BAB 23

Romance Series 50179

______________________________________________________________

Tiba tiba dj itu tadi membuka lagu someday 'we bare bear's song' ,NurNazlyna terkejut dengan lagu itu sungguh sedap nyanyian itu. NurNazlyna melihat Asfa dan Aulia yang turut menyanyikan lagu itu.
NurNazlyna teruja dengan kerana itu adalah lagu kegemarannya.
"tuan tuan dan Puan puan ini dia mascod we bare bear's kita dah sampai" Dj itu bersorak.
Para tetamu yang hadir turut bersorak.
NurNazlyna memandang ke arah pintu gerbang. Terdapat mascod we bare bear's masuk ke dalam dewan hotel itu.
Lagi girang kanak kanak yang hadir. 'grzzly' watak beruang berwarna coklat itu berada di sebelah kanan dan memberikan coklat kepada mereka.
Pan pan yang berada di tengah hanya berjalan sambil memegang 4 kuntum bunga. NurNazlyna hanya memerhatikan sahaja gerak geri mascod itu.
ice bear pula memberikan doorgift kepada para tetamu. bersorak keriangan mereka semua.
Syakinah datang mendekati NurNazlyna. Dia menyuakan tangan kepada NurNazlyna. NurNazlyna menyambut huluran Syakinah. Syakinah membawa NurNazlyna ke arah pelamin.
"tunggu sini sekejap" kata Syakinah.
Datang lah Puan Rose dan Datin Maznah di kiri dan kanan NurNazlyna.
Puan Rose dan Datin Maznah hanya tersenyum apabila NurNazlyna memandang mereka berdua.
Pan pan datang ke arah NurNazlyna dan Datin Maznah. Lalu dia memberikan 1 kuntum bunga kepada Puan Rose. Puan Rose bersorak girang. Selepas itu dia memberikan 1 kuntum bunga lagi kepada Datin Mazniah.
Sesudah dia memberikkan bunga kepada Datin Maznah dan Puan Rose. Dia melutut di hadapan NurNazlyna dan memberika 2 kuntum bunga rose merah di hadapan Nurnazlyna. NurNazlyna memandang sahabat sahabatnya yang sedang bersorak riang.
Lagu 'surrender' di pasang oleh dj itu. Farah dan yang lain lain merakamkan bibit bahagia sahabat baiknya itu.
NurNazlyna mengambil bunga itu dan mengucapkan terima kasih. kepada Pan pan.
Patung pan pan itu menyuruh NurNazlyna membuka topeng yang di pakai olehnya. Lalu NurNazlyna membukanya dengan perlahan dan berhati hati.
Semua bersorak suka apabila melihat gerangan yang memakai topeng itu. Azri Amsya yang berada dalam topeng tersebut. NurNazlyna melihat Azri Amsyar yang sedang menggigit bunga rose putih.
"special for you" bisik Azri Amsyar.
NurNazlyna ketawa girang sambil memukul manja bahu Azri Amsyar. Air mata bergelendangan. NurNazlyna terharu dengan apa yang Azri Amsyaf telah buat kepadanya ketika ini.
Mereka sama sama ketawa.
Dj itu memberikan mic kepada Azri Amsyar. Azri Amsyar mengambilnya.
"Assalammualaikum dan salam sejahtera saya mewakili keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sebab sudi datang ke majlis yang tak seberapa ini. Saya sunggu bersyukur terhadap ilahi. Then for my wife thank you so much untuk segalanya. Ibu and ayah Azri berjanji dan bersaksikan orang ramai Azri Akan menjaga NurNazlyna sebaik mungkin.
Tiada siapa yang berani mengambil NurNazlyna dari Azri itu janji Azri Ibu And ayah. Kepada Nazrim merangkap Angah. thanks bro sebabkan kau aku dapat tawan hati adik kau. thank you so much bro..."
Nazrim Menunjukkan ibu jarinya kepada Azri Amsyar.
"Mak azri nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Azri tak akan lupakan Mak. Mak lah satu satu wanita yang paling Azri sayang. kepada kawan kawan sedara mara terima kasih sebab sudi memeriahkan lagi majlis. for you sayang" Azri Amsyar memandang NurNazlyna dan tersenyum.
NurNazlyna hanya memandang Azri Amsyar yang sedang bernyanyikan lagu 'wanita terakhir'. Terharu NurNazlyna. Air mata yang di tahan jatuh juga di pipinya.

Menjelang hari-hari bahagia kita
Ku bayang wajah indahmu bersamaku
Di sisiku kau ukir senyum manis mu
Kau masih belum milikku lagi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku

Ohhhh sayang
Sungguh sempurna
Tiada lain ku mahu

Baju mascod yang di pakai oleh Azri Amsyar di buka oleh kawan kawan mereka. Azri Amsyar memakai baju yang di pakai tadi cuma kerisnya sahaja yang tiada. Taufik memberikan Keris kepada Azri Amsyar.

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Dan aku renangi lautan sepi
Menukil kembali bayang mu disini
Dalam pelukanku
Selamanya

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Terimalah cinta ku kekasihku
Ku impi bersamamu hingga ke syurga
Biar kita bahagia 'tuk selamanya
Abadi

Sambutlah cintaku duhai sayang
Cinta kita untuk selamanya
Biarku sentuh hatimu ini
Sendiri

Selamat malam Wanita Terakhir
Tak mungkin ku kan temu seindah ini
Sampai bila ku harus menanti
Untuk kau menjadi milikku

Habis sahaja Azri Amsyar menyanyikan lagu. Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna untuk duduk di atas pelamin. Mereka semua menepuk tangan
"thanks for be my wife sayang... walaupun kita kenal hanya beberapa minggu sahaja... Saya harap kita dapat satukan silaturrahim kita..." ucap Azri Amsyar.
"terima kasih pengetua sekolah dan guru guru yang lain kerana sudi datang ke majlis kami berdua" Azri Amsyaf memandang ke arah guru guru.
Mereka semua bersorak suka. NurNazlyna mencium tangan Azri Amsyar dan bangun dari duduknya. Dia memandang ke hadapan. Lalu dia mengambil mic dari tangan Azri Amsyar.
"Hye Assalammualaikum.. sesungguhnya saya tak tahu kejutan ini ya.. thanks you husband for surprise saya hargai sangat sangat. thanks juga dekat rakan rakan saya yang ada bila saya jatuh dan bangun. Thanks ibu and ayah sebab jaga orang sampai sihat macam ni.. kakak, abang and angah thanks you so much for support me. kak sue dan anak anak acu hye" NurNazlyna melambaikan tangannya ke arah Asfa dan Aulia.
"then husband, i hope you can accept my shortcomings. Saya harap awak akan menjadi suami yang terbaik untuk saya dan bakal anak anak saya nanti love you so much husband" NurNazlyna tersenyum.
Tetamu yang hadir turut mengalirkan air mata dan terharu. Azri Amsyar mengambil tangan NurNazlyna dan menciumnya.
"amboi amboi kau Naz sudah sudah lah tu dok nangisnya jom kita dengarkan lah pengantin bernyanyi siapa nak dengar jerit horey" kata Farah.
Mereka semua menjerit horey bergegar satu hotel menjerit. NurNazlyna membulatkan matanya memandang ke arah Azri Amsyar. selepas itu dia menjeling tajam ke arah Farah.
Mic di beri kepada mereka berdua.
mereka bernyanyikan Lagu 'my heart'.

Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia 'ku denganmu

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah?
Kuukir nama kita berdua
Di sini surga kita

Mereka semua bersorak girang apabila mendengar Suara lunak NurNazlyna. Para tetamu yang hadir turut mengikut menyanyikan lagi.

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar?
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayangku akan hilang

If you love somebody could we be this strong
I will fight to win our love will conquer all
Wouldn't reach my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart

Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah?
Kuukir nama kita berdua
Di sini surga kita

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar?
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayangku akan hilang

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar?
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayangku akan hilang

If you love somebody could we be this strong
I will fight to win our love will conquer all
Wouldn't reach my love
Even just one night
Our love will stay in my heart
My heart

Bersorak girang tetamu yang hadir. Namun tidak Puan Sarifa yang hanya duduk dan makan sahaja. Dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Mata NurNazlyna dan Azri Amsyar bercantum berdetak jantung NurNazlyna dan Azri Amsyar ketika itu. Sungguh romantis pandangan mereka berdua.
Tanpa mereka sedar jurugambar itu mengambil gambar mereka berdua yang saling berpandangan.

SEHABIS SAHAJA MAJLIS Mereka berdua. Tetamu sudah pun pulang. Hanya tinggal keluarga mereka dan kawan kawan mereka sahaja di green hotel itu. NurNazlyna duduk di kerusi kerana kakinya yang sudah berdenyut denyut.
"tak pernah pernah aku pakai high heels begitu lama macam ni sakit kaki aku" bebel NurNazlyna ke seorangan.
Puan Masyitah menyentuh bahu NurNazlyna.
"Nur Makcik balik dulu lah ya jumpa ada rezeki nanti datanglah kampung dekat Nilai" tegur Puan Masyitah.
"insyaallah mak cik nanti Nur pergi sana" Balas NurNazlyna. NurNazlyna menyalam tangan Puan Masyitah.
"Nur kita orang balik dulu lah ya ada rezeki kita jumpa jangan lupa text kita orang" Qamalia memegang bahu NurNazlyna.
"nanti i text you all okey.. bye" mereka berdua melaga lagakan pipi.
Qamalina hanya tersenyum sahaja.
Tinggallah NurNazlyna di situ. NurNazlyna memandang ke arah tetamu yang sedang beratur mahu pulang. Alhamdulillah ramai tetamu yang suka akan majlis yang meriah
"erh awek lah hye awek sorang jerw ke mana?" usik Fariq.
berkumpullah sahabat NurNazlyna di meja bulat itu.
"banyak lah kau punya awek..." NurNazlyna menjeling Fariq.
"kau asal dah rupa ayam hilang bulu" kata Farah.
"aku letih sakit kaki aku ni kau tengok" NurNazlyna menunjukkan kakinya kepada Farah.
"huish merah gila kaki kau.. macam lepat pisang penyek jerw rupa dia hahahahha" Farah mempertawakan NurNazlyna.
NurNazlyna memandang tajam ke arah mereka semua. Semua terdiam.
"erh ni kau tak payah jeling jeling sangat lah kita semua ni ada masalah besar tau" Faruq menyampuk.
"masalah apa boleh saya join sekali??" Azri Amsyar menyampuk.
Dia dan shahril duduk bersebelahan. Shahril duduk bersebelahan dengan Syakinah manakala Azri Amsyar pula duduk bersebelahan dengan NurNazlyna.
"hmm boleh Cikgu boleh tak ada masalah memandang Cikgu pun dah masuk sebahagian ahli kumpulan kami." Kata Fariq.
"okey dengar Farah ceritakan apa yang jadi malam semalam" Arah Faruq.
Farah mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangannya,lalu memberikan kepada NurNazlyna.
"kau baca tu" Arah Farah.
"siapa ni wey bahaya lah orang macam ni" NurNazlyna hairan.
NurNazlyna memberikan telefon bimbit itu kepada Azri Amsyar. lalu mereka bergilir gilir membaca butiran whatsaap itu.
"tu lah tu... aku pun tak tahu siapa yang chat aku" Farah berkata hairan.
"setahu aku lah kan kita mana ada musuh kalau orang tu tak cari pasal dengan kita.. kita dah lama cuci tangan dowh" kata Rania.
"tu lah masalahnya sekarang Faruq kau kan bijak it tak akan tak boleh tolong" ujar Syakinah.
"nombor tu privert masalahnya aku tak boleh nak tolong aku tak tahu" kata Faruq.
"kau Fariq??" soal NurNazlyna.
"aku?? lagi lah lambat lagi nak tahu siapa orang tu" kata Fariq.
NurNazlyna menyandarkan tubuhnya ke kerusi.
"mungkin kita orang boleh tolong" kata Azri Amsyar.
"betul ke ni awak boleh tolong kita orang" Nurnazlyna mahu memastikan.
"erh dah tak panggil Cikgu dah.. selalu panggil Cikgu.. cikgu tu lah Cikgu ni lah.. sekarang dah upgrade ke sis" usik Farah di sebelah.
NurNazlyna memandang Farah tajam. "kau kalau sekali aku debik kau apa pun tak dapat tau" NurNazlyna berkata kasar.
"okey okey rilex lah aku gurau jerw" Farah berkata gerun.
Azri Amsyar dan Shahril tertelan air liur mereka melihat kekasaran NurNazlyna.
"hmm sayang.. kenapa kasar kasar sangat ni relix arh" kata Azri Amsyar.
"okey okey aku gurau jerw relix arh korang gelabah asal.. hah tu lah tak pernah tengok aku marah an.. macam mana jadi ark??" NurNazlyna berkata girang.
Mereka semua menghembus nafas lega. Mereka tidak pernah melihat NurNazlyna marah sebegitu rupa..
"okey macam ni saya dan shahril akan bantu awak semua.. kita tengok siapa punya nombor ni.. " kata Azri Amsyar.
Mereka semua tersenyum lega.
"terima kasih Cikgu" kata Rania.
"its okey lah. korang kan dah banyak tolong Isteri saya.. so why not kan saya tolong korang semua." kata Azri Amsyar.
"hmm betul tu saya akan turut membantu" bidas Shahril.
"erh jap aku tiba tiba terfikir... kita memang tak ada musuh tapi kita ada orang yang tak suka dengan kita..." kata NurNazlyna sambil mengetuk ngetuk dagunya.
"siapa kau ni??" soal Farah.
"Okey Farah. Siapa yang selalu cari gaduh dengan kita bila time sekolah dulu??" soal NurNazlyna kepada Farah.
"ouhh okey wey aku dapat tangkap" Syakinah menepuk meja di hadapannya terkejut mereka semua.
"Riana" kata Rania.
Mereka semua memandang Farah sambil menjungkitkan kening.
"haah lah Riana hish perempuan plastik tu menyampah aku" Farah berkata geram.
"erh sayang kita tak boleh nak serkap jarang jerw tau.. mana lah tahu bukan dia yang buat sebab kita tak ada bukti" kata Azri Amsyar.
"hmm ya lah saya tahu kita tak ada bukti tapi ada betulnya juga sebab dia tu jerw yang suka cari gaduh dengan kita orang mana ada perempuan lain lagi yang suka cari gaduh" NurNazlyna memandang Azri Amsyar.
"lagi satu kau Farah, kau kan selalu bertekak dengan dia" Kata NurNazlyna.
"ya lah aku tahu tu tapi tak kan lah Riana sengal tu yang buat benda ni" kata Farah.
"erh hello tak mustahil tau..orang baik pun boleh jadi jahat tau kita tak tahu niat orang" NurNazlyna memetikan jarinya beberapa kali di hadapan Farah.
Mereka semua sama sama terfikir dengan kata kata NurNazlyna sebentar tadi.
"dik ibu nak balik dah" tegur Puan Rose dari berlakang NurNazlyna.
"erh ibu nak balik dah habis orang macam mana??"soal NurNazlyna sambil memeluk Puan Rose.
"hish kau ni, kau kan dah ada husband buat apa nak ikut balik" kata Erra Nazirah.
"kenapa acu tak boleh ikut kita balik ayah??" soal Aulia kepada Nazrim.
"acu kene duduk dengan walid su" usik Nazrim
Ya sejak mereka berdua sah sahaja menjadi Suami isteri Azri Amsyar menyuruh Asfa dan Aulia untuk memanggilnya Walid su.
"hmm macam tu kakak nak tinggal lah macam tu" Aulia memandang NurNazlyna.
"erh mana boleh biar lah Walid Su tidur dengan Acu. Nanti esok kita jumpa Acu dengan Walid su dekat rumah baru" kata Nazrim.
"wey biar jerw lah dia tidur dengan aku dekat hotel ni" Kata NurNazlyna.
"erh tak boleh lah lagi pun budak budak ni tak bawa baju" kata Sufia.
"hmm tak apa lah esok jumpa k sayang" NurNazlyna mencium pipi Aulia.
"okey"
Selepas itu NurNazlyna mencium pipi Asfa yang hanya memandang bawah sahaja.
"Adik esok acu janji acu bawa jajan untuk adik okey??" soal NurNazlyna.. Dia tahu Asfa jadi macam tu sebabkannya.
"hmm okey promise ya acu" Ujar Asfa.
"ya sayang acu janji"
NurNazlyna mencium pipi Asfa. Selepas itu mereka semua pulang ke rumah tinggallah Azri Amsyar dan yang lain lain di hotel itu.
"korang tidur lah sini ada bilik VVIP dekat tingkat atas" Azri Amsyar memandang mereka.
"hmm boleh juga tu lagi Mak ayah aku balik kampung.." kata Syakinah.
"okey boleh kita orang tidur sini tapi kita orang tak bawa baju" Farah memandang NurNazlyna.
"alah tak apa aku ada bawa tshirt lebih... aku kan esok nak balik keluarga belah Azri dekat nilai" NurNzlyna memandang Azri.
"erh jap jap dia orang ni ya lah tidur sekali yang kami ni nak tidur mana??" soal Faruq.
"dalam kereta!!" jawab mereka serentak.
selepas itu mereka semua ketawa bahagia. Sama sama mereka mahu menyelesaikan masalah yang akan datang.

AZRI AMSYAR membuka pintu bilik hotel yang di tempah khas oleh Datin Maznah untuk mereka berdua pada malam itu.
NurNazlyna mencampakkan telefon bimbitnya di atas katil dan dia menghenyakkan tubuh di atas katil.. NurNazlyna memuncungkan bibirnya.
"penatnya saya" keluh NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum dia membuka tengkolok yang di pakai dari tadi dia hanya membuka sekejap sahaja.
"sayang mandi lah dulu baru tidur buka benda yang mengarutkan kepala awak tu kesian saya tengok" Azri Amsyar mengambil telefon bimbit NurNazlyna dsn meletakkannya di sisi meja.
"kejap lah kaki saya sakit sangat ni" NurNazlyna merengek.
Azri Amsyar melihat kaki NurNazlyna yang merah itu. Terkejut dia melihatnya. kaki NurNazlyna yang merah dan lebam itu di perhatikan.
"meh saya urut" Azri Amsyar mengangkat kaki NurNazlyna dan meletakkan di atas ribanya.
"erh tak payah lah awak pun penat tak apa kejap lagi elok lah ni" NurNazlyna menarik kakinya kembali.
"hish sini lah kaki tu tengok kaki awak tu dah merah merah dah boleh tak jangan degil" Azri Amsyar menarik kembali kaki NurNazlyna.
Azri Amsyar berasa risau dan kasihan dengan keadaan NurNazlyna ketika itu. Dia tidak mahu NurNazlyna fikir bahawa dia tidak pernah mengambil berat tentang keadaan NurNazlyna ketika itu.
NurNazlyna tidak membantah dia membiarkam Azri Amsyar memicit kakinya. Dia juga berasa kasihan dengan Azri Amsyar kerana penat dengan melayan tetamu pada hari ini.
"tu lah kenapa pakai hight heels.. tengok dah jadi macam ni lain kali jangan pakai lagi hight heels tau" kata Azri Amsyar.
"tapi saya suka pakai hight heels" Nurnazlyna memandang Azri Amsyar.
"ya lah tapi jangan lah selalu sangat pakai hight heels. saya tengokkan sepanjang kita keluar dating kan awak tak pernah pakai selipar ke sandle ke saya tengok kalau kita keluar pergi joging jerw baru awak pakai sport shoes.kenapa erk??"
"hmm sebab saya suka pakai hight heels. perempuankan nak cantik dia sanggup buat apa jerw untuk cantik itu lah saya.. saya sanggup buat apa sahaja untuk cantik. tapi ibu pernah cakap kita ni kene bersyukur dengan apa yang kita dapat... Allah yang beri kecantikkan dekat kita... jangan sesekali melupakannya.. solat jangan tinggal" Kata NurNazlyna.
"ya lah sayang ni awak cakap pasal solat ni isyak dah buat belum??" soal Azri Amsyar.
"belum,lagi awak dah buat ke??" soal Nur Nzlyna kembali
Nurznazlyna membuka gandik yang di kepala terlalu berat baginya. NurNazlyna meletekkan di sebelah mejanya.
"saya dah solat lah tadi dengan abang abang awak dekat masjid depan tu.." jawab azri Amsyar.
"hmm ya lah baru ingat nak ajak awak berjemaah" kata Nur Nzlyna.
"sorry sayang saya dah solat tadi..awak solat dulu okey esok subuh kita solat sama sama" pujuk Azri Amsyar.
"sini saya buka tudung tu" Azri amsyar mendekati NurNazlyna.
Dia mencabut pin pin yang ada di kepala NurNazlyna dengan penuh berhati hati.
"haih banyaknya jarum dekat kepala awak sayang dengan gandik ni lagi tak berat ke kepala awak" Azri Amsyar menggelengkam kepalanya.
"berat lah.. saya yang suruh mak andam tu buat macam ni sebab nanti tudung ni gerak gerak.. lepas tu nanti tak lawa lah saya nanti" kata NurNazlyna.
"ya allah sampai macam tu sekali haih dah lah nanti jangan buat lagi.. saya yang letih tengok awak cucuk sana sini.. dengan gandiknya lagi haih awak awak" keluh Azri Amsyar.
"hish biar lah orang nak cantik jerw.. kakak saya cakap kita ni kene cantik depan suami kalau tak nanti suami cari lain hah saya tak nak lah nanti awak cari lain bila saya dah tak cantik.."
"erh sayang tadi saya terlupa sekarang saya dah ingat kuata saya ada lagi 3 kosong bermakna saya boleh cari lagi lah kan hmm okey boleh" Azri amsyar mengusik NurNazlyna.
Nurnazlyna mencubit Azri Amsyar dengan kuat sekali. Padan muka kau ayie.. hahhahahhahaahah.
"auch sakit lah sayang apa ni... saya gurau jerw" muncung Azri Amsyar.
"padan muka awak. dah lah saya tidur dengan Farah dengan yang lain lagi bagus dari saya tidur dengan awak.."
NurNazlyna bangun dari katil dengan pantas Azri Amsyar menarik NurNazlyna sehingga terbaring di sebelah Azri Amsyar kembali, terbuka tudung NurNazlyna. NurNazlyna terdiam jantung berdegup laju.
"jangan nak mengada erh dulu ya awak boleh pergi mana sahaja awak nak tapi sekarang awak dah jadi milik saya dan tanggungjawab saya" bisik Azri Amsyar di telinga
"hish lepas lah" NurNazlyna meronta ronta mahu di lepaskan namun apakan daya dengan tubuhnya yang kecil tidak mampu melepaskam dirinya dari pelukkan Azri Amsyar.
"Awak merajuk dengan saya lah ni??" Azri Amsyar memandang NurNazlyna pelukkan di pinggang belum di lepaskan.
NurNazlyma hanya mendiamkan diri hanya jelingan tajam sahaja yang di beri pada Azri Amsyar.
"amboi garangnya isteri saya ni... jangan lah garang garang sangat saya gurau jerw tadi dengan awak" pujuk Azri Amsyar.
"banyak lah awak punya gurau awak fikir tu lawak ke yang awak main main pasal madu ni" tiba tiba NurNazlyna merasa sebak.
"tak tak saya gurau jerw saya saja nak gurau gurau dengan awak saya janji tak ada siapa boleh gantikan awak dalam hati saya... awak satu satunya bidadari yang ada yang saya cinta selama ni" Azri Amsyar mengucup anak rambut Nurnazlyna.
"jangan lah main main macam tu saya tak suka lah.. awak fikir saya suka ke pasal kongsi kongsi ni..." NurNazlyna nangis juga.
Azri Amsyar memeluk tubuh NurNazlyna dia menggosok berlakang NurNazlyna.
"shh okey okey saya minta maaf saya tahu saya salah saya janji saya tak cakap dah benda benda macam ni lagi okey?" Ucap Azri Amsyar.
NurNazlyna menangis di dada bidang milik Azri Amsyar dengan tersedu sedan dia menangis di dada Azri Amsyar.
Nurnazlyna menolak dada Azri Amsyar, Azri Amsyar tidak menolak dia mengambil baju bersih yang hendak di pakai selepas mandi nanti. Lalu dia masuk ke dalam bilik mandi.
Azri Amsyar menngeluh sendiri sambil menepuk nepuk bibirnya.
NurNazlyna mengunci pintu bilil air dia memandang cermin di hadapanya. Mata yang merah dan hidung yang merah di pun berasa pelik dengan perasaan dia sekarang yang hanya tiba tiba sahaja mahu menangis.
"mungkin aku nak period kot tu yang jadi macam ni haih kesian laki aku" NurNazlyna berkata perlahan dia membuka pakaianya dan membersihkan dirinya.
Azri Amsyar duduk di birai katil sambil bermain telefon bimbitnya dia juga berasa pelik dengan isterinya itu.. pada mulanya dia mahu bergurau sahaja dan mahu mengusik NurNazlyna.
Azri Amsyar bangun dari katil dan membuka televisyen di hadapannya Sementara menunggu NurNazlyna mandi dia mahu menonton perlawanan bola sepak di televisyen yang sudah ada di bilik hotel itu...

BERSAMBUNG.....

hye guys selamat menyambut tahun baru hmm sorry sebab Lyna Lyna x dpt nk tunaikan janji utk hbiskan capter... insyaallah kalau tak ada apa halangan Lyna akan ada kan 50 bab untuk cerita ni okey.. doa yang baik baik untuk Nat.. happy read;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience