Rain menyandarkan tubuhnya di kepala katil sementara menunggu Liya yang tengah mandi.Dia membelek telefon pintarnya dan terdapat mesej dari Dr Nathan.
Nathan : Bro boleh jumpa tak?
Rain: Malam ni tak boleh aku nak spent time dengan Liya
Nathan: Okay...how about tomorrow?.
Rain: Boleh..lepas aku hantar Liya pergi kerja.Nak jumpa dekat mana?.
Nathan: Tempat kerja Liya tapi jangan bagitahu Liya.Aku nak jumpa kau sorang je.
Rain berhenti menaip.Kenapa Nathan nak jumpa dia sorang? Tanpa Liya?.
Dia menaip semula.
Rain: Okay...deal.
Liya keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah.Rain meletakkkan telefon pintarnya ditepi dan memandang isterinya yang memakai bajunya yang agak besar itu.
Dia tersenyum sedikit.
"Baju awak besar..."ucap Liya sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.
"Takpe...nanti saya belikan baju...letak dalam almari...saya belum sempat sediakan apa-apa untuk Sayang"ucap Rain.
Liya mengangguk memandang suaminya.
Rain memanggilnya untuk duduk disebelahnya.Liya naik atas katil dan duduk disebelah suaminya.
"Sayang...saya ada soalan nak tanya awak.... kalaulah awak diberi peluang untuk isi masa dengan saya...apa perkara yang awak nak sangat buat dengan saya?"soal Rain.
Liya mencapai tangan Rain dan bermain dengan jari jemari suaminya.
"Apa yang Liya nak....ermm....satu Liya teringin nak pergi beli barang dapur.. sama-sama pastu Awak tolak troli untuk saya..."ucap Liya sambil tersenyum.
Rain membayangkan perkara itu sambil tersenyum.
"Lagi?"soal Rain.
"Erm.... Saya nak awak masak untuk saya..."ucap Liya mengusik hidung suaminya.
Rain mengangguk perlahan.
"Itu saya kena belajar masak sebelum saya masak untuk awak...itu je setakat ni.."ucap Rain pada Liya.
"Itu je...nanti yang lain saya fikirkan..."ucap Liya memandang Rain.
Rain tersenyum manis.
"Kenapa saya tengok awak...nampak lain?"soal Liya padanya.
"Nampak lain apanya? Saya rasa saya biasa je..."ucap Rain dah risau.
"Nampak hensem malam ni"ucap Liya.
Rain tergelak kecil.Tangannya menarik Liya dalam pelukannya.
"Saya harap esok akan lebih baik...dari harini..."ucap Rain mengucup ubun Liya.
"Sayang....masa saya nak keluar hospital dulu...saya dengar dari jururawat yang bertugas dekat situ.Dia cakap semua bayaran rawatan dah dibayar.Itu Sayang ke yang bayar?"soal Rain.
Liya mengangguk perlahan.
"Ya...saya bayar sebab saya rasa masa tu itu je cara untuk saya tebus balik salah saya"ucap Liya.
"Tapi banyak jugak tu...dalam tiga puluh lima ribu..."ucap Rain.
"Itu duit simpanan Liya... yang keluarga Liya simpan sejak Liya kecil lagi.Tapi tak habis pun ada lagi.."ucap Liya.
Rain terdiam seketika.Liya sanggup gadaikan duit simpanan yang keluarga dia kumpul untuk bayar duit rawatan dia dulu.
Liya terlelap dalam pelukan suaminya.
Rain membelai rambut isterinya perlahan.Dia tak tahu berapa lama saat ini akan ada dalam hidupnya.Mampu ke Liya terima kalau dia tahu dirinya ada kanser? Adakah Liya akan tinggalkan dia?.
Ya Allah aku benar-benar sedih... Kenapa disaat ini melihat dia tersenyum... disaat itu juga kau uji Aku?.
Airmatanya mengalir perlahan.
***********
Rain menghentikan kereta ditempat letak kereta.
"Saya boleh bawa kereta sendiri awak nak hantar.Kan susahkan awak nak ambil pulak nanti"ucap Liya membuka tali pinggang keselamatan.
"Takpe...tak susah pun...habis kerja dekat restoran saya ambil awak.Saya nak bawa awak jumpa Bonda dan Ayahanda saya"ucap Rain.
"Okaylah saya nak masuk kejap lagi ada appointment.Awak kalau tak sihat rehat...jangan buat kerja berat"ucap Liya pada suaminya.
"Baik boss....awak jaga diri, jaga hati, dan kalau ada yang gatal bagitahu saya"pesan Rain.
Liya tersenyum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya.
Rain menghulurkan tangan dan Liya menyambut lalu mencium belakang tangan Rain.
Rain turut tidak melepaskan peluang mencium pipi dan bibir isterinya.
Liya tergelak sebelum keluar dari kereta sambil melambaikan tangan pada suaminya.
Liya hilang dari pandangan Rain.Dia keluar dari kereta dan mencari tempat yang diminta oleh Dr Nathan untuk datang berjumpa.
Dari jauh dia nampak Dr Nathan duduk dibangku batu berseorangan.
"Bro...asal kau nak jumpa aku ni?"soal Rain yang menepuk bahu Dr Nathan.
Dr Nathan mendongak memandang Rain yang nampak segar berbanding semalam.
Dr Nathan mengeluh perlahan.
Rain melihat Dr Nathan yang masih diam tidak bersuara.
"Kau...asal ni? Ada masalah ke? Dengan Effa?"soal Rain meneka.
"Banyak masalah aku...tapi yang satu ni..aku rasa macam tak percaya..."ucap Dr Nathan berkias.
Rain duduk di sebelah menyilangkan kakinya.
"Kau nak berkias....apa pasal?"soal Rain.
Dr Nathan memandang Rain.
"Kenapa kau rahsiakan semua ni Rain?"soal Dr Nathan.
Rain melihat pandangan Dr Nathan berubah.Dia menurunkan kakinya.
"Maksud kau?"soal Rain.
Dr Nathan mengigit bibirnya.
"Lymphoma cancer stage one dude"ucap Dr Nathan.
Rain tercengang melihat Dr Nathan.Macamana lelaki ini boleh tahu tentang keadaan dirinya?.
Rain menundukkan wajahnya.
"Macamana kau tahu?"soal Rain.
"Macamana aku tahu...Rain... Aku ni personal doctor keluarga kau... I'm supposed to know about this"ucap Dr Nathan dengan nada serius.
Rain mendengus perlahan.
"Sorry.....aku tak... tahu nak cakap macamana.. Aku nak hadap Liya... keluarga aku... keluarga mentua Aku...Aku tak tahu... Nathan...."ucap Rain sambil menundukkan wajahnya menahan sebak.
Dr Nathan menepuk bahu Rain.
"At least bagitahu aku... Kau kena bagitahu Liya... Aku rasa Liya akan faham...kau... you need support bro..."ucap Dr Nathan.
Rain bangkit dari bangku.
"Aku tak nak Liya tahu aku sakit....cukuplah..selama ni aku buat dia... sakit... Aku nak dia bahagia....aku nak dia rasa kebahagiaan dengan aku ..."ucap Rain.
Dr Nathan turut bangun.
"Habis rawatan kau....nanti...kalau kau nak dia bahagia...kau kena ikut rawatan...Rain... bagitahu Liya....pasal ni...dia isteri kau.... Aku rasa Liya akan terima semua ni percaya cakap aku...."ucap Dr Nathan.
Rain bercekak pinggang.
"Tak...aku takkan bagitahu dia..pasal rawatan...aku akan ikut tapi aku takkan bagitahu dia...aku tak nak dia sedih...aku akan buat rawatan dan pastikan benda ni hilang dari badan aku... walaupun aku rasa benda tu mustahil..."ucap Rain tekad sambil berombak dadanya.
Dr Nathan mendengus perlahan.
************
Selesai berjumpa dengan Dr Nathan dia terus ke bank terdekat untuk menguruskan beberapa perkara.
Dia membuat kad bank baru dan memindahkan wang ke dalam kad bank yang baharu itu.
Dia tersenyum melihat kad itu sudah siap.Dia keluar dari bank dan masuk ke dalam keretanya.Telefon pintarnya berbunyi tertera nama Bonda.
"Hello... Bonda...."ucap Rain.
"Rain....jadi ke malam ni nak bawa tetamu?"soal Datin Fazira.
"Ya... Bonda jadi...dalam lepas magrib macam tu.Ni Ayahanda pun akan ada juga malam ni.Rain yang jemput..."ucap Rain.
Dia dengan keluhan Datin Fazira.Dia tahu hubungan Datin Fazira dan Datuk Tuah Farid tidak berapa baik sejak mereka berpisah.Tapi kalau atas permintaan dirinya.Mereka berdua akan bersedia untuk berbaik walaupun Rain tahu itu hanya lakonan semata.
"Ialah mesti kamu nak bawa balik calon isteri kan?"soal Datin Fazira.
"Nanti malam ni... Bonda dan Ayahanda tahulah... okay... jumpa nanti"ucap Rain sebelum menamatkan panggilan.
********
Toyota Harrier 2022 milik Rain masuk ke dalam laman rumah besar itu.Liya memandang sekeliling rumah itu.Rasanya sudah lama dia tak menjejakkan kakinya ke sini.
Rain memandang Liya yang nampak gementar.
"Are you nervous?"soal Rain.
"Sikit..."
"Relax...dulu awak datang sini...nak dapat interview okay je..pastu jumpa pulak dengan mamat selekeh...kusut..."ucap Rain bergurau.
Liya tergelak bila teringat tentang kenangan dia di rumah ini dengan Rain.
"Awak masih ingat?"soal Liya.
"Mestilah....tiap-tiap hari saya akan duduk dekat balkoni atas tunggu awak datang dengan motor awak tu..dan saya rasa comel bila awak pakai baju hujan warna kuning.Nampak macam itik..."ucap Rain.
"Owh....skodeng...kita"ucap Liya.
Rain memegang tangan Liya.
"Jom... diaorang dah tunggu kita"ucap Rain pada Liya.
Mereka berjalan ke pintu rumah itu.Liya menarik nafas melihat tudungnya dalam keadaan baik atau tidak.
Loceng ditekan oleh Rain.Dalam beberapa saat pintu dikuak dari dalam.
Muncul Datin Fazira yang membuka pintu.Dia melihat Rain dan matanya teralih pada gadis disebelah anaknya itu.
Cukup manis bertudung dan berbaju mini kurung bermotif bunga kecil.
Dia mengamati wajah itu.Dia seperti kenal tapi takut tersalah orang.
"Asalamualaikum....Datin Fazira.."ucap Liya.
Datin Fazira melopong mulutnya sebaik dengar suara itu.
"Walaikumusalam.... Liya ke ni?"soal Datin Fazira padanya.
Liya tersenyum dan mengangguk perlahan.
"Ya Allah.... Liya..lama tak jumpa..."ucap Datin Fazira memeluk tubuh gadis itu.Dia melepaskan pelukan dan memandang Rain.
"Kejap... macamana Rain boleh jumpa Liya? Dan Kenapa Liya ada dekat sini? Maksud... Rain tetamu tu... Liya?"soal Datin Fazira bertalu-talu.
Liya memandang suaminya.
Rain tersenyum manis melihatkan baris giginya yang tersusun rapi.
"Aku berpikir tentang bagaimana ada dua jenis rahasia: jenis yang ingin kamu simpan, dan jenis yang tidak berani kamu ungkapkan." - Ally Carter
"Aku berpikir tentang bagaimana ada dua jenis rahasia: jenis yang ingin kamu simpan, dan jenis yang tidak berani kamu ungkapkan." - Ally Carter
Share this novel
kesiannya..rain patutnya bg tau la kt liya..