BAB 51

Romance Series 50179

_______________________________________________

NURNAZLYNA duduk di sebuah bangku dan berhadapan dengan pantai. NurNazlyna sekarang berada di hotel bersama dengan ketiga ketiga sahabatnya.
NurNazlyna yang menyuruh Farah untuk tidak mengangkat panggilan dari suaminya itu. Mereka sekarang sedang bercuti di Port Dickson yang terletak di negeri sembilan.
"wey Lyna laki kau tahu tak kau pergi sini??" soal Syakinah.
"tak tahu" jawab NurNazlyna selamba. NurNazlyna menyuapkan keropok di mulutnya.
"wey kau biar betik??" soal Farah terkejut. Dia mengambil tempat di sebelah NurNazlyna.
NurNazlyna hanya fokus memandang ke arah televisyen sahaja. Dari pagi tadi di menaiki grab sehingga ke perhentian bas kerana Rania akan mengambilnya di situ.
"aku tahu aku tak bawak kau dowh" Rania berkata kesal.
"rilexlah kita sekarang nak holiday so... kita cutilah puas puas" kata NurNazlyna.
"kau ni gilalah Naz.. kau sedar tak yang kau ni sedang mengandung...." kata Farah.
"yes aku sedar... biarlah dia wey aku tak nak susahkan dia lagi... Biar dia pergi dekat Sarah tu..." kata NurNazlyna sayu dan dia tersenyum.
"sarah??" Mereka berkata serentak.
"Yes, Sarah.... Sarah tu adik kepada Arwah bekas tunang Azri dulu.. dan now dia datang balik..." cerita NurNazlyna.
Rania mendekati NurNazlyna yang duduk berlunjur di atas katil itu.
"babe aku tahu... kau cemburu kau marah dekat Azri but kau kene ingat syurga kau dekat tapak kaki dia tau... kau tak boleh keluar sesuka hati kau jerw... kau kene minta izin dengan dia" Rania memegang bahu NurNazlyna.
"tapi di tipu aku... dia kata dia nak keluar jumpa shahril tapi kenapa ada gambar dia dengan Sarah dekat kafe semalam" kata NurNazlyna geram bila diingatkan kembali.
"aik tunang aku pun terlibat sama" Syakinah pelik.
Nurnazlyna memandang syakinah.
"semalam shahril ada cakap yang dia nak jumpa laki aku tak dekat kau Kinah??" soal NurNazlyna.
"hmm ada tapi semalam dia tak ada pula cerita apa apa tentang Sarah ke apa..." kata Syakinah.
"okey okey rilex okey Naz... now kau rehatlah jangan banyak fikir... untuk hari ni kita rehat dulu dan esok baru kita boleh jalan jalan pergi seremban ke mana ke..." kata Farah.
Mereka mengangguk NurNazlyna baring di katil. Selamat mereka memilih untuk mengambil dua katil queen di hotel itu.
Masing masing tertidur di atas katil dengan lena kerana keletihan memandu dengan perjalan yang jauh. Sementara menunggu waktu zuhur.

PETANG ITU, di rumah Datin Maznah, Azri Amsyar hanya duduk di sofa sahaja sambil mendengar bebelan dari ibunya.
"Mak dah cakap dah Azri... kamu kene terangkan dekat Nur malam semalam...kamu degil tengok sekarang apa dah jadi... mana kita nak cari Nur ni" kata Datin Maznah risau.
Azri Amsyar hanya diam sahaja. Dia datang ke rumah ibunya hanya untuk menerangkan apa yang jadi sahaja.
"Mak dengar dulu Azri nak explain... " kata Azri Amsyar.
Datin Maznah mengambil tempat di hadapan anaknya.
"okey now Azri Explain dekat Mak... apa yang Azri nak explain" kata Datin Maznah sambil menyandarkan tubuhnya dan menyilangkan kedua belah kakinya.
Azri Amsyar menerangkan apa yang berlaku kepada Datin Maznah. Datin Maznah mendengar dengan teliti apa yang di perkatakan oleh anak tunggalnya itu.
Datin Maznah mula rasa bersalah kerana menyalah anggap kepada anaknya. Raut wajah Datin Maznah mula berubah memandang ke arah anaknya.
"hish kamu ni lain kali bagitahu awal awal" Datin Maznah memukul Azri Amsyar.
Tergelak Azri Amsyar melihat Datin Maznah tidak lagi memarahinya.
"okey Sekarang ni Mak nak kamu pergi cari Nur... kamu sedar tak yang Nur tu mengandung...Mak tahu menantu dan cucu mak sihat.. mak tak nak Nur jadi stress nanti" kata Datin Maznah pada anaknya.
"Azri dah cari semua tempat mak semua tak ada...Azri ada juga tanya abang abang dengan kakak dia semua tak tahu mana dia pergi... bila Azri call kawan kawan dia sorang pun tak angkat" kata Azri Amsyar buntu.
"cubalah cari dekat tempat tempat yang dia selalu lepak atau di rumah sewanya ke... mana tahu dia ada dekat situ" cadang Datin Maznah.
"Mak rumah sewa dia tu dah lama tukar penyewa lain sejak Nur grad hari tu" kata Azri Amsyar.
"tak apa cuba lagi... doa banyak banyak agar allah membantu dan memudahkan urusan.." Datin Maznah memberi semangat.
Datin Maznah menepuk nepuk bahu anaknya untuk memberi kekuatan Lalu Dia berlalu naik ke atas meninggalkan anaknya sendirian dia bawah.

"BABE kau beranak bila??" soal Rania dan duduk di sebelah NurNazlyna.
"lagi 2 bulan aku beranaklah.." jawab NurNazlyna.
"erh kau sempat tak wedding aku ni??" soal Syakinah di sebelah Farah.
"sempat alah kau punya wedding 3 minggu lagikan... jangan risaulah sempat punya" kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya.
"jangan tiba tiba kau terberanak dekat wedding Kinah nanti sudah" Farah menyampuk.
"coi mulut kau... insyaallah tak ada punyalah" kata NurNazlyna sambil menyiku Farah dengan perlahan.
"kita ada masa lagi 3 hari jerw dekat sini??" NurNazlyna monyok.
"hmm nak buat macam mana laki aku dah rindu dekat aku" kata Rania sambil tersenyum senyum.
"amboi kau.. aku siku kau kang" Syakinah menunjuk Sikunya pada Rania.
Tergelak NurNazlyna.
"hmm wey sampai bila kau nak macam ni??" soal Farah pada NurNazlyna.
"macam ni macam mana??" NurNazlyna memandang Farah.
"kau jangan ingat aku tak tahu erk... kau spray minyak wangi lelaki dekat baju kau kenapa??" Farah memandang NurNazlyna.
"mana ada kau ni mandai jerw tu minyak wangi untuk perempuanlah" kata NurnAzlyna menafikan
"kita orang bukan baru kenal kau hari ni Lyna..kita orang kenal kau lama dah" sampuk Rania.
"entah kau... muka kau ni memang tak pandai menipu langsung" kata Syakinah.
"hmm kalau dah rindu tu cakap jerwlah..." Farah menolak bahu NurNazlyna perlahan.
NurNazlyna hanya diam dia mengusap perutnya dengan perlahan.
"aku bukan apa aku..."
"kau ego Naz..." Farah memotong kata kata NurNazlyna.
"kau ego... kita ni sebagai manusia bukan tak boleh ada sifat ego tu.. tapi kita ni yang pandai kawal ego kau tu... bukan ego tu yang kawal kita" sambung Farah lagi.
"kau call lah dia aku tahu dia telefon kau banyak kali... tapi kau yang silentkan telefon kau.." Rania memberikan telefon bimbit kepunyaan Nurnazlyna.
NurNazlyna memandang sahabanya silih ganti. Dia mengambil tetapi dia tidak langsung menelefon Suaminya dia hanya meletakkan telefonnya di sebelah.
"nantilah aku call kau orang tidur dulu nanti aku call dia" kata NurNazlyna dsn meletakkan telefonnya di atas meja.
Farah dan yang lain hanya menggeleng kepala sahaja melihat sahabatnya yang seorang ini. Mereka cukup kenal dengan NurNazlyna.
Namun pada malam itu Mereka ketiduran kecuali NurNazlyna sahaja.
NurNazlyna duduk di balkoni hotel yang berhadapankan dengan laut.
Jujur dia mengatakan bahawa dia memang suka dengan laut.
NurNazlyna melihat gambar perkahwinannya bersama dengan Azri Amsyar. Sudah nak dekat setahun mereka berkahwin. Bermacam masalah yang dia tanggung bersama.
"Anak umi tolong umi ya baby... Babylah yang sentiasa ada dengan umi.." kata NurNazlyna sendiri sambil mengusap perutnya.
Jujur dia memang berasa rindu. Walaupun baharu sehari sahaja meninggalkan suaminya. Walau dia berasa cemburu tetapi dia tetap berasa rindur dengan suaminya.
NurNazlyna mula terasa mengantuk. Dia terus masuk ke dalam dan mengunci pintu balkoni. NurNazlyna berbaring di sebelah Farah. Lama selepas itu, Dia ketiduran dengan lena sakali.

PADA PAGI, itu NurNazlyna berjalan bersama dengan sahabatnya ke pantai. Farah,Rania dan Syakinah mahu berjoging tetapi tidak NurNazlyna.
NurNazlyna duduk di atas pasir pantai yang lapang. Dia menunggu sahabat sahabatnya berjoging.
Sungguh nyaman sahaja suasana di hadapan pantai ini. segar sahaja. Di kampung tidak sama dengan di Kuala Lumpur bandar metropolitan yang mempunyai banyak kenderaan dan sentiasa sibuk itu.
Sedang asyik NurNazlyna termenung dengan hati yang tenang. Telefonnya berbunyi, NurNazlyna melihat gerangan yang menelefonya.
Dia berfikir dua ketiga kali. Namun dia memilih hanya untuk menutup sahaja panggilan itu. NurNazlyna mengusap perutnya untuk beberapa kali.
Telefonnya berdering sekali lagi masih lagi orang yang sama. NurNazlyna hanya membiarkan panggilan itu berlalu.
Beberapa saat selepas itu. Telefon NurNazlyna berdering sekali lagi. NurNazlyna berdengus geram. Mahu sahaja dia mencampakkan telefonnya itu di dalam kolam.
"susah sangat ke nak angkat call tu" tegur seseorang dari berlakang.
Seperti kenal sahaja bunyi suara itu. NurNazlyna memusingkan tubuhnya menghadap di sebelah.
Terkejut dia melihat apabila orang yang dia cinta dan rindu ada di sebelahnya saat ini.
Azri Amsyar tersenyum memandang NurNazlyna di hadapannya. "terkejut??" soal Azri Amsyar.
Lalu, Azri Amsyar mengambil tempat di sebelah isterinya.
"haih merajuk sampai ke sini" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menjeling.
"husband buat apa dekat sini??" soal NurNazlyna.
"hmm husband cari isteri husband yang sedang merajuk sampai bawak diri hingga ke sini" azri Amsyar memamdang NurNazlyna dan tersenyum.
"macam mana tahu??" soal NurNazlyna pelik.
"come on ni Azri Amsyar lah.. Everything husband akan tahu tentang sayang" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang laut di hadapannya kembali.
"sayang still marahkan husband??" soal Azri Amsyar sambil memegang tangan NurNazlyna.
"entahlah, sayang pun tak tahu" kata NurNazlyna dan menggeleng kepalanya.
"i'm sure right now yang sayang rindu dekat husband...but sayang ego... Hampir one year kita hidup bersama sayang... semua husband tahu tentang sayang.... Kita hadap setiap masalah ni sama sama. Semua benda kita buat sama sama..." kata Azri Amsyar.
"percayalah sayang... husband bukan saja saja jumpa sarah... kami cuma terserempak sahaja.. sayang i miss you... Najwa miss you to.. kalau sayang tak boleh buat untuk husband but sayang kene buat untuk Najwa please sayang dia asyik tanya sahaja mana umi dia dari pagi sehingga petang dia tanya mana umi dia pergi bila umi nak balik " kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menarik nafas panjang. "jujur sayang cakap... sayang rindu husband sangat tapi sayang tak boleh terima husband tipu sayang macam tu jerw..." kata NurNazlyna dan memandang anak mata Azri Amsyar di sebelah.
"sayang, please for give me... husband tahu husband salah but waktu tu cuma kami berjumpa atas urusan kerja and shahril pula datang lambat... dia ada urusan jadi husband minumlah dengan dia dulu..." Azri Amsyar mencapai tangan isterinya lagi.
"kalau atas urusan kerja why tak bagitahu kenapa tak ajak sayang... husband pernah cakap Sarah tu sebenarnya untuk PA buat kerja sayang sahaja" NurNazlyna mengerutkan dahi.
"kan husband cakap ini semua secara kebetulan sahaja... sayang pun salah juga sebab sayang keluar tanpa keizinan suami" mahu sahaja Azri Amsyar menarik isterinya.
NurNazlyna mendiamkan diri dan melepaskan tangannya dari genggaman si suami.
"husband isteri mana yang tak cemburu bila tengok suaminya keluar dengan perempuan lain..." NurNazlyna mamandang tajam.
"sorry okey sayang... husband janji husband tak akan buat lagi dan husband tak akan ambik apa apa pun kalau Sarah bagi event makanan sekali pun husband tak akan ambik buat sayang please... satu malam jerw sayang, sayang tak ada dekat sisi husband, husband risau sangat sangat..." kata Azri Amsyar.
"Dahlah husband sayang penat.. sayang nak balik" kata NurNazlyna dan bangun. Dia menepuk punggung yang berlumuran dengan pasir.
Lalu, dia mencari sahabat sahabatnya yang pergi bersenam di kawasan berdekatan.
"cari siapa??" soal Azri Amsyar dan berdiri di sebelah NurNazlyna.
NurNazlyna mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Sekejap sahaja Azri Amsyar merampas telefon bimbit itu.
"kalau sayang cari Farah,Rania and Kinah... awal awal lagi dia orang dah pergi dating dengan suami and tunang dia orang" kata Azri Amsyar dan menyimpan telefon bimbit itu.
"hish bagilah balik" NurNazlyna mahu mengambil tetapi Azri Amsyar mengelak.
"nope tak boleh..." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna merengus geram. Dia malas mahu melayan suaminya. Lalu dia terus berjalan meninggalkan Azri Amsyar keseorangan.
"sayang!!" panggil Azri Amsyar.
NurNazlyna tidak menghairankan Azri Amsyar di berlakang.
"Sayang tolong sayang sakit aduh.." Jerit Azri Amsyar.
NurNazlyna berhenti dan memusingkan tubuhnya melihat Azri Amsyar yang sedang meringis kesakitan. Azri Amsyar memegang perutnya.
Dia berasa risau terus sahaja dia berlari anak mendapatkan suaminya yang tidak jauh dari situ.
"husband okey tak ni?? sakit mana??" soal NurNazlyna risau.
Azri Amsyat hanyar meringis kesakita sahaja. Dia memandang orang sekeliling yang pandang ke arah mereka.
NurNazlyna mula sebak melihat suaminya mula memejamkan mata. Dia menggoyangkan tubuh suaminya.
"husband janganlah tutup mata... husband" panggil NurNazlyna sebak.
NurNazlyna melutut melihat suaminya. Lalu dia meletakkan kepala Azri Amsyar di atas ribanya.
"husband bangunlah... Sayang minta maaf husband bangunlah" NurNazlyna mula menangis.
Namun Azri Amsyar hanya mendiamkan diri dan terbaring kaku sahaja.
"Husband janganlah macam ni bangunlah... sayang percaya dekat husband... husband"rengek NurNazlyna. Dia sudah tidak menghiraukan orang di sekelilingnya lagi.
"husband sayang, sayangkan husband janganlah buat sayang macam ni... husband bangunlah..." NurNazlyna mengusap wajah Azri Amsyar.
"sayang janji yang sayang akan buat apa sahaja yang husband suruh... sayang tak akan melawan lagi cakap husband" sambung lagi.
Dia mencium wajah suaminya dengan lembut. Air mata di kesat dengan perlahan.
"boleh, Husband dengar lagi sekali" Azri Amsyar membuka matanya memandang ke arah isterinya yang tersedu sedan di hadapannya.
NurNazlyna terkejut. Melihat suaminya yang selamba sahaja bangun di hadapannya.
"hus..husband tak sakit??" soal NurNazlyna bodoh.
"siapa kata husband sakit... husband okey lah tengok ni hah" Azri Amsyar merenggangkan ototnya di hadapan NurNazlyna.
NurNazlyna menggaru kepalanya. "tadi tu.." NurNazlyna memandang Azri Amsyar tajam.
"hish Husband ni main mainlah..." Terus sahaja NurNazlyna menolak tubuh suaminya dengan kasar.
Tidak cukup dengan itu. NurNazlyna memukul suaminya dengan geram.
Azri Amsyar memegang tangan isterinya menahan dari terus memukul.
"boleh husband dengar lagi sekali yang sayang sayangkan husband please dah lama Husband tak dengar ayat tu" kata Azri Amsyar sambil memegang tangan isterinya.
"tak nak" Kata NurNazlyna.
"alah please sayang... sayang dah janji dengan husband tak nak lawan cakap husband lagikan"duga Azri Amsyar
"siapa suruh tipu orang... dah lah tepi sayang nak balik" kata NurNazlyna melepaskan tangan suaminya.
"nak balik mana?? hotel or rumah kita??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum dan memandang ke arah suaminya.
"main main" kata NurNazlyna manja.
"jangan buat lagi erk" sambungnya lagi.
"promise tak dah... husband janji husband tak kan buat lagi.." Azri Amsyar berjanji.
Lalu Azri Amsyar menarik NurNazlyna ke dalam perlukkannya. Syukur Alhamdulillah isterinya balik ke dalam pangkuannya saat ini.
"please jangan tinggalkan husband lagi" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya mengangguk dan tersenyum. Lalu mata mereka bertentangan antara satu sama lain.
"Ehem ehem" Shahril berdehem.
"sudah sudah lah tu Naz berdrama dekat sini" kata Farah mendekati sahabatnya saat ini.
Azri Amsyar dan NurNazlyna bangun berdiri menghadap sahabat mereka.
"entah kau ni tak rindu konon tapi nangis tadi bukan main lagi" perli Rania yang berada di sebelah Fariq.
"kalau lama sikit tadi aku rasa dah lain yang... jadi haih boleh buat mata aku" Sambung syakinah mengusik sahanatnya.
NurNazlyna dan Azri Amsyar tergelak. "korang dah lama duduk situ??" soal NurNazlyna.
"lama tak lama jugaklah dari Azri datang lagi kami dah ada dekat sini" kata Fariq.
NurNazlyna menutup mulutnya memandang Azri Amsyar di sebelah. Selepas itu, mereka semua tergelak sesama sendiri.
"dah lah jom lunch... aku ada announcment nak buat ni" ujar Farah sambil memandang ke arah Faruq dan tersenyum.
"apa dia tu??" soal NurNazlyna ingin tahu.
"mana boleh bagitahu sekarang... nantilah waktu makan... jom kita orang berlanja" ajak Faruq sambil tersenyum penuh makna.
Mereka yang berpandangan sesama sendiri. Selepas itu, Mereka berjalan beriirangan menuju ke arah kereta masing masing.

MEREKA tiba di Restoran yang berdekatan dengan pantai. Faruq dan Farah sudah membuat tempahan meja untuk mereka semua terlebih dahulu.
Azri Amsyar menarik kerusi untuk NurNazlyna duduk begitu juga dengan Shahril, Faruq dan Fariq.
"kita dah order makan so tinggal untuk bagi makanan jerwlah" kata Faruq pada pelayan itu.
"baik Encik" pelayan itu berlalu.
NurNazlyna menyandarkan kepalanya di bahu Azri Amsyar dengan manja sungguh dia rindu dengan haruman suaminya ini.
"haih Naz kot ya pun rindu tak kan tak boleh dekat hotel kejap lagi.. nak bermanja pun tak bertempat" perli Farah.
"tah kau ni Lyna... semalam bukan main ego lagi kau.. suruh call pun macam kene paksa hari ni terus jadi kucing parsi siam" usik Rania.
"Biarlah ni laki aku... kau orang dah ada laki pergilah manja dengan laki kau orang dekat sebelah tu" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum bangga.
"alah kalau aku yang tak bagitahu Azri yang kau ada dekat sini tak ada maknanya kau dapat jumpa Azri" sampuk syakinah yang duduk du sebelah Shahril.
"Lyna nak tahu tak si Azri ni dah frust menonggeng tau sebab cari Lyna tak jumpa... nasiblah Kinah tolong" kata Shahril.
"tak cukup dengan tu dengan kita orang sekali dia angkut bawak ke sini" Fariq memandang ke arah NurNazlyna.
Lalu mereka semua tergelak sambil memandang ke arah Azri Amsyar.
Lama selepas itu, makanan pun sampai. Mereka menikmati makanan yang cukup sedap.
NurNazlyna perasan dengan keadaan Farah yang asyik sahaja menambah makan. Kali ini sahaja Farah sudah menambah 3 pinggan nasi.
Sama seperti dia ketika awal mengandung dahulu adakah Farah sedang mengandung. Tidak mustahil juga kerana usia perkahwinan mereka sudah hampir ke 5 ke 6 bulan juga.
Mungkin pengunguman ini yang mahu di sampaikan oleh Faruq dan Farah sebentar lagi.
"ehem ehem" NurNazlyna berdehem.
Lalu mereka memandang ke ara h NurNazlyna.
"Farah announcement apa yang korang nak cakap dekat kami ni Farah??" soal NurNazlyna kepada Farah yang sudah melumatkan nasi
"haah lah babe apa yang kau nak sampaikan dekat kita orang ni??".syakinah memandang Farah
"ouh okk sekejap" kata Faruq.
Lalu Faruq bangun entah pergi kemana. NurNazlyna hanya menyambung makan sahaja.
Dalam beberapa minit beberapa pelayan memberikan sebungkus beg kertas kecil dan rengan sahaja isinya.
"apa ni??" soal NurNazlyna sambil menggoncangkan beg itu.
"Sabar sabar jangan buka lagi..." kata Farah.
Mereka semua tertanya tanya apakah isi yang berada di dalam beg itu.
"okey now korang keluarkan kotak panjang yang ada dalam beg tu" arah Farah.
"Aku kira sampai tiga baru korang buka okey?" soal Farah memandang ke arah mereka.
"okey" sorak mereka.
"1"
"2"
"3"
Lalu Mereka semua membuka kotak itu di dalam kotak itu terdapat gambar yang berwarna hitam putih dah pregnantcy test.
NurNazlyna Tersenyum memandang ke arah Farah.
"seriuslah babe??" soal NurNazlyna kurang percaya dengan apa yang dilihat.
Farah mengangguk.
"Congratulations babe" syakinah bangun memeluk Farah.
NurNazlyna juga turut bangun begitu juga dengan Rania. Mereka berpelukkan antara satu sama lain.
"nanti anak aku adalah kawan" kata NurNazlyna sambil mengusap perutnya.
"tahniah Faruq" ucap Azri Amsyar dan tersenyum.
"tahniah bro" Shahril juga memeluk abangnya itu.
Kini Farah yang dulunya brutal sudah berjumpa dengan imam dan bakal bapa yang baik kepada anak anaknya suatu hari nanti insyaallah.

"SAYANG" panggil Azri Amsyar sambil menuruni anak tangga.
"ya Husband ada apa??" soal NurNazlyna yang berada di dapur.
"kenapa tak kejutkan husband.. sayang ni" Azri Amsyar mengambil tempat NurNazlyna dan mengacau kuah yang sudah menggelegak di dalam periuk.
"dah husband tidur lama sangat.. tak apalah... sayang buat husband duduklah sana..." kata NurNazlyna.
"hish sayang.. sayang tu yang kene duduk..." Azri Amsyar menarik tangan isterinya.
NurNazlyna menggeleng kepala sahaja.
"duduk sini"Arah Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya mengikut sahaja. Dia duduk sambil menghadap Azri Amsyar tang sedang memasak.
"letak garam sikit jerw husband jangan banyak banyak" ujar NurNazlyna sambil melihat Azri Amsyar itu.
"ya sayang" Azri Amsyar tersenyum..
Mereka sekarang sudah berada di rumah sendiri setelah 2 minggu pergi bercuti bersama dengan sahabat sahabat mereka yang cukup senang.
Hari NurNazlyna masak kerana Datin Maznah mahu datang ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama sama.
Ding Dong....
Bunyi loceng rumah kedengaran. NurNazlyna keluar melihat siapa gerangannya. Lain tidak bukan lagi siapa lagi kalau bukan Datin Maznah yang datang.
NurNazlyna bangun untuk membuk pintu. Dia tersenyum melihat Datin Maznah tersenyum ke arahnya.
"Masuk Mak..",kata NurNazlyna dan menyalam tangan Mak mertuanya itu.
Datin Maznah masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa.
"Tunggu sekajap Nur buatkan Mak air... Azri tengah masak dekat dapur" kata NurNazlyna.
"Erh tak payah susah susah Nur... Ni mak datang dengan bibik biarlah bibik yang buat semua ni... Nur duduk sini" Datin Maznah menarik tangan NurNazlyna untuk duduk di sebelahnya.
"Husband Mak dah datang ni" panggil NurNazlyna.
"coming" ujar Azri Amsyar dari arah dapur.
NurNazlyna tersenyum sahaja.
"ni bik kamu pergi dapur buatkan saya air ya... di dapur itu sudah ada pembantu kamu minta tolong dengan dia ya" Arah Datin Maznah.
"Baik buk" kata bibik Yuna dan berjalan ke arah dapur. Dia menunduk sedikit kepalanya.
"haih Mak... banyak bawa pembantu rumah buat apa mak??" soal Azri Amsyar dan duduk di sofa.
"Kamu apa tahu... Mak kasihan dekat Nur ni penat buat kerja rumah sorang sorang... lepas tu tak cukup dengan tu jadi PA kamu pula dekat pejabat sana" kata Datin Maznah.
"hmm ya lah Mak..." Azri Amsyar tersenyum sahaja.
"ni cucu Mak mana??" soal Datin Maznah sambil melihat sekeliling rumah.
"Ada bilik dia..." kata NurNazlyna.
"ouh ya ke... ni Mak nak tanya cucu Mak yang ni sihat??" Datin Maznah mengusap perut NurNazlyna yang sudah besar itu.
"cucu Mak yang tu jangan di tanya Mak.. Sebab yang tu dah terlebih sihat... Malam malam lagi dah kejut umi dia" kata Azri Amsyar kepada Datin Maznah.
Tergelak Datin Maznah mendengar kata anaknya itu.
"biasalah tu...haih tak sabarnya nak tunggu cucu nekny yang ini keluar" kata Datin Maznah dan tersenyum ke arah NurNazlyna.
"kamu tu Azri jangan lasak lasak sangat dengan Nur tu.. ingat pesan Mak hari tu erk... Nur pun sama jangan buat kerja berat berat apa apa biar Azri yang buat... kalau andaikata tak larat sangat nak jaga Najwa tak apa hantar jerw Najwa dekat rumah Mak" pesan Datin Maznah.
NurNazlyna tersenyum memandang Azri Amsyar yang mencebir bibirnya.
"insyaallah Mak Nur larat lagi ni.. nak berlari pun boleh mak" Kata NurNazlyna
"eleh nak lari konon. nak naik tangga tu pun nak ambik Masa 10 minit" usik Azri Amsyar.
NurNazlyna mengambil bantal di sebelahnya dan di balingkan tepat pada suaminya.
"padan muka hah..." NurNazlyna geram.
" hish dah dah.. Kamu ni Azri suka sangat usik isteri kamu ni... nanti dia hilang lagi.. kamu yang gelabah macam kucing hilang anak mencarinya"Marah Datin Maznah.
"Biar dia Mak... jom Mak kita pergi dapur Mak... kita Makan.. Biar dia duduk dekat depan tu sorang sorang" kata NurNazlyna dan bangun dari sofa sambil menarik tangan Datin Maznah.
Azri Amsyar yang masih tergelak itu menggeleng kepala melihat rajuk si isteri.
"Alah Nur ni Mak... Azri sakit sikit dah gelabah apatah lagi nak hilangkan diri lagi" kata Azri Amsyar sambil memeluk bahu NurNazlyna.
Tergelak Datin Maznah suka dia melihat gelak ketawa dari anak dan menantunya.
"Najwa... mari makan sayang" panggil NurNazlyna dari sudut tangga.
NurNazlyna menuangkan air oren di dalam cawan dan memberikan pada Datin Maznah. Selanjutnya dia menuangkan air di dalam cawan dan memberikan kepada suaminya.
"dah Nur duduk" kata Datin Maznah.
NurNazlyna duduk di sebelah Azri Amsyar. Selepas itu Najwa berlari ke arahnya.
"erh cucuk Nenek dah turun.. sini duduk sebelah nenek.." panggil Datin Maznah.
Najwa berjalan ke arah Datin Maznah. Lalu dia duduk di sebelah Datin Maznah.
"erh Makcik ni siapa??" soal Najwa sambil menunjukkan ke arah bibik Yuna.
"ini bibik, Nenek bawa dari rumah..." kata Datin Maznah.
NurNazlyna tersenyum memandang Najwa yang bijak berkata kata.
"hmm umi boleh tak nanti Bawa Najwa jumpa Mummy Najwa rindulah dengan Mummy.." kata Najwa kepada Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang all ya??" soal Datin Maznah pada Najwa.
Najwa mengangguk.
"semalam Najwa mimpi Mummy, Mummy cakap dengan Najwa yang jaga diri lepastu mummy cakap Najwa kene duduk dengan umi jangan buat umi marah marah" cerita Najwa pada Neneknya.
NurNazlyna mengerutkan dahi. Sudah 2 minggu Najwa tidak berjumpa dengan Amani.
Selalunya NurNazlyna mendapat panggilan dari Amani tetapi sudah lama dia tidak mengangkat panggilan itu.

13.5.21
1 syawal..
BERSAMBUNG...

SELAMAT HARI RAYA GUYS... MAAF ZAHIR DAN BATIN.. SO SEBENARNYA KISAH AZRI DAN NUR HAMPIR KE PENGHUNJUNG STAY TUNED UNTUK BACA...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience