BAB 39

Romance Series 50179

_______________________________________________________________

MAJLIS BERJALAN dengan lancar. Farah dan Faruq sungguh cantik di pandang majlis ala ala cinderella gitu. Selepas majlis mereka ada tari menari bersama dengan pasangan masing masing.
Syakinah hanya duduk di sebelah NurNazlyna dan tidak berganjak sedikit pun. Azri Amsyar menghulurkan tangan kepada NurNazlyna. NurNazlyna tersenyum dan menyambut pegangan itu.
Mereka berjalan di tengah dewan dan menari bersama sama. Pinggan NurNazlyna di rangkul oleh Azri Amsyar dengan erat. Farah,Faruq,Rania dan Fariq juga turut menari sekali.
Selepas acara tari menari kini Acara pengantin perempuan membaling bunga ke arah perempuan. NurNazlyna juga berdiri di hadapan itu. Manakala Azri Amsyar sedang ralit bersembang dengan Shahril tentang rancangannya.
Rania membali bunga terlebih dahulu berebut mereka semua. Tetapi NurNazlyna yang mendapatnya.
"erk Kak Naz asyik akak jerw dapat sambut bagi orang lain pula akak dah kahwin"usik Faris. Tergelak mereka semua.
Azri Amsyar yang sedang leka bersembang itu tidak sedar dengan NurNazlyna.
"Bro aku rasa bini kau tu dah macam anak dara kembali"kata Shahril kepada Azri Amsyar.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang sedang bersorak ke riangan. Tergeleng kepalanya sekejap sahaja dia meninggalkan isterinya itu tidak sampai beberapa minit.
Azri Amsyar datang kepada NurNazlyna yang sedang memegang bunga itu. Lalu dia mengambil bunga di pegangan NurNazlyna dan memberikan kepada salah seorang perempuan di situ.
Dia membawa isterinya jauh dari halayak ramai. NurNazlyna terkedu. Mereka berdua berdiri di hadapan kolam renang yang cukup luas dan cantik.
"pandai erk baru jerw husband tinggalkan sayang dah dapat bunga sayang tahu tak kalau dapat bunga tu tandanya apa??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna mula muram "tahu lah tapi itu cuma ramalan sahaja bukannya betul pun.. kebetulan sayang ada dekat situ sayang tangkap lah bunga tu Rania yang baling" NurNazlyna memeluk tubuh.
Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang sudah masam mencuka itu. Dia tahu isterinya merajuk kerana dengan emosi si isteri tidak berapa nak stabil.
"merajuklah ni" Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
NurNazlyna memandang ke arah lain.
"husband tahu lah sayang... husband saja jerw usik sayang husband jelous tahu tak sebab ramai lelaki tengok sayang" kata Azri Amsyar dan menarik NurNazlyna di dalam perlukkan.
Mereka berdua berpeluk sambil menghadap kolam mandi yang besar.
"jom masuk"ajak Azri Amsyar.
Nurnazlyna menahan dan dia mencium pipi Azri Amsyar dengan lembut. Tersenyum Azri Amsyar sehingga ke terlinga.
Mereka berdua masuk ke dalam dewan itu kembali. Dan berpimpin tangan.
"Kak Farah are ready untuk baling bunga??" soal Faris.
"Yes!!" sorak Farah.
Farah mengacah mahu membaling kepada mereka Shahkinah berdiri di sebelah NurNazlyna kepada mereka semua. Beberapa kali Farah mahu mengacah mahu membaling.
Farah tidak membaling dan di memberikan bunga itu kepada Syakinah di sebelah NurNazlyna.
"ini untuk kau..." kata Farah. Farah memusingkan badan Syakinah untuk menghadap berlakangnya.
Air mata syakinah bergenang shahril sedang melamarnya di hadapan orang ramai. Azri Amsyar menarik NurNazlyna ke sisinya.
Lagu Perfect yang di nyanyikan oleh Ed sharan dia pasang oleh Faris. Mereka bersorang keriangan.
"Nur Syakinah binti Samsudin will you marry me??" ucap shahril dengan penuh berharap.
"bersaksikan kawan kawan awak di sini dan para penonton yang hadir"kara Shahril perlahan.
Syakinah mengangguk dan mengalirkan air mata gembiranya di juga turut terharu dengan Sahabatnya.
NurNazlyna menepuk tangan. Selepas mendengar ayat sahabatnya itu. Mereka semua mengucapkan syukur. syakinah mengambil cincin itu dan memakainya.
Mereka berempat berpelukkan. Shahril pula bersalam dengan Faruq,Fariq dan Azri Amsyar.
Dia bersyukur kerana allah telah makbulkan doanya untuk mendapat Syakinah sebagai suri hati hidupnya.
Tiba tiba lampu di dalam dewan terpadam. Tetamu mula menjadi cemas dan takut ramai yang mula kecoh.
Pintu gerbang itu terbuka dari luar hati NurNazlyna mula berasa tidak sedap dengan apa yang berlaku.
.Tepukkan dari seseorang sedang bergema di seluruh dewan. NurNazlyna melihat gerangan siapa yang mahu memusnahkan majlis mereka.
"wow happy korang erk" kata Riana sambil membawa sepucuk pistul. Dia datang ke hadapan dan mengacukan pistul itu ke arah tetamu.
Farah,Nurnazlyna,syakinah dan Rania memandang Riana dengan takut. Mereka sudah tahu rancangan Riana sebenarnya dan mereka sudah bersiap sedia untuk memanggil polis. sebab itu yang di benarkan masuk ke dalam majlis memerlukan kad undangan.
"kau nak apa hah??!" Soal Farah.
"aku nak balas dendam dengan kau orang berempat... sebabkan korang aku malu dengan classmate aku sendiri" Riana memandang mereka dengan sinis.
"erh kau ni move on lah apa masalah kau benda dah lama kan?" NurNazlyna memandang Riana.
"akhirnya setelah lama aku tak dengar suara kau yang ramai tergila gilakan kau. bersuara juga ya kau" Kata Riana dan berjalan ke arah NurNazlyna memandang atas bawah.
"What are you saying is useless woman"kata Nurnazlyna kasar.
"wow tak baik tau perempuan mengandung mencarut kasihan dekat baby" kata Riana sinis.
"jangan sentuh bini aku!!" kata Azri Amsyar dan mahu bergerak ke arah NurNazlyna.
Tapi nasib di tahan oleh Shahril,Fariq dan Faruq. Riana hanya tersenyum sinis.
"erh Cikgu... kenapa erk cikgu boleh pilih dia ni.. dah lah mengada gedik pulak tu tak selalu marah orang dan tak ada perasaan untuk marah dengan broken family lagi yang dia ada.. semua kene kawan kawan dia yang low class ni yang handle" kata Riana dan memandang ke arah Azri Amsyar.
Farah hanya tersenyum sumbing.
Kemudian Riana menarik tangan NurNazlyna dan dia meletakkan tangannya di leher NurNazlyna selepas itu sebelah tanganya mengacukan pistul di kepala NurNazlyna.
Para tetamu yang hadir menjerit ketakutan.
"Sayang!!!" panggil Azri Amsyar terkejut.
Riana tersenyum sinis. "sayang betul cikgu dekat kaukan Lyna." bisik Riana dengan sinis.
NurNazlyna mula beristighfar di dalam hati. Hampir terjatuh NurNazlyna dengan tarikkan oleh Riana.
"kau tak nak tolong kawan kau ni Farah?? kesian dia minta tolong" soal Riana sinis. Dia sengaja mahu memperli Farah dan yang lain lain.
Air mata NurNazlyna mengalir jua dia memandang ke arah sekeliling. Dia menutup mata dan mengambil nafas panjang.
"Now" bisik Farah di terlinga Rania.
Rania memberi isyarat pada Fariq dan Fariq. Mereka mengangguk kepala.
"MOVE MOVE!!!" Jerit Fariq dan Faruq beberapa anggota polis mengepung Riana yang sedang mengacukan pistol ke arah NurNazlyna.
NurNazlyna memandang ke arah Farah dan mengangguk. Lalu dia menyiku perut Riana dengan kuat sehingga Riana jatuh terduduk pistol yang di pegang di tepis jauh oleh NurNazlyna.
"kau lupa yang aku ni bekas kadet polis bukan calang calang..." kata NurNazlyna dan tersenyum sini kepada Riana yang sudah terbaring di sebabkannya.
Tidak sia sia dia masuk kelas mempertahankan diri dengan kawan kawannya ketika di sekolah dahulu.
Azri Amsyar tergamam dengan tindakan isterinya. Lalu dia mendapatkan isterinya. Riana sudah di gari oleh anggota polis iaitu kawan kawan Fariq dan Faruq juga.
"Sayang" panggil Azri Amsyar memandang wajah isterinya yang sudah berpeluh dan pucat.
Akhirnya Riana di bawa keluar dari dewan. Pihak polis sudah mengarahkan mereka untuk pulang ke rumah masing masing.
Harith yang berada di luar berlari mendapatkan Farah dan Rania di dalam.
"how dare you Harith" kata Riana kepada Harith sambil meronta ronta dengan garinya.
"bye Riana"Sindir Farah sambil melambai tangannya dengan penuh jahat.
NurNazlyna mula rasa senak di perutnya.
"husband sakit"kata NurNazlyna kepada Azri amsyar.
NurNazlyna merintih kesakitan.
"Lyna kau okey tak??" soal Rania risau.
"perut aku sakit" Rintih Nurnazlyna sambil mengerutkan dahinya menahan sakit.
"erh Azri Aku rasa baik kau bawa bini kau pergi hospital terus.. sebab takut efect baby dowh" kata Shahril.
Azri Amsyar mengkendong NurNazlyna dan dudukkannya di bahagian hadapan.
Dia mengambil barang NurNazlyna di tangan Syakinah.Dan masuk ke dalam kereta.
"husband sayang takut" nangis NurNazlyna. setelah kereta berjalan.
"sabar sayang..kita pergi hospital okey" Kata Azri Amsyar dan memegang tangan NurNazlyna.
"Baby jangan buat walid dengan umi risau okey.. sayang kene kuat tau dekat dalam tu" Azri Amsyar mengusap perut NurNazlyna.
Mereka berdua muka rasa cemas dan takut. Kereta Azri Amsyar meluncur laju ke lebuh raya.

SAMPAI DI HOSPITAL Azri Amsyar tunggu di tempat menunggu. Dia juga risau dengan keadaan isterinya yang selalu keluar masuk hospital macam manalah mahu meninggalkan isterinya jauh.
"Encik ni suami kepada Puan Lyna ke??" soal Doktor pakar puan yang bernama Zira itu.
"Ya sayang suaminya"Jawab Azri Amsyar lembut.
"actualy Puan Lyna tidak ada apa apa cuma tekanan darahnya sangatlah rendah, Kemungkinan Puan Lyna dan baby terkejut dengan apa yang berlaku dia. Alhamdulillah baby dan ibu sehat, untuk ubat saya akan bagi ubat untuk menguatkan rahin dan ubat untuk menambah selera makan" kata Doktor Zira.
"tambah selera makan doktor??" soal Azri Amsyar
"ya saya... di sebabkan Berat badan Puan Nurnazlyna tidak stabil untuk menampung berat baby selepas ini" terang Doktor Zira.
"baik terima kasih doktor... bila isteri saya boleh keluar ya??" soal Azri amsyar
"selepas ubat antibiotik habis Puan Lyna di benarkan pulang" doktor zira tersenyum.
"baik doktor terima kasih" kata Azri Amsyar.
Doktor Zira berlalu Azri Amsyar masuk ke dalam bilik di mana menempakan NurNazlyna. Nurnazlyna sudah sedar.
"husband"panggil NurNazlyna selepas melihart Azri Amsyar duduk di kerusi.
"ya sayang what do you want??" soal Azri Amsyar.
"baby kita selamatkan??" soal NurNazlyna sambil memegang tangan Azri Amsyar
Azri Amsyar mengangguk dan mencium NurNazlyna berulang kali. Dia mengelap air mata NurNazlyna yang gugur menggunakan ibu jarinya.
"sayang lapar sayang nak makan" kata NurNazlyna perlahan. Tudung yang di pakai NurNazlyna sudah di buka
Tersenyum Azri Amsyar "sayang duduk sini boleh husband pergi beli??" soal Azri Amsyar
"jangan lama lama" pesan Nurnazlyna.
Azri Amsyar mengangguk dan di mencium dahi Nurnazlyna. "sayang tidur okey" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk lemah. kemudian Azri Amsyar berlalu pergi meninggalkan NurNazlyna.
NurNazlyna melelapkan matanya dan dia tidur kerana penat dan tubuh yang lemah. Lama kemudian akhirnya NurNazlyna terlelap juga.
NurNazlyna tersedar apabila jam menunjukkan pukul 4 pagi kerana kakinya kembali sakit, NurNazlyna menahan sahaja tidak sampai hati mahu mengejut suaminya yang sedang tidur duduk itu.
Azri Amsyar terjaga bila mendengar suara rintihan kesakitan. Dia balik dari membeli makanan tadi. Dia kasihan melihat isterinya yang tidur dengan lena. jadi dia tidak mahu mengejutkan isterinya itu.
"sayang"panggil Azri Amsyar.
"sorry buat husband terjaga..."kata NurNazlyna perlahan.
"its okey sayang....why?? "soal Azri Amsyar sambil menggosok matanya.
"kaki sayang cramp.. tak apa husband tidur jerw biar sayang buat" NurNazlyna menggosok rambut suaminya.
Azri Amsyar buat tidak dengar apa yang NurNazlyna bicarakan dia menyelak selimut NurNazlyna dan di gosok perlahan kaki NurNazlyna.
"selepas ni sayang makan boleh husband belikan bubur ayam dekat mcdonal dan burger dekat mcdonal" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk. Dia memandang wajah suaminya yang penat. kasihan dia melihat suaminya selalu menemaninya. tiba tiba jatuh air mata Nurnazlyna.
Azri Amsyar perasan nurnazlyna menangis.
"sayang kenapa ni sakit lagi ke husband panggil doktor ya??" Azri Amsyar mula kalut melihat isterinya yang menangis tiba tiba.
Nurnazlyna menggeleng kepala. "Sayang kasihan dengan husband penat sebabkan sayang.."kata NurNazlyna dan mengusap wajah Azri Amsyar
Azri Amsyar menarik nafas panjang. "sayang husband lagi risau dengan sayang.Selalu tanggung sakit sebab nak mengandungkan zuriat untuk husband tau"Azri Amsya duduk di sebelah NurNazlyna.
NurNazlyna memeluk Azri Amsyar dengan erat di menangis semahu mahunya di dada Azri Amsyar.
"jom makan tadi sayang cakap sayang lapar... "kata Azri Amsyar dan mengambil bungkusan di sebelah. Dia mengambil bubur yang bersaiz besar itu.
"husband suap ya??" Azri Amsyar memandang isterinya. NurNazlyna mengangguk.
"good girl" kata Azri Amsyar dan mengusap kepala NurNazlyna.
"ni wayar apa ni sayang??" soal Azri Amsyar apabila melihat ada wayar di perut NurNazlyna
"doktor cakap untuk tengok denyutan jantung baby" jawab NurNazlyna.
"baby duduk diam diam okey... baby kene jadi macam walid kuat sentiasa" kata Azri Amsyar dan menggosok perut NurNazlyna.
Baru beberapa suap NurNazlyna menggeleng tanda tidak mahu. Dia rasa tekaknya pahit dan tidak mahu makan.
"makan sikit lagi sayang habiskan... sayang kene makan banyak banyak"kata Azri Amsyar.
"husband makan sekali" ajak NurNazlyna.
"husband dah ada burger tu husband makan burger jerw lah" kata Azri amsyar.
"no sayang nak husband makan bubur dan burger ni untuk sayang"rengek NurNazlyna manja.
"okey okey husband makan okey... sayang janji sayang kene habiskan makanan ni" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk.
Azri Amsyar menyuapkan bubur di mulut NurNazlyna sehingga habis.
"macam mana sayang boleh ada ilmu mempertahankan diri ni husband tak tahu pun" kata Azri Amsyar.
"kita orang semua memang ada sejak kita orang sama sama masuk kadet polis dulu dekat sekolah." kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk.
"husband pun ada juga husband ada silat" kata Azri Amsyar.
"tipu"NurNazlyna memandang azri amsyar.
"husband seriuslah mana ada husband tipu" bersungguh Azri Amsyar.
"hmm boleh percaya ke ni??" NurNazlyna masih lagi tidak percaya dengan suaminya.
"boleh sayang.." kata Azri Amsyar dan dan mendakap NurNazlyna dengan erat.
NurNazlyna tersenyum.
"sayang ni lain kali jangan buat macam tu kesian dekat baby"pesan Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya tersenyum Sahaja.
"dia yang start dulu..."kata NurNazlyna sambil memeluk tubuh.
"ya lah tapi plannya bukan macam tu pihak poliskan ada" kata Azri Amsyar.
"ya lah sayang tak buat lagi macam tu... sebab ada baby" tergelak Azri Amsyar mendengar ayat isterinya.
"nasib baby walid ni kuat"Azri Amsyar mengusap perut NurNazlyna.
"bila boleh balik sayang nak balik rumah... taknak duduk sini tak suka" adu Nurnazlyna.
"tunggu air tu habis" Azri amsyar menunjukkan air yang tergantung di sebelah katil NurNazlyna.
NurNazlyna mengeluh.
Tersenyum Azri Amsyar mendengar keluhan si isteri. Dia mengusap kepala NurNazlyna
NurNazlyna berbaring kerana sakit di bahagian pinggang mula terasa.
"nak tidur husband tidur sini" NurNazlyna menepuk nepuk di bahagian kirinya.
Azri Amsyar hanya menurut sahaja. NurNazlyna membetulkan wayar yang ada di badanny untuk memudah dia bergerak.Mereka betatapan mata untuk seketika.
"pipi ni buat husband geram" kata Azri Amsyar dan meletakkan tangannya di pipi NurNazlyna.
"hish husband ni"NurNazlyna menolak perlahan.
Tersenyum Azri Amsyar melihat kemanjaan NurNazlyna. NurNazlyna memeluk Azri Amsyar dan mendengar bunyi degupan jantung si suami.
Sehingga mereka berdua tertidur sambil berpelukkan. Sampailah terdengar bunyi Azan subuh dari pembesar suara yang sudah tersedia di dalam bilik itu.
"husband"kejut NurNazlyna.
"husband bangun jom solat subuh"panggilnya lagi.
Azri Amsyar membuka matanya sedikit dan bangun dari pembaringan. Selepas itu Azri Amsyar mencium dahi NurNazlyna dan terus berlalu ke tandas yang tersedia di dalam bilik wad itu.
"Sempat sahaja dia ni" kata NurNazlyna dan menggeleng kepala.
NurNazlyna melihat ubat di atas meja. Mungkin ini ubat yang di beri oleh Jururawa ketika mereka berdua tidur sebentar tadi.
Dia tidak makan malah hanya membiarkan sahaja ubat itu di situ. NurNazlyna melihat Ubat antibiotik yang tergantung itu sudah habis. NurNazlyna bersorak.
"husband dah habis" panggil NurNazlyna.
Tergopoh gapah Azri amsyar keluar dari tandas untuk mendapatkan si isteri.
"kenapa sayang?? apa yang habisnya?? sakit dekat mana??" bertubi tubi soal yang di beri oleh Azri Amsyar.
Tergelak NurNazlyna melihat Azri Amsyar yang gelabah kerana mahu mendapatkannya. Azri Amsyar memandang pelik.
"muka husband kelakar" gelak NurNazlyna.
"sayang cakap air dekat botol ni dah habis jom balik..."sambung NurNazlyna.
Wajah suaminya itu masam mencuka dan memandang NurNazlyna dengan pandangan yang marah.
"hish"rengus Azri Amsyar marah dan masuk ke tandas kembali untuk mengambil wuduk.
NurNazlyna kaku dan terkejut mendengar dengusan Azri Amsyar yang sedang marah. 'Pagi pagi lagi kau dah dapat dosa free Naz'gumam NurNazlyna.
Azri Amsyar keluar dari tandas dan dia memandang NurNazlyna sekilas. Dia menjeling siapa sahaja. Sengaja mahu mengusik si isteri di waktu pagi huk huk.
Azri Amsyar hanya membentang sejadah dan pandangan NurNazlyna tidak di hiraukan dia membiarkan sahaja.
Nurnazlyna mula rasa takut dengan keadaan suaminya yang masam mencuka. Matanya tidak lepas memandang gerak geri Azri Amsyar solat.
Azri Amsyar menadah tangan untuk membaca doa. NurNazlyna turut menadah tangan selepas itu apabila Azri Amsyar mengaminkan doa NurNazlyna juga mengaminkan doa.
Walaupun bacaan doa itu tidak di dengarnya. Tetapi dia yakin bahawa Azri Amsyar akan berdoa agar keluarga mereka kekal bahagia hingga ke Jannah Amin..
Azri Amsyar melipat sejadah dan meletakkan di dalam beg sandangnya. Memang sejadah itu di bawa ke mana sahaja di dalam kereta.
Dia duduk tetapi dia tidak duduk di sebelah NurNazlyna, dia duduk di sofa yang jarak 7 langkah dari katil NurNazlyna berbaring.
NurNazlyna hanya memandang dia mula buntu apa yang harus dilakukan.
"Husband" panggil NurNazlyna.
Azri Amsyar yang mendengar panggilan isterinya hanya membiarkan sahaja. Dia mahu melihat sejauh mana isterinya itu akan memujuknya. Dia hanya bermain ipadnya sahaja.
NurNazlyna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia juga yang salah kerana buat suaminya risau dan mempertawakan suaminya.
"Husband..." panggil NurNazlyna lagi tetapi kali ini penuh meleret.
Azri Amsyar menelan air liurnya yang tersekat di tekak. 'alahai sayang kenapa panggil macam tu.. ni yang lemah ni'gumam Azri Amsyar
NurNazlyna mula muram. Hatinya begitu saya kerana Azri Amsyar melayannya seperti itu. Dia mengusap perutnya yang sudah nampak sedikit.
"Baby walid taknak cakap dengan umilah jom lah kita tidur"kata NurNazlyna perlahan. Tetapi dapat di dengari oleh Azri Amsyar yang berada di sofa.
NurNazlyna berbaring tetapi di tidak meghadap ke arah Azri Amsyar dia memandang ke arah tingkap sahaja. Takut Azri Amsyar perasan yang air matanya sudah berair.
NurNazlyna melelapkan mata sambil tangan Mengusap perutnya. Azri Amsyar melihat isterinya yang berasa sedih kerana sikapnya itu.
Azri Amsyar menyimpan Ipad di dalam beg dan datang mendekati NurNazlyna. Terhinjut hinjut bahu NurNazlyna kerana menahan nangis dan bunyi esak tangis.
NurNazlyna seperti merasa ada tangan yang menjalar ke pinggangnya sehingga ke perut. Namun dia hanya membiarkan sahaja tidak membalas atau menolak.
Azri Amsyar menghidu rambut NurNazlyna. Dia suka dengan haruman rambut NurNazlyna.
"sayang"panggil Azri Amsyar lembut
NurNazlyna memusingkan badannya menghadap Azri Amsyar,lalu dia terus memeluk Azri Amsyar dengan erat. Dia menyembamkan wajahnya di dada Azri Amsyar
"Husband gurau jerw okey... sorry okey"bisik Azri Amsyar.
Tersenyum dia melihat kemanjaan si isteri. Esak tangis semakin berkurang. NurNazlyna menjarakkan perlukan dia mengambil tangan Azri Amsyar dan menciumnya.
"sayang minta maaf sayang teruja sebab air tu dah habis jadi sayang boleh baliklah..husband janganlah marah sayang" Kata NurNazlyna manja.
"okey okey husband pun sorry juga sebab buat sayang macam ni... kita boleh balik tapi kene tunggulah keputusan doktor."pujuk Azri Amsyar dan memeluk NurNazlyna.
NurNazlyna memeluk Azri Amsyar sehingga tertidur. Mungkin kerana penat sangat menangis.

AKHIR SEKALI, Nurnazlyna di benarkan pulang ke rumah. Datin Maznah mengarahkan Azri Amsyar untuk menghantar NurNazlyna ke rumahnya sahaja. Dia hanya menurut kehendak si ibu.
Azri Amsyar terpaksa meninggalkan NurNazlyna bersama dengan Datin Maznah kerana dia terpaksa bergerak ke pejabat untuk menandatangan beberapa dokumen yang di beri oleh ahli syarikat yang lain.
Sampai sahaja di rumah. Azri Amsyar teruk di marahi dengan Datin Maznah kerana tidak menjaga NurNazlyna dengan elok. Nurnazlyna memandang suaminya.
"Sorry husband" bisik NurNazlyna di terlinga Azri Amsyar.
Azri Amsyar hanya mencebirkan bibirnya sahaja.
"Mak azri naik atas dulu dah lambat ni nak pergi kerja... sayang jom" ajak Azri Amsyar. memotong percakapan Datin Maznah.
"ada ada sahaja budak ini orang cakap menyampuk"bebel Datin Maznah lagi.
Azri Amsyar mencium pipi Datin Maznah.
"love you Mak"kata Azri Amsyar dan berlalu.
Sampai sahaja di tangga Azri Amsyar berhenti sekejap. Nurnazlyna memandang suaminya yang tiba tiba berhenti berjalan.
"sayang tak boleh buat kerja berat jom Husband dukung" kata Azri Amsyar.
Tanpa mendengar balasan dari si isteri dia terus sahaja mendukung isterinya.
Tekejut NurNazlyna terus sahaja dia memaut tengkuk Azri Amsyar kerana takut terjatuh.
"Husband terkejut sayang"NurNazlyna memukul dada Azri Amsyar perlahan.
Mereka naik tangga NurNazlyna menyandarkan kepalanya di dada Azri Amsyar mendengar degupan jantung suaminya.
"sayang open the door please"Arah Azri Amsyar.
Nurnazlyna membuka pintu dengan perlahan Azri Amsyar membawa NurNazlyna masuk ke dalam. Selepas itu dia meletakkan NurNazlyna dengan perlahan di atas katil.
"now sayang duduk rumah dengan Mak husband pergi work sekejap sahaja" kata Azri Amsyar sambil membuka tudung NurNazlyna dengan perlahan.
"Husband ni kata cuti sampai sayang habis cuti"Wajah NurNazlyna mula muram.
"sekejap jerw sayang... Kak Rita yang suruh husband pergi pejabat sebab ada benda yang nak kene sattle kan"kata Azri Amsyar dan mengusap tangan nurnazlyna.
"hmm nak ikot" kata NurNazlyna dan memeluk lengan Azri Amsyar.
"nope tak boleh... sayang ni tadi pun husband dah kene marah dengan Mak ni nak kene marah lagi... sayang tak sayang dekat husband ke" kata Azri Amsyar.
Kalau boleh dia mahu sahaja membawa NurNazlyna ke pejabat sekejap tetapi memandangkan dia sudah di marahi dengan ibunya dan keadaan NurNazlyna yang tidak mengizinkan dia tidak berani untuk membawa NurNazlyna ke pejabat.
"sayang... tapi sayang bosan duduk rumah Najwa tak ada sayang nak buat apa dekat rumah kawan kawan sayang semua jauh... Farah dengan Faruq dah pergi honeymoon lepas tu Rania dengan Fariq pun sama" kata NurNazlyna perlahan.
"hah syakinah kan ada call lah dia suruh dia datang sini" kata Azri Amsyar
"Syakinah pagi pagi lagi dah call sayang dia kata dia nak balik rumah Mak dengan ayah dia dekat Damansara sebab rindu sangat" Kata NurNazlyna.
"hmm alahai shiannya dia.. okey macam ni sayang duduk rumah husband janji pergi sekejap jerw... okey husband dah lambat ni sayang..." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk.
Azri Amsyar bangun dari katil dan mencium dahi NurNazlyna. Dia berjalan ke arah bilik mandinya. NurNazlyna duduk di atas katil sambil bermain dengan telefon bimbitnya.
Suka dia melihat gambar gambar Kahwin Kawan kawannya semalam. Kes Riana sudah pun selesai alhamdulillah dengan pertolongan Harith. Riana sudah di masukkan ke dalam penjara atas kes penyalahgunaan senjata api.
Tidak Sangka Riana yang dulunya gedik dan baik dengan semua orang lelaki dan kawan kawannya kecuali mereka berenam itu adalah seorang perempuan yang boleh menyalahgunakan senjata api.
Nasib Kandungannya tidak ada apa apa yang berlaku. Nurnazlyna tersenyum melihat gambar di mana dia duduk di atas pelamin manakala Farah dan yang lain tunjuk ke arah perutnya yang tidak berapa nak nampak.
"Tersenyum senyum tengok apa tu" tegur Azri Amsyar yang baharu sahaja keluar dari kamar mandi.
"Siap dah... sayang tengok gambar ni hah.. Farah dengan Rania dah post" ujar NurNazlyna.
Azri Amsyar bergerak ke word drop untuk mengambil pakaian. NurNazlyna hanya memandang sahaja. NurNazlyna bangun dan berjalan ke arah suaminya yang sedang memakai baju.Dia melabuhkan punggunya di kerusi.
"Husband ni pakai simple simple dah lah" tegur NurNazlyna.
Azri amsyar tersenyum memandang isterinya. Dia hanya memakai baju kemeja berwarna biru dan berseluar slack.
"simple lah ni husband pergi kerja bukan pergi mana pun" kata Azri Amsyar
NurNazlyna mengerut dahi memandang suaminya.
"kata sekejap jerw" Nurnazlyna mencapai tangan Azri Amsyar.
"ya sayang sekejap jerw.. tapi nanti pukul 3 husband balik"kata Azri Amsyar.
"alah lambatnya" Nurnazlyna melepaskan genggaman dan memeluk tubuh.
"hari ni jerw sayang..." Azri Amsyar mengusap rambut lurus NurNazlyna.
NurNazlyna memeluk Azri Amsyar sekejap.
"erh sekejapnya"kata Azri Amsyar
"siapa suruh balik lambat sekejap jerwlah.. okey bye sayang nak makan lapar" kata Nurnazlyna.
"tunggu husband" azri Amsyar mencapai tangan NurNazlyna.
Terhenti langkah NurNazlyna. Azri amsyar merangkul pinggang NurNazlyna. Dia menolak rambut Nurnazlyna di bawa ke berlakang.
"husband tengok sayang ni makin lama makin tembam jerw geram" kata Azri Amsyar dan mengusap pipi NurNazlyna.
Wajah NurNazlyna mula malu apabila Azri Amsyar menatap wajahnyanya. Wajah yang kian memerah seperti tomato sungguh membuatkan Azri Amsyar tidak mahu melepaskan rangkulan.
"husband ni kata tadi nak pergi kerja"tolak NurNazlyna perlahan.
"husband bos suka hati husbandlah" ucap Azri Amsyar
Azri Amsyar mula mencium dahi NurNazlyna berjalan ke mata dan seterusnya ke mata dan ke pipi setiap inci wajah NurNazlyna di cium tidak sedikit pun yang tinggal.Dia mula mencium di leher jinjang NurNazlyna.
"kalau husband bos sayang isteri, jadi suka hati sayanglah nak bagi ke taknak" Nurnazlyna menolak Azri Amsyar. Dia keluar dari word drop dan duduk di sofa sambil memeluk tubuh.
"amboi pandai erk tolak husband sekarang ni dah berani"kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya membiarkan sahaja usikkan suaminya itu. Dia duduk melayan novelnya di atas meja.
"husband boleh tak balik nanti belikan sayang buah shian baby dia teringin nak makan buah"Kata NurNazlyna di duduk bersandar di lengan Azri Amsyar Sambil memegang novel yang mahu di baca.
"boleh sayang nak makan buah apa??" soal Azri Amsyar.
"tapi husband kene janji belikan okey" kata NurNazlyna.
"insyaallah" jawab Azri Amsyar.
"hmm sayang nak makan buah durian" kata NurNazlyna dan memandang wajah Azri Amsyar.
Wajah Azri Amsyar mula berubah bila mendengar jawapan si isteri.
"sayang buah durian tu kan panas... husband beli buah lain nak tak??" soal Azri Amsyar.
NurNazlyna menggeleng dan memasamkan wajahnya.
"semalam tengah hari sayang dah makan durian ni sayang makan durian lagi.. durian tu panas sayang... tak elok makan selalu.. sayang tak kasihan dekat baby ke??" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna menunduk memandang perutnya.
"tapi sayang nak durian... kalau husband tak beli malam ni sayang tidur dengan Najwa"nurNazlyna memeluk tubuh.
"hish pandai ugutlah sayang saya ni" Usik Azri Amsyar sambil mencuit hidung Nurnazlyna.
"sayang cakap sayang buat"kata NurNazlyna.
"sayang nak dengar jawapan husband tak??" soal Azri Amsyar sambil menyiku NurNazlyna dengan lembut
"apa??" soal Nurnazlyna teruja
"jawapannya tetap tidak" Azri Amsyar berlalu ke arah meja solek untuk mengambil telefon,wallet dan kunci kereta.
Wajah NurNazlyna menjadi masam mencuka. NurNazlyna bangun dari sofa dan ingin berjalan ke arah pintu tiba tiba dia tergelincir nasib sempat di sambut dengan Azri Amsyar.
Itulah lawan lagi cakap suami ni Allah bayar cash jerw. NurNazlyna mula rasa bersalah dengan suaminya kerana sudah membuat dosa dia takut Azri Amsyar memarahinya.
"sayang okey tak??"soal Azri Amsyar cuak.
NurNazlyna menggenggam lengan Azri Amsyar dengan kuat. Dia takut. NurNazlyna mengangguk perlahan. Dia memeluk Azri Amsyar dengan erat
"husband sorry" esak NurNazlyna di dada suaminya.
"sayang tak buat salah apa pun okey dah.... care full okey kalau nak.jalan" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna mengangguk. Azri Amsyar membantu NurNazlyna bangun. Dia mengelap air mata Nurnazlyna dengan ibu jarinya.
"sayang tak buat salah apa pun dengan husband okey. everything gonne be fine insyaallah.. saya duduk rumah dengan Mak.. kalau nak turun.. turun elok elok..."pesan Azri Amsyar.
Mereka berdua keluar dari bilik beriringan bersama. Sampai sahaja di tangga Azri Amsyar mendukung NurNazlyna.
"husband ni suka dukung terkejut macam tu takut sayang tau"kata NurNazlyna dan menampar Azri Amsyar dengan perlahan.
Azri Amsyar tersenyum. Sampai di bawah Nurnazlyna di turunkan.
"Hah Azri nak pergi mana tu??" soal Datin Maznah dari ruang tamu sambil melayan televisyen.
"Azri nak pergi ofis sekejap Kak Rita nak bagi dokumen suruh Sign" kata Azri Amsyar dan meletakkan Nurnazlyna di sebelah Datin Maznah.
"ouh ya ke...kalau macam tu Mak tak jadi keluarlah kene jaga Nur dekat rumah... Mak sepatutnya kene pergi butik hari ni pukul 2 nanti Mak ingat nak ambik Najwa dam teru pergi butik"Datin Maznah memandang Azri Amsyar.
"pagi tadi siapa yang hantar Najwa??" soal NurnAzlyna.
"pak cik Din yang hantar.. jenuh jugak Mak memujuknya sebab dia taknak pergi sekolah dia kata kamu tak ada sebab tu dia tak nak pergi... pujuk akhirnya dia pergi juga..."Cerita Datin Maznah.
NurNazlyna dan Azri Amsyar berpandangan.
"okey lah Mak kalau macam tu Azri pergi Ambik Najwa dan bawa dia ke ofis.... nanti dalam pukul 3 Azri balik."kata Azri Amsyar
"erh Mak kalau mak nak pergi butik tak apalah Nur boleh jafa diri dekat rumah ni lagi pun bibikkan ada"sampuk Azri Amsyar.
"tak apalah Nur Mak boleh pergi esok sebab tak ada yang penting pun.. Mak saja jerw nak tengok orang dekat butik tu" Datin Maznah menepuk peha NurNazlyna perlahan.
"tak apalah sayang, sayang duduk rumah diam diam" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna tersenyum. Selepas itu Azri Amsyar menyalam tangan Datin Maznah.Dia berjalan ke arah pintu diikuti dengan NurNazlyna.
"erh kejap..." Azri Amsyar berhenti sekejap selepas memakai kasut.
"werk....werk...werk... werk..." Azri Amsyar membuat bunyi bayi. Tergelak NurNazlyna.
Selepas itu mendekapkan telinganya di perut NurNazlyna yang masih kelihatan kecil sahaja.
"sayang baby kata dia taknak makan durian lah"usik Azri Amsyar.
"hish husband ni" rengek NurNazlyna.
"okey okey" tergelak Azri Amsyar.
"okey Anak walid duduk diam diam tau dalam perut umi ni.. walid pergi work... sayang ingat jangan keluar sesuka hati jangan makan durian.... jangan buat kerja berat berat kalau nak apa apa panggil bibik jerw... duduk rumah makan jangan lupa ingat baby tu sikit" pesan Azri Amsyar
"hmm untunglah awak sayang... walid sayang dekat awak jerw dah tak sayang dekat umi dah..."kata nurnazlyna sayu sambil mengusap perutnya.
"husband sayang dua dua lah... kalau husband tak tinggalkan pesanan nanti sayang akan buat benda yang di larang tu juga yang dia nak buat"Azri Amsyar mencuit hidung NurNazlyna.
NurNazlyna menjeling Azri amsyar.
Azri Amsyar menghulurkan tangan, NurNazlyna hanya menyambutnya dengan wajah yang masam.
"cuba senyum sikit" kata Azri Amsyar.
"Haih Azri kata tadi dah lambat ni yang kamu dok tenung si Nur ni kenapa"kata datin Maznah.
"hah nak pergilah ni Mak... saja tinggalkan pesan dekat kesayangan ni hah.. nanti kalau tak di pesan dia buat juga" kafa Azri Amsyar
Datin Maznah menggeleng kepala.
"dah dah tahu lah Mak menjaga Nur ni nanti" kata Datin Maznah.
"bye sayang" Azri Amsyar berlalu selepas mencium dahi NurNazlyna.
Selepas melihat kereta Azri Amsyar berlalu NurNazlyna dan Datin Maznah masuk ke dalam rumah.
"Nur Nak makan tak mak dah siap masak tu" kata Datin Maznah.
"Nur nak makan durian tapi Azri tak bagi" adu Nurnazlyna sambil memeluk Datin Maznah.
"hmm memang lah sayang... durian tak boleh makan banyak banyak nanti efect baby... Nur makan belimbing buluh nak tak??" soal Datin Maznah
"belimbing buluh yang kecik tu??" soal Nurnazlyna teruja.
Datin Maznah mengangguk.
"nak Nur dah lama tak makan berlimbing buluh tu...Mak sebut baru Nur teringat" jelas NurNazlyna.
"jom pergi dapur kita makan tengah hari" ajak Datin maznah.
Lalu mereka berdua berjalan beriringan sehingga ke dapur.

AZRI AMSYAR sampai di pejabat selepas mengambil Najwa di tadika dia membawa Najwa masuk ke pejabat sekali. Semua pekerja menunduk ke arahnya sebagai tanda hormat. Tiba sahaja di hadapan meja Rita Azri amsyar mengetuk meja Rita dengan perlahan.
Dia masuk ke dalam biliknya dan duduk di kerusi.
"mana dokumen yang kak nak suruh saya sign tu??" soal Azri Amsyar.
"ni hah" Rita memberi beberpa dokumen dan file kepada Azri Amsyar .
"erh sayang Najwa pun ada... umi tak ikut sekali ke??" soal Rita sambil mengusap rambut Najwa.
"umi dekat rumah walid cakap umi sakit ada dekat rumah"cerita Najwa.
"Lyna sakit Azri??" soal Rita kepada Azri Amsyar.
"yup... saya yang buat dia sakit"Azri Amsyar tersenyum dengan kata katanya sendiri.
"ouh patutlah lately ni asyik cuti jerw" kata Rita
"so sayang aunty ni sudah makan??" soal Rita.
Najwa menggeleng.
"jom aunty bawa pergi makan"ajak Rita.
Najwa memandanf Azri Amsyar.
"pergilah tapi ingat jangan naughty dekat bilik aunty Rita" pesan Azri Amsyar.
Najwa mengangguk dia membuka beg sekolahnya.
Ini bukanlah kali pertama Najwa datang ke pejabat Azri Amsyar. sudah banyak kali sebenarnya sebab itu dia sangat rapat dengan rita sahaja dengan pekerja lain dia tidak berapa nak rapat dia jadi kurang selesa.
"akak bawa Najwa di bilik akak... Azri buat kerja okey??" kata Rita
"thanks kak" Kata Azri Amsyar
Rita mengangguk. Bagi Rita bukanlah susah untuk menjaga Najwa kerana dia sudah ada 3 orang anak perempuan. Sudah bertahun dia berkahwin dengan suaminya. Mula dari dengan Arwah Dato Nizam lagi.
Azri Amsyar membuat kerja tanpa gangguan dia sign beberapa dokumen di atas meja. Sedang dia sebuk menandatagan pintu di ketuk dari luar
"masuk"ucap Azri Amsyar.
Pintu di buka.
"Azri Ada orang nak jumpa katanya ada hal nak perlu bincang" kata Rita.
"panggil jerw lah dia masuk kak" kata Azri amsyar.
Rita mengangguk.
"encik Alen boleh masuk"kata Rita
azri Amsyar terkejut dengan panggilan Rita kepada orang yang di maksudkan tadi.
"thank you"ucap Alen.
Rita berlalu dan menutup pintu.
"Ada apa nak jumpa ni??" soal Azri Amsyar tanpa memandang ke arah Alen.
Alen duduk di hadapan Azri Amsyar tanpa di suruh dan tanpa di arah. Biadap betul si Alen ni haih kepada lelaki dekat luar sana jangan contohi Alen okey.
"aku datang pejabat kau atas urusan kerja... aku nak kau tolak tawaran Dato Marzuki untuk menjual sahamnya kepada kau" kata Alen matanya memandang Azri Amsyar.
"kenapa pula.. aku dapat beli saham syarikat dia... aku yang nak beli saham syarikatnya 5 persen sahaja.. aku beli yang kau gelabah kenapa takut tak ada job?" kata Azri Amsyar sinis.
"kau jangan ingat aku tak tahu kau siapa Alen... kau yang lelaki dengan Alisya dulukan.. aku tak sangka kau ni bekas Banduan... tapi aku ingat kau dah serik tapi tak rupanya... cukup cukuplah kau nak tengok aku jatuh tersungkur lagi... dulu ya kau boleh buat aku jatuh tersungkur tapi bukan sekarang"sambung Azri Amsyar sinis.
Alen tersenyum sinis dia bangun dari kerusi yang di duduk.
"baguslah kalau kau dah tahu siapa aku... cuma kau bodoh dari hari sebelum aku kacau bini kau lagi aku dah tahu siapa kau... rupanya kau punya taste tu lagi hebat dari aku.. your wife is very beutiful and muda haih tapi sayang dia tak layan lelakj macam aku... i feel chalengged by you..." Alen memandang Azri Amsyar. Azri Amsyar tersenyum sinis.
"kau jangan ingat yang aku tak akan cuba dapatkan Nur...kau sendiri tak boleh nak jaga dia sampai berkali kali dia masuk hospital just because of you... baik aku jerw yang jaga dia... haih cantiknya dia bila depan mata" sambung Alen memandang ke arah gambar NurNazlyna yang tergantung di dalam bilik itu.
Alen sengaja mahu menambahkan semarak api kemarahan dari Azri Amsyar.
Azri Amsyar menggenggam tangannya menahan sabar. Sungguh dia rasa takut apabila Alen mencabar dirinya
"aku bunuh Alisya sebab dia tak nak putus dengan kau sebab nakkam duit kau sahaja.... but my fate is wise. the money you share is close to him all he is close to me.... aku dah buat cantik punya plan dengan dia waktu dekat kolej dulu.... cuma dia jerw yang tak nak dengar cakap aku" alen berkata sinis.
"kau boleh berambus sekarang" kata Azri Amsyar cukup kasar.
"You remember Azri you are stupid ... you will not be happy with Lyna .. pity you right ... had to adopt a child, the son of an addict too .. so disgusting.... bro, I'm going to go a lot more work. I'm close to the officials from I know that you serve you near here...." Alen menepuk bahu Azri Amsyar dan berlalu.
Azri Amsyar meraup wajahnya dengan kasar. Dia mahu balik ke rumah sekarang juga. Dia mula berasa serabut dengan masalah yang ada.
Azri Amsyar menumbujk mejanya dengan kasar. Selepas itu, Dia membuka beberapa butang baju kemejanya dari atas. setelah rasa dirinya lega sedikit, Dia keluar dari bilik sambil membawa beg Najwa.
"Najwa jom balik...kak Rita tolong kemas meja... kalau ada apa apa call saya lagi... kalau lelaki tu datang jangan benarkan di masuk... suruh security kawal segala pintu" arah Azri amsyar tegas.
Najwa mula takut melihat ayahnya berkeadaan marah begitu. Rita mengangguk. Azri Amsyar mendukung Najwa. Dia berlalu ke kereta. Tanpa membuang masa Azri amsyar menekan pedal minyak.

5.3.21
BERSAMBUNG...

happy read ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience