BAB 42

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

MAJLIS BERJALAN dengan lancar dan sungguh sempurna sekali. NurNazlyna memandang ke arah Erra Nazirah yang sedang membuai bayi mereka berdua di atas pelamin baju mereka yang berwarna putih sedondon.
Azri Amsyar duduk di sebelah NurNazlyna itu juga turut tersenyum melihat senyuman bahagia si isteri.
"nanti kita buat baby kita macam tu" bisik Azri Amsyar
"insyaallah"kata NurNazlyna dan tersenyum penuh manis ke arah suaminya.
Mereka berdua berlalu ke arah pintu untuk menyambut tetamu yang datang.
"adik sini tolong ibu ambik goodies dekat dalam bilik lepas tu bagi dekat budak budak"arah Puan Rose dan berlalu. Puan Rose agak sibuk kerana tetamu yang datang sangatlah ramai.
NurNazlyna menurut sahaja. Baju pumplem yang bewarna meroon itu sungguh menampakan kecantikkan dan seri ibu mengandung.
NurNazlyna mengambil bakul yang di arahkan oleh Puan Rose sebentar tadi.
Dia memakai kasut dengan berhati hati terus sahaja dia memberikan goodies itu kepada budak kecil yang berlari lari di situ di bantu oleh Sufia.
Ada beberapa budak remaja lelaki yang cukup NurNazlyna kenal tetapi dia tidak suka dengan remaja remaja lelaki itu kerana perangai mereka sangatlah tidak beradap.
"erh Aleen lah" tegur salah seorang dari mereka.
"makin cantik dowh dia sekarang" kata mereka yang lain.
NurNazlyna yang memandang hanya memberikan jelingan sahaja. Bukan kerana sombong erk tetapi malas mahu mengambil tahu.
"fuh jeling dia" sambung mereka lagi.
NurNazlyna mendekati mereka.
"amboi korang tak berubah perangai erk dari dulu sampai sekarang suka sangat berangan aleen dah kahwinlah simpan jerw lah angan angan kau orang tu" kata Halizah.
Mereka bertiga terkejut mendengar kata kata Halizah terus mereka bangun dari kerusi.
"dia dah kahwin kak?? mana suaminya?? kenapa tak jemput kami?? "bertubi tubi soalan yang ditanya kepada halizah
"sabo sabo... Aleen dah kahwin nak dekat setahun dah dia kahwin kenapa tak jemput korang tu tanyalah ibu and ayah korang sebab rasanya pak mat ada jemput mak ayah korang... kalau nak tahu siapa suaminya tengok tu pakai baju melayu meroon sama dengan dia tu" Halizah menunjukkan ke arah Azri Amsyar yang sedang turut membantu memberikan goodies kepada budak budak.
Mereka bertiga menelan air liur melihat Azri Amsyar yang jauh lagi baik dari mereka
"hmm dah lah jom balik aku ingat balik sini dapatlah manaruh hati dekat pujaan hati aku tapi hmm melepas" kata Din dan berlalu.
Halizah menggeleng kepala melihatnya. Dia memang sudah dapat mengagak mereka datang ke sini bukan hanya hendak mengikuti majlis tetapi hanya mahu melihat adik sedaranya yang seorang ini sahaja.
Selepas siap mengagihkan goodies kepada budak budak Nurnazlyna duduk di dalam sebentar kerana nafas yang mula sesak dan tersekat di dada.
"adik okey tak??" soal Sufia sambil duduk di sebelah NurNazlyna.
"okey cuma sesak nafas sikit..."kata NurNazlyna.
"ouh ya ke hah duduklah dulu jap akak ambik air"sufia berlalu ke arah dapur.
"erh aleen kalau tak larat pergilah rehat tak apa akak boleh handle" tegur Halizah.
"tak apalah kak, aleen okey cuma nak duduk sekejap ni" kata NurNazlyna dan menyandarkan tubuhnya.
"hah ya lah" Halizah berlalu ke dapur berlakang untuk mengambil barang.
Sufia mendekati NurNazlyna.
"ni dik air masak okey tak??" soal Sufia bila melihat wajah NurNazlyna.
NurNazlyna mengambil air dan minum sampai habis.
"okey dah sikit... thanks kak" kata NurNazlyna.
Dia bangun dari kerusi kayu itu. NurNazlyna keluar untuk melihat di mana anaknya Najwa yang dari pagi asyik bermain sahaja sehingga tak ingat mahu makan.
Matanya terlirik pada Azri Amsyar yang sedang berbual dengan Zana sungguh mesra sahaja apabila di lihat. Mula ada rasa cemburu dalam dirinya. Rasa laparnya hilang serta merta.
NurNazlyna mula berasa dirinya di cabar oleh Zana yang mungkin ingin menggoda suaminya.
Mata Azri amsyar bertentangan dengan NurNazlyna saat itu. Dia mula rasa bersalah dengan Isterinya yang seakan cemburu.Azri Amsyar datang mendekati NurNazlyna yang sedang ingin masuk ke dalam.
"sayang pergi mana husband cari tadi nasib Zana tolong husband tadi"kata Azri Amsyar sambil menahan langkah NurNazlyna.
NurNazlyna menepis rasa cemburunya kerana tidak mahu bergaduh di halayak orang ramai. Air mata di tahan.
"sayang duduk dekat dalam sekejap tadi..."jawab NurNazlyna.
"ouh ya ke sayang nak makan??" soal Azri amsyar.
"hmm tak lapar lagi kenapa husband nak makan ke??" nurNazlyna memandang suaminya.
"haah jom teman husband makan" ajak Azri Amsyar.
"ajak Najwa sekali, sayang rasa di pun tak makan lagi asyik main jerw"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar turut mencari Najwa yang sedang bermain lari lari bersama dengan anak anak Halizah dan anak anak Nazrim itu.
"Najwa"panggil NurNazlyna dan berjalan ke arah Najwa.
Dia bertembung dengan Zana.
"erh Aleen lelaki tadi tu siapa??" soal Zana dan memandang ke arah NurNazlyna dalam pada masa yang sama dia turut memandang ke arah Azri Amsyar yang tidak jauh darinya.
"itu Suami aku" sengaja NurNazlyna mahu menekankan perkata suami itu. Dia mahu Zana tahu bahawa tiada siapa yang boleh caras suaminya.
Zana terdiam. NurNazlyna tersenyum dan berlalu.
"erh Aleen tunggulah sekejap aku nak tanya ni... asal kau kahwin cepat sangat... dah lama tak balik tiba tiba balik nak buat kenduri... lepas tu tahu tahu dah kau kahwin" Zana berkata dengan sini.
"yang kau sibok sangat nak tahu kenapa dak leen ni kahwin awal dah kenapa... dah jodoh dia sampai awal bukan macam kau suka sangat cari gaduh dengan orang..."sampuk Nazuwan sambil mendukung Najwa yang memakai baju kurung sama warna seperti NurNazlyna dan Azri Amsyar.
"erh abang... Zana cuma tanya jerw manalah tahu dia mengandung sebelum kahwin sebab tulah terpaksa kahwin ni anak siapa pula ni??" kata Zana dengan lentoknya di hadapan Nazuwan.
"bang aku masuk dulu laki aku nak makan" kata NurNazlyna dan mengambil Najwa dari dukungan Nazuwan.
"umi Najwa nak makan juga... "kata Najwa sambil memeluk batang leher NurNazlyna.
"so ni anak kau??" soal Zana dengan sinis.
NurNazlyna hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah Nazuwan. Dia berlalu sambil mendukung Najwa.
Sampai sahaja di hadapan Azri Amsyar.
"sayangkan husband dah cakap jangan angkat Najwa"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tidak menghiraukan malah dia hanya meletakkan Najwa di bawah dan terus berlalu pergi meninggalkan Azri Amsyar yang terpinga pinga.
Azri amsyar memandang Najwa yang turut tertanya tanya.
"wawa tahu walid nak tanya wawa kenapa dengan umikan??" soal Najwa dan memandang ke arah Azri Amsyar.
"tu tengok makcik tu"Najwa memuncungkan bibirnya ke arah Zana yang sedang memandang ke arah mereka berdua.
Azri Amsyar mengangguk sahaja tanda faham dengan anaknya.Azri Amsyar masuk ke dalam rumah sambil memimpin tangan Najwa. Dia mencari isterinya di setiap pelosok orang ramai.
"hah Azri cari Aleen ke??"soal Puan Saadah.
"haah mak mok ada nampak dia tak??" soal Azri Amsyar kepada Puan Saadah yang sedang mendukung Humairah.
"tadi sufia cakap Aleen nak pergi makan.... lepas tu mak mok ingat di dekat bawah khemas cuba tengok dia dekat dapur" kata Puan Saadah.
Azri Amsyar mula rasa bersalah dengan isterinya.
"ouh ya ke hah terima kasih mak mok" Kata Azri Amsyar.
Puan Saadah mengangguk kepala dan berlalu membawa humairah masuk ke dalam bilik yang Erra Nazirah tidur mungkin mahu memberi susu kepada Humairah.
"jom Najwa kita cari umi dekat dapur" ajak Azri Amsyar.
Najwa mengikut sahaja ayahnya pergi ke dapur.
Azri Amsyar melihat NurNazlyna sedang bergelak ketawa bersama dengan Zakuan dan Erra Nazirah. Ada juga seorang perempuan tua di dapur.
"hah Azri sini lah makan" panggil Erra Nazirah.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang duduk di hadapan Zakuan sambil makan kuih yang di beri oleh Zakuan.
"ouh ini lah Azri suami kamu leen??" soal Puan Saodah.
NurNazlyna hanya tersenyum dan menundukkan pandangan sahaja.
"segak orangnya sesuai dengan aleen..." puji Puan Saodah.
"hmm mak cik makanlah dulu erra pergi depan sekejap nak tengok humairah dekat makmok" kata Erra Nazirah.
"hah ya lah erra" puan Saodah tersenyum memandang Erra Nazirah.
"Husband nak makan sini duduk sini sedaplah katering yang ayah tempah ni.. gulai daging dengan ayam masak merah ni sedap sangat sangat"kata NurNazlyna sambil menarik kerusi di sebelahnya untuk Azri Amsyar.
Puan Saodah menepuk bahu zakuan untuk memberi ruang kepada mereka bertiga.
"Aleen aku pergi depan dululah tengok lauk apa yang tak ada... Zana ni pun aku tak nampak dia dekat mana" kata Zakuan dan bangun dari kerusi.
"hah okey" balas NurNazlyna.
Puan Saodah dan Zakuan berlalu meninggalkan mereka bertiga di ruang makan.
"terima kasih makcik"kata NurNazlyna.
"sama sama..." Puan Saodah pun beransur ke arah hadapan.
Di ruang makan suasana hanya sepi masing masing mendiamkan diri.
"umi nak suap"kata Najwa yang sedang berdiri di sebelah NurNazlyna.
"sini dekat umi" NurNazlyna menolak kerusi dia sedikit ke berlakang dan menturuh Najwa duduk di atas pehanya.
"sinilah dekat Walid wawa duduk atas ni...tadi umi dah dukung tak akan umi nak pangku pula" kata Azri Amsyar dengan tegas.
Di sebabkan takut Najwa hanya mendengar arahan Azri Amsyar sahaja.Dia duduk di riba Azri Amsyar
NurNazlyna menyuapkan Nasi ke mulut Najwa dengan perlahan. Najwa makan dengan selera.
Azri Amsyar tidak berkelip memandang NurNazlyna yang sedang menyuap Najwa di hadapannya.
NurNazlyna yang perasan pandangan itu tidak menghiraukan. Dia tahu apa yang di fikirkan oleh suaminya saat ini. Najwa yang melihat ibu dan ayahnya hanya mendiamkan diri turut pelik.
"Walid dengan umi okey??"soal Najwa sambil memandang Azri Amsyar dan NurNazlyna silih berganti.
"umi okey jerw tanyalah walid??" kata NurNazlyna selamba.
Najwa memandang Azri Amsyar. "walid kenapa??" soal Najwa.
"walid okey jerw lah tanyalah umi kenapa?"Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
NurNazlyna menjeling Azri Amsyar yang wajahnya kelat sahaja. Dia menyuap Najwa. Dia menarik nafas yang tersekat di dada. Dia bersandar pada kerusi rasa lelah terasa.
Azri Amsyar yang perasan NurNazlyna menarik nafas panjang itu mula rasa kasihan. Walaupun rasa cemburu pada isterinya masih bersisa tetapi dia harus menurunkan perasaan cemburunya pada isterinya.
"okey tak??
"okey tak??" soal Azri Amsyar memandang isterinya.
"okey"jawab NurNazlyna sepatah.
Azri Amsyar berdecit.
"i'm asking you, Did you hear what I said?" Azri Amsyar memandang tajam ke arah NurNazlyna yang sedang menyandarkan tubuhnya di kerusi.
"Yes, I heard what you said" keluh NurNazlyna sambil menyuap nasi ke mulut Najwa.
"apa jawapannya??" Azri Amsyar menjungkitkan keningnya.
"penat sikit"jawab NurNazlyna sambil memberi Najwa air.
Azri Amsyar menarik nafas dan memeluk tubuh.
"Acu acu"panggil Asfa sambil berlari ke arah NurNazlyna.
"yes boy why??" soal NurNazlyna sambil memandanf ke arah Asfa.
"don't run boy" tegur NurNazlyna.
"Asfa nak makan lapar"kata Asfa mendekati NurNazlyna.
"kakak mana panggil makan sekali"kata NurNazlyna.
Lama kemudian Aulia datang mendekati NurNazlyna dan duduk di kerusi.
"duduk sini acu suap makan"kata NurNazlyna.
NurNazlyna menambah nasi dan menyuap anak anak buahnya makan termasuklah Najwa. Dia memandang Azri Amsyar yang masih memeluk tubuh.
"awak makanlah sekali" tegur NurNazlyna dan bangun mengambil pinggan dan meletakkan nasi. Dia memberi nasi dan di isikan lauk.
lalu dia meletakkan di atas meja hadapan Azri Amsyar. Dia memandang Azri Amsyar sekilas.
"terima kasih"kata Azri Amsyar.
NuNazlyna sambung menyuap anak anaknya makan dengan bergilir gilir.
Selepas habis menyuap makan. NurNazlyna mengarah mereka untuk membersihkan tangan dan mulut.
"Najwa jom main" panggil Asfa.
NurNazlyna menggeleng kepala melihat mereka bertiga yang berlari ke arah pintu keluar.
Selepas itu dia mengambil tempat di sebelah Azri Amsyar yang masih lagi menjamu selera.
Azri Amsyar bangun dari kerusi dan berlalu ke singku untuk mencuci pinggan dan tangan.
NurNazlyna berjalan ke arah singki. Nasib hanya mereka berdua sahaja yang berada di dapur.
"are you okey??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar mendiamkan diri dan berlalu keluar dari pintu dapur. NurNazlyna hanya mendiamkan diri sahaja. Dia mula terasa hati dengan layanan suaminya.

MALAM ITU, ketika mahu tidur NurNazlyna melunjurkan kaki di atas katil sambil membawa sebotol minyak angin yang di beri oleh Puan Saadah sebentar tadi. Kaki yang mula lenguh itu di picit perlahan.
Dia baharu sahaja selesai solat isyak. Azri Amsyar yang baharu sahaja masuk ke dalam bilik memandang ke arah isterinya.Azri Amsyar duduk di sebelah NurNazlyna.
Selepas berbual dengan ipar dan birasnya di halaman rumah. Apabila berasa kasihan melihat isterinya bersusah payah mengurut kaki sendiri.
Dia berganjak ke hadapan sedikit,lalu dia mengambil kaki NurNazlyna dan di letakkan di atas ribanya. NurNazlyna yang terkejut kerana kain batik yang di pakai di selak oleh Azri Amsyar
"erh awak nak buat apa ni??" soal NurNazlyna terkejut dengan tingkah suaminya.
"sinilah kaki tu husband urutkan"kata Azri Amsyar lembut.
"tak payahlah awak rehat jerw saya boleh buat sendiri" NurNazlyna menepis perlahan dan menutup kakinya yang sudah terdedah dengan kain batik yang di pakai.
Azri Amsyar berdecit dan merenung NurNazlyna dengan tajam. NurNazlyna mengalah dia menyelak kain batiknya sedikit di hadapan Azri Amsyar.
Lalu Azri Amsyar mengambil minya di tangan NurNazlyna dan meletakkan di tapak tangan terus sahaja di menggosok kaki NurNazlyna perlahan.
NurNazlyna hanya mendiamkan diri dan memandang ke arah suaminya. sejak kejadian petang tadi NurNazlyna dan Azri Amsyar banyak mendiamkan diri.
"what??" soal Azri Amsyar memandang isterinya.
"kenapa erk awak buat saya macam ni??" soal NurNazlyna sambil memandang ke arah Azri Amsyar.
"buat apa??" Azri Amsyar tidak memandang ke arah NurNazlyna.
Nurnazlyna menarik nafas yang tiba tiba terasa sesak dan tersekat di dada.
"sejak petang tadi bila saya cuba cakap dengan awak, awak mengelak... bila saya cuba datang dekat awak buat saya macam tak wujud... tapi bila malam dekat bilik macam ni awak buat baik dengan saya..."kata NurNazlyna sambil menyelit rambutnya di berlakang terlinga.
Terhenti tangan Azri Amsyar dari memicit kaki isterinya.
"awak tanya saya kenapa?? awak tu yang kenapa?? tiba tiba jumpa saya moody lepas tu bila saya tanya awak cakap tak ada apa apa... lepas tu boleh pula bergelak tawa dekat dapur dengan lelaki lain...." Azri Amsyar berhenti dari memicit kaki NurNazlyna.
"habis awak tu saya baru tinggalkan awak sekejap sebab saya penat,perut saya sakit mana awak masa tu awak sibuk melayan perempuan lain... awak sibuk melayan si Zana tu kan" kata NurNazlyna geram.
NurNazlyna mula terasa sebak dan matanya pula panas menahan air mata dari jatuh.
Azri Amsyar terterdiam dan memandang isterinya. Dia mula rasa bersalah. 'apa
"sayang saya..." Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna.
NurNayna menepis.
"dah lah awak saya penat sangat sangat... saya tak suka orang yang saya sayang buat saya macam tu... bila tak nak buang bila nak awak kutip saya balik... macam awak lah bila awak rasa yang saya salah awak tak layan saya bila awak perlukan saya awak nak saya layan awak...memang awak nikah dengan saya sebab nafsu awak semata ke??" NurNazlyna memandang Azri Amsyar. Air mata yang mengalir tidak di hiraukan.
"bukan macam tu saya minta maaf dengan awak" kata Azri Amsyar.
"itu jerw yang awak tahu maaf maaf... bila buat salah sikit maaf sikit sikit maaf.. awak tahu tak kalau kita bergaduh jerw mesti sebab cemburu saya letih tahu tak" kata NurNazlyna lagi. Tersedu sedan menghamburkan tangis.
NurNazlyna bangun dari katil dan ingin mengambil tudung di berlakang pintu.
"nak pergi mana tu??" soal Azri Amsyar apabila melihat isterinya memakai tudung sarung dan kadigen.
NurNazlyna hanya mendiamkan diri. Azri Amsyar tidak berpuas hati apabila soalannya tidak di jawab.
"saya tanya awak nak pergi mana??" soal Azri Amsyar lagi. Nasib bilik mereka kedap bunyi dari luar.
"saya nak keluarlah"kata NurNazlyna sambil tangannya membuka pintu.
"husband tak izinkan sebab dah malam" kata Azri Amsyar dan terus bangun dari katil.
"peduli apa saya"NurNazlyna membuka pintu biliknya dan pergi ke bilik sebelah.
Dia membuka pintu tanpa memberi salam. Dia melihat Najwa dan anak anak buahnya sudah tidur di bawah mungkin kerana kepenatan bermain dari pagi sehingga ke petang.
"angah aku nak pinjam kereta" kata NurNazlyna.
"nak pergi mana dah malam ni??" soal Nazrim.
"adalah" NurNazlyna mengambil kunci di atas meja sebelah pintu biliknya.
"hati hati" kata Nazrim.
Tanpa membalas NurNazlyna menutup pintu bilik Nazrim dan berlalu ke arah pintu utama. Pintu di kunci Nurnazlyna mencari kunci di berlakang pintu tetapi tiada.
Puas dia mencari di setiap penjuru dan di bawah almari tetapi tiada juga. NurNazlyna menarik nafas panjang.
"sayang cari ni ke??" soal Azri Amsyar sambil menunjukkan segugus kunci di tangannya.
NurNazlyna memandang ke arah tangan Azri amsyar dan berdecit.
"bagilah" kata NurNazlyna.
"nope masuk bilik now" arah Azri Amsyar.
Kunci rumah memang dia sudah ambik dari awal lagi. Sejak NurNazlyna masuk bilik Nazrim lagi dia sudah mengambil kunci dari atas meja.
"saya nak keluarlah bukalah pintu ni" kata Nurnazlyna sambil tersedu sedan menghamburkan tangis yang masih tersisa.
Dia mahu memperlahankan suara tangisnya kerana takut orang lain terdengar dan terjaga.
Azri Amsyar menghampiri NurNazlyna dan menariknya masuk ke kamar mereka. NurNazlyna tidak membantah
Selamat Najwa tidur di bilik Nazri malam ini, kalau tidak entah apalah yang di fikir bila melihat ayah dan ibunya bergaduh.
"saya nak keluarlah lepaslah tangan saya ni sakitlah."kata NurNazlyna sambil menarik narik tangannya dari genggaman Azri Amsyar.
"shh diam" kata Azri Amsyar meletakkan jari terlunjuknya di mulut.
NurNazlyna terdiam. Sampai sahaja di dalam bilik Azri Amsyar melepaskan genggaman tangan isterinya. Terus NurNazlyna memeluk tubuh sambil memandang ke arah lain.
"sayang please i'm sorry come"Azri Amsyar menarik NurNazlyna di dalam perlukan.
NurNazlyna tidak membantah dia membalas perlukan Azri Amsyar. Azri Amsyar memujuk NurNazlyna dengan menggosok berlakang NurNazlyna dengan lembut.
Dia tidak boleh menyalahkan isterinya sahaja. Dia juga turut bersalah kerana membiarkan isterinya keseorangan ketika sakit.
"shh dah dah okey??salah husband okey i'm sorry" kata Azri Amsyar dan mengucup ke seluruh wajah Azri Amsyar.
"awak selalu macam tu buat salah sikit minta maaf lepas tu buat juga nanti"kata NurNazlyna sambil mengelap air mata yang jatuh di pipi.
Azri Amsyar menyambung mengesat air mata si isteri yang kian berjuraian. Dia memujuk isterinya sehingga berhenti bunyi tangis.
"saya tetap nak keluar juga" kata NurNazlyna dengan keras. Dia tetap dengan keputusannya mahu keluar.
"kalau saya tak izinkan juga??" soal Azri Amsyar sambil memeluk tubuh dan bersandar di berlakang pintu.
"itu maknanya awak dah tak sayang saya dengan baby lagi" kata Nurnazlyna sambil mengusap perutnya yang berusia 2 bulan itu.
"siapa cakap saya tak sayang dekat baby dengan umi dia??" soal Azri Amsyar sambil menjungkitkan keningnya.
"siapa suruh awak tak bagi saya keluar"NurNazlyna menjeling Ke arah suaminya. Kali ini dia tidak mahu kalah dengan suaminya.
Azri Amsyar mengecilkan matanya memandang NurNazlyna dari atas ke bawah.
"tak akan sayang nak pergi dengan pakai kain batik macam ni" kata Azri Amsyar.
Dia melihat isterinya yang memakai kain batik itu seperti anak dara bukan seperti orang sudah berkahwin. Azri Amsyar menelan air liurnya.
NurNazlyna melihat dirinya yang hanya memakai kain batik yang di beri oleh Puan Saadah sebentar tadi. Dia malu sebenarnya tetapi di masih lagi tidah mahu beralah.
"biarlah apa masalanya" kata NurNazlyna.
"tepilah saya nak keluarlah" NurNazlyna menolak Azri Amsyar perlahan. Hampir terjatuh Azri amsyar di buatnya.
"nak pergi mana??" soal Azri Amsyar.
"pergi jerw lah mana mana yang saya suka yang awak sibuk kenapa??" NurNazlyna memeluk tubuh.
Azri Amsyar tersenyum melihat rajuk si isteri. Dia tahu bahawa isterinya tu sedang merajuk dan mahu di pujuk.
"Kenapa husband sibuk?..Husband sibuk sebab husband ni suami sayang sebab tu husband sibuk"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna berdecit dan menarik nafas panjang. Dia terus membuka tudung dan membalingkannya di bakul. Dia berjalan menghentakkan kaki ke arah katil.
Azri Amsyar yang terkejut melihat reaksi isterinya itu menggeleng kepala.Perangainya sama seperti kanak kanak ribena.
"baik saya tidur dari layan awak..."kata Nurnazlyna sambil memeluk telefon bimbit kepunyaannya dan berbaring di katil ikatan rambut di buka.
Tersenyum Azri Amsyar. Dia berbaring di sebelah NurNazlyna yang memberlakangkannya. Azri Amsyar terus memeluk NurNazlyna dari berlakang dia mengusap perut NurNazlyna.
"Baby umi marah walidlah macam mana nak buat ni"kata Azri Amsyar sambil mengusap perut NurNazlyna. Dia menyembunyikan senyuman dan menahan gelaknya
NurNazlyna berdecit.
"sanalah saya nak tidurlah"kata NurNazlyna menepis tangan Azri Amsyar dengan perlahan. Dia berasa geli bila di buat begitu.
"tak nak husband still nak peluk sayang juga" kata Azri Amsyar dan menyambung memeluk NurNazlyna.
"Saya tak sukalah dah lah saya penat"rengek NurNazlyna.
"tidur jerw lah husband cuma nak tengok baby jerw" kata Azri Amsyar. Selamba sahaja dia menyelak baju NurNazlyna sehingga terdedah menampakkan perutnya
NurNazlyna hanya membiarkan. Dia mula terasa ada ciuman di perutnya. Dia mula rasa lemah dengan perbuatan suaminya.
Lama lama NurNazlyna tergelak juga akhirnya kerana kegelian yang di buat oleh Azri Amsyar.
"dah lah saya penatlah"kata NurNazlyna sambil menarik bajunya dan membetulkan kain batik yang sudah mahu terburai.
Azri Amsyar berhenti dan menarik NurNazlyna ke dalam pelukkan. NurNazlyna membalas
lama Mereka berdua mendiamkan diri melayan perasaan masing masing.
"Husband"panggil NurNazlyna manja
"ya sayang"Azri Amsyar yang bermain dengan rambut NurNazlyna itu memandang ke arah isterinya.
"Sayang boleh maafkan husband kalau husband janji jangan layan Zana lagi boleh??" soal NurNazlyna
"tengoklah"jawab Azri Amsyar selamba.
NurNazlyna membulatkan mata.
"hish ni yang malas cakap dengan husband ni... sayang merajuk macam tadi baru tahu" ugut NurNazlyna.
"takutnya dengan ugutan dia tu" Azri Amsyar berpura pura takut.
NurNazlyna menolak Suaminya menjauh.
"kunci kereta angah ada dekat sayang lagi ni jangan main" kata NurNazlyna.
" werk Kunci rumah husband dah sorokkan" Azri Amsyar menjelir lidah.
NurNazlyna terdiam sejenak.
"sayang boleh guna pintu berlakang" kata NurNazlyna berura ura ingin bangun dari katil.
Dengan sekejap sahaja Azri Amsyar menarik NurNazlyna kembali.
"lepaslah." kata NurNazlyna.
"tak nak"jawab Azri Amsyar.
"mana boleh husband biarkan sayang keluar sorang sorang lagi lagi tengah malam macam ni... kalau ada orang ngorat nanti macam mana husband juga yang cemburu."kata Azri Amsyar sambil memintal mintalkan rambut NurNazlyna yang lurus.
Tersenyum NurNazlyna mendengar ayat manis dari suaminya yang tercintanya.
"ya lah tu... ayat mulut bukan main manis lagi... tapi nanti still buat juga" perli NurNazlyna selamba.
"sayang ni tak percayakan Husband ke??" soal Azri Amsyar.
"tak sebab husband tu memang kuat cemburu buta dengan Sayang"kata NurNazlyna sambil mencubit pipi Azri Amsyar dengan geram
"Suami mana yang tak cemburu bila tengok isterinya bermesra dengan lelaki lain sayang...."kata Azri Amsyar.
"sayang tahu suami berhak cemburu pada si isteri..tapi husband please jangan cemburu buta demi baby... kalau bukan demi sayang husband kene ingat baby..."kata NurNazlyna sayu dan memandang Suaminya.
"okey insyaallah husband boleh cuba"kata Azri Amsyar Tangannya beralih pada perut NurNazlyna.
"sorry sayang walid buat umi marah dengan umi hari ni kasihan anak walid ni jadi mangsa" kata Azri Amsyar dan mengucup perut nurNazlyna.
"so kita berdamai okey" Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang memandang ke arahnya.
"untuk kesalahan husband yang ini kita dah berdamai tapi untuk semalam belum lagi sebab husband tak bagi Durian lagi dekat sayang" kata NurNazlyna. Dia mahu menuntut janji kepada Suaminya.
"esok kita cari sebab esok kita tak ada pergi mana mana lagi... lusa husband rasa kita balik dulu sebab husband ingat nak pergi rumah Opah husband tahu sayang tak selesa duduk sini lama lamakan??" Azri Amsyar memandang NurNazlyna.
NurNazlyna mengangguk perlahan. Dia bukan mahu melupakan kampungnya sendiri tetapi sungguh dia rasa tidak selesa dengan Puan Sarifah yang kadang kala suka menyindirnya sahaja.
"sayang okey jerw duduk sini cuma sayang kurang selesa bila ada Mama"kata NurNazlyna perlahan.
Dia berharap sangat agar Puan Sarifah membuka hati untuk menerima kenyataan dan dirinya. Dia tidak suka bergaduh walhal dia tidak tahu apa punca Puan Sarifah bermasam muka dengannya.
"dahlah jom tidur husband dah mengantuk ni" kata Azri Amsyar dan menarik NurNazlyna untuk berbaring di sebelahnya.
"dah mengantuk?? hmm sayang ingat husband nak tengok baby malam ni tapi husband dah mengantuk tak apalah"Nurnazlyna melukis abstrak di dada Azri Amsyar sengaja mahu menguji Azri Amsyar.
Azri Amsyar yang sudah mahu melelapkan matanya terus menjadi segar kembali. Dia menata wajah isterinya yang sedang menarik selimut.
"sayang sengajakan"kata Azri Amsyar
"what tidur lah kata tadi penat kalau penat tak payah lah"usik NurNazlyna.
"nakal" Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
NurNazlyna hanya tersenyum.
Pada malam itu pasangan suami isteri tidur dengan lena dan tiada gangguan dari sesiapa. alhamdulillah mereka berdamai.

RANIA DAN FARIQ mengemaskan barang untuk pulang ke rumah mereka berdua. Rania meletakkan baju di dalam beg tariknya dan menyusun dengan kemas.
Fariq melihat Rania dari jauh yang sedang mengemas baju untuk mereka balik ke tanah air.
"you lambat lagi ke??" soal Fariq.
Rania hanya memakai baju kelawar bercorak batik yang dibeli semalam olehnya
"sabarlah you ni.. bukannya lari pun KL tu flight kita pukul 10 pagi sekarang baru pukul 8 pagi... Farah dengan Faruq tu pun tak siap lagi agaknya" kata Rania sambil memandang ke arah Fariq.
"dia orang dah siaplah you jerw yang tak siap siap"kata Fariq sambil datang mendekati Rania.
"i pula yang kene youlah siapa suruh semalam you kacau i"kata Rania sambil menjeling tajam ke arah Fariq.
"siapa suruh you comel sangat" sakat Fariq
Rania tidak menghiraukan usikkan dari suaminya
Rania mengzipkan beg itu dan meletakkan di sebelah katil. Dia mengambil kain tuala yang berada di penyidai dan masuk ke kamar mandi untuk membasahkan badan.
Sebelum solat subuh dia sudah mandi tetapi dia mahu membasahkan badan sahaja.
Selesai sahaja mandi Rania siap memakai baju hanya tinggal untuk memakai tudung sahaja. Rania tidak suka dengan bersolek dia hanya bersolek jika pergi ke majlis sahaja.
"Dear"panggil Fariq
"yes" Rania memandang Fariq
"Nanti saya kene lapor diri dekat bukit bintang tau" kata Fariq.
"bila??" soal Rania sambil menyarungkan tudung.
"hmm after you balik pahang" kata Fariq.
Rania berfikir sejenak. susah juga kahwin muda ini. suami isteri terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki dan mata pencaraian.
"alright"kata Rania sambil mengangkat beg tangannya.
Selepas sahaja mereka keluar dari bilik hotel Rania dan Fariq turun ke lobi untuk menunggu Farah dan Faruq memguruskan urusan untuk keluar dari hotel.
"you tunggu sini jerw lah"kata Rania dan duduk di kerusi tempat menunggu.
Fariq duduk di sebelah Rania. Mereka sama sama menunggu ketibaan yang di mulia Faruq dan Farah.
"kan i dah cakap yang di orang tu lambat" kata Rania.
Fariq hanya tergelak sahaja mendengar bebelan dari si isteri. Selepas 10 minit menunggu Rania terpandang Faruq dan Farah yang baharu sahaja keluar dari lift sambil tergelak gelak.
"you tu hah dah sampai"kata Fariq. Sambil memegang tangan Rania.
"tahu tu.." kata Rania.
Farah dan Faruq mendekati Rania dan Fariq. Rania memandang Farah dengan tajam dari atas ke bawah.
"berjanggut tunggu kau tahu pompuan"kata Rania sambil menarik rambut Farah yang di ikat satu.
"sakit lah... Fariq tengok bini kau ni"kata Farah sambil memukul Rania.
Fariq dan Faruq hanya tersenyum sahaja.
"eleh kau gedik dah jom balik assigment banyak kau tahu tak" kata Rania sambil menjungkitkan keningnya.
"itu lagi satu masalah.. asal hubby tak ingatkan honey"Farah memukul Faruq dengan kasar.
"jap jap apa tadi?? honey? hubby??" soal Rania terkejut.
Farah tersenyum memandang ke arah Faruq.
"Ouh Faham you tak lama lagi ni you" kata Rania kepada Fariq.
Fariq tersenyum mula idea nakalnya mahu mengusik si isteri.
"alah you pun sama apa kurang tak lama juga lagi tu"kata Fariq selamba. wajah Rania mula membahang.
Farah dan Faruq hanya tergelak mendengar kata kata Fariq itu.
"huish seriuslah Fariq hebat rupanya adik aku ni" kata Faruq sambil menepuk bahu Fariq.
"you ni" Rania mencubit perut Fariq dengan geram.
"tidur luar malam ni" kata Rania dan berlalu sambil menarik laguage miliknya.
Farah hanya menggeleng kepala sahaja. Selesai sahaja booking grab untuk ke lapamgan terbang mereka naik bersama kereta bergerak dengan laju ke laoamgan terbang.

"UMI,WALID"panggil Najwa sambil berlari ke arah NurNazlyna dan Azri Amsyar di beranda luar rumah.
"ya sayang kenapa??" soal NurNazlyna.
"Najwa bosanlah Asfa dengan Aulia tak ada..."Najwa mengadu dengan NurNazlyna.
Asfa dengan Aulia pergi mengikut Nazrim dan sufia pergi ke bandar untuk mencari makanan.
"shiannya anak umi ni sini dekat umi"NurNazlyna mengangkat Najwa duduk di ribanya.
"Walid bila adik nak keluar??" soal Najwa kepada Azri Amsyar.
"lambat lagi sayang tahun depan baru keluar" kata Azri Amsyar sambil menyelitkan rambut Najwa ke berlakang terlinga.
"tahun depan sekarang bulan 9 lamanya" rungut Najwa sambil mengira tangannya.
NurNazlyna tersenyum melihat telatah anaknya yang pandai mengira bulan.
"mestilah" Azri Amsyar mengusap perut NurNazlyna.
"Walid jom kita pusing pusing kampung"ajak Najwa.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna Meminta persetujuan.
"habis umi macam mana tak akan tinggal dekat rumah"usik NurNazlyna.
"alah umi ikutlah sekali..."kata Najwa.
"sayang macam mana??" soal Azri Amsyar.
"hmm kejap nak fikir"NurNazlyna berpura pura berfikir di hadapan Najwa.
"alah umi ni main mainlah"rengek Najwa manja.
Tergelak NurNazlyna melihat anak angkatnya itu.
"okey lah jom pergi tanyan atok dulu dekat dalam"Arah NurNazlyna.
Najwa berlari ke arah dapur tiba tiba.
TANG...
Bunyi cawan dan dulang besi jatuh.
Dengan segera NurNazlyna dan Azri Amsyar bangun untuk melihat Najwa.
Najwa sudah jatuh terbaring di lantai. kaca cawan berterabur di atas lantai dahi Najwa kelihatan benjol terkena almari.
"jagalah anak tu elok elok lain kali" marah Puan Sarifah.
NurNazlyna mengangkat Najwa yang sedang menangis teresak esak.
"apa bising bising ni Dik??" soal Puan Rose dia tidak perasan apa yang berlaku kerana dia berada di dapur untuk memberi suaminya makan di dapur.
Encik Mohammad datang untuk melihat bising bising tadi.
"ya allah cucu aku"Encik Mohammad menunduk untuk melihat Najwa yang berada dalam perlukkan NurNazlyna yang sedang teresak esak menangis.
"Azri angkat Najwa masuk bilik" arah Encik Mohammad.
Lalu Najwa di angkat oleh Azri amsyar.NurNazlyna bangun dari duduknya.
"Aleen minta maaf mama... janganlah marah Najwa dia tak salah aleen ni ibu dia... tak apa mama ada luka dekat mana mana??" NurNazlyna memegang tangan Puan Sarifa.
Puan sarifah menepis tangan NurNazlyna dengan kasar dan memandang NurNazlyna dari atas ke bawah.
"kau tak payah nak tunjuk baik dengan akulah... aku tak suka dengan kau tahu tak... semua beri perhatian dekat kau jerw..aku ni orang tak pernah ambik peduli langsung" Puan Sarifah menunjal nunjal kepala NurNazlyna dengan kasar.
Puan Rose yang melihat anaknya di buat begitu terus menarik NurNazlyna ke berlakangnya.
"apa salah anak aku sampai kau tak suka dengan anak aku pah" kata Puan Rose sambil mengusap berlakang anaknya.
Encik Mohammad hanya diam sahaja. Dia hanya menunggu masa sahaja untuk marah adiknya itu.
"kak long pon samalah tak payah nak tunjuk baik.... korang satu keluarga memang suka menyusahkan hidup aku... semua pandang baik dekat keluarga korang...keluarga aku semua pandang hina..."kata Puan Sarifah sambil memeluk tubuh.
"habis mama cemburu??" soal Erra Nazirah dari berlakang yang sedang mendukung Humairah. Humairah bertukar tangan kepada suaminya.
Puan Sarifah terdiam sekejap.
Encik Halim datang menghampiri isterinya.
"Erra tak tahu apa salah keluarga erra dekat Mama sampai mama sanggup kata macam tu dekat adik erra" Erra Nazirah mendekati NurNazlyna.
"kau diamlah... untuk apa aku nak cemburu dengan keluarga macam korang ni... suka sangat minta perhatian dekat keluarga orang lain..."
"Cukup!!!" tengking Encik Mohammad.
Mereka semua terdiam dengan jerkahan Encik Mohammad.
"pah aku diam, diam juga tau kau jangan ingat aku tak tahu erk... malam hari tu Erra jatuh punca dari kau kan??" samhung Encik mohammad lagi.
NurNazlyna memandang Erra Nazirah. Dia betul betul tidak sangka Puan Sarifah sanggup membuat dia begitu.
Puan Sarifah yang tadinya angkuh mula kelihatan cuak apabila abangnya membuka cerita tentang air sabun yang tumpah tempoh hari.
"kau jangan nak tuduh aku lah bang"kata Puan sarifah.
"aku tipu kau??... nasib waktu tu erra yang jatuh kalau Aleen yang jatuh apa kau nak menjawab kau bunuh anak yang tak berdosa dalam perut aleen tu" kata Encik Mohammad sambil menunjuk perut NurNazlyna
"apa yang awak buat ni hah?? saya betul betul tak sangka" soal Encik Halim sambil menggeleng kepalanya melihat isternya yang sedang di marahi oleh abang iparnya.
"awak percaya apa abang ni cakap"Puan Sarifah menunjuk Encik Mohammad
"Halim aku minta maaf tapi tolong nasihat sikit dekat bini kau ni.. Pah kau lupa erk dekat rumah ni ada cctv yang di pasang oleh kau sendiri untuk tengok keadaan rumah ni" kata Encik Mohammad dengan sinis.
Pada malam itu Encik Mohammad pergi ke kawasan mengawal cctv untuk melihat siapa yang menumpahkan air sabun di dapur.
Puan Sarifa mula diam.
"sampai hati mamakan sanggup buat anak buah sendiri macam tu" Erra Nazirah memandang Puan Sarifah.
"kakak" NurNazlyna memanggil Erra Nazirah dan menggeleng kepala.
Selepas itu NurNazlyna menarik nafas panjang.
"Mama, Aleen betul minta maaf sebab menyusahkan mama... aleen tahu mama bukan macam ni... mama cuma tak suka dengan keluar aleen sebab orang lain semua beri perhatian penuh dekat aleen dan keluarga yang lain menangkan aleen... tapi aleen nak mama tahu yang mama kuat bukan macam aleen... mama seorang diri mempertahankan hak mama untuk menampung berat ujian mama... tapi Aleen orang lain yang kene tolong aleen untuk jadi manusia yang sempurna... aleen banyak menyusahkan orang lain termasuk ibu dengan ayah aleen sendiri... sampaikan ayah mensisihkan mama sebagai adik...."kata Nurnazlyna sambil melepaskan pegangan tangan Puan Rose.
Puan Rose sudah menitiskan air mata mendengar luahan hati anak bongsunya itu. Dia yakin yang anaknya itu sudah kuat dalam menjalani kehidupan seperti orang lain.
"Ayah tak apa aleen maafkan mama" kata NurNazlyna.
"walaupun perempuan tua ni hampir nak bunuh anak kau??" soal Erra Nazirah geram.
NurNazlyna memandang Erra Nazirah.
"alah kau nak tunjuk baik dengan aku... entah entah tu bukan anak suami kau" Puan Sarifah masih lagi tidak mahu beralah.
PANG!!!
Sekejap sahaja Encik Mohammad sudah melempang wajah Puan Sarifah sehingga terteleng.
"ayah" panggil NurNazlyna.
"kau boleh hina aku pah... tapi tolong kau jangan hina cucu cucu aku... Halim aku minta maaf tolong bawa isteri kau ni balik sebelum benda lain yang berlaku dalam rumah ni"kata Encik Mohammad kepada Encik Halim.
Encik halim menarik tangan isterinya dan masuk ke dalam bilik.
"kau sanggup sepak aku bang... untuk anak anak kau yang bawa malang ni" Kata Puan Sarifah.
"anak anak aku yang bawa malang ni lah yang tolong bayarkan duit yang kau berhutang dekat sana sini kau tahu tak... anak anak aku tak bawa malang bagi aku" kata Encik Mohammad dengan kasar.
"abang dah lah tu" kata Puan Rose sambil menggosok lengan Encik Mohammad.
Erra Nazirah memeluk adiknya di sebelah.
NurNazlyna mula lemah bila dia di tuduh begitu oleh Ibu sedaranya sendiri.
"jangan fikir" kata Erra Nazirah di sebelah dan menggosok tubuh NurNazlyna.
Puan Sarifah masuk ke dalam bilik dengan rasa marah.
Nurnazlyna melepaskan perlukkan dan masuk ke dalam bilik dia melihat Najwa yang sudah diam dari menangis.
"sayang"panggil Azri Amsyar.
NurNazlyna duduk di birai katil sambil mengelap air matanya yang berjuraian jatuh.
"kenapa allah uji saya macam ni??" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar datang mendekati NurNazlyna baharu sahaja tadi mereka bergelak ketawa bersama dengan isterinya tetapi dengan sekejap sahaja isteriny sudah bersedih.
"husband ada untuk sayang dah dah..."Azri Amsyar memujuk NurNazlyna
"sayang penat"adu Nurnazlyna.
"dah dah sayang tidur sebelah Najwa okey... nanti lepas Najwa bangun kita pergi Klinik check Najwa" arah Azri Amsyar.
"husband jangan tinggalkan sayang tidurlah dekat sebelah." kata Nurnazlyna.
Azri Amsyar menurut sahaja dan berbaring
NurNazlyna baring dan dia terlelap dengan Esakkan yang masih tersisa.
Azri Amsyar mencium dahi Nurnazlyna dengan lembut. Dia memandang wajah isterinya sambil menggosok perut Nurnazlyna dengan lembut.
Dia juga kasihan melihat isterinya yang banyak menanggung masalah keluarga dan masalah lain. Dia akan menjaga isteri dan anak anaknya.
Azri Amsyar yang sedang berbaring itu akhirnya terlelap juga di sebelah isterinya.

NURNAZLYNA tersedar dari tidurnya apabila terdengar pintu di ketuk dari luar. NurNazlyna mengalihkan tangan yang berda di perutnya. Dia memandang Najwa yang sedang tidur di sebelah.
NurNazlyna bangun dari katil dengan perlahan dan berjalan ke arah Pintu.Dia membuka pintu. Figura Halizah terjegul di hadapan pintu.
"maaf kak Aleen tidur tadi"kata NurNazlyna.
Halizah memandang wajah NurNazlyna yang kemerahan. mata NurNazlyna kian bengkak.
"erh tak apa aleen akak balik dulu erh jangan ambik hati sangat apa yang mama cakap... akak betul betul tak sangka apa yang mama buat selama ni"kafa Halizah.
"tak apa kak aleen faham maafkan aleen juga ya..."kata NurNazlyna.
Mereka berpeluk untuk seketika. Selepas itu Halizah berlalu pergi. NurNazlyna memandang Figura Halizah yang berjalan ke arah pintu utama. sungguh dia rasa bersalah.
NurNazlyna berbaring sekejap dia memandang Azri Amsyar di sebelah. NurNazlyna bermain rambut Azri Amsyar.
"Umi"panggil Najwa dalam tidur.
"ya sayang umi shh" NurNazlyna menepuk Najwa dengn perlahan.Dia memegang dahi Najwa. Terkejut dia apabil terasa suhu badan Najwa yang sudah kepanasan.
"hish demam anak aku ni"kata NurNazlyna.
Nurnazlyna mula rasa tidak sedap hati. Dia mengejut Azri Amsyar di sebelah.
"Husband bangun husband anak demam ni" panggil NurNazlyna.
Azri Amsyar bangun dan memandang isterinya di sebelah.
"Badan Najwa panas ni jomlah kita pergi Klinik tadi husband cakap nak pergi Klinik."kata Nurnazlyna.
"kita solar asar dulu sayang..."kata Azri amsyar.
Nurnazlyna mengangguk kepalanya dan keluar dari bilik.
"adik dah bangun Najwa mana??" tegur Encik Mohammad yang berada di ruang tamu.
"Najwa demam ayah badan dia panas tu yang nan bawa pergi Klinik kejap lagi"kata NurNazlyna.
Encik mohammad melipat surat khabar di tangan dan memandang ke arah NurNazlyna.
"ya allah habis Najwanya mana sini ayah tengok"soal Encik Mohammad.
"ada dalam bilik Azri tengah pujuk dia bangun jerw menangis" kata NurNazlyna.
Encik Mohammad bangun dam berlalu ke bilik NurNazlyna untuk melihat cucu kesayangannya.
NurNazlyna berlalu ke dapur untuk mengambil wuduk. Dia melihat Puan saadah dan Puan Rose sedang berbual.
"dik nak pergi mana tu?? kenapa terkocoh kocoh ni??" soal Puan Rose.
"nak ambil wuduk solat... Najwa demam lah ibu ada dekat dalam bilik tu hah"jawab Nurnazlyna.
"ya allah haih terkejut agaknya tu tak apa biar ibu pergi tengok" kata Puan Rose dan berlalu.
"makmok buat apa tu??" soal Nurnazlyna apabila melihat Puan Saadah sedang menguli tepung.
"buat cekodok ni hah..." kata Puan Saadah dan tersenyum.
Puan saadah berasa kecewa juga dengan kakaknya yang seorang itu. Dia rasa tidak patut kakaknya berasa dengki dengan NurNazlyna yang tidak tahu apa itu.
"hmm aleen okey??" soal Puan Saadah memandang ke arah Nurnazlyna.
"Aleen okeylah makmok aleenkan kuat" kata NurNazlyna dan tersenyum.
Puan saadah juga tersenyum melihat senyuman yang cukup manis terukir di wajah anak sedaranya ini.
NurNazlyna berlalu mengambil wuduk. Selepas itu dia berjalan ke biliknya matanya terpandang ke ruang tamu melihat Najwa sedang di dukung oleh ayahnya.
"ayah Najwa berat tu"tegur NurNazlyna.
Encik Mohammad tidak memandang ke arah NurNazlyna. malah dia hanya memujuk tangisan dari cucunya
"alah dik macam tak kenal.ayah"kata Puan Rose.
NurNazlyna menggeleng kepala dan berlalu masuk ke dalam bilik. Dia memandang Azri amsyar.
"Husband dah pergi ambik wuduk"arah NurNzyna.
Azri Amsyar bangun berjalan mendekati NurNazlyna yang perasan suaminya mendekati dia terus memakai terlekung.
"jangan dekat sayang dah ada wuduk ni please"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar semakin menggampiri. NurNazlyna berundur ke berlakang sehingga ke dinding. Dia menutup mata.
"sayang fikir apa husband cuma nak ambik kain dekat ni jerw" Azri Amsyar menunjukkan kain di tangannya dan tersenyum geli hati. suka dia dapat mengusik si isteri.
NurNazlyna menggeleng kepala melihat perangai suaminya. Azri Amsyar berlalu selepas itu NurNazlyna menyambung solatnya.
Selepas sahaja selesai solat dan bersiap NurNazlyna keluar dari bilik bersama dengan suaminya. Azri amsyar memeluk pinggang NurNazlyna dengan erat dan berjalan ke arah ruang tamu untuk memgambil Najwa.
"ayah orang pergi dulu"kata NurNazlyna. Berjalan ke arah Najwa.
"hati hati... kalau ada apa apa nanti call tau...ayah rasa Najwa ni demam terkejut jerw ni..."Encik Mohammad memandang NurNazlyna.
"itu lah yah mungkin sebab dia dah lama tak kene tengking lepas tu tiba tiba kene tengking kesian dia"NurNazlyna menyelit rambut Najwa ke berlakang terlinganya.
NurNazlyna mahu mengangkat Najwa tetapi Puan Rose tidak membenarkannya.
"jangan angkat dik awak tu mengandung"kata Puan Rose.
Azri Amsyar hanya tersenyum dan mendukung Najwa.
"orang pergi dulu Assalammualaikum" kata NurNazlyna dan berlalu.

SETELAH PERGI berjumpa doktor NurNazlyna dan Najwa doktor mengatakan bahawa mereka berdua sihat dan alhamdulillah kandungan NurNazlyna juga sihat. Doktor tidak membenarkan NurNazlyna membuat kerja berat sahaja atas faktor kandungan yang masih baharu.
Di dalam kereta mahu pulang ke rumah Najwa sudah tidur di berlakang. NurNazlyna memandang ke jalan raya.
"Husband jom cari durian baby nak makan durian"kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum sahaja, masih ingat lagi rupanya tentang perjanjian semalam.
"alah ingatkan lupa tadi" kata azri Amsyar dan memandang ke arah isterinya sekilas.
"Husband jangan macam macam...husband dah dapat apa yang husband nak kan semalam kali ni biarlah sayang pula nak makan durian"kata NurNazlyna memandang tajam ke arah suaminya.
"okey okey jom kita cari durian"kata Azri Amsyar.
Selepas durian sudah jumpa NurNazlyna makan di dalam kereta dia mengambil seulas durian yang berada di dalam bekas.
lama juga mereka mencari durian sehingga ke Jasin mencari durian. Azri Amsyar sanggup sahaja demi anak dan isteri.
"sedapnya husband"kata NurNazlyna sambil menjilat bibirnya dan memandang ke arah suaminya.
"nak sikit"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menyuapkan seulas durian lagi di mulut azri amsyar. Azri Amsyar sengaja menggigit jari Nurnazlyna.
"Husband sakitlah"kata NurNazlyna dan menarik tangannya.
Tergelak Azri amsyar.
"sorry sorry" kata Azri Amsyar.
"hish dia ni dah ni sayang punya husband punya makan dekat rumah tu bonet ada lagi banyak tadi berbiji biji Husband beli"kata NurNazlyna sambil mengalihkan bekas durian dari Azri Amsyar
"jangan makan banyak sangat ingat pesan doktor tu"kata Azri Amsyar memandang isterinya di sebelah.
"ya husband sayang ingat"NurNazlyna sambung makan dengan perlahan.
Sampai di rumah NurNazlyna melihat anak buahnya sedang bermain kejar mengejar di luar rumah. NurNazlyna masuk ke dalam sambil memimpin tangan Najwa.
"Assalammualaikum ibu"panggil NurNazlyna sambil masuk ke dalam rumah.
Waktu maghrib sudah pun menjelma. Anak anak yang lain sudah masuk ke dalam rumah termasuk lah Asfa dan Aulia yang diarahkan oleh Nazrim sebentar tadi.
"waalaikummussalam dah balik dah... macam mana dengan Najwa okey??" soal Puan Rose.
"okey bu doktok kata dia demam tapi tak teruk sangat"kata NurNazlyna sambil menyelitkan rambut Najwa ke berlakang terlinga.
"alhamdulillah.. erh ibu ada bau durianlah adik makan durian ke tadi??" soal Puan Rose sambil menghidu.
"ni hah bu duria azri beli bukan main banyak lagi"kata Rizal.
Puan Rose memandang ke arah Rizal dan Nazuwan yang sedang berjalan ke arah dapur sambil membawa sebakul durian.
Terkejut Puan Rose melihatnya.
"ya allah banyaknya dik"kata Puan Rose dan bangun dari kerusi itu.
"tak apalah ibu bukan senang orang ni nak berlanja"kata Nazuwan.
Puan Rose tersenyum sahaja.
"Umi"rengek Najwa di samping NurNazlyna.
"ya sayang nak apa??" soal NurNazlyna.
"Najwa lapar"kata Najwa sayu. NurNazlyna tersenyum memandang anaknya.
"nak makan apa umi masak bubur nak??" soal NurNazlyna
Najwa menggeleng lemah dan memeluk NurNazlyna.
"hmm Najwa nak makan sup yang macam umi buat untuk Walid hari tu"kata Najwa.
NurNazlyna berfikir sejenak dia membetulkan rambut Najwa yang sudah serabai.
"ouh okey boleh tapi Najwa mandi dulu boleh??" kata NurNazlyna.
Najwa mengangguk lemah. Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan diri.
"Ibu ayam adakan semalam orang tengok macam ada ayam"kata NurNazlyna memandang Puan Rose.
"ada dalam peti ais tu hah... masak sikit jerw dek sebab ibu dah siap masak adik masak untuk Najwa jerw"kata Puan Rose.
"ya lah"jawab NurNazlyna dan berjalan ke arah peti ais untuk mengambil bawang.
"ni makmok mana bu??" soal NurNazlyna.
"Makmok keluar dengan ayah pergi jumpa tok ketua sekejap sebab tok ketua sakit"Puan rose memandang anaknya.
"ouh macam tu.."NurNazlyna memotong bawang sehingga halus.
"dik beli durian dekat mana??" soal Nazrim.
"Sampai jasin aku pergi tadi dengan Azri... teringin sangat nak makan durian..."NurNazlyna memandang abang abangnya hang sedang memakan durian.
"jauhnya"kata Nazuwan sambil menggeleng kepala.
"hmm dah orang tu teringin sangat kalau tak bagi karang mau aku tidur luar"sampuk Azri Amsyar.
Tergelak mereka sekeluarga di meja makan itu mendengar kata kata Azri Amsyar itu tadi.

14.3.2021
BERSAMBUNG...

jangan lupa komen.. Nat tunggu komen korang untuk minta next capter k... kalau korang minta nat bagi tau.... stay safe guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience