BAB 2

Drama Completed 84966

Sebaik sahaja dia betul-betul mendapat maklumat yang lelaki itu bakal keluar dari hospital hari ini.

Liya membonceng motornya menunggu didepan pintu utama hospital.Dari jauh dia nampak lelaki itu yang nampak tenang.

Dia hanya mampu melihat Jebat keluar dari hospital yang mana semua bilnya telah diselesaikan.Untuk mendekati, dia bimbang akan menjejaskan emosi lelaki itu.Kerana itu dia sanggup digelar pengecut.Andai selamanya dia perlu menjadi bayang sahaja pun dia rela.

Sebaik sahaja pemuda itu masuk ke dalam kereta,dia mengikut kereta itu rapat dan sehingga dia masuk ke sebuah perumahan elit.Dia melihat kereta itu berhenti didepan sebuah rumah yang cukup besar berbanding rumahnya.

Dia memberhentikan Yamaha Nvx miliknya di simpang jalan.Sedikit jauh tapi jelas dia nampak ada orang yang membantu lelaki itu turun dari kereta itu untuk duduk atas kerusi roda.

Liya nampak jelas wajah lelaki itu tidak beriak.Nampak begitu kosong.Dia mahu mendekati tapi berat kakinya untuk melangkah.

Namun, dia teringat pesan jururawat yang bertugas di hospital dimana lelaki itu dalam keadaan yang tidak cukup bersedia dan selalu mengamuk.

Panggilan telefon dari Effa menyentak renungan Liya.Dia terus menekan punat pada telefonnya.

"Liya kau dekat mana?"

"Dekat sini-sini.."jawabnya bagi menyembunyikan kebenaran.

Effa mengeluh berat.

"Kau ni boleh jangan sesuka hati nak keluar penat aku nak cover kau ni.."bebel Effa.

"Yalah aku datang"jawabnya sebelum talian dimatikan.

Dia menghidupkan enjin motornya.Motor dengan perlahan mendekati kawasan depan rumah Jebat.Kemudian, dia menekan brek.Berhenti tepat depan pintu pagar itu.

Tidak lagi mampu menahan perasaan sendiri.Liya terus memulas pedal dan berlalu.

***********

Kerusi roda ditolak perlahan ke dalam biliknya.Sepatutnya kalau kejadian tu tak berlaku dia sudah pulang lebih awal di rumah.Tapi sebab kelalaian orang lain dia jadi mangsa terperap lama di hospital.

"Rain rehat dulu ya..."ucap Datin Fazira.Rain diangkat oleh pembantu doktor yang diupah untuk menjaga Rain.

"Rain nak rehat tolong semua keluar dari bilik ni"ucap Rain.

Datin Fazira memandang anaknya itu.

"Kalau macam tu Bonda tinggalkan Rain dengan Nathan ya?"soal Datin Fazira.

Nathan memandang anak majikannya itu.

"Rain...tak perlukan sesiapa dalam bilik ni...tolong keluar!!!"jerit Rain sehingga merah wajahnya.

"Takpe Datin saya keluar..."ucap Nathan yang keluar memandangkan emosi Rain masih belum stabil lagi.

Datin Fazira terus keluar meninggalkannya berseorangan dalam bilik.Pintu ditutup rapat.

Rain merenung kakinya yang masih terdapat besi itu.Dan dia terpandang gambar di sisinya itu.Gambar sewaktu dia berada di luar negara menikmati penerbangan.Dia memanjangkan tangannya mencapai bingkai gambar itu dan dilemparkan di dinding.

Cadar digenggam dengan penuh geram dan sakit hati.

"Kenapa aku? Kenapa aku yang jadi macam ni? Apa aku nak buat dengan kaki aku macam n"soal Rain menghentak kepalanya di kepala katil.

Dia terbayang wajah kawan-kawannya yang sedang berseronok dan seakan mengejek dirinya yang sekarang.

Zamree ada menghubunginya beberapa hari lepas tapi dia menghiraukan panggilan itu.Untuk waktu sekarang dia tak perlukan kawan-kawannya sekarang.Dia malu nak jumpa kawan-kawannya buat masa ini.

*************"

Liya termenung jauh memikirkan tentang lelaki itu.Effa yang melihat kawannya itu sudah agak lain terus mendekati.

"Liya....kau okay tak ni?"soal Effa yang risau.

"Entahlah...aku pun tak tahu sejak akhir-akhir ni.. aku tak cukup tidur...kepala aku kusut sangat..."luah Liya.

Effa mendekati Liya.

"Cuba kau cerita dengan aku...jangan cakap kau risau dekat lelaki yang dekat hospital tu?"soal Effa cuba meneka.

Liya tak dapat nak sorok.

"Babe...kan tu bukan salah kau...benda jadi jadi terlalu pantas kan..asal kau nak fikir pasal dia?"soal Effa.

Liya mundar-mandir.

"Kau tak faham Effa....dia hilang keupayaan Effa.Aku puncanya dia jadi macam tu... mestilah aku risau.... kebahagiaan dia aku rentap macam tu je... sesiapa pun akan marah kalau apa yang dia pernah buat terbatas"luah Liya.

"Yes...aku tahu tu... Liya tapi kau tak perlu seksa diri kau untuk risaukan dia...dia ada keluarga boleh jaga dia..ke kau dah suka dia?"soal Effa sambil menunding jari pada Liya.

Liya tersentak.

Suka? Memang dia lihat lelaki itu ada rupa, walaupun lebam dan calar dimukanya tidak mencacatkan rupa paras lelaki itu.Tapi tak mungkin dia boleh jatuh hati terlalu cepat.

"Kau merepeklah"ucap Liya memotong andaian Effa.

"Kalau kau pergi bagitahu dia yang kau punca, kau rasa dia maafkan kau ke? Mahu dia maki kau..berbakul-bakul..tak payah cari pasal.."pesan Effa terus sambung melakukan tugasnya.

Liya mengeluh berat.

************

Pintu bilik diketuk sambil menatang dulang berisi makanan,segelas air dan ubat.Tapi bila tiada suara yang menyahut ketukannya itu,lantas Datin Fazira memulas tombol pintu.Keadaan bilik yang gelap dan bersepah sana sini itu diperhatinya dengan gelengan.

Sudah dua minggu anaknya itu keluar dari hospital.Dan sepanjang tempoh itu sudah lebih empat orang petugas fisioterapi hadir untuk membantu anaknya berhenti gara-gara tak tahan dimaki dan dimarahi anaknya.

Tapi tak tahu cara apa harus digunakannya untuk memulihkan kembali semangat anak lelakinya yang sudah runtuh.Malah, makin hari makin menjadi sikap baran anaknya itu.

Dulang diletakkannya di atas meja kecil disebelah katil.Dia memandang anaknya yang duduk sendirian di kerusi roda sambil memandang kosong langsir balkoni yang tertutup rapat.

Tangannya pantas menarik kasar langsir didepannya.

Terus masuk cahaya matahari di luar ke muka Rain.Sikit demi sedikit kelopak matanya dibuka semula.

Datin Fazira berpeluk tubuh dihadapan anaknya itu.Wajah itu tidak terurus dengan rambut kusut dan kumis mula tumbuh.

"Sampai bila Rain..nak berperangai macam ni? Mama fed up tahu...dahlah Rain boleh halau orang yang nak buat rawatan dekat Rain?.Rain kena bangkit lawan semuanya.Bonda nak Rain yang dulu..mana pergi Rain yang dulu?"hati ibunya merintih saban hari melihat keadaan anaknya itu.Seperti jasad sahaja yang tinggal rohnya hilang entah kemana dia pun tak tahu.

Rain menarik rambutnya diam.Kata-kata Bonda itu hanya ibarat angin sepoi-sepoi menyapa halwa telinganya.

Datin Fazira melutut depan anaknya itu.Tangan Rain diraih dan digenggam erat.

"Sedar Rain... Allah bagi Rain peluang...untuk teruskan hidup yang lebih baik..Rain tak boleh terbang takpe... Rain boleh buat benda lain..."

"Buat apa?"soal Rain tanpa perasaan.

"Rain...boleh tolong dekat restoran.Tak pun kerja dengan Ayahanda"usul Datin Fazira.

Buat beberapa ketika bilik yang sunyi itu pecah dengan ketawa kuat.Kemudian airmatanya pula mengalir lesu.

**********

Liya memandang iklan di Whatsapp miliknya itu yang disebarkan oleh seorang kawannya.

"Mencari petugas fisioterapi boleh hantar resume pada email dibawah"baca Liya.

Dia melihat nombor pada risalah itu.Dia menekan nombor telefon itu.Dan mencuri-curi untuk bercakap dengan telefonnya.Dia kenal nama pemilik risalah ini

"Hello..."satu suara asing.

"Hello...saya nak tanya pasal jawatan petugas fisioterapi ni..masih ada ke? "soal Liya.

"Belum lagi...saya memang mencari petugas fisioterapi anak saya...ramai yang menolak jawatan ni..saya takut kalau cik tak sudi"ucap pemanggil.

"Erm...saya sudi nakkan jawatan ni...sebab saya perlukan duit..."ucap Liya menipu.

"Oh yeke...tapi kalau saya minta awak datang rumah saya boleh? Kita bincang dekat rumah saya lebih mudah dari dalam telefon"ucap wanita itu lagi.

"Boleh... boleh...saya boleh jumpa Puan..."ucap Liya menutup mulutnya.

"Baiklah nama saya Datin Fazira.Nanti saya mesej awak lokasi rumah saya..awak boleh hantar resume pada email saya"ucap Datin Fazira.

"Baiklah... terima kasih Datin.."ucap Liya mematikan panggilan.

Dia rasa mahu menangis sekarang ni.Ini je rasanya peluang yang dia ada untuk dekat dengan lelaki itu.Dan dia akan cuba bantu untuk pulihkan lelaki itu.

"Kau boleh... Liya...kau kena kuatkan diri kau... jangan risau...dia tak kenal siapa kau..."ucap Liya dalam hatinya.

Dia tak sangka dia betul-betul berdiri depan rumah ini.Timbul rasa mahu lari dalam dirinya.Dia melihat persekitaran rumah itu yang terjaga rapi dan bersih.

Pintu automatik itu terbuka membuatkan Liya terkejut.Dia melangkah masuk dengan hati-hati.

"Asalamualaikum...."sapa Datin Fazira saat dia melihat seorang gadis yang manis berdiri didepan pintu rumahnya.

"Walaikumusalam..... Datin...saya Liya yang mohon jawatan petugas fisioterapi tu.."ucapnya memperkenalkan dirinya.

Datin Fazira melihatnya dari bawah ke atas.Dia dah tak keruan.Rasanya peluhnya hampir jatuh depan mata Datin Fazira.

Dia memegang jarinya kuat.Dia takut kalau Datin Fazira mengenali siapa dirinya nanti.Rosak segala rancangannya nanti.

Dia memegang jarinya kuat.Dia takut kalau Datin Fazira mengenali siapa dirinya nanti.Rosak segala rancangannya nanti.Berjayakah Liya mendapatkan jawatan tersebut? Apa pandangan pertama Rain tentang petugas baru itu?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience