BAB 8

Drama Completed 84966

Suara itu masih terngiang-ngiang.Dalam mimpi itu suara meminta maaf padanya tanpa henti.Pada mulanya dia anggap itu hanya permainan mimpi semata-mata.

Tapi terlalu kerap sejak kebelakangan ni.Entah silap yang mana.Suara itu berjanji untuk sentiasa ada bersamanya.

Aneh....bila wajah itu dia tidak nampak?.Dia juga dapat rasakan hangatnya sentuhan itu.Atas dasar apakah maaf itu dipinta dan kenapa suara itu mesti terus menghantui lenanya yang seketika cuma?.

Biarpun dia tidak kenal siapa yang kemalangan bersamanya malam itu malah wajahnya juga dia tidak dapat lihat mahupun nama dia tidak tahu...terlalu banyak persoalan bermain dimindanya?.

Ketukan pintu mengalihkan pandangan Rain pada Liya yang berdiri didepan pintu.

"Tuan...dah bangun?"soal Liya.

Rain memandang gadis itu yang berpakaian t-shirt biasa dengan seluar jeans.Dan tangan yang sudah dibalut tadi oleh Dr Nathan.

Liya memandang belakangnya melihat kalau-kalau Rain ada pandang apa-apa yang menarik dibelakangnya.

"Tuan...nak apa-apa?"soal Liya pada Rain.

"Aku bosan...."ucap Rain pada Liya.

Liya mengangguk perlahan.

"Jadi Tuan nak buat aktiviti apa-apa tak?"soal Liya.

Keluhan keluar dari mulut lelaki itu.

"Bawa aku keluar dari bilik..."arah Rain pada Liya.Liya membantu Rain untuk duduk dikerusi roda.

Kaki lelaki itu diletakkan pada alat penyokong.

"Saya tolak Tuan..."ucap Liya.

Rain hanya membiarkan sahaja Liya menolongnya.

Sebaik sampai dibawah Liya meletakkkan Rain di tepi kolam renang.

"Sini boleh Tuan..."ucap Liya.

Rain mengangguk perlahan.

"Saya ambil air kejap..."ucap Liya meninggalkan Rain berseorangan di situ.

Liya berjalan ke dapur mencapai gelas dan mengisi air.
"Rain ada dekat bawa ke?"soal Kak Anim.

"Ahh... katanya dia bosan... Liya bawa dia duduk tepi kolam..."ucap Liya tidak habis sebaik dia dengar bunyi percikan air.

Liya memandang wajah Kak Anim.Dia cemas cepat-cepat berlari keluar melihat Rain sudah berada dalam air dalam keadaan tertangkup.

"Ya Allah Rain Liya"ucap Kak Anim.

Liya terjun ke dalam kolam renang itu mengalihkan kerusi roda dan mengangkat tubuh Rain yang tertangkup.

"Tuan!!! Tuan!!!"panggil Liya sambil menampar pipi Rain.Dia cemas melihat wajah itu.

"Liya...."panggil Kak Anim.

"Kak Anim telefon Dr Nathan sekarang!!!"ucap Liya masih menepuk lembut pipi lelaki itu.

Rain batuk mengeluarkan air dalam mulutnya.Dia pandang Liya yang cemas memandangnya.

"Tuan!!!!"panggil Liya lagi.

Rain terlentok dibahu Liya.

******************

Tubuh Liya masih menggigil ketakutan sejak tadi lagi.Dia melihat Dr Nathan memeriksa Rain dari jauh.

Dr Nathan selesai membuat pemeriksaan ke atas Rain.Dia bangkit dan berjalan menuju ke arah Liya.

"Liya ikut saya kejap..."ucap Dr Nathan dengan nada serius.

Liya membuntuti langkah Dr Nathan keluar dari bilik.

"Ada apa-apa yang serius ke Dr Nathan?"soal Liya.

Dr Nathan memeluk tubuh.

"It's second time..."ucap Dr Nathan.

Liya memandang wajah yang lena itu dengan. penuh kekesalan dalam jiwanya.

"Maksud Dr... sebelum ni..dia cuba untuk tamatkan nyawa dia?"soal Liya.

Dr Nathan mengangguk perlahan.

"Yes... seminggu keluar hospital...he unfortunately failed because Kak Anim nampak..."ucap Dr Nathan.

Liya menutup mulutnya yang tak percaya.

"Saya ingat dia okay...saya cuma ikut yang dia bosan nak keluar dari bilik"ucap Liya.

"Look Liya...saya ada patient masa saya lari masa Kak Anim call...but I really need you help...Datin Fazira tak dapat nak balik..saya nak minta awak tolong tengokkan dia sementara saya datang balik..."ucap Dr Nathan.

"Boleh-boleh...saya okay...tapi apa patut saya buat kalau dia bangun...?"soal Liya.

"Ubat yang saya bagi untuk dia rehat... jadi sepanjang tu.. awak cuma perlu pastikan dia tak demam tu je..."ucap Dr Nathan.

Liya mengangguk perlahan dan faham.

Dia kembali ke dalam bilik Rain.Kakinya lemah sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu.

"It's a second time..."

"Ya Allah kejam ke aku.... jiwa dia terseksa...apa patut aku buat untuk dia..."ucap Liya.

Airmatanya dibiarkan sahaja mengalir laju.Dia dah tidak peduli lagi.Dia tak boleh bayang kalau dia terlambat atau terleka tadi.Liya duduk disisi Rain.

Tangannya melekap pada dahi Rain memeriksa suhu badan lelaki itu.Alat kawalan jauh penghawa dingin diambil dan suhu diperlahankan sedikit.

Azan asar sudah masuk waktu, Liya risau nak tinggalkan dia lagi.Jadi dia mengambil telekungnya di bilik bawah dan dibawa ke atas.

Selesai mengambil wuduk, dia membentangkan sejadah ditengah ruang bilik.

Telekung dipakai kemas dan dia siap-siap terus mendirikan solat asar.

Doa dipanjatkan pada yang maha berkuasa untuk diberi kekuatan padanya untuk menjaga lelaki ini sebaik-baiknya.

Rain membuka matanya melihat ada seseorang yang sedang solat diruang biliknya.Mimpi ke? Siapa dia? Aku dah mati ke?.Matanya terpejam rapat semula.

**********

Jam sudah menunjukkan jam lapan malam.Dari tadi dia mundar-mandir sambil melihat Rain.

Dia terpandang iPad disebelah katil.Dia mencapainya dan ternyata iPad tersebut tiada sebarang kata laluan.

Dia membelek jarinya menyentuh galeri dalam skrin tersebut.

Dia melihat ada banyak video dalamnya.Dia menekan salah satu video yang ada.

Dia melihat video Rain bermain ski ais dengan pemandangan indah salji yang memutih di pergunungan Alpen Swiss.Senyuman jelas terpancar diwajah itu walaupun memakai spek mata.

Jarinya menyentuh lagi, dia terpandang satu video yang menarik perhatiannya.Video itu merupakan video lelaki itu menyambut hari jadi gadis yang datang ke rumah ini haritu.

Timbul rasa cemburu dalam hatinya.Dia tidak sanggup terus dia mengalihkan video tersebut.

Jarinya menekan.

"Today I dekat Korea... tempat favorite gadis-gadis dekat luar sana...harini last day.sebelum balik Malaysia...kita punya partner harini.. Kapten Eric...nak belanja kita makan...so...kita pilih kedai mahal...but halal...so..i will enjoy... my trip here...maybe..one day with someone that is very special in my life..."ucapan itu diakhiri dengan senyuman manis sebelum ianya tamat.

"Kau curi-curi tengok video aku?"soal Rain yang tersedar dari lenanya.

Liya tersenyum sahaja meletakkkan iPad ditepi.

"Tak adalah saya cuma bersihkan iPad tu ada habuk .."ucap Liya.

Rain memandang Liya.

"Asal kau tak balik lagi? Dah pukul berapa ni?"soal Rain sebaik melihat luar jendela sudah gelap.

"Erm...saya teman Tuan sementara tunggu Dr Nathan datang...Datin Fazira tak dapat balik..."ucap Liya.

Rain tak selesa sedikit.

"Tuan okay tak?"soal Liya.

"Kaki aku rasa sejuk..."ucap Rain.

"Saya ambil stokin kejap..."ucap Liya membuka almari dan mengambil stokin didalam laci.Lalu dia duduk dihujung katil.Lalu disarung stokin pada kaki Rain.Memang betul pun kakinya sejuk.

Rain melihat Liya yang bersungguh-sungguh menjaganya.

"Aku ni menyusahkan kau ke?"soal Rain pada Liya.Tangan Liya terhenti dia berpaling dan memandang lelaki itu.

"Bagi saya tak... Tuan tak susahkan saya pun..ini kerja saya... tanggungjawab saya ....untuk jaga Tuan..."ucap Liya.

"Kau nak jaga aku sampai bila?"soal Rain.

"Sampai bila-bila"ucap Liya perlahan tapi dalam hati sahaja.

"Tuan...kalau Tuan rasa tak ada tempat nak mengadu atau malu nak mengadu... Tuan minta dekat Allah...minta bantu Tuan....saya bukan pandai dalam hal-hal agama tapi bunuh diri bukan satu pilihan untuk kita...dan Allah murka..dengan apa yang Tuan cuba buat"ucap Liya.

Rain menundukkan wajahnya.

"Aku....pernah anggap ujian daripada Allah ni satu bala pada aku...beban pada orang lain..."ucap Rain.

"Itu bermakna Tuan kena redha dengan ujian dia...dia bagi peluang untuk Tuan hidup dengan lebih baik..."ucap Liya.

"Kalau aku redha tapi satu hari nanti aku jumpa dengan orang yang buat aku macam ni? Kau rasa berbaloi ke? Entah-entah dia dekat luar sana berseronok...sedangkan aku masih macam ni?"soal Rain.

Liya terasa kering tekaknya dengan pertanyaan Rain itu.

"Sayalah orang tu...Rain..."ucapnya dalam hati sambil memalingkan wajahnya.Dia menggengam tangannya.

Dia tahu kalau lelaki itu tahu mesti dia akan dihamun sekarang ni.

"Liya...."panggil lelaki itu.

Dia berpaling dan memberikan senyuman manis.

"Aku lapar...tapi boleh tak kau tolong suapkan aku?"soal Rain pada Liya.

Liya mengangguk perlahan.

Saya akan buat saja untuk awak...saya nak awak kembali senyum macam dulu...sebelum awak jumpa saya...saya akan jaga awak...itu tanggungjawab saya untuk bahagiakan awak...

Saya akan buat saja untuk awak...saya nak awak kembali senyum macam dulu...sebelum awak jumpa saya...saya akan jaga awak...itu tanggungjawab saya untuk bahagiakan awak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience