Pesawat Air Asia X D7504 dari Korea Selatan ke Malaysia selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA tepat jam sembilan lima puluh lima malam waktu tempatan.
"Ladies and gentlemen, welcome to Kuala Lumpur, Malaysia.We enjoyed having you on board today and hope to see you soon. I'm your first officer, Jebat Fahrain on behalf of our pilot, Kapten Eric, would like to thank you again for flying with us.Have a nice day and good bye"Suara parau itu bergema memenuhi kabin sebaik sahaja pesawat selamat melakukan pendaratan.
"Thank for today, Rain Good job.Nice to fly with you"ucap Kapten Eric sambil menepuk lembut bahu anak muda itu.
Automatik bibir Rain mengukir senyum lebar.
"Thank you captain"balas Rain pendek.
Dia meregangkan ototnya yang terasa lenguh.Walaupun penerbangan pendek sahaja tapi kalau keadaan cuaca tak berapa baik menjadi masalah juga kerana beban semua berada dibahunya.
"Balik terus ke?"soal Kapten Eric.
"Balik teruslah Kapten boleh rehat dekat rumah"ucap Rain.
"I ingat you nak pergi kelab...dulu sebelum balik macam yang lain.."ucap Kapten Eric.
"Malaslah...rasa dah nampak bantal je ni... it's okay kalau Kapten nak pergi..pergilah..saya balik dulu..."ucap Rain mengambil telefonnya dan dimasukkan dalam poket seluarnya.
Kapten Eric mengangguk perlahan dan terus keluar dari kokpit.
Sebaik sahaja dia keluar dari balai ketibaan,semua mata mula terarah kepadanya.Dia menarik sedikit topinya dan memakai spek mata kerana kurang senang dengan pandangan orang.Walaupun orang nak cakap dia gila pakai spek mata malam-malam.
Kaki penuh kemas menuju ke bahagian pejabat di tingkat tiga.
"Hai....Rain...baru habis flight ke?"tegur Zamree atau Zam menyapa dari depan Rain.
"Aah...habis flight aku untuk minggu ni boleh aku rehat sepuas-puasnya"ucap Rain.
Zamree tersenyum sahaja.
"Untunglah dah habis schedule aku ada dua flight nak kena habiskan...kau tak pergi lepak kelab malam ni.Malam masih mudah bro.."ucap Zamree .
Rain menggelengkan kepalanya.Zamree mengerut dahi.
"Dah berapa tahun kau jadi kawan aku ni?"Kau tau kan dah lama aku tinggalkan benda ni semua.Melalaikan! Hidup aku lebih tenang sekarang"jawab Rain.
Fikirannya berubah sejak dia membuat penerbangan ke Madinah setahun lepas,sikapnya banyak berubah.Tiada lagi mengejar perempuan.No night life untuknya di kelab-kelab seluruh negara.Malah dia lebih mengelak dengan baik ajakan mereka semua.
Zamree mencebik kecil."Kau balik naik grab ke?"
Lelaki itu menggelengkan laju.
"Tak...aku drive sendiri.Okeylah aku gerak dulu la.Have a safe flight"lengan Zamree ditepuk sebelum langkahnya dilajukan ke arah lif untuk naik ke tingkat atas.Matanya berkelip-kelip.Dia memicit lehernya yang keletihan.
Rain mendongak semula ke depan bila lif itu berdenting.Dia terus menuju ke tempat parking kereta untuk pulang ke rumah.
**********
Jam di dashboard menunjukkan jam sebelas malam.Ini semua gara-gara Effa sibuk nak ajak dirinya pergi karaoke malam-malam buta ni.Tak pasal-pasal dia balik bawa kereta sorang.
Harap tak ada perompak ke apa ke malam-malam ni?.
Lagu Andai Ku Tahu dari Ungu itu berkumandang di radio pada waktu lampu isyarat bertukar tukar merah.Meremang rasanya tengkuknya mendengar bait-bait lagu yang mengingatkan kepada kematian itu.
Lampu isyarat bertukar hijau, Liya menekan pedal minyak.Dia meletakkkan telefonnya di kerusi penumpang.
"Lain kali Aku tak nak keluar malam-malam sebab nanti aku kena balik sorang-sorang...macam ni buatnya ada apa-apa jadi dekat aku..."
Bang!
Ayat Liya tak sempat dihabiskan.Dia keliru mendengar dentuman kuat.Dia hanya sedar yang dia sekarang berada dalam keadaan terbalik.Ya dunianya terbalik.
Dia buka mata.Menoleh pada sebuah kereta yang sudah hancur depan matanya.Dia nampak ada seseorang didalamnya sedang menahan sakit.
"Tolong....tolong...."suara itu meminta pertolongan.
Dia mencari telefon pintar yang jatuh tidak jauh darinya.Nombor kecemasan didail.
"Ni pusat kecemasan boleh saya bantu?"soal pemanggil.
"Saya kemalangan...dengan sebuah kereta jenis..saya tak pasti..tapi pemandunya nampak teruk.."ucap Liya sebelum telefonnya mati.
Dari jauh dia nampak baju kemeja putih lelaki itu penuh darah.Liya hanya mampu mengalirkan air mata kerana dia juga terperangkap dalam keretanya.
"Ya Allah....tolong...aku..."rintihnya dalam hati.
************
Hari ini, dia seakan bukan berada dalam keadaan yang cukup tenang.Dia pandang tangannya yang masih merah dengan darah.Darah yang mula kering itu ditenung.Baru sekejap tadi dia berkaraoke dan berseronok dengan kawan-kawannya.
Malam ini dia tak sangka berada di hospital.Kegembiraannya tadi kini hanya penuh dengan air mata yang tidak henti-henti.Tangannya menggigil menahan ketakutan dalam dirinya.
Dia tak boleh menangis.Semuanya sudah terjadi.Tiada apa yang dia mampu lakukan sekarang.Dia rasa berdosa dengan apa yang jadi pada hari ini.
Bibir diketap sekuat hati.Dia telah memujuk hati.Agar terus kuat berdepan dengan kenyataan.Tapi kenapa?.Saat dia berdiri di hadapan pintu ini, kekuatannya mula goyah.
Liya memandang kertas yang dihulurkan jururawat padanya.Mangsa yang menjadi korban.Mangsa yang dia tahu akan membencinya atau mungkin akan membunuhnya.
"Jebat Fahrain Bin Tuah Farid" bibirnya menyebut sebaris nama yang ditulis jururawat itu tadi.
Matanya merenung pintu bilik wad.Tangannya memegang tombol pintu dan bila dia tolak daun pintu....
Merenung wajah pucat dan terdapat luka kecil.Tak kurang dengan itu ada kesan lebam.Bibir lelaki itu yang pucat dan matanya jatuh pada kaki kanan lelaki itu yang terdapat besi mencucuk sakit...seakan hatinya.
Liya kaku.Pakaian yang kotor dengan darah kering itu,masih lagi membalut tubuhnya.
Dia tidak sepatutnya berada disini kerana sekejap lagi keluarga lelaki ini akan datang.Tapi dia berat hati untuk meninggalkan jasad depannya.
Bagaimana jika mata itu terbuka dan melihat keadaannya tidak seperti dulu dan siapa yang akan menenangkannya?.
Walaupun dia rasa dia tak layak pun berada di sini.Mungkin kalau lelaki itu sedar dan mengetahui dia penyebabnya kemungkinan hanya makian dan amukan yang akan diterimanya?.
Dia harus pergi sekarang.
"Saya akan pastikan awak dapat semula kehidupan awak yang dulu.Sepatutnya saya yang terbaring dekat sini bukan awak.Saya sanggup hadap kebencian awak" ucap Liya penuh kesal.
Soalan itu terus berlegar dalam kepala.Kuatkah dia untuk menerima kebencian lelaki ini?. Rasanya dia tak kuat.
"Sekarang atau satu hari nanti...saya janji akan ada untuk awak, Jebat.Saya akan satukan serpihan yang pecah tu"
Kemudian, dia bangkit dan berlalu keluar.Sebaik sahaja pintu bilik dirapatkan, matanya tertancap pada jururawat yang menjaga Jebat bersembang dengan seorang lelaki dan wanita setengah Abad usianya.
Liur ditelan.Kerana khilafnya, pasangan suami isteri itu hampir hilang anak mereka.
Liya berpaling dan melalui jalan lain untuk mengelak dari bertembung dengan mereka kerana dia belum bersedia untuk berhadapan dengan kenyataan.
Dada Liya sebu dan bebanan berat dibawa keluar dari wad itu.Dia membawa dosanya dan berjanji kembali untuk menebus semula dosa dia demi sebuah pengampunan dan kemaafan dari lelaki bernama Jebat Fahrain.
**************
Empat hari berlalu sepi, tiba-tiba pagi itu bilik wad itu digegarkan dengan suara Rain yang menjulang tinggi.Habis semua wayar yang berselirat di tubuhnya ditarik hingga tercabut.Semua barang yang berdekatan dengannya dihumban ke lantai.
"Ya Allah.... Rain...sabar....Ini semua ujian Allah"berjujuran air mata Datin Fazira memeluk erat anaknya yang seperti sudah hilang akal itu.
"Kenapa semua ni jadi...pada Rain..?!"jeritnya seraya memandang kakinya yang masih bercucuk dengan besi-besi dan ada sedikit reaksi sahaja sejak dia sedar pagi tadi.Air matanya deras mengalir.
"Jangan macam ni, Rain.Rain kena kuat"pujuk Datin Fazira lagi.
"Rain...dah cacat...Bonda.Macamana Rain nak terbang macam dulu!!!.Lebih baik Rain mati dari hidup macam ni?"jeritnya dalam pelukan si ibu.Terasa gelap masa depannya sekarang.
Teja yang ikut memeluk tubuh abang kesayangannya itu turut mengalirkan mata.
"Bawak mengucap...Rain masih ada kami dekat sini..."Datin Fazira mengingatkan anaknya itu.
"Rain benci dengan manusia yang buat Rain macam ni.Dia buat Rain jadi cacat macam ni.."ucapnya tegang hingga terlihat urat yang timbul dilehernya itu.
Menjulang tinggi suaranya melepas rasa berang yang meledak naik hingga menggeletar tubuh lemahnya itu.
Liya yang sedang minum air tersedak dengan tiba-tiba.Hatinya rasa tak sedap.Dia memandang parut yang semakin pulih pada sikunya.
Dah sedar ke lelaki itu?.Hatinya timbul rasa gusar.Dia mendail nombor seseorang yang akan membantunya.
Rain membuka matanya dan merenung tajam pada dinding putih didepan matanya.
"Jangan kau berani muncul depan aku.... kalau tak aku akan hukum kau ikut cara aku!!"tegas Rain dalam hatinya.
Kenapa semua mesti terjadi padanya?
Jika dulu dia mampu terbang tinggi dengan impiannya kini apa dia boleh buat dengan kakinya?.
Kenapa semua mesti terjadi padanya? Jika dulu dia mampu terbang tinggi dengan impiannya kini apa dia boleh buat dengan kakinya?.
Share this novel