BAB 33

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

"ITULAH CERITANYA..."kata Azri Amsyar melihat isterinya yang sedang mengalirkan air mata.
"sampai hati dia kata saya mandul" kata NurNazlyna sayu dia menarik nafasnya. NurNazlyna mengelap air matanya yang masih bersisa.
"dah dah dia dah balik dekat UK dah pun... saya tak salahkan awak sayang okey..kita belum ada rezeki lagi"pujuk Azri Amsyar.
Tersedu sedan NurNazlyna menangis. Tiba selera makannya hilang. NurNazlyna hanya minum air sahaja.
"saya tak nak makan dah kenyang" kata NurNazlyna.
"sayang please jangan tipu... awak tak kenyang saya tahu awak lapar" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna berdecit. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi.
"jom kita balik kl saya nak jumpa Najwa kenapa awak tak bawa Najwa sekali" kata NurNazlyna.
"sayang saya nak bawa ke satu tempat ni... okey macam ni nanti cuti sem saya janji saya bawa awak balik KL" Janji Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar. Mereka baharu sahaja mahu berbaik tetapi lain pula yang mereka dapat.
"promise?" Soal NurNazlyna dan menyuakan jari kelinkingnya.
"ya sayang promise dah makan nanti kita terus gerak... tak nak lah sedih macam ni... saya tahu yang awak tak mandul okey" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menyuapkan nasi ke mulutnya dengan perlahan. Dia memamdang Azri Amsyar.
Selepas mereka berdua menghabiskan makanan. Mereka naik kereta selepas menunggu beberapa minit. kereta milik Azri Amsyar meluncur laju ke jalan raya.
Di dalam kereta NurNazlyna hanya memandang di luar sahaja pegangan tangan dari Azri Amsyar hanya di biarkan sahaja.
"sayang fikir pasal Tania lagi ke??"soal Azri Amsyar.
Soalan Azri Amsyar itu mematikan lamunan NurNazlyna yang sudah melayang tinggi.
"hmm saya betul betul terasa dengan apa yang Tania cakap pasal saya dekat husband... i'm sorry.. kalau saya tak minta husband untuk ambik Najwa sebagai anak angkat tentu orang lain tak mengata Husbandkan"kata NurNazlyna kesal.
"sayang jangan cakap macam tu tak baik tau... not good for you emosional." kata Azri Amsyar dan mengucup berlakang tapak tangan NurNazlyna.
"okey lah kalau macam tu... ni awak nak bawa saya pergi mana sebenarnya?"soal NurNazlyna. Dari tadi lagi dia tertanya tanya dimanakah suaminya mahu membawanya.
"honeymoon" jawab Azri Amsyar sepatah.
"honeymoon??" NurNazlyna memandang Azri Amsyar pelik.
"yup honeymoon why tak suka?" Azri Amsyar memandang NurNazlyna sekilas.
"no lah... dah nak dekat 10 bulan kahwin baru nak bawa saya pergi honeymoon??"NurNazlyna tersenyum.
"yes... ya lah sayang lepas jerw kahwin saya terus bawa awak pergi rumah opah, lepas tu kita balik rumah baru ibu dengan ayah.... then kita ambik Najwa.. sayang masuk hospital saya sattle kan masalah Najwa dengan ibunya... lepas jerw kejadian tu awak kene fokus dekat majlis tunang kawan kawan awak pula. Sampai terlupa nak bawa awak pergi honeymoon" kata Azri Amsyar.
"ouh sekarang tuntut lah ni??... okey tak apa sekarang awak nak honeymoon dekat mana??" soal Nurnazlyna dan memandang Azri Amsyar.
"itu rahsia sekarang awak rehat dan tidur okey..." kata Azri Amsyar. Dia menolak kepala isterinya untuk menyandar ke penyandar kerusi.
"nanti dah sampai kejut saya erk...saya penat hari ni" kata NurNazlyna dan membtulkan car seat.
"ya sayang" Azri Amsyar memandang sekilas.
Lama kelamaan NurNazlyna melelapkan mata dan Azri Amsyar mengfokuskan pandangan kepada jalan raya.

TANIA TIBA DI Uniterd Kingdom. Mummy dan daddynya sedang menunggunya di lapangan terbang. Tangannya mula menggeletar takut dengan amarah daddynya sebentar sahaja lagi. Dia memandang ke arah Puan Tiara yang sedang menunggunya bersama dengan Encik Hisyam.
Encik Hisyam memandang Tania tajam. Encik Hisyam mendekati anak perempuan tunggal mereka berdua.
PANG....
Sekilas tamparan hebat mengena Tania, Encik Hisyam menampar Tania dengan kuat.
"daddy tak ajar anak daddy datang tempat orang dan jadi biadap" Encik Hisyam memandang Tania dengan penuh amarah.
Puan Tiara menarik tangan Tiana ke dalam pelukkannya. Terkejut dia melihat suaminya menampar anak perempuannya itu. Teresak esak Tania menangis di dalam pelukkan Puan Tiara.
"calm down please" Puan Tiara memegang tangan Suaminya.
"balik" arah Encik Hisyam tegas. Encik hisyam meninggalkan mereka berdua dan berjalan ke arah kereta.
Puan Tiara memujuk anaknya. Mereka berjalan beriringan membontoti Encik hisyam.
"Daddy betul betul tak sangka Tania sanggup buat daddy dengan mummy macam nikan... Tania tahu tak yang daddy dengan mummy cari Tania bagai nak gila dekat sini... Daddy betul betul kecewa dengan sikap Tania yang tak pernah berubah" Encik Hisyam meraup wajahnya.
Mereka tiba di rumah. Tania masuk ke dalam biliknya dia menarik nafas kesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap keluarga Datin Maznah.
Tania memegang pipinya yang terasa perit. Dia bangun dari duduk dan berjalan ke arah balkoni tingkap. Bandar Europe di perhatika ke sesakkan jalan lalu lintas.
Tania keluar dari biliknya dan berjalan ke arah Encik Hisyam yang sedang duduk sambil meminum air kopi yang di buat oleh Puan Tiara.
Sudah bertahun mereka sekeluarga manatap di sini negara orang. Tania berdiri di sebelah Encik Hisyam.
"what are you doing near malaysia Tania?" Encik Hisyam tidak memandang Tania yang berada di sebelahnya.
"abang please" bisik Puan Tiara.
"now apa yang Tania nak dekat mummy and daddy.. kalau makcik Maznah tak call daddy bagitahu di mana Tania dan apa yang Tania buat dekat sana Daddt rasa dah lama daddy dengan mummy buat report polis." kata Encil Hisyam.
"daddy Tania minta maaf.. i'm sorry my fault daddy" Tania duduk di sebelah Encik Hisyam.
"you no what... Tania tak perlu minta maaf dengan Daddy and mummy tania kene minta maaf dengan Nur dan Abang Azri sebab kelakuan Tania yang teruk!!"tengking Encik Hisyam.
Terhinjut bahu Tania dan Puan Tiara Mendengar jeritan Encik Hisyam. Puan Tiara memandang Tania yang masih menundukkan pandangannya.
"sekarang daddy tak akan bagi Tania keluar pergi mana mana... Tania duduk rumah dengan mummy..." kata Encik Hisyam tegas.
"tapi daddy tania..." kata kata Tania terhenti apabila Encik Hisyam memandang tajam ke arahnya.
Tania berlalu masuk ke biliknya. Seumur hidupnya Encik Hisyam tidak pernah memarahi dia seteruk ini.
Dia menangis sambil berpelukkan dengan bantal,teresak esak dia menghamburkan tangisannya. Lama kelamaan dia tertidur.

PEMANDANGAN YANG INDAH dan cuaca yang sungguh sejuk dan nyaman. NurNazlyna memandang Azri Amsyar yang sedang nyenyak tidur. Tersenyum dia melihat Azri Amsyar pada pagi itu. Mereka berdua sudah bangun untuk mandi dan solat subuh. Selepas sahaja solat berjemaah mereka tidur kembali kerana penat bekerja hihihihi..
Nur Nazlyna memandang pandangan yang kehijauan di matanya.Dia sekarang berada di cameron highland. Suaminya telah menempahkan pakej bulan madu. Bunga Rose merah bertaburan di lantai. Seronok mereka bermain bunga itu.
"sampai hati tinggalkan husband tidur sorang sorang"bisik Azri Amsyar manja di telinga NurNazlyna.
Tersenyum NurNazlyna. "erh dah bangun."kata NurNazlyna memusingkan tubuhnya dan mengusap wajah Azri Amsyar.
Azri Amsyar mahu mencium leher NurNazlyna tetapi dengan pantas NurNazlyna menolak perlahan wajah Suaminya dan menggoyangkan jari terlunjuknya di hadapan Azri Amsyar.
"no tak boleh..please pergi mandi saya lapar"kata NurNazlyna manja.
"alah sayang ni nak morning kiss? dekat sini" Azri Amsyar menunjukkan pipinya.
Cup...
NurNazlyna mencium pipi Azri Amsyar sekilas. Dia menyilangkan kedua tangannya di batang leher Azri Amsyar.
Selepas itu mata mereka berpandangan, NurNazlyna mengerutkan dahi memandang Suaminya.
"kenapa husband pandang sayang macam tu?" soal NurNazlyna pelik.
"tak husband cuma tak sangka yang kita dah kahwin and dah ada anak" kata Azri amsyar.
Tersenyum NurNazlyna mendengar ayat Azri Amsyar.
"sorry husband..."kata NurNazlyna perlahan.
"kenapa pulak ni....sayang ada buat salah ke dengan Husband?"soal Azri Amsyar
"tak adalah sebab sayang ramai orang mengata husband cakal husband bukan bukan" kata NurNazlyna sayu.
"erh sayang janganlah fikir pasal tu tak elok untuk emosi sayang... kan husband dah cakap dari sebelum kita kahwin lagi.." kata Azri Amsyar mengusap kepala NurNazlyna.
"tapi husband....."
cup...
kata kata NurNazlyna terhenti kerana Azri Amsyar mencium bibir NurNazlyna.
"mulut ni banyak sangat cakap..kan dah kene..." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna terkejut, Dia memukul Dada Azri Amsyar manja. NurNazlyna memusingkan tubuhnya menghadap pemandangan ke hijauan di cameron highland.
"pandai husband pilih tempat untuk honeymoon" kata NurNazlyna.
"erh mestilah ni Azri lah... nanti lepas study sayang cakap jerw nak pergi mana husband bawakan" kata Azri Amsyar bangga.
Tersenyum NurNazlyna mendengar usikkan suaminya itu. Dia memusingkan tubuhnya memandang Azri Amsyar. Tangannya menyilangkan ke batang leher Azri Amsyar.
"husband cakap tidak ada rahsia antara kitakan??" soal NurNazlyna meminta kepastian suaminya.
"boleh Sayang nak tahu pasal alisya??" soal NurNazkyna kepada Azri Amsyar.
Riak Wajah Azri Amsyar berubah. NurNazlyna memandang wajah Azri Amsyar.
"hmm Mak dah ceritakam semuanya dekat sayang... tapi sayang nak dengar dari mulut husband sendiri boleh??"soal NurNazlyna kepada Azri Amsyar.
Azri Amsyar mengeluh perlahan. Dia menarik tangan isterinya hingga ke sofa,mereka duduk sambil memandang pemandangan yang ke hijauan.
NurNazlyna mahu mengambil tempat di sebelah Azri Amsyar tetapi Azri Amsyar menahan. Azri Amsyar menariknya duduk di atas riba. NurNazlyna tidak membantah malah dia menurut sahaja.
"hmm husband kalau tak nak cerita sekarang pun tak apa nanti nanti boleh cerita sayang boleh tunggu" kata NurNazlyna sambil duduk menyengitan tubuhnya memandang wajah suaminya yang berubah.
"tak apa sayang husband cerita sekarang" kata Azri Amsyar sambil menyelak rambut NurNazlyna yang panjang berurai.
NurNazlyna mengangguk.
"okey one day selepas ayah pergi tinggalkan husband... husband tak ada kawan husband lonely sangat sangat... lepastu Mak ajak pergi terapi husband pergi terapi... dan alhamdulillah Husband sihat.."Azri Amsyar membetulkan duduk NurNazlyna .
"hish husband ni" NurNazlyna mengerutkan dahinya.
Azri Amsyar tergelak kecil.."okey okey.. lepastu husband pergi sekolah for spm husband berkenalan dengan alisya bagi husband dia waktu tu baik peramah cantik serba serbilah lengkap dengan alisya ni... cuma dia ni tak pakai tudung itu sahaja..."cerita Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum 'untungnya dia dapat pujian'gumam NurNazlyna.
"hmm lepastu?"soal NurNazlyna.
"lepas tu..husband bercinta lah dengan dia.. husband bawa jumpa dengan Mak dan Mak bertunangkan kami..."sambung Azri Amsyar.
"lepas bertunang lagi sebulan nak nikah kita orang tak pernah jumpa pun cuma call dan sms jerw.. dulu mana ada whatsaapp macam sayang"sempat dia memerli isterinya.
NurNazlyna tergelak.
"okey lepas tu... Tiba tiba ada orang cakap dekat husband yang dia tu sebenarnya nakkan harta husband jerw... tapi husband tak percaya... one day dia call husband minta tolong sebab dia kene culik dengan seorang lelaki... husband tolonglah dia.. and husband berani sumpah yang husband tak pernah sentuh dia erk... husbamd pergilah tempat yang dia kene culik tu... tahu tahu dia dah mati kene bunuh dengan lelaki tu perut dia terbelah lepas tu ada janin. memang ngerilah kematian dia... sejak dari tu husband tak percaya dengan perempuan sampailah Husband jumpa dengan bidadari husband ni... seorang pelajar yang keras kepala dan ego yang tinggi" kata Azri Amsyar selepas itu dia mengusutkan rambut NurNazlyna yang panjang.
"husband jangan lah" rengek NurNazlyna manja.
Tersengeh Azri Amsyar mendengar suara manja isterinya.
"mak cakap yang bunuh Alisya tu hmm teman lelaki dia betul ke?" soal NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk.
"sorry husband" kata NurNazlyna dan menggosok wajah Azri Amsyar.
"its okey lah sayang husband tak apa apa... husband okey... sekarangkan husband dah ada bidadari"kata Azri Amsyar.
Dahi mereka bercantum.
"hmm macam mana dengan Tania??"soal NurNazlyna.
"Tania is my cousin Husband tak anggap dia lebih pon jangan risau okey" kata Azri Amsyar.
"betul ni?" NurNazlyna ingin meminta kepastian.
Azri Amsyar mengangguk laju.
"okey jom pergi makan sayang dah lapar" kata NurNazlyna ingin menolak tangan Azri amsyar yang berada dipinggangnya.
"jangan harap" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna berasa tubuhnya berada di awang awangan. Azri Amsyar mendukung NurNazlyna. NurNazlyna memeluk batang leher Azri Amsyar dengan kuat kerana takut jatuh.
"husband ni.. jatuh nanti" kata NurNazlyna dan mengerutkan dahinya.
NurNazlyna meronta ronta ingin turun. Azri Amsyar membaringkan NurNazlyna dengan perlahan di atas katil.
"dah husband nak mandi sayang duduk sini tunggu sampai husband mandi okey??" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk.
Azri Amsyar masuk ke dalam kamar mandi dan membersihkan diri.
NurNazlyna mengambil telefon bimbitnya di atas meja yang sedang bercas. Dia mendail nombor Puan Rose.
Selepas beberapa minit menunggu Panggilan di sambungkan.
"Assalammualaikum ibu.." kata NurNazlyna.
"waalaikummussalam adik... Hmm macam mana Honeymoon okey?" usik Puan Rose.
"ibu tahu?" soal NurNazlyna pelik
"tahu jerw.. Azri awal awal lagi dah bagitahu dekat ibu..." kata Puan Rose.
Tersenyum NurNazlyna.
"Najwa macam mana dekat sana sihat tak??"soal NurNazlyna.
"Najwa tidur rumah kakak kejap lagi dia datanglah.. semalam angah ambik dia bawa sana.. biar lah dia dek bukannya jauh pun rumah angah tu.. kak sue boleh jaga.." kata Puan Rose.
"ouh hah ya lah ibu tu jangan buat kerja berat berat.. maaflah ya ibu sebabkan orang ibu kene jagakan Najwa untuk orang" NurNazlyna meminta maaf.
"erh tak apa lah Najwa tu senang jerw jaganya." kata Puan Rose.
"okeylah ibu orang nak call Angah pula ni nak tanya Najwa" NurNazlyna meminta diri.
"hah ya lah"kata Puan Rose dan mematikan telefon bimbitnya.
NurNazlyna menggeleng kepalanya mendengar kata kata ibunya tadi.
NurNazlyna berjalan ke arah kamar mandi dimana Azri Amsyar berada.
tok...tok..
"husband"panggil NurNazlyna sambil mengetuk pintu
"ya sayang why" laung Azri Amsyar
"ibu kata Najwa ada dekat rumah Najwa now.. kenapa tak cakap dengan sayang" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar membuka pintu.
"arh!!!" terjerit NurNazlyna dan automatik menutup matanya.
"husband"panggil NurNazlyna geram.
"husband dah pakai baju lah" kata Azri Amsyar.
"apa sayang cakap tadi?" sambung Azri Amsyar kembali.
"sayang cakap najwa sekarang ada dekat rumah angah... kenapa bagi dia pergi rumah angah susahkan angah jerw nak jaga Najwa" kafa NurNazlyna panjang lebar.
" sabar lah sayang angah yang nak jaga Najwa lah... angah dah bagi tahu husband siap siap" kata Azri Amsyar.
"ouh erh" NurNazlyna menggaru kepalanya.
"dah pergi sambung mandi.." NurNazlyna menolak Tubuh Azri Amsyar
Azri Amsyar masuk kembali ke dalam kamar mandi.
Tersenyum NurNazlyna melihat telatah suaminya itu.Dia mengmbil telefon bimbitnya beberapa lama kemudia telefonnya berdering.
Video call tertera.
Tersenyum NurNzlyna melihatnya.
"hello umi... Tadi pak besau cakap walid pergi jumpa umi..."rengek Najwa.
"hey sayang kenapa ni.. jangan macam ni Najwa tak sayang umi ke?" soal NurNazlyna melihat Najwa yang sedang menangis.
"sayang" tersedu sedan Najwa menangis.
"kalau sayang jangan buat ibungah dengan ayahngah macam tu.. pak besau tu nanti ibu pukul dia jangan layan dia" kata NurNazlyna.
NurNazlyna memandang Nazuwan yang berada di berlakang Najwa.
"abang kau ni jangan lah buli anak aku" kata NurNazlyna.
"mana ada aku buli... aku cuma cakap jerw yang walid pergi honeymoon dengan uminya" usik Nazuwan.
"banyak kau punya honeymoon kau pujuk balik anak aku tu... aku dah lah lambat lagi balik" kata NurNazlyna.
"kau balik bila sebab aku nak bawa bakal kakak ipar ni dekat semua" kata Nazuwan.
"hmm aku cuti sem minggu lagi satu mungkin time cuti sem lah aku balik" jelas NurNazlyna.
"ouh hah ya lah belajar leklok.. jom Najwa kita beli ice cream"pujuk Nazuwan.
"tak nak kawan pak besau" Najwa menjeling Nazuwan.
Tergelak Nurnazlyna.
"padan muka kau... anak aku demam siap kau erk" NurNazlyna memberi amaran.
"um...umi... Najwa nak.. jumpa..um..umi" kata Najwa dengan tangisan.
"sayang jangan macam ni" kata NurNazlyna cemas.
"hah sampai hati walid tipu Najwa" kata Najwa.
NurNazlyna memusingkan badannya memandang Azri Amsyar di berlakang. Rambut basah Azri Amsyar kelihatan.
"werk Najwa kene tinggal" usik Azri Amsyar lagi.
Lagi kuat Najwa memanggi NurNazlyna.NurNazlyna memukul Azri Amsyar perlahan.
"husband anak demam nanti" tegur NurNazlyna.
"okey sayang dengan cakap walid now you duduk rumah ayahngah esok walid datang ambik bawa pergi rumah nekny okey" pujuk azri Amsyar.
"tak nak Najwa nak jumpa umi" kata Najwa dalam tangisan.
"okey macam ni kalau Najwa nak jumpa umi.. Najwa kene dengar cakap semua orang dekat sana boleh?" soal NurNazlyna.
Najwa mengangguk perlahan.
"kalau Najwa menangis dan buat semua orang risau Umi tak nak jumpa Najwa, undestand?"soal Soal NurNazlyna kembali.
najwa menyuakan jari kelinkingnya "Najwa promise" kata Najwa.
NurNazlyna menyembunyikan tawanya. Azri Amsyar di sebelah sudah menghamburkan tawanya perlahan.
"okey now pergi minta maaf dekat pak besau dan yang lain janji dengan dia orang yang najwa takkan buat lagi" kata NurNazlyna.
"okey bye sayang nanti umi dan walid bawa balik baby for you" kata Azri Amsyar di berlakang.
Terbeliak biji mata NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
NurNazlyna melihat Nazuwan dan Nazrim yang tergelak terbahak bahak sambil memandamg wajahnya.
"husband apa ni" NurNazlyna menolak tubuh Azri Amsyar sedikit ke berlakang.
"bro kau memang"kata Nazrim sambil tergelak.
"dapat anak menakanlah aku dek"kata Sufia dengan ceria.
NurNazlyna tergelak kecil dan menggelengkan kepalan memandang mereka bertiga yang sedang mempertawakan NirNazlyna.
"kak sue please" nurNazlyna menjelin mereka yang sedang membertawakannya.
"okey bye guys Najwa nak makan" kata Sufia dan mengambil ipad Milik Najwa.
Najwa yang masih terpinga pinga itu hanya memandang sahaja.Panggilan di matikan.
"husband ni" NurNazlyna memukul Azri Amsyar dengan kuat.
"hish tak suka lah"NurNazlyna memeluk tubuhnya dan berjalan menghentak kaki sambil membawa kain tuala ke kamar mandi.
"sayang"panggilan Azri Amsyar tidak di hiraukan dia menutup pintu dan menguncikannya.

MEREKA TIBA DI LADANG Teh. NurNazlyna mengambil gambar setiap permandangan. Dia masih mendiamkan diri dengan Azri Amsyar.
"Sayang marah husband ke?"bisik Azri Amsyar di berlakang NurNazlyna.
NurNazlyna masih mendiamkan diri malah dia hanya berjalan meninggalkan Azri Amsyar di situ. Azri Amsyar menarik nafas panjang.
NurNazlyna berjalan sehingga terlanggar seseorang perempuan yang tengah mengandung.
"ouh sorry sorry saya tak sengaja awak okey??"soal NurNazlyna kepada perempuan itu.
"tak apa saya okey...awak yang teruk it okey salah saya sebab jalan tak ingat dunia" kata perempuan itu.
"ouh hahaha sorry lagi sekali" kata NurNazlyna.
"hmm awak orang sini ke??" soal Perempuan itu.
"ouh tak saya bukan orang sini...saya cuma datang melancong dengan suami saya" kata NurNazlyna.
"oh saya Atiqah"kata Atikah dan menghulurkan tangannya.
"ouh saya Nazlyna.." NurNazlyna menyambut.
"Naz..Lyna??" soal Atiqah
NurNazlyna mengangguk.
"unik nama awak orang tertentu jerw boleh sebut nama awak dengan jelas" kata Atiqah.
Tergelak NurNazlyna.
"hmm berapa bulan dah ni?" soal NurNazlyna.
"7 bulan dah" jawab Atiqah sambil menggosok perutnya.
Tersenyum NurNazlyna.
"umur kita macam sebaya jerw kan??" soal Atiqah.
"umur saya 18 tahun" kata NurNazlyna.
"erh sama lah kita... kahwin muda lah kita kira ni" tergelak Atiqah. Mereka sama tergelak.
"Sayang kenapa ni??" soal seorang lelaki yang datang dari arah berlakang NurNazlyna.
"hubby"panggil atiqah manja.
NurNazlyna seperti kenal dengan suara itu. Lututnya mula menggeletar dan memandang ke arah pemilik suara. 'AIMAN'gumam NurNazlyna.
"lah dekat sini Sayang husband ni"kata Azri Amsyar dan merangkul pinggang NurNazlyna.
"Erh Cikgu" panggil Aiman.
"Aiman siapa ni??" soal Azri Amsyar.
"hmm ni isteri saya" Aiman menggaru kepalanya yang tidak gatal.
NurNazlyna memandang Aiman tidak berkelip. Sejujurnya dia memang tidak suka dengan Aiman.
"hmm Lyna sihat??"soal Aiman memandang NurNazlyna.
"Lyna sihat alhamdulillah.
"hubby kenal??" soal Atiqah.
"kenallah ni kawan satu sekolah i" kata Aiman.
"ouh" Atiqah menunduk sedikit ke arah Azri Amsyar.
"cikgu dalam kahwin dengan Lyna??"soal Aiman.
"alhamdulillah dah 10 bulan kita orang kahwin... hmm lagipun dah ada anak sorang dah... ni pun kami datang sini sebab nak honeymoon" kata Azri Amsyar.
"ouh hmm Cikgu saya balik dululah ya Assalammualaikum" kata Aiman dan meminta diri.
NurNazlyna hanya menundukkan pemandangan sahaja.
"hmm Lyna saya balik dulu assalammualaikum kalau ada rezeki kita jumpa lagi okey?" kata Atiqah.
NurNazlyna tersenyum dan mengangguk.
"hmm Lyna,Aiman pergi dulu..."Aiman berkata lembut.
NurNazlyna tidak membalas malah dia hanya memandang ke arah pemandangan ladang teh itu. Dia tidak mampu memandang ke arah Aiman.
Mereka berdua berlalu. Aiman senpat menjeling ke arah NurNazlyna dan Azri Amsyar.
"seronok dapat jumpa kekasih lama" perli Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang wajah Azri Amsyar yang tengah merajuk dengannya. 'sudah siapa pula yang merajuk ni dia ke aku'kata NurNazlyna dalam hati.
"dah jom balik" Azri Amsyar menarik tangan NurNazlyna dengan kasar. Hampir terjatuh di buatnya dengan ranting kayu yang banyak.
"husband sakitlah"kata NurNazlyna geram.
"saya cakap balik." Azri Amsyar mula menukar panggilan.
Sampai sahaja di kereta,Azri Amsyar membuka kereta dan memberi isyarat kepada NurNazlyna untuk masuk.
NurNazlyna masuk dengan dan menghempaskan pintu dengan geram.
Beberapa minit kemudian kereta berada di jalan raya.NurNazlyna tidak memandang ke arah Azri Amsyar.
Lama mereka begitu sehingga NurNazlyna berasa sebersalah dengan suaminya.Dia takut dengan sikapnya begitu Azri Amsyar akan lebih marah dengan dirinya.
Dia harus menurunkan egonya yang sedang meninggi.
"Husband" panggil NurNazlyna dan menoleh ke arah sang suami.
Azri Amsyar tidak balas.
NurNazlyna harus berfikir macam mana mahu mencari jalan untuk memujuk suaminya ketika ini. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Rasa bersalah mula mengusai dirinya.
"hmm husband sorry"kata NurNazlyna perlahan.
Azri Amsyar masih mendiamkan diri.
"husband jangan dia macam ni cakap lah dengan sayang" kata NurNazlyna dan meletakkan tangannya di peha Azri Amsyar.
Azri Amsyar menepis kasar. sehingga tangan NurNazlyna terkena gear dengan kuat. Azri Amsyar tida menghiraukan dia hanya menbiarkan isterinya mengadoi.
NurNazlyna memandang jalan raya di sudah malas mahu memujuj sikap suaminya ini. tangan yang sakit di biarkan. Air mata yang bertakung makin lama makin mahu mengalir.
NurNazlyna menahan esak tangisnya. Dia menbiarkan suaminya seketika.

14.2.21
BERSAMBUNG.....

hye Assalmmualaikum guys...kalau nak tahu siapa aiman jangan lupa komen nanti nat akan publish bab baru.. stay safe okey guys..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience