BAB 18

Drama Completed 84966

Dr Nathan singgah di Institut Kanser Negara untuk berjumpa Liya setelah selesai kerja di Hospital Putrajaya.

Dia menunggu didepan Unit Pemulihan Perubatan Fisioterapi.Tangannya disilangkan sambil menggigit bibirnya.

Pintu wad tersebut terbuka, muncul Liya dengan senyuman dibibir mungil.

"Hai Dr Nathan..."sapa Liya.

"Hai Liya awak sihat?"soal Dr Nathan.

"Alhamdulilah sihat... Kenapa Dr Nathan nak jumpa saya ni..ada benda penting ke?"soal Liya.

Dr Nathan serba salah nak cerita pada Liya.

"Boleh kita cakap dekat tempat lain... dekat sini tak sesuai"ucap Dr Nathan.

Liya mengangguk perlahan.

Mereka duduk dikawasan yang disediakan untuk orang awam berehat.Liya menanti apa yang ingin disampaikan oleh Dr Nathan padanya.

"Liya...awak tahu kenapa Rain paksa awak kahwin?"soal Dr Nathan.

Liya menarik nafasnya.

"Kalau Dr Nathan nak cakap pasal hal ni..saya rasa saya masuk dalam dulu.."ucap Liya cuba mengelak.

"No...Liya...saya tahu Rain ugut awak cakap yang dia dah sentuh awak kan?"soal Dr Nathan.

"Kenapa? Dia ada tanya awak sama ada saya mengandung atau tak?"soal Liya semula.

"Tak...dia tak pernah tanya...cuma sebenarnya dia tak pernah sentuh awak pun.. Liya...mustahil untuk awak mengandung...itu yang dia bagitahu pada saya.Dia buat semua tu sebab nak ikat awak dengan perkahwinan ni"terang Dr Nathan.

Liya bangkit dari bangku dan dadanya terasa panas.

"So....kenapa dia biarkan perkahwinan ni tergantung macam tu je? Kenapa dia tak lepaskan saya? Kenapa dia hilangkan diri?"soal Liya bertubi-tubi.

Dr Nathan mengeluh kecil.

"Itu awak kena tanya dia sendiri.Saya tak ada jawapan.Cuma saya nak awak tahu Rain tak pernah jauh dari awak.Dia ada dekat dengan awak.Dan dia tak lupa tanggungjawab dia sebagai suami pada awak.."ucap Dr Nathan.

"Mana dia hilangkan diri?"soal Liya ingin tahu.Dia perlu bersemuka dengan Rain untuk dia tamatkan perhubungan ni.

"Dia tak hilangkan diri pun..cuma buat masa sekarang dia tak ada dekat sini.Dia ada urusan luar dari Kuala Lumpur.Kalau awak nak jumpa dia insyallah lagi dua hari dia balik"ucap Dr Nathan pada Liya.

**********

Harini Rain berada di Jitra sekali lagi.Dia mengambil penerbangan petang semalam.Nak memandu kereta dia risau keadaan buruk terjadi pada dirinya.

Kakinya menapak ke rumah Pak Dim atau rumah keluarga mentuanya.

"Asalamualaikum....."panggil Rain diluar.Pak Dim menjengah sedikit melihat siapa yang datang.

"Walaikumusalam.... ehhhh... Rain..."ucap Pak Dim meluru ke arahnya dan bersalaman dengan Rain.

"Bila sampai?"soal Pak Dim.

"Malam tadi...saya duduk dekat homestay jalan masuk kampung.."ucap Rain.

"Ohh yeke..jemput masuk ke dalam luar ni panas.."ucap Pak Dim padanya.

Rain mengikut langkah Pak Dim masuk ke rumah kampung moden itu.Langkah kakinya disambut dengan gambar keluarga Pak Dim.

Disitu terdapat gambar sewaktu Liya menamatkan pengajian dan disisinya terdapat Abang Nu'man tapi tiada gambar wanita yang melahirkan isterinya.

"Duduk Rain... Pak Dim tengok kamu nampak letih semacam je? Tapi rajin ulang Kuala Lumpur ke Jitra."ucap Pak Dim.

Rain senyum sahaja.Dia memang letih pun tapi dia tetap mahu selesaikan semuanya bermula sekarang.

"Pak Dim saya sebenarnya kenal dengan Liya anak Pak Dim"ucap Rain jujur.

"Baguslah tu...mana kamu kenal Liya? Liya telefon Pak Dim pun tak cakap pasal kamu?"soal Pak Dim.

"Dia pernah jaga saya waktu saya kemalangan.Dia jadi petugas fisioterapi untuk saya.Adalah dalam sebulan juga.Dan kami..."ucap Rain memandang lelaki tua itu.

Nu'man baru lepas balik dari kilang nampak ada kereta asing dirumahnya.Mungkin tetamu Daddynya.

"Kami apa?"soal Pak Dim.

"Kami dah bernikah"ucap Rain mendatar.

Sepi dan sunyi ruang tamu rumah kampung itu tanpa sebarang suara.Jelas wajah itu nampak terkejut dan berubah merah.

Nu'man membuka pintu rumah dan Rain memandang lelaki didepannya itu sudah berubah.Nu'man meluru ke arah Rain dan ditarik kolar baju lelaki itu.

"Kau buat apa dengan adik aku?"soal Nu'man mencerlung tajam pada Rain.

"Saya hanya nikah dengan dia.."ucap Rain.

"Kau buat adik aku mengandung ya? Apa jenis jantan kau ni?"soal Nu'man menumbuk muka Rain sehingga jatuh.

Pak Dim menghalang anak lelaki itu dari terus mencederakan orang.

"Apa sebenarnya yang berlaku ni? Pak Dim nak kamu jelaskan semuanya supaya kami faham kenapa kamu bertindak sejauh ini?"soal Pak Dim.

Rain memegang pipinya.

"Cepat jelaskan semuanya sebelum aku pecahkan muka kau"ucap Nu'man dengan sikap barannya.

Rain mengangguk laju.

Rain kembali duduk di kerusi membetulkan bajunya.

Rain menjelaskan semuanya pada keluarga Liya tanpa tertinggal satu perkara pun.

Walaupun dia tahu mungkin Pak Dim nampak tenang menerimanya tapi Nu'man nampak tidak puas hati dengan sikap Rain yang membelakangkan keluarga demi kepentingan diri.

"Apa salah Liya kau buat dia macam tu?"soal Nu'man.

"Liya tak salah apa-apa pun.Kesalahan tu semuanya dari saya..."ucap Rain.

Pak Dim menarik nafasnya dalam-dalam.

"Jadi kamu dengan Liya macamana? Kamu nak biarkan perkahwinan ni tergantung tanpa sebarang tindakan.Kalau betul kamu cintakan dia.. Kenapa kamu tak usaha untuk yakinkan dia semula? Kenapa kamu biar anak Pakcik sebegitu?"soal Pak Dim seakan merayu-rayu.

"Aku nak kau lepaskan adik aku kalau kau nak aniaya dia..."ucap Nu'man pada Rain.

"Saya minta maaf atas kesalahan saya...saya tahu perbuatan saya patut dibenci oleh semua termasuk Liya.Tapi saya harap Pakcik dan Abang Nu'man boleh beri saya masa untuk yakinkan Liya"ucap Rain.

Rain sudah berpeluh-peluh.Dia rasa tak berapa selesa

"Keluarga kamu macamana? Boleh mereka terima Liya?"soal Pak Dim.

"Insyallah mereka boleh terima Liya"ucap Rain.

"Kau balik sekarang....selagi kau tak yakinkan Liya jangan kau berani jejak kaki dekat sini.Dan selagi Liya tak terima kamu jangan tunjuk muka dekat depan kami"ucap Nu'man menarik tangan Rain dan dihalaunya keluar dari pintu rumah.

Rain terus berjalan ke arah kereta.Dia masuk dalam kereta dan mengeluh berat.Enjin kereta dihidupkan dan dia memusingkan stereng keluar dari rumah Pak Dim.

Separuh perjalanan dimemberhentikan kereta ditepi dan membuka pintu kereta memuntahkan isi perutnya.

Pintu ditutup rapat dan dia melihat telefon pintarnya terdapat mesej.Dia memejamkan matanya dan menundukkan wajahnya pada stereng.

Ada air jernih yang mengalir lebat.Dia sedang dalam fasa dugaan berat sekarang ni.Dia tak sedia tapi dia harus akur dengan setiap takdir perjalanan yang diatur buatnya.

*********

"Daddy kenapa senyap je ni?"soal Liya dalam talian.

"Daddy tak tahu berat ujian anak Daddy ni rupanya.Kenapa Liya tak cerita dengan Daddy apa yang berlaku?"soal Pak Dim.

Liya pelik.

"Daddy cakap pasal apa ni?"soal Liya.

"Daddy dah tahu semuanya.Tentang perkahwinan Liya dengan Rain"ucap Pak Dim.

Ahhh?. Daddy tahu tentang Rain... tentang perkahwinannya....

"Ahhh....mana Daddy tahu ni?"soal Liya perlahan.

Pak Dim mengesat air matanya.

"Dia datang rumah petang tadi jumpa Daddy dengan Abang Nu'man jelaskan semuanya"ucap Pak Dim.

Rain jumpa Daddy?. Jadi itulah urusan yang disebut oleh Dr Nathan.Maknanya urusan Rain adalah berjumpa dengan keluarganya.

"Habis Daddy marah ke?"soal Liya takut-takut.

"Daddy kecewa tapi benda dah jadi tak boleh nak undurkan masa.Kamu dan dia pun dah kahwin.Abang Nu'man masih marahkan dia"ucap Pak Dim.

Liya memejamkan matanya.Dia tahu perbuatan itu akan membuatkan keluarganya kecewa.

"Maafkan Liya Daddy... Liya minta maaf..."ucap Liya dalam hatinya.

*********

Rain berjalan lemah daya kekuatan hilang sebaik sahaja dia keluar dari bilik rawatan.Dia duduk dikerusi depan bilik itu.

Manusia yang lalu lalang dihadapannya seakan-seakan angin yang lalu.Kekecohan dalam hospital itu seakan lalu ibarat angin sepoi-sepoi menyapa halwa telinganya.

Dia melihat kertas pada tangannya.Pada siapa dia mahu berkongsi? Pada siapa dia mahu mengadu?.

Dia bangkit dan berjalan menuju ke arah lif.Lif ditekannya.Liya baru sahaja habis membuat rawatan ke atas pesakitnya.Dia terpandang ke arah bawah.Dia nampak ada seorang lelaki mirip dengan Rain berjalan atau memang Rain kerana dia kenal gaya jalan Rain yang agak tempang sedikit.

Dia berlari mencari lelaki itu.Sampai dibawah dia mencari mana perginya lelaki itu.Sampai dilobi utama dia masih mencari lelaki itu.

Liya berpaling dan memandang lelaki yang berada dibelakangnya.

Rain berada dibelakangnya sambil tersenyum manis.Liya agak terkesima kerana penampilan lelaki itu berbeza.Lelaki itu nampak susut berbanding sebulan lepas dia lihat.

"Asalamualaikum.... wifey.."ucap Rain dengan senyuman masih ada dibibirnya yang sedikit kering.

Liya terdiam tidak berganjak.

"Terkadang aku tersenyum, bukan karena ada hal menyenangkan hatiku, tapi karena aku tahu bahwa bersedih tak akan menyelesaikan masalah.

"Terkadang aku tersenyum, bukan karena ada hal menyenangkan hatiku, tapi karena aku tahu bahwa bersedih tak akan menyelesaikan masalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience