"Kenapa kita tak datang sini lepas kita nikah dulu,ya?".
Mereka tertawa kecil penuh makna.Selesai sahaja membuat umrah mereka pergi melawat Arafah untuk ke Jabal Rahmah.Impian Liya untuk melawat bukit ini.
Bukit ini menjadi saksi dari banyaknya peristiwa bersejarah dalam perkembangan Islam, salah satunya yakni sebagai tempat pertama bertemunya Adam dan Hawa ketika di Bumi.
Jabal Rahman berlokasi di Arafah.
Bukit ini diyakini masyarakat setempat sebagai tempat pertama peremuan Adam dan Hawa di Bumi. Tempat ini kemudian kerap disebut sebagai bukit cinta atau bukit kasih sayang.
Kalau boleh mereka tidak mahu hidup dalam kenangan buruk mereka.
"Jika saya ada kuasa nak putar balik masa...saya akan hargai masa saya dengan awak..kita boleh mula dari awal tanpa menyakitkan hati sesiapa"bersungguh-sungguh Rain menjawab.Mata Liya tidak berkedip memandang wajah suaminya yang nampak seakan penat.
Ya betul kata suaminya itu seandainya mereka tahu takdir mereka adalah untuk bersama.Pasti masa itu akan dipenuhi dengan kenangan baru.
Mungkin Allah uji mereka untuk melihat kematangan mereka dalam hidup berubah tangga.
"Dulu awak pernah bawa jemaah datang sini?"soal Liya pada Rain.
"Pernah...tapi masa tu..saya..tak buat apa-apa dekat sini...perkara tu buat saya menyesal sampai sekarang.Dulu Allah dah jentik untuk datang sini...jumpa dengan dia..tapi masa tu saya... sombong...kali ni..untuk kali kedua saya tak nak lepaskan peluang ni...buatnya ini kali terakhir saya datang sini... sekurang-kurangnya saya tak menyesal...dan kalau ada peluang saya nak bawa Sayang datang sini tiap-tiap tahun.."ucap Rain.
Liya menitiskan airmatanya yang mengalir tiba-tiba.
Rain memandang Liya yang menyorokkan wajahnya.
"Sayang...kenapa?"soal Rain memegang bahu isterinya.
Liya menggelengkan kepalanya laju.
"Tak ada apa cuma saya gembira sebab awak banyak sangat berubah..."ucap Liya.
Rain tersenyum.
"Dah habis rehat....jom kita berdoa kejap..pastu boleh turun bawa...bagi mereka yang belum naik..."ucap Rain pada isterinya.
Liya mengangguk perlahan.
Mereka berdiri semula setelah berehat.
Rain menadah kedua tangannya.
"Ya Allah..... Aku hanya hambamu yang kerdil dan jahil.Terima kasih sebab beri peluang untuk hambamu ini meluangkan masa bersamamu.Dan kau berkatilah perkahwinan hambamu ini.Berikan kebahagiaan sebagai mana engkau memberi kebahagiaan kepada percintaan Fatimah Azzahra dan Ali bin Abi talib.Dan kau berikan kebahagiaan kepada isteri ku...janganlah engkau buat dia bersedih..."ucap Rain berdoa dalam hatinya sambil memandang Liya yang berada disisinya.
"Ya Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.Engkau satukan kami dalam saat kami belum bersedia untuk menerimanya.Tapi engkau berikan rahmat yang tidak terhingga dalam hubungan kami.Sebagai mana engkau...satukan kami... hambamu mohon pisahkan kami atas asbab engkau mengambil kami kembali kepadamu..."doa Liya.
Liya mengaminkan doanya dan memandang suaminya yang menanti penuh sabar.
"Dah...jom saya nampak aiskrim tadi.. saya belikan..."ucap Rain pada Liya.
Mereka turun dari Jabal Rahmah bersama-sama.
Sampai sahaja di hotel mereka memilih untuk berehat kerana harini perjalanan mereka berdua sangat memenatkan tambah dengan cuaca panas.
Rain memandang Liya yang sedang lena mungkin kepenatan.Begitu juga dengan dia, hatinya resah tidak semena-mena.Dia bangkit dari katil dan membuka beg sandangnya.Terdapat beberapa pil didalamnya.Dia menoleh pada Liya yang tidak bereaksi.
Botol air mineral dicapai dan dia menelan ubat ditangannya perlahan.
Dia teringat pesan Dr Nathan untuk sentiasa memeriksa suhu badannya.Setakat ni dia belum rasa hampir nak pengsan ke sepanjang disini.
Kalau ikutkan hatinya dia mahu solat di masjidil haram.Tapi memandangkan mereka berdua masing-masing tidak larat.Jadi dia solat di bilik hotel sahaja.
Dia memakai jaket sebelum keluar dari bilik hotel.Dia mahu mengambil udara yang segar diluar.
Dia berjalan kaki sahaja lebih mudah.Dia duduk dibangku yang ada berdekatan dengan hotelnya.Dia risau mahu pergi jauh dari situ.Risau sekiranya Liya mencari-cari dirinya kalau bangun nanti.
Dia duduk di situ tidak pasti berapa lama.Ditangannya ada tasbih yang menemaninya bersama.
Kepalanya berdenyut tiba-tiba dan pandangannya berbalam.Dia cuba menahan sakitnya.Airmatanya menitik sebaik dia menahan sakit.
Ya Allah.....Aku kuat...untuk tempuh semua ni.. hambamu percaya sakit...ini adalah penghapus dosa...untuk hambamu...
"Liya....."ucap Rain perlahan.Disaat itu telefonnya berbunyi dia mengeluarkan dari beg sandangnya tertera nama "My Heart".Dia menjawab.
"Awak...dekat mana? Kenapa tinggal saya?"soal Liya berbunyi risau.
Rain mengesat air matanya.
"Sayang....tak... Saya ada....tunggu saya..."ucap Rain menundukkan wajahnya dan mematikan panggilan itu.
Dia menarik nafasnya dalam-dalam dan berjalan ke arah hotel mereka.
Liya mundar-mandir menanti suaminya.Dia merasa kosong sebaik sahaja dia mencelikkan matanya memandang ruang disebelahnya tiada Rain.
Dia dengar pintu hotel dibuka oleh suaminya.Liya memandang Rain.
"Awak...pergi....mana..." terhenti kata-kata Liya sebaik sahaja Rain memeluk tubuhnya.Liya tergamam.
Liya memegang bahu suaminya.
"Awak kenapa ni?"soal Liya yang risau.
Rain diam tidak bersuara tapi ada tangisan yang kuat dibahunya.Liya menepuk lembut belakang badan suaminya itu.Walaupun dia tak pasti kenapa suaminya menangis.Ini kali pertama dia melihat suaminya itu menangis sepanjang mereka berkahwin.
************
Akhirnya mereka balik ke Kuala Lumpur juga.Ibadah umrah mereka sudah pun habis.Cuma hati Liya tak berapa sedap sejak dua tiga hari sebelum mereka balik.
Dia memandang suaminya disebelah yang kelihatan tenang dan seakan pandangan matanya jauh.Dia tidak tahu apa yang suaminya itu fikir sekarang.
Bila dia bertanya sebab apa Rain menangis haritu?. Suaminya hanya menjawab hatinya sayu.Itu jawapan ringkas suaminya tapi Liya yakin ada sesuatu yang disorokkan suaminya dari pengetahuannya.
Rain berkerut dahinya tiba-tiba.Dia rasa mahu muntah sekarang.
"Saya nak pergi toilet kejap..."ucap Rain pada Liya.
"Jangan lama-lama kita dah nak sampai..."ucap Liya.
Rain mengangguk dan tersenyum manis.
Liya memandang suaminya yang berjalan ke tandas.Rain segera menutup pintu dan memuntahkan isi perutnya.
Dia memegang sinki.Dia rasakan badannya semacam.Dia mengeluarkan ubat dalam beg sandangnya dan Panadol yang ada diambil dan ditelan bagi melegakan dirinya.
"Perhatian kepada semua penumpang untuk berada ditempat duduk.Kerana kita akan mendarat sebentar sahaja lagi" pengumuman itu menandakan mereka akan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Rain memejamkan matanya dan cuba kuatkan dirinya untuk kembali ke tempat duduknya.Dia keluar dari bilik air dan berjalan secara perlahan memandang Liya yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.
Pandangan matanya bertukar gelap.Liya yang melihat Rain pengsan ditengah laluan itu terus bangkit bagi mendapatkan suaminya.
Pramugara yang ada disitu memeriksa keadaan suaminya.Dan terus membuat panggilan kecemasan pada kokpit juruterbang.
Liya cuba mengejutkan suaminya beberapa kali, tapi tidak berjaya.Rain masih tidak sedarkan diri, tetapi dia bersyukur nadi suaminya masih ada.
Isteri mana tak cemas melihat suaminya sendiri tiba-tiba pengsan.Ini kali kedua suaminya itu pengsan didepan matanya.Dulu semasa mereka dirumah.Kini dalam penerbangan mereka pula.
Sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Rain terus dikejarkan ke hospital berdekatan untuk memeriksa keadaannya.Liya setia memegang tangan suaminya.
Ada ketakutan mula membisik dirinya.Mereka tidak diuji ketika berada di Mekah.Tapi belum sampai rumah lagi mereka telah diuji.Dalam hati Liya berkata mungkin suaminya kepenatan sahaja.
Jururawat memanggil Liya.
Liya melihat dari cermin kaca Rain yang sedang ditidurkan.Mengigil jari jemarinya memegang kaca itu.Dia melihat alat bantuan pernafasan yang bersambung dengan Rain.
Dr Lim menerangkan padanya bahawa keadaan Rain menunjukkan imun sistemnya rendah.Dia pengsan pun kerana tekanan darahnya rendah akibat jangkitan kuman yang menyerang.
"Are you sure with your diagnosis, Dr Lim?"
Ujian apa lagi Allah nak uji mereka.Dia tidak pernah menyangka Rain ada lymphoma cancer.Sukar untuk dia terima.
"Saya rasa suami Puan Liya tahu yang dia ada lymphoma cancer berdasarkan rekod perubatan.There a small lymph nodes in his neck.Kita kena buat biopsi untuk pastikan sejauh mana cancer ni dah berada dalam badan suami Puan Liya"
Liya diam.Sukar untuk dia mempercayai.
Fikirannya menjadi buntu.Begitu berat ujian untuk suaminya.Dia perasaan selera makan Rain tidak begitu banyak sejak akhir-akhir ini.Tapi dia fikir itu perkara biasa.Rain tidak pernah mengadu dia sakit pada Liya.
Pandangan Liya mula kabur.Matanya berpinar.Kepalanya berpusing-pusing sebelum bertukar gelap.
"Bila Allah uji dengan musibah ada Rahmat yang lebih besar nak datang.Aku akan berjuang apa pun demi kesembuhanku ini karena tidak ada yang penting bagiku selain keinginan untuk bangkit kembali."
Bila Allah uji dengan musibah ada Rahmat yang lebih besar nak datang.Aku akan berjuang apa pun demi kesembuhanku ini karena tidak ada yang penting bagiku selain keinginan untuk bangkit kembali."
Share this novel