BAB 30

Drama Completed 84966

Liya sudah dimasukkan ke wad memandangkan dia sudah merasa sakit pada bahagian perutnya.

Dia mengunyah buah anggur bagi menghilangkan rasa gementar dalam dirinya.Buah anggur yang dimakan diletakkan atas meja depannya.Dia memandang Rain yang masih menghadap komputer riba.

"Awak tak siap lagi ke?"soal Liya yang mula bosan.Dia paling tak suka duduk hospital sebenarnya.Padahal mereka baru saja satu jam dimasukkan ke wad.

"Belum...sikit lagi nak kena siapkan.Kenapa awak nak makan apa-apa lagi ke?"soal Rain sambil matanya masih menatap pada skrin komputer riba.

"Saya tengok awak ni sejak kebelakangan ni sibuk betul ya...banyak sangat ke Ayahanda bagi awak kerja...?"soal Liya memuncungkan bibirnya.

"Ahli keluarga kita nak bertambah of course saya kena sediakan yang terbaik untuk Sayang dengan anak kita"ucap Rain.

Liya mengeluh kecil.Dia menyandarkan tubuhnya pada katil dan berpaling membelakanginya suaminya.

Dia memandang perutnya sambil mengusap perlahan.

Pintu wad dibuka dan muncul Nu'man dengan tangan penuh plastik.Liya mengangkat kepalanya tidak jadi mahu merajuk.

"Abang Nu'man..."ucap Liya.

Rain memandang sekilas dan mengangkat tangannya.

"Adik okay ke...tak beranak lagi?"soal Nu'man meletakkkan plastik berisi makanan mungkin depan Liya.

Liya membelek plastik merah itu.

"Banyaknya makanan Abang Nu'man beli ke?"soal Liya.

"Abang beli je...mana tahu Liya nak makan sebelum bersalin.Tu ada favourite Liya... chicken chop"ucap Nu'man.

Liya tersenyum lebar.

"Wow... Terima Kasih Abang ku sayang sebab memahami adikmu ini...yang kesepian..."ucap Liya sambil memandang suaminya yang masih khusyuk menghadap komputer riba.

"Makanlah...nanti kempunan anak buah Abang Nu'man"ucap Nu'man melabuhkan punggung disebelah adik iparnya.

Dia melihat Rain yang menaip sesuatu pada komputer riba.

"Closing account ke?"soal Nu'man.

"Aahhh...nak kena siapkan... memandangkan Liya pun tak bersalin lagi...bolehlah buat sikit-sikit"ucap Rain.

Nu'man memandang adiknya yang sedang menikmati makanan yang dibelinya.

"Macamana dengan majlis nanti?"soal Nu'man sedikit berbisik.

"Alhamdulilah....semua hampir settle...masak kalau Liya tahu aku nak sanding ni..."ucap Rain sedikit berbahasa basi dengan Nu'man.

"Naik pelaminlah kau..."ucap Nu'man.

"Buat kenangan.... untuk hari tua.."ucap Rain.

Liya memandang suaminya dan abangnya yang berborak tapi seakan berbisik.Apalah dua orang ni rancang belakang aku?.

Dahinya berkerut apabila dirasakan sakit pada bahagian bawahnya terasa kuat menekan.

Nu'man memandang adiknya yang senyap sahaja.

"Liya...kenapa?"soal Nu'man.

Rain turut memandang langsung.


Liya memandang bahagian bawahnya sudah basah.Adakah air ketubannya sudah pecah?.

Rain meletakkkan komputer ribanya dan bangkit ke arah Liya.

"Sayang Kenapa ni?"soal Rain memandang Liya yang diam.

Liya memandang suaminya.

"Saya rasa dah nak beranak..."ucap Liya perlahan menunjukkan pakaiannya sudah basah.

Liya dikejarkan ke wad bersalin.Liya sudah berpeluh-peluh menunggu doktor.Rain yang berada disebelahnya memegang erat tangannya.

"Sayang mengucap banyak-banyak...ingat Allah...sikit je lagi...kita nak jumpa...anak kita..."ucap Rain menyentuh dahi Liya.

Liya mengerutkan dahi.

"Awak...saya nak minta maaf... dekat...awak... masalahnya...sakit... sangat....ni..."ucap Liya menarik tangan Rain dekat dengannya.

Doktor yang bertanggungjawab dalam urusan Liya untuk bersalin sudah masuk ke dalam bilik itu.

"Puan Liya.... kepalanya dah nampak kita cuba teran ya..."ucap Doktor wanita itu.

Liya meneran untuk kali pertama.

"Arghhhhhh........."jeritnya.

Rain melihat kepayahan Liya untuk melahirkan zuriat untuknya.

Liya menarik nafas dalam-dalam.

"Lagi sekali lagi Puan Liya jangan akan punggung..."ucap Doktor wanita itu lagi.

Rain memandang Liya yang sudah berpeluh-peluh.

"Sayang....you can do it..."ucap Rain memberi semangat kepada isterinya.

Liya memandang suaminya dan menarik tangan Rain mendekatinya.

Tangan Rain digenggam kuat.

"Sakit....sayang...."ucap Rain cuba melepaskan genggaman kuat Liya.

"Arghhhhhh......."jerit Liya sekali lagi sebelum dia mendengar tangisan bayi menangis memecah hening wad bersalin itu.

Liya tersenyum lebar dan lega.

Rain disebelah mengosok lengannya yang sakit dan merah digenggam kuat tadi.

Tepat jam 12 tengahari seorang perempuan lahir dari rahimnya sendiri.

Rain mendekati Liya yang mengalirkan air matanya.Rain mencium ubun Liya.Doktor meletakkkan anaknya atas dada Liya.

Rain tersenyum manis melihat anaknya itu buat pertama kali.Tanpa dia sedar airmatanya turut mengalir.

"Selamat datang ke dunia anakkku....dikau adalah saksi pengorbanan ibu dan bapanya berjuang untuk kita berjumpa"ucap Rain dalam hati.

**************

Selesai solat zohor Rain mengambil anaknya dalam katil bayi itu dan mengiqamatkan anak mereka buat pertama kalinya.

Keluarga mentua dan Keluarga Liya sampai di wad sebaik mendengar Liya sudah selamat bersalin.

Datin Fazira mendukung cucunya itu.

"Dah bagi nama ke?"soal Datin Fazira pada Liya dan Rain.

Rain memegang bahu Liya.

"Dah kami sepakat nak namakan dia.. Embun Maryam Binti Jebat Fahrain.Embun Maryam maskudnya suci bersih ahli ibadah"ucap Rain menjelaskan maksud disebalik pemilihan nama itu.

"Embun Maryam.... cantik nama tu...jadi panggil dia Embun.Klasik sangat keluarga ni...macam kebetulan pulak Tuah, Jebat, Nadim dan Embun.Pandai pilih nama"ucap Nu'man.

Semua tergelak dengan Nu'man.

Rain memandang Liya yang turut tersenyum.

***********

Semua sudah pulang ke rumah meninggalkan Rain dan Liya dalam wad.

Rain membelek Embun yang nyenyak tidur.

"Awak tak penat ke?"soal Liya pada Rain.Suaminya itu dari tadi membelek Embun.

"Tak...hilang penat Saya tengok Sayang dengan Embun sihat depan mata saya.Oh...saya lupa nak bagitahu awak..kejap..."ucap Rain mendekati beg komputer ribanya.

Dia mengeluarkan sekeping kad dengan sampul warna putih dari beg itu.

Dia berjalan semula ke arah katil Liya.Dia tersenyum sebelum menyerahkan sampul itu pada Liya.

Liya memandang suaminya dengan pandangan yang pelik.

Diatas sampul itu tertulis untuk "Liya isteriku"

"Apa ni?"soal Liya.

"Kad jemputan kahwin"ucap Rain.

Berubah muka Liya mendengarnya.Kad jemputan kahwin? Rain nak madukan dia ke? Tapi sebab apa?

Rain melayangkan tangan depan mata Liya yang kelihatan pucat.

"Sayang kenapa? Sayang tak suka?"soal Rain.

Liya sudah monyok dan dia mencampakkan kad itu pada suaminya.

"Sayang kenapa ni?"soal Rain.

"Sampai hati awak..saya baru je bersalin anak awak...awak nak madukan saya..macam tu je..."ucap Liya dengan nada marah.

Pintu wad dibuka dan Dr Nathan bersama isterinya Effa memandang kedua-dua mereka.

Liya ternampak Effa yang datang.

"Effa....."panggll Liya sambil mendepakan tangan.Effa terus memeluk tubuh Liya.

"Babe...kau kenapa? Rain apahal ni?"soal Effa pada suami sahabatnya itu.

Dr Nathan menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa... Saya cuma bagi kad jemputan dekat Liya itu je...suruh dia tengok..."ucap Rain pada menerangkan situasi sekarang.

"Effa... Rain nak kahwin lain..."ucap Liya.

"Ahhhhh?"Effa memandang lelaki itu.

"Tak...tak...stop... Sayang...bila masa Saya nak kahwin lain?"soal Rain pada Liya.

Liya mencerlung tajam pada Rain.

"Habis dengan kad jemputan bagai nak buat apa?"soal Liya.

Rain membuka sampul itu dan menyerahkan pada Liya.

"Ini nama Sayang dekat kad ni... Saya buat kad jemputan kahwin untuk kenduri sanding kita nanti"ucap Rain dengan sungguh-sungguh.

Liya merampas kad tersebut dan dia melihat pada nama pengantin perempuan.

Betullah itu namanya.

"Untuk pengetahuan Liya... Rain nak buat majlis sanding dekat Kuala Lumpur dan dekat Jitra nanti. That's why your husband is so busy lately.He made a preparation for your best day"terang Dr Nathan.

Effa dan Liya memandang sesama sendiri.

"Awak tahu?"soal Effa pada suaminya.

"Of course honey...and don't worry Liya... Rain doesn't ever look to other women out there.Because you are the only one Allah made for him"ucap Dr Nathan.

Liya serba salah.

"Awak...saya minta maaf...."ucap Liya mencebikkan bibirnya.

"Saya maafkan...saya tahu awak...tak sengaja..itu tanda awak sayangkan... walaupun ada bekas dekat tangan saya awak genggam tadi but it's okay"ucap Rain sambil menunjukkan bukti pada lengannya itu.

Liya senyum.

"Kami datang nak tengok anak korang...bukan nak tengok korang berdua..."ucap Effa menuju ke arah letaknya anak sahabatnya itu.

Rain duduk di sebelah Liya.

"Kenapa awak tak bincang dengan saya pasal sanding ni?"soal Liya.

"Tak surprise...nanti"ucap Rain.

"Terima Kasih sebab bahagiakan saya... walaupun dulu saya selalu fikir awak pergi dulu dari saya... tapi sekarang tak...kalau Allah kata belum masanya maknanya kita takkan terpisah.Apa yang boleh saya katakan ialah awak jadikan saya... awak jadikan saya seseorang yang saya tidak dapat bayangkan. Awak buat saya gembira, walaupun awak teruk. Saya lebih suka bersama awak .."ucap Liya.

"Sama-sama....sebab kenal saya dari sebelum saya dan selepas saya...awak masih setia terima saya.Terima saya yang sebelum dan selepas awak kenal saya.Sayang adalah satu-satunya perkara yang membuatkan saya bersemangat bangun pada waktu pagi..."ucap Rain mencium pipi Liya.

Rain mendekatkan hidungnya dengan Liya.

"Saat pagi datang, senyumanmu memeluk fikiranku, saat siang datang kau bagaikan payung yang selalu membuatku teduh, dan saat malam kau adalah kehangatan yang selalu membuatku jauh dari kedinginan."


~TAMAT~

"Saat pagi datang, senyumanmu memeluk fikiranku, saat siang datang kau bagaikan payung yang selalu membuatku teduh, dan saat malam kau adalah kehangatan yang selalu membuatku jauh dari kedinginan." Alhamdulilah tamat juga pelayaran kali ini.Walaupun tak terlalu banyak perkara yang dapat disampaikan.Saya masih belajar untuk memberi yang terbaik pada pembaca saya.Banyak kelemahan dan banyak kekurangan untuk menguatkan setiap cerita yang saya karang.Apapun terima kasih untuk sokongan semua. Saya melabuhkan tirai Aku Sebelum Kamu secara officially :).

Share this novel

DHIA ARYA
2024-04-07 01:37:06 

Marathon bc best... author bnykkan lg ya citer yg best2 . Tahniah


NovelPlus Premium

The best ads free experience