BAB 17

Romance Series 50179

______________________________________________________________________________________________________________________________
PEPERIKSAAN di lakukan di dalam dewan aku menjawab dengan tenang hari ini adalah penentunya masa hadapanku. Hari ini juga merupakan hari yang terakhir untuk aku menjawab peperiksaan SPM.
Sedar tak sedar sudah seminggu aku dan Azri Amsyar di tunangkan. Ramai Cikgu yang mengucapkan tahniah kepada aku dan Azri Amsyar. Terutama sekali guru besar iaitu Cikgu Maimun. Cikgu Maimun yang paling gembira apabila mengucapkan tahniah kepadakun
Cikgu Azri juga aku tengok semakin kembang katanya malas mahu bersenam. Aduhai sayang aku seorang ini selalu sangat mencuri hati aku.
Aku Farah,Rania dan kinah berjalan menuju ke kantin sekolah kerana mahu mengulang kaji sedikit. Sebentar sahaja lagi peperiksaan akan di mulakan. Aku duduk di hadapan Farah
"wey babe ni macam mana??" soal Farah kepada Rania.
"ni macam ni " Rania menunjukkan cara cara menjawab.
Aku mendengar dengan teliti.
"wey Lyna yang ni macam mana??" soal Syakinah di sebelahku.
"ouh yg ni kau kalikan 2 ni dengan nombor sebelah dia lepas tu dapat jawapan kau tambahkan dia dengan nombor berlakang dia...." Aku mencari kalkulator di dalam beg sekolahku.
Tiada.. aku membuka bahagian zip hadapan, tetapi tiada. Di mana aku harus mencari waktu genting.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Wey kau cari apa" soal Rania. Aku memandang Rania.
Air mata sudah ingin tumpah.
"wey aku cari kalkukator aku tak ada wey aku nak nangis lah macam ni... pagi tadi aku ada bawa lepas tu hilang wey.. macam mana ni masa ada lagi 1 jam wey" Aku gelabah Nur.
"rilex rilex kau tenang lah okey, tadi kau datang dengan siapa??" soal Farah.
"Aku datang dengan Cikgu." Aku mencari lagi di dalam beg.
"hmm cuba kita pergi tanya Cikgu...mana tahu dia tahu.." kata Syakinah.
"tak payah cari saya... ni hah awak punya kalkulator... dia yang tinggalkan dalam kereta tadi" kata Cikgu Azri di berlakangku. Aku memusingkan badanku ke arah dia.
"hah thanks Cikgu" kataku ingin memeluk Cikgu Azri...
"erh erh kau, amboi kau baru tunang tau belum nikah lagi" kata Fafah.. menahanku dari memeluk Cikgu Azri
"hehehehe" aku tersengih.
Aku memandang ke arah semua pelusuk kantin. Menarik nafas lega. selamat hanya kami berlima sahaja yang ada di kantin. kalau tak pisang aku kene gosip dengan netizen netizen dekat sekolah ni hihihi..
Cikgu Azri memandangku dengan senyuman. Aku membalas senyuman itu.
"okey lah saya ada kerja sikit ni dekat pejabat, good luck.. jawab elok elok untuk masa depan kita tu nanti" Cikgu Azri mengenyitkan mata kepadaku.
Aku memukul Cikgu Azri manja. Cikgu Azri gelak perlahan. "hmm okey nanti balik kita terus ke butik untuk feating baju okey" kata Cikgu Azri.
Aku mengerutkan dahi bukan ke Majlis kami akan berlangsung pada bulan hadapan ke kenapa kene cuba baju hari ni pula.
"erh kejap bukan ke majlis kita bulan depan ke kenapa kene feating baju hari ni pula kenapa tak minggu depan jerw" kataku. Aku sebenarnya bukan tidak mahu mencuba baju tetapi aku rasa macam terlalu awal.
"hari ni awak last paper so esok awak dah free.. itu cadangan saya.. saya lupa nak cakap kad kahwin belum siap lagi" Cikgu memandangku.
"hmm okey lah dah cikgu pergi dari sini nanti apa pula pakcik kantin tu kata.. saya nak fokus ni kejap lagi exam penting... so saya nak lupakam Cikgu sekejao dah pergi pergi" kataku menghalau Cikgu Azri.
"ya lah" Cikgu Azri pergi meninggalkan aku dengan yang lain.
"Amboi sweetnya kau ni kalau dah kahwin mahu dapat anak ramai" kata Rania dengan gembira.
"ni anak ramai kau dah buat kerja tu bagi siap... aku nak fokus ni haih" Aku memandang buku latihan di depan.
Mata memandang buku tapi pemikirang entah kemana.. haih Lyna fokus fokus.. kau jangan macam ni.. you can do it. Aku mengira tanpa menghiraukan orang lain.

SELESAI SAHAJA PEPERIKASAAN dijalankan ramai yang menjerit di koridor sekolah. Ada yang berlari sambil membawa kertas ada yang duduk sedang menconteng baju sama sepeti NurNazlyna dan kawan kawanya.
Ramai yang mahu meminta tanda tangan NurNazlyna dan yang lain lain . Dah macam artis dah. kebanyakkan yang meminta untuk NurNazlyna tanda tangam adalah budak tingkatan satu dan dua. kata mereka takut akan kehilangan NurNazlyna.
ya mereka sanggup menunggu di hadapan tangga pada hari terakhir sekolah. Hari ini juga adalah hari terakhir mereka semua bersekolah.
Sementara menunggu Azri Amsyar NurNazlyna duduk di pondok yang telah di sedikan oleh pihak sekolah.
q"okey, prove it, jom lah balik saya nak rehat saya pening kepala lah" kata NurNazlyna dan bangun dari bangku itu.
"jom" Azri Amsyar ingin memegang tangan NurNazlyna cepat sahaja dia menarik tangannya.
"ini sekolah Cikgu" kata nurNazlyna.
Azri Amsyar mengerutkan dahinya. "haih dia ni nak marah marah kenapa aku ada buat salah ke.. hmm tiba tiba jerw" kata Azri Amsyar perlahan.
NurNazlyna sebenarnya sengaja mahu melihat riaksi Azri Amsyar ketika itu. Dia mahu menunjukkan protesnya dengan Azri Amsyar.
"sayang marah saya ke ni hmm" Azri Amsyar menahan langkah NurNazlyna.
"cikgu ini sekolah cikgu ini sekolah yang Cikgu nak pegang kenapa??.. lain lah kalau Cikgu tu husband saya tu saya faham lah" kata NurNazlyna. Dia meninggalkan Azri Amsyar yang terpinga pinga.
NurNazlyna terdengar Azri amsyar berdecit.
"cepat lah saya nak balik ni" kata NurNazlyna mematikan lamunan Azri Amsyar.
"ya ya saya datang" Azri Amsyar berlari anak ke arah NurNazlyna.
NurNazlyna menyorokan senyumannya dia padang ke arah lain agar azri Amsyar tidak dapat melihat dia tersenyum. NurNazlyna dan Azri Amsyar masuk ke dalam perut kereta.
Tidak sampai beberapa minit kereta milik Azri amsyar sudah berada di atas jalan raya yang menuju ke rumah NurNazlyna. Ya sejak mereka bertunang NurNazlyna sudah tidak menaikki van pakmat lagi.
Nasib duit pendahuluan pada tahun itu sudah habis dia bayar oleh Encik Mohammad. Encik Mohammad dan Puan Rosse juga tidak membantah cadangan Azri Amsyar. Bagi mereka biarlah anak perempuan bongsunya itu belajar erti berdikari.
"Sayang okey tak ni??... dari tadi diam jerw saya tengok" soal Azri Amsyar sambil memandang ke arah NurNazlyna yang sedang memandang ke arah tingkap.
"k" jawab NurNazlyna tanpa memandang Azri Amsyar.
Azri Amsyar berasa geram dengan karenah NurNazlyna ini boleh membuatkan dia sakit hati.
Azri Amsyar membawa kereta dengan kelajuan yang sangat tinggi tanpa menghiraukan NurNazlyna di sebelah.
NurNazlyna merasa akan kelajuan yang di hadap olehnya ketika itu.
"cik..cik..cikgu ke..kenapa laju sangat ni slow lah sikit" NurNazlyna berkata gagap.
Azri Amsyar tidak menghiraukan ketakutan NurNazlyna.
"Cikgu jangan lah buat macam ni saya takut" Nurnazlyna berasa sebak.
Azri Amsyar tidak berkata apa apa. Dia hanya memandu dengan kelajuan yang makin laju. Dia berasa geram dengan NurNazlyna ketika ini.
"Awak yang nak sangatkan tengok saya macam ni hah sekrang awak tengok" Azri Amsyar berkta tegas.
NurNazlyna memandang ke arah jalan raya.. ini bukan jalan ke rumahnya tetapi ini kemana. Dia memandang Azri Amsyar.
"Cikgu jangan lah buat macam ni" NurNazlyna menggoncangkan tangan Azri Amsyar. Air matanya sudah membasahi pipi.
Azri Amsyar memberhentikan keretanya dengan mengejut.Hampir sahaja NurNazlyna terhantuk ke bahagian cermin hadapan. NurNazlyna terkejut dia memandang Azri Amsyar.
"ke..ke..kenapa berhenti dekat sini" NurNazlyna memandang ke kiri dan kananya cuma ada tempat perhentian bas sahaja.
"Awak keluar sekarang" kata Azri Amsyar tegas.
"no saya taknak keluar....saya nak duduk dengan Cikgu" kata NurNazlyna dalam tangisnya.
"why Lyna why?!!" Azri Amsyar menjerit di dalam kereta dia bukan ingin memarahi NurNazlyna tetapi di tidak tahu mengapa NurNazlyna bersikap macam tu padanya. Terhinjut sedikit bahu NurNazlyna. Dia tidak suka apabila Azri Amsyar menjerit dengannya NurNazlyna berasa takut. Tangannya menggigil.
Pada mulanya NurNazlyna ingin menunjukkan protes dengan Azri Amsyar tapi lain pula yang jadinya. Azri Amsyar tersedar dari amarah. Dia menghembuskan nafasnya dengan perlahan.
Azri Amsyar menari NurNazlyna ke dalam dakapannya. Dia mengusap kepala NurNazlyna yang berbalutkan dengan tudung sekolanya itu.
"Sorry sayang sorry okey" kata Azri Amsyar.
"Cikgu tak salah saya yang sengaja nak tunjuk protes dengan Cikgu alih alih Cikgu pula yang tengking saya macam ni" NurNazlyna berkata sebak.
Azri Amsyar mengusapnya lagi.
"saya cuma nak cikgu pujuk jerw tapi lain yang saya dapat...Sa...sa..saya ta...ta..tak su..suka cik..cikgu macam ni" tersedu sedan NurNazlyna menyambungkan ayatnya.
"sorry okey, jom kita pergi feating baju" Azri Amsyar menolak NurNazlyna ke berlakang sedikit.
"saya taknak feating baju harini saya nak balik" NurNazlyna menyeka air matanya.
Dia mahu merajuk lagi dengan Azri Amsyar.
"Awak jangan macam Nazlyna.." Azri Amsyar masih lagi mahu memujuk.
"kalau tak saya keluar Cikgu yang suruh saya keluar tadikan" NurNazlyna ingin membuka pintu tapi cepat cepat Azri Amsyar mengunci pintu itu.
"try lah" Cabar Azri Amsyar.
NurNazlyna diam.
"okey okey sorry okey sayang jom kita balik." Azri Amsyar menekan pedal minyak dengan perlahan.
NurNazlyna memegang tangan Azri Amsyar. Azri Amsyar membalas.
"janji jangan bawak laju laju saya takut" kata NurNazlyna.
Azri Amsyar mengangguk.
Kereta milik Azri Amsyar berjalan menuju ke damansara. ya mereka berpatah balik.
NurNazlyna menyandarkan kepalanya ke dinding. Dia melelapkan matanya. Ada sisa air mata yang tersisa dengan laju dia menyeka.
Azri Amsyar di sebelah perasan dengan Air mata NurNazlyna itu. Dia meramas tangan NurNazlyna. NurNazlyna hanya membiarkan sahaja.


FARAH DAN FARUQ keluar berdua di kafe starbucks. Bak kata orang berdating lah kiranya. Farah memandang ke arah Faruq yang sedang memesan makanan di situ.Faruq yang tersenyum ke arah Farah itu bejalan membawa dulang ke arah Farah.
"thanks" kata Farah.
"thanks jer lain tak ada" Faruq memandang Farah.
"hmm banyak lah kau punya lain penumbuk aku adalah kau nak" Farah berkata kasar.
"gurau jerw sayang hihihihi" Faruq mencantumkan tanganya memohon maaf.
"hmm wey kau rasa Lyna dengan Cikgu tu serasi tak?? boleh ke Cikgu jaga Lyna dengan baik" Farah memandang Faruq.
"Asal kau tanya?" soal Faruq kembali.
"Aku bukan apalah an, Lyna kan pernah cerita yang Cikgu tu pernah ada masalah mentel... kau tak rasa yang masalah tu akan ada ke.. lagi satu orang yang bermasalah mentel ni mesti dia panas baran percaya lah cakap aku" Farah menyandarkan dirinya.
"hmm i thought the same thing... sebab kau nak tahu aku ada kenal seorang perempuan ni baik tapi dia kasar... di suka buli orang, dia suka cari gaduh dengan orang senang cerita dia pun panas baran tapi dia tu pun ada masalah mentel juga ke??" Faruq mengetuk dagunya sama juga seperti Farah.
"hmmm erh jap perempuan mana yang kau kenal ni sayang" Farah memandang Faruq.
"kau nak kenal ke.. nama dia Farah" Faruq memandang Farah sambil menggeleng kepala.
Farah terkedu dia menyedut air di hadapannya.
"hish kau ni suka sangat fikir pasal diaorang berdua biarlah dia orang tu.... kita tengok dari jauh jerw.. tapi aku yakin yang cikgu akan jaga Lyna tu dengan baik" Faruq menyadarkan tubuhnya menghadap Farah yang memeluk tubuh.
"tapi wey kenapa erk Lyna tiba tiba tangkap cintan dengan Cikgu tu" Farah Masih lagi menyoalkan tentang NurNazlyna dan Azri Amsyar.
Faruq menggeleng kepala.
"haih dah lah tu cerita pasal dia orang apa kata kita cerita pasal kita... bila boleh aku masuk minang ni" Faruq menjungkitkan keningnya di hadapan Farah.
Farah tersentak tiba tiba tekaknya terasa kering pula. Dia menyedut air dia hadapannya itu sambil tersenyum.
"hmm kau kau melamar ke macam mana ni??" soal Farah. Dia berasa curiga
"tak lah aku serius..." Faruq berkata tegas.
"hmm Faruq boleh tak kita tunggu Rania,kinah dengan Lyna kahwin dulu baru kita cerita pasal kita" Farah memandang Farauq sambil jari sebok mencucuk cucuk atas meja.
Faruq berasa lemah dengan kata kata Farah itu tadi seperti mahu menggoda sahaja.
Bagai lembu di cucuk hidung Faruq menganggukkan sahaja kata kata Farah tadi. Farah tersenyum girang.

RANIA DAN SYAKINAH duduk di bangku halaman rumah Rania.Mereka bermain telefon bimbit mereka almaklumlah seminggu mereka tak pegang kerena mereka sebuk dengan mengulangkaji dan sebagainya.
"wey Nia ni bukan ke kawan Cikgu Azri" syakinah menunjukkan gambar kepada Rania.
"haah dowh apasal??" soal Rania.
"hmm entah lah dowh kau nak tahu tak hari yang Lyna tunang hari tu dia ada datang tau" kata Kinah.
"aku ada juga perasan dia pakai baju melayu warna biru tak salah aku.. kebetulana sama dengan kau kan" Rania memandang Syakinah.
syakinah hanya mengangguk.
"you don't feel like he is different sikit.. sebab apa tau aku kata dia ni lain.. waktu Lyna tunang tu dia ada jumpa aku tau then dia ada kata yang dia suka dengan cara pakaikan and dengan sikap aku" Kata syakinah.
Rania yang sedang bermain telefon itu terhenti seketika. Dia meletakkan telefon bimbitnya dia atas meja.. Rania memandang Syakinah dengan pandangan terkejut.
"what" kata syakinah.
"tahniah anda telah berjaya membuat dia jatuh cinta dengan anda" Ranai mengambil tangan Syakinah untuk menyalam.
"kepala hotak kau dia jatuh cinta dengan aku..." syakinah memandang tajam ke arah Rania.
"tak adalah babe aku tengok an dia tu macam suka dengan kau dowh" Rania memandang syakinah.
"memandai jerw kau an.. tak adalah... aku tak rasa di suka budak sekolah macam kita ni" Syakinah menafikan.
"wey ayat kau sama dengan si lyna tu.. okey cuba kau tengok Lyna dengan Cikgu... Mula mula Lyna pun cakap bende yang sama tapi tup tup dah nak kahwin dah pun.. apa orang kata Cinta pandanv pertama" Rania memegang tangan syakinah.
"Tapi nak ke dia terima aku dengan adik beradik aku ramai lagi banyak yang aku kene tanggung" syakinah berkata sayu.
"babe kita tak cubakan.. mana tahu ada hikmah kalau kau cuba untuk terima dia.. aku yakin dia tu baik orangnya.. tapi aku tahu lah kau pun suka dekat dia kan"Rania mengecilkan matanya.
"hish kau ni.. mana ada"syakinah menepuk bahu Rania perlahan.
"Aku bukan baru kenal kau hari ni tau aku dah kenal kau dari kita sama sama naik bangku sekolah menengah lagi tau... Dari bergaduh sampai sekarang muka kau tu memang tak pandai menipu baik kau baik si Lyna tu dua ii sama jerw muka... tak pandai menipu... Cuma Farah jerw lain sikit susah nak tahu yang dia tu pandai menipu ke tak" Rania berkata panjang.
Syakinah tersenyum juga akhirnya dia menggelengkan kepalanya.
"wey aku lapar jom, kita kuar makan" kata syakinah sambil memegang perutnya.
"tak payah tu mak aku ada masak sebelum dia pergi kerja tadi gi lah makan" kata Rania sambil menunjukkan ke arah dapur.
Syakinah segan mahu pergi ke arah dapur.
"tak payah nak segan lah.. Mak kau dah jadi bff kepada mak aku jangan risau" kata Rania.
Syakinah bangun dari bangku dan berjalan ke arah dapur. Mereka berdua makan dengan perlahan. Lauk yang di masak oleh Puan Ratna iaitu ibu kepada Rania memang ssdap.

MALAM ITU NurNazlyna duduk makan bersama keluarganya. Erra Nazirah duduk di sebelah Rizal. Ya sejak Erra nazirah berkahwin dengan Rizal.. Rizal telah berpindah ke rumah Keluarga Erra Nazirah atas permintaannya sendiri.
Mereka akan duduk di situ sampai NurNazlyna dan Azri Amsyar selamat di hijab kabulkan. Rizal tidak membantah malah dia bersetuju dengan cadangan Erra Nazirah itu.
"Dek dah fikir tarikh nak nikah ibu nak set kan dengan Datin Maznah ni" Puan Rose bertanya. Ya dia mahu membincangkan tentang hak ini juga.
"hmm tak tahu lah Ibu Cikgu cakap bulan 1 tahun depan" kata NurNazlyna.
"erh Datin Maznah pun cakao bende yang sama bulan 1 tahun depan maksudnya awal tahun lah ni?," soal Puan Rose.
NurNazlyna sekadar mengangguk.
"kalau macam tu nanti ibu set time" Puan rose tersenyum.
"suka lah ibunya dapat menantu setahun sekali" usik Encik mohammad.
Puan Rose menjeling Encik Mohammad.
"alah awak ni memang lah happy anak anak saya dah ada orang jaga" kata Puan sambil mencebirkan bibirnya.
"hmm dek kau dah pergi kursus kahwin ke?" soal Erra Nazirah.
"belum lagi aku pergo dengan Cikgu minggu depan tapi tak tahu bila" NurNazlyna berkata.
"habislah kau nanti kene buat HIV test padan muka kau" kata erra Nazirah.
NurNazlyna menjeling.
"sayang ambik kan saya tu" Rizal menepuk peha Erra Nazirah. Erra Nazirah menghulurkan kari ayam itu kepada Rizal.
Kari ayam itu bertukar tangan.
"thanks" Rizal tersenyum.
"wajib ke buat bende alah tu" soal NurNazlyna.
"WAJIB!!!" mereka berkata serentak.
Terkejut NurNazlyna di buatnya. NurNazlyna sambung makan kembali.

DI RUMAH BUJANG Azri Amsyar. Azri Amsyar sedang makan mi segera bersama Shahril. Ya lah hujung bulankan terpaksa lah makan mi segera jerw.. hihihi
"wey kau rasa an kinah tu suka dekat aku tak??" soal Shahril.
"uhuk...uhuk"tersedak Azri Amsyar dia menepuk dadanya.
"Asalkau tanya dowh?? tersedak aku di buatnya"Azri Amsyr mengambil air yang di beri oleh Shahril.
"tak adalah aku dah terfall in love dengan dia dowh.. Dia tu bagi aku seribi dalam satu" kata Shahril di memandang Mi segera yang tinggal separuh itu.
"Asal pulak kau kata dia seribu dalam satu?" soal Azri Amsyar dia menjungkitkan keningnya.
"entah aku rasa dia macam tu aku tengok cara pemakaian dia.. kau perasan tak walaupun dia ada kawan lelaki tapi kinah ni tak pernah pegang tangan laki tu..." shahril berkata sambil tersenyum bahagia.
"hmm kau dah pernah confes dekat dia??" soal Azri Amsyar.
"tak aku cuma pernah puji dia jerw waktu majlis kau tunang tu" kata Shahril.
"lepas tu dia cakap apa?" Azri Amsyar memandang shahril yang berada di hadapanya itu.
"dia cuma jawab okey jerw" kata Shahril sayu.
"hahahahahahahahaahha" Azri Amsyar mempertawakan Shahril.
"wey tolong aku wey... aku nak jadikan dia sebagai bini aku.. macam kau buat dekat student kau..." kata shahril merayu.
Azri amsyar berasa kasihan.
"hmm macam ni lah kau try lah dm dia dekat ig lepas tu kau dah dm kau ajak dia kuar makan tapi kau kene ingat sebelom kau keluar makan kau kene ambik hati mak dengan ayah dia dulu" Azri Amsyar mengajar.
Shahril hanya mengangguk sahaja.
"haah kan hah wey hari tu kau ada hantar dia balik rumah dia kan.. apa kata kau bagi alamat rumah dia dekat aku... aku ada idea macam mana nak pikat hati dia dan parents dia untuk aku" Shahril tersenyum sinis.
Azri Amsyar hanya menggeleng kepala.
"ada ada jerw lah kau ni aku nak cekik pun tak senang kata Azri Amsyar." Azri Amsyar menghantar sesuatu di dalam text dan dia mengantar kepada Shahril.
Shahril melihat text itu sambil tersenyum penuh makna.

sorry guys bab yg ni tak ada idea lhh sbb belum ada pengalam for SPM hihihihi.. Nat baru usia 16 tahun hhihihihi tahun depan baru SPM so wish me luck;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience