BAB 12

Romance Series 50179

______________________________________________________________________________________________________________________________
DI DALAM rumah aku duduk bersimpul di sebelah kakak manakala Asfa dan Aulia duduk di dalam bilik bersama Kak sue. Aku melihat ibu yang duduk bersebelahan dengan ayah, secara kebetulan semua adik beradikku sudah ada di rumah.
"yang kamu berdua duduk dekat corok tu buat apa,pergi masuk bilik sekarang" kata ayah kepadaku dan kakak.
"ha..ha.. ya...ya..yah orang nak masuk bilik lah ni"kata kakak, Aku hanya tersenyum sahaja mahu menahan ketawa.
Aku memandang angah dan abang nazuwan yang sedang ketawa ke arah kami berdua, Aku menunjukkan penumbuk ke arah mereka.
"Adik kenapa macam tu" kata ibu dan menggeleng kepala.
"okey mana tadi kita bincang" kata ayah menghiraukan keadaan tadi.
Kakak masuk ke dalam bilikku, dia belum menukar pakaian yang di pakai ketika keluar. Aku membuka tudung dan meletakkan di atas meja solek.
Aku melihat kakak berjalan ke hulur ke hilir dah macam orang mati laki jerw aku tengok, nasib lah aku tak macam tu hihihih.
"kau kenapa kak naik runsing lah aku tengok kau ke hulur ke hilir macam apa jerw" kataku sambil membuka zip kain yang ku pakai.
"tak adalah aku risau lah buatnya tetiba ayah tak minat dengan Abang Rizal macam mana?" kata kakak bernada risau. Aku hanya menggeleng kepala.
Aku membuka laci kedua untuk mengambil seluar slack dan menyarungkannya di hadapan kakak.
"erh hello sister, you've been engaged to him for 2 years kot tak akan lah ayah tak terima kot. erh come on lah kak, i know what kind of father, dia mesti nak yang terbaik untuk kita dua. sebab kita dua jerw anak perempuan dia dowh" kataku,
Aku sekadar mahu menenangkan perasaan yang ada. Sejujurnya aku pun takut sebenarnya. Tapi saja buat cover line.Aku memakai baju t.shirt lengan panjang dan duduk di atas katil.
"ya tak ya juga an aduhai napa lah aku tak fikir bende ni kadang kadang geliga juga otak kau dek" kata kakak dan duduk di sebelah ku.
"well" Aku berkata dengan penuh Riaknya.
Aku duduk baring dan bermain telefon, Aku di sebelah kiri dan kakak di sebelah kanan. Selamat katil ni kukuh lagi hihihihi.
"wey tadi kau beli apa untuk Aulia" soal kakak,
"hmm aku beli toys nana yang didi and friends tu" kataku,
"ouh aku tadi tak sempat nak bawa dia pergi taman sebab ada pergaduhan sikit, kau macam mana jumpa mak Azri tu okey tak dia dengan kau?" soal kakak
"hmm mak dia okey jerw,erh kau nak tahu tak yang Cikgu Azri tu anak Datin" kataku kepada kakak.
"wey kau biar betik serius lah?"soal kakak.
"Buat apa aku nak main main,aku mula mula tak tahu tapi sampai satu tempat tadi dekat sunway tiba tiba ada sorang perempuan ni panggil dia Datin kau rasa mahu tak terkejut beruk aku" kakak memandangku dengan biasa.
"sebenarnya aku tahu tu hahahahahaha saja tak nak bagi tahu kau" kata kakak.
"siapa bagitahu kau? macam mana kau tahu? dari siapa kau tahu" soal aku bertubi tubi.
"kau ni sabarlah dulu, dengar citer aku ni. tadi lepas kau keluar sementara aku tengan tunggu Abang Rizal kau tu, Angah ada citer dekat Aku dengan ayah. Mula mula ayah terkejut sebab takkan orang macam kita ni ada anak Datin tetiba minat pulakkan." kata kakak. Aku sekadar mengangguk.
"lepas tu ayah kata kalau dah jodoh kau dengan Azri tu awal nak buat macam mana, tapi ayah kata andai kata mak si Azri tu tak terima kau sebagai menantu or apalah an, ayah kata dia lagi rela biarkan kau jadi anak dara tu" sambung kakak lagi.
Aku memandang kakak dengan wajah terkejut. "kau ni jangan lah macam tu suka tau" kataku kepada kakak.
"HAHAHAHAHAHHAHAHA tak adalah aku main main jer" kata kakak.
"Wey kak tadi an Cikgu ada cakap dekat aku yang majlis tunang aku dengan dia nak buat sekali dengan kau, kau okey tak macam tu??" soalku.
"Aku okey jerw tak kisah tapi kita kene dengar big bos kita cakap apa ya nanti" kata kakak.
Tiba tiba pintu bilikku di ketuk dari luar. Ni mesti ibu ni aku bangun dan berjalan menuju ke arah pintu. Lalu aku membukanya.
"oi korang buat apa hah tak ajak akak sekali pun erk lepak kat sini" kata kak sue.
"masuk arh, kita orang tengah sembang sembang kosong kenapa nak join ke??" soalku dan bersandar di berlakang pintu.
"ouh ya ke, oi dek apa citer tadi gi jumpa mak mertua kau tu. ada rasa lain tak??" soal kak sue kepadaku.
Aku berjalan menuju ke katil, lalu aku duduk di birai katil. "adalah juga rasa gugup tu, tapi mak dia macam ibu dia jenis yang tak kesah" aku memandang lantai.
"hmm okey arh tu, Akak tahu kau susah hati sebab akak tahu yang dia tu anak orang kaya. Tapi dia baik akak tahu dia baik. Akak tak back up siapa siapa erk jujur akak cakap dari hati dia memang baik" kata kak sue dia memandangku.
"orang tahu. tapi tu lah perasaan tu tak ada lagi lah kak. orang rasa macam terkejut tiba tiba jer dia ajak kahwin lah bertunang bagai. Orang nak enjoy dulu, ya orang ngaku memang orang sayang dekat dia tapi kenapa dia tak nak tunggi orang habis spm ke apa ke haih" kataku dengan sayu.
"dek jodoh boleh datang bila bila masa jerw mungkin ni jodoh kau tak boleh lah nak nafikan pekara yang sebenar dek takdir Allah kau tak boleh nak tolak," kakak menyampuk.
"hmm betul apa yang erra cakap tu. Dek, adik boleh jerw bercinta selepas kahwin, mungkin dia taknak buat dosa kita tak tahu. ada hikmahnya setiap apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya juga." kaksue memberiku semangat.
"hah ye lah, orang cuba" kataku.

SETELAH SELESAI Azri Amsyar berbincang dengan ahli keluarga NurNazlyna dan Erra Nazirah dia ingin pulang ke rumah, Rizal pun begitu dia ingin pulang. Tidak dinafikan cadangan Azri Amsyar di terima oleh Encik Mohammad, Nazuwan,Nazrim dan Puan Rose.
Majlis pertunangan Azri Amsyar dan NurNazlyna di satukan dengan Majlis bersanding Rizal dan Erra Nazirah. Puan Rose berasa teruja kerana dia akan mendapat menantu.
"Pakcik saya nak balik dululah" kata Rizal ingin menyalam tangan Encik Mohammad
"erh tunggu lah sekali makan malam dekat sini, Azri kamu pun makan malam dekat sini lah jangan malu malu kejap lagi kita solat berjemaah ya. Antara kamu berdua kene jadi imam pakcik nak uji korang berdua" kata Encik Mohammad.
Dia sengaja mahu menguji kesabaran mereka berdua kerana ya lah tidak lama lagi kedua anak perempuannya sudah mahu bertukar tanggungjawab. Dia mahu memberi tanggungjawab yang besar kepada mereka berdua.
"baik pakcik saya okey jerw makan dekat sini lagipun saya tidak ada kerja penting sekejap lagi" kata Azri Amsyar dengan sopan.
"Baguslah kalau begitu, hah Rose masakkan untuk tetamu hari ni kita makan ramai ramai hari ni ya" ayah berkata kepada ibu.
"baik bang,mak cik pergi dapur dulu ya, kamu berdua makanlah Nazuwan,Nazrim bagi dia orang minum" kata Puan Rose kepada nazuwan dan Nazrim.
"bro minum bro" kata Nazuwan.
"hah ya ya" Rizal mengambil cawan di atas meja dan minum dengan perlahan manakala Azri Amsyar mengambil kuih di atas meja dan makan dengan perlahan.
"Bro kau meroko tak??" soal nazuwan kepada Azri Amsyar
"tak bang" kata Azri Amsyar.
"ouh bagus bagus, memang kene lah dengan dak dek" kata Nazrim.
Azri Amsyar hanya tersenyum.
"HAHAHAHAHA ya dowh" Nazuwan menyampuk.
"apa-apa sahaja lah kamu berdua ni. berani kamu merokok jangan harap dapat masuk ke rumah ya" Encik Mohammad berkata. Dia sengaja mengusik mereka berdua, dia tahu bahawa mereka berdua tidak merokok.
"Kamu Rizal buat lah macam rumah sendiri macam tak biasa pulak kamu ni, nak dekat 2 tahun kamu bertunang dengan Erra tapi masih malu malu lagi, kalau Azri ni pakcik faham lah lagi." kata Encik Mohammad dengan nada mengusik.
Rizal tidak ambik hati kerana dia tahu bakal ayah mertuanya itu macam mana, dia kenal ayah mertuanya itu.
"mana ada saya malu pakcik, cuma segan jerw hihihi" Rizal bergurau
Encik Mohammad hanya menggeleng kepala sahaja melihat mereka bersembang dia tidak mahu mengambil pusing tentang hal itu.
"dah lah ayah nak baring sekejap" kata Encik Mohammad. Encik Mohammad bangun dan berjalan menuju ke bilik dia dan Puan Rose.
Puan Rose berjalan menuju ke bilik anak daranya itu. Dia ingin meminta tolong dia masak.
tok..tok..tok
Erra Nazirah membuka pintu kain tuala di pakai di kepala.
"kenapa ibu??" soal Erra Nazirah.
"jom tolong ibu masak, sue jom tolong ibu masak semua sekali jom ke dapur tolong ibu masak" Puan Rose mencekak pinggangnya.
"hah jom lah" NurNazlyna mahu keluar tetapi di tahan oleh Puan Rose.
"Adik tudung mana pakai tudung tu Azri dengan Rizal tak balik lagi, ayah nak solat jemaah sekejap lagi dengan dia orang" tegur Puan Rose.
"Ouh lupa lah hihihihi" Nurnazlyna menutup mulutnya.
NurNazlyna keluar dari bilik dan menuju ke dapur, dia melihat Azri Amsyar yang sedang berbual bersama abang abangnya itu "aku rasa tak salah aku pilih jodoh" kata Lyna perlahan dan tersenyum.Dia menyambung menolong ibunya masak,
Aulia dan Asfa sedang ralit bermain di dalam utama iaitu bilik solay mereka 1 family bilik itu tidaklah besar tetapi muat lah juga untuk mereka satu family nurnazlyna solat berjemaah di bilik jikalau ramai sangat mungkin mereka akan solat di ruangtamu sahaja, NurNazlyna membantu Puan Rose di dapur.
NurNazlyna bergelak ketawa bersama dengan kakak Kakaknya, dalam pada masa yang sama Azri Amsyar memandang gelagat NurNazlyna yang berada di dapur. Sungguh dia sudah jatuh cinta dengan NurNazlyna,
"kau pandang apa bro?" Nazrim berbisik dengan Azri Amsyar, Azri Amsyar hanya tersenyum melihat bakal abang iparnya itu.
"tak ada apa aku suka tengok adik kau senyum" kata Azri Amsyar.
"hish kau ni angau sangat dengan adik aku tu.. tapi kau kene ingat aku sayang sangat dekat adik aku tu...Walaupun perangai dia tu kadang kadang keras kepala tapi hati dia tu hati tisu kau tahu..." bisik Nazrim.
"ouh ya ke" soal Azri Amsyar dengan wajah tidak percaya.
"ya jom aku cerita dekat kau, kita sembang dekat luar" nazrim mengajak Azri Amsyar berbual di luar manakala nazuwan dan Rizal sedang rancak berbual pasal bola.
Di luar rumah Azri Amsyar berdiri di palang besi, Nazrim pula bersandar sambil meletakkan tangannya di palang besi itu.
"meh aku cerita dekat kau, adik aku tu macam macam masalah yang dia hadap tau.. dulu sebenarnya keluarga kami tak macam sekarang ni bahagia,happy,mesra apa semua. keluarga kami jadi macam ni selepas arwah along, abang aku meninggal. Aku cakap dekat kau erk kelemahan Lyna adik aku tu jangan sesekali tanya dia kenapa arwah meninggal tau." cerita Nazrim.
"tapi adik kau kata along kau meninggal sebab exident" kata Azri Amsyar.
"ya memang arwah meninggal sebab exident tapi... Lyna memang tidak rapat dengan Arwah sebab Arwah ni selalu buat masalah dalam keluarga ni. Aku bukan nak buka aib arwah tetapi memandangkan kau nak jadi bakal adik ipar aku, aku cerita jugak lah ya hmm" Nazrim menepuk nepuk bahu Azri Amsyar dengan perlahan.
Azri Amsyar hanya balas dengan senyuman.
"Arwah adalah bekas penjenayah, dia adalah penagih dadah, dia selalu mengisap di dalam bilik Lyna. Setiap hari Lyna balik sekolah dia mesti ada dalam bilik , dia melawan cakap ayah aku dia ambik duit tabung dalam rumah ni lepas tu dia selalu menyelongkar dalam bilik Lyna dengan Erra.Lyna sampai satu tahap Lyna cuba nak lari rumah sebab mungkin dia dah tak tahan dengan keluarga ni.Tapi kami dapat tangkap dia nak lari rumah, kami jumpa dia di bus stop depan sekolah dengan beg dia.
Orang yang boleh pujuk dia untuk balik pada waktu tu hanya seorang jerw iaitu my lovely wife bro... dia lah yang pujuk adik aku tu suruh balik. lepas beberapa hari dia balik dia pergi sekolah macam biasa apa semua... waktu dia balik dari sekolah dia terdengar bunyi bising dekat rumah,lepas tu dia ternampak arwah tengah mengacukan pisau dekat ayah aku. waktu tu dia jerit nasib jiran sebelah aku ada..lepas dia jerit along aku pun lari nasib ayah aku tak ada apa apa time tu. Jiran sebelah rumah call ibu aku waktu tu ibu aku kerja semua orang tengah kerja, anak anak aku pula sekolah time tu." cerita Nazrim dengan sayu.
Sungguh dia tidak sangka bahawa adik yang dia sayang selama ini akan menjadi isteri orang.
"ouh lepas tu abang kau exident siapa yang langgar??" soal Azri Amsyar.
"selepas sahaja kejadian tu dia tak balik rumah, sampai satu hari aku dapat panggilan dari pihak polis yang menyatakan arwah meninggal sebab kemalangan jalan raya dia seret dengan traller" kata Nazrim.
"apa jadi dengan Lyna??" soal Azri Amsyar. Dia berasa sedih apabila mendengar apa yang Nazrim cerita kepadanya.
"dia dapat penyakit depression, sebab akan trauma dengan apa yang jadi waktu itu. Kami satu keluarga bawa dia pergi berubat secara kampung dan moden, mula mula tak jalan tapi ada satu hari tu aku bawa dia jumpa ustazah nama ustazah tu Badriah ya Badriah. Dia lah yang ubatkan adik aku sampai dia pulih dia bagi kata kata semangat dia mengajar adik aku solat tentang ilmu agama. Ramai kata Lyna tak pergi sekolah sebab Arwah meninggal tapi sebenarnya tidak sama sekali. Dia cuma trauma dengan apa yang jadi, ustazah tu kata yang Lyna ni kene kuat semangat kita kene selalu bercakap dengan dia" kata Nazrim.
Azri Amsyar hanya memandang lantai dengan pandangan yang kosong, cerita NurNazlyna dan dia tidak jauh beza cuma bezanya adalah dia kehilangan ayahnya manakala NurNazlyna kehilangan abang sulongnya.
"tapi Naz adik kau cakap along kau exident time umur dia masih kecil" soal Azri Amsyar dengan rasa curiga.
"kalau kau tanya dia, dia memang cakap macam tu tapi Along tu baru meninggal 1 tahun yang lepas, bagi Lyna dia tak mahu kenal siapa Mohd Nazri yang sebenar. Dia tu hati hati sikit jenis dia kalau dia dah kata benci dia akan benci seumur hidup dia" kata Nazrim. Nazrim tersenyum mengenangkan apa yang jadi pada adik bongsunya itu.. sungguh kuat hati adiknya itu.
"korang kembar ke?nama nak dekat sama dowh" soal Azri Amsyar.
"haah kita orang kembar, tak seiras" kata Nazrim.
"ouh macam tu hmm takper lah, thanks bro sebab kau, aku tahu cerita pasal Lyna." Azri Amsyar berjabat tangan dengan Nazrim.
"oi ngah apa kau cerita arh pasal aku dekat cikgu" NurNazlyna menyampuk.
"mana ada apa apa, aku cerita waktu kau kecik kecik dulu dulu." kata Nazrim sambil menggosok kepala Nazlyna beralaskan tudung bawalnya
"apa-apa saja lah kau ngah dah jom ibu panggil makan" kata Lyna dan ingin berlalu.
"erh erh kau ni buah hati pengarang jantung ni tak nak ajak makan ke biau dia kebulur" Nazrim hanya sekadr mahu mengusik.
"hish cikgu sekali lah jom masuk makan" kata Lyna segan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Mereka masuk ke dalam rumah dan duduk dia atas lantai. NurNazlyna pergi ke dapur mahu menolong Puan Rose membuat hidangan.
Mi goreng, ayam goreng, telur mata kerbau dan air sirap sudah terhidang di depan mata. Merekan makan beramai ramai. NurNazlyna duduk di sebalah Erra Nazirah manakala Rizal dan Azri Amsyar duduk di hadapan mereka berdua. Sufia duduk bersebelahan dengan mohd Nazrim . Nazuwan, Puan Rose dan Encik Mohammad duduk di sebelah Aulia dan Asfa.
"okey azri baca doa" kata Encik Mohammad
Azri Amsyar menadah tangan dan membacakan doa makan untuk mereka semua NurNazlyna hanya menunduk memandang mi goreng di dalam pinggan. Semua mengaminkan doa yang di baca oleh Azri Amsyar seketika tadi.
"Azri, Rizal makan jangan malu malu erk macam ni lah kami sekeluarga makan. dekat bawah jerw" kata Encik Mohammad.
"tak apa lah Pakcik saya okey jerw" balas Rizal.
Azri Amsyar hanya tersenyum ke arah Encik Mohammad.
Mereka semua makan dengan berselera. Azri Amsyar memandang ke arah Lyna yang sedang di usik oleh Nazuwan. Perasaan dia semakin suka dan sayang. 'Ya allah sungguh cantik ciptaan mu ini,' doa Azri Amsyar di dalam hati.

SESUDAH SELESAI menjamu selera aku, kakak dan kak sue menolong ibu mengemas, kak sue dan kakak membasuh pinggan aku dan ibu kemas di hadapan tempat di mana kami makan tadi. Manakala bagi yang lelaki semua sekali mengemas di dalam bilik solat membentangkan sejadah.
selesai sahaja mengemas di hadapan aku memandikan Aulia dan Asfa. Siap sahaja aku memandikan mereka berdua aku memakaikan baju Asfa dan aulia pakai baju sendiri.
Aku berjalan masuk ke dalam bilik untuk menanggalkan make up hihihi. Aku menggosok muka dengan perlahan dan lembut, Aku mengambil kain tuala berserta kan baju kurung untuk di pakai dan masuk ke dalam bilik mandi.
Setelah selesai mandi, aku memakai tudung sarung berwarna hitam dan keluar dari bilik, tiba tiba Cikgu Azri berada di hadapanku. Aku menjadi segan,
"hmm.. a...a...a... ayah su..su..ruh... mi..min...mintak sejadah dekat awak" Cikgu Azri bekata gagap. Sungguh aku terhibur, aku nak gelak tapi kesian dekat dia..
"dah kenapa cikgu gagap aduhai.. kejap saya pergi ambil" aku masuk kembali di dalam bilik sambil menggeleng kepala.
Aku mengambil sejadah yang berada di penyidai, dan memberikan kepada Cikgu Azri.
"ni sejadahnya" kataku sambil menghulurkan sejdah kepada dia.
"hah okey terima kasih sayang." Kata Cikgu Azri dan berlalu pergi.
Aku terpukau dengan kata kata Cikgu Azri dia panggil aku sayang wey siapa jerw yang tak happy cikgu hot dekat sekolah. panggil aku sayang fuh ni kalau haters aku dengar ni mahu jadi berok.
"oi berangan "sergah kakak.
"ma..ma..mana ada.. a..a..a..aku tengok ni pintu ni ha hish dah nak rosak lah aduhai kene bagitahu ayah ni." aku berdalih
"ya lah tu aku bukannya baru kenal kau tadi tau.. aku kenal dah lama dah fikir aku tak tahu aduhai kau ni agak agak lah.. kot nak berangan pun tu ayah dah tunggu tu dekat bilik depan pergi ambil wuduk cepat kau ni" kata kakak dan menggeleng kepala.
Aku hanya tersimpul malu, dan pergi masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.
Aku masuk ke bilik kembali untuk mengambil terlekung dan memakainya, selesai pakai terlekung aku berjalan menuju ke bilik solat. Cikgu Azri sudah pun duduk baris hadapan. Abang Rizal dan abang duduk dia baris kedua, ayah,asfa dan angah duduk dia baris hadapan.
"Rizal tukar kamu duduk sebelah pakcik bagi Asfa duduk sebelah Nazuwan" kata ayah.
"baik pakcik" balas Abang Rizal.
"Adik duduk dengan pakbesar erk" angah berkata lembut.
Asfa sekadar menurut. Dia duduk di sebelah abang, aku melihat cikgu Azri yang menjadi imam. aku hanya tersenyum ke arahnya.
"okey Azri Azan, nanti Rizal iqamat" kata ayah.
'hish dah kenapa dengan aku ni menggigil semacam ayah suruh Cikgu yang Azan aku pulak yang takut ni kenapa.. aduhai Lyna' aku menarik nafas sedalam dalam mungkin lalu menghembuskan dengan perlahan.
pandanganku terhadap cikgu Azri tak beralih aku terpana apabila mendengar Azan Cikgu Azri
Sungguh syahdu mendengan laungan azan dari Cikgu Azri, aku amat kagum dengan Cikgu Azri haih boleh tak kalau aku kata nak kawin sekarang haih boleh angau aku bila dengar laungan azan cikgu Azri ni.. Cikgu Azri senyum memandangku dia kembali duduk di tempatnya.
"okey Rizal iqamat" ayah memberi arahan kepada abang Rizal..
Abang Rizal menurut dia iqamat di hadapan semua orang. Aku memandang kakak yang berada di sebelahku. Dia hanya tersenyum, aku berasa bersyukur apa atas apa yang jadi hari ni.
Kami sekeluarga solat dengan penuh kusyuk, sungguh merdu bacaan bacaan yang di baca oleh Cikgu Azri. Aku berasa ingin mendengarnya lagi, tidak cukup dengan itu dia membacakan surah Al baqarah ayat 1-5 aku hanya mendengar sahaja.
Habis sahaja kami bersolat aku sekeluarga bersalaman, Kak sue bersalaman dengan ibu kakak besalaman dengan aku kami berdua berpelukkan. Tidak ku sangka kakak yang ku selalu aku cari gaduh selama ini akan menamatkan zaman bujangnya, aku bersyukur kerana melihat senyuman yang terukir di bibir kakak.
Aku bersalam dengan ibu dan mencium pipi ibu, Abang dan angah menurut apa yang aku buat. Akhir sekali aku bersalam dengan ayah, ayah mencium dahiku. kami sekeluarga berasa bahagi satu perasaan yang sudah lama tidak merasa iaitu kebahagiaan.
Ya allah kau kekalkanlah rasa bahagia ini. Aku melihat ibu yang bersalaman dengan ayah, ayah mencium dahi ibu kami masing masing hanya tersenyum bahagia begitu juga dengan angah dan kak sue. Aku hanya memandang Cikgu Azri.
"haih kalau macam ni lah gayanya orang pun nak kahwin jugak lah" kata abang.
"Hah cepat cepat lah cari jodoh, adik kamu yang muda tu pon dah dapat jodohnya." kata ayah.
Aku dan Cikgu Azri hanya tersipu malu.
"Adik bukan dia yang cari jodoh, jodoh dia yang cari dia... tahu tahu dah nak tunang tak padan dengam umur" kata abang menjelingku.
Aku memandang Cikgu Azri, dia hanya tersenyum sumbing. Aku menggaru tengkuk di dalam terlekung.
"Banyak lah kau wan, kau jerw yang malas nak cari jodoh." Angah mengusik.
"Si gemok ni tak laku ngah" kakak menyambung usikan angah.
Kami sekeluarga gelak, masing masing terhibur dengan usikan kakak.
"aku sokong kau kak. Abang memang tak laku kalau dia laku sekarang ni dah ramai makwe nak dekat dia au" kataku mengusik abang.
"ewah ewah gelak sakan kau erk dek kau sini kau, amboi kau nak kene ni kau tunggu jap" Abang mengangkat kain pelekatnya dan mengejarku. Aku menyorok di berlakang ibu, dan menjelirkan lidah kepada dia.
"erh erh sudah sudah lah tu kamu semua ni kalau tak mengusik tak sah, kau ni wan dah tua tua pun naj main aci ligan lagi. bergegar flat" Ayah memarahi Abang.
Aku menunjukkan ibu jari kepada abang dan menjelirkan lidah, dia memandang aku.
"Erh adik sudah lah tu malu dekat Azri tengok tu haih lah." kata ibu sambil menunjukan di mana Cikgu Azri berada.
Aku hanya menggosok tengkuk. Abang menunjukkan ibu jarinya kepadaku. Aku ingin mengejarnya tetapi di halang oleh ibu.
"sudah sudah.." kata ibu. aku hanya berdiri tegak.
"maaf lah Azri, rizal mereka ni memang macam ni kalau jumpa jerw sakat bukan main lagi. Tapi kalau masing masing tak ada pergi kerja pakcik tengok muka makcik kau, makcik kau tengok pakcik tunggu lah sampai masing masing balik kerja," Ayah memohon maaf.
"tak ada apalah pakcik saya okey jerw tak ada apa masalah, lama lama saya kene biasa juga nanti.Lagi pun saya tak pernah dapat suasana yang macam ni happy, riang ,ria. saya okey bak kata orang boleh ngam" kata Cikgu Azri.
"ouh kamu ni anak tunggal ke azri??" soal ayah Aku hanya duduk bersimpul di tempat asal.
"haah saya anak tunggal. Ayah saya dah lama meninggal saya duduk dengan mak jer" kata Cikgu Azri dia memandangku dan tersenyum aku membalas senyumannya.
"ouh tak apalah anggap sahaja kita orang ni keluarga ya Azri" kata Ayah.
"hah baik pakcik" balas cikgu Azri.
Kami sekeluarga duduk kembali dan mendengar taskirah daripada ayah tentang hal rumah tangga. Aku bersyukur kerana memiliki keluarga yang aku idamkan selama ini tercapai.
Tetapi kebahagiaan tidak semestinya akan kekalkan?? hmm apa yang kita perlu buat hanya selalu berdoa pada yang maha esa.
"Adik termenung apa dengar tak ayah cakap ni" kata ayah.
"de..de..dengar ayah" kataku gagap.
Aku melihat ayah hanya menggeleng kepala memlihatku. Aku hanya tersenyum.
"jom lah kita solat isyak pula, dah nak lewat malm ni. Yang mana air sembahyang dah batal tu pergi lah ambik balik ya" kat ayah.
Kami semua keluar dari bilik solat, aku masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil sementara menunggu orang solat.
Haih macam macam dugaan yang aku hadap hari ni, patut ke aku teruskan. Tiba tiba pintu bilik aku terkuak sedikit.Aulia masuk ke dalam bilikku dan duduk di sebelahku.
"nak apa sayang?" soalku dan membetulkan terlekung yang Aulia pakai. Senget benget dah rambut terkeluar.
"betul ke Acu tak belikan kakak mainan" soal Aulia.
Aku sekadar tersenyum melihat dia.
"Nanti lepas solat erk. mintak dekat uncle jom kita keluar" kataku.
Aku masuk ke bilik solat dan duduk di sebelah Kak sue. Aku memandang kak sue dengan pandangan yanv pelik.
"kenapa kak??" soal ku
"tak ada apa saja pandang" kata kak sue
"okey kali ni Rizal pulak jadi imam okey" kata ayah aku memandang Abang Rizal yang hanya menunduk pandang bawah.
Selepas itu aku memandang kakak yang sedang melihat Abang Rizal. Aku berdiri mengangkat takbir.


SELESAI SAHAJA solat berjemaah,NurNazlyna masuk ke dalam bilik tidurnya untuk memakai tudung begitu juga yang lain, Nur Nazlyna keluar dari bilik dan duduk di sebelah Puan Rose.
Aulia berjalan pergi dekat Azri Amsyar. NurNazlyna hanya menggeleng kepala melihatnya.
"uncle acu kata dekat uncle ada main kakak mana??" soal aulia.
Azri Amysar memandang NurNazlyna yang sedang minum air itu, dia hanya menggeleng kepala 'pandai budak ni petik nama aku ya' NurNazlyna membalas pandangan Azri Amsyar dengan senyuman.
"ouh mainan ada lah acu beli kan dekat dalam bilik acu saja jerw usik kakak" ErraNazirah menyampuk. Dia duduk di sebelah Rizal.
"betul ke ni??" soal Aulia teruja.
"pergi lah ambik dalam bilik ajak adik sekali" kata Lyna
"Adik!!! jom" jerit Aulia dengan keterujaan.
"hey jangan jerit dah malam" Encik Mohammad menegur Aulia dan menggeleng kepala.
NurNazlyna hanya tersenyum dia melentokkan bahunya di bahu kanan Puan Rose. Puan Rose hanya menggeleng kepala.
"hish adik ni tak malu orang tengok" Kata puan Rose.
"tak" NurNazlyna mencium pipi kanan puan Rose. Puan Rose hanya menggeleng kepla melihat telatah anak bongsunya itu.
"Azri jangan layan si Lyna ni, dia ni kalau datang angin gedik dia memang macam. Tapi kalau datang Angin Monsun dia satu flat ni boleh terbalik tau" usik Erra Nazirah. NurNazlyna memandang Erra Nazirah dengan pandangan tajam.
"biarlah kau kenapa jealous" NurNazlyna menjelirkan lidahnya. Azri Amysar hanya tersenyum memandang gelagat bidadari dia.
"hish budak budak ni aku sekeh pulak kang sudah lah tu dua dua sama jerw perangai" kata Nazrim yang duduk di sebelah Sufia.
"hmm Azri, pasal majlis nikah erra dengan Rizal pakcik tak kesah dia orang dah sattle semuanya, tentabg majlis kamu ni macam mana?.. merisik pun belom lagi ni"soal Puan Rose
"Tidak mengapa pakcik minggu depan saya akan bawa mak saya untuk merisik" kata Azri.
"HAH!!" kata mereka semua serentak.
"mi..mi..minggu depan cik..cik..cikgu" tiba nurnazlyna berasan tekaknya kering air liurnya pun sudah kering. mana tidak kering dari tadi dia rasa gementar sahaja dengan Azri Amsyar.
"tak macam terlalu cepat sangat ke wey??" soal nazuwan yang duduk di sebelah ayah.Azri amsyar tersipu malu.
"erh apa yang cepatnya bende yang elok tak elok nak tangguh tangguhkan, Pakcik bukan apa Azri persiapan pun belum mula lagi" kata Encik Mohammad.
"tak mengapa pakcik waktu merisik tu nanti tak perlu meriah hanya family saya dan family sebalah Nazlyna sahaja yang ada" kata Azri.
"kalau macam tu baiklah pakcik setuju cadangan kamu. Majlis pertunangan tu nanti dia buat dengan majlis bersanding erra dengan Rizal. lepas tu merisik akan buat minggu depan?" soal Encik Mohammad.
"hah ya pakcik macam tu lah cadangan yang saya nak buat, tapi itu itu pun kalau erra dengan Rizal tidak ada masalah lah" kata azri.
"erh kami okey bro, kan sayang??" soal Rizal Erra Nazirah sekadar mengangguk tanda setuju.
"ceh sayang kembang bulu ketiak aku ni Rizal geli aku" Nazuwan mengusik.
Mereka sekeluarga bergelak ketawa sampai larut malam. Jam sudah menunjukkam pukul 10 malam.
"hmm pakcik saya balik dulu lah" kata Rizal meminta diri untuk pulang.
"kalau macam tu saya pun sama lah ya pakcik" Azri Amsyar meminta diri juga. Azri Amsyar memandang NurNazlyna yang sedang melayan Aulia dan Asfa.
"hah ye lah sekejap Rose bungkus mi goreng yang awak masak tadi bagi budak berdua ni" kata Encik Mohammad.
"erh tak apa pakcik" kata Azri Amsyar segan.
"tak apalah lagi pun banyak sangat makcik masak belum tentu habis" Encik mohammad bangun dan berjalan menuju ke pintu.
"Adik, Kakak ni rizal dengan Azri nak balik kamu tak nak tengok ke dia orang buat kali terakhir mana tahu malam nanti boleh rindu ke" Encik mohammad mengusik kedua anak perempuannya. Encik Mohammad masuk kembali di dalam rumah dan duduk di kerusi untuk memberi peluang kepada kedua anak perempuanya itu.
NurNazlyna hanya memandang sepi Erra Nazirah yang sedang ralit bermain dengan Aulia itu bangun dan berjalan menuju ke arah Rizal.NurNazlyna juga bangun dan membawa Asfa bersamanya.
"acu nak dukung" kata Asfa. Nurnazlyna membongkokkan dirinya dan mendukung Asfa.
"Cikgu nak balik dah??" soal NurNazlyna. Azri Amsyar hanya tersenyum.
"ye lah sayang tak saya nak tidur sini pula mana boleh tak halal lagi" kata Azri Amsyat selamba.
NurNazlyna berasa membahang. Pipinya sudah merah kerana malu.
"erh pipi merah merah tu kenapa kau dek" soal Erra Nazirah.
"hish kau ni diam arh gi sembang dengan abang rizal dekat sana haih" kata Lyna.
Azri Amsyar hanya tersenyum melihat gelagat NurNazlyna yang sedang mendukung Asfa. Dia suka melihat NurNazlyna mendukung budak budak.
"ni hah makcik bagi mi ambik lah" kata Puan Rose yang berada di berlakang NurNazlyna.
"terima kasih mak cik." kata Azri Amsyar.
"terima kasih makcik" kata Rizal pula.
Azri dan Rizal menyalam tangan tua Puan Rose.
"hah ye lah makcik masuk dulu lah ya" kata Puan rose
Puan Rose masuk dan duduk di sebelah Encik mohammad. Mereka menonton television.
"cikgu balik mana rumah mak ke rumah cikgu" soal NurNazlyna.
"Rumah saya lah esok baru saya balik rumah mak untuk bincang pasal merisik." kata Azri Amsyar.
NurNazlyna hanya mengangguk tanda setuju.
"ouh ya esok saya keluar tau dengan Fariq, Faruq, Farah, Rania dengan syakinah kita orang nak pergi joging esok tapi tak tahu jadi ke tak" kata NurNazlyna.
Azri Amsyat hanya mengangguk. "Awak jangan nak rapat sangat dengan Faruq erk" kata Azri Amsyar.
Nurnazlyna menggeleng kepala aduhai cemburu buta sangat lah cikgu ni bisik lyna dalam hati.
"cikgu jangan nak mula erk saya dengan Faruq tu cuma kawan tak lebih dari tu pun." kata NurNazlyna.
"uncle nanti bawa Asfa pergi jalan jalan lagi erk macam tadi" kata Asfa. Dia sudah bosan melihat pertelingkahan Azri dengan NurNazlyna.
"okey sayang"kata Azri Amsyar dia tersenyum melihat asfa.
"Aulia pun nak ikut mana aci asyik bawa adik sahaja" kata Aulis di berlakang NurNazlyna.
"ya ya nanti kalau uncle dengan acu free uncle bawa ya" kata Azri Amsyar.
NurNazlyna memandang ke arah Erra Nazirah ydan Rizal mereka sedang ralit bersembang sekejap ketawa sekejap bercuit cuit. Geli hati NurNazlyna melihatnya.
"sayang nak macam tu juga ke??" soal Azri amsyar yang sudah perasan akan termenung nurnazlyna.
"hish taknak lah saya dah lah cikgu kata tadi nak balik ni duduk dekat sini lagi buat apa" kata NurNazlyna.
"halau erk tak apa" Azri amsyar masukkan tangan sebelah kirinya ke dalam poket sambil memandang ke atas tanda merajuk dia.
"hish cikgu ni tak malu ke Asfa tengok" kata NurNazlyna.
"kita geng kan uncle" kata Asfa kepada Azri Amsyar
"yeah give me five" Azri Amsyar bertepuk tanganya dengan Asfa
Nur Nazlyna hanya menggeleng kepala melihat telatah mereka berdua.
"okey lah saya nak bye sayang. Pakcik makcik saya balik dulu ya" kata Azri Amsyar meminta diri.
"hah ye lah hati hati bawa kereta azri" kata encik mohammad. Azri Amsyar mengangguk.
"Adik salam uncle" kata Lyna. Asfa menyalam tangan Azri Amsyar NurNazlyna ke depan sedikit supaya dapat Asfa menyalam tangan azri Amsyar.
"bye Asfa. bye bidadari saya assalamualaikum" Azri Amsyar berlalu meninggalkan NurNazlyna dan Asfa.
NurNazlyna menarik nafas lega,
setelah berbeberapa saat Azri Amsyar meninggalkan NurNzlyna. Rizal pula meminta diri untuk pulang dia.
Erra Nazira dan NurNazlyna masuk ke dalam rumah. Nur Nazlyna menurunkan Asfa di sebelah Aulia. Dia berjalan masuk ke dalam biliknya.
NurNazlyna membuka tudungnya dan merebahkan badanya dia baring berbntuk bintang di atas katil bersaiz queen itu. Sunggu dia sudah tidak mampu untuk menipu dirinya lagi, dia betul betul sudah fall in love dengan azri Amsyar.
Tiba tiba telefon NurNazlyna berdering menandakan Ada chat masuk. Dia membuka aplikasi whatsAapp itu, dia membaca group mereka berempat.
THE MEON'S
KINAHSENGAL: wey korang jadi tak joging esok,
typing...
FARAHBEBAL: jadi lah apa yang kita rancang tak pernah tak jadi ya anak anak.
typing
RANIABONGOK: erh Lyna kau jadi tak joging esok.
Nurnazlyna hanya tersenyum membaca whatsapp group itu.
ME:Jadi lah aku nak ada hal nak cakap dengan korang esok pukul 7 make sure semua ada dekat taman tasik okey.
typing...
KINAHSENGAL: hah okey set aku nak gi iron tudung esok tak ada lah gopoh gopoh sangat.
typing
RANIABONGOK: orite babe.
typing...
FARAHBEBAL: aku rasa aku tahu kau nak cakap apa ni... Faruq ada cerita dekat aku tadi and kami semua pun nak cakap sesuatu dekat kau tapi esok lah
NurNazlyna terdiam, jangan jangan Farah dah tahu apa yang jadi tak aduhai.harap dia orang tak marah lah..
FARAHBEBAL: its okey lyna. aku tak nak bukak rasia tu aku nak dengat darj mulut kau sendri.
typing...
KINAHSENGAL: apabende ni aku tak tahu apa apa pon
KINAHSENGAL:ouh okey aku dah faham tak apa kita binca g esok ya lyna. okey bye aslam.
ME: WAALAIKUMMUSSALAM.
NurNazlyna meletakkan telefon bimbitnya di sebeleh kanannya.
NurNazlyna memandang syiling biliknya, dia berasa takut untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada kawan kawan dia.
Hanya sekelip mata, mata NurNazlyna terlelap dan dia tertidur. Dengan memeluk patung we bare bare.
NurNazlyna berdiri di sebuah taman yang cantik dia dan penuh dengan flora dan fauna, dia duduk di atas buayan yang di ikat dengan pokok yang tinggi.
NurNazlyna memakai baju serba putih, dia mengayunkan buayan itu dengan penuh lemah longlai dan perlahan. Mata Nur Nazlyna tertancap pada sepasang kanak kanak yang sungguh comel. Seorang budak lelaki datang dekat dengannya dan memberikan sebuah bunga Rose yang berwarna merah hati. Manakala budak perempuan itu menarik tangan Nurnazlyna untuk mengikutnya ke suatu tempat yang mana nurnazlyna tidak pasti di mana dia mahu membawa dirinya itu.
Di depan mata NurNazlyna terdapat sebuah taman bunga penuh dengan pelbagai bunga yang cantik di dalah hati Nurnazlyna bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Budak perempuan itu memandang ke arah NurNazlyna sambil tangannya menunjukkan suatu tempat dimana ada seorang bayi perempuan yang comel dan cantik. Bayi itu berada di dalam sebuah bakul rotan dihiasi dengan bunga bunga. NurNazlyna melihat Bayi itu dan tersenyum kerana melihat bayi itu kulit putih bayi itu sungguh cantik .
NurNazlyna ralit bermain dengan bayi dan kanak kanak itu. NurNazlyna bermain lari lari dengan kanak kanak itu. Nurnzlyna menggeletek kanak kanak perempuan manakala sebelah tangan kanannya pula menggeletek kanak lelaki. Dia berasa gembira bermain dengan mereka.
Namun kanak kanak perempuan dan lelaki itu menyalam tangan Nurnazlyna mereka berdua berjalan meninggalkan NurNazlyna budak perempuam itu senyum ke arah nurnazlyna dan melambaikam tangan keciknya.
Bayi yang berada di sebelah Nurnazlyna menangis. NurNazlyna memandang ke arah bayi itu. Dia menepuk bayi itu dengan penuh kasih sayang. Namun itu cuma seketika. Tiba tiba Ada tangan yang menghulurkan bantuan kepada NurNazlyna. NurNazlyna memandang muka lelaki itu tetapu ia hanya samar sahaja dia tidak nampak muka lelaki itu.
NurNazlyna menyambut tangan lelaki itu sambil memegang bayi perempuan itu tadi. Dia mengikut jejak langkah lelaki namun di manakah silapnya. Dia dan bayi itu tersadung jatuh jejaka itu hanya pergi meninggalkanya tanpa memandang ke arah berlakang. NurNazlyna mahu menangis di situ juga, Pada seketika waktu datang seorang pemuda dia menghulurkan tangannya kepada Nazlyna. NurNazlyna berasa takut dia melihat wajah permuda itu dengan tenang.
Alangkah terkejutnya dia melihat wajah itu.. ya dia merupa Azri Amsyar. NurNazlyna menyanbut tangan Azri Amsyar, dia melihat senyuma Azri amsyar yang tak lekang dari bibir. Dia mahu menagis kerana bersyukur melihat Azri Amsyar memilin tangannya.
Dia melihat di berlakang Azri Amsyar terdapat Sepasang kanak kanak yang sedang bermain dengannya tadi. Azri Amsyar menarik NurNazlyna di dakapan.
"i love you bidadari" kata Azri Amsyar dan mengucup dahi nurnazlyna.
"I LOVE YOU MORE!!!" jerit NurNazlyna tersedu sedan menangis.

"OI!!!" JERIT Erra nazirah. Apabila melihat NurNazlyna yang tidur sambil memeluk bantal peluknya.
NurNazlyna terjaga dari lenanya. Dia berasa Azri Amsyar berada dekat dengannya.
"kak kenapa mana Cik... cik.. cikgu ta.. ta..tadi dia ada tadi" kata NurNazlyna dengan bendulnya.
"sah lah kau ni memang gila agaknya nak buat apa Si Azri tu ada dekat rumah ni,dia dekat rumah dia lah.. bangun subuh.. kau ni sah lah dah angau dengan Azri tu haih lah.. tu lah tidur tak basuh kaki lagi. Lain kali nak tidur tu basub kaki adik ku sayang" kata Erra Nazirah kepad NurNazlyna.
Mana tidaknya dia tengah solat tiba tiba terdengar bunyi orang menangis sakan. Dia mahu mengejutkan adiknya yang sedang menangis tiba tiba adiknya itu menybut nama Azri Amsyar dan menjerit.
Erra Nazirah yang memakai terlekung itu mengucap melihat adiknya yang sedang terpinga pinga.
"Nazlyna bangun mandi ambik wuduk solat sekarang" katanya dengan tegas.
NurNazlyma pantas bangun mengambil kain tuala dan masuk ke kamar mandi. Erra Nazirah hanya menggeleng kepala melihat telatah adiknya itu. Dia sayang akan adiknya itu tetapi ya lah ego tak nak bagitahu.

DI RUMAH SEWA Azri Amsyar duduk termenung di balkoni, selepas sahaja solat subuh dia berada di balkoni itu. Dia mengenangkan kisah mimpinya malam tadi siapakah budak budak itu dan siapa yang memegang tangannya. Dia hanya menggeleng kepala, mungkin itu hanya mainan tidur sahaja. Azri Amsyar masuk kembalik dia duduk di atas katil bujangnya. Dia mengambil telefon bimbitnya. Dia mahu menelefon Datin Maznah.
Namun Datin Maznah tidak mengangkat telefon bimbitnya. Dia mengambil nafas panjang dia mendail sekali lagi.
1 2 3
"hello assalammualaikum mak. Mak dekat mana??" soal Azri amsyar.
"soalan apa kamu ni, mak dekat rumah lah baru lepas solat subuh, kenapa telefon mak pagi pagi ni??" soal Datin Maznah.
"Mak free tak? Ayie nak balik sana" kata Azri Amsyar.
"hah ye lah mak free jerw" jawab Datin Maznah.
"mak masak sedap sedap tau" Azri sekdar mahu mengusik.
"ya lah yie tu jer kan nak tanya mak nak baca al quran ni" kata Datin Maznah.
"itu jerw mak, ayie nak bincang dengan mak pasal Lyna" kata Azri.
"hmm kamu dah propose dia ke??" soal Datin Maznah.
Dia bukan tak tahu yang Azri Amsyar lambt ketika Datin Maznah dan NurNazlyna berjumpa dia pergi ke kedai emas untuk membeli cincin.
"belom mak.. Ayah Lyna kata kita kene ikot adat tak boleh ikut cara mak salleh" kata Azrj Amsyar.
"kan mak dah cakap kamu jerw yang gatal nak propose dia, haih lah hah ye lah nanti dah sampai bagitahu mak ya" kata Datin maznah
"ya mak bye assalammualaikum love you mak" kata Azri Amsyar.
"waalaikummussalam bye love you tooo" balaa Datin Maznah.
Azri Amsyar menejan butang merah dan dia meletakkan di sebelah katilnya. Dia memandang syiling rumahnya namun dia bangun kembali
'dari aku duduk dekat rumah baik aku pergi skodeng Lyna dekat taman lagipun dia cakap dia pergi joging baik aku telefon dia dulu takut tak jadi kang bazir duit minyak aku jer' monolog Azri Amsyar.
Dia mengambil telefonnya kembalik dan mendail nombor nazlyna.
BIDADARI;)
ya dia save nombor nazlyna bidadari hahahaha..
"Hello Awak dekat mana?" soal Azri Amsyar.
"Assalammualaikum cikgu mana haih cikgu ni saya tengah turun tangga on the way nak pergi Faruq dah tunggu dah tu dalam kereta" Kata NurNazlyna.
"waalaikumussalam bidadari saya. ouh ya ke hah tak apa lah awak joging dekat mana??" soal Azri Amsyar
"Taman tasik yang berdekat rumah saya kenapa cikgu"
kata NurNazlyna yang berada di tingkat 1.
"ouh hah tak apalah bye assalammualaikum bye bidadari love you" kata Azri Amsyar.
"hah okey" tanpa membuang masa NurNazlyna menutup kembali telefonnya.
"Dia matikan telefon aku tak apa kita tunggu kejap lagi ya bidadari hahahhaha.. saya nak buat suprise untuk awak sayang" bebel Azri Amsyar seorang.
Dia bangun dari katil dan bersiap untuk suprise cinta hatinya. Dia memakai hoody berwarna hitam dan topi berwarna putih.
Azri amsyar menurun tangga rumahnya.
"Bro mana??" Soal shahril.
Shahril merupakan kawan serumahnya.
"joging kenapa nak ikut??" soal Azri Amsyar
"boleh juga bawa aku sekali arh aku ikut" kata Shahril.
"hah cepat siap aku nak cepat ni" kata Azri Amsyar sambil mengambil kasut sukannya di dalam almari.
"okk jap" tanpa berlengah masa Shahril berlari naik ke atas dan bersiap.
Azri Amsyar masuk ke dalam keretanya dan memanaskan enjen keretanya. Dia menunggu shahril dengan sabar.
setelah 5 minit kelibat shahril kelihatan sedang memakai kasut. Shahril berlari masuk ke dalam kereta sambil memegang botol airnya.
"siap bawa air erk bro??" soal Azri Amsyar.
"jimat bro tak payah beli nanti" kata Shahril.
Kita gi Taman tasik tau dekat damansara" Azri aamsyar berkata.
"okey no problem lagi pun aku dah bosan lah dekat taman sini awek tak cantik" kata Shahril.
Azri Amsyar menggeleng kepala melihat telatah Shahril. Dia dan Shahril sudah berkawan dari zaman sekolah lagi, Shahril merupakam kawan susah senangnya. Shahril bekerja sebagai cikgu juga di sekolah SMK SUNGAI BULOH.
Kereta Nissan Almira milik Azri Amsyar meluncur laju di jalan highway.

BERSAMBUNG.....

semoga anda terhibur jangan lupa give me a coin plz

Share this novel

Misssyaa
2020-12-08 03:25:51 

Pnjng dah nie


NovelPlus Premium

The best ads free experience