Liya mengelak memandang pandangan Rain padanya.
"Aku cuma tanya je..."ucap Rain dengan nada serius.
"Takpelah saya pergi dapur hantar dulang dulu...kejap lagi saya bagi ubat..."ucap Liya membawa dulang dengan menggigil menahan sakit.
Rain memandang kaki Liya berjalan terincut-incut itu.
Liya kembali ke ruang tamu untuk bagi ubat tapi lelaki itu sudah tiada diruang tamu.Dekat atas rasanya?.Liya naik ke tingkat atas untuk bagi ubat pada Rain.
Rain merenung ke luar beranda.Nampaknya harini cuaca akan hujan sepanjang hari.Dia teringat cuaca semasa dia berada di Itaewon pada hari kedua dia berada disana.
Pemandangan dari restoran Eid Halal itu sangat mendung dan hujan renyai-renyai.
Samgyetang terhidang didepan matanya.Aroma ginseng dan ayam itu memang kombinasi yang terbaik.Lagi-lagi bila makan panas dalam cuaca sejuk.
"Hati dah sampai Malaysia ke?"soal Kapten Eric.
Rain hanya tersenyum sahaja.
"Jauh mana kita merantau Malaysia juga tempat paling best"ucap Rain menghirup sup didepannya.
"Betul...pertama kali datang sini...menu pertama yang I nak cari Nasi lemak...tak kena makan seminggu tak sah...rasa hari kita tak lengkap"ucap Kapten Eric yang menikmati hidangan bulgogi bibimbap.
"Kapten tu...takpelah balik Malaysia ada isteri yang tunggu dengan anak..saya ni..balik tiada siapa nak tunggu saya...hidup membujang macam nilah..masa kerja seronoklah bila balik rumah sunyi..."ucap Rain.
Kapten Eric gelak kecil.
"Sebab tu kena kahwin cepat supaya ada orang tunggu you dekat rumah...tanya khabar... masakkan untuk kita...ni saya tengok Rain dah lain tak macam dulu....kadang keluar dengan pramugari lain.."ucap Kapten Eric.
"Itu...dululah Kapten... sekarang saya rasa...semua tu dah tak perlu dalam hidup saya...biarlah...kalau ada jodoh kahwin tak ada it's okay..."ucap Rain.
"Awak ni...dah cukup pakej... jangan memilih sangat...ketulusan dan keikhlasan seseorang kita kena pandang"pesan Kapten Eric.
Rain mengangguk perlahan.
Liya masuk ke dalam bilik itu membiarkan pintu terbuka luas .Dia berjalan ke ruang bilik sebelah.Tangannya diangkat mahu mengambil ubat.
"Auchhh.... pedihnya...."rintih Liya memegang tangannya yang bercalar itu.Dia mengambil ubat dan diletakkan dalam pinggan sebelum dia bawa keluar dan berjalan ke arah lelaki itu yang masih dalam keadaan yang sama.
"Tuan...ni ubat Tuan.."ucap Liya menghulurkan ubat.Rain yang tersedar dari lamunan memandang ubat dalam piring itu dan keluhan keluar dari mulutnya.
Liya lega harini angin puting beliung lelaki itu elok sikit.
"Erm... Tuan nak mula fisio ke?"soal Liya.
"Tak nak...aku tak nak buat..sakit...."ucap Rain mendatar.
Liya menggaru kepalanya yang tak gatal.Nanti paksa marah, aku yang kena hamun.
Liya berdeham.
"Okay...tapi Tuan nak buat apa... sekarang? Apa kata saya bukakan Netflix untuk Tuan?"soal Liya sambil menayangkan senyuman.
"Aku memang tak pernah buat apa-apa sejak aku keluar dari hospital.Kalau kau nak buka suka hati kaulah"ucap Rain.Liya mendekati rak televisyen mengambil alat kawalan jauh.
Dan ditekannya mencari filem-filem yang terbaik untuk ditonton.Dia beralih pada filem baru yang ada.
"Seriously kau nak tengok cerita melayu?"soal Rain dibelakangnya.
"Ahhh...tadi tuan suruh buka je...saya ikut jelah.."ucap Liya.
"Netflix is all about international film... rugilah kau tengok cerita melayu...bukak cerita One piece"arah Rain pada Liya.
Liya menekan filem yang disebut Rain tadi.Dia meletakkkan kembali alat kawalan jauh itu.
Dan mahu melangkah keluar.
"Kau nak pergi mana? Kau tak dengar aku cakap tengok filem ni dengan aku..."ucap Rain.
"Bila masa Tuan suruh tengok sekali...Tapi saya tak minat tengok cerita macam ni...saya tak faham..jalan cerita dia...."ujar Liya jujur.Dia bukan minat pun cerita yang dari komik ke atau cerita yang banyak series macam avengers ke?.
Rain mencerlung tajam padanya.
"Kalau kau tak tengok macamana kau nak faham...duduk dekat situ...bukan kau ada kerja lain selain nak kena jaga aku..."arah Rain.Liya memandang sofa satu berdekatan dengan televisyen.
Liya berpaling mengadap lelaki itu.
"Tapi Tuan...nak baring ke?"soal Liya.
"Kau ingat aku strok ke nak baring je memanjang..."ucap Rain dengan nada keras.Liya tidak banyak bercakap terus duduk di sofa yang empuk itu.
Dengan hujan dekat luar tambah pulak penghawa dingin dalam bilik lelaki ini.Cerita baru mula beberapa minit Liya sudah menguap dan matanya mula berat.
Dia cuba untuk pura-pura tengok tapi dia rasa mengantuk sangat.
Dia memandang Rain yang fokus pada televisyen jadi dia buat-buat tengok.
Rain memandang gadis itu yang senyap tidak bersuara dari tadi.
Dia menjengah sedikit tapi tak nampak muka.Kerusi roda ditarik mendekati sofa itu.Rupanya betul tekaannya gadis itu tidur.
"Bertuah punya perempuan aku suruh tengok movie dengan aku...dia pergi membuta.."ucap Rain dalam hati.
Tangan Liya bergerak ke arahnya membuatkan dia terkejut nasib tak kena kakinya yang sakit.
Matanya memandang pada tapak tangan Liya yang bercalar dan merah seakan melecet.Dia memandang gadis itu yang cukup lena.
Dia mahu menyentuh tapi tak jadi.Jadi betul tekaan aku tadi dia jatuh? Motor?.
Dia menolak kembali kerusi rodanya ke belakang.
Filem yang ditayangkan pun sudah habis.Liya membuka matanya perlahan.Dan dia baru tersedar yang dia tertidur tadi.
"Seronok tidur?"soal Rain sambil keningnya terangkat sebelah.
Liya membetulkan kedudukannya.
"Minta maaf Tuan...saya dah cakap saya tak minat tengok cerita ni..."ucap Liya membetulkan rambutnya.
Rain masih fokus pada tangan Liya.
"Tuan nak baring dekat katil ke?"soal Liya.
"Boleh juga...sakit pinggang aku duduk sini..kau senanglah boleh tidur.."perli Rain.
Liya bangkit dan menolak Rain ke arah katil.
Rain bangkit dan duduk atas katil.
"Saya turun dulu... Tuan rehatlah kejap lagi Dr Nathan datang..."ucap Liya.
Wajah yang berkumis nipis itu dan rambut yang panjang memandangnya lagi.
Liya mahu beredar tapi lengannya ditarik Rain.Dia berkerut menahan sakit.
Rain tahu Liya sedang menahan sakit sebenarnya.
"Tuan....nak...apa...lagi...?soal Liya memejamkan matanya.
Rain menegakkan badannya dan menarik lagi sekali tangan Liya.
"Sakit Tuan!!!!"jerit Liya menarik tangannya.Rain tersenyum sinis.
"Aku tahu kau jatuh...kan..?"soal Rain padanya.
"Sikit..je...saya okay..."ucap Liya tak nak lelaki itu fikir dia mengada nanti.
"Tu sikit namanya....kau kena jaga aku tau...kalau kau sakit macamana kau nak jaga aku..."ucap Rain dengan tegas.
"Tuan tak perlu risaukan saya...nanti balik saya letaklah minyak gamat ke..."ucap Liya sambil membelek tapak tangannya.
"Siapa kata aku risaukan kau....kau jangan nak perasan boleh tak?"soal Rain.
Liya mengigit bibirnya.
"Takpelah...Tuan...Achuu....Achuu.."Liya terbersin pula depan Rain tanpa sempat dia nak mengalihkan wajahnya ke tempat lain.
Rain memejamkan matanya.
"Dalam banyak-banyak orang yang jaga aku...kau paling buat aku tak selamat tau.Kau nak bagi aku virus ke?"ucap Rain padanya sambil jari ditunding ke arahnya.
"Sorrylah...saya tak tahu saya nak bersin...takpelah saya keluar dulu... Tuan rehatlah"ucap Liya.
Baru kaki mahu melangkah keluar, Dr Nathan masuk ke dalam bilik.
"Good morning Dr Nathan..."ucap Liya.
"Morning...Hi bro sorry lambat...jalan jem harini.. Liya harini buat apa je...?"soal Dr Nathan.
Dia baru nak buka mulut menjawab pertanyaan tiba-tiba ada nyamuk tolong jawabkan.
"Erm.....Minah ni tak buat fisio dekat aku...sebab tangan dia melecet jatuh motor..."sampuk Rain dibelakangnya.
Liya memandang lelaki itu dengan geram.Aku pulak yang tak nak buat fisio dekat kau?.Ini sudah lebih.
"Melecet?...Mana saya tengok..."ucap Dr Nathan meletakkkan begnya atas kerusi berdekatan.
Liya menyorokkan tangannya dibelakang.
"Kau tarik je tangan dia..."cadang Rain.
Dr Nathan memandang Rain.
Liya menghulurkan tangannya pada Dr Nathan.
"Uishh...pedih ni kalau kena air..kejap..saya ambil ubat.dengan pembalut."ucap Dr Nathan laju membuka beg yang dibawanya tadi.
Dr Nathan menyuruh Liya untuk duduk dulu.
"Macamana Liya boleh jatuh?"soal Dr Nathan padanya.
Liya sekali nak buka mulut dan disitu nyamuk pun berkata.
"Kes bawa laju ni...sebab golongan macam nilah...aku jadi macam ni..."ucap Rain.Bernanah telinga Liya mendengarnya.
"Ada kereta brek emergency saya tak sempat berhenti lepas tu jatuh...kereta tu berambus macam tu je.."cerita Liya pada Dr Nathan.
Rain menjelingkan matanya memandang gadis itu yang tidak peduli padanya.
Tangan Liya dibalut oleh Dr Nathan.
"Lambat sikit tadi mesti bengkak.. tempat lain ada sakit tak?"soal Dr Nathan untuk memastikan tiada luka lagi.
Liya menggelengkan kepalanya laju.
"Kaki kau terincut jalan macam penguin apa dia"ucap Rain lagi mencelah.
Dr Nathan memandang Rain.
"Ye ke?"soal Dr Nathan.
"Takdelah...tak payah dengar cakap...dia..saya turun bawa dululah... terima kasih Dr Nathan..."ucap Liya terus melangkah keluar dari bilik itu.
Dia menutup pintu bilik itu.Giginya diketap geram.Sibuk saja Rain ni... Kenapalah mulut kau tu tak luka juga...menyampuk je kerjanya...
Dr Nathan memandang Rain dengan pelik.
"Kenapa kau tengok aku macam tu?"soal Rain sambil mengangkat tangannya.
"Something weird with you Mr Rain..."ucap Dr Nathan.
What???? Weird... that's not me...maybe that girl was weird.
What???? Weird... that's not me...maybe that girl was weird.
Share this novel