BAB 27

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

SUDAH SEMINGGU mereka berdua berada di kampung. Hari ini NurNazlyna dan Azri Amsyar akan pulang ke rumah yang Datin Maznah hadiahkan kepada mereka berdua pada malam semalam. NurNazlyna menyalam tangan Puan Sri Zawiyah dan Tun sri Nizar.
"Nur balik dulu opeh,atok ada rezeki kita jumpa lagi" kata Nurnazlyna dan tersenyum.
"hah ya lah Azri bawa kereta elok elok. jangan bawa laju laju. jaga hati Nur baik baik kalau Nur ada mengadu dekat yang kamu buli dia opah akan culik Nur" pesan opah tapi dalam masa yang sama dia mengusik azri Amsyar.
Puan Sri Zawiyah tahu bahawa pada waktu kenduri kesyukuran mereka bergaduh kerana melihat wajah Azri Amsyar yang masam mencuka dia sudah tahu. Sebab itu dia benarkan mereka keluar pada masa itu. Sejak dari itu dia melihat mereka berdua sangat rapat berbanding waktu mereka bergaduh. Macam berlangkas.
"hish apa opah ni sampai nak culik isteri kesayangan Azri pula. baik Opah Azri Akan jaga Nur ni baik baik opah jangan risau okey" Azri Amsyar tersenyum mendengar kata kata Puan Sri Zawiyah.
Dia memeluk tubuh Puan Sri Zawiyah.
"Azri kamu start kerja dekat tempat kerja ayah kamu bila??" soal Tun sri Nizar.
"insyaallah bulan depan atok.. Azri nak manja manja dengan wife ni dulu baru Azri masuk kerja." jelas Azri.
"okey opah setuju.. entah entah tak sampai sebulan Nur ni dah mengandung kamu kerjakan" kata Puan Sri Zawiyah.
NurNazlyna membeliakkan matanya dan tersenyum.
"erh opah ni insyaallah opah doa doa kan lah ya" kata Azri Amsyar dan tersenyum.ñ
"insyaallah kalau ada rezeki. hmm Azri Mak kamu ada cakap semalam yang kamu nak ambik anak angkat ya??" soal Puan Sri zawiyah.
"haah Opah. Azri dengan Nur dan bercadang untuk ambik anak angkat umur 5 tahun.. Okey opah budak tu. Insyaallah kalau ada rezeki 2 minggu lagi dah boleh pergi ambik dia dekat rumah dia" jelas Azri Amsyar.
"ouh macam tu. baik lah kalau gitu.. bawa kereta hati hati" kata Puan Sri Zawiyah.
Azri Amsyar tersenyum sahaja. Mereka berdua masuk ke dalan kereta. Tun sri Nizar dan Puan sri Zawiyah memandang kereta Azri Amsyar sehingga jauh dari pandangannya.
"sunyi dah rumah kita ni ling.. haih bila lah dia orang boleh balik lagi" Puan Sri Zawiyah berkata sayu.
"erh awak ni tak sampai berapa minit si Azri tu pergi. Takkan dah rindu haih awak awak.. dah masuk dalam, saya nak baring baring sekejap lepas tu nanti saya nak pergi haiwan peternakkan dekat sana tu" Tun Sri Nizar manaiki tangga rumah diikuti dengan Puan Sri Zawiyah.
"erh Darling ni ke situ pula. Wiyah bukan apa ling cuma wiyah risau dengan hubungan dia orang. ya lah Si Nur tu kan muda lagi boleh ke Azri tahan dengan perangai Nur tu.." Puan Sri Zawitah duduk di sebelah suaminya.
"Wiyah listen okey.. your grandson is mature, so i no him verry well. i am confident in her choice to choose Nur as his wife. He can educate Nur well, trust me...." Tun Sri Nizar berkata dengan penuh kayakinan.
Puan Sri Zawiyah hanya tersenyum apabila mata suaminya memandang kearahnya. Dia juga turut yakin dengan pilihan Azri Amsyar yang memilih Nur Nazlyna sebagai isterinya.

DI DALAM KERETA NurNazlyna memandang ke arah tingkap. Tiba tiba dia teringat tentang kata kata ibunya tempoh hari. Patutkah dia memberi hak Azri Amsyar sebagai seorang suami yang lain.
"adik jangan lupa nafkah zahir dan batin adik kene bagi dekat Azri jaga makan minum dia, jangan melawan cakap suami berdosa tau..." terngiang ngiang suara Puan Ros di dalam mindanya.
Tanpa sedar NurNazlyna mengeluh. Dia menghembuskan nafasnya dengan berat. Dia tidak sedar bahawa Azri Amsyar di sebelah memandangnya.
"sayang okey tak ni??" soal Azri Amsyar.
Terkedu NurNazlyna dengan soalan Azri Amsyar itu.
"hmm saya okey jerw cuma tiba tiba teringat dekat ibu dengan ayah pula" keluh NurNazlyna.
"oh ala nanti esok kita jumpa dia orang kan sayang sabar lah..." kata Azri Amsyar.
"hmm okey" NurNazlyna tersenyum memandang Azri Amsyar.
Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna dan meletakkannya diatas peha kirinya.
"bawa kereta bukan menggatal" usik NurNazlyna.
"alah saya menggatal dengan wife saya, bukan menggatal dengan Tania ke Mariam ke dengan bini" Azri Amsyar memandang mata NurNazlyna sekilas.
"hish dia ni, hah kan dah kena" NurNazlyna memukul lengan Azri Amsyar dengan geram.
"auch sayang sakit lah saya tengah memandu ni" Kata Azri Amsyar sambil menggosok lengannya.
"padan muka awak...kalau cakap lagi macam tu..." NurNazlyna menjeling tajam Azri Amsyar di sebelah.
"okey okey tak tak saya tak akan cakap lagi macam tu okey.... sayakan husband awak sorang jerw" Azri Amsyar memegang kembali tangan isterinya di sebelah dan mencium berlakang tapak tangan NurNazlyna.
Getaran jantung NurNazlyna makin berdetup detap, tetapi NurNazlyna hanya membuat seperti biasa dan tiada apa yang berlaku.
NurNazlyna memandang ke luar tingkap terdapat banyak sawah padi, tersenyum dia memandang keindahan yang maha esa.
"cantiknya" ucap NurNazlyna perlahan.
Azri Amsyar tersenyum melihat gelagat isterinya yang teruja meliha sawah padi. Dia turut teruja dengan keindahan di depan mata.
"cantikkan??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk teruja.

"DIAM!! AKU KATA DIAM TU DIAM LAH!!!" jerit perempuan itu dengan perasaan yang marah dengan anaknya yang tidak henti menangis.Dia memukul anaknya dengan rotan buluh yang tajam tebal.
"mummy sakit mummy.... tsk tsk...tsk.. wa...wa.. janji... wa.. wa. tak sebut lagi pasal da..daddy." tersedu sedan Najwa menangis.
"kau ni kan memang menyusahkan aku tau sebiji macam bapak kau tu.. dasar anak tak kenang budi langsung lah kau ni!!!" kata Amani
Budak itu tidak berhenti menangis dia mengelap air matanya. Tangan yang lebam bibir yang pucat dahi yang luka dan rambutnya tidak di sikat.
Tok...tok...tok
"siapa pula yang datang ni" keluh Amani dengan kasar.
"kau tunggu erk aku tak habis lagi dengan kau" PuanAmani berkata kasar.
Dia membetulkan rambutnya yang serabut. Kain batiknya di ikat dengan rapi lalu dia keluar dan menjeling tajam ke arah Najwa yang sedang menangis.
Amani membuka pintu rumahnya. Seorang lelaki masuk tanpa memberi salam.
"hmm baru tahu nak balik.. aku ingat tak reti jalan balik rumah" Amani berkata sinis.
"erh kau diam lah.. aku balik ni nak pakai duit kau ada duit tak aku nak pakai" Samad berkata kasar.
"Apa duit kau cakap, kau fikir rumah ni apa bank yang bila kau tak ada duit kau cucuk macam tu.. kepala hotak!!! kau lah" Amani berkata kasar dan memeluk tubuhnya.
"erh perempuan kau ingat kau tu bagus sangat ke.. layan jantan sana sini ada hati nak berlagak dengan aku" Samad berkata sinis. Dia memandang isteri di hadapannya.
"Aku layan jantan pun aku dapat duit bukan macam berjudi tak habis habis" geram Amani.
Samad bangun dari duduknya dan menarik rambut panjang Amani hingga terdongak ke berlakang.
"erh kau dengar sini erh aku ni laki kau tau... kau jangan ingat selama ni aku diam tau...kau tu isteri aku tau.. aku kata aku nak duit tu kau bagi jerw lah!!!" Samad menarik rantai emas yang di pakai oleh Amani.
"wey bagi lah rantai aku tu.. kau nak buat apa hah bodoh lah kau ni!!!" Amani berkata geram.
"Lain kali bila aku minta kau bagi kene bagi bukannya kau melawan cakap aku, BODOH!!!" Bazli menolak kepala Amani dengan kasar sehingga terduduk isterinya itu.
"Aku lupa nak bagitahu kau... kau kene ingat Najwa tu anak aku.. kau jangan fikir aku tak tahu erk kau pukul dia kau siksa dia... jangan sampai orang lain buat report polis pasal kau untuk kes kau dera anak kau sendiri." sambung Bazli dengan sinis.
Tertelan air liur Amani.
"Itu satu satunya rantai yang aku ada lah wey bagi lah balik rantai aku tu" Amani mahu mengambil rantai itu di tangannya Bazli tetapi dengan pantas Bazli menyimpannya dalam kocek seluarnya.
"erh kau sini kau aku tak habis lagi dengan kau... jantan lain kau boleh layan so why not kalau kau layan aku malam ni" Bazli menarik tangan Amani dengan kasar dia masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu bilik itu dengan kuat.
Terhinjut bahu Najwa. Dia duduk di atas katil sambil mengelap air matanya yang bersisa. Najwa hidup dengan keluarga yang bermasalah sejak Datoknya meninggal dunia dia kurang kasih sayang dari ibu dan ayahnya sehingga kini.

"AWAK BANGUN NANTI LAMBATLAH NAK PERGI URUSKAN SEMUANYA NANTI" kejut NurNazlyna menggoyangkan tubuh Azri Amsyar.
Azri Amsyar menarik selimutnya menutup wajah. NurNazlyna menggeleng kepalanya.
"hish dia ni awak bangun lah" NurNazlyna menarik selimut Azri Amsyar.
"kejap lah sayang bagi saya 5 minit okey" kata Azri Amsyar manja.Dia kembali melelapkan matanya.
"erh awak, tak elok lah lepas solat subuh tidur awak yang cakap dengan saya" Rungut NurNazlyna
"Alah sayang sekali sekala tak apa.. meh tidur sini... alah sayang saya ni" Azri Amsyar menarik NurNazlyna sehingga terbaring isterinya itu
Azri Amsyar memeluk NurNazlyna.
Terbeliak biji mata NurNazlyna dengan pelukkan suaminya yang ketat. Dia terasa deruan nafas Azri Amsyar membahang wajahnya bila diperlakukan sedemikian.
"Awak tepi lah saya nak turun bawah lah" NurNazlyna mengalihkan tangan Azri Amsyar.
"jangan lah saya nak peluk isteri saya ni ketat ketat...nanti kalau dah ada anak saya tak boleh nak peluk dah" Azri Amsyar berkata monyok
"hmm janganlah cakap macam tu... boleh jerw lah awak nak peluk saya bila bila masa pun bolehlah" kata NurNazlyna dan memusingkan tubuh badannya menghadap Azri Amsyar.
"betul ni??" soal Azri Amsyar teruja.
NurNazlyna mengangguk.
"dah bangun saya nak buat sarapan lagi" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar bangun dari pembaringan dia mengambil kain tuala yang tersidai. Selepas itu masuk ke kamar mandi. Sebelum dia masuk ke kamar mandi sempat dia memberi kenyitan mata kepada isterinya.
NurNazlyna menggeleng kepala. Melihat perangai Azri Amsyar itu. Dari rumah Tun Sri Nizar dan Puan Sri Zawiyah lagi dia berkelakuan sebegitu.
NurNazlyna bangun dari duduk dan mengemas katil mereka. Katil bersaizkan queen itu sungguh selesa dan empuk.
NurNazlyna keluar dari bilik itu. Dia berjalan ke arah dapur untuk menyiapkan sarapan. NurNazlyna membuka peti ais hanya ada sosej sahaja. Dia merendamkan sosej yang beku du sebabkan ais itu.Dia memeluk tubuh berfikir sejenak mahu memasak apa.
"nak masak apa ni... apa pon tak ada dalam peti ais tu takkan aku nak masa sosej ni jerw" kata NurNazlyna perlahan.
Dia membuka kabinet yang berada di atas kepalanya sebungkus maggie dan sosej.
NurNazlyna memetik jarinya. dia mengambil 2 paket maggie dan merebuskannya dia dalam periuk. selepas itu dia memotong sosej itu kecil kecil. Api dapur di kecilkan
Tiba tiba ada tangan yang memeluk pinggangnya. Bunyi Deruan nafas di telinga di hembus. Tersentak NurNazlyna di buatnya.Terhenti potongan sosej tadi.
Nurnazlyna memusingkan tubuhnya menghadap Azri Amsyar yang masih memeluknya dari berlakang.
"Awak nak apa??" soal NurNazlyna sambil memaut batang leher azri Amsyar.
"hmm saya cari wife saya...awak nampak tak??" soal Azri Amsyar berpura sedang mencari seseorang.
"wife awak nama apa ya boleh saya tahu??" soal NurNazlyna berpura pura juga
"wife saya tu nama dia intan tapi saya cari dia tak ada tak tahu dia pergi mana." kata Azri Amsyar monyok
NurNazlyna mengecilkan matanya dan berpaling dia melepaskan pelukkan Azri Amsyar,lalu menyambung masakkannya.
Azri Amsyar yang sedar dengan kecemburuan isterinya pantas memeluk kembali isterinya dari berlakang.
"okey okey tak isteri saya nama dia Nazlyna...orang dia pendek pendek comel comel kuat merajuk" bisik Azri Amsyar di terlinga.
NurNazlyna menyembunyikan senyumannya. "dah tepilah saya nak masak ni awak ni" rungut NurNazlyna.
Azri Amsyar mencebirkan bibirnya. Selepas itu dia mencium pipi NurNazlyna lembut dan berlari seperti anak kecil.
"Azri Amsyar!!!" jerit NurNazlyna geram. Dia menggeleng kepala sejak beberapa hari ni Azri Amsyar memang manna dengannya selalu mengusiknya.
NurNazlyna menghidangkan Maggie goreng untuk sarapan pagi mereka berdua. Tiba rasa gementar pula kerana ini hari pertama dia masak untuk suaminya entah sedap entah tidak.
Azri Amsyar tersenyum melihat maggie goreng yang di hidang oleh isterinya itu. Dia memandang wajah NurNazlyna.
"awak masak ni sayang??" soal Azri Amsyar kepada NurNazlyna yang sedang memandangnya.
NurNazlyna mengangguk dengan pantas. "kenapa taknak makan ke??" soal NurNazlyna.
"kejap lah bagi saya rasa dulu" kata Azri Amsyar dan menadah tangan membaca doa.
NurNazlyna turut menadah tangannya dan mengaminkan doa. Dia memandang Azri Amsyar menyuapkan maggie goreng ke dalam mulut
"macam mana sedap tak??" soal NurNazlyna ingin tahu.
"tak sedap,intan masak lagi sedap" usik Azri Amsyar. Dia sengaja mahu membuat NurNazlyna cemburu.
"oh okey"NurNazlyna bangun dari duduk,lalu mengambil pinggan di hadapan Azri Amsyar ingin di bawa ke dapur.
"wait wait kenapa ni saya nak makan ni" Kata Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna.
"kata tadi intan masak lagi sedaplah... saya nak lah bawa ke dapur... awak suruh lah intan awak tu yang masak" kata NurNazlyna.
Mesti korang tertanya tanya siapa Intankan?? Intan tu anak perempuan jiran sebelah yang menegur mereka berdua semalam. Azri Amsyar kata dia kenal dengan Intan tu kerana bapa Intan adalah kawan kepada Datin Maznah.
"alah merajuk pula... okey okey sorry okey saya gurau jerw dengan awak sedaplah maggie sayang ni... saya suka... ibu kata awak kalau masak maggie goreng memang sedap saya ingat ibu saja jerw nak back up awak rupanya betul betul sedap..." puji Azri Amsyar lembut.
NurNazlyna masih berdiri dan mendiamkan diri dia tidak mahu memandang Azri Amsyar
"Wife kenapa ni, sayakan dah minta maaf..." Azri Amsyar berkata lembut
"siapa isteri dia entah... tadi kata intan isteri dia pergilah dekat intan tu"NurNazlyna duduk dan memeluk tubuhnya.
Tersenyum Azri Amsyar melihat rajuk sang isteri.
"okey okey isteri saya awak seorang jerw lah saya gurau jerw dengan awak." kata Azri Amsyar.
"sini dekat saya" sambung Azri Amsyar menarik Isterinya. NurNazlyna terduduk di atas peha Azri Amsyar.
"saya nak morning kiss lagi" rengek Azri Amsyar tanpa henti.
Cup!!....
NurNazlyna mencium pipi Azri Amsyar. Terdiam Azri Amsyar dengan perlakuan isterinya.Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.
"dah lah saya nak bangun" kata NurNazlyna.
"erh mana boleh... awak kene suap saya makan dulu" kata Azri Amsyar.
"Saya?? suap awak makan"NurNazlyna menunjukkan dirinya. Azri Amsyar mengangguk
"okey no hal boleh" kata NurNazlyna bangga dia membetulkan duduknya di riba Azri Amsyar dan mengambil pinggan serta garpu di sebelah pinggan.
NurNazlyna menyuapkan Azri Amsyar. Tersenyum sampai ke telinga Azri Amsyar.
"sedap tak??" soal NurNazlyna
"dah kalau sayang yang masak apa sahaja sedap sayang, saya suka sangat.. nanti masak lagi boleh?? nak macam ni juga?" Azri Amsyar membetulkan duduk NurNazlyna.
"tak boleh" jawab NurNazlyna sepatah.
"alah kenapa?" Azri Amsyar meletakkan dagunya di bahu NurNazlyna.
"ni maggie lah awak. awak fikir ni apa. ibu kata kalau makan magie banyak banyak nanti otak boleh jadi lembab tau... lagi satu tak elok untuk kesihatan tapi kalau makan sekali sekala boleh lah" jawab NurNazlyna dan memusingkan tubuh badannya menghadap Azri amsyar.Dia meletakkan tangannya di bahu Azri amsyar.
"okey boleh lah.. nanti awak buat lagi tau" pesan Azri Amsyar.
NurNazlyna sekadar mengangguk sahaja. Dia menyuap Azri Amsyar makan sehingga habis.
"nanti kita pergi jumpa jabatan kebajikan untuk apa??" soal Nurnazlyna.
Azri Amsyar telah memberitahunya bahawa hari ini mereka akan pergi ke jabatan kebajikan untuk menyelesaikan masalah tentang anak angkat.
"kita nak selesaikan masalah. Sayang nak tahu budak yang langgar sayang hari tu dia anak orang susah. ibu dia adalah seorang pelacur dan ayah dia pula adalah penagih dadah.." jelas Azri Amsyar.
NurNazlyna menutup mulutnya dan memandang Azri Amsyar seperti tidak percaya dengan cerita Azri Amsyar.
"mana awak tahu ni??" soal NurNazlyna dan mengerutkan dahi.
"saya tahu dari orang orang saya lah.... mereka yang tolong saya cari maklumat tentang Najwa" kata Azri Amsyar.
"Najwa??" NurNazlyna memandang Azri Amsyar
"ya sayang nama budak tu Najwa.... Dia bakal anak kita" Azri Amsyar mengusap wajah NurNazlyna.
"Oh Najwa.. jom pergi rumah dia saya nak jumpa ibu dia" kata NurNazlyna sayu. Dia berasa kasihan dengan anak sekecil itu sudah menghadap masalah yang besar seperti sekarang.
"boleh sayang tapi kita kene pergi balai polis serdang. sebab ada orang buat report tentang ayah dan ibu dia.. mereka berkemungkinan positif dadah dan ibu dia penderaan kanak kanak." kata Azri Amsyar.
"hish semua benda awak tahu ni... entah entah awak pun tahu semua benda pasala sayakan??" soal NurNazlyna.
"sebab saya tahu pasal awaklah yang saya ni nak kahwin dengan awak sayang" usik azri Amsyar di menjungkitkan keningnya.
Tanpa sedar habis juga maggie goreng yang NurNazlyna masak untuj sarapan pagi.

NURNAZLYNA naik ke rumah dengan menaikki tangga dia malas mahu menggunakan lift.
NurNazlyna masuk ke dalam bilik beradu mereja untuk mengemas pakaian yang di bawa oleh NurNazlyna. NurNazlyna mencari bagasinya yang semalam dia meletakkan di sebelah meja solek.
"Awak beg tarik saya, saya nak kemas baju" NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"hmm saya dah kemas" jawab Azri Amsyar sepatah.
"ouh" NurNazlyna duduk di sebelah Azri Amsyar yang sedang bermain telefon miliknya. Dia membulatkan matanya seperti teringat sesuatu.
"erh kejap awak kemas semua??" soal NurNazlyna dia tiba tiba teringat sesuatu.
Azri Amsyar mengerutkan dahi dan memandang NurNazlyna sekilas selepas itu dia kembali menghadap telefonnya.
'kalau dia kemas...Malunya aku dia tengok adik dan kakak aku.. hish apa dia ni' Desis hati NurNazlyna dia mejnggaru kepalanya.
"Awak tak payah nak malu lah.. saya nikan suami awak.. lambat laun saya kene tengok juga benda benda yang awak tengah fikir tu" kata Azri Amsyar di sebelah.
Tercengang NurNazlyna mendengar kata kata Azri Amsyar itu . Dia menelan air liurnya yang terasa kering tiba tiba. Dia mengambil telefon bimbitnya. Setiap usikkan Azri Amsyar padanya tidak di hiraukan.
NurNazlyna membuka applikasi whatsaap group mereka berempat. Banyak gambar gambar dan perbualan mereka.
THE MEON'S GROUP...
FARAH: wey Naz macam mana kau dekat sana okey tak??
RANIA: kau ni Farah sibuk dengan hal rumah tangga dia kenapa.. kalau dia tak chat tu maknanya okey lah tu.
FARAH: erh kau ni aku tanya jerw kan mana lah tahu dia ada masalah ke.
NurNazlyna yang membaca hanya tersenyum dengan perbualan mereka berdua.
KINAH: Wey aku dengar shahril cakap kau dengan Cikgu nak ambik anak angkat is that true??
ME:hmm betul lah tu... kejap lagi aku dengan dia nak pergi selesaikan masalah pasal anak angkat ni.. nanti ada masa kita jumpa aku cerita dekat kau orang okey ;)
FARAH: macam mana boleh jadi macam ni kau tak boleh mengandung ke??
NurNazlyna terasa hati dengan apa yang Farah cakap tapi dia tidak mahu memarahi Farah kerana Farah tidak tahu apa yang jadi dengan rumah tangga dia.
ME: Bukan lah wey.. aku tak ready lagi untuk jadi younger mom.. aku nak ada anak umur 19 atau 20 ni. aku terlalu awal untuk ada anak.. aku takut itu yang aku setuju untuk keputusan Cikgu tu.
Jelas NurNazlyna kepada Farah.
FARAH: sorry babe:(
ME: no its okey aku faham...
RANIA: tu lah kau Farah lain kali tanya dulu
KINAH: Entah kau mandai jerw kata Naz tak boleh mengandung
FARAH: Alah kau aku dah minta maafkan kecoh
ME: dah lah tu kau orang ni...
NurNazlyna menggeleng kepala membaca perbualan mereka. Dia memandang Azri Amsyar yang sibuk melayan Ipadnya.
"Awak buat apa dari tadi saya tengok asyik tengok Ipad awak jerw" Soal NurNazlyna.
"hmm saya tengah buat kerjalah... nak satlekan appoiment kita kejap lagi" jelas Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya mengangguk.
"hmm awak tak rasa ke kalau kita ambik anak angkat nanti apa fikir orang lain... maksud saya makcik dan pakcik awak tu okey ke tidak kita ambik anak angkat... mesti nanti dia orang fikir buruk dekat saya." Kata NurNazlyna.
Dia bukannya berfikir buruk dengan keluarga Azri Amsyar atau keluarganya tetapi dia takut dengan mulut orang mengata dia.
"awak jangan risau keluarga saya okey jerw... Mak dah bincang dengan Uncle add dan yang lain lain.. nanti uncle add akan uruskan untuk perbincangan dengan pihak polis pasal laporang yang kes Najwa kene dera dengan ibu dan bapanya." Azri Amsyar mengusap kepala NurNazlyna.
NurNazlyna mengangguk.
"kenapa awak tanya??" soal Azri Amsyar hairan dengan soalan yang di beri isterinya itu.
"bukan apa, Kinah ada cakap yang Shahril ada bagitahu dia pasal kita nak ambik anak angkat... lepas tu tadi dia ada chat saya in the group... Kawan kawan saya cakap saya ambik anak angkat sebab saya tak boleh mengandung... Andai kata betul apa yang dia orang cakap tu macam mana?? Saya takut lah" Mengadu NurNazlyna.
"hish awak ni ke situ pula. okey listen...biarlah orang nak kata apa tapikam kita baru kahwin takkan kahwin hari ni tiba tiba esok terus mengandung.. lagipun saya faham awak.... awak pun muda lagi.. kitakan dan bincang pasal hal ni.. kita ni nak dekat 2 minggu nikah tau... asyik asyik kalau bincang mesti pasal ni... yang penting sekarang ni awak fokus dekat cita cita awak untuk nak ada baby.... tak apa saya boleh tunggu sayakan dah janji dengan awak" kata Azri Amsyar dan menarik NurNazlyna di dalam pelukkannya.
Lama mereka begitu. Terbit rasa sayang di hati mereka berdua. NurNazlyna amat berbangga kerana mendapat suami yang dapat membimbing serta bersabar dengan dia. Azri Amsyar juga amat penyanyang dan sikap cemburunya semakin berkurang.

FARAH DUDUK DI birai katil sambil bermain telefon binbitnya. Dia menyesal dengan kata katanya dengan NurNazlyna itu tadi. Namun dia tahu bahawa sahabat baiknya itu kuat dan mungkin ada sebab kenapa dia buat begitu.
Farah duduk bermain telefon bimbitnya dan melunjurkan kaki di atas katil miliknya.
Ting..ting...
Tiba tiba bunyi ringtone perbualan whatsaap kedengaran. Farah membuka whatsaap. Dia mengerutkan dahi apabila membaca perbualan itu.
"siapa pula yang chat aku ni...." katanya perlahan.
017*******: kau jangan ingat kau boleh hidup bahagia dan aman erk.
017******:jauhkan diri kau dari Faruq, sebab Faruq is mine...
017*****: kai fikir kau kasar aku takut lah sini hadap aku ni...
Meremang bulu romanya membaca perbualan itu. Farah mematikan telefon bimbitnya. Tiba rasa tidak sedap di dadanya. Dia mengambil telefon bimbitnya kembali dan mendail nombor Rania.
Beberapa detik kemudian Rania mengangkat telefon itu.
"ya napa?" soal Rania tanpa memberi salam.
"alah lek arh jangan marah... aku call ni sebab nak cerita sikit..kau tahu orang tu tak habis habis nak kacau hidup aku dengan Faruq lah... Geram aku siot" Farah berkata geram dia memukul tilamnya.
"jap jap siapa yang kau maksudkan ni aku pon tak faham cuba cerita satu per satu haish.." keluh Rania.
"tak macam ni kau tahu tadi ada satu chat ni dia chat aku dia kata jauhkan diri kau dengan Faruq sebab Faruq dia punyalah apalah... aku malas nak layan aku tak reply pon chat dia" kata Farah.
"nombor yang sama ke macam mana??" Rania ingin meminta kepastian.
"nombor lain" jawab Farah.
"kau send nombor tu dekat aku... aku nak tengok" Arah Rania.
"kejap" Farah menghantar nombor telefon bimbit milik orang itu kepada Rania.
"okey dapat" kata Rania.
"wey Farah!! " jerit Rania tiba tiba.
"hah kenapa kau ni??" Soal Farah terkejut.
"nombor ni sama dengan nombor orang chat aku..sebenarnya aku ada dapat Chat macam kau ni tapi aku tak nak bagitahu kau orang semua sebab tak nak kau orang risau... jadi aku bagitahu dekat Fariq jerw... Fariq kata tak apa biarkan dia...Aku pon biarkan jerw lah.." Cerita Rania panjang lebar.
"aku tak cerita lagi dekat Faruq." kata Farah.
"baik kau cerita dekat dia sebab nanti tak adalah kau salah faham dengan dia... dengar apa aku nak cakap kita ni sikit bulan lagi nak bertunang tau.. lepas bertunang kita jauh dari pasangan hidup kita baik kau cerita dekat dia sebab tak nak nanti kau orang bergaduh.." Rania menasihati Farah.
Dia bukan tidak tahu sahabatnya itu jikalau membuat sesuatu keputusan tidak berfikir secara matang. Farah tediam sejenak.

26.1.2021
BERSAMBUNG.....

sorry kali ni NA lambat keluarkan capter hihihihi.. NA bz dengan kelas Online maklumlah tahun ni SPM 2021... hmmm doakan NA ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience