Liya panik menanti Rain diperiksa oleh Dr Nathan.Dia tidak menyangka kegembiraannya bertukar menjadi takut dan panik dalam sekelip mata sahaja.
Dr Nathan memandang Liya yang menunggu disebelahnya.
"Oksigen dia okay...tapi tekanan darah dia tak berapa stabil.Saya bagi drip dekat dia.Kalau dalam tempoh beberapa jam dia tak reaksi.Maknanya kena bawa hospital.Awak basahkan badan dia dengan tuala sementara"arah Dr Nathan.
Liya mengangguk perlahan.
Dia membuka almari baju mencari dimana letaknya kain tuala dan terus ke bilik air membasahkan kain tuala ditangannya.
Dia mengelap membuka kancing butang baju suaminya dan mula mengelap secara perlahan.Tubuh itu panas terasa.
Rain mencelikkan matanya memandang Liya yang berada disisi sedang mengelap badannya dengan kain basah.
"Pukul berapa sekarang?"soal Rain perlahan.
Liya memandang suaminya.
"Awak dah sedar...."ucap Liya memeluk suaminya.Rain tahu dia telah merisaukan insan yang dia sayang.
Dia membalas pelukan Liya.
Liya melepaskan pelukannya dan memandang Rain.
"Sekarang pukul berapa? Saya nak solat..."ucap Rain pada isterinya.
Liya melihat jam di telefonnya.
"Sekarang pukul dua petang...awak nak solat juga ke dalam keadaan awak macam ni?"soal Liya.
"Boleh... insyallah..."ucap Rain menyedapkan hati isterinya.
"Kejap...saya pergi letak air dalam spray bottle untuk awak...okay...kejap.."ucap Liya turun dari katil dan berlari keluar dari bilik.
Rain melihat tangannya yang ada jarum itu.
Liya menunggu Rain solat zohor dulu.Dia kagum dengan perubahan sikap suaminya yang begitu drastik.Dalam keadaan sakit pun suaminya masih memintanya untuk solat.Walaupun dalam keadaan duduk suaminya masih mampu solat lagi.
Rain memberi salam dan membaca doa selepas solat.
Doa diaminkan dan dia memandang Liya yang sedang menunggunya.
"Sayang...dah solat? Minta maaf tak dapat nak imamkan awak"ucap Rain.
Liya tersenyum.
"Dah...It's okay... Liya okay..Awak tak perlu risaukan saya... sekarang ni saya tengok awak sihat...saya risau tadi... tengok awak pengsan depan saya...awak cakap dengan saya yang awak betul-betul okay kan? Awak tak rahsiakan apa-apa dari saya kan?"soal Liya pada Rain.
Rain memegang tangan Liya.
"Sakit tu kan penghapus dosa...Allah bagi pada saya untuk ringankan dosa saya pada awak.. keluarga saya... keluarga awak...saya anggap tu satu rezeki Allah bagi untuk saya...boleh saya manja dengan isteri saya yang cantik ni..."ucap Rain mengusik hidung isterinya.
"Kita risaukan dia...dia boleh main-main dengan kita..tadi Dr Nathan cakap kalau awak tak okay...saya kena bawa awak pergi hospital..."ucap Liya.
"Dr Nathan tu pantang sakit...terus hospital.Insyallah saya okay... Sayang...boleh tak kita duduk rumah ni malam ni...maksud Saya awak tak payah balik rumah sewa awak..teman Saya...sebab saya tak larat nak bawa kereta hantar awak balik..."ucap Rain.
Liya tersenyum simpul.
"Mestilah boleh...tak ada yang salah.. lagipun ni memang rumah kita.... seorang isteri kena ada sisi suami...saya tak kejam nak suruh Awak hantar saya malam ni...tapi saya tak bawa apa-apa baju pun.."ucap Liya mengadu.
Memang betul pun tadi masa keluar dari rumah sewanya dia hanya bawa beg tangannya semata.
"Jangan risau...dalam almari tu banyak baju saya...awak ambil je..nak pakai yang mana..saya tak sempat nak beli baju awak untuk letak dalam almari tu..tapi kalau awak tak pakai baju pun... saya okay je..."ucap Rain mengusik.
Liya membulatkan matanya dan memukul lengan Rain.
"Awak.... ishhhh...malulah saya..."ucap Liya.
Rain mengangkat keningnya.
"Aik...saya yang tak berbaju ni...dari tadi selamba je..awak tengok...tak ada rasa malu pun.."ucap Rain.
"Itu sebab... saya kena lap badan awak..bukan sebab saya memang nak tengok badan awak...ni awak nak makan apa-apa saya boleh masakkan?"soal Liya pada suaminya.
Rain mengerutkan dahi.
"Tapi rumah ni mana ada barang masakan...saya rasa ada beras barang kering je..barang basah tak ada"ucap Rain.
"Don't worry ni Nuryn Eliya okay.Evertyhing hujung jari nak order barang apa yang tak ada.Awak rehat saya turun bawah...atau awak nak turun sekali boleh baring dekat ruang tamu?"soal Liya.
"Ikut sayanglah... bosan duduk dalam ni...cukuplah duduk dekat kubur nanti sorang-sorang..."ucap Rain.
Liya tak silap dengar rasanya.
"Kenapa awak cakap macam tu? Saya tak sukalah..."ucap Liya dengan nada serius.
Rain tersilap cakap depan Liya.
"Tak... sayang... Saya cuma cakap je...betullah nanti kalau kita mati mesti sorang-sorang...itu je.."ucap Rain menarik tangan Liya.
"Tetap saya tak suka...kenapa perlu sorang-sorang?. Awak doalah kalau kita mati nanti sama-sama? Takdelah saya sedih kalau awak tak ada...atau saya tak ada awak sedih..."ucap Liya memuncungkan bibirnya.
Rain mengeluh berat.Nampaknya isu itu sangat sensitif buat Liya.Patutnya dia jaga mulutnya dari berbicara sebegitu.
"Amin....kita mati sama-sama okay...dah jangan muncung sangat Saya geram tengok ni..."ucap Rain mengusik lagi.
Liya bangkit dan menghulurkan tangan untuk memimpin Rain turun dari katil.
"Nak Saya tolong awak masak tak?"soal Rain yang memeluk bahu Liya.
"Tak perlu...saya boleh buat sendiri...awak rehat betul-betul.Saya nak suami saya yang sihat...senang saya nak buli awak..."ucap Liya.
Rain tergelak kecil.
************
Dr Nathan mendapat panggilan daripada Dr Kamarul sahabatnya yang bertugas di Institut Kanser Negara.
Tak pernah-pernah dia mendapat panggilan daripada Dr Kamarul.Dia mahu berbicara dalam telefon sahaja tapi Dr Kamarul mendesaknya untuk berjumpa.
Dia sampai didepan bilik yang menempatkan sahabatnya itu.
Dr Kamarul bersalaman dengan Dr Nathan.
"Sorry.... terpaksa panggil kau datang sini...tapi aku ada benda nak cakap dengan kau..silakan duduk"ucap Dr Kamarul.
Dr Nathan menarik kerusi dan melabuhkan punggung dihadapan.
Dr Kamarul juga turut duduk.
"Kau pernah take over untuk jaga anak Datuk Tuah Farid betulkan?"soal Dr Kamarul.
Dr Nathan pelik tapi mengangguk perlahan.
"Ya... I'm taking care of his son but that was two months ago.."ucap Dr Nathan.
"Okay... Jebat Fahrain is the son right?"soal Dr Kamarul.
Dr Nathan jenis kurang sabar.
"Can you just go straight to the point of what you want to talk about?"soal Dr Nathan.
"Okay.... I'm also doesn't want to believe this..but Mr Jebat Fahrain was diagnosed with lymphoma cancer"ucap Dr Kamarul.
Dr Nathan seakan diberi tamparan hebat oleh kenyataan Dr Kamarul itu.
"Wait...wait...are you seriously? Lymphoma cancer?"soal Dr Nathan semula.
"Yup... it's stage one...that small lymph nodes on his neck"ucap Dr Kamarul.
Dr Nathan bangkit dari duduknya dan mencekak pinggang.Patutlah Rain sejak kebelakangan ni dia nampak penat dan tadi dia demam.Liya? Ini bermakna Liya tak tahu pasal perkara ni.
Dr Kamarul melihat sahabatnya kembali duduk di kerusi.
"Okay... it's anyone know about this? Datuk Tuah Farid or Datin Fazira?"soal Dr Nathan.
Dr Kamarul menggelengkan kepalanya.
"No.. Tuan Rain minta saya rahsiakan tapi Aku rasa Kau patut tahu sebagai doktor peribadi keluarga dia.You should know about his condition right now"ucap Dr Kamarul.
Keluhan berat keluar dari mulut Dr Nathan.
"Thanks sebab bagitahu aku.."ucap Dr Nathan.
***********
Liya menghidangkan masakannya dan diletakkan atas dulang.Dia melihat Rain yang sedang asyik menonton televisyen.
Dulang ditatang perlahan mendekati ruang tamu.
Diletakkan diatas meja didepan sofa.Rain menegakkan badannya sebaik sahaja mencium aroma wangi dari masakan isterinya.
"Wow...bubur ayam ke?"soal Rain meneka apa yang dimasak Liya.
"Yup...saya nak awak warm up badan dengan bubur.Kejap saya suapkan awak..."ucap Liya mengambil mangkuk dan duduk disebelah Rain.
Rain memandang Liya yang meniup bubur untuk menyejukkan sedikit sebelum disua ke mulutnya.Rain menganga untuk merasa bubur yang Liya masak.
"Okay...takpe... perlahan...makan..nanti paksa keluar balik..."ucap Liya.
"Sedap...saya tak tahulah...kalau awak masak saya okay..je..makan..tapi makan lain...mesti saya tak boleh telan..."ucap Rain.
Liya tersenyum.
"Itu bermakna air tangan saya sedap.."puji Liya dirinya sendiri.
"Amboi masuk bakul angkat sendiri nampak"ucap Rain.
"Mestilah dah suami kita...tak pandai nak puji kita..kita puji diri sendiri..."ucap Liya.
Rain mengangguk perlahan.
"Awak...bila agaknya awak nak bawa saya jumpa keluarga awak?"soal Liya.
Rain terdiam.
"Insyallah...saya akan bawa awak pada keluarga saya untuk saya kenalkan isteri saya... lagipun lepas tu saya ingat saya nak bawa awak pergi untuk tunaikan umrah dan kita honeymoon sekali dekat sana"ucap Rain pada Liya.
Matanya bergenang.
"Awak serius ke?"soal Liya pada suaminya.
Rain mengangguk dan tersenyum manis.
Tangan Rain mengesat air mata yang jatuh dipipi isterinya itu.
"Dah masin pulak bubur saya nanti..."ucap Rain mengusik lagi isterinya itu.
Liya tak jadi nangis terus gelak dengan usikan Rain.
"Cinta bukanlah memiliki dan dimiliki. Namun, cinta adalah pengorbanan dan perjuangan."
"Cinta bukanlah memiliki dan dimiliki. Namun, cinta adalah pengorbanan dan perjuangan."
Share this novel