Liya memegang kepalanya yang sakit.Dia memandang dan cuba mengingatnya semula apa yang jadi.Dia terasa macam mimpi tapi kenapa kepalanya sakit.
"Liya...."ucap Datin Fazira memandang Liya yang baring diatas katil.Liya pelik kenapa mak mentuanya ada disini.
"Bonda...."ucap Liya cuba bangkit tapi dihalang Datin Fazira.
"Awak kena rehatkan badan awak Liya..."ucap Dr Nathan yang berdiri disebelahnya sambil memeluk tubuhnya.
"Saya kena pergi dekat Rain....suami saya mesti cari saya..."ucap Liya mahu turun dari katil tapi dihalang buat kali kedua.
"No... Liya.... Rain masih dalam pemantauan Doktor...awak kena kuat dengan ujian ni..."ucap Dr Nathan.
Liya mencerlung tajam pada Dr Nathan.Bibirnya menggigil menahan marah.
"Jadi Dr tahu....Rain sakit...?"soal Liya.
Datin Fazira memandang Dr Nathan.
Lambat-lambat Dr Nathan mengangguk kepalanya.
"Kenapa? Kenapa dia rahsiakan semuanya daripada saya? Saya isteri dia..."ucap Liya.
Dr Nathan menundukkan wajahnya.
"Rain...yang minta rahsiakan semuanya daripada awak.Saya dah cakap pada dia untuk bagitahu awak..tapi dia memilih untuk berdiam..dia lawan penyakit ni..."ucap Dr Nathan.
"Gagalnya saya sebagai seorang isteri biarkan suami saya sakit sorang-sorang.Hancurnya hati saya...setiap kali nak tengok dia macam tu... "ucap Liya menangis.
Datin Fazira memeluk menantunya.
"Sabar Liya..... Bonda tahu... Rain kuat...kita sama-sama tolong dia..."ucap Datin Fazira.
"Liya....tak nak hilang Rain...."ucap Liya.
"Liya kuat untuk anak Liya"ucap Datin Fazira.Liya melepaskan pelukannya.
Dia memandang mata Datin Fazira.
"Anak?"soal Liya.
"Ya Liya doktor sahkan awak mengandung dah tiga minggu"ucap Dr Nathan.
Liya memejamkan matanya rapat mencari kekuatan untuk dia terus kuat demi Rain dan zuriat dari suaminya ini.
***********
Liya masih termenung didepan Effa.Effa yang sedang memotong buah epal didepannya dipandang.
"Effa...." Liya masih mencari-cari perkara yang perlu diceritakan dahulu.Effa menanti penuh sabar.
Semalam dia mendapat panggilan daripada Dr Nathan menyatakan Liya kena tahan wad.Jadi dia bergegas untuk menemankan Liya.
"Rain.Dia kat ICU sekarang.Kena intubate"bergetar suaranya menceritakan.
Riak wajah Effa berubah.Dr Nathan tidak memberitahu dirinya tentang itu.Patut dia pelik kenapa Rain tidak muncul-muncul menemankan Liya.
"How come? Aku nampak dia sihat je... macamana boleh jadi macam tu?"soal Effa meletakkkan pisau dalam pinggan.
Kali terakhir mereka bertemu, sebelum pergi umrah.Liya jarang menceritakan rumahtangganya pada orang luar.Dan pasal perihal Rain sakit pun Liya tak pernah bagitahu sehingga mereka jumpa dihospital semula.
Airmatanya perlahan bergenang, sebelum titis demi titis mula membasahi pipinya.
Kenapa Rain sampai boleh hospitalised? Apa yang jadi? Mereka tiada kemalangan pun?.
"Rain pengsan dalam penerbangan masa kami sampai dekat KLIA.Aku tahu dia sekarang tak banyak makan dan aku fikir dia takut berat badan dia naik ke?.But tiba-tiba is unconscious"
Effa terdiam.Dia mendekati Liya dan memeluk tubuh sahabatnya itu.Sebaik tubuhnya dipeluk terus tumpah dengan lebih laju bagaikan air bah yang dilepaskan.
"Effa Rain has lymphoma cancer"satu suara Liya membisikkan ke telinga Effa.
Air mata Liya sudah membasahi tudung bawalnya,tetapi Effa tidak peduli.
"Sabar....ingat Allah uji sebab dia sayang kau dan Rain.Kau kena support Rain untuk terus lawan penyakit dia.Dan masa yang sama kau kena juang untuk anak dalam perut kau zuriat Rain"
Effa memberi tisu pada Liya.
Liya mengesat air matanya dan menghembus hingus dalam hidungnya.
"Aku ada dan Dr Nathan pun ada kitaorang akan tolong kau...kau tak sorang-sorang Liya.Jangan risau...Allah ada untuk hambanya.Doa banyak-banyak.Ingat jangan risaukan hati Rain"pesan Effa.
Liya mengangguk perlahan dan masih tersedu sedan.
*********
Liya dapat keluar dari wad.Dia berjalan ke wad ICU untuk berjumpa dengan suaminya yang tercinta.
Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menolak tombol pintu dan melemparkan senyuman pada Rain yang baring mungkin menantinya datang.
"Hey... wifey morning..."suara Rain serak, sayup kedengaran.Dr Lim baru sahaja mengeluarkan tiub pernafasan daripada rongga mulut Rain pagi tadi.
Kini dia bergantung pada tiub oksigen sementara dihidungnya.
"Awak okay?"soal Liya.
Liya tersenyum melihat Rain yang mula sedar dan sedikit bertenaga.Dia mencium dahi suaminya.
"Saya okay...dan bertambah sihat sebab ada isteri saya dekat sisi saya.Everthing will turn out to be alright"usik Rain tersenyum panjang.
Liya tergelak kecil didalam bilik ICU yang bertutup dan berhawa dingin.Liya rindu suasana itu.
Rain nampaknya masih boleh mengusik walaupun belum sihat lagi sepenuhnya.
"Can you give me a kiss? I miss your morning kiss" Rain meminta.Mungkin lama ditidurkan banyak aktiviti Rain terlepas dengan dirinya.
"Are you sure you want me to kiss you here?"soal Liya.
Rain mengangguk perlahan.
Liya tersenyum dan mendekatkan wajahnya pada Rain.Tangan Rain naik ke pipi Liya dan mencium bibir isterinya.Dia rindukan kelembutan itu.
"I think this is the best medicine right now"ucap Rain pada Liya.
Liya tersenyum.
"Sayang duduklah sebelah saya...ada ruang lagi ni...."ucap Rain menepuk ruang disebelahnya.Liya melabuhkan punggung disebelah suaminya.Pinggangnya dirangkul dari belakang.
Tangan Rain mendarat di perutnya yang masih kempis lagi.
"Saya gembira sangat yang saya bakal jadi ayah.The moment that I be waiting for finally... Rain little junior is here"usap Rain pada perut Liya.
"Are your happy?"soal Liya.
"Yup... happy..."
Dia merenung Rain.Wajah itu nampak pucat dan letih.Mata itu kelam tapi sedikit bersemangat dengan kehadirannya.
Rain tahu Liya mesti sudah tahu tentang penyakitnya.Perlahan-lahan dia menarik Liya memeluk tubuhnya.Dada mereka bersatu.Liya membelai belakang leher suaminya.Dan dia dapat rasakan ada benjolan kecil yang tidak sepatutnya ada disitu.
Badan Rain mula terenjut-enjut , melepaskan perasaan hatinya yang sudah lama tersimpan,sepertimana air matanya.
"I'm sorry... sayang... Liya.Saya minta maaf.Saya minta maaf banyak-banyak"bisik Rain berulang kali.Liya memejamkan matanya.Dia turut menangis dalam pelukan suaminya.
*************
Atas persetujuan semua, Rain membuat keputusan untuk membuat rawatan untuk kansernya.Dia mahu anak yang bakal keluar nanti melihat dirinya dalam keadaan sihat.
Rain termenung sendirian memandang ke perkarangan luar wad.Kelihatan sepasang suami isteri dan anak mereka sedang duduk dan berbual sambil bergelak ketawa.
Jauh dalam hatinya dia sentiasa berdoa supaya dia tidak terlepas moment itu.Dia juga mahu jadi seperti pasangan itu.Tapi mampukah dia? Cukupkah masa yang dia ada?.
Dia tidak mahu Liya terpaksa menemani dirinya dalam keadaan tidak tentu dia akan sembuh.Liya masih muda.Mungkin dia boleh cari orang lain untuk bahagiakan dia?.
But....I cannot let her go!
I don't want to die alone!
I want to die as Liya's husband!
Jika dia melepaskan Liya itu ibarat dia membunuh dirinya sendiri.Untuk apa dia hidup jika tiada sesiapa yang menunggu di penghujung jalan?.
"You still have the chance to cure.Many people survive after chemotherapy.We just need to get you early"kata-kata Dr Kamarul pagi tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya.
"Jauh termenung"
Liya tiba-tiba muncul membawa bekal makanan untuknya.Dia memakai baju blouse bermotif bunga kecil dan shawl putih.Rain suka tengok kalau isterinya itu bergaya sederhana tapi menaikkan aura wajahnya.
"Tunggu Sayang" Rain bangkit daripada perbaringannya dan duduk di bucu katil.Liya meletakkkan bekal makanan diatas meja dan duduk di sisi Rain.
Satu persatu lauk dari mangkuk tingkat dikeluarkan.Rain mencium aroma masakan Liya.
"Sedapnya bau..."ucap Rain.
"Nak?"
Rain menggelengkan kepalanya.Dia sudah menjamah makan tengahari tadi.
Dia melihat Liya makan nasi dengan pipi yang penuh.Dia tergelak kecil.Ada saja kecomelan Liya nak tunjuk padanya.
"You can leave me if you want.I can go through this alone.Tak adil untuk awak Liya"akhirnya Rain meluahkan.
"Apa awak merepek ni?"Liya terkejut.Dia meletakkkan sudu yang dipegangnya.Dia mencerlung tajam pada suaminya meminta penjelasan.
"I'm useless.... I'm not sure if I will survive this cancer or not!"
"Awak...."Liya menggengam tangan Rain.
"Awak tak sayangkan saya ke?"Liya bertanya.Suasana terasa panas.
Rain menelan air liur.
"Of course Sayang... you're my wife" Rain menguatkan genggaman tangannya.
"And then why do you easily give up...."ucap Liya .
"Saya tak tahu ada berapa banyak masa saya nak bahagiakan sayang..."
"Then buktikan pada Saya....awak adalah kebahagiaan...saya... Jebat Fahrain... I've decided to stay with you, to support you, sampai maut pisahkan kita..."Liya menyambung.
Rain menundukkan wajahnya pada bahu Liya.Dia bersyukur kerana di dunia dia merasakan kasih seorang bidadari syurganya.
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"- Buya Hamka
"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"- Buya Hamka
Share this novel