BAB 13

Drama Completed 84966

Liya tidak dapat melelapkan matanya.Dia memandang Effa yang lena berdengkur halus disofa berdekatan dengannya.Dia bangkit perlahan dari katil dan mendekati kawan baiknya.Dia mencapai selimutnya dan menutup tubuh itu yang meringkuk.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan aku.."ucap Liya melihat botol airnya sudah kosong.
Dia nak kejutkan Effa tapi kesian.Jadi dia buat keputusan keluar dari wad.Pintu wad ditutup secara perlahan takut menganggu tidur Effa.Dengan perlahan berjalan mencari dimana terletaknya penapis air.

Dia nampak penapis air tidak jauh darinya.Dia tersenyum kerana rupanya tidak jauh dari biliknya.

Kakinya melangkah perlahan dengan tangannya menarik besi IV sekali.

Tangannya mahu membuka penutup botol untuk mengisi air tapi ketat.Sama ada dia yang tak mampu nak buka atau memang penutupnya ketat dia sendiri tak tahu.

Dia cuba sekali lagi.Itu membuatkan tangannya sakit.

Liya putus asa untuk membukanya.

Satu tangan mencapai botol ditangannya dan membuatkan Liya memandang wajah didepannya itu.

Lelaki itu membuka botol dan mengisi air dalam botol yang dipegang Liya tadi.

"Dr Nathan"ucap Liya.

Lelaki itu hanya beriak biasa.Botol yang sudah penuh ditutup rapat dan diberi pada Liya.

"Kenapa awak tak cakap yang awak masuk hospital?"soal Dr Nathan dengan nada serius.

"Macamana Dr Nathan tahu saya dekat sini?"soal Liya dengan soalan semula.

"Effa kawan serumah awak...sebab malam awak balik lambat tu saya ada mesej dia tanya awak dah balik belum...and then dia baru jawab yang awak dekat sini"ucap Dr Nathan.

Liya membisu.

"Boleh saya cakap dengan awak kejap?"soal Dr Nathan memandang anak mata Liya.

**********

Ruang itu terasa sepi dan kosong.Hanya mereka berdua sahaja yang ada.

"Saya dengar semuanya dari Datin pasal awak"ucap Dr Nathan sambil memeluk tubuh.

Liya menundukkan wajahnya.

"Mesti Dr bencikan saya sekarang macam Rain benci saya sekarang"ucap Liya.

Dr Nathan menggelengkan kepalanya.

"Saya tak benci awak pun...mesti ada sebab kenapa awak cuba rahsiakan semuanya daripada Rain.Sebab awak nak dia bahagia macam dulu"ucap Dr Nathan.

Liya menggengam jarinya.

"Saya cuba terangkan pada Rain tentang perkara ni tapi mustahil untuk dia dengar saya.Saya tak salahkan takdir pun"ucap Liya.

Dr Nathan memandang Liya.

"Jadi awak tahu yang dia nak saman awak tu?"soal Dr Nathan.

Liya mengangguk perlahan dan senyum sedikit.

"Saya bersedia hadap semua tu...kalau betul dia nak saman saya pun saya tak kisah.Yang penting saya dah bagi semua pada dia"ucap Liya.

"Awak suka dekat Rain ke?"soal Dr Nathan.

Liya memandang wajah Dr Nathan.

"Semua dah jadi bubur..dia sendiri cakap saya dah hancurkan semuanya.Kepercayaan dia...hati dia...jiwa dia...jasad dia..."ucap Liya tergagap-gagap menahan tangis.

Dr Nathan menepuk bahu Liya menenangkan Liya yang nampak sudah tidak tahan menghambur tangis.

"Lepas ni...apa awak nak buat?"soal Dr Nathan.

"Mungkin jumpa dia dekat mahkamah"ucap Liya mendatar.

Dr Nathan mendengus kasar.

"Liya.... you have to be strong...saya kenal awak seorang yang kuat jadi saya tak nak awak lemah.Saya percaya Rain masih ada perasaan cinta pada awak.Tapi ego dia terlalu tinggi"ucap Dr Nathan.

Liya tersenyum tawar.

"Terima Kasih sebab sudi nak dengar masalah saya"ucap Liya sambil mengesat air matanya.

"Sama-sama... Saya anggap awak macam adik saya...kalau awak ada masalah bagitahu je saya.."ucap Dr Nathan pada Liya.

Liya mengangguk perlahan.

Effa tergopoh mencari Liya diluar.Dia berlari sebaik melihat Liya duduk dikerusi.

"Liya...kau pergi mana?"soal Effa menegur Liya.

"Effa... sorry..aku ambil air kejap..."ucap Liya.

Effa bercekak pinggang.

"Kenapa tak bagitahu aku... ni nak tercabut nyawa aku tengok kau tak ada atas katil tadi.Ni siapa ni?"soal Effa melihat ada lelaki disebelah Liya.Ini ke Rain?.

Effa mendekati lelaki itu.

"Ohhh jadi kaulah yang acah-acah hebat nak hantar surat saman pada Liya.Berani kau tunjuk muka dekat sini.Kau datang sini buat apa? Nak sakitkan hati Liya?"marah Effa pada lelaki itu yang dia yakin itu adalah Rain.

Dr Nathan dah berundur sedikit ke belakang Liya.

Liya menghalang Effa.

"Effa...kau salah faham ni...bukan Rain.Ni Dr Nathan"ucap Liya menerangkan pada Effa.

Effa memandang lelaki itu.

"Ya saya Dr Nathan yang awak telefon malam semalam.Saya bukan Rain..."ucap Dr Nathan.

"Jadi apa dia buat dekat sini? Nak report dekat Rain tu yang kau ni sakit macam tu?"soal Effa lagi.

"Relakslah Effa...dia cuma tanya keadaan aku je... lagipun kau yang bagitahu dia aku dekat sini..."ucap Liya.

Effa memeluk tubuhnya merasa malu dengan tindakan bodohnya tadi.

"Saya minta maaf kalau kehadiran saya membuatkan Cik Effa salah faham.Liya...saya minta diri dulu.."ucap Dr Nathan pada mereka berdua.

Dr Nathan berlalu dari situ.

Liya memukul lembut lengan Effa.

"Kau ni...buat malu je...dah jom pimpin aku masuk bilik"ucap Liya menarik lengan Effa.

"Dah dia muncul macam tu...aku marahlah"ucap Effa selamba.

"Kan nasiblah kena marah dengan anak pengetua sekolah"ucap Liya sambil gelak kecil.

************

Bunyi pembesar suara dan lagu yang kuat sama seakan menyapa perlahan ditelinganya.
Fikirannya betul-betul serabut sekarang ni.

Dalam gelombang manusia yang sedang menari sambil mengikut rentak muzik yang terpasang sedikit tidak menarik perhatiannya.Dia duduk ditempat VIP hanya memerhati dari atas sahaja.Manusia yang terkinja-kinja serupa beruk terlepas dari kandang.

Air coca cola dalam gelas didepannya digoyangkan berkali-kali sebelum diteguk kasar.

"Rain..."panggil satu suara yang dia sangat kenal.

Dia pandang pada gadis itu memang betul itu Liya.Tapi apa Liya buat dekat sini?.Penampilan Liya yang agak terdedah itu mengejutkan matanya.

Liya tidak sepatutnya ada ditempat yang terkutuk ni?.Liya perempuan yang baik...

"Liya..."ucap Rain dengan perlahan.

Liya senyum dan tangannya menyentuh pipi Rain.

"Kenapa dengan awak? Saya boleh tolong awak"ucapnya sambil mengelus pipi lelaki itu.

Rain bingung tapi dia sangat rindukan Liya.Dia rindukan pandangan mata Liya padanya.Dia rindu bertapa Liya mengambil berat tentangnya.

"Saya rindukan awak.. Liya..."ucapnya.

Liya yang berada didepannya tersenyum.

"Aku pun rindukan..."suara Liya bertukar lain.Rain baru sedar yang berada depannya sekarang ni bukan Liya.

Dia menolak tubuh itu kuat.Lalu dia bangkit perempuan yang tadi dia nampak seperti Liya ternyata orang lain.

"Awak nak pergi mana?"soalnya sambil memegang wajah Rain.

"Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau"ucap Rain marah terus keluar dari kelab malam itu meredah berpuluh-puluh orang.

*************

Dia melihat kawan Liya keluar dari wad.Jadi dia berjalan dengan langkah laju mendekati wad Liya.Dia melihat kedalam risau sekiranya ada orang lain lagi dekat dalam.


Setelah memastikan semuanya selamat.Pintu wad ditolak perlahan, dia melihat dalam bilik itu kosong kecuali Liya yang masih lena atas katil.

Dia menghampiri katil itu.Dari atas sampai ke bawah dia memerhati Liya.

Tangannya diseluk pada poket belakang seluarnya dan mengeluarkan sebotol cecair kloroform dan satu kain disebelah tangan kirinya.

Sebelum kawan Liya masuk semula baik dia bertindak sekarang jugak.Cecair kloroform diletakkan pada kain dan dia menekup mulut Liya dengan kain itu.

Dalam beberapa saat, Liya sudah dipengsankan.Dia mendekati sebelah kiri Liya.Tangannya mencabut jarum yang ada pada tangan itu dengan hati-hati.

Selimut diambil menutup badan Liya kemudian diangkat dibawa keluar dari wad itu tanpa disedari oleh sesiapa.

Dia melalui tangga kecemasan untuk keluar dari situ.

Effa yang kembali ke wad Liya setelah membeli kopi mesin.Pintu dibuka dan kopi ditangannya jatuh ke lantai.

Dia terkejut melihat katil itu kosong.

Liya diletakkan dalam kereta dengan hati-hati.Dia menyelak rambut gadis itu tertutup sedikit.Selimut tadi dia tutup badan itu dari masuk angin sejuk malam ini.Wajah pucat itu disentuh lembut.Tali pinggang keselamatan ditarik dan dipasangkan.

Pintu kereta ditutup.

Dia memerhati sekeliling berharap tiada sesiapa nampak.Dia terus masuk ke dalam bahagian pemandu dan meneruskan perjalanan membelah malam bersama dengan Liya disebelah.


"Mungkin kamu akan menang
Tetapi kamu akan kehilangan seseorang.

Kamu akan sedar

Kamu kalah dalam menang"

"Mungkin kamu akan menang Tetapi kamu akan kehilangan seseorang. Kamu akan sedar Kamu kalah dalam menang"

Share this novel

Zue
2023-09-12 00:30:30 

sapa pulak yg culik Liya ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience