1 NurNazlyna yang menghantar Najwa ke sekolah
"ya ke sayang... Najwa cakap apa dekat dia orang??" soal NurNazlyna.
"Najwa cakap yang umi ni ibu Najwalah..." kata Najwa lagi.
"Kawan kawan Najwa pula ada cakap apa apa pasal Walid??" soal Azri Amsyar.
"ada" jawab Najwa.
"dia kata apa??" soal Azri Amsyar ingin tahu.
"dia orang cakap umi dengan walid ni macam bapak dengan anak jerw..." kata Najwa selamba.
NurNazlyna menghamburkan tawanya mendengar ayat Najwa.
"Najwa cakaplah Umi ni Umi Najwa and walid nj Walid Najwa..." kata Najwa dan tersenyum.
"suka umi ya siap umi balik nanti" Kata Azri Amsyar dan memandang NurNazlyna.
NurNazlyna menelan air liurnya yang tiba gerasa pahit pula...kadang kadang perjalan ni dia rasa lambat pula hari ni.

SAMPAI sahaja di majlis. NurNazlyna masuk ke dalam. grend sungguh majlis pernikahan Syakinah dan Shahril ni. NurNazlyna duduk di tengah.
Farah dan Rania pula duduk di kiri dan kanan NurNazlyna.Majlid di adakan dengan cukup meriah sekali. Dengan cuaca yang tidak berapa nak panas.
Najwa duduk di atas kerusi sebelah Farah. sampai sahaja dah memeluk Farah nak buat macam mana.
"babe... tak sangka kinah akhirnya kahwin kan??" soal perlahan Farah terharu.
"hmm tulah aku ingat dia jadi anak dara tua rupanya beza setahun jerw dengan majlis perkahwinan aku" kata NurNazlyna.
Farah mengangguk.
"Kau tengok Syakinah dekat pelamin tu.. nampak sangat dia takut.. muka kerut seribu.." kata Rania berbisik di sebelah NurNazlyna.
Mata Syakinah memandang ke arah sahabat sahabatnya. NurNazlyna,Farah dan Rania melambai ke arah Syakinah.
"shh diamlah.." tegur Farah.
Rania dan NurNazlyna diam dan tersenyum.Mereka menyembunyikan gelak tawa.
"babe aku tengok laki kau macam nak nikah lagi sekali jerw" kata NurNazlyna pada Farah.
"erh laki kau pun apa kurangnya.. nampak jambu pakai baju baby pink sedondon pula tu dengan laki aku" kata Farah.
"Haah lah Lyna kau laki aku pun sama kau tengok tu siap dengan samping bagai..terkejut juga aku pagi tadi tiba tiba dia minta samping nikah" kata Rania.
"Erh kau pun sama ke??" soal Farah kepada Rania.
"laki aku pun sama dowh minta sampin dekat rumah Mama tadi" kata Farah kepada Rania.
"huish gempak arh laki aku pun sama..." NurNazlyna tergelak.
"memang dah rancang ni" kata Rania.
"hmm biarlah dia..asalkan dia bahagia." kata NurNazlyna.
Tok kadi sampai dan menyalam tangan ke semua para tetamu lelaki. tok kadi duduk di hadapan shahril.
"mana pengantin perempuanny?" soal Tok kadi
"ni tok"Shahril menunjuk ke arah syakinah.
"ouh cantik budaknya..okeylah mari kita mulakan" kata tok kadi sambil memandang ke arah Syakinah.
"erh ni tok kadi yang sama masa aku nikah dulu ni" kata NurNazlyna.
"bijak sungguh si shahril ni buat kerja" kata NurNazlyna lagi.
Tergelak Farah dan Rania.
"Mohd Shahril bin Fakhrul.." panggik tok kadi.
"ya saya" jawab Shahril
"aku nikahkan di kau dengan Nur Syakina binti samsudin dengan mas kahwinnya sebanyak RM 5000 ringgit tunai." ucap Tok kadi.
"aku terima nikahnya Nur Syakinah binti Samsudin dengan Mas kahwinnya sebanyak RM 5000 ringgit tunai" lafaz shahril.
Tok kadi berbisik sesuatu pada bapa syakinah dan Pakcik syakinah.
"alhamdulillah" kata tok kadi mengucapkan syukur.
Azri Amsyar yang duduk berlakang sahabatnya itu menepuk perlahan bahu sahabatnya dengan lembut.
Mereka semua menadah tangan untuk membaca doa. NurNazlyna menunjukkan ibu jarinya pada Syakinah.
Begitu juga dengan Farah dan Rania.
Habis sahaja membaca doa Shahril bangun dan berjalan ke arah Syakinah untuk menyarungkan cincin
"rilex bro" ucap Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum sahaja melihat sahabatnya yang sedang tersimpul malu.
Puan Khadijah memberikan sebentuk cincin pada Shahril.
Shahril menyarungkan cincin pada jari manis syakinah.
"salam pula.. janganlah malu malu Kinah" usik Rania sambil menangkap gambar.
"huuuu" NurNazlyna pula bersorak suka apabila melihat shahril mencium dahi syakinah.
Lagi merah wajah syakinah di usik oleh sahabat sahabatnya.
Selepas itu, Majlis makan pula, NurNazlyna sudah rasa kelaparan saat inj di sudah berasa lapar.
Azri Amsyar mengambil bihun goreng dan memberikan pada isterinya.
"seronok sayang erk kenekan kinah tadi" kata Azri Amsyar dan duduk di sebelah isterinya.
Najwa pula sedang di layang oleh Rania and Farah.
"seronoklab dah kahwin dah pun sahabat saya sorang tu" kata NurNazlyna.
"so malam ni kita kene datang ke??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk laju.
"hish datanglah nak tengok majlis sanding juga" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk sahaja.

MALAM ITU, Syakinah memakai baju yang sungguh cantik dan sopan sahaja. Baju dress labuh dan kembang yang tersarung cantik di tubuhnya pada malam itu.
Syakinah sudah siap dandankan oleh Makandam yang di tempah khas oleh Puan Khadijah untuknya.
Shahril yang sudah siap memakai tuxedo hitam sangat sesuai apabila di gandingkan dengan syakinah saat ini.
"cantiknya orang di sana malam ni" ujar Shahril sambil melihat syakinah dari atas ke bawah.
"hmm orang di sini memang sudah semula jadi cantik... orang di sana sahaja yang tidak perasan" kata Syakinah dan tersenyum.
Shahril tersenyum mendengar ayat isterinya itu. Tidak sampai satu hari mereka jadi pasangan suami isteri.
"orang di sini selalu jerw perasan yang orang di sana tu cantik tapi orang di sana tu jerw yang tak perasan orang di sini selalu memehati orang di sana" kata Shahril.
Shahril mendekati syakinah yang berada di hadapan cermin.
"jangan sentuh nanti habis rosak tudung saya" kata syakinah mengelak dari shahril menyentuh tudungnya.
"ouh god.. tudung tu lagi bermakna dari saya??" soal shahril kurang percaya.
Syakinah tergelak.
"ehem ehem..jangan nak di sana di sini sangatlah naik tegak bulu ketiak aku" kata Farah dari pintu.
NurNazlyna tergelak.
"korang intai erk"Syakinah memandang ke arah ketiga tiga sahabatnya itu.
"tak intai babe just terkedu tengok free drama depan mata" kata Rania dan tersenyum memandang syakinah.
Wajah syakinah memerah medengar usikkan dari sahabatnya.
"hmm kalau macam lah Farah..cepatlah bakal anak aku yang ini dapat kawan baru" NurNazlyna meletakkan tanggannya di bahu Farah.
Mereka tergelak di situ. Shahril, Fariq,Faruq dan Azri Amsyar hanya melihat sahaja isteri isteri mereka mengusik antara satu sama lain.
kalau menyampuk nanti takut merajuk pula dah susah nak mencari.

SEWAKTU majlis. Syakinah dan Shahril duduk di pelamin dengan penuh cantik dan sopan. Ramai para tetamu yang memuji kecantikkan mereka berdua.
Bagai pinang di belah dua bak kata makcik makcik yang ada di majlis.
NurNazlyna duduk di sebelah Azri Amsyar. Semasa Majlis Rania,Fariq,Faruq dan Farah mereka duduk berasingan tetapi semasa majlis Syakinah Azri Amsyar tidak mahu mereka duduk berjauhan.
Mengenang NurNazlyna yang sedang sarat mengandung.
"husband nak pergi tandas jap" kata Azri Amsyar kepada NurNazlyna.
"jangan lama lama... nanti sayang rindu" kata NurNazlyna manja.
"ya sayang sekejal sahaja" Azri Amsyar berlalu dan melepaskan tangan NurNazlyna.
Nurnazlyna ralit bersembang dengan Rania dan Farah tentang perkembangan bayi Farah yang kian membesar.
Rancak sungguh perbualan mereka tanpa mereka sedar bahawa suami mereka tiada di sisi.
Tiba tiba....

BERSAMBUNG...

HYE... HMM MESTI KORANG TERTANYA TANYA BILA LAH NAK PUBLISH KAN HIHIHIHI... NAT BZ CKIT LHH MACAM MACAM YANG BERLAKU DEKAT RUMAH SEPANJANG PKP NI... HAIH NAT JADI LETIH PENAT SEMUA ADA... SO NI LHH CAPTER SETERUSNYA... KALAU NAK TAHU APA JADI DENGAN NUR DAN AZRI JANGAN LUPA BACA DAN TINGGALKAN KOMEN OKEY;)... KORANG SHARELAH PENGALAMAN BERAYA TANPA BALIK KAMPUNG DEKAT RUANG KOMEN NANTI NAT AKAN BACA SATU PERSATU HIHIHIHIHI...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience