BAB 10

Romance Series 50179

Keesokkan hari Lyna bangun pagi untuk menunaikan solat subuh. Lyna mengikat simpul rambutnya dan berlalu ingin mengambil wuduk terlebih dahulu, Lyna memandang ke arah Aulia dan juga Asfa yang sedang lena tidur di atas katilnya. 'hmm penat sangat lah ni' monolog lyna di dalam hati.
Dia memakai terlekung dan membentangkan sejadah dengan mengikut kiblat, "Allahhuakkabar" lyna mengangkat takbir. Dia menunanaikan solat dengan kusyuk dan tiada sebarang gangguan di mindanya.
Setelah selesai menunaikan solat dia memanjatkan doa ke hadrat ilahi. 'ya Allah ya tuhanku aku bermohon kepadamu ya allah kau kuatkanlah iman ku ya allah kau permudahkanlah segala urusan yang kecapi ya allah. Ya Allah Aku ingin memohon ampun kepadamu atas kesalah yangku sudah buat ya allah. kau ampunkanlah dosa dosa ke dua ibu bapaku ya allah dan kau permudahkanlah urusan mereka, Ya allah ya tuhan ku kau bukakanlah hatiku untuk menerima Azri Amasyar. Jikalau ia bukan yang terbaik untukku kau jauhkanlah dia dariku dan kelurgaku ya allah, jikalau ia yang terbaik untukku kau satukanlah kami untuk membina sebuah lagi masjid ya allah. Amin amin ya robbal 'alamin'
Lyna mengaminkan doa. Dia melipat sejadah dan terlekung lalu meletakkannya di tempat penyidai. Dia berjalan menuju ke katil dan duduk di birai katil. Dia mengambil telefonnya yang berada di dalam beg tangannya, dia membuka mobile data. Lyna membuka aplikasi whatsaapnya. Terdapat beberapa chat yang masuk di dalam whatsaapnya. Ada yang menghantar sticker ada yang menghantar emoji dan sebagainya.
Tiba tiba Chat dari nombor yang dia tidak kenali masuk. Lyna merasa curiga dan pelik siapakan gerangan yang mengantar pesanan kepadanya pada awal pagi sebegini. Dengan pantas ia membuka chat tersebut dan membaca.
0165454*** : Assalammualaikum Awak
Lyna : ya waalaikummussalam Awak siapa ya??
0165454*** is typing
0165454*** : ni saya lah cikgu Azri kenapa awak tak save nombor saya lagi??
Lyna menarik nafas lega. Dia ingin membalas tetapi dengan pantas telefonnya berdering menyanyikan lagu 'broke me first' Lyna terkaku lalu dia mengangkat sambil tersenyum gembira. Haih mana tak gembira orang tersayang call kot hahahahahah.
"Assalammualaikum hello, ya kenapa Cikgu call saya pagi pagi buta ni" Lyna berkata, Dia bergerak sedikit untuk melunjurkan kakinya dia atas katil.
"Waalaikummussalam saja saya call kenapa tak boleh ke?" Azri Amsyar bergurau.
"Bukan tak boleh cikgu boleh jerw Cikgu call saya" kata lyna sambil memintal mintal hujung rambutnya.
"Awak tengah buat apa tu?subuh dah buat??"kata Azri amsyar.
"dah" Lyna berkata sepatah.
"ouh ni saya nak tanya kenapa awak tak save nombor saya erk?" kata Azri Amsyar kepada lyna yang sedang bersandar di kepala katil.
"saya bukan tak save saya cuma terlupa jerw nak save"kata lyna. Dia ketawa kecil
"hmm saya tahu lah saya ni tak penting saya sedar saya ni siapa jerw bagi awak kan"Azri amsyar bernada rajuk. 'hish macam budak kecik nak merajuk umur 23 macam umur 15 aku pon tak macam tu' lyna bermonolog di dalam hati.
"Haih kenapa Cikgu cakap macam tu pulak? saya terlupa jerw kan yang cikgu nak emosional sangat ni kenapa? cuba buang sikit sikap gedik cikgu tu. Macam mana nak kawin dengan saya kalau macam tu" kata Lyna bersahaja. sebanarnya sengaja ingin mengusik.
"Alah saya macam ni dengan awak jerw dengan orang lain tak. tapi ni sebelom khawin nanti lepas khawin awak saya kunci duduk bilik" kata Azri amsyar.
"erh Cikgu ni hantar rombongan pon belom ada hati nak nikah cis." Lyna berkata sambil membaringkan dirinya mengahadap Aulia dan Asfa.
"okey nanti saya bulan depan saya hantar rombongan. Awak jangan tolak pinangan saya" kata Azri amsyar bernada sinis. "hmm ye lah cikgu apa apa jerw lah ni nanti nak ambik saya dengan budak budak pukul berapa???" Soal Lyna.
"hmm saya ambil awak dalam pukul 2 erk?"katanya.
"hmm ye lah cikgu" tersenyum lyna.
"jangan lambat tau"kata Azri amysyar.
"k bye assalammualaikum" kata Lyna.
Lyna menarik nafas dengan penuh bahagia alah maklum bakal tunangnya telefon siapa jerw tak gembira hihihi. Dalam pada masa yang sama dia teringatkan tentang perempuan yang bercakap dengan Azri Amsyar semalam. Dia menepis perasaan cemburu itu jauh jauh agar tidak di ketahui oleh Azri Amsyar.
'Haih Lyna kau kene kuat untuk hadap semua ini. Kau tak boleh lemah ingat!!!' monolog Lyna di dalam hati. Sedang asyik Lyna mengelamun tiba tiba pintu bilik di ketuk. "adik dah bangun belum" Puan Rose memanggil dan mengetuk pintu biliknya. "ya ibu dah sekajap adik keluar" Lyna berkata. Dia memperlahankan kipas agar Aulia dan Asfa tidak kesejukkan.
Almaklumlah bilik dia ni pelik sikit kerana ketiaka waktu petang suhu di dalam bilik teramatlah panas tetapi ketika malam dan tengah hari kemain sejuk lagi Hawau hahahhahaha. Oops tercarut pulak adik adik dekat luar sana jangan ikut tau.
Lyna keluar dari bilik tetapi tidak menutupnya kembali kerana takut Asfa atau Aulia mencari. "dek semalam Cikgu kamu ada bagitahu yang kamu exident betol ke?" nada Puan Rosse agak tegas.
"hmm betol lah tu ibu tapi sikit jerw. hah ni nape ibu suruh dia bawak adik pergi klinik??" lyna berkata dengan nada merajuknya.
"Ya allah adik, kamu tahu tak ibu ni risau pasal kamu yang selalu jatuh sakit, ni baru keluar hospital berapa hari lepas ni kamu kene langgar pulak" Kata Puan Rosse agak perlahan kerana takut menyedarkan orang di dalam rumah itu.
"Ibu hish kan orang dah kata sikit jerw lagipon hampir hampir jerw bukan kereta tu langgar orang betul betul pon. Doktor sendiri kata yang orang takde apa apa so??" kata Lyna bersahaja.
Puan Rosse hanya menggelengkan kepalanya. "hish kamu ni haih risaulah ibu kalau kamu macam ni dek" Kata Puan Rose dengan suara yang sayu di dengar.
"ibu jangan risau orang okey, ibu ni jangah lah macam ni" Lyna memeluk ibunya dari arah berlakang. Puan Rosse mengambil bawang dan memotongnya dengan halus sekali.
"Aduhai kak belom apa apa lagi dapur dah banjir bila sarapan ni nak siap" kata Erra Nazira mengusik.
"tu lah tu Ra"Kata Sufia dan mencebikkan bibirnya.
"mandailah kamu berdua orang tengah risau kamu berdua boleh buat lawak pulak" Kata Puan Rosse
"Ibu nak risau apanya ibu sue tahu ibu risau pasal adik tapi ibu janganlah fikir sangat nanti darah tinggi ibu naik siapa yang susah hah" Kata Sufia lalu dia mengambil alih untuk memotong bawang yang berada di tangan ibu.
"hmm ye lah Sue terima kasih sebab ambik berat pasal ibu" kata ibu sayu.
"dah dah lah tu ibu kang tak jadi nak masak pulak" Erra Nazira bersuara sambil mulutnya mengunyah makan fishball mentah itu.
"kak kau makan apa meh sikit" Lyna meminta kepada Erra Nazirah itu.
"Nah" Erra Nazirah memberi secubit Fishball mentah kepada Lyna.
"Sedap siak"Kata Lyna dengan penuh teruja.
Puan Rosse dan Sufia hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
"adik kejap lagi nak keluar kan??" Puan Rosse bersuara sambil tangan lincah menuangkan minyak ke dalam kuali.
"erh mana ibu tahu ni" Lyna membuka pintu peti untuk mengam mi kuning itu berkata.
"Cikgu Azri ada bagitahu ibu semalam sebelum balik, dia bagi ibu duit Klinik kamu lepas tu dia kata dengan ibu yang nak bawak kamu dengan budak keluar pergi cari barang katanya" Puan Rose mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.
"Duit Klinik??" Lyna terkedu
"hah yelah duit klinik, memang ibu ada bagi dia duit semalam untuk bawak kamu pergi Klinik sebab dia cerita yang kamu ni exident. lepas tu malam tadi dia bagi ibu duit RM 300. Dia kata dia tak nak guna pun duit tu dia pakai duit dia" Puan Rose memasukkan cili kering di dalam kuali yang sudah panas.
"ouh pulak dah" Kata Lyna
"dek Aulia dengan Asfa mana??" tanya Sufia
"hmm tidur kak dalam bilik tu penat sangat tu semalam dia org makan banyak" kata Lyna dengan tangan lincah memotong daun bawang.
"ouh ya ke?? semalam adik bawak dia orang pergi mana jerw??" kata Sufia
"orang bawak pergi makan gi Klinik tu jerw" lyna memasukkan daun bawang yang telah di potong di dalam mangkuk bewarna putih.
"ouh balik pukul berapa semalam hihihihi akak tak sedar dowh" Sufia berkata sambil tangannya menutup mulut.
"tepat 11 malam macam tu rasanya. sokay lah kak" kata Lyna bersahaja.

SESUDAH SARAPAN, Lyna membantu Puan Rose, Sufia dan Erra Nazira mengemas ruang yang telah digunakan untuk makan. Lyna mencuci pinggan dengan penuh lemah lembut, dia berasa gembira kerana sebentar sahaja lagi dia akan berjumpa dengan buah hati pengarang jantung hihihi. Lyna membasuh pinggan yang terakhir. Selesai sahaja dia mencuci pinggan dia terus berjalan menuju ke bilik, Lyna duduk di birai katil
Lyna mengambil telefonya dia sebelah kanan meja dan membuka aplikasi whatsaap, dia melihat chat yang terakhir dia bersama Azri Amsyar. 'Haihlah kenapa aku asyik teringat dia jer sejak dua menjak ni' Lyna mengeluh dan tersenyum.
Sedang asyik Lyna termenung tiba pintu bilik terbuka. "Acu bila titew nak uar" Kata asfa sambil jari terlunjuk kanan dan kirinya bercantum serta membuat muka comelnya.
Lyna memandang kearah Asfa. "belum lagi sayang kejap kita keluar erk?? meh duduk sebelah acu kita tidur sekejap om" Lyna menepuk nepuk tilam yang dia duduki.
Asfa berjalan ke arah Lyna. Asfa sahaja yang rapat dengan Lyna manakala Aulia pula rapat dengan Mamaciknya iaitu Erra Nazirah, Aulia dilahirkan pada tahun 2014 manakala Asfa pula pada tahu 2016. Jarak dia antara mereka berdua hanya 2 tahun sahaja.
Lyna memandang ke arah Asfa yang sedang merangkak di atas katil,dia menggeleng kepala melihat telatah anak buahnya yang seorang itu. Lyna memeluk tubuh Asfa dan menepuk punggung Asfa. Mata Lyna hampir sahaja mahu di tutup tetapi sedang asyik ia melayan perasaan telefon bimbitnya bernyanyikan lagu 'broke me first'
Dia menggelengkan kepala apabila melihat gerangan yang menelefonnya itu. 'haih dah angau ke cikgu ni dengan aku madah nak telefon jerw' monolog lyna sendiri.
Lyna menekan butang hijau. "hmm nak apa cikgu dah tak boleh cakap kejap lagi ke saya nak tidur dengan pakwe saya pon tak boleh hish"
Lyna sekadar mahu bergurau sahaja tetapi percakapan dia tadi tiada siapa yang balas hanya diam dan membisu. "Hello,Assalammualaikum Cikgu Azri" kata lyna sedikit cuak.
"Waalaikummussalam ni Lyna ya??" perasaan cuak,bimbang malu menjadi satu adakah itu suara
"haah i...i..iya saya boleh saya tahu dengan siapa saya bercakap??" Lyna bertanya sopan. 'amboi kau Lyna kemain lagi kau erk tadi kemain kau tunjuk lagak ni bila bercakap dengan perempuan yang ada dalam telefon ni kemain kau sopan' Lyna bermonolog.
"Maaf menganggu Lyna bz ke?? Saya ni ibu Azri Amsyar" Kata Datin Maznah.
"Tak..tak..tak makcik kenapa ya??" Lyna berkata gagap.
"Tak payah panggil makcik Lyna Azri dah ceritakan semuanya dekat saya"Kata Datin Maznah bersahaja.
"ouh ya ke hihihihi" Lyna tergelak sopan.
"okey macam ni sebenarnya boleh saya berjumpa dengan awak pada pukul 3 petang di sunway piramid... nanti saya suruh Azri ambil awak di sana" Datin Maznah berkata.
"Hmm boleh Makcik kebetulan sekejap lagi saya nak keluar denga Cikgu Azri" kata Lyna sambil tangannya mengusap kepala Asfa yang sedang tidur
"ouh makcik tahu tu, dia ada bagitahu makcik semalam"Datin Maznah berkata dengan lemah lembutnya.
"makcik tahu kamu masih sekolah lagi kan??" sambung Datin Maznah.
"erk...erk..ya makcik saya masih sekolah lagi." Lyna menjawap dengan sopan.
"tidak mengapalah kalau begitu jangan cerita sekarang tak best.. cerita nanti kalau cerita sekarang nanti bila jumpa tak ada bahan nak borak hihihihi" Datin Maznah berkata perlahan.
"Ba..ba..baik makcik"
"ni hah Azri nak cakap dengan kamu dari tadi lagi dia nak cakap sebenarnya"kata Datin Maznah.
"ouh hah ye lah makcik assalammualaikum"
"waalaikummussalam"
"Assalamualaikum awak" Kata cikgu Azri.
"hmm waalaikummussalam.. hish cikgu ni main main lah saya ingat kan cikgu tadi yang cakap sekali mak cikgu, cikgu ni pon agak agak lah kot ya pon.. gelojoh sangat." Kata Lyan
"apa saya pulak yang kene dah mak saya yang nak cakap dengan awak mana lah saya tahu, awak ni pon tadi saya dengar awak cakap dengan mak yang awak nak tidur dengan pakwe awak, siapa pakwe awak tu?" kata Cikgu Azri bernada merajuk
"hish anak saya lah yang cikgu tu kenapa nak merajuk tak tentu pasal" Lyna
"erh anak?? setahu saya kita tak kawen lagi tapi tu anak siapa pulak awak ni buat saya takut lah" Kata cikgu Azri
"Hish cikgu ni mulut kemain lagi erk... Anak buah saya lah Asfa dia tu lhh pakwe saya."
"ouh okey tak jadi nak merajuk"
"alah kalau cikgu nak merajuk, merajuk jerw lah saya malas nak pujuk okey lah bye jumpa kejap lagi" Lyna terus mematikan telefonnya.
Dia mengira dengan tangan
1,2,3,4,5
Telefonya berbunyi lagi Lyna tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "ya cikgu Assalammualaikum nak apa?" kata Lyna bersahaja.
"Awak tahu tak saya tak habis cakap lagi hish awak ni main main erk" Kata cikgu Azri bersahaja
"mana ada saya main main"
"ye lah tu.. ni saya nak bagitahu kejap lagi saya datang lambat sikit sebab saya ada dekat shah alam rumah mak saya, semalam lepas hantar awak saya balik rumah ambik baju then terus gi rumah mak saya n cerita kan dari A to Z pasal kita" Kata cikgu Azri.
Terbeliak biji mata Lyna apabila mendengar kata kata cikgu Azri tadi. "Cikgu!!!" terjerit sedikit Lyna, tak boleh jerit kuat kuat kang si Asfa ni bangun susah dia nak tidurkan balik hihihi.
"hihihihi sorry lah saya cuma nak cepat cepat kita bertunang itu pun salah ke" Kata cikgu azri.
"Ya allah cikgu itu tak salah,hish cikgu ni kakak saya pun tak tunang lagi cikgu ni saya taknak lah langkah bendul"Kata Lyna sambil menggaru garu kepalanya
"ya nanti saya uruskan pasal kakak awak tu" kata cikgu Azri.
"haih cikgu ni main main lah" Lyna mengeluh perlahan.
"okey okey jangan serabut serabut nanti kita bincang okey?? pasal ibu dengan ayah kejap lagi saya uruskan tau. saya tahu ibu dengan ayah tak tahu lagi pasal hal ni" kata cikgu Azri dengan bersunggu sungguh.
"ye lah yelah" Lyna menekan butang 'end'
'haih cikgu ni gelojoh sangat dengan aku padahal baru jerw sebulan dia praktikal dekat sekolah aku dah ajak aku kawen, dah lah aku tak story lagi dekat kawan kawan aku pasal semalam dia confes kat aku haih lah'
Lyna berbaring semula dan tangan ligat membetulkan selimutnya almaklumlah bilik dia ni sejuk walaupun tiada penghawa dingin, dia memeluk Asfa dan dengan sekejap sahaja dia terlelap.

DI RUMAH Cikgu Azri. Cikgu Azri sedang duduk di gazebo rumah ibunya yang terletak di hujung kolam mandi, dia berasa bahagia apabila berada di dalam situasi sebegini kerana dia sudah lama tidak merasai perasaan sebegini.
Pada ketika dahulu dia pernah merasai perasaan ini tetapi ya lah ajal maut jodoh dengan pertemuan itukan hanya di tangan Tuhan. Cikgu Azri sebenarnya ingin melupakan kisah silamnya pada ketika dahulu tetapi bukan mudah untuk dia lupakan. Sampai satu ketika dia mendapat tawaran untuk menjadi Cikgu praktikal di SMK Kota Damansara. Ya mungkin jauh dari rumah ibunya.
Di sebabkan itu dia mencari rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah tetapi tidak dijumpainya, pada suatu hari dia pergi mengajar seperti biasa di SMK Kota Damansara, dia hanya berfikir bagaimana mahu ulang alik dari Shah Alam ke Kota Damansara dan seorang murid mengatakan bahawa bapa saudaranya mempunyai rumah untuk di sewa.
Dia seorang lelaki yang tidak mudah untuk menyayangi dan mencintai seseroang itu. Apabila sudah maka dia akan sayang sepenuh jiwa dan raga. Dia juga sudah berubah dan tidak mahu memainkan perasaan wanita seperti dahulu.
Dia amat kesal dengan perbuatanya pada ketika dahalu. Dia mengenali Nur Nazlyna kerana pintu hatinya sudah terbuka untuk menerima Nur Nazlyna. Ya mungkin ianya bodoh sebab menyukai perempuan yang jauh lagi muda darinya. Namun dia tidak menafikan yang sejak pertama kali dia bertemu dengan Nur Nazlyna dia sudah jatuh cinta. Dia juga pernah ingin melupakan ialah dia hanyalah cikgu praktikal sahaja manakala Nur Nazlyna pula merupakan pelajarnya yang baru ingin erti Cinta.
Pada hari Nur Nazlyna ingin di langgar oleh sebuah kereta tempoh hari dia memang sudah berada di dalam kereta yang bertentangan dengan tempat letak kereta Faruq dan Fariq. Lalu dia melihat kemesraan Nur Nazlyna apabila bersama dengan Faruq. Ya dia cemburu tetapi ego menguasai diri. Dia tidak untuk memberitahu kepada Nur Nazlyna. Pada masa yang sama dia ingin keluar dari kereta dan menuju kearah mereka dia ternampak sebuah kenderaan yang ingin melanggar Nur Nazlyna.
Datin Maznah menggeleng kepala apabila melihat anak terunanya yang duduk termenung di gazebo miliknya. Mana tidaknya sekejap tersenyum sekejap berkerut mukanya.
"jauh menung, menung apa tu" Kata Datin Maznah dan melabuhkan duduknya di sebelah Azri Amsyar.
"erh tak ada apalah mak ayie saja tenung air tu" Azri Amsyar memandang ke arah air kolam renang.
"eleh macam mak tak tahu.. mak kenal lah anak mak ni macam mana teringat dekat Lyna kan??" Datin Maznah memandang ke arah Azri Amsyar.
"hish mak ni ke situ pulak" Kata Azri amsyar sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Mak kenal lah anak mak ni... dia kalau dah sayang boleh bawak ke mimpi tapi bila jumpa orang yang dia sayang tu lah ego tak nak bagitahu kan?" seloroh Datin Maznah.
"Kita ni ayie kalau dah sayang kene bagitahu bukannya diam sahaja nanti hati kita yang sakit tau... mak bukanya apa mak tak kenal lagi dengan si Lyna tu tapi dari mak bercakap dengan dia tadi mak dapat rasakan yang dia tu baik dan jauh lagi matang dari usia dia, ya mak tahu dia muda lagi baru 17 tahun tapi mak dapat rasakan yang di tu lah yang jaga makan minum kamu nanti ayie" Datin Maznah memberi nasihat kepada Azri Amsyar.
"Ayie bukannya apa mak dia tu spm pon belum lagi mak...ni ka..." belum sempat Azri Amsyar melanjutkan kata kata Datin Maznah memotong.
"tak ada tapi tapi lagi ayie ingat mak ni dah tua ayie.. mak nak mati selepas dapat tengok cucu menantu mak.. daddy kamu tu dah tunggu mak dekat sana ayie..bila bila jer nyawa mak ni boleh diambil ayie" kata Datin Maznah dengan sayu.
"hish mak ni ke situ pulak" kata Azri Amsyar
Dia berasa risau dengan kata kata Datin Maznah tadi ialah manakan tidak soal hidup dan mati Datin Maznah boleh buat main main.
"mak tak main main lah i mean my words. ingat? tapi nanti kalau dah kawin tu nanti jangan mainkan perasaan perempuan macam dulu dulu pulak" kata Datin Maznah bersahaja.
"yes mak i understand what he said. insyaallah kalau tak ada apa apa halangan tahun ni kita orang tunang okey mak?" kata Azri Amsyar meminta persetujuan dari ibunya.
"Alhamdulillah syukur ya allah, hmm boleh nanti bawk mak jumpa dengan family Lyna. But you are here for sure that his family time is empty okey" Datin maznah berlalu pergi memasuki kediaman rumahnya.
Azri Amsyar menarik nafas lega kerana Datin Maznah menerima Nur Nazlyna dengan baik sekali. Dia sangkakan yang ibunya akan menolak cadangannya untuk berkawin dengan wanita yang muda.

SAMBUNG...

hye guys jangan lupa follow ig nat
@Natalia aisyah

Share this novel

natalia aisyah
2020-11-09 16:02:05 

insyaallah x lama lgi

natalia aisyah
2020-11-09 16:02:04 

insyaallah x lama lgi

xandra
2020-11-08 17:32:59 

Bila nk sambung. Nak next chapter


NovelPlus Premium

The best ads free experience