Liya naik ke tingkat dua rumah itu melihat Rain sedang khusyuk menghadap komputer dan menekan papan kekunci.
Sejak dari pagi tadi Rain tak bercakap langsung dengannya.Segala pertanyaan dibalas mogok dengan sepi.
Liya mendekati lelaki itu perlahan.
"Tuan...boleh saya cakap dengan Tuan kejap?"soal Liya.
Rain masih menumpukan perhatiannya pada skrin komputer.
Liya berpaling dan turun ke bawah.Rain berpaling dan mendengus kasar.
Liya masuk ke dapur.Dia menarik kerusi dan duduk.
Kak Anim yang sedang mengeluarkan bahan memasak memandang Liya.
"Liya... Kenapa ni?"soal Kak Anim.
"Tuan Rain.."ucap Liya perlahan.
"Dia marah tak nak cakap dengan Liya..."ucap Kak Anim.
Liya mengangguk perlahan.
"Tuan Rain memang macam tu..sabar jelah Liya..dalam masa yang Liya ada ni usaha dan doa"ucap Kak Anim.
Liya buntu sebenarnya.Dia terdengar bunyi pintu dapur ditolak seseorang.Mereka berpaling.Rupanya Rain berdiri disitu.
"Kak Anim... harini saya nak Kak Anim yang masak...tak payah susahkan orang lain"ucap Rain yang muncul dari belakang.
Liya memandang wajah itu yang nampak masih marah.
Rain berjalan meninggalkan ruang dapur.Liya turun dari kerusi dan mengejar langkah lelaki itu.
"Tuan...tunggu.."ucap Liya.
Rain menghentikan langkahnya.
"Tuan...tolong jangan layan saya macam ni...saya nak laksanakan kerja saya tu je.."ucap Liya perlahan.
Rain berpaling dan mencerlung tajam pada Liya.Dia mendekati gadis itu dengan terjongket sedikit.
Anak mata Rain memandang tetap dalam anak mata Liya.
"Habiskan kerja kau dan buat yang aku tak pernah kenal kau selama ni.Pergi dari sini diam-diam..."ucap Rain pada Liya.
Mata Liya mula masuk habuk.
"Saya nak pergi dari tapi saya nak Tuan rela hati lepaskan saya pergi.Saya tak nak gaduh dengan Tuan..tak bercakap.. langsung.."ucap Liya.
Rain memegang kedua-dua bahu Liya.
"Aku merasa nak hidup sebab kau selamatkan aku dari aku terus hanyut dalam dunia ciptaan aku.Tapi Kau juga yang gelapkan dunia aku balik.."ucap Rain.
Liya menundukkan wajahnya.
"Kau cakap dengan aku...apa tujuan kau datang pada aku lepas tu kau tinggalkan aku macam tu je!!"ucap Rain.
Liya memejamkan matanya rapat.Dia tak kuat untuk meneruskan penipuan ni.Dia harus bagitahu perkara sebenar biarlah lelaki itu membencinya.
"Sebab..."
"Sebab apa?"
Liya mendongak memandang wajah yang merah padam itu
"Sebab apa Liya!!!!"jerit Rain menggegarkan satu rumah ini.
Kak Anim yang berada didapur keluar ke ruang tamu.Begitu juga dengan Datin Fazira yang keluar dari bilik melihat Rain dan Liya berada ditengah-tengah rumah.
"Rain kenapa ni? Kenapa marah Liya?"soal Datin Fazira yang turun dari anak tangga mendepakan anaknya itu.
Bibir Liya menggeletar.
"Saya penyebab awak jadi macam ni...."ucap Liya mendatar.
Rain mengerutkan dahi memandang gadis itu.
"Saya orang yang awak cari selama ni.... Saya yang buat keadaan awak jadi macam ni...."ucap Liya menundukkan wajahnya dan menitiskan airmatanya.
Datin Fazira turut terkejut dengan pengakuan gadis itu.
Rain mati bicara.Dia koyak senyuman tipis.Wajahnya jelas tidak beriak.
"Kerana manusia macam kau....Aku hampir gila..Aku sedia terima semuanya dan aku pujuk hati aku untuk teruskan hidup selama diri aku masih bernyawa.Kau datang dalam hidup aku teman aku yang cukup sunyi ni.. Aku serahkan semuanya.Cinta, sayang, jiwa dan jasad.Hanya untuk kau...tapi aku tak tahu pulak.. orang tu yang menyebabkan aku menderita!!!!" tekan Rain dan saat itu air matanya jatuh ke pipi.
Liya terus menunduk.
"Sekarang ni, aku baru tahu punca kau dekat dengan aku...sebab kau nak tutup kesalahan kau? Sebab kau nak terus buat aku jadi bodoh!!!! sebab percayakan kau?" Rain mengeluh berat.
Tangannya ditunding ke arah Liya.
"Kau cakap dengan aku Liya.Sejauh mana kau nak bodohkan aku?.Sejauh mana keikhlasan kau pada aku? Kau cakap dekat aku.Cakap!"Jerit Rain sekuat hati.
Esakan Liya kian menggila.Dia sudah tidak mampu.Hati Rain sedang pecah.Sedang hancur ibarat debu.
Lidahnya menggeras.Bagai terpasung terus pada lelangit.
Datin Fazira menangis semahu-mahunya memeluk Kak Anim.
Liya merapati Rain yang sedang diamuk perasaan.
Liya rendahkan tubuh dan melutut di depan Rain.
"Saya minta maaf..."pintanya.
"Saya tak ada niat nak tipu awak....ada sebab kenapa saya sorokkan semua ni...Saya salah.Bila awak nyatakan perasaan pada saya...saya terpaksa tepis semuanya sebab saya tahu kalau semuanya terbongkar muka saya pun awak tak nak tengok..."
"Cinta?" Rain ketawa kecil.Tawa yang kedengaran cukup sayu.
"Cinta kau akan bunuh aku...Liya.Kalau bukan sebab benda ni jadi.Kau takkan tolong aku.Tu bukan cinta tapi perasaan rasa bersalah kau.Bukan sebab hati kau!!!"tempelak Rain keras.
"Tak...awak.."
Liya menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"Seronok sebab kau dapat bodohkan aku? Seronok sebab aku percaya kata-kata kau Seronok sebab kau berjaya tipu semua orang?Seronok sebab kau tipu perasaan aku? Kau tak pernah ada sikit pun perasaan pada aku?"soal Rain sambil menggengam tangannya kuat.
Liya terus menunduk dan menangis.
"Kenapa kau nangis...Kau ni kan menjijikkan aku..berambus...dengar baik-baik setiap apa masa yang aku lalui dengan kau.. semuanya teruk... sekarang... Aku nak buang semuanya dan aku nak semuanya hilang...jadi aku nak kau berambus dari sini!!!!!"jerit Rain pada muka Liya.
Pasu berdekatan dengannya dicapai dan dicampak ke lantai.
Liya menutup wajahnya terkejut dengan tindakan Rain.
Liya berpaling dan memandang Datin Fazira yang masih menangis.
"Saya minta maaf pada Datin dan Kak Anim.Saya betul-betul minta maaf"ucap Liya sebelum keluar dari rumah.
"Aku akan saman kau Liya...atas penipuan kau.."ucap Rain.
Liya terus melangkah keluar dari rumah itu.Dia berlari ke arah motorsikalnya.Enjin dihidupkan dan pedal dipulas terus keluar dari kawasan rumah itu.
Dr Nathan yang melalui kawasan itu terkejut melihat Liya membawa motor dengan laju.Dia terus menuju ke rumah Datin Fazira.
Rain terduduk di lantai sambil membaling tongkatnya jauh.Datin Fazira mendekati Rain.
"Rain... Bonda tak tahu pasal semua ni..tapi Bonda minta Rain jangan buat Liya macam tu...dia banyak tolong Rain..."ucap Datin Fazira mengusap belakang Rain.
Rain menundukkan wajahnya pada lutut.
**************
Effa cuba menghubungi Liya tapi tak berangkat.Jam di dinding dah nak masuk waktu isyak tapi Liya tak sampai rumah lagi.
"Mana kau pergi Liya"ucap Effa yang cuba menghubungi lagi nombor itu.
Sentuhan dibahu mengejutkan Liya yang baring melelapkan mata kerana keletihan menangis.Dia membuka matanya.
"Dah masuk waktu.."ucap seorang pengunjung di surau muslimat perempuan.
"Terima Kasih"ucap Liya.
Dia mengusap wajahnya.Dia rasa tempat paling tenang untuk dia mengadu adalah rumah Allah.
Dia mencapai telefonnya yang sudah tiada bateri itu.Dibiarkan sahaja, dia berdiri untuk menunaikan solat isyak dahulu.
Effa rasa nak buat laporan polis sekarang ni.Entah-entah Liya kena culik.Aduh...janganlah...apa-apa jadi pada Liya?.
Dr Nathan melihat Rain yang baru selesai solat melipat sejadah.
"Boleh aku masuk?"soal Dr Nathan.
"Kau dah masuk baru nak tanya Aku"ucap Rain.
Dr Nathan menarik kerusi berdekatan dan duduk memandang Rain yang kusut.
"Bonda kau dah cerita apa yang jadi tadi pasal Liya"ucap Dr Nathan.
Rain mendengus kasar.
"Aku tak nak dengar nama dia"ucap Rain mendatar.
"Kau tak patut macam tu..."
"Habis kau nak aku nak aku buat apa...tepuk tangan sebab dia berjaya tipu aku...macam tu... terima semua yang dia buat pada aku...ni...kaki aku...jadi sebab dia..."ucap Rain memandang tajam pada Dr Nathan.
"Semua yang berlaku ni sebab Allah yang aturkan bukan dia..kau cuba fikir kalau malam tu.. ditakdirkan kau ni kemalangan masa kau bawa kapal terbang berapa ratus nyawa akan hilang angkara kecuaian kau dan...
kau tak ada dekat sini...tapi Allah aturkan perancangan lebih baik dengan jentik kau sikit je ...kau melenting.... Kau tak fikir perasaan Liya ke masa dia buat keputusan untuk jaga kau...sampai kau jadi macam ni..dia sanggup korbankan diri dia sendiri.. walaupun dia tahu kau akan benci dia satu hari nanti...you did it Rain..."ucap Dr Nathan bengang.
Telefon pintarnya berbunyi tertera nombor tidak dikenali.
"Hello... siapa ni?"soal Dr Nathan.
"Hello... sorry..betul ke ni Dr Nathan sebab saya jumpa kad nombor awak dekat dalam bilik Liya"ucap Effa yang masuk ke dalam bilik Liya dan terjumpa kad itu dalam laci.
"Ya Saya Dr Nathan....Cik ni siapa?"soalnya.
"Saya Effa kawan serumah Liya. Liya tak habis kerja lagi ke?"soal Effa.Dr Nathan sengaja menukar mod pembesar suara.
Anak mata Rain memandang tajam pada Dr Nathan.
"Liya...habis kerja awal..tadi..."ucap Dr Nathan.
"Ahh...kalau dia habis kerja awal mesti dah sampai rumah...saya telefon dia pun tak dapat....takpelah Dr Nathan terima kasih"ucap Effa mematikan panggilan.
Dr Nathan menyimpan kembali telefon pintarnya.
"See? Kau tengok apa kau buat?.Kau ingat kau sorang je menderita..."ucap Dr Nathan terus keluar dari bilik itu.
Setelah selesai solat isyak, Liya duduk bersila lagi sambil menundukkan wajahnya.Kepalanya terlalu sarat dengan masalah.
"Aku akan saman kau Liya sebab penipuan kau..."
Liya meraup wajahnya dan mengeluh kecil.Matanya sudah bengkak sebab terlalu banyak menangis.
Apa nak jadi lepas ni jadilah?
Dia...dah hilang rasa mahu menangis...dadanya terlalu sakit...tapi ini kenyataan dan itu dia perlu hadap semuanya dengan hati yang terbuka.
Apa nak jadi lepas ni jadilah? Dia...dah hilang rasa mahu menangis...dadanya terlalu sakit...tapi ini kenyataan dan itu dia perlu hadap semuanya dengan hati yang terbuka.
Share this novel
menarik..x sabar tggu