BAB 32

Romance Series 50179

_______________________________________________________________.

BEBERAPA MINGGU BERLALU. Sudah 2 minggu NurNazlyna tidak mengangkat panggilan dari suaminya. Tipu lah kalau dia kata dia tidak rindu akan suaminya yang tersayang. NurNazlyna akan menjawab panggilan apabila Najwa yang hendak bercakap dengannya.
NurNazlyna berada di rumah. Farah,Rania dan Syakinah sudah keluar membeli barang dapur. NurNazlyna berasa malas mahu mengikut mereka. Balik sahaja dari kelas mereka menghantar NurNazlyna ke rumah.
"Bosannya" keluh NurNazlyna.
Dia mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Puan Rose.Beberapa minit kemudian talian di sambungkan teruja NurNazlyna.
"assalammualaikum ibu.. buat apa tu?" soal NurNazlyna.
"waalaikummussalam ibu tengah jaga kakak ni hah.. dia kan dah nak bersalin" kata Puan Rose.
"ouh ya ke.. hah orang nak cakap dengan dia kejap" kata NurNazlyna.
Talian senyap selepas beberapa saat NurNazlyna kedengarang suara Najwa di situ.
"wey kak anak aku ada dengan kau ke?" soal NurNazlyna dia mengerutkan dahinya.
'hari ni hari jumaat selalu time macam dia pergi solat jumaat' gumam NurNazlyna.
"haah semalam laki kau hantar... kau fikir aku tak tahu yang kau dengan di bergaduhkan??"soal Erra Nazirah.
"mana kau tahu kak?" Soal NurNazlyna kembali.
"adik kau tak kasihan ke dengan dia... dia tu suami kau tau.. aku bukan nak menyebok hal rumah tangga kau tapi cuba kau fikir erk dia tu suami syurga kau dekat bawah tapak kaki suami... kau tahu aku tengok dia kesian gila tak terurus serabut sangat aku tengok" kata Erra Nazirah di sebalik Talian.
"Mama cik cakap dengan umi ke?" soal Najwa di sebelah Erra Nazirah.
NurNazlyna terdengar suara Najwa di sebelah tersenyum mendengar suara anaknya.
"hello umi ni wawa... umi tak rindu wawa ke... umi bila nak balik.. wawa tak suka dengan aunty tu dia jahat dia selalu marah wawa..dia cakap wawa orang luar" adu Najwa.
NurNazlyna yang mendengar suara sayu anaknya itu terkejut mendengar suara anaknya begitu.
"umi tahu tak semalam walid dah halau dia dari rumah nekny"sambung Najwa lagi. NurNazlyna menutup mulutnya menahan sebak di dada.
"sayang umi tak ada apa apakan?"soal NurNazlyna risau.
"najwa okey cuma walid.. walid dah dua hari tak balik rumah nenek... Najwa rindu walid dengan umi.." katanya sayu.
"okey okey sorry ya sayang nanti umi balik sana sayang tunggu ya" kata NurNazlyna.
"hello adik kau dengarkan suara anak kau kasihan aku tengok dia.. budak budak tak pandai menipu tau dek.. kau maafkan lah husband kau tu... aku tahu kau marahkan dia sebab si Tania tu.. Makcik Maznah dah cerita dekat aku apa yang berlaku.." kata Erra Nazirah.
Tiba tiba NurNazlyna terdengar bunyi ketukkan pintu dari luar. NurNazlyna membetulkan kain batik yang di pakai dan berjalan ke arah pintu.
NurNazlyna ingin masuk tetapi matanya terpandang ada sebuah kotak di kakinya. Dia mengambil kotak itu dan membawa masuk.NurNazlyna membuka kotak itu ada sekeping kad berwarna pink dan bercorak patung panda.
NurNazlyna membaca dia tergamam dan terkedu.

MISS YOU SAYANG

~HUSBANDMU~

NurNazlyna mengambil barang yang berada di dalam kotak itu ada beberapa polaroid mereka berdua semasa mereka belum nikah sehingga beberapa hari sebelum NurNazlyna berangkat ke sini.
Ada juga CD yang bergambarkan mereka berdua dan tertulis 'happy maried' NurNazlyna memasangkan CD itu di laptopnya yang berada di atas meja hadapannya.
Beberapa saat menunggu Video terlayar di kaca screen komputer ribanya. NurNazlyna tergamam Video itu terlayar di matanya.
Video di mana gambar perkahwinan mereka yang Azri Amsyar menyamar sebagai panda di hadapannya. NurNazlyna tersenyum. Hatinya mula risau dengan keadaan Suaminya yang tidak tahu di mana dia berada.
Pintu di ketuk lagi. NurNazlyna terkejut dan berjalan ke arah pintu dia membuka pintu rumahnya dia keluar dari rumah melihat siapa yang berada di luar. Dia masuk kembali ke rumahnya.
Dia menarik pintu pagar rumahnya itu. Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi apabila melihat gerangan yang memanggi dia membiarkan sahaja telefon bimbit itu berbunyi.
"susah sangat ke nak angkat panggilan dari suami awak ni" kata Azri Amsyar. Apabila Nurnazlyna mahu menutup pintu papan rumahnya.
"Hus..husband" terkejut NurNazlyna melihat suaminya yang berada di hadapan rumahnya.
"kenapa sayang buat husband macam ni.... sayang tahu tak yang husband rindu sangat sangat dengan sayang" kata Azri Amsyar sayu.
NurNazlyna melihat keadaan suaminya yang agaj serabai dan berkumis. Betul kata kakaknya itu tadi dengan keadaan suaminya ketika ini yang agak serabai dan tidak terurus.Dia menutup pintu utama rumahnya kembali. Tetapi di halang oleh Azri Amsyar.
"abang Azri tengah tidur" masih terngiang ngiang kata kata itu di mindanya.
"sayang please jangan macam ni husband betul betul rindu dekat sayang sekarang" kata Azri Amsyar sambil menolak pintu itu dengan kuat.
Namun kekuatan NurNazlyna tidak mampu untuk melawan kudrat Azri Amsyar. Sehingga tangannya terkepit dengan pintu.
Terjerit kecil NurNazlyna.
"sakitlah"kata NurNazlyna
"sayang sayang" panggil Azri Amsyar mula cemas dan masuk ke dalam melihat tangan isterinya.
"Apa awak ni kan saya dah cakap saya tak nak jumpa awak... tak faham bahasa ke" kata NurNazlyna dan berlalu.
"ya ke sayang tak nak jumpa Husband??" Soal Azri Amsyar menguji NurNazlyna.
NurNazlyna mendiamkan diri dan memandang ke arah lain.
"kenapa sayang menangis bila tengok video tu... kenapa sayang menangis bila call dengan Najwa tadi... Husband rasa Najwa dah cerita dekat sayang" kata Azri Amsyar sambil memegang tangan isterinya yang terkepit pintu itu.
Terkejut NurNazlyna dengan kata kata Suaminya. Dia memandang Azri Amsyar di sebelah. Azri Amsyar menunjukkan ke arag camera yang berada di berlakang televisyen dan tersebunyi celahan pokok bunga di luar rumah.
Ya memang Azri Amsyar yang merancang bersama dengan sahabat sahabatnya.
"kenapa sayang menangis tiap tiap malam?" soal Azri Amsyar dan memandang kepada anak mata NurNazlyna.
"Lepaslah awak pergi balik saya nak bersendiri" kata NurNazlyna dan ingin berlalu dari situ.
"kalau awak sayang saya awak berhenti dekat situ" kata Azri Amsyar.
Terhenti langkah NurNazlyna di situ. Azri Amsyar datang mendekati NurNazlyna dan memeluk tubuh NurNazlyna dari berlakang. NurNazlyna dapat merasakan kehangatan tubuh tegap suaminya.
"sayang still nak marahkan husband ke?"bisik Azri Amsyar di terlinga NurNazlyna.
Air mata NurNazlyna mula bertakung di tubir matanya. Dia memejamkan mata menghayati sentuhan suaminya.
Azri Amsyar memusingkan tubuh NurNazlyna untuk menghadapnya.NurNazlyna hanya menunduk dan memandang lantai.
"Tapi husband betul betul tak tahu apa yang Tania buat dekat sayang...tapi selepas apa yang dia buat dekat Najwa anak kita depan mata husband sendiri waktu tu juga Husband halau di dari rumah... Mak dah telefon mummy Tiara dan Uncle hisyam untuk ambik Tania balik dan Tania dah minta maaf dengan husband.."jelas Azri Amsyar.
"husband dah jelaskan semuanya dekat sayang, Husband balik dulu Assalammualaikum" kata Azri Amsyar sambil memcium dahi Isterinya dan berlalu keluar dari rumah itu.
Air mata NurNazlyna mengalir dengan deras. Dia memandang Azri Amsyar yang sedang memakai kasut untuk pulang.
Apabila tubuh Azri Amsyar pusing menghadap pintu pagar besar. NurNazlyna pantas berlari mendapatkan suaminya. NurNazlyna memeluk Azri Amsyar dari berlakang.
"husband ja...jangan..tinggalkan Sayang" Tersedu sedan NurNazlyna berkata sambil menyembamkan wajahnya di tubuh berlakang Azri Amsyar.
Tersenyum Azri Amsyar.. Dia memusingkan tubuhnya dan memandang wajah sang isteri yang sudah lama di rindunya. Dia mencium seluruh wajah NurNazlyna tanda dia amat merindukkan Isterinya.
"ehem ehem" Mereka bertiga berdehem dan masuk ke dalam rumah.
"auch so sweet kau Naz" usik Farah.
NurNazlyna melepaskan pelukkan dari Azri Amsyar dan mengesat air matanya, Dia memadang Farah dan yang lain dengan pandangan tajam.
"kata tadi nak keluar beli barang dapur konon" perli NurNazlyna.
"alah kau sukakan sebenarnya macam aku tak tahu" Rania memulang paku buah keras kepas NurNazlyna.
"jahat" kata NurNazlyna dan memukul lengan Rania.
Azri Amsyar hanya tergelak melihat sikap NurNazlyna dan sahabat sahabatnya.
"terima kasih korang" ucap Azri Amsyar.
"sama sama... lagi pun kita orang dah penat nak dengar pontianak menangis malam malam dekat dalam bilik tu.."usik Farah.
Tergelak Azri Amsyar.
"erh Kinah shahril apa khabar sihat?" usik Azri Amsyar kepada syakinah.
Syakinah hanya tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sihat cikgu" syakinah mula segan.
"hmn ni kalau tak keberatan saya nak pinjam Lyna boleh?" soal Azri Amsyar kepada mereka bertiga.
"erh boleh cikgu, cikgu nak ambik terus pon tak apa" kata Rania.
Tergelak Azri Amsyar.
"siap kau erh" NurNazlyna menunding jari kepada Rania dan berkata geram.
"okey kalau macam tu.. hari isnin tak ada kelaskan?"soal Azri Amsyar
"ada"kata NurNazlyna.
"erh mana ada isnin tak ada kelas madam Haslinah cancel kelas" kata syakinah.
NurNazlyna membulatkan matanya dan menepuk dahi
"kalau macam tu isnin saya bawa Lyna ke sini ya" kata Azri Amsyar.
"okey cikgu"Farah mengangguk kepalanya tanda setuju.
"jom sayang" Azri Amsyar menarik NurNazlyna. Tetapi NurNazlyna memberhentikan tarikkan Azri Amsyar.
"tunggulah saya siap kejap, saya tukar baju takkan nak keluar dengan kain batik ni" kata NurNazlyna.
Mereka yang lain menggelekan Azri amsyar yang tidak sedar dengan pemakaian isterinya yang hanya berkain batik dan iner hitam dan bertudung labuh.
"ouh sorry" azri Amsyar menggaru tengkuknya.
NurNazlyna masuk ke dalam untuk menukar pakaiannya.
"hmm maaf cikgu bukan kami tak bagi masuk tapi cikgu fahamkan maksud kami" kata Syakinah selepas NurNazlyna masuk.
"tak apa saya faham saya tunggu dalam kereta." Azri Amsyr dan berlalu ke arah kereta.
"ni upah untuk awak bertiga" kata Azri Amsyar dan memberi upah kepada mereka bertiga.
"terima kasih" kata Farah.
"sama sama... ouh ya terima kasih untuk pasang camera camera tu" kata Azri Amsyar.
Mereka bertiga mengangguk serentak. Azri Amsyar masuk ke dalam kereta dan tersenyum lega.
SELEPAS beberapa minit menunggu NurNazlyna. Azri Amsyar melihat isterinya keluar dari rumah sambil membawa beg sandang dan beg laptopnya.
"babe hati hati tau jalan tu" pesan Farah.
"erh kau dia duduk dengan laki dia yang kau risau sangatbdah kenapa" kata Rania.
"haah lah hihihihihi. okey lah bye... pergi main jauh jauh" Farah menolak sedikit badan NurNazlyna.
"sampai hati" kata NurNazlyna.
"hahahahaha eleh nanti jumpa juga okey" kata syakinah
"alah dari kau tu shahril tak datang jenguk ke" usik NurNazlyna.
Tersenyum nakal Syakinah.
"aku gi dulu assalammualaikum" kata NurNazlyna dan berlalu.
Mereka bertiga melambai NurNazlyna pergi meluncur laju bersama suami tercinta.
"haih agak agak laki kita macam tu tak nanti Farah?"soal Rania.
"hmm entahlahh cakap pasal laki kita ni... lagi 2 minggu jerw lagi dia nak balikkan haih rindunya asyik video call jerw dengan dia" kata Farah.
"haah dowh...tak lama lagi cuti sem aku ingat nak suruh dia datang sini lah kita picnik macam dulu nak tak" cadang Rania.
"hmm okey juga tu cuti sem nanti kita balik sana lah tak payah suruh dia orang datang sini lagi pun mak aku dah bising tak balik balik" kata Farah.
"aku onzz jerw" Rania menepuk tangannya dan bersorak suka.
"yang kau ni Kinah... dah kenapa termenung jerw macam orang apa tah kau" Farah menyiku Syakinah.
"erh kau ingat tak makcik yang ajak kita bersembang dekat masjid hari tu?" soal Syakinah.
"hah kenapa dengan dia?" Farah memandang mata Syakinah mereka saling berpandangan.
"dia tu sebenarnya Mak shahril" terang Syakinah
"what?!"Rania dan Farah berkata serentak.
Syakinah menganggukkan kepalanya.
"kau pernah jumpa mak dia ke"
Syakinah menggeleng, dia mana pernah jumpa mak Shahril. shahril hanya pernah menceritakan sahaja pasal ibu shahril dengan dia.
Apabila Syakinah berkata di mana ibunya tinggal Shahril akan berkata di kampung.. itupun Syakinah tahu apabila melihat gambar yang di beri oleh shahril tetapi tidak pula dia memberitahu yang dia sedang duduk berdekatan dengan kawasan rumah ibunya.
"dia tahu tak yang kau duduk dekat dengan rumah dia?"soal Farah.
"tak" jawab syakinah sepatah.
"cuba nanti tanya cikgu pasal ni, dia mesti tahu sebab Cikgukan kawan shahril"cadang Rania.
"nanti lag aku fikirkan" Kata syakinah dan memandang televisyen kembali.

DI DALAM KERETA nurNazlyna hanya memandang hadapan dan tidak menoleh ke arah suaminya di sebelah.
"husband kita nak pergi mana ni??"soal NurNazlyna.
"wife rasa kita nak pergi mana?"Azri Amsyar memberi soalan kembali kepada Isterinya.
"alah jangan lah nak rahsia..." kata NurNazlyna.
"sayang tidur dulu okey jauh lagi perjalanan... apa apa nanti saya kejut sayang" arah Azri Amsyar.
"apa suruh saya tidur saya tak mengantuk lah yang awak suruh saya tidur dah kenapa" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar tersenyum dan menggeleng kepala apabila mendengar jawapan si isteri.
"husband saya laparlah jom pergi makan perut saya dah mula bergendang gendang ni"NurNzlyna berkata manja.
Azri Amsyar tersenyum bahagia. Lama mereka tidak beekeadaan begitu.
"sayang jangan macam erk husband tengah drive ni kang ada yang berhenti ni karang" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna duduk tegak kembali dan memenadang ke hadapan.
Tersenyum sang suami melihat si isteri. "sayang nak makan apa?"soal Azri Amsyar.
NurNazlyna berfikir nakal. Dia berbisik di terlinga Azri Amsyar dengan suara yang penuh menggoda.
"saya nak makan awak" Dia melihat suaminya itu menelan air liur.
"hahahahhahaha tak adalah saya gurau jerw... saya tak kisah nak makan apa... janji yang berat sikit sebab saya lapar tak makan dari pagi ni" kata NurNazlyna yang melihat wajah terkejut suaminya di sebelah.
"hmm kenapa tak makan haih awak ni" Azri Amsyar menggeleng kepala.
"dah saya tak ada selera dan tak lapar nak buat macam mana? tadi kelas pon tak ada apa yang menarik." adu NurNazlyna.
"hish awak ni okey jom kita pergi makan" ajak Azri Amsyar dan membelokkan keretanya ke satu simpang yang lain.
Secera kebetulan mereka tiba di Tempat perhentian rehat. Azri Amsyar dan NurNazlyna keluar dari kereta. Azri Amsyar memegang tangan NurNazlyna dan tidak di lepaskan walau sekejap.
"lepaslah saya buka budak kecik" kata NurNazlyna dan ingin menarik tangannya dari genggaman.
"nope saya tak nak lepas sebab takut nanti ada oramg culik awak" kata Azri Amsyar.
"siapa nak culik saya awak ni mandai jerw" kata NurNazlyna.
"hish mana lah tahu saya ni menyediakan payung sebelum hujan" dalih Azri Amsyar.
Nurnazlyna menggeleng kepala. Mereka tiba di gerai menjual pelbagai hidangan. Kecur Liur melihat hidangan makanan itu.
"nasi dek?" soal makcik itu.
"nasi dua makcik" kata Azri Amsyar.
"kamu berdua ni adik beradik ke?" soal Makcik itu sambil menuangkan nasi di dalam pinggan.
NurNazlyna memandang Azri Amsyar dan menahan tawanya.
"hmm tak makcik kami ni suami isteri"kata Azri Amsyar dan tersenyum ke arah makcik itu.
"ouh ya ke cantik si isteri segak si suami."makcik itu memuji Azri Amsyar dan NurNazlyna.
"terima kasih makcik" kata NurNazlyna.
"sama sama...anak berdua ni dari mana?" soal Makcik itu dan memberika sepinggan nasi kepada Azri Amsyar.
"kami ni dari kuantan" NurNazlyna menjawab dengan sopan dan tersenyum.
"erh nak maaflah makcik ni banyak tanya pula... ambiklah makan lepas tu air apa ta?"soal Makcik.
"husband nak air apa?" soal NurNazlyna kepada Azri Amsyar yang tidak jauh dari hadapannya.
"tak kesah"jawab Azri Amsyar dan tersenyum.
"hmm kalau macam tu ais kosong dua lah makcik"kata NurNazlyna.
"baik lah" makcik itu berlalu pergi.
Selepas mereka mengambil makanan mereka duduk di meja yang berdekatan.
"husband can i ask you one question?"soal NurNazlyna sambil menyuap nasi ke mulut dengan mengguna sudu.
"what?" soal azri Amsyar.
"how about Tania? macam mana benda ni boleh terjadi i not understand. i wanted to know what going at that time" kata NurNazlyna.
"okey husbnd cerita okey" Azri Amsyar menghentikan suapan.

FLASHBACK...
Azri Amsyar berasa tidak sedap hati apabila tiba di pejabatnya pada awal pagi dan meninggalkan Najwa di rumah ibunya.
"kak Rita please check appoiment saya hari, kalau melibatkan di luar pejabat saya nak awak tukar tarikh lain" arah Azri Amsyar di hadapan meja Rita.
"baik bos.. hmm hari ini bos just duduk di ofis and this is document yang bos kene sign" Rita memberi dokumen kepada Azri Amsyar.
selesai sahaja Azri Amsyar menanda tangan di dokumen yang di beri oleh Rita. Dokumen itu bertukar tangan.
"ouh sebelum saya lupa kak buat kan saya kopi kurang gula" arah Azri amsyar.
"okey akak pergi dulu" kata Rita dan berlalu pergi menutup pintu.
Azri Amsyar menyandarkan badannya ke kerusi. Hatinya mula rasa tidak sedap. Sudah berhari hari NurNazlyna tidak mengangkat call darinya.
Dia memandang ke arah gambar perkahwinan mereka. Azri Amsyar mengusap wajah NurNazlyna. Tersenyum dia melihat senyuman dari sang isteri.
Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengeluh bila melihat gerangan yang menelefonnya ketika itu.
"yes Tania what do you want?"soal Azri Amsyar.
"abang, Najwa tak nak makan" kata Tania dengan Nada cemas.
"hmm makcik mana?" soal Azri Amsyar.
"makcik keluar dengan bibik" jawab Tania.
"tunggu abang balik" kata Azri amsyar dan bangun.
Dia berlari keluar dari biliknya. Dia memandang ke arah Rita yang sedang berdiri.
"saya nak balik kalau ada apa apa masalah call saya"kata Azri Amsyar.
"baiklah Azri."kata Rita dan mengerutkan dahinya melihat wajah cemas majikannya.
Azri Amsyar mengangguk dan berlari menuju ke lift. Selepas tiba di kereta, Azri Amsyar meluncur laju meninggalkan pejabat.

TANIA TERSENYUM sinis memadang Najwa yang sedang menangis. Dia berjalan ke arah Najwa.
"kenapa kau ni aku kata diam lah... hidup menyusahkan orang jerw" kata Tania sambil menunjal kepala Najwa.
Tersedu sedan dia menangis kerana takur dengan keadaan sekeliling.
"kau ni kau sini kau tak habis habis nak menangis jerw..." kata Tania dan menarik tangan Najwa dengan kasar
"umi..u..mi...umi...u..umi"tersedu sedan dia memanggil ibunya.
"erh diamlah umi umi.. umi kau tak ada,.. kau dengar sini erh kalau kau bagitahu bapak kau yang aku dera kau.. siap kau aku kerjakan.. dengar tak!!"tengking Najwa.
Najwa masih lagi menangis tersedu sedan. "aunty jahat wawa tak suka dengan aunty" kata Najwa menolak tubuh Tania.
Azri Amsyar yang berada di luar hanya mendengar bicara Tania terhadap anaknya.
"kau ni memang nak kene lah" Tania mengangkat tangannya untuk menampar Najwa.
Tetapi tiba tiba tangannya di tahan oleh seseorang terbeliak matanya melihat wajah marah Azri Amsyar.
"jangan sesekali berani sentuh anak aku" kata Azri Amsyar dan menghempaskan tangan Tania dengan kasar.
"apa abang ni. ni bukan anak abanglah ni anak penagih.. dia ni anak GRO dekat lorong lorong tu" kata Tania sinis.
"apa kau cakap dia ni anak lorong anak penagih?? Tapi kau kene ingat dia tu anak aku denga Nur dan aku yang ambik dia sebagai anak aku sendiri" kata Azri Amsyar sinis.
"kenapa perlu ambik dia ni sebagai anak angkat...cakap dekat Tania why abang" Tania memeluk tubuhnya dengan penuh angkuh.
"kalau bini dah mandul tu cakap jerw lah..tak payah lah nak ambik anak angkat bagai lepas tu menyusahkan orang" Kata Tania perlahan
"kau ni" Azri Amsyar mahu menampar Tania.
"Ya allah Azri" tegur Datin Maznah.
"Apa ni Azri... Ya allah Najwa kenapa ni cu... comot comot ni" kata Datin Maznah dan datang ke arah Najwa.
"Nekny Aunty jahat" kata Najwa di dalam pelukkan Neneknya.
Datin Maznah mendukung Najwa,Dia memandang ke arah Tania.
"kenapa abang kenapa tak tampar jerw Tania.. apa memang betulkan yang isteri kesayangan abang tu mandul"kata Tania.
Dengan tidak semena mena Azri amsyar menampar Tania di hadapan Datin Maznah. Terkejut Datin Maznah melihat kemarahan anaknya itu. Sudah lama Azri Amsyar tidak semarah ini
"kau keluar dari rumah aku sekarang juga... for you information... Nur tak mandul... jangan ingat Uncle hisyam tak pernah cerita dekat aku apa yang kau buat dekat luar sana erk kau nak tahu tak kenapa aku pilih Nur walaupun untuk beberapa bulan aku kenal dia... Nur tak macam kau...pakaian dia senyuman dia... bagi aku Nur lah wanita pertama yang sedarkan aku untuk menerima perempuan walaupun dulu aku tak boleh nak terima mana mana perempuan termasuklah kau" Azri Amsyar berkata sinis.
Dia mengambil anaknya dari dukungan Datin Maznah dan berlalu pergi meninggal semunya.
"Tania What wrong with you...Makcik tak kira now you pack barang you dan you balik ke UK... untuk kejadian ini Makcik tak akan teragak agak untuk ceritakan dekat Daddy kamu" datin Maznah naik ke atas tanpa memandang Tania.
Tania masuk ke dalam bilik untuk mengemaskan barang. Tania mula rasa kesal dengan apa yang dia buat.
Datin Maznah duduk di birai katil dan mendail nombor Azri Amsyar. Setelah beberapa saat panggilan di sambungkan.
"Assalammualaikum Azri..." panggil Datin Maznah.
"waalaikummussalam hah ya mak.." balas Azri Amsyar.
"hmm kamu pergi mana tu Najwa okey tak? bawa Najwa pergi klinik tengok" kata Datin Maznah risau.
"memang on the way nak pergi klinik... Azri tak balik tau mak selagi perempuan tu ada dekat rumah Azri tak akan balik Azri balil rumah ibu jerw tau" kata Azri Amsyar.
"hah ya lah baik baik jalan tu..." pesan Datin Maznah. Risau dia melihat keadaan Anaknya itu tadi.
"hah ya lah Mak." kata Azri Amsyar.
Panggilan di matikan.
Azri Amsyar memandang wajah anaknya dan mengusap kepala Najwa.
Dia berasa kecewa dengan sikap Tania terhadap anaknya itu. Lama kelamaan Najwa ketiduran. Selepas itu Azri Amsyar menghantar Najwa ke rumah Ibu mertuanya.

ENDFLASHBACK...

11.2.21
BERSAMBUNG....

hye jangan lupa komen tau... tinggalkan komen banyak banyak nanti saya balas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience