Waktu Zohor dah masuk Liya baru nak menunaikan solat memandangkan Rain tak minta apa-apa.
Telekung dipakainya dan sejadah dibentang dalam bilik tetamu yang disediakan oleh Datin Fazira untuknya berehat sekiranya Rain tidur.
Baru kakinya berdiri atas sejadah dia terdengar bunyi orang menjerit meminta sesuatu.Dia salah dengar rasanya.
Dia tak sedap hati dia membuka pintu.
"Liya!!!! Liya!!!! kau tak dengar ke aku panggil ni?"jerit Rain diatas katilnya.
Jadi betullah lelaki tu panggil dia?.Liya terus melangkah ke tingkat atas dengan laju sambil mengangkat kain telekungnya takut tersadung.
Pintu bilik dikuak dari luar, dia melihat semua bantal dah bersepah dekat atas lantai.Dia memandang lelaki yang bersandar atas katil.
Rain memandang ke arah pintu.Dia terkejut melihat gadis itu dengan bertelekung.
"Tuan nak apa?"soal Liya.
"Aku nak air...tekak aku dah kering ni...kau pergi mana ahhh? Aku panggil kau berkali-kali kau curi tulang ya.?"ucapnya.
Like what? Curi tulang?
Liya terus menuju ke tepi katil lelaki itu mengambil jag dan mengisi air melalui penapis air yang disediakan dalam bilik.Air dituangkan dalam gelas dan diberikan pada Rain.
"Ni air..."ucap Liya menghulurkan gelas itu.Rain mahu menyambut tapi Liya menarik semula tangannya.Dia baru teringat dia ada wuduk.Kalau dia sentuh tangan lelaki ni mahu dia kena ambil semula.
Gelas diletakkan atas meja.Rain bengang dipermainkan oleh Liya.
"Kau!!!! sengaja nak mainkan aku...."ucap Rain dengan nada serius.
Liya menarik telekungnya dan memegang gelas itu semula lalu dihulurkan pada lelaki itu.
"Saya tak nak sentuh Tuan... lagipun saya dah berwuduk..."ucap Liya.Rain mengambil gelas itu dan menjelingnya.
Liya mengutip berjalan dihadapan katil mengutip semula bantal yang jatuh diletakkan semula atas katil itu.
"Saya nak pergi solat kejap... Tuan kalau nak apa-apa tunggu saya solat dulu...lepas solat saya bawakan makanan untuk Tuan..."ucap Liya yang mahu keluar dari bilik.
Rain tidak berkata apa-apa.Dia hanya membiarkan sahaja gadis itu keluar.Takkan dia sebodoh itu mahu menghalang gadis itu pergi solat.Dia yang boleh solat pun tak solat?.
**********
Liya keluar dari bilik setelah selesai solat bertembung dengan Dr Nathan yang baru sampai.
"Hai... Liya how today?"soal Dr Nathan.
"Just....okay...Dr Nathan nak naik atas ke?"soal Liya.
"Yup...saya tengok keadaan kesihatan harini... how about physiotherapy today...dia ada mengamuk ke?"soal Dr Nathan.
"Adalah sikit...dia marah...sebab sakit... takpelah Dr Nathan pergilah tengok dia..saya nak ambil makan tengahari untuk dia..."ucap Liya pada Dr Nathan.
"Okay..."Dr Nathan terus menghilang ke atas.
"Hei bro.... how's today?"soal Dr Nathan meletakkkan begnya dibawah.
Rain memandang Nathan.
"Bad...mana Bonda jumpa dia?"soal Rain dengan nada tak puas hati.
"Itu pilihan terakhir Bonda kau...nak cari orang tolong kau... appreciate sikit... lagipun baru hari pertama...tunggulah dua tiga hari lagi..."ucap Dr Nathan.
"Aku...bukan..."Rain berhenti bercakap sebaik Liya membawa dulang makanan ke dalam bilik.Seperti biasa dulang diletakkannya atas meja troli dan ditolak dekat dengan Rain.
"Jemput makan Tuan... Tuan tak makan apa-apa dari pagi tadi..."ucap Liya.Rain memandang dulang diletakkan Liya untuknya.Pinggan yang digunakan semuanya plastik termasuk cawan plastik.
"Kau perli aku ke?"soal Rain merentap kasar tangan Liya.
"Tuan...Tuan.saya.tak perli sesiapa...cuma ini untuk keselamatan Tuan..."rayu Liya.Rain menggengam tangannya kuat.
"Rain...makan..."ucap Dr Nathan yang kembali ke bilik setelah mengambil beberapa peralatan.
Rain melepaskan pegangan itu.Liya berdiri sedikit jauh sambil menutup tangannya yang merah.
***********
Selesai mandi dia membelek tangannya yang berkesan merah itu.
Hatinya bulat.Jika kebencian yang dihidangkan,itulah yang akan ditelan.Doa pertamanya, dia mahu Rain kembali sembuh.
Telefonnya berdering dengan lagu Rahsia Tuhan.Di skrin terpampang nama Daddy.Dia menjawab dengan berat hati.
"Asalamualaikum....Daddy..."sapa Liya.
"Walaikumusalam...payah betul nak telefon kamu?.Kamu pergi mana?"soal Encik Kamarul.
"Liya sibuk harini...sebab hari pertama Liya kerja dekat tempat baru...tak sempat tengok telefon.Minta maaf sangat..."ucap Liya.
"Kamu kerja tempat lain pulak?.Berapa kali berhenti dah ni?"soal Encik Kamarul.
"Cari pengalaman hidup...makin banyak pengalaman makin banyak pengetahuan betul tak?"soal Liya.
"Ermm.... Daddy suruh tolong kilang sini...tak nak.."ucap Encik Kamarul.
"Liya...tak sedia...nakkan semua tu... Liya selesa dengan cara cari rezeki sekarang... Liya tak nak bergantung pada Daddy"ucap Liya.
"Yelah....tapi Liya jangan skip makan.Nanti Liya sakit...tak payah nak diet sangat.Montel pun Daddy sayang"ucap Encik Kamarul.
Liya tersenyum dengan gurauan Encik Kamarul.
"Baik daddy... Daddy jaga diri... apa-apa telefon Liya.."ucap Liya sebelum menamatkan panggilan.
Dia meletakkkan telefon dan merebahkan badannya memandang syiling yang kosong itu.Besok lagi...nak hadap dia?.
**********
Pagi lagi Rain duduk di beranda biliknya menghirup udara segar.Dia terdengar pagar automatik rumahnya terbuka.Dan kepalanya dipusingkan pada jam di dinding bilik.Pukul lapan pagi..bermakna perempuan tu dah sampai?.
Sebuah motorsikal masuk ke dalam laman rumah.Rain perhatikan dari atas sahaja.Liya membuka helmetnya terlebih dahulu takut jadi macam hari pertama dia kerja.Masuk harini dah hari ketiga dia kerja.Semalam hari paling teruk bagi dia, sebab Rain langsung tak nak menghadap mukanya.
Dia membetulkan rambutnya seperti biasa.Dan terus berjalan masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur.
"Asalamualaikum....Kak Anim.."ucap Liya sebaik bau nasi lemak daun pandan memenuhi ruang dapur.
"Walaikumusalam....bukan main ceria lagi harini?.Ada apa-apa ke?"soal Kak Anim.
"Tak ada apalah...biasa je... Tuan dekat dah bangun ke?"soal Liya.
"Tak sure Kak Anim.. Liya pergilah naik tengok kejap...Kak Anim sediakan makanan.Tolong bawa baju dekat atas almari tu simpan dalam almari Rain ya"pesan Kak Anim padanya.
Dia mengambil baju yang sudah dilipat kemas dan dia mendaki tangga ke tingkat atas.
Pintu diketuk dahulu, baru dia berani membukanya.
"Asalamualaikum... selamat pagi Tuan Rain.."sapa Liya.Dia melihat dikatil kosong.Matanya mencari rupanya Tuan Rain duduk di beranda.
Dia terus ke almari baju Tuan Rain dan meletakkkan baju yang sudah dilipat itu.Dia terpandang baju uniform juruterbang milik lelaki itu.Dia pegang baju itu.
"Tutup almari tu!!!"jerit kecil Rain pada Liya.Liya menutup kembali.
"Sorry... Tuan saya cuma letak baju..."ucap Liya.
"Ya kau cuma letak baju... tapi mesti kau fikir bertapa sedihnya hidup aku sekarang?. Semuanya ada dalam almari tu kalau kau nak tengok"ucap Rain.
Dia menolak kerusi roda mendekati katil.
"Tuan...saya rasa Tuan patut bersyukur Allah tu cuma jentik Tuan sikit je...bukan jentik Tuan banyak..mungkin ada sebab kenapa dia tarik nikmat yang Tuan ada"ucap Liya.
"Kau nak cakap aku jahil...hidup aku sebelum ni jahil.."ucap Rain.
"Tak...tak...semua manusia dekat muka bumi ni jahil termasuk saya...ada kesalahan saya..yang tak mampu nak dimaafkan...kalau saya boleh putar masa...saya pun tak nak..jadi saya nak Tuan untuk terima qada dan qadar yang berlaku pada Tuan..."ucap Liya dengan nada lembut.
"Kau sedar tak apa kau cakap ni?"soal Rain.
Liya mengangguk perlahan.
"Tak...kau tak sedar...sebab bukan kau lalui apa yang aku lalui...aku yang kena hadap semua benda ni!!!!"jerit Rain memecah hening pagi.
Liya terkesan dengan kata-kata Rain.Dia menggengam tangannya kuat.
"Saya rasa Tuan terlalu banyak fikir... Tuan boleh sembuh... bukannya tak boleh..."ucap Liya.
Rain menepuk kakinya kuat.
"Kalau aku sembuh kau nak buat apa? Kau bagitahu aku sekarang?....apa seorang juruterbang nak buat kalau kaki dia tak mampu nak terbangkan pesawat?"soal Rain pada Liya.
Liya merenung mata lelaki itu.
"Kenapa kau diam? Kau tak ada jawapan....kan?"soal Rain lagi.
Liya menarik nafasnya dalam-dalam.
"Sebab saya bukan Allah...saya tak ada jawapan...minta maaf Tuan Rain...saya sediakan air mandi kejap... sementara tunggu Dr Nathan datang..."ucap Liya terus menghilangkan diri dalam bilik air.
Dia menutup pintu bilik air.Tangannya mengigil kerana terlalu takut.
Dia memandang menghidupkan air dalam tub mandi.
**********
Liya memandang Datin Fazira yang mundar-mandir di ruang tamu.
"Datin..bila sampai?"tegur Liya.Datin Fazira memandang Liya.
"Liya...apa patut saya buat?"soal Datin Fazira.
Liya bingung.
"Buat apa Datin?"soal Liya semula.
"Macam ni... kawan Rain nak datang...jadi saya risau kalau emosi dia terganggu.Apa patut saya buat Liya?"soal Datin Fazira.
"Takpe...saya boleh hidangkan minuman nanti.."ucap Liya.
"Okay...kalau macam tu saya biarkan... diaorang berjumpa...tapi saya nak awak tengok keadaan dia nanti"ucap Datin Fazira.
Liya mengangguk perlahan.
Terdapat dua orang tetamu yang melawat Rain.Seorang wanita yang berpakaian agak mewah walaupun simple.Dan seorang lelaki yang tidak kurang gayanya.
Dia hanya mendengar sahaja perbualan mereka dari dapur.
Dia boleh lihat wajah Rain yang cukup tidak senang dengan kehadiran mereka berdua.Liya tertanya-tanya siapa dua orang tetamu itu seperti pernah nampak?.
Dia cuba mengingatnya kembali.Oh....tu orang yang ada dalam gambar dekat bilik Rain.Kawan baik ke? Tapi perempuan tu macam kekasih atau bekas kekasih Rain?.Tapi kekwat perempuan tu..pandang select dekat aku...
Liya harus cari tahu perkara ni?.Apa tujuan diaorang datang sini sedangkan masa lelaki itu terlantar sorang pun dia tak nampak?.
Liya harus cari tahu perkara ni?.Apa tujuan diaorang datang sini sedangkan masa lelaki itu terlantar sorang pun dia tak nampak?.
Share this novel