BAB 25

Romance Series 50179

______________________________________________________________
DI DALAM BILIK aku membuka tudung dan meletakkan di sebalik pintu bilik. Ketika itu aku terasa pinggangku yang lengguh. Mungkin kerana perjalan yang jauh dan berjam jam untuk sampai ke sini.
Aku memusingkan badan dan melihat Cikgu Azri sedang baring sambil bermain telefon bimbitnya. Aku duduk di sebelah Cikgu Azri.
"sayang awak okey??" soalnya
Aku memandang Cikgu hanya tersenyum
"hmm awak siapa pakcik hamdan dengan makcik ilaika tu sebab opah kata awak cucu tunggal dia??" aku bersoal pelik dan ingin meminta kepastian.
"ouh tu anak angkat opah dan atuk. opah jaga dia dari kecil lagi dia sama sama besar dengan arwah ayah saya. Pakcik hamdan dengan Makcik ilaika tu baik orang dia tau." jelas Cikgu kepadaku sambil memusingkan badannya mengadapku.
"ouh macam tu... tapi di kira keluarga awak ni besarlah.. sebab tu tengok tu budak budak main dekat luar anak anak pakcik Hamdan kan ramai" Aku memandang Cikgu.
'huish ramai betul anak anak Makcik ilaika dengan Pakcik Hamdan tu tadi boleh buat team bola jaring dowh. Takut pula aku bila dah kahwin dengan Cikgu ni haih lah'
"haah memang pun Opah kata mereka tu subur tu yang selalu Allah bagi rezeki dekat dia orang.." Cikgu Azri tersenyum sedikit bila memandang ke arah ku.
"hmm saya tumpang bahagia tengok kebahagiaan Pakcik Hamdan tu tau... sejak Arwah ayah tak ada dia lah yang jadi ayah saya tau dari dia belum kahwin sampai dia dah kahwin dia lah yang jadi ayah saya lepas Ayah pergi tinggalkan saya dengan Mak" sambungnya lagi.
Tiba aku rasa simpati dengan kisah silam Cikgu Azri. Aku memandang wajah sayu Cikgu Azri. Kasihan aku melihatnya.
Aku mengusap wajahnya. Entah kenapa aku suka akan wajah Cikgu itu. Sungguh menawan dan tertawan. Adakah aku sudah jatuh cinta dengan Cikgu sekali lagi.
"awak sabar okey.. sekarang awakkan dah ada saya..insyaallah saya akan sentiasa ada dengan awak. awak kalau ada benda yang terpendam tak apa boleh cerita dengan saya. Sayakan wife awak, awak jangan pendam tak apa" Aku tersenyum memandang sambil mengusap pipinya.
"Dulu ya awak tanggung derita sorang sorang. Tapi sekarang saya janji dengan awak kita akan sama sama hadap ujian ujian yang di beri oleh Allah SWT. okey??" kataku sebak.
Aku mengelap air mata yang jatuh di tubir mata Cikgu Azri sambil tersenyum dia mengucup dahiku. Aku berasa bahagia saat itu.
"awak nak tahu tak??" soalku.
"apa dia?" Cikgu Azri memandangku.
"muka awak buruk bila lepas nangis" kataku mengusik Cikgu.
Cikgu Azri memandangku dengan matanya yang bulat. Aku hanya tersenyum manja ke arah Cikgu Azri.
Aku mahu mengundur ke berlakang dengan pantas Cikgu Azri menggeletek perutku..Aku ketawa geli apabila dia membuat sebegitu. Sampai terbaring aku di buatnya.
"Awak okey okey dah stop penat" kataku dengan tercungap cungap.
Cikgu Azri memberhentikan geletek itu. Sesak nafasku di buatnya. Dia baring di sebelahku sambil menghadap aku.
"awak kata muka saya buruk" Cikgu memuncungkan bibirnya.
Aku menghamburkan tawa.
Cikgu Azri memandangku tajam.
"okey okey sorry saya penat lah dah lah sakit pinggang" keluhku.
Cikgu Azri memeluk pinggangku.
"jom tidur saya penat lah drive satu hari" Cikgu Azri merungut.
"awak dah solat zuhur belum ni" aku memusingkan badanku menghadap Cikgu Azri dan meletakkan tapak tanganku di pipinya.
"dah lah tadi. air sembahyang saya dah batal dah awak buat" selamba Cikgu berkata kepadaku.
Aku menampar pipinya lembut.
"mengada awak ni dah tidur saya pun nak tidur ni lenguh pingang saya" kataku dan memeluknya
Cikgu Azri membalas pelukkan aku. Selepas beberapa minit kami memandang antara satu sama lain kami sama sama terlelap.

BUNYI KETUKKAN PINTU dari luar. NurNazlyna bangun dari tidurnya dia memandang Azri Amsyar di sebelah yang sedang tidur sambil memeluk pingangnya. NurNazlyna mengalihkan tangan Azri Amsyar tetapi tidak berdaya.
"Awak bangun lah saya nak buka pintu ni" NurNazlyna menggocangkan tubuh Azri Amsyar
Azri Amsyar mengangkat tangannya dan memusingkan tubuh Menghadap dinding, NurNazlyna hanya membiarkan dia bangun dari pembaringan dan berjalan ke pintu. Dia menggapai kain batik yang ada.
Dia membuka pintu bilik itu. "erh Opah ada Opah panggil kami ke??" soal NurNazlyna.
Wajah Puan Sri Zawiyah di hadapannya.
"kamu berdua tidur ke maaf opah ganggu. Azri mana ya dia dah bangun??" Soal Puan Sri Zawiyah.
"erh tak apalah opah Nur okey jerw. hmm ada apa opah panggil ni??" soal NurNazlyna.
"oh, opah nak panggil ayie sebab nak suruh dia bawa kamu jalan jalan naik moto tapi dia tidur pula." jelas Puan Sri Zawiyah.
"erh tak apa lah Opah dia penat th drive sehari suntuk..." NurNazlyna tersenyum.
"siapa kata saya penat"kata Azri Amsyar yang berada di berlakang NurNazlyna.
"hmm dah bangun dah cucu opah ni.. alang alang dah bangun kamu bawa lah Nur jalan jalan satu kampung naik moto atok kamu tu" Puan Sri zawiyah memegang tangan NurNazlyna.
NurNazlyna memandang muka Azri Amsyar yang letih itu. Dia kasihan melihat Azri Amsyar. Sudah lah malam semalam dia sudah banyak kali mengejutkan Azri Amsyar kerana perutnya yang sakit.
"erh tak apalah Opah Nur okey jerw duduk rumah. Lagi pun esokkan kenduri boleh lah Nur tolong tolong apa yang patut." jelas NurNazlyna.
"tak ada apa yang nak di tolong Nur. Opah kamu tu dah panggil katering untuk majlis esok" Sampuk Tun Sri Nizar yang hendak berjalan menuju ke ruang tamu sambil membawa surat khabar.
"erh atok bila balik maaf lah ayie tak tahu yang atuk dah balik" Azri Amsyar menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
NurNazlyna tersenyum melihat Tun Sri Nizar yang segak berbaju melayu dan berkain pelekat. Mungkin baru balik dari masjid.
"tak apalah Ayie, atok faham pengantin barukan penat buat kerja" Tun sri Nizar ketawa kecil bila mendengar ayatnya sendiri.
Azri Amsyar menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia bersa segan bila mendengar kata kata atuknya itu. Begitu juga dengan NurNazlyna, dia berasa malu sendiri. Membahang wajahnya ketika itu.
"Hish awak ni mandai jerw.. tengok dah merah pipi Cucu menantu saya ni" Puan Sri Zawiyah memandang Tun sri Nizar yang sedang membaca surat khabar, dia mengusap pipi NurNazlyna.
"saya bergurau sahaja lah awaknya pun.. Hmm Nur Atuk gurau jerw tau jangan ambik hati sangat" Tun Sri Nizar menjelaskan.
"hmm dah dah siap Azri pergi bawa Nur pusing pusing kampung naik moto... tak pun bawa dia pergi tengok kambing itik, ayam, angsa dengan lembu dekat hujung kampung sana.." Puan Sri zawiyah memegang tangan NurNazlyna.
"itik? ayam?? kambing??" soal NurNazlyna dia memandang Azri Amsyar. NurNazlyna menelan air liurnya yang terasa kering.
"ya itu Atok dengan Opah yang ternak adalah pekerja 2 orang setiap reban setiap kandang " Kata Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna tersenyum paksa memandang Puan Sri Zawiyah. selepas itu dia memandang Azri Amsyar yang sedang merenungnya.

AKHIRNYA Nurnazlyna pasrah juga, dia mengikut Azri Amsyar menaiki motosikal.Mereka mengelilingi kawasan perkampungan itu. NurNazlyna duduk di berlakang Azri Amsyar mengambil angin yang cukup nyaman.
"awak suka tak naik moto dengan saya ni" Azri Amsyar berkata sambil memandang depan dan memandu moto.
NurNazlyna yang asyik tersenyum memandang pemandangan itu memandang Azri Amsyar dari cermin belah kanan mereka
"suka lah" kata NurNazlyna.
"peluk kuat sikit saya nak kona baring ni" Arah Azri Amsyar
NurNazlyna membulatkan matanya apabila mendengar Azri Amsyar menyebut 'kona baring'. NurNazlyna sebenarnya tidak berapa suka dengan menaiki moto.
"hish tak payah lah nak baring baring bawa biasa jerw lah saya takut lah" NurNazlyna memukul bahu NurNazlyna manja.
"okey okey" Azri Amsyar tergelak dan menggelengkan kepalanya.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni??" soal NurNazlyna.
"pergi tengok binatang perternakkan Atuk dengan Opah." jawab Azri Amsyar.
NurNazlyna sebenarnya dia takut dengan binatang yang berkepak seperti ayam,itik,Angsa dan sebagainya. Dia juga geli dengan lembu dengan kambing, tapi malangnya dia terpaksa ikut Azri Amsyar untuk pergi melihat kambing,lembu dan binatang yang berkepak.
"boleh tak kalau kita pergi tempat lain" kata NurNazlyna setelah mereka sudah sampai ke kandang lembu dan kambing. kandang haiwan haiwan itu bersebelahan sahaja dengan reban reban ayam,itik dan juga angsa.
"kenapa pula kita dah sampai ni, boleh saya kenalkan awak dengan Sally dan Leman." Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna.
"sa..sa..saya sebenarnya takut dan geli dengan ni semua, sorry saya bukan nak menyusahkan awak tapi saya tak nak" NurNazlyna mematah balik dan berjalan ke moto.
"hish tak apa lah saya ada come.. saya janji saya tak tinggalkan awak" Azri Amsyar menarik tangan NurNazlyna.
"tapi..."
"tak ada tapi tapi.. awak kata awak wife saya, awak kata tadi awak sanggup hadap ujian ujian dengan sayakan.. so sekarang ni saya pula yang hadap ujian ujian bersama dengan awak okey??" Azri Amsyar memegang kedua belah bahu NurNazlyna
"janji?" NurNazlyna menyuakan jari kelingkingnya.
"ya sayang saya janji dengan awak"
jari mereka berdua terikat sambil mata bertentang mata hati bertemu hati. NurNazlyna menolak muka Azri Amsyar yang makin mendekat.
"hish dia ni"NurNazlyna menggeleng kepala.
Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna yang menolak mukanya tadi dan tersenyum nakal.
"bila kita nak perginya ni yang awak asyik pandang saya jerw macam beruk" kata NurNazlyna
"awak samakan saya dengan beruk" Azri Amsyar membulatkan matanya.
NurNazlyna dah membuka langkah. Dia berlari meninggalkan Azri Amsyar. "hmm awak jangan lari dekat situ..."
Tiba tiba pintu kandang kambing dan lembu terbuka. kambing dan lembu itu berlari ke arah NurNazlyna.
NurNazlyna berpatah balik dan berlari ke arah Azri Amsyar dia menutup matanya. Azri Amsyar terkejut dengan larian NurNazlyna itu tadi.
Sekelip mata sahaja NurNazlyna memeluk leher Azri Amsyar dan melompat. Azri Amsyar mendukung NurNazlyna yang sedang memejamkan matanya. Nasib baik mereka tidak jatuh ke berlakang.
Tergelak Azri Amsyar di buatnya bila melihat NurNazlyna berlari di kejar oleh kambing dan lembu.
"awak kenapa okey tak?" soal Azri Amsyar sambil menahan gelak dia.
"tak nak turun saya tak nak dengan kambing dengan lembu tu jom lah balik" NurNazlyna memangis.
Azri Amsyar menghamburkan tawanya yang sudah lama di simpan.
"tu lah saya dah baru nak cakap awak dah lari... time time mecam ni memang Opah dengan Atuk arahkan pekerja dia untuk lepaskan kambing kambing dengan lembu lembu tu" Jelas Azri Amsyar.
NurNazlyna memeluk leher Azri Amsyar dengan sambil menghamburkam tangisan.
"hish saya tak nak saya nak balik," rengek NurNazlyna seperti anak kecil.
"okey okey kita balik okey saya bawa awak pergi sungai kita tak payah tengok binatang tu semua okey??" Soal Azri Amsyar.
NurNazlyna menganggukkan kepalanya tetapi tidak melepaskan tautan dari leher Azri Amsyar.
"turun lah macam mana saya nak jalan ni... tengok tu haih lah turun" azriAmsyar berkata kepada NurNazlyna.
NurNazlyna jadi malu dan dia turun dari dukungan Azri Amsyar. NurNazlyna mengelap air matanya.Begitu juga dengan Azri Amsyar dia turut mengelapkan air mata NurNazlyna.
"shian dia peluh peluh bidadari saya ni kene kejar dengan lembu dan kambing" Azri Amsyar mengusap kepala Nur
Nazlyna
Selepas itu Azri amsyar menarik tangan NurNazlyna sehingga ke moto mereka. Azri Amsyar memakaikan NurNazlyna topi keledar topi kaledar itu besar dari kepala NurNazlyna.
"jom saya bawa pergi sungai dekat sana" Azri Amsyar naik ke atas moto. Begitu juga dengan NurNazlyna.
"sungai??"
"haah sungai kenapa??" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"setahu saya sungai bukan ke ada dekat ulu bendul jerw" kata NurNazlyna pelik.
"erh saya ni dah bertahu balik tau dekat kampung ni... Apa awak ingat Nilai ni memang untuk orang jual karpet jerw ke. Dekat sini ada sungai ada ladang macam kampung biasa tapi setengah orang jerw yang tahu orang lain tak ramai yang tahu" jelas Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya membiarkan penjelasan Azri Amsyar itu. Dia menaikki motosikal yang di tunggang oleh Azri Amsyar itu.
"are ready my beautiful angel?" Azri Amsyar memandang NurNazlyna di berlakang dengan menggunakan cermin sisi sebelah kanan.
"ya saya ready jalan lah" kata NurNazlyna selamba.
Azri Amsyar memusingkan pedal minyak dan moto itu pun berjalan seperti biasa. Terkejut NurNazlyna di buatnya dengan jalan yang terkejut yang di buat oleh Azri Amsyar itu.
"jangan lah bawa laju laju" NurNazlyna memukul sedikit bahu Azri Amsyar di depannya dan kembali memeluk Azri Amsyar.
"okey okey sorry" Azri Amsyar tersenyum.
'sikit lagi ayie Lyna kau punya sekarang.. Alhamdulillah you can do it untuk tawan hati isteri kau Ayie yes you can do it' Azri Amsyar berkata dalam hati.
Setelah tiba di destinasi azri Amsyar memberhentikan motonya di sebalah pokok yang redang. NurNazlyna berjalan kearah batu yang tidak jauh dari sungai.
Azri Amsyar duduk di sebelah NurNazlyna. Mereka sama sama merendamkan kaki mereka berdua ke dalam air itu. sampai ke tulang sejuknya.
"sayang okey??" soal Azri Amsyar di sebelah.
NurNazlyna tersenyum memandang Azri Amsyar.
"okey, sejuk jerw dekat sini nyaman pun nyaman saya suka lah dekat sini best air sungai pun bersih" kata NurNazlyna dan melentokkan kepalanya di bahu Azri Amsyar.
"awak nak tahu tak dekat sini dulu saya selalu mandi dekat sini.. asal balik kampung jerw saya selalu pergi sini sebab tempat ni tenang jerw." Azri Amsyar memeluk NurNazlyna dia mengusap bahu NurNazlyna
"bestnya bila lah boleh mandi dekat sini kan??" soal NurNazlyna.
"lain kali kita mandi sini sebab kita tidur sini seminggu jerw lepas seminggu kita terus balik KL lepas tu tolong ayah kemas rumah then kita boleh pergi honeymoon" jelas Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar di sebelahnya.
"ouh okey. saya tak kesah saya ikut jerw" kata NurNazlyna.
Mereka diam seketika. NurNazlyna memandang air sungai yamg bersih ada ikan ikan yang banyak. Air yang jernih.
"ouh sebelum saya terlupa sayang.. awak ingat tak budak yang langgar awak masa kita tengah joging tu??" Soal Azri Amsyar.
"ouh budak tu hah awak dah siasat ke pasal budak tu.. dia dekat mana saya nak jumpa dia.." bertubi tubu dia nurNazlyna menyoal Azri Amsyar.
"sabar sayang sabar.. saya cerita ni.." Azri Amsyar menggelengkan kepalanya kerana terkejut dengan NurNazlyna.
NurNazlyna tersenyum. Tangan mereka bersentuhan antara satu sama lain.
"macam ni sayang setuju tak kalau kita ambik dia sebagai anak angkat kita??" soal Azri Amsyar.
"anak angkat??" NurNazlyna pelik.
"kenapa sayang tak setuju ke?" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
"bukan tak setuju tapi macam mana dengan Mak, ibu dengan ayah hah. kita mesti minta persetujuaan mereka juga." kata NurNazlyna.
"nanti kita tanya lah pendapat meraka juga nanti lepas settle semua benda kita ambik dia sebagai anak angkat.. macam mana??" Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang terpinga pinga memikirkan tentang mereka berdua.
"tapi kenapa.. kenapa dengan Mak dia atau ayah dia saya confused sekejap. Ayah budak tu mana."Nur nazlyna membetulkan duduknya.
"hmmm mak budak tu sebenarnya ada penyakit mentel lepastu ayah dia pulak bekas banduan.. tapi ayah budak tu dah meninggal sebab overdose" jelas Azri Amsyar.
"ouh macam tu kesiannya dia. tapi kenapa mak dia tak minta rawatan yang seeloknya?? lepastukan hari tu mak dia ada cakap yang sebab budak tu bapak dia mati.. awak selidik tak pasal tu??" Soal NurNazlyna.
"saya tak dapat nak tolong yang tu sayang nanti saya minta tolong orang orang saya siasat benda ni sebab kes chat Farah pun tak selesai lagi tau." kata Azri Amsyar.
"okey.. tapikan awak nak tahu tak semalam malam Farah ada cerita dengan saya yang dia dengan Faruq nak tunang sebelum Faruq pergi latihan tentera dekat sabah." Cerita NurNazlyna.
"result SPM keluar 3 bulan lagi kan??" soal Azri Amsyar.
"haah kenapa??"
Azri Amsyar mengalirkan tangan NurNazlyna di atas pehanya dan di berbaring berlapiskan dengan peha NurNazlyna. Dia mengambil tangan NurNazlyna dan meletakkannya di kepalanya. NurNazlyna seperti mendapat agak terus dia main rambut Azri Amsyar yang hendak panjang itu.
"lepas spm awak nak buat apa??" soal Azri Amsyar.
"hmm saya nak kerja boleh" NurNazlyna menunduk sedikit.
"kerja??" Azri Amsyar mengerut dahinya sambil tanganya mengetuk dagunya seperti sedang berfikir.
"please boleh lah saya nak kerja. kalau saya dapat tawaran sambung belajar baru saya berhenti kerja dan belajar." Janji NurNazlyna.
"boleh percaya ke ni?" Azri Amsyar menaikkan keningnya.
"ya saya janji saya akan berhenti kerja dan sambung belajar" beria NurNazlyna menaburkan janji.
"kalau awak mungkir janji macam mana??" Azri Amsyar menguji NurNazlyna.
"kalau saya mungkir janji awak boleh denda saya apa sahaja. saya akan buat" kata NurNazlyna.
"betul ni??" Azri Amsyar meminta kepastian.
"ya saya betul betul nak kerja cari duit simpanan nak bagi dekat ibu dengan ayah saya dekat rumah tu.. nanti ayah dah nak pencen lepas tu dalam berapa tahun lagi ayah pulak." kata Nurnazlyna.
"Sayangkan saya dah cakap saya ada untuk awak.. awak ni suka tau buat saya macam ni" marah Azri Amsyar
'bunyi mamat ni macam marah jerw dengan aku.. apa yang aku dah buat, aku cuma nak kerja jerw aduhai.. tak boleh jadi ni aku nak kerja juga sampai bila dia nak tanggung aku' Desis hati NurNazlyna.
"hmm awak marahkan saya ke??" kata NurNazlyna sambil menundukkan sedikit kepalanya.
"memang saya marah pon dengan awak" Azri Amsyar memandang sungai.
NurNazlyna mula rasa sebersalah kerana dia Azri Amsyar memarahi dirinya.
"saya marah awak sebab awak ni comel sangat tau" kata Azri Amsyar selepas melihat wajah isterinya yang sedih kerana kemarahan dia.
"hish awak ni suka main main" Nurnazlyna memicit hidung Azri Amasyar dengan geram sekali. Sehingga merah hidung suaminya.
"sakit lah sayang meh saya buat dekat awak pulak" Azri Amsyar mencubit pipi Nurnazlyna.
Merah pipi Nurnazlyna.
"sakit lah saya buat dekat awak slow jerw awak buat dekat saya kuat" NurNazlyna menggosok pipinya.
"sorry sorry" Azri Amsyar mengusap pipi Nurnazlyna dengan perlahan.
"erh awak, awak dah ada lesen kereta??" soal Azri Amsyar.
"ada kenapa??" NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
NurNazlyna membelai rambut Azri Amsyar dengan perlahan dan lembut. Terleka sekejap Azri Amsyar kerana belaian nurnazlyna itu tadi.
"hmm macam tu awak boleh lah bawa kereta?"
"boleh jerw" jawab nurnazlyna.
"tapi kenapa awak tak bawak??" Azri Amsyar bangun dari pembaringan.
"hmm saya sebenarnya takut hihihi" balas nurnazlyna dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"ada ada jerw awak ni dah jom kita balik.. kejap lagi saya nak ikut atok pergi solat jemaah lagi dekat surau dah nak maghrib dah ni" kata Azri Amsyar dan bangun dari duduknya.Kemudian di ikuti dengan NurNazlyna.
Mereka berjalan beriringan dan mamimpin tangan. kali ini Azri amsyar membawa moto dengan perlahan sahaja, dia tidak membawa laju seperti tadi.

"NUR DAH DAH LAH TU BUAT KERJA TU CU, pergi masuk bilik ke tengok tv ke kamu ni dari tadi opah tengok mengemas jerw dekat dapur tu bersih singki opah di buatnya" kata Puan sri Zawiyah.
"erh tak apalah opah, tadi mak dengan opah dah masak biarlah Nur pula yang hidang dan kemas dapur ni.. Sorry opah Mak Nur tak dapat nak tolong Mak dengan opah masak tadi.." Nurnazlyna berkata kesal.
Dia rasa sebersalah dengan Datin Maznah dan Puan Sri Zawiyah kerana tidak membantu mereka berdua di dapur sebentar tadi.
Dia tidak dapat membantu mereka berdua kerana dia terlelap selepas Azri Amsyar pergi menunaikan solat berjemaah dengan datuknya iaitu Tun Sri Nizar.
"erh tak apalah Nur kami faham sangat ya lah pengantin baru penat semalam pun belum hilang lagikan" Datin Maznab tersenyum.
Begitu juga dengan Puan Sri Zawiyah turut tersenyu ke arah NurNazlyna. Segan di buatnya.
"hmm mana makcik ilaika dengan anak anak dia dari tadi Nur cari tak nampak pun" kata NurNazlyna dia duduk di kerusi meja di situ.
"ouh rumah mereka dekat berlakang rumah opah jerw ni.. tapi kalau nak pergi kene naik moto atau kereta baru sampai" kata puan sri zawiyah.
Nurnazlyna menganggukkan kepala.
"Nur nak minum mak buatkan air?" soal Datin Maznah dengan ramah.
"Erh tak apa mak nanti Nur buat sendiri susah susah jerw mak ni" NurNazlyna berkata segan.
"tak ada yang susah lah Nur buat air godak godak jerw dah siap" kata Datin Maznah.
NurNazlyna tersenyum mendengar kata kata Datin Maznah.
"tak apa lah mak Opah nanti kalau Nur haus Nur minum..." kata NurNazlyna.
"sekarang ni kita tinggal tunggu atok dengan ayie jerw tak balik balik lagi ni" kata Puan Sri Zawiyah mereka duduk di meja makan.makanan sudah siap terhidang oleh NurNazlyna itu tadi.
"hmm Nur boleh opah tanya??" soal Puan Sri Zawiyah.
"boleh opah tanya lah insyaallah Nur boleh jawab soalan opah." balas nurnazlyna.
"hmm Nur kahwin dengan Azri sebab apa ya?? Maaf lah kalau soalan opah ni tak berapa nak elok"soal Puan Sri Zawiyah.
"Makkan Maz dah cakap benda yang dah lepas tu biarkan sahaja dia pergi Mak.. Maz tahu Nur ni boleh jaga Azri dengan baik." sampuk Datin Maznah.
NurNazlyna mengerutkan dahinya. "erh tak apalah Mak Nur okey jerw apa yang opah nak tanya" Kata NurNazlyna.
"okey soalan opah tadi kenapa Nur kahwin dengan Azri??." NurNazlyna meminta kepastian.
Puan sri Zawiyah mengangguk sahaja.
"Nur kahwin dengan Azri sebab allah dah tentukan jodoh Nur dengan Cikgu sendiri Opah Mak.... mungkin jawapan Nur ni nampak macam klishe tapi betul Opah mak macam macam cara Nur dah buat supaya lupakan Azri sebelum kita orang kahwin tapi ketentuan Allah Nur tak mampu nak buar apa apa.
Nur pun terkejut sebab tiba tiba Azri melamar Nur. Nur sendiri tak tahu nak cakap apa masa tu opah mak.. okey sebenarnya pada majlis akad hari tu Nur pernah terfikir nak lari dari majlis baju dah siap pack dalam beg semua dah siap tinggal nak tukar baju lari dari rumah itu jerw... Tapi bila Nur fikir balik tiba Nur rasa cinta dan sayang dekat Azri opah Mak" NurNazlyna tersenyum, dia melihat reaksi wajah opahnya itu.
Puan Sri Zawiyah dan Datin Maznah Sungguh terkejut dengan jawapan NurNazlyna itu. Dia tidak menjangka yang ini adalah menantunya.
"Mesti Opah ataupun Mak fikir yang Nur kahwin ni sebab nakkan harta Azri atau nak sakitkan hati Azrikan??. Sejujurnya Mak ,Opah pasal harta tu tak benar sama sekali.. Mula mula nak jumpa Mak dulu Azri tak pernah cakap pun yang Mak ni seorang Datin, jujur Nur cakap memang Nur tak tahu yang Mak ni Datin. Nur dapat tahu yang Mak Datin ni pun pada awal kita jumpa Nur ada cakap dengan mak. Mak ingat tak??" NurNazlyna memandang Datin Maznah.
Datin Maznah menganggukkan kepalanya perlahan.
"hmm waktu tu baru Nur tahu yang Mak ni Datin. Pasal opah pula Nur baru tahu tadi waktu dah sampai dekat luar rumah ni baru Azri cerita dekat Nur. Nur mulanya cakap dengan Azri
yang Nur tak nak keluar sebab segan. Tapi bila Azri cakap yang opah nak sangat jumpa dengan Nur. Nur keluar juga akhirnya. Nur ingat opah tak suka dekat Nur tapi sangkaan Nur tak tepat maafkan Nur ya opah" Nurnazlyna menggaru kepalanya yang di lapitkan dengan tudung itu.
"tak apa Nur,Opah pun minta maaf juga sebab sangka buruk dengan Nur kita sama sama salah Nur" kata Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna tersenyum dan menganggukkan kepalanya dia memandang Datin Maznah yang turut tersenyu ke arah mereka berdua.
"Assalammualaikum." ucap Tuan Sri Nizar dari luar rumah.
"waalaikummussalam" jawab mereka serentak.
"hmm dah balik dah suami kamu Nur" kata Datin Maznah.
NurNazlyna tersenyum sahaja. Selepas itu mereka semua duduk di kerusi.
Tun sri Nizar duduk di hujung meja. Puan Sri duduk bersebelahan dengan Datin Maznah.
Azri Amsyar duduk di sebelah isterinya NurNazlyna. NurNazlyna menuangkan air di dalam cawan dan memberikan kepada mereka semua.
"jemput makan Nur jangan segan segan kalau segan nanti lapar... hah Azri baca doa makan" kata tun sri Nizar
Azri Amsyar membaca doa makan semua menadah tangan dan mengaminkan doa.
NurNazlyna mengambil lauk yang berada di hadapan dan memberikan kepada Azri Amsyar di sebelahnya. Tidak lekang di bibir senyuman Azri Amsyar ketika itu.
Mereka menjamu selera, hanya dengar bunyi sudu dan senduk berlaga sahaja.
"hmm Nur macam mana tengok lembu dan kambing tadi seronok??" soal Tun sri Nizar.
Tersedak NurNazlyna dibuatnya dia, Azri Amsyar di sebelah mengambil air dan memberikan kepada NurNazlyna. NurNazlyna meminum air itu dengan perlahan.
Azri Amsyar hanya mahu menahan tawanya sahaja kerana teringat tentang petang tadi.
"Allahhuakbar Nur okey tak ni??" soal Datin Maznah risau.
"Nur Okey Mak" NurNazlyna berasa malu ketika itu.
"haah Nur macam mana pergi tengok lembu dengan kambing tadi best ke??" soal Puan Sri Zawiyah pula.
NurNazlyna mencubit peha Azri Amsyar di sebelah yang mahu mempertawakannya ketika itu.
"se.. se..sebenarnya Nur.. hmm Nur..." Tergagap NurNazlyna.
"Nur Apa??" soal Tun sri Nizar.
"hmm Nur takut dengan binatang ternakkan tu semua.." jawab Azri Amsyar selamba.
NurNazlyna tersenyum segan.
Selepas beberapa saat semua di ruang makan itu mempertawakan NurNazlyna ketika itu. Malu NurNazlyna di buatnya.
NurNazlyna menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"habis lambat sangat kamu balik tadi pergi mana??" Soal Datin Maznah.
"Azri bawa dia pergi jalan jalan kampung dengan ke sungai" jawab Azri Amsyar.
"ouh maaf lah ya nur kami keterlaluan pula" kata Puan sri Zawiyah.
"tak mengapalah Opah Nur dah biasa dah" NurNazlyna senyum dan makan nasi di hadapannya.
"itik dengan Angsa pun tak pergi tengok lah tadi??" soal tun sri Nizar.
NurNazlyna menggeleng dan tersenyum.
"hmm lalu jer tok" kata Azri Amsyar.
Terangguk angguk kepala meraka semua ketika itu kerana faham dengan situasi NurNazlyna.

SELEPAS SIAP menolong Datin Maznah dan Puan Sri Zawiyah NurNazlyna masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah Azri Amsyar sambil memeluk tubuh. Azri Amsyar yang sedang melihat telefon bimbitnya ketika itu hanya memandang NurNazlyna sekilas dan tersenyum melihat wajah muram isterinya.
"sayang kenapa ni??" Azri amsyar meletakkan telefon bimbitnya di sebelah.
"kenapa awak gelakkan saya tadi" NurNazlyna memuncungkan bibirnya tanda merajuk dan protes.
"ouh merajuk lah ni" Azri Amsyar menyarap dan memandang wajah rajuk isterinya itu.
Mata NurNazlyna memandang ke tempat lain tidak memandang wajah suaminya itu.
"ouh bidadari saya ni merajuk rupanya... sayang jangan lah macam ni takkan saya nak tipu atuk dengan opah pula yang awak takut dengan kambing lembu semua tu..." kata Azri Amsyar.
"memang lah tak elok menipu... nanti mesti opah ingatkan saya orang yang geli dengan binatang binatang kampung apa semua tu... kalau opah fikir macam tu macam mana...malu lah saya" NurNazlyna memandang Azri Amsyar di sebelah.
"hish awak ni selalu fikir macam tu... tak adalah opah bukan macam tu saya kenal opah tu.. awak jangan lah fikir macam tu..." Azri Amsyar baringkan kepalanya di riba NurNazlyna.
"betul ni opah tak macam tu??" NurNazlyna meminta kepastian.
"betul sayang saya tak tipu" Azri Amsyar mencium perut NurNazlyna.
Terkejut NurNazlyna di buatnya dengan tindakan Azri Amsyar itu.
"hish awak ni geli lah jangan lah buat macam tu... fikir ada baby ke apa dekat perut saya ni.. tiba tiba nak cium" NurNazlyna menunduk sedikit kepalanya memandang Azri Amsyar.
Azri Amsyar hanya tersengih sahaja.
"ada tapi nanti one day kita akan ada anak ramai ramai.... kita akan ada one big family..." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengerutkan dahinya memandang Azri Amsyar.
"banyak lah big family awak....insyaallah kalau itu yang allah tentukan untuk kita" kata NurNazlyna sayu.
"hmm mula lah tu nak nangis dia tu...tak apa sayang saya faham untuk itu.. jangan risau okey saya boleh tunggu" Azri Amsyar memandang Nurnazlyna.
"janji erk dengan saya yang awak tak cari lain??" NurNazlyna menyuakan jari kelingkingnya kepada Azri Amsyar.
Azri Amsyar meletakkan jarinya di dagu seperti sedang berfikir. "hmm tengok lah kalau saya teringin nak tambah cawangan lagi saya boleh buat.. sebab saya ada lagi tiga cawangan kosong jadi okey lah tu setiap tahun so....." usikkan Azri Amsyar terhenti bila NurNazlyna menolak kepalanya dengan kasar dan berbaring.
"pergi lah pergi nak kahwin lagi kan pergi dah tepi saya nak tidur.. tak payah tidur dengan saya awak tidur bawah.. tak pun ni tempat saya sana tempat awak dah tepi" NurNazlyna meletakkan bantal peluk di tengah tengah mereka.
Hati NurNazlyna tiba diusik perasaan sedih dengan kata kata Azri Amsyar. NurNazlyna berbaring mengiring dan tidak memandang Azri Amsyar yang hanya tersenyum melihat reaksi isterinya itu marah pasal dirinya.
Air di tubir mata NurNazlyna jatuh juga, NurNazlyna hanya membiarkan sahaja air matanya itu jatuh.
"Sayang..." panggil Azri Amsyar lembut.. dia memegang bahu NurNazlyna.
NurNazlyna menepis sentuhan dengan kasar. Tersedu sedan dia menahan bunyi tangisnya.
Azri Amsyar tahu NurNazlyna sedang menangis ketika itu. Dia sengaja mahu mengusik perasaan isterinya itu.
"hey awak menangis ke sayang" Azri Amsyar mengalihkan bantal peluk di tengah tengah itu dan memegang bahu NurNazlyna kembali.
Azri Amsyar mendekatkan dirinya dengan NurNazlyna. Dia terus memeluk NurNazlyna dari berlakang.
"sayang marahkan saya ke??" Soal Azri Amsyar manja.
"hish tepi lah tak payah lah nak peluk peluk" kata NurNazlyna dengan esakkannya.
Azri Amsyar tersenyum melihat telatah sang isteri.
"okey okey saya minta maaf okey" Azri Amsyar menarik NurNazlyna. NurNazlyna memusingkan badannya
Azri Amsyar menarik kepala NurNazlyna dan meletakkan di dada bidang milik Azri Amsyar.
NurNazlyna menghamburkan tangisan di dada Azri Amsyar. Dia menggosok berlakang tubuh isterinya itu. Dia tahu bahawa isterinya itu sedang berada dalam emosi yang tidak berapa nak stabil.
Lama mereka begitu sehinggakan meraka sama sama terlelap kerana mengantuk. Maka malam itu Azri Amsyar dan NurNazlyna tidur sambil berpelukkan antara satu sama lain

BERSAMBUNG....
14.1.2021

baca elok elok dan selamat petang semua hihihihi... love you guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience