Sepinggan nasi sudah habis dimakan Rain.Liya menghulurkan air kepada lelaki itu.
"Alhamdulilah....habis pun Tuan makan.."ucap Liya.
Pandangan Rain kosong.Dia tak tahu apa yang patut dia cakap pada Liya didepannya.
"Tuan tahu tak....saya risau.."
Keluhan berat Liya menyapa pendengaran Rain.
"Jantung saya nak tercabut bila saya tengok Tuan dalam kolam petang tadi.Dan itu menyatakan saya gagal jaga Tuan"ucap Liya mengerutkan dahi memandang lelaki itu yang kekal tenang.
Liya rasa geram sebab dia tak boleh nak baca fikiran lelaki itu.
"Awak tak perlu risau tentang saya.Saya masih hidup....sihat.Lainlah kalau saya tu orang yang awak sayang...dan awak tak mampu nak buat apa-apa masa tu...masa tu awak akan faham apa itu makna jantung terhenti"balas Rain.
Dia toleh dan memandang Liya.Buat seketika, mereka diam dan hanya saling memandang.Mencari makna renungan yang berbeza dan begitu sukar ditafsirkan.
Suasana yang tiba-tiba terasa hening ini telah menyebabkan mereka saling mendengar degupan jantung yang menghentam dalam dada masing-masing.
"Kehilangan macam tu, boleh buat hati awak mati"tambah Rain dengan suara yang cukup perlahan dan mata yang memandang ke mata bulat itu.
Kata-kata dan suara itu membuatkan bulu roma Liya berdiri.Renungan itu langsung tiada perasaan.Kosong dan semakin lohong.Pandangan itu membuatkan dia rasa takut.
"Aku hargai setiap apa yang kau cuba pada aku Liya... Aku hargai semua tu... Aku rasa tak perlulah kau ada dekat sini.Banyak dah kau bantu Aku.Aku hargai".
Awak bertukar kau tiba-tiba.
"Tak"bantah Liya tiba-tiba.Dia gigit bibir bawah.Merenung tajam mata bundar itu yang membuatkan dirinya kacau.
Rain mahu menoleh tapi tak jadi.
"Apa yang tak? Dia kembali memandang wajah Liya.Masih cuba untuk mencari jawapan tentang segala makna disebalik tindakan Liya.
"Awak tak hargai"jawab Liya lebih pada bisikan.
Apa yang Rain buat akan membunuh dirinya.Dia benar-benar takut.Apatah bila teringatkan perbualannya dengan Dr Nathan.Dia bimbang dengan Rain.
"Andai Tuan nak luahkan apa yang terbuku dekat hati Tuan saya sedia untuk dengar segalanya.Saya akan cuba untuk faham situasi Tuan"Nada Liya tidak keras, sebaliknya kecewa.
"Terima Kasih"ucap Rain tiba-tiba.
Liya kerut dahi mendengar ucapan itu secara tiba-tiba.
"Cukup sekadar terima kasih buat kau rasa aku hargai dengan bantuan kau?"soal Rain lagi.Soalan itu kedengaran cukup tajam menikam.
Tanpa sedar terjongket sedikit bibirnya.Cukup sinis...bukan itu yang dia mahukan sebenarnya.Dia tak mahu ucapan terima kasih itu...
Rain membaringkan diri dan membelakanginya.
"Tuan..."
Rain tidak bergerak.
"Tuan..."
Rain masih keras membeku.
Liya berdiri dari duduknya.Nafas ditariknya dalam.Apa yang terjadi pada Rain telah menjadi tanggungjawabnya.Yang kejam itu dia, Kenapa dia perlu berlagak kononnya dia adalah mangsa.
"Asalkan Tuan okey..."Liya koyak senyum.
".......Saya akan lapang dada.Cuma saya minta Tuan jangan simpan sorang-sorang.Saya percaya ramai lagi yang risaukan Tuan.Salah seorang itu adalah saya"pujuknya perlahan.
Rain memejamkan matanya.Janji itu dia tidak terima.Orang hanya pandai berjanji tapi semuanya akan tinggalkan dia sendiri jugak.Yang berbaki pun hanya berpura-pura kesian terhadapnya.
Tidak perlu sesiapa menjengah atau menziarahi.
Kini, sepertinya Liya sedang mengetuk pintu, masuk ke dunianya.Jika dia tidak membuka pintu adakah gadis ini akan masuk juga secara paksa? Dan siapakah dia pada gadis asing ini? Yang muncul tanpa diduga dimana saat dunianya tidak seimbang.
"Aku rasa kau dah salah faham satu perkara, Cik Liya?"ujar Rain tanpa memandangnya.
"Kau datang sini untuk bekerja dan aku anak majikan yang bayar gaji kau.Walaupun kontrak menyatakan kau kena jaga aku.Aku tak kisah nak langgar kontrak pun.. sebab aku tak takut..."
"Jadi... Aku nak ingatkan kau buat kali terakhir... Kau pekerja dan Aku majikan kau..jadi Aku tak nak kau lebih pada aku..."ucap Rain tanpa memandangnya langsung.
Liya jelas kecewa.Dia benar-benar tak mampu nak pecahkan tembok lelaki ini.
"Kalau macam tu.... Tuan kena panggil saya Cik Liya...bukan Liya..."ucap Liya.
"Terserah aku tak kisah..."balas Rain.Liya menoleh membawa dulang terus keluar dari bilik itu dengan penuh kekecewaan.
**************
Hujung minggu setelah lama bekerja, Liya mencuci pakaian yang sudah bergunung dalam bakul.
Dia memasukkan pakaian dalam mesin cuci.Dia terpandang baju yang dia pakai semalam.Baju yang basah kuyup gara-gara terjun selamatkan lelaki itu.
Dia mengambilnya dan membuang dalam tong sampah dengan perasaan marah.
Liya memandang baju yang dibuangnya tadi dan terus dia keluar dari dapur dengan hentakan kaki.
Dia melabuhkan punggung atas sofa diruang tamu rumah.
Effa yang turun dari atas memandang Liya yang merenung skrin televisyen yang gelap itu.
"Babe...kau apa? TV pun tak bukak?"soal Effa menegur Liya.
Liya banyak diam sejak balik malam tadi.Lagi dia risau apabila lihat tangan kawannya itu berbalut.Tambah cemas dibuatnya.
"Tak nampak aku tengah tengok cerita best ni"ucap Liya mendatar.
Effa faham yang Liya perli dirinya.
"Aku baru tengok dua tiga hari lepas kau okay? Harini dah lain... Kenapa ni?"soal Effa.
"Entahlah aku tak tahu kenapa dengan aku sekarang? Aku terlalu sensitif bila dia..buat keputusan macam tu... lagi-lagi apa yang jadi semalam... it's become a nightmare untuk aku ni...hati aku resah fikirkan dia"ucap Liya.
Effa mengigit jarinya.
"Kejap...ke kau dah terpaut hati pada dia?"soal Effa.
Liya memandang wajah Effa.
"Aku serius ni... Effa kau nak buat lawak apa..Kau tahu kan tujuan aku nak tolong dia..."ucap Liya dengan serius.
Effa membetulkan kedudukannya.
"Betullah...kau jaga dia..tak mungkin kalau kau tak ada sedikit rasa suka pada dia..ehh... Liya orang gila je tak jatuh cinta dengan dia... walaupun niat kau hanya nak tolong sembuhkan dia... mesti dalam fasa dia nak sembuh akan terdetik perasaan tu..."jelas Effa.
Terkebil-kebil Liya memikirkan tentang perkara itu.
Bila teringatkan kejadian malam tadi, hatinya sedikit tercuit dengan kesungguhan Liya.Bagaimana gadis itu nampak tidak berputus asa pada dirinya?.
Hingga ke saat ini dia masih rasa kehangatan pelukan Liya saat dia mendakap erat tubuh itu bila Liya selamatkan dirinya dari cuba bunuh diri.
Apakah silapnya memandang sepi pertolongan Liya padanya?.
Tapi dia telah mengucapkan terima kasih.
Cumanya saat ini ketiadaan Liya membuatkan hatinya bertambah kosong.Dia cuba untuk berdiri memandang ke arah cermin depan matanya.
Dia tergamam melihat penampilannya yang jauh berbeza dari dulu.Dulu seragam putih itu sangat bangga setiap kali disarungnya.Kini dia seperti sudah tidak kenal siapa dirinya.
"Rain....?"soal Datin Fazira yang melihat anaknya berdiri tanpa bantuan sesiapa.
"Bonda... bila sampai sini?"soal Rain.
"Lama dah tapi tadi Rain tidur... Bonda tak ganggu.Ni Rain okay ke...nak turun bawa ambil angin dekat luar...?"soal Datin Fazira.
"Takpelah Bonda Rain selesa dalam bilik je..."ucap Rain.
Datin Fazira tersenyum.
"Bonda seronok tengok perubahan Rain sekarang bermakna tak sia-sia Bonda upah Liya untuk jaga Rain... Rain dengan Liya okay kan?"soal Datin Fazira.
Rain mengangguk agak lambat sedikit.
"Nampaknya impak Liya dekat sini...kuat..katanya tak bosan kalau Liya dekat sini..Kak Anim pun seronok bercerita pasal Liya dekat bawah tadi"ucap Datin Fazira.
Rain hanya senyum sedikit.
*************
Pagi lagi Dr Nathan dah hubunginya menyatakan harini Rain ada pemeriksaan doktor di hospital.
Liya memerhati Dr Nathan membantu Rain masuk ke dalam kereta.Pintu kereta ditutup, Liya baru nak duduk dibahagian penumpang sebelah Dr Nathan.
"Liya awak duduk belakang senang nak tengok Rain nanti"ucap Dr Nathan.
Liya masuk ke dalam kereta.Dan kini dia duduk disebelah lelaki itu.Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan berpura-pura sibuk.
Rain yang menyandarkan tubuhnya curi-curi pandang Liya yang sedang membelek telefon.
Dr Nathan masuk ke dalam kereta.
"Okay...kita gerak sekarang"ucap Dr Nathan pada mereka berdua.
Dari rumah sampai ke hospital tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut Liya mahupun Rain.
Liya duduk didepan bilik rawatan sambil memeluk tubuh.
Dr Nathan entah mana menghilang pun dia tidak tahu.Lebih setengah jam kerusi roda Rain ditolak keluar oleh jururawat yang bertugas.
"Nathan mana?"soal Rain.
"Erm...dia suruh tunggu sini kejap... Tuan nak air?"soal Liya mengeluarkan botol air mineral dan diserahkan pada Rain.
Rain menyambut huluran itu.Dia perasan ada beberapa orang yang lalu lalang memandangnya dengan pandangan yang pelik.
Dia memandang Liya.
"Terus sangat ke rupa aku... Liya?"soal Rain padanya.
Liya mendongak.
"Sorry....Liya?... it's Cik Liya...teruk jugaklah macam baru lepas hilang bini.."ucap Liya jujur tentang penampilan rupa Rain yang serabai itu.
Rain ketap bibirnya dengan jawapan Liya.Nampaknya Liya sengaja nak perli dia.
"Aku nak kau cari sesiapa boleh grooming aku balik.Ini arahan aku faham"ucap Rain.
Liya memandang wajah itu selamba.
"Okay..."jawabnya ringkas.Dia tersenyum sinis.
Nak sangat ada gap kan ...okay...aku bagi kau gap...?.Aku akan buat kau dengan aku taraf pekerja dengan majikan macam yang kau nak?
Nak sangat ada gap kan ...okay...aku bagi kau gap...?.Aku akan buat kau dengan aku taraf pekerja dengan majikan macam yang kau nak?
Share this novel