PROLOG

Drama Completed 84966

Keadaan sekeliling cukup tenang.Tiada sebarang bunyi melainkan helaan nafas.Dia seperti bukan berada dalam dunia nyata.

Mata dikecilkan.Dia melemparkan pandangan tatkala dia nampak bayangan.Kakinya melangkah mengikut bayang-bayang itu.Dari sisi dia hanya nampak seorang perempuan berambut panjang ikal mayang berdiri tidak jauh darinya.

Senyuman terbit di bibir wanita misteri itu.Senyuman itu amat misteri tapi membuatkan hatinya tidak keruan.

Jika dikatakan dia gila pun dia sanggup hanya dengan melihat senyuman dia mampu terikut senyum.

Hilang rasa sakitnya.

"Saya minta maaf"

"Kenapa?"soalnya cuba memaut tangan wanita itu dan menyentuhnya.

"Sebab takdir kita seperti ni"

"Ah....takdir?"ucapnya bersama dengan kekeliruan yang menebal.

"Ini takdir awak Jebat Fahrain"

"Saya tak faham...." hilang senyuman dibibir.Apa maksud wanita ini?.Dadanya terasa sempit.Nafasnya mula tercungap-cungap.

Tapi, wanita itu masih senyum.Saat ini dia rasa seakan nyawanya bagai ditarik perlahan-lahan.

Rain pejamkan mata rapat.Cuba menahan sakit pada dadanya.Sebaik sahaja dia membuka matanya.Wanita itu hilang dari pandangannya.Mana dia pergi?.

Dia pula....kaku dan lemah di situ.

"Saya minta maaf "

"Minta maaf?"

"Ampunkan salah saya"

"Saya akan kembalikan apa yang saya ambil dari awak..."

Suara wanita tadi bertukar kepada sedih.Dia tahu itu bukan suara Bondanya.Tapi....siapa?.Tapi suara itu menenangkan hatinya yang sedang gusar.

Hai saya belanja prolog dulu....ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience