Pulang dari rumah Datin Fazira diterus ke rumah mengambil motorsikalnya untuk ke tempat kerja lama.Liya membuka helmet dikepalanya.Dia membetulkan rambutnya yang serabut.Kakinya terus melangkah ke Pak Awang Cafe tempat dia bekerja sebelum ini.
Effa nampak Liya dari jauh terus melambai kawannya supaya ke arahnya.
"Kau pergi mana? Kau tak kerja ke?"soal Effa.
"Aku dah berhenti kerja sini...kau tak tahu ke?"soal Liya yang menarik kerusi duduk.
"Berhenti!!!! kenapa kau tak bagitahu aku?"soal Effa yang turut duduk didepannya.
"Kau kan dah selesa kerja sini kan...teruskan jelah.Aku baru dapat kerja baru...ni tadi aku dari sanalah ni..."ucap Liya.
"Kerja apa?"soal Effa ingin tahu.
"Kau tahukan mamat yang kemalangan haritu....Mak dia cari petugas fisioterapi untuk anak dia...jadi aku cuba nasib....dan aku dapat..."cerita Liya.
Effa menggelengkan kepalanya.
"Kau memang sengaja nak masuk kandang buaya ke apa?.Kalau keluarga dia tahu kau punca anak diaorang jadi macamtu... macamana?"soal Effa.
"Aku yakin kalau tak ada yang bagitahu.... diaorang takkan tahu...Effa...aku cuma nak tolong dia...aku nak kembalikan dia..macam sebelum dia jumpa aku... walaupun aku rasa benda tu mustahil..."ucap Liya.
"Ya Allah...kau ni baik tak bertempat...kau...aku nasihat pun payah tak nasihat lagi susah...kau tak bersalah masa kemalangan tu...kalau kau bersalah mesti polis dah dakwa kau..."ujar Effa pada Liya.
Liya menundukkan wajahnya.
"Entahlah aku tak tenang... lebih-lebih lagi aku baru dapat tahu dia tu pilot...kau bayangkan kerja dia musnah macam tu je...babe aku masih terngiang-ngiang dekat telinga aku malam tu dia minta tolong aku..."ucap Liya.
Effa mengeluh kecil.
"Habis family kau tahu tak pasal hal ni?"soal Effa.
Liya menggelengkan kepalanya.
"Tengok tu kau suka belakangkan diaorang...pasal kemalangan tu pun sebaik aku telefon keluarga kau...kalau tak mesti kau tak bagitahu... diaorang..."marah Effa.
"Sorry....aku...tak susahkan orang lain...biar aku sorang je hadap.."ucap Liya.
"Yelah...berapa dia bayar kau?"soal Effa.
"Lima ribu ringgit"
"What????" Effa terkejut dek jumlah besar gaji Liya berbanding dirinya kerja dekat Cafe ni.
"Tapi aku kena tengok untuk tiga hari ni macamana dulu..."ucap Liya.Belum hari esok lagi dia pening memikirkan macamana nak bersemuka dengan Rain tu.
**************
Selesai solat subuh Liya langsung tak boleh tidur.Dia terus bersiap-siap secara ringkas sahaja.Rambutnya diikat kemas.Dan dia mencapai bedak laneige dan menyapu di mukanya.
"Okay ke ni?"soal Liya sambil membelek wajahnya.Dia meletakkkan bedak atas meja solek dan mengambil pelembap bibir dioles pada bibirnya yang kering.
"Cukuplah tu...buatnya dia baling air ke...naya hidup kau"bisik hatinya.
Minyak wangi Jo Malone English Pear disembuh dibajunya.
Dengan lafaz Bismillah...aku kena kuat...jangan mudah melatah..untuk hari yang pertama.. Liya...kau boleh buat...Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan.
Dalam jam lapan pagi motorsikalnya sudah terparkir dalam laman rumah itu.Dia terus masuk melalui pintu dapur.
"Asalamualaikum.... Kak Anim..."ucap Liya dengan ceria.
"Walaikumusalam....sampai pun ingat tak jadi tadi..."ucap Kak Anim.
"Jadi...ni Tuan Rain...dah mandi ke?"soal Liya.
"Rasanya dah...ni makanan dah siap...boleh bawa naik atas..."ucap Kak Anim.
"Baik boss..."ucap Liya terus melulu keluar dari dapur.
"Liya helmet..."suara Kak Anim tak sempat menghalang langkah Liya.
Dia melihat makanan dalam dulang itu cukup menyelerakan tapi bukan untuk orang jenis tak sarapan pagi macam dia.Lepas selesai kerja nanti baru dia makan.
Ting!!
Pintu lif terbuka dia terus menuju ke bilik lelaki itu.Dia membetulkan suaranya dahulu sebelum tangan dinaikkan untuk ketuk.
Tapi pintu sudah terbuka oleh Dr Nathan.Dan lelaki itu tersenyum sambil tergelak kecil.
"Apa masalah...aku tak buat lawak pun?"soal Liya dalam hati.
Dr Nathan menyuruh Liya masuk.
"Anyway Liya...saya tinggalkan awak dengan dia..tapi tulah saya kagum dengan persediaan awak...Rain aku keluar kejap... anything minta Liya..."ucap Dr Nathan yang masih tersisa gelak.
Liya melihat lelaki itu yang memusingkan kerusi roda ke arahnya.
Liya meletakkkan makanan atas meja troli didepannya.
"Selamat pagi Tuan...saya ada bawa sarapan...untuk Tuan..."ucap Liya.
"Kau betul-betul nak protect diri kau...sampai tak bukak helmet"ucap Rain tapi dengan muka serius.
Helmet?. Liya memegang kepalanya.Ya Allah patutlah Dr Nathan gelakkan dirinya tadi.Malunya hari pertama dah buat malu sendiri.
Liya membuka helmet dan diletakkan ditepi atas lantai.
"Minta maaf... Tuan saya tak perasan"ucap Liya menolak troli makanan mendekati Rain.
Rain hanya memerhati.
"Ni breakfast untuk Tuan.Tuan kena makan sebelum kita buat fisio.Nanti tak ada tenaga"ucap Liya menghulurkan sudu pada lelaki itu.
"Tangan Aku tak cacat...aku boleh buat sendiri!!!"jerit Rain pada Liya.Liya meletakkkan kembali sudu ditempat asal.
"Baik Tuan...saya pergi ambil ubat kejap.. selamat menjamu selera..baca doa dulu..."pesan Liya sebelum menuju ke bilik semalam.Nombor ditekan sebelum dia masuk.Dia membelek ubat yang ada.
Rain memandang makanan dalam dulang itu.Tiba-tiba hatinya panas tak semena-mena.Dia menolak troli makanan itu jatuh.
Prang!!!!!!!
Liya terkejut dengan bunyi itu.Terus dia berlari keluar dari bilik ubat melihat ruang bilik itu sudah bersepah dengan makanan dan pinggan berkecai.
Rain memusingkan badannya dan memandang gadis itu yang masih berdiri tidak bergerak.
"Aku tak nak makan..."ucap Rain.Liya memandang lelaki itu dengan perasaan sebel.Dia tidak pedulikan lelaki itu.Dia memandang tong sampah berdekatan lalu dicapai.
Tangannya mengutip serpihan kaca masuk ke dalam tong sampah.
"Kalau Tuan tak nak makan... bagitahu saya...tak perlu saya sediakan makanan...dan kalau Tuan tak nak makan tak perlu buang makanan ni...sebab ada orang dekat luar tu nak dapat makan pun...susah..."ucap Liya sambil tangannya fokus pada tumpahan makanan dilantai.
Kata-kata Liya itu seakan tidak menjentik hatinya langsung.
"Kau tak ada dekat tempat aku...jadi tak perlu nasihatkan aku..."ucap Rain sebaik melihat kebisuan Liya.
Liya bangkit menghadap lelaki itu.
"Ya... saya tahu tu Tuan....tapi saya tak nasihatkan Tuan... sebaliknya saya nasihatkan diri saya sendiri..."ucap Liya yang melihat penampilan lelaki itu yang tiada sebarang kecederaan.
Tong sampah diambil dan diletakkan diluar bilik.Dia menuju ke bilik air lelaki itu untuk mencuci tangannya.Dia melihat dirinya pada pantulan cermin sebelum dia keluar semula.
"Saya dah bawa ubat...untuk Tuan makan..saya nak Tuan makan depan saya.."ucap Liya menghulurkan beberapa pil dan disediakan air mineral botol pada lelaki itu.
Rain kaku tidak mengambil ubat pada tangan Liya.
Liya menarik tangan Rain dan diletakkan ubat pada telapak tangan lelaki itu.
Rain menjelingkan matanya.
Liya memeluk tubuh menunggu lelaki itu menghabiskan ubatnya.
Ubat dimasukkan dalam mulut dan diminum air dalam botol itu.
"Puas??"soalnya.
"Terima Kasih... sekarang saya nak buat fisio dekat Tuan.."ucap Liya.
Liya membuat beberapa gerangan berulang untuk Rain.Dia tahu sakit sebenarnya tapi dia perlu untuk saraf lelaki itu.
"Sakit!!!!"jerit Rain yang mukanya dah merah padam.
Liya menghentikan fisio pada Rain.
"Okay...saya rasa cukup untuk harini...saya tolong Tuan pergi dekat katil.memandangkan Dr Nathan belum balik..."ucap Liya lembut.
Rain terpaksa akur kerana dia penat dan perutnya sudah berkeroncong.
Kerusi roda didekatkan dikatil.Liya mahu menolong tapi Rain menolak tangannya jauh.Liya hanya memerhati saja lelaki itu sedaya upaya untuk naik ke atas katil.
Rain menyandarkan tubuhnya pada katil.
"Tuan nak apa-apa ke?"soal Liya.
Rain memejamkan matanya rapat.
"Aku nak kau keluar dari sini...aku tak tengok muka kau....keluar!!!!"jerit Rain mencerlung tajam padanya.
Bahu Liya terangkat kerana terkejut dengan jeritan itu.
Dia mahu nangis tapi dia kawal perasaannya.
"Baik...kalau Tuan perlukan saya...panggil saya.."ucap Liya mahu beredar.
"Aku tak perlukan...orang untuk kasihan pada aku... sedangkan aku tahu korang mengejek aku..."ucap Rain turun naik dadanya.
Liya berpaling.
"Kalau Tuan rasa macam tu...bukan saya yang mengejek Tuan tapi diri Tuan yang tengah mengejek Tuan.Tuan rehatlah saya keluar dulu.."ucap Liya terus keluar.
Rain mengambil bantal disisinya dan dibalik ke lantai.Dadanya berombak menahan marah.
*********
Liya berdiri didepan pintu bilik Rain.Dia memegang dadanya.Sambil menahan tangis dan sesak didadanya.
"Sabar Liya....kau kena kuat untuk hadap dia.. Kau dah janji dengan diri kau..."ucapnya menyeka hujung matanya yang berair.
Dia terus turun ke dapur membawa dulang kosong dan sudu garpu sahaja.
Kak Anim memandang Liya yang masuk ke dapur.
"Tuan buang makanan ya?"soal Kak Anim.
Liya mengangguk perlahan.
"Ya Allah...habis Liya okay tak?"soal Kak Anim membelek takut kalau pekerja baru itu ada cedera.
"Tak ada... Kak Anim.Liya okay..."ucap Liya untuk menenangkan hati Kak Anim.
"Aihh...dah Liya duduk makan dulu..kejap lagi Nathan baliklah tu.."ucap Kak Anim menyuruh Liya duduk dikerusi.
Liya seakan hilang dirinya pada hari pertama dia bekerja disini.
Selesai makan dia masuk semula dalam bilik Rain.Dia melihat lelaki itu sedang lena tidur mungkin penat sangat mengamuk tadi.Cahaya matahari menerangi wajah lelaki itu dia menarik bidai langsir sedikit.
Liya merapatkan diri pada Rain.Keluhan berat dilepaskan.Berharap moga diberikan kekuatan pada Rain untuk menerima kemunculan dirinya.Dia benar-benar tekad mahu berdiri disamping lelaki ini.
Persoalannya sampai bila dia mahu bersembunyi dalam terang?.
Persoalannya sampai bila dia mahu bersembunyi dalam terang?.
Share this novel