Effa keluar dari pejabatnya ternampak seseorang sedang menunggunya sambil memeluk tubuh dengan spek mata hitam dimatanya.
Dia mendengus perlahan dan terus menukar arah jalannya malas mahu berjumpa dengan Dr Nathan.
Dia masih berkecil hati dengan Dr Nathan kerana merahsiakan tentang penyakit Rain pada semua.
Dr Nathan mahu menegur tak jadi sebaik melihat Effa menukar arah laluannya.Dia terus mengejar langkah itu.
"Effa..... Effa..."panggil Dr Nathan.
Effa pura-pura tak dengar dia meneruskan langkahnya sampai ke keretanya.
"Effa wait..."ucap Dr Nathan menghalang pintu kereta Effa.Effa melawan tapi memang tak bolehlah sebab lengan Dr Nathan tu besar balak.
"Tolong jangan halang laluan saya"ucap Effa.
Dr Nathan menongkat kepalanya atas kereta Effa.
"Why do you avoid me?"soal Dr Nathan.
Effa mendengus perlahan dan berpaling lalu memeluk tubuhnya.
Dr Nathan menyandarkan tubuhnya juga dikereta.
"Awak marah pasal saya rahsiakan tentang Rain?"soal Dr Nathan cuba meneka dalam fikiran Effa.
"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula"jawab Effa dengan peribahasa.
"Saya bukan tak nak bagitahu tapi ni atas permintaan Rain sendiri.Dia tak nak Liya sedih"ucap Dr Nathan perlahan.
Effa memandang lelaki itu yang nampak muram tidak seperti selalu.
"So....kalau awak tak nak bagitahu Liya... bagitahu saya..."ucap Effa.
"Effa...awak tak akan faham...orang yang dah berkahwin ni cara diaorang lain.Kalau dulu sebelum kahwin dia hanya memikirkan diri dia sendiri tapi ni dia dah kahwin dan dia akan fikirkan pasangan dia.... That's why Rain make decisions not to tell Liya about this"ucap Dr Nathan.
Effa terlalu ikut perasaan.Dia menutup wajahnya dengan tangan menyembunyikan kebodohan dirinya.
Dr Nathan mengeluh kecil.Nilah orang perempuan dia yang marah dia juga yang menangis.
"Effa..."panggil Dr Nathan.
Effa masih menutup mukanya.Dia malu nak pandang Dr Nathan.
"Honey..."ucap Dr Nathan pada Effa.Effa mengangkat wajahnya dan memandang lelaki itu tidak berkelip.
Dr Nathan menghadiahkan senyuman.
"Awak ni....."marah Effa padanya.Merah pipi pau Effa dipanggil sebegitu.
Dr Nathan gelak melihat Effa.
"I want you to support Liya... always be there for her...can you do that Honey?"soal Dr Nathan pada Effa.
Effa mengangguk laju.
***************
Lama mereka berbincang tentang rawatan kemoterapi Rain.
Hari ini Rain sudah boleh pulang ke rumah.Rawatan akan dimulakan minggu depan di Institut Kanser Negara.
Rain menguis kaki ke lantai.Mereka sedang menunggu ubat-ubat Rain dan discharge summary disiapkan.
"If buat chemo ni maybe chances untuk kita dapat anak lagi lepas ni agak tipis.Tapi soal jodoh, soal anak, soal hidup dan mati semuanya Allah yang tentukan.Kita cuba...kalau tak ada.Yang dalam perut jelah sorang peneman dan penghibur kita"kata Rain.
Dia berdiri didepan Liya.Wajah isterinya dibelai.Semoga ada sinar dan harapan baru di penghujung rawatan kemoterapinya nanti.
"Allah dah takdirkan saya dan awak.Walaupun cara pertemuan kita dalam keadaan yang kita tak sangka.Berhadapan dengan masalah yang kita tak sangka.Dan ujian yang datang tanpa kita sangka"ucap Liya memegang pipi suaminya.
Dia berdiri dan memeluk Rain.Dia membenamkan wajahnya pada dada suaminya.
"Kita doa banyak-banyak pada Allah...dan redha dengan ujian yang Allah.Insyallah pasti akan ada sedikit sinar untuk kita..."ucap Liya.
Rain menelan air liurnya.
Dia mencium ubun Liya lama.
************
Rumah mereka harini ramai dengan tetamu.Datin Fazira datang bersama dengan Kak Anim.Datin Fazira memberitahu dia mahu masak mee kari untuk mereka semua yang datang kebetulan Pak Dim dan Abang Nu'man turut ada di Kuala Lumpur.
Mereka mendengar bahawa Rain menjalani rawatan semalam terus berdesup sampai dari Jitra.
"Rain di mana?"suara Pak Dim bertanya tentang menantunya yang tidak nampak dari tadi.
Sejak semalam lagi dari sesi kemoterapi , Rain terus ke bilik dan banyak tidur.
Nu'man dan Dr Nathan sudah mengambil tempat untuk menyambar makanan.
Datin Fazira menasihati Liya untuk bawa Rain pulang ke rumahnya bagi memudahkan urusan penjagaan Rain nanti.Memandangkan Liya mengandung dia risau kalau menantunya buat kerja berat-berat.
"Dia tak larat Daddy.Kesan ubat tu buat dia tidur.Mungkin penat agaknya"
"Erm... Rain dah makan ke?"soal Nu'man yang sedang mengunyah.
"Dah tadi makan Liya suapkan"Sebenarnya sedikit saja Rain makan mungkin dia tak ada selera.
Datin Fazira mengambil tempat menghadap Liya Bau mee kari itu menusuk hidung Liya.
Dr Nathan meletakkkan mee kari ke dalam mangkuk untuk Liya.Memandangkan dia lihat Liya sangat sibuk mengurus Rain sampai kadang tak sempat nak makan.
"Are you okay Liya? Ayahanda dan Bonda risau dengan Liya" pertanyaan Datin Fazira menghentikan suapan dimulutnya.
"Okey... Bonda Ayahanda.Jangan risau... Liya kuat dan Rain pun kuat...jadi Bonda Ayahanda dan Daddy doakan semoga Rain sihat macam dulu.."ucap Liya.
Sokongan keluarga itu penguat dirinya sekarang.Dia mahu suaminya itu sembuh dan dia nak bersama dengan Rain untuk mencipta kenangan lebih banyak lagi.Banyak lagi perkara yang belum mereka buat bersama.
***********
Rain melihat wajahnya di hadapan cermin meja yang penuh dengan minyak wangi kegemilangannya dan Liya.Dia mengambil sikat lalu cuba menyisir rambutnya.
Ternyata setiap kali dia menyikat rambutnya mesti ada rambut yang turut melekat pada sikat.Helaian rambut itu ditenung.
Rain tahu tubuhnya sekarang mudah untuk diserang dengan jangkitan kuman.Dia memandang jam pada dinding sudah menunjukkan 5.30 petang.Ini masa dia makan ubat.
Pil dari laci dibuka.Dia masukkan ubat dalam mulut dan diteguknya air mineral.Tiba-tiba dia rasa dadanya sempit.Nafasnya mula sukar.
Dia terbatuk-batuk sebab ubat tadi tersekat-sekat.Cepat dia berlari ke bilik air menuju ke sinki dan memuntahkan semula pil tadi.Alangkah terkejut dia melihat ada darah turut serta keluar dari muntahnya.
Peluh dingin mula membasahi dahinya.
Liya baru selesai rehab ke atas pesakitnya.Dia duduk sebentar merehatkan badannya.Sejak mengandung dia mudah penat dan letih.Kalau dia tak tahan memang dia akan berhenti perkara itu pun sudah di cadangkan oleh Datin Fazira.
Tapi dia tak nak menyusahkan sesiapa.Biarlah dia boleh lagi untuk bekerja setakat ini.
Bunyi notifikasi masuk membuatkan Liya mengambil telefonnya.
Husband Liya : Sayang...saya muntah ada keluar darah...
Liya sudah pucat membaca mesej itu.Dia terus mencapai beg tangannya dan keluar dari bilik itu.
"Sorry I have to go now.Tolong cover saya boleh urgent..."
Dia cuba untuk mengawal kerisauan dalam dirinya.Pelbagai kemungkinan sedang difikirkannya sekarang.
*********
Pintu bilik dibuka, Liya beristigfar sewaktu melihat wajah Rain yang sedang pucat dan berpeluh.Dia dapat melihat kerisauan diwajah suaminya.
"Are you okay? Sorry I lambat sampai..."soal Liya sambil memegang wajah itu.Pipinya mula basah dengan air mata.
Rain tersenyum manis.
"I'm fine...boleh tolong saya...saya nak solat jamak zohor dengan asar sekali"
Liya melihat jam dipergelangan tangannya.Pukul 5.00 petang.Dia sendiri belum solat.Dia mengangguk.
Liya membantu suaminya untuk mengambil wuduk.Dan dia menyiapkan tempat untuk suaminya.
Dalam keadaan sebegitu Rain masih ingin mengimamkan dia solat berjemaah.
Liya sangat memerlukan Allah untuk mendengar doanya.
Bukan, dia sangat memerlukan Allah untuk membantunya.Dia tak sedia untuk kehilangan suaminya.
*************
"Saya tetapkan tarikh untuk pembedahan suami Puan Liya dalam masa terdekat"
Dr Kamarul dan Liya berpandangan.
Selera makan Rain sudah kembali seperti biasa.Dan dia orang paling gembira setiap kali suaminya meminta nak makan macam-macam.
"That means after the operation he can survive right?" soal Liya.
Dr Kamarul memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya.
"Dengan izin Allah insyallah...banyakkan doa...saya akan bagi yang terbaik untuk tolong Puan Liya"
Liya mengangguk
Dari kejauhan Rain memanggilnya untuk masuk ke dalam wad.
Dia mendekati Rain dengan senyuman.
I am willing not to give up on you.
"Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi
"Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi
Share this novel