Liya meletakkkan kepalanya atas badan Rain.Suhu badan lelaki itu panas.Tangannya dilekap pada dada suaminya.
"Kenapa badan awak panas? Awak demam ke?"soal Liya pada Rain yang mencelikkan matanya.
"Sikit je...tu.."ucap Rain.
Liya menongkat dagu pada dada suaminya dan dia melekap tangan pada dahi Rain.Panas!!! bermaksud suaminya memang demam sekarang .
"Awak dah makan belum?"soal Liya pada Rain.
Rain menggelengkan kepalanya.
"Kenapa tak makan....awak suka sakit?"soal Liya pada Rain.
"Saya tak sempat nak makan...tak ada selera nak makan..."ucap Rain tenang.
Liya bangkit dari sofa.
"Awak nak pergi mana?"soal Rain yang turut bangun.
"Awak ni kan nama je pemilik restoran tapi makan pun tak...saya nak pergi tengok ada apa dekat awak punya dapur restoran awak tu"ucap Liya terus berjalan keluar meninggalkan Rain.
Rain mengambil baju dan mahu bangun tapi dia terduduk semula apabila dia rasa semacam.Dia perlahan bangkit dan menyarungkan baju dibadannya.
Liya melihat dalam peti sejuk ada buah.Rain menjengah tepi dapur melihat Liya mencari sesuatu.
"Awak tak payah masak untuk saya..."ucap Rain.
Liya memandang suaminya dan menjelingkan matanya.
"Kejap je..buat awak alas perut...awak duduk situ je..lepas makan...saya nak awak balik...rehat dekat rumah..."ucap Liya.
Rain menundukkan wajahnya.
"Saya minta maaf sebab susahkan awak.Dari dulu lagi kehadiran saya dalam hidup awak hanya menyusahkan awak.Patutnya awak akan lebih bahagia kalau tak ada saya"ucap Rain pada Liya.
Liya mendekati suaminya yang menundukkan wajahnya dari tadi.
Wajah itu disentuh lembut.
"Awak tak susahkan saya...awak yakin kalau saya dengan orang lain saya akan bahagia.Saya tak nak orang lain....saya nak awak sorang je...awak suami saya... Rain...apa janji awak masa awak nikah dengan saya dulu"ucap Liya memujuk Rain.
"Jaga awak takkan sakitkan awak"ucap Rain dan Liya serentak.
Rain tersenyum sedikit.
"Saya buatkan awak makanan kejap..kalau tak larat awak tunggu saya dekat dalam.."ucap Liya.Rain mengangguk perlahan.Kata-kata Liya menghilangkan gusar dalam hatinya.
Dia kembali ke dalam pejabatnya semula dan terus meluru ke arah bilik air.Dia memuntahkan isi perutnya.Dia memandang wajahnya dicermin.Dia berharap Liya tak tahu apa yang dia lalui.
***********
Dr Nathan memandang ke arah pintu restoran Rain yang sudah terbuka.Liya pun turut keluar dari restoran itu.Rain mengikut dari belakang Liya.
"Aku tahu restoran tutup harini...tapi takkan honeymoon dalam restoran kot..."ucap Dr Nathan.
Rain bersalaman dengan Dr Nathan.
"Sorry...buat kau tunggu dekat ni... Liya bagitahu tadi baru aku tahu kau dekat luar..."ucap Rain.Dr Nathan rasa tapak tangan Rain panas.
"Kau okay tak?"soal Dr Nathan.
"Suami Liya demam"ucap Liya pada Dr Nathan.
Rain hampir luruh lututnya sebaik Liya berkata sebegitu.
"Lah...demam pulak...habis tak pergi klinik..."ucap Dr Nathan.
"Takpe...aku pun nak balik...rehat dekat rumah.. lagipun Liya dah bagi aku makan tadi..."ucap Rain.
Dr Nathan menepuk lengan Rain.
"Kuat sangat kerjanya sampai tak jaga kesihatan.Ni nak aku hantar Liya balik ke atau kau nak hantar dia balik?"soal Dr Nathan.
Liya melihat suaminya.Suaminya melihatnya.
"Kau hantar dia balik...boleh?"ucap Rain.
Dr Nathan mengangguk perlahan.Dr Nathan terus masuk dalam kereta.
Rain memegang tangan Liya.
"Liya...balik Nathan..okay... Saya tak dapat nak hantar awak balik...nanti saya cari awak.lepas saya selesai beberapa perkara...jaga diri..."ucap Rain mengusap wajahnya Liya.
Liya mencapai tangan Rain lalu disalamnya.
"Awak jaga diri...jangan lupa makan ubat...kalau penat rehat...jangan paksa diri..."ucap Liya pada Rain.
Rain memeluk tubuh isterinya.
Dr Nathan menurunkan tingkap keretanya.
"Dah-dahlah feeling tu...tak lari pun Liya tu.."ucap Dr Nathan.
Liya tersenyum dan menaiki kereta Dr Nathan.Liya melambaikan tangannya pada Rain.
Rain mengeluh berat.
************
"Asalamualaikum.... selamat pagi Tuan Rain... how do you feel today?"soal Dr Kamarul.
"Walaikumusalam..... today is better than yesterday..."ucap Rain sambil duduk di kerusi.
"Awak ada rasa penat sejak MRI semalam?"soal Dr Kamarul.
Rain mengangguk perlahan.
"Ada...saya penat sampai tertidur lama after that I woke up and got a fever"terang Rain.
Dr Kamarul mendengus perlahan.
"I think you should know about this...and I hope your redha dengan ujian yang Allah beri pada you"ucap Dr Kamarul.
Riak wajah Rain sudah berubah.Adakah apa yang dia takutkan sekarang ini akan benar-benar berlaku dalam hidupnya?.
"Apa sebenarnya..... yang berlaku... pada saya doktor?"soal Rain tergagap-gagap menahan ketakutan dalam dirinya.
"Tuan Rain menghidap kanser lymphoma.Sekarang dalam stage 1 dimana diperingkat awal.Cuma kita risau sel kanser akan merebak lebih cepat.Jadi Tuan Rain perlu lalui beberapa ujian untuk kami decide rawatan yang patut Tuan Rain lalui"ucap Dr Kamarul.
Rain menyandarkan tubuhnya di kerusi dan tangannya menggigil meraup wajahnya sambil menunduk ke lantai.
"It is true doctor?"soal Rain semula.
"I'm so sorry... Tuan Rain.There's a few lymph nodes on your neck that we found"ucap Dr Kamarul.
Rain diam.Sukar untuk dia mempercayai.
Fikirannya buntu.Beratnya ujian yang Allah beri padanya.Macamana dia nak bagitahu Liya?.
Dia sedar.Dia tidak bermaya sejak kebelakangan ni.Dia fikir itu perkara biasa memandangkan dia sangat sibuk dengan kerja mungkin itu salah satu faktor kenapa badan dia letih.Dia pun muntah walaupun makan sedikit cuma apa yang dimasak Liya itu sahaja dia mampu untuk makan semalam.
************
Aku tak percaya lagi dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita bila bahagia tercipta?
Kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan?
Lirik lagu Berhenti Berharap nyanyian Sheila On 7 itu benar-benar menusuk jiwanya sekarang.
Dia memandang pada rumah sewa Liya.Hampir satu jam dia berada dalam kereta.Dia memerlukan kekuatan untuk berjumpa dengan isterinya sekarang.
Airmatanya dikesat dahulu dan memastikan dia dalam keadaan baik.Pintu kereta dibuka dan dia menuju ke pintu pagar rumah.Loceng ditekan dahulu.
Liya membuka pintu melihat Rain yang terpacak depan pagar sambil tersenyum padanya.
"Awak.... Kenapa tak cakap nak datang?"soal Liya yang membuka pagar terus memeluk tubuhnya.
"Saja...make it a surprise..."ucap Rain.
Liya memandang suaminya itu.
"Liya....jom ikut saya...saya nak bawa awak pergi suatu tempat... boleh?"soal Rain meminta izin isterinya dahulu.
Liya mengangguk perlahan.
**********
Liya memandang suaminya dengan perasaan gembira dan satu ciuman hinggap dipipi lelaki itu.
"Terima Kasih sebab jalankan tanggungjawab awak"ucap Liya.
"Saya memang niat lama nak daftar perkahwinan ni.Dan jadikan perkahwinan sah disisi islam dan undang-undang.This is the best present for you...my wifey.Saya nak hebahkan perkahwinan ni pada keluarga saya dan keluarga awak lagi sekali"ucap Rain.
Ya itu hajatnya.Dia tak nak Liya dipandang rendah oleh sesiapa.Martabat seorang isteri bernama Nuryn Eliya Binti Nadim itu sangat tinggi baginya.
Liya tersenyum lebar.
Senyuman Liya adalah penawar buat hatinya yang gundah.Mampukah dia mengekalkan senyuman itu?.Apa pula penawar buat hati Liya disaat dia tahu semuanya nanti?.
"Jom...saya nak bawa pergi satu tempat lagi?"soal Rain pada Liya.
"Ada lagi?"soal Liya.
Rain tersenyum dan mengenggam jari jemari Liya untuk mengikutnya.
Kunci pintu rumah dibuka perlahan, Liya masuk ke dalam rumah itu.Rumah dua tingkat yang tidak besar dan tidak terlalu kecil itu menarik perhatiannya.
Hiasan dan perabot yang berwarna putih dan pastel itu membuatkan rumah itu nampak sejuk di matanya.
Liya memegang tangan suaminya.
"Rumah awak ke?"soal Liya.
Rain menggelengkan kepalanya laju.
"Ahhh...habis kalau bukan rumah..awak..siapa punya?"soal Liya sambil membelek wajahnya.
"Rumah Kita..."ucap Rain ringkas.
"Ishhhh...awak ni suka buat suspen..tau..."marah Liya.
Rain tergelak melihat muncung yang panjang itu.
"Awak pergilah tengok dulu....kalau ada yang tak cukup bagitahu saya. tapi jangan minta yang mahal-mahal saya baru kerja sebulan..."ucap Rain sambil tersenyum.
Liya terus melangkah ke arah dapur.Rain mencari kerusi untuk duduk merehatkan diri.Dia dengar Liya menjerit keriangan.
Liya berlari ke depan semula mendapatkan suaminya yang sedang duduk diruang tamu.
"Awak....bila awak siapkan semua ni?"soal Liya pada suaminya.Dia duduk disebelah sambil mencapai tangan Rain.
"Rumah ni lama saya beli...tapi jarang duduk sini...dan awak orang yang pertama saya bawa ke sini..tau..."ucap Rain.
"Yeke....atau ada pramugari-pramugari cantik yang pernah datang sini?"soal Liya.
"Mana ada... diaorang tu cantik sebab bersolek...je..kalau cuci tu timbul semua kedut dekat muka"ucap Rain selamba.
"Ya ke makna saya cantik daripada diaorang?'ucap Liya memandang suaminya.
"Of course.... beauty is not a face but beauty is a light in your heart"ucap Rain.
Liya bangkit dari duduknya.
"Liya nak pergi atas jom.."ucap Liya menarik tangan Rain untuk bangun.
Rain memegang kepalanya yang berdenyut.Penglihatannya berbalam melihat Liya didepannya.Sebelum pandangannya bertukar hitam.
Dia jatuh betul-betul depan mata Liya.Liya terkejut melihat Rain pengsan.Pipi Rain ditepuk berkali-kali.
"Awak..... kenapa ni....Rain...bangun...?"soal Liya mengejutkan Rain di ribanya.Liya dah cemas.Dia mencapai telefonnya dan menghubungi nombor Dr Nathan.
"Hello...Dr Nathan..tolong saya... Rain pengsan...."ucap Liya dengan mengigil ketakutan.
~ Aku yakin Tuhan punya rencana lain yang lebih baik dan agar aku makin dekat pada-Nya~
Aku yakin Tuhan punya rencana lain yang lebih baik dan agar aku makin dekat pada-Nya
Share this novel