BAB 10

Drama Completed 84966

Selesai menjalani pemeriksaan kesihatan mereka mahu terus pulang ke rumah.Tiada sebarang perbualan atau percakapan antara dia dan Rain.

Rain memandang Liya yang termenung jauh memandang ke luar tingkap dari tadi lagi.Seakan-akan tidak sudi memandangnya atau bercakap dengannya.

"Liya...nanti sampai rumah suruh Rain makan dulu..."ucap Dr Nathan yang sedang memandu.

"Okay..."sepatah sahaja.

Rain mendengus perlahan.

"Aku tak nak makan nasi...aku nak makan benda lain..." Rain bersuara untuk menarik perhatian Liya.

Liya berpaling.

"Kalau Tuan...tak nak makan nasi.. Tuan nak makan apa?"soal Liya.

"Aku nak makan.... spaghetti Bolognese tapi aku nak kau yang buat..."arah Rain.

"Kalau macam tu saya kena beli baranglah...dekat rumah rasanya tak ada barang untuk buat spaghetti Bolognese tu.."ucap Liya pada lelaki itu.

"Takpe... Liya nanti saya berhenti dekat kedai depan tu...awak belilah barang apa pun..."ucap Dr Nathan padanya.

"Suka hatilah"jawab Liya perlahan tapi jelas kedengaran dicuping telinganya.Rain ketap bibirnya.

Dr Nathan dan Rain menunggu didalam kereta sementara Liya membeli barang-barang dalam kedai.

"Tuan gaduh dengan dia ke?"soal Dr Nathan pada Rain.

"Dia marah dekat aku....."ucap Rain.

Dr Nathan tersenyum manis.

"Dah macam suami isteri pulak gaduh"ucap Dr Nathan.

"Aku cuma cakap apa yang betul je...tak tahu pulak benda tu boleh buat dia marah...sampai nak cakap dengan aku pun tak nak..."ucap Rain.

"Perempuan ni...satu je sebab kenapa dia marah?.Itu bermakna setiap apa yang dia....dia bersungguh-sungguh nak tengok orang yang dia jaga baik dan sembuh...ke Liya tu suka dekat Tuan?"soal Dr Nathan sambil melihat wajah Rain pada cermin belakang.

Rain mengosok bibirnya.Liya suka aku?.Tak mungkin ada perempuan suka dekat dirinya?.Melainkan mengambil kesempatan sahaja dari kesusahannya.

Rain memandang Liya yang berjalan ke arah kereta tanpa senyuman dibibir mungil itu.Selalunya Liya ada sahaja topik atau bicara yang gadis itu mahu cakapkan tapi dia pula terasa tempias itu.Sunyi....

Pintu kereta di buka, Liya masuk ke dalam kereta dan meletakkkan barang yang dibelinya.

"Ada barangnya Liya?"soal Dr Nathan.

"Ada...Dr Nathan...bahannya senang je.."ucap Liya memakai tali pinggang keselamatan.

Dr Nathan terus memandu balik ke rumah memandangkan sudah satu hari Rain diluar.Mungkin lelaki itu sudah penat harini.

*************

Liya sudah menyiapkan spaghetti Bolognese untuk Rain.Dulang diangkat dan dibawa ke bilik lelaki itu.Pintu diketuk terlebih dahulu.Pintu dikuak dari luar.

Rain sedang duduk dimeja kerja yang berada dalam bilik itu.Dia memang menanti Liya dari balik hospital tadi.Liya terus ke dapur memasak untuknya.

"Tuan nak makan dekat meja tu ke?"soal Liya.

Rain mengangguk perlahan.

Tangan Liya meletakkkan dulang yang ada spaghetti Bolognese yang diminta Rain.Haruman itu mengingatkan hidangan yang dia pernah makan sewaktu terbang ke Itali dulu.

"Tuan makanlah saya saya duduk dekat sini je..."ucap Liya menarik kerusi berdekatan.

Rain mengambil garpu dan dipusingkan spaghetti itu lalu masuk ke dalam mulutnya.Liya menongkatkan siku di atas meja.Menanti Rain merasa masakannya.

"Sedap tak? Saya campak-campak je.."ujar Liya.

Rain anggukan kepala.Langsung tak angkat wajah.Sekadar meneruskan suapan demi suapan.

"Saya ada satu permintaan" Suapan Rain terhenti.

"Apa dia? Macam serius je permintaan tu...kalau saya saya boleh tunaikan saya tunaikan"janji Liya pantas.

"Panggil saya Rain..."beritahu Rain laju.

Liya sedikit terkejut.Hatinya kembali berbunga.

"Saya rasa Tuan lupa ke yang Tuan suruh saya untuk jaga batas antara Tuan dengan saya.Pekerja tak boleh lebih dari majikan itu yang saya dengar dan jelas"balas Liya sengaja.

Rain meletakkkan garpu pada pinggan.Dadanya berombak menahan marah mahupun sakit dia tak pasti?.

"Kenapa?" soal Rain.

"Apa yang Kenapa?" Liya kembali menolak soalan itu pada Rain.Jujurnya dia tidak faham.

"Kenapa?" Rain ulang kembali soalan tersebut.

Pandangan mata mereka bersabung.

Renungan Rain penuh tanda tanya.

Renungannya pada Rain pula.....

Adakah dia akan dianggap pentingkan diri sendiri kerana mula dapat perasaan ini?

"Kenapa dalam ramai-ramai yang datang nak jaga Aku..tapi Kau sorang yang buat semuanya rasa berbeza?"Suara Rain dapat dirasakan ada getaran.

Kini....Liya sedikit demi sedikit mengubah semuanya.Tekadnya hampir hilang.Kesunyian selama ini mula terisi.Paling dia takut akan kehilangan.

"Mungkin Allah gerakkan hati saya untuk tolong Tuan.Untuk pulihkan Tuan dan beri semangat pada Tuan.Saya tak ada kuasa untuk semua tu...dan saya tak tahu apa yang membezakan saya dengan orang lain tu"

"Tuan tanya saya kenapa..."ulang Liya.

"Macam yang saya cakap...saya akan pastikan Tuan sembuh... takdir Allah yang bawa saya ke rumah ni..biarpun pertemuan kita tak seperti orang lain..saya serahkan semuanya pada Tuan tanpa saya sendiri sedar. "

Rain menarik tangan Liya dan digenggam erat.

"Kalau batas tu saya langkah awak izinkan tak?"soal Rain.

Liya menundukkan wajahnya melihat tangan itu memegang erat tangannya.

"Saya minta maaf Tuan...saya larang tuan untuk langkah batas tu...saya tak nak Tuan terluka...saya tak nak Tuan...buat tindakan yang tak sepatutnya....dah saya bukan... perempuan yang baik untuk Tuan..dan bila waktunya... Tuan tak nak tengok muka saya...."ucap Liya menolak tangan Rain perlahan.

Dia berdiri dari kerusinya.

Rain tersenyum sinis melihat tangannya ditolak oleh Liya.

"Saya keluar dulu..."ucap Liya terus meninggalkan ruang untuk Rain berseorangan dalam bilik.

Pintu bilik ditutup rapat oleh Liya.Dia memegang dadanya yang berombak itu.

Dia tak mahu pentingkan diri sendiri.

Dia tak mahu lelaki itu terluka lagi.

Dia tak mahu perasaannya pada lelaki itu akan lebih jauh lagi.

***********

Effa mengetuk pintu bilik Liya.

"Liya...ohh.. Liya Aku ada bawa balik makanan..jomlah makan.."panggil Effa diluar bilik.

Liya membuka matanya memandang ruang bilik yang gelap gelita tanpa cahaya itu.Dia lebih selesa begini.

Hatinya berkecamuk sekarang.

"Takpelah....kau makanlah..aku dah kenyang..."tipu Liya.

"Okaylah...kau punya aku simpan dalam peti besok kau boleh panaskan.."ucap Effa lagi.

Liya memicit kepalanya yang berdenyut kuat.Dia dah telan ubat Panadol tadi sewaktu balik dari kerja tadi nampaknya tak berapa jalan.

Rain menghubungi nombor Liya.Tapi tak berjawab.

Liya hanya membiarkan sahaja panggilan itu masuk tapi dia tidak menjawab langsung.

Ada air jernih yang mengalir dihujung matanya.

Dia mengetuk dadanya beberapa kali kerana dia rasa sakit seakan dicucuk-cucuk tanpa sebab.

Dia harus buat keputusan yang lain nampaknya.Dia harus berjumpa dengan Datin Fazira sebelum semuanya berubah lebih jauh.

Rain memandang skrin kosong itu.Kenapa Liya tak jawab panggilannya?. Liya kenapa kau buat jiwa aku tak keruan?.

************

Pejam celik pejam celik harini nak masuk sebulan dia bekerja dirumah ini.Tak lama lagi mungkin perkhidmatannya tidak diperlukan lagi memandangkan lelaki itu sudah boleh menggunakan tongkat sahaja.

Rain pun nampak sudah lebih bersemangat dan sihat.Penampilannya sudah nampak kemas dan bersih.Itu yang membuatkan Liya terpegun melihat wajah lelaki itu yang kacak walaupun berkulit kuning langsat.

Liya meletakkkan helmetnya dalam but bawah tempat duduk.Rain yang memandang Liya mengenakan abaya berwarna biru itu nampak cantik dimatanya.

"Awal sampai harini?"soal Rain yang berjalan ke arahnya menggunakan tongkat.

"Ermmmm....awal sebab Datin Fazira nak jumpa saya..."ucap Liya.

"Ohhh Bonda nak jumpa.."ucap Rain sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Tuan dah sarapan ke...duduk dekat luar ni?"soal Liya.

Rain mengangguk perlahan.

"Bonda ada dekat dalam. anyway nice abaya..."ucap Rain.

Liya mengangguk perlahan dan senyum sedikit.

"Saya nak masuk... Tuan nak duduk dekat luar ke?"soal Liya.

"Saya nak exercise sikit... untuk kuatkan kaki saya...awak masuklah.."ucap Rain.

Liya terus masuk ke dalam rumah.Dia lihat Datin Fazira sedang duduk diruang tamu.

"Asalamualaikum...Datin.."ucap Liya sambil bersalaman dengan wanita itu.

"Walaikumusalam...duduk Liya..."ucap Datin Fazira.

Liya melabuhkan punggung disofa sambil menunggu bicara Datin Fazira.

"Begini...tujuan saya datang jumpa Liya...berkaitan dengan Rain... sebenarnya..saya bersyukur sebab Rain dah makin pulih.Dan saya sangat berterima kasih pada Liya sebab banyak bantu saya.Banyak bantu Rain selama ni..."ucap Datin Fazira.

Liya senyum.

"Sama-sama Datin...saya buat mana saya mampu.. selebihnya Tuan Rain yang usahakan"ucap Liya.

Rain mendekati pintu masuk rumah.

"Begini.. saya rasa saya perlu tamatkan perkhidmatan awak dekat sini..."ucap Datin Fazira.

Liya tidak terkejut dia dapat menjangka perkara itu akan berlaku.

Rain terkejut Bonda memberhentikan Liya kerja tanpa berbincang dengannya.

"Saya faham...apa yang Datin maksudkan tu..takpe...mungkin rezeki saya tamat dekat sini.."ucap Liya.

"Saya perlukan khidmat awak sampai hujung minggu ni je...bolehkan?. Lagipun saya ada bincang dengan bekas suami saya yang saya nak bawa Rain pergi ke Australia untuk dapatkan rawatan dekat sana "soal Datin Fazira.

Liya mengangguk perlahan dan memaksa bibirnya untuk senyum.Walaupun dalam hatinya di robek dengan pisau.

Rain menggengam tongkatnya.Itu bermakna dia hanya ada masa sampai minggu ni sahaja untuk bersama Liya.

"Takpelah Datin saya pergi panggil Tuan Rain kejap.."ucap Liya.

Rain berpaling dengan laju.Liya keluar dari pintu melihat Rain yang berdiri tegak didepannya.

"Tuan...."panggil Liya.

"Jadi kau setuju untuk tinggalkan aku?"soal Rain pada Liya.

"Itu kan memang kontrak kerja saya...jadi saya kena terima semuanya.."ucap Liya.

Rain berpaling dan mendekati gadis itu.Dia menundukkan wajahnya dan cuba meraih tangan Liya tapi Liya mengelak dengan lebih laju.

Rain mendongak memandang Liya.

"Setiap pagi...orang pertama yang aku nak jumpa adalah kau..tapi lepas ni kau tinggalkan aku... macamana dengan hari-hari aku....."ucap Rain pada Liya.

Liya diam membeku.

Rain menundukkan wajahnya dan berpaling tanpa melihat wajah Liya.

Apa patut saya buat Rain?.

Apa patut saya buat untuk awak?

Saya pun tak mampu nak tinggalkan awak...tapi saya tak nak hati awak sakit....kalau awak tahu saya penyebab awak jadi begini?.

Saya pun tak mampu nak tinggalkan awak...tapi saya tak nak hati awak sakit....kalau awak tahu saya penyebab awak jadi begini?.

Share this novel

Zue
2023-09-09 21:59:32 

xsanggup Klau rain benci liya


NovelPlus Premium

The best ads free experience