BAB 9

Romance Series 50179

sesampai sahaja dia KFC Puchong, aku keluar dari kereta. lalu aku mengambil asfa manakala cikgu mengambil aulia. Aku mendukung Asfa dengan penuh berhati hati, "awak masuk dulu nanti saya datang" kata cikgu Azri dan berlalu pergi, aku memimpin tangan aulia dan berjalan masuk ke meja yang kosong dan berada dia hadapan kaunter,aku menarik kerusi perlahan lahan dan mendudukkan aulia di sebelah kiriku dan Asfa dia sebelah kananku "Acu kakak nak aiskrim" kata Aulia. "Aulia nak aiskrim nanti acu belikan tunggu uncle jap" kataku memujuknya. "appa pon nak akim ugak" kata Asfa sambil menarik narik tanganku. "ya ya sayang sabar sekejap tunggu uncle" kataku sambil mengusap kepalanya. 'haih mana pulak cikgu ni tak datang datang.' aku mengeluh sendiri.
Aku memandang sekelilingku dan mencari kelibat cikgu tetapi tiada. "Wey kau buat apa kat sini dowh" tiba tiba terdengar suara dari berlakang. Aku memandang gerangan tersebut. "erh kau ke Faruq aku ingat kan sapa lah tadi. Aku kat sini nak betolkan tayar basikal kenapa" kataku. "Hanat jerw kau kan aku tanya jerw kau datang dengan sapa" katanya dia hadapanku. "Aku datang dengan cikgu Azri" kataku sambil mengeluh. "kau biar betik takkan kau datang dengan cikgu agak agak lah" kata nya dengan nada seperti orang tak percaya. "ya allah buat apa aku nak tipu kau, ni aku bawak anak ii buah aku sekali ni ibu suruh. takkan lah aku nak pergi berdua jer kan sekali nanti cikgu lain nampak mati aku hihihi" kataku.
"Tapi tadi aku nampak cikgu dengan sorang perempuan dekat hujung sana nampak macam tengah happy lepas tu aku pergi lah tegur dia,aku salam lepas tu tanya khabar aku datang nak gi order untuk family aku kat sana tu ada buat makan makan sikit sekali aku nampak kau. tu yang aku tegur kau." katanya panjang lebar cikgu dengan perempuan lain. kenapa tibatiba perasaan ni muncul sedangkan kau tengah marah dengan dia. ya allah kau bantulah hamba mu ini ya allah. "erh kau ok tak ni?" kata Faruq "aku okey. erh kau kata kau nak pergi orde pergi lah order nanti kang beratur panjang." kataku ingin menguba topik yang di bual. "orite wey jumpa isnin. oh ya wey kalau kau nak jumpa Fariq, Fariq ada dekat sana tu" Faruq menunjukkan ke arah luar kedai itu. "nanti kalau sempat aku jumpa dia" kataku dan senyum ke arah Faruq. "okey arh bye". Faruq melambai ke arahku. "kakak, adik salam uncle Faruq" kataku. mereka menyalami Faruq dan Faruq berlalu pergi.
Aku ingin bangun pergi ke tempat yang Faruq bercakap sebentar tadi. "kakak adik tunggu sini kejap erk jangan pergi mana mana. kalau ada apa apa kakak dengan adik jerit jerw tau." kataku. Aku ingin pergi ke sudut yang Faruq cakap. Aku memandang ke arah meja yang terdapat 2 orang yang tengah makan tersebut. Aku melihat seseorang yang cukup aku kenal sedang bermesra dengan seorang perempuan yang cukup cantik dan tidak memakai tudung rambut ikal mayang dan cantik dari aku. Aku berjalan ke arah Aulia dan Asfa,dan duduk kembali. Tiba sahaja aku ingin bangun membawa mereka keluar dari tempat itu aku ternampak cikgu Azri datang menghampiriku. Aku duduk kembali.
Dia berjalan ke arah ku dan duduk di hadapan ku. "ok kita nak orde ape sekarang ni?" katanya aku hanya diam membisu. "Saya pergi order sekejap awak dengan anak anak tunggu dekat sini ok" aku hanya mengangguk. "Aulia nak ikut uncle" tiba tiba Aulia bersuara. " ok jom" katanya dan berlalu pergi meninggalkanku dengan Asfa. kenapa hati aku rasa sakit sangat bila tengok dia dengan perempuan tadi. "Acu appa dah apa iler ite leh akan" kata asfa kepadaku. "sabar ya sayang nanti kita makan uncle tengah order tu" kataku memujuk Asfa.
Setelah beberapa minit menunggu Cikgu Azri mengambil pesanan, makanan pun telah sampai. Cikgu mengambil 3 set yang ada ayam bersertakan burge dan air strawberri bergas. Aku memberi Asfa makan dan Aulia. Aku mengambil seketul ayam bahagian peha dan makan dengan sopan. "jadi esok saya datang ambik awak petang dalam pukul 4 macam tu boleh?" katanya dengan secara tiba tiba. "tengok lah macam mana" kataku. "give me your phone now" katanya agak tegas. "hish cikgu nampakkan Asfa tengah main tu"kataku selamba dan sambung memakan ayam itu tadi. "Asfa uncle nak sekejap fon tu boleh" katanya kepada Asfa. Lalu asfa memandang kearahnya dan memberikan telefonku kepadanya.
Dia mendail sesuatu dia telefon bimbitku, setelah dia sudah mendail dia telefonku. Telefonya pula yang berbunyi. "jadi nombor awak dah ada dalam phone saya. nanti esok saya chat awak" katanya. Aku hanya dia membisu, dia memberikan telefonku kembali kepada Asfa. Aku ingin bertanya kan tentang perempuan tadi tetapi tidak sampai hati ingin bertanya. "lepas ni kita balik okey?" soalnya. Aku hanya diam membisu dan tidak mengeluarkan sepatah kata.
"saya rasa saya bercakap dengan Nazlyna Mohammad bukannya dengan makcik cleaner tu rasanya" aku memandang tajam ke arahnya
"hish ya lah saya dengarlah cikgu bukan tak dengar" Aku menyuapkan ayam ke dalam mulut Asfa.

DI DALAM kereta ingin balik ke rumah. Aku hanya memandang ke arah tingkap hanya kedengaran bunyi radio sahaja. "Acu Apan nk ido" Asfa bersuara kepadaku. 'haih ye lah mana tidaknya sekarang sudah hampir pukul 10 malam memang waktu budak budak tidurlah jawabnya'
"sinilah dengan acu" kataku, lalu aku mengambil Asfa dari tempat duduk berlakang dan membaringkanyan dia atas riba.
Aku menepuk Asfa dengan perlahan lama kelamaan Asfa pun tidur dalam keadaan memeluk aku. Aku memandang Aulia di berlakang "Aulia nak tidur. Baringlah tanggalkan selipar tu" kataku.
Aku memandang Asfa yang sedang tidur di pangkuanku dan mengusap kepalanya sedikit ke berlakang. Aku memandang ke arah tingkap kembali. "ingat tau esok saya ambik awak dengan budak budak" katanya bersahaja.
"hish Cikgu ni memang suka memaksa ya. Baik lah saya ikut tapi Cikgu kene ingat saya ikut bukan sebab saya dah maafkan cikgu dengan apa yang cikgu buat kat saya tengah hari tadi saya ikut sebab saya hormat cikgu sebagai Cikgu saya" kata ku.
Dia membuka signal ke arah kiri tetapi di kiri hanya ada Taman sahaja dan tiada simpang mahupun lorong. Dia memberhentikan keretanya dan membuka seat belt. Aku tekejut. Di kawasan tersebut sudahlah sunyi tiada kereta yang lalu lalang di sekitar sini. Dia menutup radio yang berbunyi dan hanya terdengar deruan nafas aku dan dia sahaja.
"okey fine. kalau macamtu maafkan saya pasal tengah hari tadi. Sebenarnya saya marah sebab awak tak jumpa saya waktu balik. saya cemburu bila tengok awak dengan Fariq and Faruq. Tiba tiba saya nampak awak naik kereta dengan mereka saya. Saya tahu saya salah. Waktu awak nak kene langgar tadi saya takut kehilangan awak sebab benda tu jadi dekat depan mata saya Nazlyna. Ya saya tahu siapa lah saya ni saya ni cuma Cikgu praktikal sahaja bukanya cikgu betul pon. saya tahu saya ni tak layak untuk seorang murid macam awak yang bagus dalam sesuatu subjek.
Saya ni hanya cikgu kaunseling itu pon praktikal jerw. Tapi saya nak awak tahu yang saya cintakan awak sejak awak langgar saya lagi. ya ini mungking bagi awak macam dalam drama tv3 atau dalam novel novel yang awak baca sebelum sebelum ni tapi saya nak awak ingat satu jerw.. sebabkan awak pintu hati saya terbuka untuk perempuan. sebelum ni saya tak pernah percayakan perempuan tapi dengan awak saya selesa dengan awak. Awak dah buat saya jatuh cinta dengan awak. ya saya tahu bende ni bodoh banyak kali saya nafikan yang saya tak sayang dan cintakan awak tapi kuasa Allah siapa jerw yang boleh lawankan. Terpulang dekat awak nak terima ataupun tidak. saya tahu saya ada banya kelemahan dan ya kelemahan saya awak. saya tak boleh kehilangan awak." katanya panjang lebar.
Aku terpana dan terkedu aku memandang ke arahnya dan dia menangis di hadapanku. Kenapa aku biarkan dia menangis. "Cikgu okey?" aku memandang ke arahnya. "Cikgu saya ini hanya murid dan cikgu adalah cikgu dan saya ni baru berumur 17 tahun cukup tahun saya dah SPM. Tapi kenapa saya kenapa tak orang lain. maksud saya perempuan yang lebih baik cantik dan sama umur dengan cikgu kenapa cikgu kene pilih saya dan bukan perempuan perempuan lain. ya saya tak nafikan yang saya pun jatuh cinta dengan cikgu saya cuma fikir kalau saya jatuh cinta dengan cikgu mustahil saya akan kawin dengan cikgu sebab cikgu sanggup ke nak tunggu saya bertahun tahun untuk saya? cikgu sanggup ke untuk terima baik buruk saya? cikgu siapa saya nak terima cikgu saya ni murid? okey macam ni saya maafkan cikgu. Tapi saya cabar cikgu masuk minang saya itu pun kalau parents saya setuju. kalau mereka setuju tahun depan bulan 3 kita nikah. kalau cikgu taknak its okey saya banyak lagi lelaki lain yang nak kan saya. sementara nak tunggu majlis nikah saya nak cikgu buktikan yang cikgu betul betul sayang dan cintakan saya"
'Ya allah Nazlyna apa kau merepek ni haih kau sedar tak yang kau dh cabar cikgu. Aduhai kau ni'
Cikgu memandangku dengan mata yang merah. "okey saya sahut cabaran awak. Awak kene ingat saya ini lelaki dan pantang dia cabar" katanya sambil menekal pedal minyak. Hati aku kuat mengatakan yang dia adalah jodoh aku tetapi kenapa aku rasa selamat bila berada denganya.

DI KAWASAN RUMAH. Cikgu Azri menghantarku pulang dan mengangkat Aulia naik ke atas manakala Asfa di angkat olehku. Kami menaikki tangga dengan penuh berhati hati, aku melihat jam dia pergelanganku menjukkan tepat pukul 11 malam. Nasib cepat hahahahah. Setelah tiba di depan pintu rumah aku mengetuk pintu rumah dan melaungkan salam tetapi tiada menyahut mungkin mereka semua sudah tidur. Aku mengambil kunci pendua di dalam beg tanganku dan membukanya. Aku melihat abang abangku yang sudah tidur dia ruang tamu.
"baru balik dek" sapa satu suara iaitu ibuku Yang hanya memakai kain tuala di kepala.
"haah bu baru balik ni"kataku dan menanggalkan kasut yang ku pakai.
"ya allah tidur pulak cucu cucu ibu ni" kata ibu dan menggelengkan kepalanya. Aku hanya tersenyum.
"Azri masuklah bawak Aulia masuk di dalam bilik berlakang hah tu bilik lyna"kata ibu aku. Aku membulatkan mata kepada sebagai tanda isyarat sebagai tanda isyarat namun ibu tidak mempedulikanya. "maaflah Azri rumah makcik ni kecik tu yang lelaki tidur di ruang tamu katanya dia orang sejuk di sini" kata ibu. Aku melihat Cikgu Azri hanya tersenyu ke arahku. "erh takpelah makcik saya dah biasa rumah saya pun flat jugak saya faham"katanya.
Aku masuk di dalam bilik dan meletakkan Asfa di tengah tengah katil lalu aku mengambil bantal yang berada di hujung katil untuk mengepung sisi Asfa supaya tidak terjatuh. Aku terkejut kerana cikgu Azri berada di berlakng ku. "cikgu letak Aulia di sini sahaja"kataku. Cikgu Azri meletakkan Aulia perlahan lahan di sebelah kanan Asfa. "saya balik dulu esok kita jumpa lagi" katanya dan berlalu pergi. "ouh ya lyna saya ingat kata kata awak tadi and apa yang awak cabar saya tadi"katanya bersahaja dan tersenyum sinis denganku. Cikgu Azri pergi meninggalkan ku dengan terpinga pinga.

SAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience