Hujan lebat membasahi bumi.Matanya memandang ke arah rumah didepannya.Tiada kelibat orang ataupun motorsikal didalam pagar rumah itu menandakan tuannya belum pulang lagi.
Jam di dashboard kereta sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.Dia pun tak tahu kenapa dia boleh berada di sini.Risau? Marah? Benci?.
Semua perasaan tu ada dalam hatinya sekarang.Dia mendengus perlahan.Disebalik cermin sisinya dia nampak ada cahaya lampu dari jauh semakin dekat menghampiri.Dia memerhati sebuah motorsikal Nvx berhenti tepat depan pagar rumah itu.
Keadaan penunggangnya basah kuyup.Liya menundukkan wajahnya membiarkan badannya dibasahi hujan.Dia turun dari motor dan tersadung jatuh.
Rain terkejut.
Liya bangkit semula dan membuka pagar rumah dan menolak motornya masuk.Effa membuka pintu rumah melihat kawannya itu basah kuyup.
"Liya kau pergi mana?"soal Effa menegur Liya.
"Sorry... telefon aku bateri habis..."ucap Liya.
Effa mendekati Liya.
"Liya...ada benda yang jadi dekat kau kan?"soal Effa memegang bahu Liya.
Liya tak dapat menahan tangis.Dia terus menangis semahu-mahunya.Effa memeluk tubuh Liya.
"Dia dah tahu semuanya..."ucap Liya tersedu sedan kuat.
Effa dapat agak dah kerana Liya tidak akan seperti ini.
"Dah jom masuk...nanti kau sakit..."ucap Effa.
Sebuah kereta berhenti didepan rumah itu sebelum meluncur laju terus meninggalkan kawasan itu.
Effa menghulurkan air untuk Liya.
"Minum air.. lepastu naik atas mandi... rehatkan diri...kau dah penat sangat ni...besok baru kau cerita dengan aku...aku sudi...dengar..."ucap Effa.
Liya meneguk air itu membasahi tekaknya.
"Terima Kasih Effa"ucap Liya.
*************
Lepas waktu subuh Rain tak dapat tidur.Dia duduk diberanda biliknya memandang ke arah pagar rumah itu yang tertutup rapat.Kalau dulu dia selalu nampak Liya datang sini menaiki motorsikalnya berwarna kuning melepasi pagar itu.
Kini tinggal kenangan semuanya.Kenangan pahit buatnya untuk telan.
"Rain......keluar ke semalam?"soal Datin Fazira.
"Rain ambil angin kejap..."ucap Rain.
Datin Fazira mengeluh berat.
"Rain cari Liya ya?"soal Datin Fazira.
Rain tersenyum sinis.
"Buat apa nak cari dia? Bukan penting pun..."ucap Rain angkuh.
Datin Fazira memandang anaknya itu yang masih marah pada Liya.Dia tahu salah Liya apa yang jadi dekat anaknya sampai anaknya hilang keyakinan diri dan hampir gila.Tapi dia tak salahkan gadis itu semuanya.Malah dia bersyukur gadis itu mampu ubah fikiran Rain dan yakinkan Rain semula.
"Rain rasa betul ke apa Rain buat ni? Bonda dengar Rain upah peguam nak saman Liya?"soal Datin Fazira.
"Rain tetap dengan pendirian Rain untuk saman Liya kerana menipu.Dan itu takkan ubah apa-apa"ucap Rain.
Datin Fazira mengerutkan dahi.
"Walaupun dia dah selesaikan semuanya...dari bil hospital sampai Rain pulih... Rain masih nak anggap dia menipu...Rain.. Bonda tak nampak dia menipu.. Bonda nampak keikhlasan dia tolong anak Bonda ni"ucap Datin Fazira memujuk supaya anaknya itu membatalkan niatnya mahu menyaman Liya.
"Tak...Rain sendiri akan jumpa dia untuk serahkan surat saman pada dia"ucap Rain terus keluar dari bilik itu.
*************
"Liya....bangun makan sarapan aku dah buat.."ucap Effa mengetuk pintu bilik Liya.Tiada sebarang bunyi didalam.
"Liya... Liya..."panggilannya tidak dijawab.Dia memegang tombol pintu dipulasnya dan dia menolak daun pintu perlahan.
"Liya..."panggil Effa.Atas katil kosong...dia berjalan ke depan sikit terlihat tubuh Liya jatuh disebelah katil.
"Ya Allah Liya...."ucap Effa berlari menerpa ke arah Liya yang pengsan di lantai.Dia menyentuh badan kawannya itu panas.
Dia panik terus mencapai telefonnya dan menghubungi ambulans.
"Hello....kawan saya pengsan dekat rumah...minta bantuan..."ucap Effa.
Kepala Liya dipangku.Pucat muka itu tanpa darah.
Liya ditolak laju ke bilik kecemasan.Effa menunggu didepan pintu bilik kecemasan dengan perasaan cemas.
Telefon pintar milik Liya berbunyi tertera nama Rain disitu.Effa geram dia menjawab panggilan itu.
"Aku nak jumpa kau sebab aku...."ucap Rain.
"Eh kau memang tak ada hati perut ke..."ucap Effa memarahi lelaki itu.
Rain pelik suara itu bukan milik Liya.Kenapa suara itu begitu marah dengannya?.
"Awak ni siapa? Mana pemilik telefon ni?"soal Rain.
"Saya nak cakap dengan Tuan...apa yang Tuan buat ni tak adil untuk Liya.Tuan tak patut salahkan dia bulat-bulat"ucap Effa geram.
Dia tahu punca Kenapa Liya jadi macam ni semuanya sebab lelaki ini?.Dia takkan bagi muka langsung pada lelaki ini?
"Aku nak telefon sebab aku nak jumpa dengan dia untuk serahkan surat saman pada dia.Mana dia menyorok?"soal Rain.
"Tolonglah...Liya bukan pengecut macam Tuan.Benda kecil pun nak dibesarkan"ucap Effa mematikan panggilan itu.
Rain mengerutkan dahi.
"Aku pulak kena marah... sepatutnya aku yang marah"ucap Rain.
Doktor keluar dari bilik kecemasan menemui Effa.
"Macamana dengan kawan saya?"soal Effa.
"Kawan Cik demam panas dan kurang air dalam badan.Saya terpaksa tahan dia untuk sementara waktu bergantung pada kesihatan dia"ucap Doktor yang dalam 30 an itu.
"Baik doktor terima kasih "ucap Effa lega Liya tak teruk sangat.
**********
Dia memberhentikan kereta didepan rumah itu.Kakinya melangkah keluar dan berdiri didepan pintu pagar itu.Keadaan rumah sunyi sepi.Dia melihat pada pagar juga berkunci dengan mangga.
Tapi motor milik Liya ada terparkir didalam laman rumah.Bermakna Liya ada dekat dalam tapi tak nak keluar berjumpa dengannya.
"Encik cari tuan rumah ni ke?"soal seorang wanita yang datang dari arah rumah sebelah.
"Ya... saya cari pemilik rumah ni.."ucap Rain.
"Encik tak tahu ke.. diaorang tak ada dekat rumah sekarang"ucap wanita itu.
"Takde dekat rumah...tapi motor ada..."ucap Rain sambil menunjukkan arah dalam rumah.
"Ohhh...motor memang ada tapi pagi tadi ada ambulans masuk sini..sebab ada orang pengsan katanya"ucap wanita itu.
Berubah riak wajah Rain mendengarnya.Berderau darahnya sekarang.
"Orang itu nama Liya ke?"soal Rain.
Wanita itu mengangguk perlahan.
Rain terus masuk dalam kereta dan memusingkan stereng kereta keluar dari kawasan rumah itu.
**********
Effa masuk ke dalam wad melihat Liya yang terbaring dengan jarum ditangan kirinya.Pandangan kawannya itu kosong seakan hilang dalam dunianya.
Effa menarik kerusi dan duduk memandang Liya.
"Liya....Aku rasa aku tahu apa jadi dekat kau.."ucap Effa.
Liya memejamkan matanya sejenak.
"Pasal saman tu..."ucapnya perlahan.
Effa mengangguk perlahan.
"Aku tak nak fikir semua tu...dia nak buat apa buatlah..."ucap Liya mendatar.
Effa memegang tangan Liya.
"Liya...aku ada dengan kau..."ucap Effa.Liya tersenyum sedikit.
"Aku nak rehat kejap..."ucap Liya.
"Okay...Aku nak balik kejap ambil baju kau...dengan beli makanan sikit sebab aku nak duduk sini teman kau.."ucap Effa.
"Okay... elok-elok"pesan Liya.Effa keluar dari wad.Liya memejamkan matanya rapat kerana dia rasa penat semalam dia tak boleh tidur sangat.
***************
Rain berjalan ke arah wad.Dia bertanya pada jururawat yang bertugas dimana bilik Liya.Dia terus berjalan ke arah wad yang dimaksudkan jururawat itu tadi.
Kepalanya dijengah sedikit melihat ke dalam.Dia memastikan tiada sesiapa didalam dulu.
Dia terpandang ada seorang baring membelakanginya.Dia mendekati dan ternyata benar itu Liya.
Wajah pucat itu sedang tidur dan matanya jatuh pada jarum yang berada ditangan Liya.Ada air jernih yang mengalir dibatang hidung gadis itu.
Dia menundukkan wajahnya.Rain menggengam besi katil itu kuat.
"Liya bukan pengecut macam Tuan..."
Liya tersedar dari lenanya dia memandang keadaan dalam bilik itu kosong.Dia bangkit dan duduk.Dia rasa seperti diperhati sewaktu tidur tadi.
Rain mendekati pintu wad itu melihat Liya .Niatnya mahu mendekat tapi dia tetap keras berdiri.
"Sakit....aku sangka tak sakit... rupanya sakit..sakit sangat..."ucap Liya memegang tangannya kuat dan menundukkan wajahnya sambil menangis teresak-esak.Dia membenamkan mukanya pada lutut.
Sakitnya itu seakan ada benda mencucuk pangkal hatinya.Rain menggengam erat tangannya memandang Liya.
Tangisan itu sangat menyakitkan hatinya.Dia mahu menenangkan Liya sekarang tapi bila ingat apa yang Liya buat padanya dia batalkan niat.
Rain berlalu dari situ.
Liya mengangkat wajahnya dan memandang pada pintu wad.
Rain berjalan menuju ke keretanya.Dia masuk dan menutup pintu kereta.Enjin Toyota Harrier dihidupkan dan dia bersandar pada tempat duduk.
"Saya minta maaf Tuan...saya larang tuan untuk langkah batas tu...saya tak nak Tuan terluka...saya tak nak Tuan...buat tindakan yang tak sepatutnya....dah saya bukan... perempuan yang baik untuk Tuan..dan bila waktunya... Tuan tak nak pun tengok muka saya...."
Rain menundukkan wajahnya pada stereng kereta.
"Kenapa? Kau kata kau nak aku bahagia...tapi kenapa derita yang aku dapat... arghhhhhh!!!!!!"jerit Rain memukul stereng kereta itu berkali-kali.
Jika seseorang tidak mampu menghargai kehadiran mu, Buatlah dia rasai kehilanganmu
Jika seseorang tidak mampu menghargai kehadiran mu, Buatlah dia rasai kehilanganmu
Share this novel
Liya pon terluka lah bkn kau sorang je