Tangisan Liya mengejutkan Rain yang sedang menaip di komputer riba di meja kerjanya.Dia perlu menyiapkan akaun restoran memandangkan sudah mahu hujung bulan.
Dia fikir Liya bermimpi pada awalnya tapi tangisan itu menjadi semakin kuat.Dia bingkas bangkit dari kerusi dan menuju ke arah katil.
"Sayang!!"kejut Rain sambil menepuk bahu Liya.
Mata itu pejam tadi menangis.
"Liya!!!"ucap Rain lembut bagi menyedarkan isterinya yang tenggelam dalam kesedihan.
Liya perlahan membuka matanya apabila dirasakan tubuhnya digoyangkan berkali-kali.
"Liya Kenapa?"soal Rain.
Liya memandang suaminya dan terus dia bangun mendakap erat tubuh itu.Masih ada tangisan yang kuat.
Rain mengusap rambut Liya perlahan.
"Sayang Kenapa ni? Sakit ke?"soal Rain lembut.Liya masih tidak menjawab sebaliknya tangisan itu makin kuat.
Ketukan pintu bilik mengalihkan pandangan Rain.Datin Fazira berada dipintu bilik sebaik dia mendengar ada orang menangis.
"Kenapa dengan Liya Rain?"soal Datin Fazira.
Rain menggelengkan kepalanya laju.
"Sayang....pandang Saya... Kenapa ni?"soal Rain lagi.Liya melepaskan pelukannya dan memandang suaminya dengan esakan.
"Aah Liya Kenapa ni? Sakit dekat mana-mana ke?"soal Datin Fazira.
Liya memegang tangan suaminya dan diciumnya berkali-kali.Rain mengesat air mata itu.
"Kenapa cerita dengan saya?"soal Rain risau.Dia jarang melihat Liya menangis seteruk itu.
"Saya...mimpi...awak..awak... tinggalkan...saya..."ucap Liya tersedu sedan.
Rain tersenyum manis.
"Tak ada awak mimpi je...kan Saya dah pesan jangan tidur waktu asar...kan dah mimpi yang bukan-bukan.Syaitan pun jahat jugak kacau Sayang..."ucap Rain mengelus pipi Liya.Nasiblah kau syaitan kena marah dengan suaminya.
"Betul ni? Awak takkan tinggalkan saya?"soal Liya lagi.
Rain mengangguk perlahan.
"Insyallah.... sekarang saya ada depan awak...saya tak pergi mana pun.Saya ada buat kerja dekat situ"ucap Rain menunjukkan arah meja kerjanya.
"Liya okay kan?"soal Datin Fazira melihat menantunya begitu sayang dengan anaknya.
"Okay... sorry susahkan hati Bonda"ucap Liya.
Datin Fazira senyum.
"Rain...suruh Liya mandi segarkan badan lepastu solat..jangan biarkan dia terbawa-bawa nanti kesian anak"pesan Datin Fazira sebelum keluar.
"Baik Bonda "ucap Rain.
Rain bangkit dari duduknya.
"Awak nak pergi mana?"soal Liya menahan tangan suaminya.
"Saya nak ambil tuala mandi awak.Saya mandikan awak lepastu kita solat okay?"soal Rain pada Liya.
Liya melepaskan tangan Rain.
Almari dibuka dan dia mengeluarkan tuala dan baju salinan lepas Liya siap mandi nanti.Semua diletakkan atas katil.
Liya menurunkan kakinya ke lantai.Kalau ikut perkiraan dia sudah 36 minggu.
Rain menghulurkan tangan pada isterinya.Liya memaut lengan suaminya untuk ke bilik air.
***********
Pagi-pagi lagi Rain sudah mengejutkan dirinya.Dia paling malas kalau hujung minggu nak bangun cepat tapi sebab ajakan Rain yang mahu bersenam di taman rekreasi berdekatan rumah Datin Fazira diikutkan juga kehendak suaminya.
Baru dia berjalan beberapa langkah dia sudah mengah dan terbatuk-batuk.Dia mengecilkan matanya melihat Rain sudah jauh darinya.Jadi dia membiarkan sahaja suaminya itu bersenam sendiri.
Risau kalau dia ikut mahu terberanak dia dekat sini.Dia mendekati bangku batu berdekatan dan melabuhkan punggung perlahan.
Tudung sarung yang dipakainya sudah senget-senget dibetulkan.Dia mengusap perutnya yang semakin kedepan itu.
"Liya....!!!"panggil seseorang namanya.Dia mendongak memandang tubuh tinggi yang berjalan ke arahnya dengan senyuman dibibir.
Liya mencari dimana perginya Rain tapi tak nampak.
"Tengku Edrian...kan?"soal Liya pada lelaki yang mempunyai kulit sawo matang itu.
"Ishhh...awak ni...berapa kali saya cakap jangan panggil saya Tengku Edrian...panggil Ian je..."ucap Ian dengan ramah walaupun rasanya kali terakhir mereka berjumpa adalah 5 tahun lepas sewaktu graduasi.
Liya tersengeh-sengeh sahaja.
"Anyway.....bila due?"soal Ian melihat perut Liya yang agak sarat itu.
Liya memandang dirinya.
"Ahhh... sekarang 36 minggu"ucap Liya.
Ian mengangguk perlahan.
"Tak lama lagilah nak jadi ibulah awak.Kahwin tak jemput pun tahu-tahu nak ada ada anak"ucap Ian.
Liya memandang Ian.Aku bukan rapat dengan kau pun siap nak berjemput bagai.Kau dulu pun gunakan budak perempuan dalam kelas sebagai pelepas assignment kau je.
Kau ayat sikit perempuan cair but bukan untuk perempuan bernama Nuryn Eliya Binti Nadim.Yang boleh cairkan Nuryn Eliya Binti Nadim hanya Jebat Fahrain saja.
"Ahh...buat jemput ahli keluarga je...buat apa buat besar-besar membazirnya je..."ucap Liya.
Ian hanya tersenyum.
Rain baru selesai dua pusingan.Dia terhenti melangkah sebaik melihat ada kejadian tidak sedap depan matanya sekarang.
Siapa yang berborak dengan Liya? Nampak macam dah kenal lama?.Bekas teman lelaki Liya ke?.
"Betul juga tu...I pun terkejut setahu I awak orang paling susah orang nak ngorat dulu"ucap Ian.
"Takdelah...aku memang sengaja jual mahal untuk orang macam kau...yang tak layak jadi istimewa dalam hidup aku"ucap Liya dalam hati.
Liya membalas dengan senyuman.
"Awak datang jogging seorang je?"soal Ian.
"Sayang!!!!"panggil Rain.Ian dan Liya memandang ke arah yang sama.
Rain berjalan ke arah Liya.
Ian memandang lelaki didepannya dan memberikan senyuman sahaja.
"Siapa ni?"soal Rain pada Liya.
"Aahh...kawan masa universiti dulu.. Tengku Edrian "ucap Liya pada Rain.
Tengku Edrian menghulurkan tangan pada Rain untuk bersalaman.Rain memandang lelaki itu atas bawah.
Dari segi pemakaian biasa sahaja tiada yang istimewa mungkin skill mengayat lelaki ini power.
Liya rasa ada ketegangan.
Rain menyambut huluran tangan itu.
"Jebat Fahrain suami Liya..."ucap Rain mendatar.
Ian hanya mengangguk perlahan.
"Takpelah Liya...aku gerak dulu.Nice to meet you guys"ucapnya sebelum beredar meninggalkan mereka berdua.
Rain tidak lepas memandang lagi.
Liya memandang suaminya yang diam sahaja rupanya masih memandang arah Ian berjalan.
"Awak...duduk sini?"soal Liya.
Rain melabuhkan punggung disebelah isterinya.
"Rancak awak borak dengan dia...dari mana datang tu?"soal Rain pada isterinya.
"Entah...barangkali daripada planet gorgon"ucap Liya cuba melawak.
Rain mencerlung tajam.
"Okay......mana saya tahu dia datang dari mana... tiba-tiba je datang tegur saya...kalau saya boleh lari...saya dah larilah..pastu tiba-tiba dia borak dengan saya....jadi saya borak jelah....nanti dia cop saya kacang lupakan kulit pulak..."ucap Liya panjang lebar sebelum menghembuskan nafas.
Liya memandang suaminya yang masih memandangnya.
"Kenapa awak pandang Saya macam tu?"soal Liya.
"Itu ex boyfriend awak ke?"soal Rain.
Liya menghambur gelaknya.Dia melihat wajah Rain yang jelas cemburu dengan Ian tadi.
"Saya tanya...bukan suruh gelak.."ucap Rain serius.
Liya berhenti gelak.
"Bukanlah...saya tak ada masa nak bercinta dengan sesiapa masa saya belajar.Istilah Cikgu sekolah saya cakap bahawa jodoh awak ada dekat universiti tu...tak boleh dipercayai.Dia tu cuma gunakan pelajar perempuan untuk dia lepas markah assignment dia je..."terang Liya.
"Betul?"soal Rain.
"Awak...saya ni dah memboyot macam ni..tak ada masa..cukuplah saya ada ex boyfriend sorang je dulu...dia suka marah saya...baling pinggan...sampai pecah.Lepastu suruh saya masak...lepastu paksa saya tengok cerita yang saya tak suka tengok..."ucap Liya.
Rain tersenyum sampai ke telinga mendengarnya.
Bila difikirkannya balik dia rasa malu dengan perbuatannya dulu.
"Aduh malunya...."ucap Rain menutup wajahnya.
"Kenapa terkenang masa-masa awak layan saya teruk dulu?"soal Liya.
Merah padam muka suaminya menahan malu.
"Dah tak payah ingat pasal tu....buat malu tujuh keturunan je..."ucap Rain.
Liya mencebikkan mukanya.
"Eleh.....malu..."ucap Liya menyentuh hidung suaminya.
Rain bangkit.
"Jom...balik...matahari dah memancar..."ucap Rain menarik tangan Liya perlahan untuk bangun.
"Jom...kita pekena roti canai..kuah kari.."ucap Liya merangkul lengan suaminya berjalan.
"Aik...habis jogging tadi untuk apa...?"soal Rain.
"Alah...orang melayu selalu buat....lepas jogging makan....tak payah nak jogging sangat...sama je..saya tengok..."ucap Liya.
Rain tergelak kecil.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci.
Share this novel